Anda di halaman 1dari 31

BMM 3104

1. Definisi dan konsep bagi kemahiran berbahasa, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

1.1

Kemahiran mendengar

1.1.1 Definisi Kemahiran mendengar merupakan kemahiran utama dan pertama yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak sebelum ia boleh mengujarkan perkataan atau bunyi awal tertentu dalam proses belajar berkomunikasi atau bercakap. Kita menguasai bahasa daripada apa yang didengar dan dialami daripada orang-orang yang berada di sekeliling kita, dan kemudian kita cuba meniru serta menuturkannya berulang kali.

1.1.2 Konsep Kemahiran mendengar berlaku melalui latihan-latihan khas yang dilakukan secara berperingkat. Ia merupakan gabungan segala yang didengar, difaham dan diingat. Pendengaran untuk tujuan apresiasi memerlukan analisis kritis terhadap bentuk dan isi. Pendengaran untuk tujuan apresiasi memerlukan analisis kritis terhadap bentuk dan isi. Pendengaran untuk tujuan hiburan melibatkan tindakbalas positif terhadap muzik, kesusasteraan, drama dan lain-lain bahan kreatif. Pendengaran untuk mengkritik memerlukan pendengaran yang berpusatkan idea utama, hujah dan bukti.

Pendengaran harus berlaku melalui fikiran dan ukan perasaan. Pendengaran yang cekap memerlukan penyatuan idea yang logik. Aspek fizikal, psikologi dan neurologi mempengaruhi proses pendengaran. Individu banyak belajar melalui pengalaman berbanding kecerdasan otak.

1.2

Kemahiran bertutur

1.2.1 Definisi Kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan manusia berbicara untuk menjalinkan hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea

BMM 3104

yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara spontan. Penekanan diberikan kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang betul, dan juga berdasarkan konteks yang sesuai. Maka, pengajaran dan pembelajaran kemahiran bertutur membolehkan pelajar menguasai kemahiran

bercakap dengan tenang, dalam gaya (nada, intonasi dan tekanan) yang betul, lancar dan fasih mengikut situasi dan keperluan.

1.2.2 Konsep Kemahiran bertutur merupakan proses komunikasi yang kompleks kerana semasa bertutur, seseorang itu akan menghasilkan bunyi bahasa dengan

menggunakan unsur-unsur prosodi (intonasi, tekanan sebutan dan jeda) dan para linguistik (bagi bahasa isyarat dan pergerakan badan). Walau bagaimanapun, selain menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna, proses bertutur juga melibatkan proses mental; memahami, menaakul, memadan, menyesuaikan dan memberi gerak balas tertentu mengikut situasi sesuatu komunikasi. Penutur yang baik akan mengkoordinasi keupayaan mendengar dan memperoleh maklumat bagi tujuan menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan unsurunsur prosidi dan melaksanakan proses mental mendengar dan membaca secara berkesan. Kemahiran bertutur merupakan bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan. Pertuturan yang baik boleh dikuasai dengan member tumpuan kepada aspek fonologi, struktur, intonasi, dan penguasaan sistem bunyi. Ia berlaku pada peringkat penglahiran, setelah si penutur itu dapat mendengar dan memahami dengan baik apa yang diperdengarkan. Inidivdu lebih banyak belajar bertutur melalui pengalaman daripada melalui kecerdasan otaknya. Aspek fizikal, kesihatan, persekitaran dan jantina boleh mempengaruhi kemahiran bertutur. Pertuturan yang baik dapat dikuasai dengan baik akan menghasilkan tabiat berbahasa yang baik. Tabiat bahasa yang baik pula membolehkan si penutur berinteraksi secara berkesan.

BMM 3104

1.3

Kemahiran membaca

1.3.1 Definisi Haris dan Sipay (1980:8) menyifatkan proses membaca sebagai satu proses mendapatkan interpretasi yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis. Kenedy (1981:5) mentafsir proses membaca sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui dan seterusnya, berasaskan pengalaman lalu, memahami dan mengintegrasikan maksudnya. Smith dan Johnson (1980:4) menganggap proses membaca sebagai satu proses komunikasi kerana dalam sesebuah perlakuan membaca, berlaku pertukaran idea-idea di antara penulis dan pembaca. Dengan itu, seseorang itu tidak dikatakan membaca sekiranya dia tidak berjaya mendapatkan mesej atau apa yang hendak disampaikan oleh penulis di dalam penulisannya. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa membaca ialah satu proses untuk memahami isi, maklumat, penerangan atau mesej yang hendak disampaikan oleh penulis.

