Anda di halaman 1dari 4

Sunan Al-Tirmidzi dalam Bab Puasa

1. Larangan Bagi Orang Berpuasa Memasukkan Air Ke Dalam Hidung Secara Berlebihan

‫ث قَ َاَل‬
ٍ ‫س ْي ُن ْب ُن ُح َر ْي‬ َ ‫ق َوأَبُو‬
َ ‫ع َّم ٍار ا ْل ُح‬ ُ ‫ِي ا ْل َو َّرا‬
ُّ ‫ع ْب ِد ا ْل َحك َِم ا ْلبَ ْغدَاد‬ َ ‫َح َّدثَنَا‬
ِ ‫ع ْب ُد ا ْل َو َّها‬
َ ُ‫ب ْبن‬
‫ص ِب َرةَ ع َْن‬ ِ ‫َاص َم ْب َن َل ِق‬
َ ‫يط ْب ِن‬ َ ‫ير قَال‬
ِ ‫س ِمعْتُ ع‬ ْ ‫سلَ ْي ٍم َح َّدث َ ِني ِإ‬
ٍ ‫س َم ِعي ُل ْبنُ َك ِث‬ ُ ُ‫َح َّدثَنَا يَحْ َيى ْبن‬
‫أ َ ِبي ِه قَا َل‬
َ َ ‫س ِب ْغ ا ْل ُوضُو َء َو َخ ِل ْل بَ ْي َن ْاْل‬
‫صا ِب ِع َوبَا ِل ْغ فِي‬ ْ َ‫ُوء قَا َل أ‬
ِ ‫َّللاِ أ َ ْخ ِب ْر ِني ع َْن ا ْل ُوض‬ ُ ‫قُ ْلتُ يَا َر‬
َّ ‫سو َل‬
‫صائِ ًما‬ َ ‫َاق ِإ ََّل أ َ ْن تَك‬
َ ‫ُون‬ ِ ‫ستِ ْنش‬
ْ ‫ِاَل‬
‫صائِ ِم َو َرأ َ ْوا أ َ َّن‬ ُّ ‫ص ِحي ٌح َوقَ ْد ك َِر َه أ َ ْه ُل ا ْل ِع ْل ِم ال‬
َ ‫سعُو‬
َّ ‫ط ِلل‬ َ ‫س ٌن‬
َ ‫ِيث َح‬ َ ‫قَا َل أَبُو ِعي‬
ٌ ‫سى َهذَا َحد‬
‫ب َما يُقَ ِوي قَ ْولَ ُه ْم‬
ِ ‫ذَ ِلكَ يُ ْف ِط ُرهُ َوفِي ا ْلبَا‬
1. ISTILAH TERTENTU DALAM SANAD HADITH:
Istilah yang terdapat dalam sanad hadith adalah menggunakan lafaz ‫ َح َّدثَنَا‬yang
bermaksud telah menceritakan. Sebagai contoh: “Telah menceritakan kepada kami
Abdul Wahab bin Abdul Hakim Al-Baghdadi Al-Waraq dan Abu ‘Ammar Al Husain
bin Huraith berkata; telah menceritakan kepada kami Yahya bin Sulaim telah
menceritakan kepadaku Ismail bin Kathir berkata. Kemudian istilah lain yang

terdapat dalam sanad juga adalah ‫قال‬ yang bermaksud berkata. Contohnya, Ismail
bin Kathir berkata; saya telah mendengar ‘Ashim bin Laqith bin Sobirah dari ayahnya
berkata.

2. TERJEMAHAN HADITH:
Telah menceritakan kepada kami Abdul Wahab bin Abdul Hakim Al Bhagdadi Al
Waraq dan Abu 'Ammar Al Husain bin Huraits berkata; telah menceritakan kepada
kami Yahya bin Sulaim telah menceritakan kepadaku Isma'il bin Katsir berkata; saya
telah mendengar 'Ashim bin Laqhith bin Shabirah dari ayahnya berkata; Aku
bertanya; "Wahai Rasulullah, ceritakan kepadaku tentang wudhu?" Baginda
menjawab: "Sempurnakanlah wudhu, basuhlah sela-sela jarimu dan beristinsyaqlah
lebih dalam kecuali jika kamu sedang berpuasa" Abu 'Isa berkata; "Ini merupakan
hadis hasan sohih. Sebahagian ulama’ menolak istinsyaq bagi yang berpuasa dan
mereka berpendapat bahawa hal tersebut akan membatalkan puasa. Dan hadis hal
inilah yang telah menguatkan pandangan mereka.".

3. 2 PENGAJARAN DALAM HADITH:

Dalam hadith tersebut terdapat pengajaran yang boleh di ambil daripadanya untuk
dijadikan manfaat dalam kehidupan. Antaranya ialah:
1. Kita hendaklah sentiasa beristinsyaq iaitu memasukkan air ke dalam hidung
terlebih dahulu sewaktu memulakan wudhu’ kecuali ketika sedang berpuasa.
Hal yang sedemikian kerana perkara tersebut dapat menghindarkan daripada
segala penyakit. Seperti mana yang diketahui, berbagai kotoran dan debu
yang berterbangan dan tidak terlihat oleh mata, dapat terhirup masuk ke
dalam hidung. Hal ini secara tidak langsungnya, akan menjejaskan kesihatan.
Justeru itu, melalui istinsyaqlah, kita dapat menghindarkan diri daripada
segala penyakit.
2. Kita haruslah sentiasa membasuh di celah-celah jari tangan sewaktu
memulakan wudhu’ kerana perbuatan sedemikian memberikan kesan yang
baik pada kesihatan. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian ahli kaji saraf,
mereka mengatakan bahawasanya perkara tersebut dapat menyejukkan
hujung-hujung urat saraf jari-jari tangan dan juga dapat
menenangkan fikiran.

4. ISTILAH YANG DISEBUT DALAM MATAN DAN ISTILAH YANG


TERDAPAT DALAM SUNAN AL-TIRMIDZI:
Istilah yang disebut dalam matan hadith tersebut adalah ‫ يُجَا ِو ُر‬yang bermaksud
beriktikaf. Iaitu beriktikaf pada 10 malam terakhir. Namun Abu Isa menyatakan
bahawa hadith daripada Aisyah adalah hasan sahih. Banyak perawi berselisih
pendapat mengenai iktikaf di 10 malam terakhir pada malam yang ganjil. Abu Isa
berkata ‘Asy-Syafie berkata, “itu hanya pendapatku. Allah lebih tahu. Nabi SAW
menjawab pertanyaan sewaktu ditanya tentang lailatulqadar. Di katakan kepada
beliau bahawa kami mencarinya pada malam itu, kemudian beliau bersabda yang
bermaksud: “Carilah lailatul qadar pada malam seperti ini”

Istilah yang terdapat dalam sunan Al-Tirmidzi adalah:


Abu Isa berkata, “Hadith Aisyah itu adalah hadith hasan sahih”
HADIS DARIPADA SUNAN AL-TIRMIZI BERKAITAN LARANGAN BAGI ORANG
BERPUASA MEMASUKKAN AIR KE DALAM HIDUNG SECARA BERLEBIHAN

Hadis

HADIS DARIPADA SUNAN ABU DAUD BERKAITAN BAB PUASA DALAM


PERJALANAN

Anda mungkin juga menyukai