Anda di halaman 1dari 14

Tafsir

Surah Al-Asr
Ust ibnu Umar
Tafsir Surah Al-Asr
Maksud: Masa

Surah ke: 103 ( akan tetapi kronologi penurunan ialah ke – 13 )

Bilangan ayat: 3

Kategori: Makkiyyah

14 kalimat, 73 huruf.

Kaitan dengan surah sebelum :

Pertama :

Di dalam Takatsur, Allah SWT telah memberitahu bahawa manusia akan ditanya dengan segala nikmat
yang mereka telah rasai semasa mereka di dunia; lalu surah ini bermula dengan nikmat yang amat besar
iaitu masa.

Kedua :

Begitu juga dalam Surah Takatsur, Allah SWT telah menyebut tentang manusia yang leka dengan dunia.

Maka dalam surah al-Asr ini akan disebut yang kita dilekakan dari memberi peringatan kepada manusia.
Itu adalah salah satu dari perkara yang kita leka dan lalai untuk lakukan.

Ketiga :

Di dalam Surah Takatsur, Allah SWT telah menyebut bagaimana manusia leka dan tamak sehingga hendak
banyak dan banyak lagi.

Maka dalam surah ini, Allah SWT akan bercakap mengenai “khusr “ iaitu kerugian. Kita telah sebutkan
bagaimana kaitan antara empat surah sebelum ini dan sekarang dalam Surah al-Asr ini, ianya seolah-olah
sebagai konklusi dari surah-surah itu.

Surah ini adalah Surah Makkiyah dan ia hanya tiga ayat sahaja. Ia salah satu dari surah yang terpendek
dalam Al-Quran, tetapi walaupun pendek, ia mengandungi banyak pengajaran di dalamnya.

Dalam surah ini, disebut bagaimana semua manusia dalam kerugian, ‘kecuali’ kalau mereka melakukan
empat perkara. Apabila Allah SWT gunakan ‘pengecualian’, itu bermakna bahawa majoriti dari manusia
adalah dalam kerugian.

Begitulah pentingnya maklumat dan peringatan yang disampaikan dalam surah ini sampaikan para
sahabat sebelum berpisah sesama mereka, mereka akan bacakan surah ini untuk mengingatkan yang lain.

Dari amalan para sahabat itulah yang ramai dari kalangan orang Melayu yang membacakan surah ini
apabila mereka selesai dari majlis perjumpaan mereka.
Dari Abu Madinah Ad-Darimi, ia berkata,

، ” ‫ان َلفِي ُخ ْس ٍر‬ َ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم ِإ َذا ْال َت َق َيا لَ ْم َي ْف َت ِر َقا َح َّتى َي ْق َرَأ َأ َح ُد ُه َما َعلَى‬
َ ‫ ” َو ْال َعصْ ِر ِإنَّ اِإل ْن َس‬: ‫اآلخ ِر‬ ِ ‫ُالن مِنْ َأصْ َحا‬
َ ِّ‫ب ال َّن ِبي‬ َ ‫َك‬
ِ ‫ان الرَّ ج‬
‫َأ‬ ُ
َ ‫ث َّم ي َُسلِّ َم َح ُد ُه َما َعلَى‬
‫اآلخ ِر‬

“Jika dua orang sahabat Nabi SAW itu bertemu, mereka tidaklah berpisah sehingga salah satu di antara
keduanya membaca ‘wal ‘ashr innal insana lafii khusr …’ Lalu salah satu dari keduanya mengucapkan
salam untuk lainnya.” (HR. Abu Daud)

Sekali lagi ini adalah satu lagi surah yang bermula dengan sumpah. Dan inilah sumpah yang terakhir kita
jumpa di permulaan surah, sebelum selesai mengikut turutan 114 surah dalam Al-Quran.

Memberikan kita “gambaran” betapa penting perkara sumpahan ini. Seumpama seseorang yang
mempunyai peluang akhir untuk berpesan, nescaya akan digunakan untuk memberi pesanan yang “paling
penting”.

