Anda di halaman 1dari 19

BAB 5

KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING


PENGENALAN
• Perhubungan guru-murid melibatkan bantuan
atau pertolongan, memberi maklumat atau
mendengar serta membincangkan sesuatu isu.
• Dalam proses tersebut, guru memerlukan
kemahiran yang bersesuaian.
Kemahiran Asas Kaunseling

• Kemahiran asas kaunseling merupakan kemahiran


yang paling asas dikuasai oleh guru untuk
memperoleh dan menyampaikan sesuatu maklumat,
menyelesaikan sesuatu isu yang tmbul sebagai
usaha membantu meningkatkan perkembangan diri
murid.
• Adalah pentng guru mengaplikasi kemahiran asas
kaunseling dalam hubungan dengan murid supaya
dapat membentuk sahsiah murid dalam suasana
yang membina.
Prinsip Dalam Kemahiran Asas Kaunseling
(a) Mempunyai ciri-ciri penolong yang baik.
• Mesra
• Empat
• Menerima tanpa syarat
• Tulen
• Niat yang ikhlas
(b) Mempunyai kemahiran melayan dengan cara:
• Bersedia menerima orang yang dibantu
• Menyambut tetamu - senyuman, mempersilakan duduk, dan bertanya
khabar.
• Menunjukkan minat untuk berinteraksi - memberi tumpuan kepada murid
dan tdak membuat kerja atau urusan yang lain semasa kedatangan murid
tersebut.
KATEGORI KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING

Terdapat DUA Kategori:


(a) Kemahiran Bukan Lisan
• Antara aspek lain yang pentng dan
mempengaruhi makna sebenar proses interaksi
adalah perilaku.
• Perilaku boleh dipamerkan seiring dengan
ucapan lisan atau boleh dipamerkan tanpa
disertai ucapan lisan,ini dikenali sebagai
komunikasi bukan lisan atau bahasa badan.
KEMAHIRAN BUKAN LISAN

• Terdapat tga fungsi utama kesan perilaku dalam komunikasi


bukan lisan:
(a) Mengawal proses interaksi melalui klu yang disimbolkan.
(b) Bahasa badan juga memberi kesan terhadap sejauh
mana kedalaman makna yang disampaikan.
(c) Komunikasi bukan lisan boleh berfungsi sebagai
pemujukan. Seseorang lebih mudah untuk menyatakan
‘tdak’ apabila tdak berhubung secara bersemuka. Namun
secara bersemuka, kombinasi bahasa badan, ucapan lisan
dan suasana yang selesa meningkatkan proses pemujukan
yang berkesan.
KEMAHIRAN BUKAN LISAN

• Bagi mengaplikasikan komunikasi bukan lisan secara lebih efektf,


kemahiran melayan boleh diterapkan agar proses interaksi lebih
bermakna antara dua pihak.
• Kemahiran melayan merupakan asas utama dalam mendengar
terutama dalam memulakan hubungan dan mengekalkan
dinamika interaksi yang lebih bermakna.
• Kemahiran melayan turut melibatkan aspek pemerhatan
terhadap bahasa badan dan juga sebahagian daripada
komunikasi lisan.
• Aplikasi kemahiran melayan boleh diklasifkasikan kepada tga
penanda utama iaitu mod dan pergerakan badan, paralinguistk,
serta jarak dan ruang.
KEMAHIRAN BUKAN LISAN

