Anda di halaman 1dari 20

Ilmu-ilmu Al-Quran 56

UNIT PELAJARAN 4

ILMU QIRAAT DAN PENURUNAN AL-QURAN DALAM TUJUH HURUF

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. menerangkan maksud am Qiraat dari segi bahasa dan istilah.


2. membincangkan pendapat-pendapat ulama berkaitan penurunan al-Quran dalam tujuh huruf.
3. membezakan antara jenis-jenis qiraat dari aspek sanad dan rukun-rukunnya.
4. mengenalpasti sejarah perkembangan dan pembukuan Qiraat.
5.Memperkenalkan Imam-imam dan perawi Qiraat Sab‘ah.

PENGENALAN

Al-Quran hanya diturunkan dalam satu huruf saja di peringkat awal penurunannya, tetapi Rasulullah
s.a.w telah mendesak malaikat Jibril agar ditambah lagi, supaya umatnya tidak menghadapi masalah
dan kesusahan dalam membaca al-Quran dan memilih mana saja bacaan yang mudah. Lalu Jibril pun
menambahnya sehingga tujuh huruf. sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:

‫َﻢ أَ َز ْل‬ ٍ ِ ِ ُ ‫ن َر ُﺳ‬ َ‫ﺪﺛَﻪُ أ‬ ‫ﺎس َﺣ‬


ٍ ‫َﻋ ْﻦ اﺑْ ِﻦ َﻋﺒ‬
َ ‫ﻮل اﻟﻠّﻪ ﺻﻞ اﻟﻠّﻪ ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻠﻢ ﻗﺎل أَﻗـ َْﺮأَﻧﻲ ﺟ ْﺒﺮﻳﻞ ﻋﻠﻴﻪ اﻟﺴﻼم ﻋﻠﻰ َﺣ ْﺮف ﻓَـ َﺮ‬
ْ ‫اﺟ ْﻌﺘُﻪُ ﻓَـﻠ‬
‫ف‬ٍ ‫ﻰ اﻧْـﺘـﻬﻰ إِﻟﻰ ﺳﺒـﻌ ِﺔ أَﺣﺮ‬‫أَﺳﺘ ِﺰﻳ ُﺪﻩُ ﻓَـﻴ ِﺰﻳ ُﺪﻧِﻲ ﺣﺘ‬
ُ ْ َ َْ ََ َْ َْ

Maksudnya: Dari Ibn cAbbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Mula-mula
Jibril membacakan al-Qur`an kepadaku satu cara bacaan sahaja. Lalu aku sentiasa
meminta ditambah diulangkanya kepadaku, maka Jibril mengulang-ulangkannya
sehingga akhirnya bacaan itu menjadi tujuh cara bacaan.
(Shahih Bukhari)

Ilmu Qiraat adalah sebahagian dari Ulum al-Quran atau ilmu-ilmu tentang al-Quran yang
membicarakan kaedah membaca al-Quran. Ilmu itu disandarkan kepada Imam periwayat dan
pengembangnya yang sanadnya bersambung sampai kepada Rasulullah s.a.w. Cara pengambilan ilmu
ini melalui ‘talaqi’ yaitu dengan memperhatikan bentuk mulut, lidah dan bibir guru ketika melafazkan
ayat-ayat Al-Quran.
Ilmu-ilmu Al-Quran 57

Sebagai seorang guru dan juga seorang pelajar, saya yakin dan percaya anda tahu dan faham apakah
maksud Qiraat. Pada pendapat anda, siapakah dia Imam bacaan al-Quran yang kita amalkan di
Malaysia?

Adakah anda sedar bahawa al-Quran yang kita baca diambil daripada Imam Qiraat. Namun, adakah
anda yakin bahawa semua bacaan al-Quran yang kita baca bertepatan dengan kaedah bacaan Imam
kita?. Adakah anda tahu semua tanda-tanda khusus dalam al-Quran kita mempunyai hukum bacaan
khusus mengikut Imam Qiraat kita? Adakah anda tahu terdapat banyak lagi imam-imam Qiraat lain
yang mempnyai perbezaan bacaan-bacaan khusus mengikut imam-imam Qiraat masing-masing?

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengertian Qiraat.

1.1 Penurunan al-Quran dalam Tujuh Huruf.

1.2 Jenis-jenis Qiraat

1.3 Rukun-rukun Qiraat

1.4 Sejarah Perkembangan dan Pembukuan Qiraat

1.5 Pengenalan Imam-imam dan Perawi Qiraat Tujuh

1.6 Rumus Imam-imam Qirat tujuh

Apakah yang dimaksudkan dengan Qiraat?

Qiraat adalah bentuk masdar daripada qara’a atau jamak dari qiraah yang artinya dari segi bahasa
ialah bacaan. Menurut istilah Qiraat adalah satu mazhab (aliran) pengucapan al-Quran yang dipilih oleh
salah seorang Imam Qurra’ sebagai suatu mazhab yang berbeza dengan mazhab lainnya. Ini
bermaksud ialah perbezaan-perbezaan dalam membaca al-Quran, iaitu perbezaan lafaz-lafaz al-Quran
mengenai huruf-huruf dan cara mengucapkannya dari segi tebal atau tipis, panjang pendeknya dan
sebagainya.

Muhammad Abdul Azim al-Zarqani menjelaskan: “Qiraat ialah suatu mazhab yang dipilih oleh imam
qiraat yang antara satu dengan lainnya tidak sama dalam melafadzkan al-Quran.”
Ilmu-ilmu Al-Quran 58

Muhammad Salam Muhaysin pula berpendapat: “Qiraat adalah satu ilmu yang membahas tentang cara
pengucapan kalimat-kalimat Al-Quran serta cara pelaksanaannya dengan menisbahkan setiap
bacaanya kepada seorang Imam pakar qiraat.”

Kesimpulannya Qiraat ialah suatu ilmu pengetahuan mengenai cara melafazkan Al-Quran secara
praktikal dengan pengucapannya yang baik, sama ada disepakati atau diperselisihkan kesahihannya
dengan berdasar pada mazhab-mazhab yang sah sanadnya hingga sampai kepada Rasulullah s.a.w.

Tahukah anda al-Quran diturunkan dalam Tujuh Huruf?

Para ulama berselisih pendapat dalam mentafsirkan maksud Tujuh Huruf sehingga Ibn Hayyan
mengatakan terdapat tiga puluh lima pendapat berkaitan maksud Tujuh Huruf itu.