Kita juga telah belajar banyak ayat-ayat tentang sumpah. Antara sebab sumpah digunakan dalam Al-
Quran adalah:

Pertama :

Menunjukkan ketinggian sesuatu perkara itu. Allah SWT memberi isyarat pentingnya perkara yang
dijadikan sebagai objek sumpah itu. Dalam surah ini, ‘masa’ dijadikan sebagai sumpah.

Kedua :

Mengaitkan antara objek sumpah dan subjek sumpah itu. Dalam surah ini, objek sumpah adalah ‘masa’
dan subjek sumpah adalah ‘manusia dalam kerugian’. Manusia dalam kerugian kerana tidak menjaga
masa.

Ketiga :

Objek sumpah dijadikan sebagai saksi kepada subjek. Masa berlalu sentiasa dan melihat sahaja bagaimana
manusia merugikannya.

Dan apabila masa itu berlalu, sudah tidak boleh diambil semula. Begitulah ruginya kita kerana perkara itu
tidak dapat diambil kembali apabila sudah tiada.

ُ ‫َأ‬ ُ
ِ ‫ث َّم لَ ُتس لنَّ َيومَِئ ٍذ َع ِن ال َّن‬
‫عيم‬

Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan

Tafsir Ayat Pertama

Allah SWT bersumpah dengan masa.

‫صر‬
ِ ‫الع‬
َ ‫َو‬

Demi masa.

Apabila Allah SWT bersumpah dengan masa, ini memberi isyarat:


1 – Allah SWT menyuruh kita berfikir tentang masa yang sentiasa berlalu meninggalkan kita.

2 – Manusia di dalam kerugian (seperti yang disebut dalam ayat 2 nanti), dan dalilnya adalah ‘masa’,
kerana masa itu sentiasa bergerak ke hadapan dan manusia tidak dapat mendapatkan kembali masa yang
telah berlalu itu. Kalau terlepas, sudah rugi.

Kita ada banyak peluang untuk menggunakan masa untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT tetapi
malangnya ramai yang tidak mengambil kesempatan itu.

Benar sabda Nabi SAW, Ibnu Abbas yang mengatakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

ُ ‫ الصِّحَّ ُة َو ْال َف َر‬:‫اس‬


‫اغ‬ ِ ‫ِيه َما َكثِي ٌر م َِن ال َّن‬
ِ ‫ان َم ْغبُونٌ ف‬
ِ ‫نِعْ َم َت‬

Ada dua jenis nikmat yang banyak memperdaya kebanyakan manusia, iaitu kesihatan dan waktu
luang.

3 – ‫صر‬
ِ ‫ ال َع‬Boleh bermaksud kehidupan manusia zaman berzaman, dari satu fasa ke satu fasa.

4 – Objek dijadikan sebagai saksi bagi subjek. Oleh itu, Allah SWT mengambil masa sebagai saksi. Iaitu
saksi bahawa betullah manusia itu dalam kerugian.

5 – Manusia tidak menghargai masa singkat mereka di dunia ini. Mereka banyak yang mengejar
kepentingan keduniaan sampai mereka lupa untuk bersedia untuk akhirat.

Ini kita boleh lihat dalam tafsir Surah at-Takatsur.

Ibarat modal berbalik kepada individu sama ada untung atau rugi.