(a) Pergerakan badan


Pergerakan badan melibatkan kontak mata, ekspresi wajah, posisi badan dan gerak
isyarat badan.
(b) Paralinguistk
Kadar percakapan, intonasi, kedalaman suara, kelancaran percakapan, kesenyapan dan
takat hent dalam percakapan merupakan sub penanda bagi paralinguistk. Kesemua
enam sub penanda ini merupakan pelengkap bagi komunikasi lisan sewaktu proses
interaksi yang menggambarkan kadar perkaitan emosi, kedalaman kandungan mesej serta
menggambarkan seseorang yang bersifat tenang, mengambil berat dan empat. Kesemua
ini dapat dimanifestasi dengan kedalaman dan intonasi suara yang stabil, serta kelancaran
dan kadar percakapan yang sederhana.
(c) Jarak dan ruang
Setap individu memiliki jarak dan ruang lingkungan peribadi yang tersendiri. Lingkungan
ini semakin membesar diameternya apabila berinteraksi dengan seseorang yang tdak
dikenali. Sebaliknya, lingkungan ini semakin mengecil apabila berinteraksi dengan
seseorang yang dikenali.
KEMAHIRAN LISAN
• Lisan merupakan pertuturan atau percakapan.
• Kemahiran lisan merujuk kepada keupayaan seseorang atau
beberapa orang yang bertutur, berkomunikasi atau berinteraksi
menyampaikan idea, pandangan, mahupun pendapat dalam
percakapan dan perbualan mereka.
• Apabila seseorang bertutur, ia bukan melibatkan kemahiran
bertutur sahaja tetapi juga melibatkan kemahiran mendengar.
• Dalam apa jua keadaan, di mana atau bagaimana proses ini
berlaku, orang yang terlibat akan saling menghantar dan
menerima mesej, melalui gerak balas atau respon tertentu. Oleh
yang demikian, dalam proses lisan itu, komponen kemahiran
mendengar dan bertutur adalah dua komponen yang pentng.
KEMAHIRAN LISAN
• Kebolehan untuk mendengar dan bertutur dengan baik dan
berkesan sangat pentng dalam diri seseorang guru.
• Seorang guru boleh menjadi pendengar yang baik sekiranya dia
dapat memahami dan memproses maklumat yang didengarinya
dalam sesuatu interaksi.
• Seorang guru yang baik merupakan penutur yang berupaya untuk
menyampaikan perasaan dan pemikirannya dengan tepat
dan berkesan.
• Kemahiran bertutur melibatkan proses menjana dan
menghasilkan maklumat, manakala kemahiran mendengar adalah
proses yang melibatkan aktvit pemerolehan mesej atau
maklumat.
KEMAHIRAN LISAN

• Terdapat tga kemahiran asas dalam kemahiran lisan yang


perlu dikuasai guru – kemahiran meneruskan perbualan,
kemahiran mendengar dan kemahiran memberi respon.
(i) Untuk membuka pintu perbualan,
• guru boleh memilih tga topik yang selalu diperbualkan iaitu
situasi, orang lain dan dirinya sendiri.
• Untuk menerus dan menggalakkan perbualan, cara-cara
berikut boleh digunakan iaitu dengan menggunakan kata
kunci, kata penyambut, mengangguk kepala, dan dorongan
minima .
KEMAHIRAN LISAN
• Kata Kunci - mengenal past beberapa kata kunci yang boleh menjadi
penyambung perbualan.
• Kata penyambut - digunakan untuk menggalakkan seseorang menjelaskan
apa yang telah dikatakan sebelumnya. Antara kata penyambut yang biasa
digunakan ialah sepert "Maksudnya?", "Contoh?", "Hmm, kemudian?", dan
"Lepas tu?".
• Mengangguk Kepala - isyarat sejagat yang membawa ert persetujuan.
Dalam konteks ini anggukan kepala membawa ert bahawa guru yang
merupakan pendengar masih bersama murid yang sedang berbicara. Teknik
ini boleh melahirkan suasana positf dan dapat menjadikan murid suka
untuk meneruskan kata-katanya.
• Dorongan Minima - penggunaan ungkapan-ungkapan pendek dan ringkas
untuk menggalakkan seseorang untuk meneruskan perbualan. Misalnya,
"Hmm”, “Ya, ya", "Ya saya", "Ha a", dan "Ooo”.
KEMAHIRAN LISAN
Kemahiran Mendengar
(ii)