1.3.2 Konsep Membaca memerlukan proses pengalihan maksud dari minda ke minda iaitu pengalihan mesej dari penulis kepada pembaca. Namun ia tidak semudah yang

disangka kerana pembaca terpaksa meneroka bagaimana kita memperoleh maksud melalui pembacaan dan bagaimana pembaca serta penulis teks akan memberi sumbangan kepada proses membaca itu sendiri.

BMM 3104

1.4

Menulis

1.4.1 Definisi Menulis merupakan satu proses untuk menyampaikan buah fikiran, idea dan pendapat dengan tepat dan berkesan kepada khalayak atau pembaca. Kemahiran menulis mempunyai hubungan yang erat dengan kemahiran bahasa yang lain. Maka, rancangan pengajaran harus disusun dengan teliti melalui gabung jalin kemahiran bahasa supaya murid-murid dapat menyampaikan idea dengan tepat dan berkesan. Kemahiran menulis amat penting untuk dikuasai kerana penulisan merupakan satu bentuk komunikasi yang penting dalam kehidupan harian. Di samping itu dalam sistem peperiksaan am di negara ini, pelajar-pelajar diuji dalam bentuk penulisan.

1.4.2 Konsep Menulis melibatkan murid-murid supaya berfikir, menaakul, menyusun dan mengolah idea sebelum dilahirkan dalam bentuk wacana yang lengkap. Murid-murid juga perlu menguasai struktur karangan seperti tahu menulis panduan, pemerengganan dan menulis kesimpulan.

2. Aspek-aspek penting berkaitan dengan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis iaitu proses mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Jenis-jenis kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

2.1

Kemahiran mendengar

2.1.1 Aspek-aspek yang berkaitan Secara umum, komunikasi lisan melibatkan dua proses, iaitu penghasilan dan penerimaan mesej. Proses pertama terlaksana melalui pertuturan sementara proses yang kedua berlaku melalui pendengaran. Terdapat pernyataan bahawa dalam pengajaran bahasa, aspek pendengaran amat kurang diberi perhatian oleh guru. Proses mendengar biasanya berlaku secara berperingkat. Empat peringkat proses

BMM 3104

mendengar - mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa; memahami bunyi-bunyi bahasa tersebut; menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan; dan bertindak balas terhadap bunyibunyi tersebut. Melalui kemahiran mendengar, seseorang itu dapat memperoleh idea; mencari isi-isi penting dalam ayat yang didengar; melakukan arahan atau memberi tindak balas seperti menurut perintah; mengenal pasti perkara sama ada perkara itumempunyai hubungan atau tidak; mengenal pasti isi-isi yang tersurat dan tersirat; mentafsir maknamakna yang tersirat, mengenal pasti ekspresi penutur, suasana, serta keadaan atau konteks; dan mengesan pengaruh penutur sama ada menggunakan logik atau propaganda, iaitu seperti memberi yang baik sahaja, menggunakan nama orang-orang terkemuka atau mengulang sebut apa yang diperkatakan. Kemahiran mendengar boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, antara lain proses mendengar - secara pasif; secara bertelau-telau (gabungan suara yang perlahan dan kuat); tanpa tindak balas; secara menebuk-nebuk; dengan beremosi atau ekspresi; secara berhati-hati dengan pengamatan; dan secara kritikal. Kesimpulannya, pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar

membolehkan murid-murid, pertamanya: menguasai kemahiran mendengar dengan teliti terhadap bunyi-bunyi bahasa; dan keduanya, memahami mesej yang dibawa oleh bunyi-bunyi bahasa tersebut, supaya mereka boleh bertindak dengan betul dan tepat, bersesuaian dengan mesej yang diterima itu.