Abu ‘Ubayd al-Qasim bin Salam sebagaimana yang disebutkan oleh al-Suyuti di dalam kitabnya.
mengatakan: Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya Al-Quran ini diturunkan atas tujuh huruf, maka bacalah kamu mana
yang mudah daripadanya.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bolehkah anda renungi apakah yang dimaksudkan dengan Tujuh Huruf? Bagaimanakah al-Quran
diturunkan dalam Tujuh Huruf?

Para ulama berselisih pendapat mengenai Al-Quran diturunkan dengan tujuh huruf antaranya ialah:

1. Pendapat pertama menjelaskan al-Quran itu diturunkan dalam tujuh bahasa iaitu dialek. Abu
Ubayd menyatakan bahawa bahasa tersebut ialah Quraish, Hudhail, thaqif, awazin, Kinanah,
tamim dan al-Yaman.

2. Pendapat kedua menyatakan tujuh huruf ialah tujuh wajah iaitu (amr) perintah, (nahyu)
larangan, (wa’du) janji, (wa’id) ancaman, (jadal) perdebatan, (qasas) cerita, dan (masal)
perumpamaan.

3. Pendapat ketiga berpendapat tujuh huruf ialah Tujuh qiraat.

4. Pendapat yang paling masyhur mengenai penafsiran Sab’atu Ahruf adalah pendapat Ar- Razi
dikuatkan oleh Al-Zarkani dan didukung oleh jumhur ulama. Tujuh huruf merujuk kepada
pPerbezaan pada tujuh wajah;

4.1 Perbedaan pada bentuk isim, antara mufrad, tasniah, jamak muzakkar atau mu’annath.
Ilmu-ilmu Al-Quran 59

Contoh dalam firman Allah, surah al-Mu’minun, ayat 8:

ُ ‫ﻷﻣﺎﻧَﺎﺗِ ِﻬ ْﻢ َو َﻋ ْﻬ ِﺪ ِﻫ ْﻢ َر‬
‫اﻋﻮ َن‬ َ ‫ﻳﻦ ُﻫ ْﻢ‬
ِ
َ ‫َواﻟﺬ‬

Iaitu perkataan ‫ﻷﻣﺎﻧَﺎﺗِ ِﻬ ْﻢ‬ ِ


َ dan dibaca dengan mufrad dalam Qiraat lain ‫ﻷﻣﺎﻧﺘ ِﻬ ْﻢ‬.
َ

4.2 Perbedaan bentuk fi’il madhi, mudhari’ atau amar.

Contoh dalam firman Allah, surah Saba’, ayat 19:

‫َﺳ َﻔﺎ ِرﻧٍَﺎ‬ ِ


ْ ‫ـﻨَﺎ ﺑَﺎﻋ ْﺪ ﺑَـ ْﻴ َﻦ أ‬‫ﻓَـ َﻘﺎﻟُﻮا َرﺑ‬

Sebahagian Qiraat membaca lafaz ‘rabbana’ dengan rabbuna, dan dalam kedudukan yang lain lafaz
‘ba’idu’ dengan ‘ba’ada’.

4.3 Perbezaan dalam bentuk ‘irab. Contoh firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 282:

‫ﺐ‬ ِ َ ‫ إِ َذا ﺗَـﺒﺎﻳـ ْﻌﺘُﻢ وﻻ ﻳ‬dibaca dengan disukunkan huruf ‘ra’ sedangkan yang lain membaca
ٌ ‫ر َﻛﺎﺗ‬ ‫ﻀﺎ‬ُ َ ْ ََ
dengan fathah.

4.4 Perbezaan tentang mendahulukan (taqdim) dan mengakhirkan (ta’khir).

Contoh firman Allah dalam surah Qaf, ayat 19:

ِ
َ ‫ْﺮةُ اﻟ َْﻤ ْﻮت ﺑِﺎﻟ‬
.‫ْﺤﻖ‬ َ ‫ت َﺳﻜ‬
ْ ‫ﺎء‬
َ ‫َو َﺟ‬

ِ ‫ت ﺳﻜْﺮةُاﻟْﺤﻖ ﺑِﺎﻟْﻤﻮ‬
dibaca dengan didahulukan ‘al-haq’ dan diakhirkan ‘al-maut’, ‫ت‬ ْ َ َ َ َ ْ ‫ﺎء‬ َ ‫ َو َﺟ‬.

Tapi Qiraat ini dianggap lemah.

4.5 Perbezaan dalam menambah dan mengurangi. Contoh firman Allah, Surah al-Lail, ayat 3:

. ‫ﺬ َﻛ َﺮ َواﻷﻧْـﺜَﻰ‬ ‫َﻖ اﻟ‬


َ ‫َوَﻣﺎ َﺧﻠ‬

Ada Qiraat lain yang membuang lafaz ‘‫َﻖ‬


َ ‫َ’ﻣﺎ َﺧﻠ‬

4.6 Perbezaan ibdal (penggantian huruf). Contoh firman Allah dalam surah al-Baqarah,ayat
259:
Ilmu-ilmu Al-Quran 60

$yδã”ų⊥çΡ y#ø‹Ÿ2 ÏΘ$sàÏèø9$# †n<Î) öÝàΡ$#uρ

Perkata $yδã”ų⊥çΡ dibaca dengan huruf ra yang telah diibdal dari huruf ‘zai’.

4.7 Perbezaan lahjah seperti dalam imalah, tarqiq, tafkhim, izhar, idgham dan sebagainya.
Perkataan ‘wadduha’ dibaca dengan fathah dan ada yang membaca dengan imalah, yaitu
dengan bunyi ‘wadduhe’ (sebutan antara fathah dan kasrah).

Kesimpulannya pendapat yang paling rajih ialah Tujuh huruf berkaitan dengan tujuh jenis bahasa dari
bahasa-bahsa Arab dalam member maksud satu makna yang sama seperti kalimah ،‫ ﻋﺎﺟﻞ‬،‫ ﻫﻠﻢ‬،‫ ﺗﻌﺎل‬،‫أﻗﺒﻞ‬
‫ اﺳﺮع‬dan sebagainya.

Bolehkah anda fikirkan kenapa al-Quran diturunkan dalam tujuh huruf? Apakah hubungan Tujuh Huruf
ini dengan Mashaf Rasm Uthmani?