Selain itu, ada juga tafsiran :

‫صر‬
ِ ‫الع‬
َ ‫َو‬

Bermaksud : Waktu Asar (Untuk menunjukkan keadaan yang singkat)

Sehingga ada yg membuat logik – hidup atas dunia umpama 1 jam 30 min sahaja, iaitu :

63/1000 X 24jam = 1.512 atau bersamaan 1 jam 30min

Dalam dalil yang lain, orang-orang yang “menyesal” tatkala melihat azab Allah SWT juga mengeluh dan
menyedari bahawa hidup di atas dunia hanya “seumpama sepagi / petang”

Surah An Nazi’at (79) : 46 ~

‫َكَأ َّن ُه ْم َي ْو َم َي َر ْو َن َها لَ ْم َي ْل َب ُثوا ِإاَّل عَشِ ي ًَّة َأ ْو ض َُحا َها‬

(Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa
melihatnya: seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya
sahaja.

sebab satu hari di sisi Allah SWT = 1000 tahun atas dunia [ Surah Sajadah: 4 ]

Ibrah dan Kesimpulan :


Pertama :

Masa itu ibarat modal. Semua orang di atas dunia ini diberikan masa yang sama. Namun bergantung
kepada seseorang itu sama ada mendapat manfaat atau sebaliknya.

Kedua :

Orang Islam yang beriman dengan Al-Quran akan menghargai masa. Ini kerana taqwa seperti mana yang
tersebut dalam Al-Quran bukan sekadar perihal ibadah atau tauhid, tetapi merangkumi perkara akhlak
antaranya menjaga masa.

Ketiga :

Sesungguhnya dunia ini hanyalah sementara, dan akan berlalu pantas. Oleh itu bersedialah kita
menyediakan diri sebelum terlepas dari masa peruntukan yang telah disediakan.

Agaknya ini lah kebijaksanaan Allah SWT dalam menyusun hikmah dari A- Quran, meletakkan sumpahan
“masa” yang terakhir.

Apabila manusia mendapat modal dari bank untuk berniaga, mereka akan berhati-hati untuk pastikan
modal membawa kepada keuntungan bukan kerugian. Namun, apabila Allah SWT beri modal iaitu masa
untuk diniagakan dengan Allah SWT dengan berbagai tawaran, manusia acap kali leka.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Tafsir Ayat Ke-2:

ٍ ‫نسان لَفي ُخ‬


‫سر‬ َ ‫ِإنَّ اِإل‬

Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,

َّ‫ِإن‬

“Sesungguhnya” . Bermaksud : Tidak syak lagi.

Kalimah penekanan ini (taukid) digunakan untuk memberi lebih penekanan agar pendengar memberi
perhatian. Ayat ini pada mulanya disampaikan kepada musyrikin Mekah, kerana mereka tidak yakin
dengan apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW. Maka Allah SWT berikan penekanan dalam
ayat-Nya ini.

Namun, ayat ini bukanlah ditujukan kepada musyrikin Mekah sahaja atau kepada orang kafir sahaja,
namun ianya ditujukan kepada semua manusia. Ia adalah pengajaran kepada seluruh manusia kerana
selagi manusia dapat hidup atas dunia, bermakna dia mempunyai “masa” yang diberikan oleh Allah SWT.

Oleh kerana itu juga dalam ayat seterusnya, Allah SWT meletakkan pengecualian. Jadi ayat ini merujuk
kepada semua manusia. Pengecualian hanya kepada mereka yang melakukan empat perkara yang akan
disebut dalam ayat seterusnya nanti.
Taukid : (kalimah arab) yang bermaksud penguat. Dalam Bahasa Arab, ada bentuk ayat yang
menggunakan taukid. Ia untuk menguatkan lagi maksud ayat tersebut. Contoh dalam Bahasa Melayu:

1. Saya hendak ke pasar

2. Saya betul-betul hendak ke pasar

Tidak selalu umur dan kematangan jalan seiring, tetapi kita kena akui ia berkaitan rapat sebab itu ada juga
dalam Al-Quran, kisah Rasul-rasul yang memperoleh “hikmah” (kematangan / kebijaksanaan) setelah
umur tertentu contoh surah [ Yusuf (12): 22 ]:

Dan ketika Yusuf sampai ke peringkat umurnya yang sempurna kekuatannya, Kami beri kepadanya
kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan; dan demikianlah kami membalas orang-orang yang berusaha
memperbaiki amalannya.