2.1.2 Jenis-jenis kemahiran Penyataan sebelum ini ada mengatakan bahawa kemahiran bertutur itu terhasil daripada proses mendengar. Semasa mendengar, seseorang itu akan menangkap gabungan bunyi-bunyi bahasa, dan berasaskan pengetahuan serta pengalamannya, dia akan menghubungkaitkan bunyi itu dengan makna. Bunyi yang bermakna itu kemudiannya akan menjadi asas bagi seseorang untuk memberi respons dan bertindak balas. Dengan itu dapat kita simpulkan bahawa proses mendengar itu melibatkan

BMM 3104

proses memaham, menghurai dan menilai apa yang didengar sebelum sesuatu tindakbalas yang sewajarnya perlu dibuat. Terdapat dua jenis kemahiran mendengar, iaitu kemahiran mendengar pasif dan kemahiran mendengar aktif. Mendengar pasif ialah sejenis komunikasi sehala. Sebagai contoh dalam satu situasi, guru menerangkan nama sejenis tumbuhan dengan menggunakan istilah saintifiknya. Murid-murid berdiam diri menunjukkan bahawa mereka tidak faham apa yang diperkatakan oleh gurunya. Jadi, apa yang berlaku dalam proses mendengar inilah yang dinamakan mendengar pasif. Murid hanya mendengar sesuatu maklumat yang disampaikan tanpa memberi tindak balas secara lisan disebabkan tidak memahami makna keseluruhan ujaran yang diterima. Mendengar aktif pula melibatkan komunikasi dua hala. Sebagai contoh, murid mampu menjawab soalan yang diutarakan oleh guru. Hal ini desebabkan murid-murid itu faham apa yang dikatakan oleh gurunya. Inilah yang dikatakan mendengar aktif kerana murid dapat memberi tindak balas secara lisan terhadap sesuatu maklumat yang diterima atau didengar.

2.2 2.2.1

Kemahiran bertutur Aspek-aspek yang berkaitan Dalam aspek sebutan murid-murid diajar mengenal dan membunyikan setiap

huruf, suku kata, perkataan, frasa kata dan ayat. Dalam hal ini, murid-murid diajar menyebut dan membunyikan suku kata dan perkataan dengan jelas dan tepat mengikut kaedah bunyi, sebutan dan maknanya. Aspek ini penting, terutamanya melibatkan perkataan yang mempunyai ejaan yang sama tetapi kaedah sebutan dan makna yang berlainan seperti perang, boleh dibunyikan sebagai /perang/ dan /p rang/ dan seumpamanya. Aspek seterusnya ialah tekanan, yang merujuk kepada cara dan bagaimana penutur menyebut dan memberi tekanan kepada sama ada suku kata, perkataan atau

BMM 3104

rangkai kata tertentu bagi tujuan menegaskan sama ada keras atau lembutnya sesuatu pengucapan. Selain itu, mora atau panjang-pendek merupakan kadar (dalam bahasa Arab disebut harakat), tidak begitu membezakan makna dalam bahasa Melayu. Jeda merupakan unsur yang merujuk kepada aspek persendian memisahkan elemen-elemen linguistik dalam perkataan, rangkai kata atau ayat. Dalam ayat, jeda digunakan sebagai hentian sementara yang boleh membezakan makna jika unsur ini digunakan. Misalnya ungkapan, jangan lari, jika tidak menggunakan jeda bermaksud larangan untuk berlari. Sebaliknya jika jeda digunakan, jangan/ lari, bermaksud menangguhkan seketika dan kemudiannya membenarkan orang itu berlari. Aspek seterusnya ialah intonasi merujuk kepada kedaan sama ada dilafazkan secara menurun atau menaik sesuatu. Intonasi dalam ayat sama ada menaik, menurun atau mendatar berbeza-beza mengikut jenis ayat. Misalnya, ayat tanya biasanya mempunyai intonasi menaik, manakala ayat penyata mempunyai intonasi menurun di hujung ayat. Nada merujuk kepada keadaan bunyi sama ada menaik atau menurun ketika sesuatu perkataan itu disebut. Dalam muzik misalnya terdapat lapan nada: Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti dan Do setiap nada mewakili satu suku kata. Pun demikian dalam bahasa Melayu, nada tidak bersifat fonemik berbanding dengan bahasa Cina, yang kewujudannya lebih jelas. Aspek tatabahasa merujuk kepada aturan, formula, kaedah dan tatacara menentukan hukum dalam berbahasa meliputi bidang fonologi, sintaksis dan semantik. Aspek tatabahasa dalam pertuturan kerap kali tidak diberatkan berbanding dalam aktiviti penulisan. Walau bagaimanapun untuk memperoleh kebiasaan yang baik dan kesan yang mendalam dalam pengucapan, aspek tatabahasa perlu diguna pakai sebaik-baiknya;