Hikmah Diturunkan al-Quran dalam Tujuh Huruf

Mudah

Penjelasan
Terpelihara
Satu makna

Tiada
Satu bahasa
kesamaran

Penjelasan Dua hukum


Hukum berbeaza
Dua hukum
Syara'

Rajah 1.1 Hikmah Penurunan al-Quran dalam Sab’ah Ahruf

Muhammad Sha’ban Muhammad Ismail menggariskan beberapa hikmah al-Quran diturunkan dalam
tujuh huruf ialah:

Meringankan umat dan memudahkan bacaan. Khasnya kepada bangsa Arab yang mempunyai
pelbagai kabilah dan terdapat perbezaan dialek, sebutan huruf dan cara penyampaian
walaupun meeka masih bersatu dalam satu penyatuan Arab.
Ilmu-ilm
ilmu Al-Quran 61

Menunjukkan bahawa al al-Quran dijaga daripada sebarang bentuk pe perubahan dan


penyelewengan dengan terd
erdapat pelbagai cara bacaan.
Menghimpun umat Islam yan
yang baru ke dalam satu bahasa atau dialek Quraishsh yang al-Quran
diturunkan dengannya.
Menghimpunkan di antaraa ddua hukum yang berbeza melalui pengumpulan dua cara bacaan
yang ada.
Menunjukkan terdapat duaa hukum
h syara‘, akan tetapi dalam dua keadaan yangg bberbeza.
Menjelaskan salah satu huku
ukum
Menolak kesalahfahaman.
Menjelaskan makna satu lafaz
lafa yang sukar difahami maknanya.

Jenis-jenis Qiraat

Mutawat
watir Masyhur

Ahad
had Syazah

Maudhu
udhu' Mudraj

Rajah 1.2 Jenis-jenis Qiraat

1. QIRAAT MUTAWATI
ATIR

 Qiraat yang diriwaya


ayatkan oleh satu kumpulan yang besar yang tidak mu mungkin berlaku
pendustaan
 Contoh, Qiraat yang
ang terdapat dalam Thariq al-Syathibi dan Thariq al-Jaz
Jazari.
Ilmu-ilmu Al-Quran 62

2. QIRAAT MASYHUR

 Qiraat yang sah sanadnya tetapi tidak mencapai tahap Mutawatir.


 Menepati kaedah Bahasa Arab dan salah satu Mushaf Uthmani.
 Masyhur di kalangan Imam Qurra’ tetapi berlawanan jalan riwayatnya dengan Imam
Tujuh dan setengahnya tidak.

3. QIRAAT AHAD

 Qiraat yang sah sanadnya tetapi menyalahi kaedah Bahasa Arab atau bacaannya
tidak masyhur di kalangan Imam Qurra’.

4. QIRAAT SYAAZAH

 Qiraat yang tidak ada sanadnya


 Contoh Qiraat para tabi’in seperti al-‘Amasy, Yahya ib Waththab, Ibn Jubayr dan
seumpamanya.

5. QIRAAT MAUDHU’

 Qiraat yang direka-reka yang bukan datang daripada Rasulullah s.a.w.

6. QIRAAT MUDRAJ

 Qiraat yang ditambah di dalam Qiraat sebagai pentafsiran seperti Qiraat Ibnu Abbas.

Kesimpulannya ialah Qiraat Ahad, Qiraat Syaazah, Qiraat Maudhu’ dan Qiraat Mudraj tidak boleh
dibaca kerana ianya bukan dinamakan al-Quran walaupun sanadnya sahih seperti sanad Ahad, tetapi
qiraat tersebut tidak terdapat dalam Rasm `Uthmani.

Bolehkah anda fikirkan jenis-jenis Qiraat? Adakah anda mampu menyebutkannya sekarang? Adakah
bacaan al-Quran kita termasuk dalam kategori Qiraat yang diterima?
Ilmu-ilm
ilmu Al-Quran 63

Rukun-rukun Qiraat

Mutawatir

Mashaf Uthmani

Bahasa Arab

Rajah 1.3 Rukun-rukun Qiraat

Para ulama telah menggariskan tiga


tig syarat bagi setiap qiraat yang disepakati dan
an diterima dari
Rasulullah s.a.w iaitu:

1. Mutawatir ialah pengambilan dari


ari satu kumpulan ke kumpulan yang lain hingga ke masa kini dan
mustahil kumpulan tersebut melak
elakukan pembohongan.
2. Bertepatan dengan salah satu Mashaf
M Uthmani ialah suatu qiraat dianggap sahih
ih aapabila sesuai
dengan salah satu Mashaf ‘Usma
smani (yang berjumlah 6) yang dikirimkan ke pelbagai
gai wilayah Islam
kerana ia mencakup sab’atu ahru
hruf walaupun ihtimal (dibaca dengan dua bacaan ata
ataupun lebih di
dalam satu penulisan).
3. Bertepatan dengan satu bentukk daripada
da bentuk-bentuk kaedah bahasa Arab. Tetapi
pi syarat terakhir
ini tidak berlaku sepenuhnya, se
sebab ada sebagian bacaan yang tidak sesuai denga gan tata bahasa
Arab, namun karena sanadnya sasahih dan mutawatir maka qiraatnya dianggap sahih.

un Q
Bolehkah anda fikirkan rukun-rukun Qiraat? Adakah anda mampu menyebutkannya seka
ekarang? Adakah
bacaan al-Quran kita termasuk dalam
lam kategori sah sanadnya?
Ilmu-ilmu Al-Quran 64

Sejarah Perkembangan Ilmu Qiraat

Zaman Rasulullah Zaman Sahabat Zaman Tabi'in

Rajah 1.4 Peringkat-peringkat Perkembangan Ilmu Qiraat

Sejarah Perkembangan Ilmu Qiraat

Zaman Rasulullah

 Rasulullah merupakan guru pertama Qiraat. Peringkat permulaan Qiraat yang dipelajari oleh
Rasulullah s.a.w melalui Jibril berdasarkan:

 i.Dalil dalam firman Allah, surah al-Najm, ayat 5

∩∈∪ 3“uθà)ø9$# ߉ƒÏ‰x©…çµuΗ©>tã

Maksudnya: Wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat


jibril) Yang amat kuat gagah.

 ii.Sabda Rasulullah s.a.w:

ِ ِ ‫ﺎن ﻓِﻲ ﺣﻴ ِﺎة رﺳ‬ ِ َ‫ﻴﻢ ﻳـ ْﻘﺮأُ ﺳﻮرةَ اﻟْ ُﻔﺮﻗ‬ ِ َ ‫ﺖ ِﻫ‬ ُ ‫ﻮل َﺳ ِﻤ ْﻌ‬
ُ‫ﻪ‬‫ﻰ اﻟﻠ‬‫ﺻﻠ‬ َ ‫ﻪ‬‫ﻮل اﻟﻠ‬ ُ َ ََ ْ َ ُ َ َ ٍ ‫ﺎم ﺑْ َﻦ َﺣﻜ‬ َ‫ﺸ‬ ُ ‫ﺎب ﻳَـ ُﻘ‬ِ ‫َﻋ ْﻦ ُﻋ َﻤﺮ ﺑْ َﻦ اﻟْ َﺨﻄ‬
َ
 ِ  
‫ﺻﻠﻰ اﻟﻠﻪُ َﻋﻠ َْﻴﻪ َو َﺳﻠ َﻢ‬ ِ  ِ
ُ ‫َﻢ ﻳُـ ْﻘ ِﺮﺋْﻨ َﻴﻬﺎ َر ُﺳ‬ ٍ ِ ٍ ِ ِ ِ ِ ِ  ِ
َ ‫ﻮل اﻟﻠﻪ‬ ْ ‫اءﺗﻪ ﻓَﺈذَا ُﻫ َﻮ ﻳَـ ْﻘ َﺮأُ َﻋﻠَﻰ ُﺣ ُﺮوف َﻛﺜ َﻴﺮة ﻟ‬ َ ‫ﺖ ﻟﻘ َﺮ‬ُ ‫ﺎﺳﺘَ َﻤ ْﻌ‬
ْ َ‫َﻋﻠَْﻴﻪ َو َﺳﻠ َﻢ ﻓ‬
‫ﻚ‬َ ُ‫ﺘِﻲ َﺳ ِﻤ ْﻌﺘ‬‫ﻮرةَ اﻟ‬
َ‫ﺴ‬ ‫َك َﻫ ِﺬ ِﻩ اﻟ‬ ُ ‫ َﻢ ﻓَـﻠََﺒْﺒﺘُﻪُ ﺑِ ِﺮ َداﺋِ ِﻪ ﻓَـ ُﻘﻠ‬‫ﻰ َﺳﻠ‬‫ت َﺣﺘ‬
َ ‫ْﺖ َﻣ ْﻦ أَﻗـ َْﺮأ‬ ِ ِ
َ َ‫ﻼة ﻓَـﺘ‬‫ُﺳﺎ ِوُرﻩُ ﻓﻲ اﻟﺼ‬
ُ ‫ـ ْﺮ‬‫ﺼﺒ‬ َ‫ت أ‬ ُ ‫ﻓَ ِﻜ ْﺪ‬
‫ﺖ ﺑِ ِﻪ‬ ُ ‫ْت ﻓَﺎﻧْﻄَﻠَ ْﻘ‬ َ ‫ﻴﻬﺎ َﻋﻠَﻰ ﻏَْﻴ ِﺮ َﻣﺎ ﻗَـ َﺮأ‬ َ ِ‫ﺖ أَﻗـ َْﺮأَﻧ‬ ُ ‫ َﻢ ﻓَـ ُﻘﻠ‬‫ﻪُ َﻋﻠ َْﻴ ِﻪ َو َﺳﻠ‬‫ﻰ اﻟﻠ‬‫ﺻﻠ‬
َ ْ‫ْﺖ َﻛ َﺬﺑ‬ ِ ُ ‫ﺎل أَﻗـْﺮأَﻧِﻴﻬﺎ رﺳ‬
َ ‫ﻪ‬‫ﻮل اﻟﻠ‬ ُ َ َ َ َ َ‫ﺗَـ ْﻘ َﺮأُ ﻗ‬
ٍ ِ ُ ‫ﻲ َﺳ ِﻤ ْﻌ‬‫ْﺖ إِﻧ‬ ُ ‫ َﻢ ﻓَـ ُﻘﻠ‬‫ﻪُ َﻋﻠ َْﻴ ِﻪ َو َﺳﻠ‬‫ﻰ اﻟﻠ‬‫ﺻﻠ‬ ِ ِ ‫ﻮدﻩُ إِﻟَﻰ رﺳ‬
‫َﻢ‬
ْ ‫ﻮرةَ اﻟْ ُﻔ ْﺮﻗَﺎن َﻋﻠَﻰ ُﺣ ُﺮوف ﻟ‬ َ ‫ﺖ َﻫ َﺬا ﻳَـ ْﻘ َﺮأُ ُﺳ‬ َ ‫ﻪ‬‫ﻮل اﻟﻠ‬ َُ ُ ُ‫أَﻗ‬
‫ َﻢ‬‫ﻪُ َﻋﻠ َْﻴ ِﻪ َو َﺳﻠ‬‫ﻰ اﻟﻠ‬‫ﺻﻠ‬ ِ ُ ‫ﺎل رﺳ‬ ِ ِ ‫ﺸﺎم ﻓَـ َﻘﺮأَ اﻟ ِْﻘﺮ‬ ِ ِ َ ‫ﺗُـ ْﻘ ِﺮﺋْﻨِﻴﻬﺎ ﻓَـ َﻘ‬
َ ‫ﻪ‬‫ﻮل اﻟﻠ‬ ُ َ َ ‫ﺘﻲ َﺳﻤ ْﻌﺘُﻪُ ﻓَـ َﻘ‬‫اءةَ اﻟ‬ َ َ َ ُ َ ‫ﺎل أ َْرﺳﻠْﻪُ اﻗـ َْﺮأْ ﻳَﺎ ﻫ‬ َ
‫ﻚ‬ َ ِ‫ﺎل َﻛ َﺬﻟ‬ َ ‫ﺘِﻲ أَﻗـ َْﺮأَﻧِﻲ ﻓَـ َﻘ‬‫ْت اﻟ‬ُ ‫ َﻢ اﻗـ َْﺮأْ ﻳَﺎ ُﻋ َﻤ ُﺮ ﻓَـ َﻘ َﺮأ‬‫ﻪُ َﻋﻠ َْﻴ ِﻪ َو َﺳﻠ‬‫ﻰ اﻟﻠ‬‫ﺻﻠ‬ ِ ُ ‫ﺎل رﺳ‬
َ ‫ﻪ‬‫ﻮل اﻟﻠ‬ ُ َ َ َ‫ﻢ ﻗ‬ ُ‫َﺖ ﺛ‬ ْ ‫ﻚ أُﻧْ ِﺰﻟ‬َ ِ‫َﻛ َﺬﻟ‬
.ُ‫ﺴ َﺮ ِﻣ ْﻨﻪ‬ َ‫ف ﻓَﺎﻗـ َْﺮءُوا َﻣﺎ ﺗَـﻴ‬ ٍ ‫ن ﻫ َﺬا ا ْﻟ ُﻘﺮآ َن أُﻧْ ِﺰ َل َﻋﻠَﻰ ﺳﺒـﻌ ِﺔ أَﺣﺮ‬ ِ‫َﺖ إ‬
ُ ْ َ َْ ْ َ ْ ‫أُﻧْ ِﺰﻟ‬