Dalam ayat ini, kalimah yang digunakan untuk merujuk kepada manusia adalah :

‫نسان‬
َ ‫اِإل‬

Ia adalah diambil dari kalimah Nisyaan – bermaksud pelupa.

Ini kerana sememangnya manusia itu bersifat pelupa. Oleh sebab itu manusia perlu selalu diingatkan agar
mereka tidak menuju kepada kebinasaan, lalai, alpa dan lain-lain.

Oleh itu kalimah ‫نسان‬


َ ‫ اِإل‬ini amat sesuai digunakan dalam ayat ini, walaupun terdapat juga kalimah lain
yang boleh digunakan kalau hendak merujuk kepada manusia.

Seperti:

al Fard ~

‫الفرد‬

an Nafs ~

‫النفس‬

an Naas ~

‫الناس‬

Apabila dikatakan / digunakan kalimah :

‫نسان‬
َ ‫اِإل‬

Kita telah membincangkan, kebiasaan bentuk lafaz “Al-Insaan” dan “An-Naas” seolah-olah sama, namun
ia mempunyai pendekatan Allah SWT yang berbeza.

Al-Insan : semua manusia, TETAPI boleh jadi juga mereka yang terkecuali.

An-Naas : semua manusia, kebiasaannya tidak terkecuali.

(seperti dalam pelajaran Al-Aa’diyat dan Al-Qariah)


Contoh dalam surah Al-Insan ( dalam surah Al-Aa’diyat ):

Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya. [ Al-‘Aadiyaat (100): 6 ]

Di sini boleh bermaksud, tidak semua juga yang melampaui batas dengan Allah.

An-Nass ( dalam surah Al-Qariah ):

(Hari itu ialah: hari kiamat), hari manusia menjadi seperti kelekatu yang terbang berkeliaran [ Al-Qaari’ah
101: 4 ].

Bermaksud, SEMUA manusia terlibat dalam proses kiamat ini.

Seterusnya kalimah :

ٍ ‫لَفي ُخ‬
‫سر‬

Benar-benar dalam kerugian.

Huruf :

‫ل‬

Yang digunakan dalam kalimah juga adalah kalimah penekanan (taukid) juga. Ia digunakan untuk
menguatkan sumpah.

Begitu juga kalimah :

ٍ ‫في ُخ‬
‫سر‬

Ia juga adalah satu penekanan. Kerana dari segi bahasa Arab, boleh sahaja digunakan :

‫لخاسر‬

atau

‫لقد خسر‬

Tetapi digunakan lafaz surah Al-Asr bagi memberi isyarat bahawa mereka itu benar-benar “tenggelam”
dalam kerugian itu.

Kalimah

ٍ ‫ُخ‬
‫سر‬

Juga di dalam bentuk isim (kata nama) dan bukan dalam bentuk fi’il (kata kerja / perbuatan). Kalau
digunakan bentuk isim, ia lebih kuat lagi dari fi’il.

Contoh untuk mudah faham:

Ayat 1 : Tuan Haji Adnan pandai membuat kopi (ayat yang menunjukkan perbuatan).

Ayat 2 : Tuan Haji Adnan memang “Barista”


( Barista = Suatu sektor pekerjaan khas membuat kopi yang berasas “espresso”. Kata barista dari bahasa
Itali ).

Dari kedua-dua contoh ini, dapat kita rasai iaitu penjelasan kedua lebih terus untuk menunjukkan:

– Penekanan

– Sifat yang terus kepada subjek tertinggi

Semoga kita dapat rasai ayat ini, benar-benar Allah ingin menyedarkan manusia. Bahawa ingat lah, “kamu
orang yang rugi”…kemudian nanti ada pengecualian.

Di dalam Al-Quran, terdapat 3 cara penggunaan “Khusr” (rugi):

1. Khassaara

2. Khusraan.

3. Khusr

Pertama : Khassaar

‫خسار‬

Digunakan apabila seseorang itu telah dalam masalah, kemudian dia menambah lagi masalah tersebut.