BMM 3104

Aspek kelancaran menegaskan perihal dan keupayaan murid bertutur dengan baik, teratur dan kemas tanpa gangguan/ tersekat. Ini banyak dipengaruhi dan ditentukan oleh tahap penguasaan dan kecekapan berbahasa dalam kalangan muridmurid. Aspek kefasihan menentukan bukan sahaja murid boleh bertutur dengan baik, lancar dan berkesan, sebaliknya boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan dalam ayat dengan jelas dan betul. Aspek laras bahasa dalam konteks ini menegaskan kemahiran murid-murid menggunakan bahasa dalam konteks yang situasi, keadaan dan disiplin ilmu berlainan. Ini penting bagi tujuan mempastikan murid-murid boleh berkomunikasi secara berkesan.

2.2.2 Jenis-jenis kemahiran Kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan pelajar menyampaikan

maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif secara lisan dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan pada keyakinan pelajar untuk bertutur serta penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai. Berikut adalah jenis-jenis kemahiran bertutur; Pertama, menyebut sesuatu perkataan dengan sebutan yang betul murid perlu dididik untuk mengelakkan pengaruh sebutan dari sebarang dialek dalam pertuturan Bahasa Melayu. Kedua, bertutur dengan fasih dan dapat memberi pendapat serta pandangan dengan jelas untuk melibatkan diri dalam interaksi sosial. Sekiranya seorang penutur itu gagap atau sengau, masalah komunikasi mungkin timbul dan pendengar mungkin menjadi kurang sabar mendengar pertuturan yang dikeluarkan.

BMM 3104

Ketiga, berbual dan berbincang tentang kehidupan yang berkaitan dengan diri, keluarga, dan masyarakat dengan menggunakan sebutan serta intonasi yang betul. Ini boleh dilakukan melalui perbincangan dalam kelas, forum, wawancara dan sebagainya. Keempat, menyoal untuk mendapatkan maklumat dengan mengemukakan soalan secara jelas dan sopan. Sebagai contoh, sekiranya seorang murid ingin mengetahui lebih lanjut mengenai persoalan berkaitan dengan bidang agama, pastikan cara mengajukan soalan kepada pihak tertentu itu dalam nada yang sopan dan tidak menyentuh sebarang sensiviti yang nyata. Kelima, menjawab secara spontan tentang sesuatu perkara atau isu yang dikemukakan terhadapnya. Hal ini dapat dilihat semasa guru membuat set induksi pada peringkat awal P&P. Guru lazimnya mengajukan soalan secara rawak dan murid diminta menjawab secara spontan. Berdasarkan konteks yang umum, pengunaan bahasa dapat dibahagikan kepada bahasa formal dan tidak formal. Contoh bahasa formal - Bahasa Baku dan Bahasa Diraja atau Bahasa Istana. Contoh bahasa tidak formal - Bahasa mesra, bahasa slanga, bahasa basahan, bahasa pasar, bahasa pijin, bahasa halus, bahasa kasar, bahasa dialek dan sebagainya. Bahasa formal dan bahasa tak formal dapat dibezakan dengan membandingkan ragam bahasa bebas dan bahasa terkawal, dan ragam bahasa mesra dan bahasa formal.

2.3

Membaca

2.3.1 Aspek-aspek yang berkaitan 2.3.1.1 Peringkat Kesediaan Membaca

Menurut Juriah Long et.al (1994), kesediaan membaca ialah satu peringkat perkembangan sama ada faktor-faktor alam sekitar ataupun faktor tersedia yang