Maksudnya : Diriwayatkan daripada cUmar ibn al-Khattāb r.a beliau berkata :


Aku mendengar Hisyām ibn Hakim membaca surah al-Furqān semasa
Rasulullah s.a.w masih hidup, lalu aku mendengar dengan teliti bacaannya
Ilmu-ilmu Al-Quran 65

dan aku dapati dia membaca dengan banyak cara bacaan yang tidak pernah
diajarkan kepadaku oleh Rasulullah s.a.w. Aku hampir-hampir menariknya
keluar daripada solat tetapi aku bersabar sehingga selepas solat lalu aku
mencekak pakaiannya sambil berkata : Siapa yang membacakan kepadamu
surah ini dengan bacaan yang aku dengar tadi? Lalu dia menjawab :
Rasulullah s.a.w yang mengajarku. Lalu aku berkata : Engkau telah berdusta.
Rasulullah s.a.w telah mengajarku dengan bacaan yang tidak sama dengan
bacaanmu. Lalu aku membawanya berjumpa Rasulullah s.a.w dan aku
berkata [kepada Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya aku telah mendengarnya
[Hisyām ibn Hakim] membaca surah al-Furqān dengan bacaan-bacaan yang
tidak pernah kau ajarkan kepadaku. Lalu sabda Rasulullah s.a.w: Lepaskan
dia wahai ‘Umar, bacalah wahai Hisyām. Lalu Hisyām membaca seperti yang
aku dengar tadi. Rasulullah s.a.w bersabda : Begitulah ia diturunkan. Bacalah
wahai cUmar. Lalu aku membaca seperti yang diajar oleh baginda. Baginda
bersabda : Begitulah ia diturunkan, sesungguhnya al-Quran diturunkan
dengan tujuh ahruf [cara-cara bacaan], maka bacalah apa yang mudah
daripadanya.(al-Bukhari).

 Ini jelas menunjukkan bahawa Qiraat yang diajar oleh Malaikat Jibril kepada Rasulullah dengan
kepelbagaian bacaan.

 Qiraat telah pun wujud semenjak ia diturunkan di Mekah sebelum Rasulullah berhijrah ke
Madinah kerana terdapat persamaan di antara Qiraat dengan dialek-dialek bahasa Arab.Tetapi
ada pendapat ulama yang menjelaskan Qiraat telah diturunkan di Madinah.

Zaman Sahabat

 Para sahabat menerima Qiraat daripada Rasulullah secara talaqqi dan musyafahah. Di
antaranya ada yang menerima satu bacaan sahaja, ada pula yang menerima dua bacaan, tiga
bacaan bahkan lebih daripada itu.

 Kemudian mereka mengajarkan bacaan yang diterimanya kepada orang ramai.

 Di zaman sahabat, para qari dan huffaz yang terkenal adalah ‘Usman bin Affan, Ali bin Abi
Talib, Ubay bin Ka’ab, Zaid bin Thaabit, Ibnu Mas’ud, Abu Darda’ dan Abu Musa al-Asy’ari dan
Abu Hurairah.

 Merekalah yang dikirim oleh Khalifah ‘Usman ke wilayah Islam bersama mashaf ‘Usmani yang
telah disediakan.

 Kesan perkembangan Qiraat di zaman sahabat, muncullah pakar-pakar qiraat generasi tabiin,
dan sesudahnya.
Ilmu-ilmu Al-Quran 66

Zaman Tabi’in

 Berikut nama-nama para pakar qiraat dari generasi tabi’in dibeberapa wilayah Islam didunia.

 Di Mekah ialah ‘Ubayd bin ‘Umayr, ‘Ata’ bin Abu Rabaah,Tawus bin Kaysan, Mujahid, Ikrimah
dan Ibnu Abu Malikah dan lain-lain

 Di Madinah ialah Sa’id Ibnu Musayyab, ‘Urwah bin Zubayr, Umar bin Abdul Aziz, Sulaiman bin
Yassar, Mu’az bin Haris (Mu’ad AI-Qari’), Abdurrahman bin Hurmuz, Ibn Shihab al-Zuhriy, Ibnu
AI-A’raj, Muslim bin Jundub dan Sa’id bin Aslam.

 Di Basrah terdapat para qari masyhur yaitu ‘Amir bin Abdul Qais, Abu ‘Aliyah, Abu Raja’, Nasr
bin ‘Ashim, Yahya bin Ya’mar, Mu’adz, Jabir bin al-Hasan, Al-Hasan Ibnu Sirin dan Qatadah.

 Di Kufah terdapat pula para ahli Qiraat antaranya al-Qamah bin Qays, aI-Aswad bin Zayd al-
Nakhai’y, Masruq bin al-Ajda’, Ubayd bin ‘Amar al-Salmaniy, Amr bin Syarkhahil, al-Haris bin
Qays, Rabi’ bin Khatim, ‘Amru b. Maimun, Abdurrahman Assulami, Zar bin Khubays, Ubaid bin
Mudhailah, Abu Zar’ah dan Ibnu Asy-Sya’bi.

 Di Syam terdapat juga para qari antaranya aI-Mughirah bin Abi Syihab al-Makhzumi. Beliau
merupakan salah seorang murid ‘Usman bin Affan. Dan Khalid bin Sa’id juga adalah salah
seorang murid Abu Darda’.

 Kesan dari perkembangan ilmu Qiraat pada zaman generasi tabiin, maka semakin ramai orang
yang cenderung dan berminat tentang ilmu qiraat sehingga menyebabkan mereka
menumpukan perhatian terhadap ilmu qiraat, sehingga di beberapa kota besar terdapat pula
pakar-pakar qiraat dari generasi ini.