Seperti yang Allah gunakan di dalam Surah Nuh (71) : 21 ~

‫صوني َوا َّت َبعوا َمن لَم َي ِزدهُ مالُ ُه َو َولَ ُدهُ ِإاّل َخسارً ا‬
َ ‫قا َل نو ٌح َربِّ ِإ َّنهُم َع‬

Nuh berkata: “Ya Tuhan ku, sesungguhnya mereka telah menderhakai ku dan telah mengikuti orang-
orang yang harta dan anak-anaknya tidak menambah kepadanya melainkan kerugian belaka,

Dalam ayat ini, Nabi Nuh as menjelaskan keingkaran mereka. Kemudian ditambah kesesatan atas
kederhakaan tersebut.

Kedua : Khusraan

‫خسران‬

Kerugian yang paling teruk, sehingga ada penambahan ‫ ن‬di hujung kalimah.

Seperti yang Allah gunakan di dalam Surah Hajj (22) : 11 ~

َ ِ‫جه ِه َخسِ َر الدُّنيا َواآلخ َِر َة ۚ ٰذل‬


ُ‫ك ُه َو ال ُخس ران‬ َ َ‫لى َحرفٍ ۖ َفِإن َأصا َب ُه َخي ٌر اط َمَأنَّ ِب ِه ۖ َوِإن َأصا َبت ُه فِت َن ٌة ان َقل‬
ٰ ‫ب َع‬
ِ ‫لى َو‬ ٰ ‫اس َمن َيع ُب ُد هَّللا َ َع‬
ِ ‫َوم َِن ال ّن‬
ُ‫المُبين‬

Dan di antara manusia ada orang yang menyembah Allah dengan berada di tepi; maka jika ia
memperoleh kebajikan, tetaplah ia dalam keadaan itu, dan jika ia ditimpa oleh suatu bencana,
berbaliklah ia ke belakang. Rugilah ia di dunia dan di akhirat. Yang demikian itu adalah kerugian yang
nyata.

Ketiga : Khusr
Ia dalam bentuk yang umum – menunjukkan bahawa secara umum, manusia itu semuanya dalam
keadaan yang rugi. Kita boleh dapati contoh kalimah ini di dalam surah Al-‘Asr ini.

Oleh itu, berhati-hatilah kita semua dari terjebak dalam kerugian tatkala bertemu Allah. Hidup hanya
sekali, maka jangan disia-siakan waktu umur yang berbaki ini untuk menyiapkan bekalan ke negeri kita
yang sebenar.

Ikuti jalan yang telah ditunjukkan oleh Allah SWT yang terdapat dalam Al-Quran, buku “manual kehidupan
yang tiada keraguan”.

1. Rugi pertama : sudah ingkar tambah sesat pula.

2. Rugi kedua : rugi dunia dan akhirat

3. Rugi ketiga : umum

Ibrah dan Kesimpulan :

Pertama :

Sekali lagi penekanan mengenai modal masa yang Allah SWT berikan. Logiknya atas dunia juga, kelebihan
mendapat pinjaman modal bagi suatu usaha / pekerjaan BUKAN perkara yang boleh dipandang mudah. Ia
akan dipertanggung-jawabkan kepada penerima.

Begitu juga soal pemberian modal masa dari Allah, ia adalah perkara yang besar dan perlu “dibelanjakan”
sehemat mungkin agar terhasil amal kebajikan di sisi Allah SWT.

Kedua :

Peringatan umum kepada semua manusia, bahawa kita sebenarnya sedang kerugian. Walaupun pada
hakikatnya dilihat hebat pada mata kasar.

Ini kerana jika “kehebatan” atas dunia tidak bersandarkan 4 pengecualian dalam Surah Al-‘Asr, maka
takut-takut kehebatan dunia yang diperolehi tidak dapat membantu untuk selamat di alam akhirat.