BMM 3104

10

menyediakan seseorang kanak-kanak itu untuk membaca. Peringkat ini dikatakan sebagai satu peringkat yang menyediakan kanak-kanak dengan bacaan awal atau bacaan asas. Konsep kesediaan membaca bukan sahaja meliputi pengajaran kemahiran-kemahiran sebelum bacaan, tetapi juga merangkumi setiap kemahiran sebelum kemahiran membaca secara khusus dan berterusan. Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca seseorang kanak-kanak ialah keadaan fizikal, pengalaman dan persekitaran, emosi dan motivasi serta kecerdasan dan perkembangan kognitif. Dari segi fizikal, kemampuan kanak-kanak dilihat dari sudut keupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi yang diajarkan, keupayaan matanya mengecam bentuk, dan keupayaan pendengarannya mengecam bunyi-bunyi. Dari segi emosi, kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi minatnya terhadap bahan-bahan bacaan dan minatnya untuk mendengar bacaan terutamanya bahan cerita. Dari segi mental pula, kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi keupayaannya mengingat apa yang telah diberitahu dan kebolehannya menyatakan semula apa-apa yang telah diketahuinya. Kesimpulannya, untuk membolehkan kanak-kanak menguasai peringkat

kesediaan membaca ini, anda sebagai guru hendaklah membimbing kanak-kanak menguasai pelbagai kemahiran lain yang akan membantu mereka mencapai kemahiran membaca dengan lebih mudah.

2.3.1.2

Prabacaan

Prabacaan merupakan kesediaan murid untuk membaca. Peringkat prabacaan meliputi kemahiran pengamatan pendengaran, kemahiran pengamatan penglihatan, aktiviti koordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan, dan latihan bahasa pertuturan. Peringkat bacaan pula meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat. Pada tahap ini, murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. Untuk mencapai kemahiran-kemahiran tersebut, aktiviti prabacaan boleh dilakukan dengan

BMM 3104

11

menggunakan permainan huruf, suku kata dan perkataan untuk mengukuhkan lagi kemahiran tersebut.

2.3.1.3

Bacaan Mekanis

Pada tahap ini murid sudah boleh menyebut huruf, suku kata, perkataan, frasa dan ayatayat mudah. Mereka juga boleh membatangkan perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup yang bermula dengan konsonan. Kaedah-kaedah membaca yang sistematik yang boleh digunakan ialah pandang dan sebut, kaedah terus, bunyi kata dan abjad atau mengeja.

2.3.1.4

Bacaan dan Kefahaman

Kefahaman merupakan pelengkap kepada keperluan bacaan. Tanpa kefahaman terhadap apa yang dibaca perlakuan bacaan itu tidak bermakna. Pada tahap bacaan dan kefahaman ini murid sepatutnya mempunyai keupayaan untuk mengumpul maklumat dan makna daripada apa yang dibaca dan mentafsir dan menilai sesuatu dengan sepenuhnya tentang apa yang dibaca.

2.3.2 Jenis-jenis kemahiran Terdapat beberapa jenis kemahiran dalam membaca, iaitu; Pertama, bacaan mekanis. Ia adalah bacaan bersuara dengan sebutan yang jelas dan tepat mengikut system bunyi bahasa Melayu. Bacaan kuat ini mementingkan sebutan huruf dan bunyi dengan betul, membaca mengikut intonasi, nada dan tekanan yang betul . Bahan bacaan yang digunakan ialah bahan yang mudah difahami dan tidak membebankan fikiran. Di sini dapat disimpulkan bahawa membaca mekanis itu adalah satu aktiviti membaca yang disuarakan dengan jelas untuk menangkap dan memahami maklumat, fikiran dan perasaan seseorang pengarang. Ini bermaksud, orang yang membaca itu harus mempunyai kemampuan untuk memberi makna apa sahaja yang tersirat dalam bahan-bahan yang dibaca. Oleh yang demikian, dia terlebih dahulu harus

BMM 3104

12

menguasai keterampilan persepsi yang menglibatkan penglihatan dan daya tanggap yang membolehkannya mengenal, dan memahami kata-kata dengan cepat dan betul. Begitu juga, dia mesti mampu dan cekap mengelompokkan kata-kata dalam satu kesatuan fikiran serta membacanya dengan baik dan lancar. Maka, berdasarkan penerangan di atas kita sudah faham bahawa sebab-sebab pelajar tidak dapat membaca dengan lancar, tersekat-sekat dan berhenti pada tempat yang salah yang akhirnya menjejaskan wacana sesuatu teks yang dibaca itu adalah kerana mereka tidak cekap menanggap dan memberi makna kepada kata-kata yang dibacanya. Lantas, mereka tidak dapat membunyi dan menggayakan kata-kata atau ungkapan yang dibaca itu dengan nada dan intonasi yang betul mengikut konteks dan wacana teks yang dibacanya itu. Kedua, bacaan mentalis. Ia juga sebagai bacaan akliah. Bacaan ini dilaksanakan dalam hati tanpa suara setelah pelajar menguasai bacaan bersuara. Membaca mentalis atau membaca senyap adalah gaya membaca dalam hati yang merupakan kegiatan membaca yang melibatkan pengaktifan mata dan ingatan (visual memory). Tujuan