 Seperti di Mekah terdapat Imam Ibnu Kathir, beliau adalah salah seorang imam Qiraat. Hamid
bin Qays, Mujahid bin Jabbar, Zayd bin Aslam, Muhammad bin Muhaisin dan lain-lain.

 Di Madinah terdapat nama-nama seperti Abu Jaafar Yazid bin al-Qa’qa’, Syaibah bin Nasah
dan Nafi’ bin Abu Nu’im (salah seorang imam qiraat), Abu ‘Amr al-Basriy dan lain-lain.

 Di Kufah nama-nama yang termasyhur adalah IbrahimbinYazid al-Nakhaiy, Yahya bin Wathab,
‘Asim bin Abu Najud, Hamzah bin Kisa’I dan lain-lain.

 Tiga nama yang terakhir itu termasuk imam Qiraat yang tujuh.

 Manakala para qari yang tinggal di Basrah ialah Abdullah bin Abu Ishak al-Hadrami, Isa bin
Umar, Abu Amr bin al-A’la al-Basriy (salah seorang imam qiraat) dan Shuayb binal-Habhab al-
‘Azdiy al-Basriy.
Ilmu-ilmu Al-Quran 67

 Di Syam tercatat juga nama-nama yang masyhur di antaranya Abdullah bin Amir al-Yahsabiy
(salah seorang imam qiraat), Ibnu 'Atiyah bin Qais Al-Kilabi, Ismail bin Abdullah bin Muhajir,
Yahya bin Haris dan Syuraikh bin Yazid Al-Hadrami.

Bolehkah anda fikirkan peringkat-peringkat perkembangan ilmu Qiraat? Adakah anda mampu
menyebutkannya sekarang? Bagaimanakah proses penyebaran ilmu Qiraat berlaku di ketiga-tiga
zaman?

Sejarah Pembukuan Ilmu Qiraat

 Ilmu Qiraat semakin maju sejajar dengan ilmu-ilmu lain disebabkan perkembangan dunia pada
umumnya dan dunia Islam khususnya . I

 lmu-ilmu yang dulunya diwarisi secara mulut ke mulut mula dibukukan untuk menjadi kajian
bagi generasi mendatang. begitu juga ilmu qiraat mulai ditulis dan dibukukan.

 Sejarah mencatat dan menulis buku-buku Qiraat ialah Abu Ubayd Al-Qasim bin Sallam, Abu
Hatim al-Sajastaniy, Abu Jaafar al-Tabariy dan Isma’il bin Ishaq al-Qadhi termasuk di antara
para ulama qiraat yang mula-mula merintis pembukuan ilmu Qiraat al-Quran.

 Melalui pembukuan tersebut, para ilmuwan kemudian mulai membuat kajian dan meringkas
pembukuan ilmu qiraat untuk lebih diminati orang banyak.

 Di antara mereka ada yang menyusunnya dalam bentuk prosa dan ada pula yang berbentuk
syair agar mudah dihafal. Orang yang termasuk dalam kriteria tersebut di antaranya ialah
Imam Ad-Dani dan Al-Syatibi.

 Pada peringkat awal pembukuan ilmu qiraat yang dirintis oleh Ibnu Ubaid Al-Qasim, Abu
Khatim Al-Sajistani, Abu Ja’afar dan para imam tersebut di atas, istilah qiraat tujuh belum
timbul.

 Pada peringkat ini, mereka hanya mengangkat sejumlah qiraat yang banyak ke dalam
karangan mereka. Hanya pada abad kedua Hijrah orang mulai tertarik kepada qiraat atau
bacaan beberapa imam yang mereka kenali.

 Umpamanya di Basrah orang tertarik terhadap qiraat Imam ‘Amr bin Yakkub.

 Sementara di Kufah, orang ramai tertarik pada bacaan Hamzah dan ‘Asim. Di Syam orang
tertarik pada Qiraat Ibnu ‘Amir.
Ilmu-ilmu Al-Quran 68

 Di Mekah, penduduknya tertarik pada Qiraat Ibnu Kathir dan begitu juga di Madinah orang
ramai tertarik pada Qiraat Imam Nafi’.

 Di penghujung abad ketiga Hijrah, Ibnu Mujahid mencetuskan istilah Qiraah Sab’ah atau Qiraat
Tujuh, dimaksudkan kepada tujuh macam qiraat yang dipopularkan oleh tujuh ( diatas )imam
qiraat tersebut. Namun Ibnu Mujahid tidak memasukkan Imam Yakkub ke dalam nama para
Imam yang tujuh. Sebagai pelengkapnya, beliau memasukkan ‘Ali Kisa’i yang yaitu salah
seorang pakar qiraat dari Kufah untuk menggantikan nama Yakkub. Maka dari situlah

Pernahkah anda terfikir kenapa ulama Qiraat hanya terbatas pada Qiraat Tujuh sahaja? Jika diteliti
masih terdapat banyak lagi imam-imam Qiraat lain yang berkaliber dab berkelayakan sama kedudukan
dengan mereka?

 Menurut Al-Makki, ini disebabkan sanad Imam-imam tersebut (yang selain imam 7) terlalu
panjang hingga mengurangi minat orang yang ingin belajar qiraat. Oleh karena itu, (para
perawi) mulai membatasi diri hanya pada qiraat yang sesuai dengan mashaf yang mudah
dihafal dan mudah menurut bacaan Al-Quran. Di samping itu ,para imam 7 tadi adalah
termasuk orang2 yang bisa dipercaya, jujur, dan sudah lama dalam menekuni ilmu qiraat dan
qiraatnya pun disepakati untuk dijadikan rujukan. Tetapi mereka tidak meninggalkan periwayat
yang selain tujuh imam qiraat tadi, seperti Qiraat Ya’kub, qiraat Abu Ja’afar, qiraat Syaibah dan
lain-lain.