Ketiga :

Allah yang menjadikan manusia, Allah jua yang Maha Mengetahui hakikat hidup hamba-Nya atas dunia.
Oleh itu kita perlu kembali kepada manual yang telah diberikan oleh pencipta kita (yakni Al-Quran).

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Tafsir Ayat Ke-3:

‫َّبر‬
ِ ‫صوا بِالص‬ ِّ ‫صوا بِال َح‬
َ ‫ق َوتَوا‬ ِ ‫ِإاَّل الَّذينَ آ َمنوا َو َع ِملُوا الصّالِحا‬
َ ‫ت َوتَوا‬

Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati kepada
kebenaran dan nasihat menasihati kepada kesabaran.
Dalam dua ayat sebelum ini, kita telah membincangkan bagaimana masa sudah suntuk dan bagaimana
keadaan kebanyakan manusia berada dalam kerugian yang besar kerana mereka leka dengan kehidupan
mereka.

Dalam ayat ini, jalan penyelesaian untuk menyelamatkan diri dari kerugian yang besar itu telah diberikan.
Kita perlu ambil perhatian, kerana diketahui semua manusia rugi, kecuali mereka yang beriman dan
beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran.

Mereka yang ada empat ciri ini sahajalah yang akan selamat.

Apabila Allah SWT gunakan kalimah ‫ ِإاَّل‬, ini bermakna :

Ia adalah pengecualian kepada sifat-sifat yang disebut dalam ayat sebelum ini. Juga apabila ada
pengecualian sebegini, ia bermaksud bahawa majoriti dari manusia akan berada dalam kerugian dan
sedikit sahaja yang tidak rugi.

Maka antara hikmah yang terdapat dalam kehidupan, kebiasaan jika kita hendak selamat, jangan dilihat
kepada majoriti tetapi perlu dilihat kepada pada kebenaran.

Apabila Allah SWT menyebut tentang pengecualian dalam ayat ini, kalimah yang digunakan tidaklah
dalam bentuk individu tetapi dalam bentuk ‘plural’ (ramai).

‫الّ ِذينَ آ َمنُوا‬

orang-orang yang beriman

Ini adalah kerana orang-orang yang berada dalam kebenaran, turut memerlukan sokongan satu sama lain.
Kekuatan ini yang akan mengukuhkan prinsip berada dalam kebenaran. Oleh kerana itulah Allah SWT
menggunakan kalimah dalam bentuk jamak dalam ayat ini sebagai isyarat kepada ummah.

Untuk bagi mudah faham, kalau hendak elak rugi biar lah jangan sorang-sorang, lama-lama takut letih
sebab tidak ada geng.

Maka kita lihat turutan “pengecualian” ini :

Perkara pertama :

‫الَّذينَ آ َمنوا‬

Orang-orang yang beriman

Iman telah kita bincangkan sebelum ini, iaitu pembahagian (ikrar dengan lisan, membenarkan dengan hati
dan beramal dengan perbuatan).
Secara susun atur Allah SWT yang lebih dalam, kita dapat melihat kepentingan iman untuk berada di
hadapan. Kemudian baru lah datangnya kesan yang lebih baik berkaitan ibadah yang sabit hubungan
dengan Allah SWT mahupun sesama manusia.

Ini dapat kita lihat pada Surah [ Al-Baqarah (2) : 2 – 3 ]

َ‫ْب فِي ِه هُدًى لِّ ْل ُمتَّقِين‬ َ ِ‫ٰ َذل‬


َ ‫ك ْال ِكتَابُ اَل َري‬

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah SWT dan tentang
sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;

َ‫صاَل ةَ َو ِم َّما َرزَ ْقنَاهُ ْم يُنفِقُون‬ ِ ‫الَّ ِذينَ يُْؤ ِمنُونَ بِ ْال َغ ْي‬
َّ ‫ب َويُقِي ُمونَ ال‬

Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan)
sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada
mereka.