•Keupayaan seseorang mendengar dengan telit dan memahami perkara yang didengar
dalam pelbagai situasi
•Satu proses menerima atau memahami makna dan tndak balas terhadap percakapan
atau bukan percakapan untuk mendengar sesuatu yang melibatkan proses minda atau
pemikiran.
•Mendengar dengan aktf melibatkan semua pancaindera.
•Contoh, apabila seseorang guru mendengar apa yang dikatakan oleh muridnya, dia akan
mendengar berdasarkan beberapa aspek: Apa yang dikatakan oleh muridnya, iaitu ataan
dan isi kandungan mesej yang ingin disampaikan. Apa yang disampaikan melalui
emosinya- meliput mesej bukan lisan yang disampaikan. Mesej ini boleh dikesan
daripada nada suara murid tersebut, riak wajahnya dan gerak badannya. Selain itu juga,
mesej berdasarkan perilaku murid boleh diperoleh untuk melihat konsistensi mesej yang
disampaikan melalui mesej lisan dan mesej bukan lisan. Contohnya, adakah kesedihan
yang dinyatakan oleh murid turut digambarkan dalam riak wajah dan perlakuannya?
KEMAHIRAN LISAN
(iii) Kemahiran Memberi Respon
• Respon dalam proses menolong akan mendorong seseorang
guru itu melakukan parafrasa, menyoal, meminta penjelasan,
membuat refeksi, membuat konfrantasi, merumus, dan
menangani suasana kesenyapan.
• Kemahiran Membuat Parafrasa - Kemahiran memparafrasa
juga ialah respon guru setelah mendengar isi dan memerhat
tngkah laku murid. Sesuai digunakan di peringkat awal
hubungan menolong, merupakan pernyataan semula
kenyataan dan mesej murid untuk mendapatkan kepastan.
KEMAHIRAN LISAN
• Kemahiran Menyoal – menggunakan soalan terbuka dan
soalan tertutup. Soalan terbuka digunakan apabila
respon yang diingini merupakan maklum balas dengan
cara yang lebih terbuka. Soalan yang dikemukakan
adalah lebih umum, manakala jawapan yang akan
diberikan juga adalah lebih menyeluruh. Soalan tertutup
pula digunakan apabila respon yang diingini merupakan
maklumat yang spesifk. Soalan yang dikemukakan
adalah lebih spesifk, dan jawapan yang akan diberikan
juga biasanya dijawab dengan satu perkataan, satu frasa
atau satu ayat.
KEMAHIRAN LISAN
• Kemahiran Mendapatkan Penjelasan - kemahiran
yang digunakan apabila perkara atau isu yang
dibincangkan adalah kurang jelas.
• Kemahiran Membuat Refeksi - refeksi ialah
bayangan semula tentang isi percakapan dan
perasaan yang tersirat Kemahiran membuat refeksi
ini amat pentng bagi guru kerana melaluinya guru
dapat membantu murid memahami diri dan
meneroka penyelesaian isu yang dibawa.
KEMAHIRAN LISAN
• Kemahiran Konfrantasi - refeksi guru setelah terdapat
percanggahan mesej yang disampaikan oleh murid.
• Kemahiran Merumus - Kemahiran merumus boleh
dilakukan dalam tga peringkat. Pertama, di awal
pertemuan dengan guru merumus apa yang telah
dibincangkan dalam pertemuan sebelumnya. Kedua,
rumusan yang dibuat dipertengahan sesi, dan
rumusan di akhir pertemuan yang dilakukan untuk
membuat rumusan terhadap apa yang telah
dibincangkan sepanjang pertemuan tersebut.
KEMAHIRAN LISAN
• Kemahiran Menghadapi Kesenyapan –Kesenyapan yang
berlaku memberikan peluang kepada murid dan guru untuk
mengimbas kembali diri masing-masing semasa sesi kaunseling
tersebut. Hal ini juga memberi peluang kepada guru untuk
mendengar apa yang dikatakan oleh murid dengan lebih
berkesan, dapat memerhatkan gerak-geri murid dengan lebih
telit, menilai hubungan pemikiran, perasaan dan tndakan
muridnya dengan lebih baik. Seterusnya, guru haruslah
mengelakkan kesenyapan yang terlalu panjang kerana ia akan
menghentkan terus perbincangan. Secara ringkasnya, adalah
pentng bagi guru untuk membenarkan keadaan senyap ini
untuk memberi peluang murid berfkir.
RUMUSAN
• Guru perlu memahami tentang kemahiran asas kaunseling,
prinsip-prinsip, dan jenis kemahiran asas kaunseling.
• Kefahaman tentang kemahiran asas kaunseling akan turut
membantu pengaplikasian kemahiran menolong yang
terdiri daripada kemahiran bukan lisan dan kemahiran lisan
yang merupakan penggerak utama dalam proses menolong
yang dijalankan oleh seseorang guru.
• Guru yang efektf bukan sahaja mengaplikasi kemahiran
asas kaunseling atau menolong dalam mendidik murid-
muridnya, tetapi juga memerlukan nilai-nilai murni yang
diterapkan dalam dirinya.

Anda mungkin juga menyukai