Pengenalan Imam-imam dan Perawi Qirat Tujuh

Tahukah anda bacaan al-Quran kita termasuk dalam kategori Imam Tujuh yang masyhur? Siapakah
dia Imam-imam Qiraat Tujuh? Siapakah dia Perawi Qiraat Tujuh? Adakah imam Qiraat kita termasuk
dalam senarai imam-imam Qiraat Tujuh?
Ilmu-ilmu Al-Quran 69

Nafi' Ibnu Abu 'Ashim Hamzah Ibnu al-Kisai


(Nafi' bin Kathir 'Amru ('Ashim bin (Hamzah bin 'Amir ('Ali bin
'Abd 'Abdullah (Zaban Abi al- Uabib bin 9'Abdullah Hamzah al-
Rahman bin bin 'Amar al- Najud) 'Ammarah bin 'Amir Asadiy al-
Abi Nu'aim 'Abdullah Tamimiy al- (Kufah) bin Isma'il bin Yazid) Kisai al-Kufi)
al-Laysiy al- bin Zadan Basriy) al-Kufi al- (Kufah)
Madani) •Hafs Taymiy) (Kufah)
bin Firuz bin (Basrah)
Hurmuz) •(Hafs bin •Hisyam •'Abd al-
(Madinah) (Kufah) Harith
•al-Duri Sulaiman) •(Hisyam
•Warsy (Mekah) •Khalaf •a(al-Lays
•Hafs bin •Syu'bah bin
•('Usman •al-Bazzi 'Umar) •(Abu Bakar •(Khalaf bin 'Ammar) bin Khalid
bin Sa'id) •(Ahmad •al-Susi bin Syu'bah Hisyam) •Zakwan al-Maruziy)
•Qalun bin •(Shaleh bin bin 'Ayyas) •Khallad •('abdullah •al-Duri
•('Isa bin Muhamma Ziyad) •(Khallad bin Ahmad •(Hafs al-
Mina) d) bin khalid bin Bisyr Duri)
•Qunbul al- bin
•(Muhamm Syaybaniiy) Zakwan)
ad bin 'Abd
al-Rahman)

Rajah 1.5 Biodata Imam Tujuh yang masyhur dan perawi-perawi

Rumus Imam Qiraat Tujuh

 Bagi memudahkan untuk mengingati nama-nama imam qiraat, para ulama' telah membuat satu
rumus.
 Di samping itu, rumus ini dibuat dan disusun untuk memudahkan pembacaan qiraat jama',
supaya tiada bacaan yang tertinggal.
Ilmu-ilmu Al-Quran 70

SECARA QIRAAT MUFRAD


KAEDAH PEMBACAAN
QIRAAT
SECARA QIRAAT JAMA'

 Secara umumnya, kaedah pembacaan Qiraat terbahagi kepada dua :

1) Qiraat Mufrad iaitu membaca al-Qur'an dengan bacaan satu imam sahaja dalam sesuatu
bacaan.

2) Qiraat Jama’ iaitu membaca al-Qur'an dengan bacaan semua imam dalam sesuatu
bacaan. Bagi pembacaan al-Qur'an secara qiraat jama', terdapat kaedah tertentu untuk
menentukan bacaan yang imam qiraat mana yang perlu didahulukan, dan susunan rumus
inilah yang digunakan untuk menentukan bacaan imam mana yang perlu dibaca dahulu
dan kemudian. penentuan bacaan mestilah bermula dari ra'sul ayah ( kepala ayat : tanda
yang menunjukan bilangan ayat).

NAMA IMAM QIRAAT 7 RUMUS


NAFI’ ‫ﻧﺎﻓﻊ‬ ‫أ‬
QALUN ‫ﻗﺎﻟﻮن‬ ‫ب‬
WARSY ‫ورش‬ ‫ج‬

IBN KATHIR ‫إﺑﻦ ﻛﺜﲑ‬ ‫د‬


AL-BAZZI ‫اﻟﺒﺰي‬ ‫ه‬
QUNBUL ‫ﻗﻨﺒﻞ‬ ‫ز‬

ABU ‘AMRU ‫أﺑﻮ ﻋﻤﺮو‬ ‫ح‬


AL-DURI ‫اﻟﺪوري‬ ‫ط‬
AL-SUSI ‫اﻟﺴﻮﺳﻲ‬ ‫ي‬

IBN ‘AMIR ‫إﺑﻦ ﻋﺎﻣﺮ‬ ‫ك‬


HISYAM ‫ﻫﺸﺎم‬ ‫ل‬
IBN ZAKWAN ‫إﺑﻦ زﻛﻮان‬ ‫م‬
Ilmu-ilmu Al-Quran 71

‘ASIM ‫ﻋﺎﺻﻢ‬ ‫ن‬


SYU’BAH ‫ﺷﻌﺒﺔ‬ ‫ص‬
HAFS ‫ﺣﻔﺺ‬ ‫ع‬

HAMZAH ‫ﲪﺰة‬ ‫ف‬


KHALAF ‫ﺧﻠﻒ‬ ‫ض‬
KHALLAD ‫ﺧﻼد‬ ‫ق‬

KISAIE ‫ﻛﺴﺎﺋﻲ‬ ‫ر‬


ABU HARITH ‫أﺑﻮ ﺣﺮﻳﺚ‬ ‫س‬
AL-DURI ‫اﻟﺪوري‬ ‫ت‬

Rajah 1.6 Rumus bagi Imam Qiraat Tujuh

Dapatkan maklumat dari buku-buku rujukan, artikel, jurnal dan laman web bagi mendapatkan maklumat
mengenai Qiraat dan Penurunan al-Quran dengan Sab’ah Ahruf dengan lebih lanjut bagi memantapkan
lagi kefahaman anda mengenai perkara-perkara tersebut. Usaha anda sangat diperlukan bagi
meluaskan lagi maklumat anda sendiri. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

RUMUSAN

 Qiraat dari segi bahasa adalah bentuk masdar daripada qara’a atau jamak dari Qiraah yang
artinya dari segi bahasa ialah bacaan.
 Qiraat dari segi istilah adalah perbezaan-perbezaan dalam membaca al-Quran, iaitu perbezaan
lafaz-lafaz al-Quran mengenai huruf-huruf dan cara mengucapkannya dari segi tebal atau tipis,
panjang pendeknya dan sebagainya.
 Al-Quran diturunkan dalam Sab’ah Ahruf. pendapat yang paling rajih ialah Tujuh huruf
berkaitan dengan tujuh jenis bahasa dari bahasa-bahsa Arab dalam member maksud satu
makna yang sama seperti kalimah ‫ اﺳﺮع‬،‫ ﻋﺎﺟﻞ‬،‫ ﻫﻠﻢ‬،‫ ﺗﻌﺎل‬،‫ أﻗﺒﻞ‬dan sebagainya.
 Hikmah diturunkan al-Quran dalam Sab’ah ahruf antaranya ialah meringankan umat dan
memudahkan bacaan.
 Qiraat terbahagi kepada enam jenis dari aspek sanadnya iaitu Qiraat Mutawatir, Qiraat
Masyhur, Qiraat Ahad, Qiraat Syazah, Qiraat Maudhu’ dan Qiraat Mudraj.
 Rukun Qiraat terbahagi kepada tiga iaitu mutawatir, bertepatan dengan mashaf Uthmani dan
bertepatan dengan bahasa Arab.
 Sejarah perkembangan Qiraat terbahagi kepada tiga iaitu di zaman Rasulullah, zaman shabat
dan zaman tabi’in
Ilmu-ilmu Al-Quran 72