Jika kita perhatikan susunan ciri orang bertaqwa, maka iman kepada perkara mendahului ghaib dalam hal
solat dan infaq. Ini lah mungkin kekurangan dalam perhatian kita pada hari ini, yang menyebabkan orang
yang solat dan infaq harta masih lagi melakukan dosa dan maksiat.

Apatah lagi salah faham masyarakat umum Melayu, merasai perkara itu hanyalah sekitar hal jin dan
hantu. Sedangkan luasnya perihal iman kepada perkara ghaib tersebut, yang tercatat banyak dalam Al-
Quran.

Maka tugas kita untuk menjaga proses tersebut dengan menyemak iman dan taqwa, banyakkan taubat,
belajar, usaha, doa dan teruskan jalan ke hadapan.

Ciri orang yang bijak adalah melakukan “Proses selepas mati” yang di bawa ke kini (‘bringing the future to
the present’), barulah perancangan selepas mati berkesan.

Perkara kedua :

ِ ‫َع ِملُوا الصّالِحا‬


‫ت‬

Mereka mengerjakan amal soleh.

Kalimah :

‫عمل‬

Bermaksud melakukan sesuatu dengan niat. Ini berbeza dengan ‫ فعل‬iaitu perbuatan tanpa niat seperti
bernafas, kelip mata dan lain-lain.

Apabila dikatakan “Amal” maka ia adalah perbuatan kita yang boleh dipertanggung-jawabkan seperti
bercakap, memandu kereta, membeli barang.
Amal yang dilakukan itu mestilah :-

‫ت‬
ِ ‫الصّالِحا‬

Ia berasal dari kalimah ‫ ص ل ح‬yang bermaksud memperbetulkan, memperbaiki, baik.

Kalimah ‫ت‬
ِ ‫ الصّالِحا‬dalam ayat ini adalah dalam bentuk adjektif iaitu menerangkan yang amal itu mestilah
amal yang baik.

Dari segi bahasa :

‫ت‬
ِ ‫الصّالِحا‬

Adalah dalam bentuk jam’u qilla ( Jamak tetapi tidak begitu banyak). Ia bermaksud amal-amal yang
minimum sahaja. Isyarat di sini, Allah SWT meletakkan syarat iaitu sekurang-kurangnya mesti melakukan
amal yang wajib.

Itu sudah cukup untuk memasukkan ke dalam syurga. Perkara-perkara sunat adalah sebagai tambahan,
untuk memperbaiki amalan wajib yang ada kekurangan.

Perkara ketiga :

ِّ ‫الح‬
‫ق‬ َ ِ‫صوا ب‬
َ ‫تَوا‬

Berpesan-pesan dengan kebenaran.

Kalimah :

‫ تواص‬dari ‫و ص ي‬

Yang bermaksud meninggalkan wasiat. Apabila digunakan dalam bentuk ‫تواص‬, ia bermaksud memberi
arahan atau menggalakkan seseorang untuk melakukan sesuatu.

Kalimah ‫ تواص‬mempunyai isyarat nasihat yang ikhlas, urgensi, kebenaran. Ini tidak sama dengan sekadar
“memberi arahan” kerana nada yang lain yang digunakan. Ia lebih lagi dari sekadar arahan yang biasa.

Satu lagi implikasi dari kalimah ‫ تواص‬ialah :

Ia dilakukan bersama-sama ( dua hala ).

Sebab itulah dalam kebanyakan terjemahan, cara yang digunakan adalah ‘“berpesan-pesan” kerana
bermaksud “saya berpesan kepada kamu, dan kamu juga berpesan kepada saya”.

Jadi bukanlah diri kita sahaja yang perlu menasihati orang lain, tetapi turut bersedia menerima nasihat.
ِّ ‫الح‬
‫ق‬ َ ِ‫صوا ب‬
َ ‫تَوا‬

Berikut beberapa definisi yang ada berkaitan kategori ini :

1. Dikatakan adalah seruan kepada tauhid, taat kepada Allah SWT dan Rasul, jauh dari cinta dunia dan
fokus utama kepada akhirat.