 Setiap imam-imam Qiraat Tujuh terdiri daripada dua orang perawi dan setiap nama-nama para
Qurra diwakili dengan rumus atau tanda-tanda tertentu dalam ilmu Qiraat supaya mudah dalam
proses pemahaman.

KATA KUNCI

1. Qiraat
2. Ahruf Sab’ah
3. Qiraat Sab’ah
4. Qurra’
5. Imam dan Perawi

PENILAIAN KENDIRI

1. Apakah maksud Qiraat dari segi bahasa dan istilah?


………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………........................................................................................
.....................................................
2. Bagaimanakah ulama mengkategori pelbagai jenis Qiraat? Bolehkah anda namakan beberapa
jenis Qiraat mengikut klasifikasi jenis-jenis Qiraat?
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
………………...................................................................................................................................

3. Adakah semua jenis Qiraat boleh digunakan dalam pembacaaan al-Quran?


.........................................................................................................................................................
.........................................................................................................................................................
.........................................................................................................................................................
.........................................................................................................................................................
.......................................................

4. Terangkan pandangan ulama berkaitan penurunan al-Quran dalam Sab’ah Ahruf?


………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………...............
.......................................................................................................................................................
Ilmu-ilmu Al-Quran 73

.......................................................................................................................................................
..........................................................
5. Jelaskan pendapat yang paling rajih berkaitan dengan penurunan al-Quran dalam tujuh huruf?
.......................................................................................................................................................
.......................................................................................................................................................
.......................................................................................................................................................
.......................................................................................................................................................
............................................

6. Huraikan perkembangan Qiraat di zaman Rasulullah?


.......................................................................................................................................................
.......................................................................................................................................................
.......................................................................................................................................................
.......................................................................................................................................................
............................................

7. Bilakah bermulanya pembukuan ilmu Qiraat?


.......................................................................................................................................................
.......................................................................................................................................................
.......................................................................................................................................................
.......................................................................................................................................................
............................................

8. Siapakah orang yang pertama mempelopori penulisan ilmu Qiraat?


………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………….
9. Senaraikan imam-imam Qiraat Tujuh dan nama-nama perawinya?
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………..

Bagi memantapkan lagi maklumat anda mengenai tajuk ini, diharapkan anda semua mencari
maklumat-maklumat mengenai perkara yang disebutkan di bawah. Di antara rujukan yang boleh anda
rujuk ialah buku al-Quran wa al-Qiraat wa al-Ahruf al-Sab’ah al-Haqiqat karangan ‘Abd al-Ghafur
Ilmu-ilmu Al-Quran 74

Mahmud Mustafa, al-Ahruf al-Sab’ah wa Manzilah al-Qurra Minha oleh Hasan Diya’ al-Din ‘Atr dan
lain-lain.

1) Hubungan Qiraat dengan al-Quran menurut pandangan ulama.


2) Ahruf Sab’ah menurut pandangan ulama
3) Rukun-rukun Qiraat menurut pandangan ulama Qiraat.
4) Latarbelakang Qurra Sab’ah dan ‘Asyarah.

Anda semua dikehendaki memilih satu daripada tajuk-tajuk berikut sebagai tugasan. Markah kerja
kursus akan diambil dari tugasan ini.

1) Bincangkan maksud "‫ "أﺣﺮف ﺳﺒﻌﺔ‬menurut pandangan ulama.


2) Jelaskan pandangan ulama mengenai jenis-jenis Qiraat yang disepakati dari aspek sanad.
3) Jelaskan pandangan ulama tentang “Qiraah Sab’ah” dan bagaimanakah sejarah kemunculan
Qiraat tersebut?
Ilmu-ilmu Al-Quran 75

RUJUKAN

Abd al-Fattah Abdal- Ghani al-Qadhi (2004), al-Budur al-Zahirahfi al-Qiraat al-‘Asyr al-Mutawatirah min
Thariqai al-Syyatibiyyah wa al-Durrah. Al-Kaherah:Dar al-Salam.

Abd al-Mu’thi Bahr al-Din Muhammad (2009), ‘Ulum al-Quran al-Maysarah. Al-Azhar Media:Seremban.

Al-Rajhiy, Abduh (1998) al-lahajat al-‘arabiyyah fi al-Qiraat al-Quraniyyah.Mesir:Dar al-Ma’rifah al-


Jam’iyyat.

Al-Shabuniy,Muhammad ‘Ali (2003),al-Tibyan fi ‘Ulum al-Quran. Al-Kaherah: Dar al-Shabuniy.

Al-Suyuti, Jalal al-din Abd Rahman (1988), al-Itqan fi ‘Ulum al-Quran.Beirut:al-Maktabah al-‘Asriyyah.

Al-Zarkashiyy, Badr al-Din Muhammad Ibn ‘Abdullah. (1998) al-Burhan fi ‘Ulum al-Quran.Beirut:’Alam
al-Kutub.

Al-Zarqani, Muhammad ‘Abd al-‘Azhim (t.t), Manahil al-‘Irfan fi ‘Ulum al-Quran.Beirut:Dar al-Fikr.

Manna’ al-Qattan (1997) Mabahis fi ‘ulum al-Quran. Al-Kaherah: Maktabah Wahbah.

Muhammad Salim Muhaysin (1984). Al-Qiraat wa Atharuha fi al-Tafsir wa al-Ahkam. Riyadh: Dar al-
Hijrah.

Sha’ban Muhammad Isma’il (1986) al-Qiraat Ahkamuha wa Masdaruha.Beirut: Dar al-Salam.

Subhi al-Salih (1990) Mabahith fi ‘Ulum al-Quran. Beirut: Dar al-‘Ilmi li al-Malayin.

Anda mungkin juga menyukai