2. Mengajak manusia kepada melakukan perkara yang memang telah jelas kebenarannya. Dan kebenaran
itu memang layak untuk ditegakkan dan diberitahu kepada manusia.

3. Mengingatkan manusia dengan Al-Quran kerana al-haq yang dimaksudkan adalah Al-Quran. Maka kena
beri pesan dan beri nasihat menggunakan ayat-ayat Al-Quran.

4. Al-Haq dengan maksud “tauhid”.

5. Al-Haq dengan maksud melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang.

Perkara keempat:

‫َّبر‬
ِ ‫صوا بِالص‬
َ ‫تَوا‬

Berpesan-pesan dengan kesabaran.

Kita ingatkan sesama manusia agar bersabar dalam menjadi hamba Allah SWT yang taat. Sabar dengan
ujian yang Allah SWT berikan kepada kita semasa kita hidup di dunia ini. Dan inilah kemuncak turutan
yang paling baik untuk kita ikuti.

Ini adalah kerana dalam proses kita menjadi orang beriman, kemudian membuat amal soleh, seterusnya
melakukan dakwah atau memberi peringatan maka amat penting untuk kita bersabar. Kerana jangan kita
lupa, proses yang perlu kita ikatkan dalam semua perkara tadi ialah istiqamah.

Namun kerana tidak bersabar, berapa ramai yang kembali kucar-kacir 3 perkara yang diusahakan sebelum
pesanan sabar ini.

Allah SWT juga mengajar kita, bahawa kesabaran perlu dipesan satu dengan yang lain kerana umum telah
mengetahui, bahawa pesanan yang kita sampaikan kepada orang lain adalah lebih besar nilainya buat diri
sendiri.

Maka, kena usaha terus buat baik, jadi orang baik. Boleh jadi sekejap kita hilang sabar dan mahu buat
dosa, tiba-tiba sebelum masa tersebut ajal telah sampai dahulu. Jadi lah manusia yang rugi (lafi khusr).

Ibrah dan Kesimpulan

Pertama :
Manusia yang bijak di atas dunia ini, ialah mereka yang faham untuk meletakkan sesuatu perkara kena
pada tempatnya. Seperti pembeli peti sejuk, sudah pasti dia tidak menggunakan manual microwave
terhadap peti sejuk tersebut.

Oleh itu wahai manusia, kembali kepada surah ini (Al-Quran) untuk mengendalikan diri dalam risiko
untung atau rugi semasa berada atas dunia. Jangan taruhkan soal untung / rugi hidup kita yang sebentar
ini dengan meninggalkan kalam Allah SWT (Al-Quran)

Kedua :

Surah ini dimulai dengan menyebut masa yang suntuk dan di akhiri dengan empat perkara yang perlu
dilakukan. Oleh itu, apakah kaitan di antara awal surah ini dan akhirnya?

Tidak lain iaitu peringatan kepada manusia seumpama Standard of Procedure (SOP) kecemasan. Maka
bersegeralah dalam menjalankan 4 perkara ini kerana hidup kita umpama dalam kecemasan, bila-bila
maut akan hadir.

Ketiga :

Imam Syafie ra pernah berkata, “Kalaulah Allah SWT turunkan Surah al-Asr ini sahaja, sudah memadai
untuk kita jadikan panduan hidup”. Hebatnya surah ini, menyebabkan para sahabat dan tabiin akan
membacakan surah ini sesama mereka selepas selesai perjumpaan bagi mengingatkan sesama mereka
tentang perkara yang amat-amat penting ini.

Maka jadikan ia juga sandaran bagi kita, kemudian dihidupkan semula dalam diri seterusnya keluarga dan
masyarakat

Anda mungkin juga menyukai