utama membaca jenis ini adalah untuk memperoleh maklumat dan pemahaman. Bacaan senyap ini juga lebih bertepatan dengan membaca secara perseorangan (personalized reading). Ini menyatakan bahawa seseorang itu lebih selesa membaca bahan yang sesuai dengan selera dan pilihan masing-masing. Hal ini dipercayai dapat memenuhi keperluan individu tersebut secara berkesan. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca pula, iaitu yang bertujuan untuk menggalakkan pelajar mencari, memilih, dan maju sendiri, program membaca senyap secara perseorangan ini adalah satu strategi yang amat menarik. Oleh itu, bacaan senyap ini ialah bacaan yang disuarakan di dalam hati. Pembaca menukarkan isi bacaan kepada maknanya tanpa mengeluarkan suara. Begitu juga, bacaan senyap ini boleh dilakukan lebih laju daripada bacaan bersuara atau mekanis. Ini adalah disebabkan bacaan senyap tidak perlu memberi

pertimbangan seperti nada, suara, sebutan,dan intonasi yang jelas seperti mana yang diperlukan dalam bacaan bersuara.

BMM 3104

13

Ketiga, bacaan intensif, iaitu bacaan secara mendalam. Bacaan ini dilaksanakan dengan tujuan untuk memperkembang kebolehan meneliti, memahami dan

mentafsirkan perkara yang dibaca. Bacaan ini memfokuskan kepada ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan bahasa dalam konteks dan situasi yang berlainan. Konsep bacaan intensif adalah untuk memperkembang pembelajaran bahasa murid; memberi penjelasan tentang struktur yang sukar dan memperkembang perbendaharaan kata; mengkaji ciri-ciri tatabahasa; memperkembang usaha mengawal bahasa lisan dan pertuturan serta kepentingan gerak laju dan kelainan latihan. Keempat, bacaan ekstensif iaitu bacaan meluas yang dilaksanakan di luar bilik darjah. Bacaan ini menitikberatkan pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran pemahaman dan meningkatkan kepantasan membaca. Melalui pembacaan ekstensif akan membolehkan pelajar mencari isi-isi penting. Konsep bacaan ekstensif ialah kegiatan membaca dilakukan di luar kelas; bahan bacaan perlu sesuai dengan murid; bahan yang berbeza dan murid mendapat kepuasan, keseronokan dan terhibur.

2.4

Menulis

2.4.1 Aspek-aspek yang berkaitan Kemahiran menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan imaginatif. Peringkat-peringkat kemahiran menulis terdiri daripada: Pertama, peringkat pramenulis. Murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf dengan kemas dan betul. Latihan otot tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberikan kepada murid. Sebagai contoh, menulis dari kiri ke kanan, latihan mewarnakan dari kiri ke kanan, latihan membentuk bulatan di udara, di atas meja, pasir, lantai tanpa menggunakan alat tulis, dan menyambung titik.

BMM 3104

14

Selain itu, latihan-latihan membentuk geometri seperti membentuk corak campuran bulatan dan garisan lurus yang dilakukan secara bebas, membentuk garisan lurus, melukis gambar yang mengandungi garis lurus dan bulat, membuat pelbagai jenis garisan atau bentuk dan melukis gambar. Ia bertujuan meningkatkan kepekaan dan keupayaan motor halus. Selepas murid-murid melalui peringkat pramenulis, mereka akan melangkah ke peringkat mekanis. Pada peringkat ini, murid-murid diajar menguasai kemahiran membentuk huruf-huruf besar dan kecil dalam abjad. Seterusnya menguasai kemahiran menulis huruf, suku kata, perkataan dan ayat. Untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahiran ini, anda boleh menjalankan aktiviti-aktiviti yang berikut; latihan menulis bentuk-bentuk yang mirip kepada huruf mengikut teknik menulis, latihan menulis huruf berdasarkan gambar-gambar yang mirip kepada bentuk-bentuk huruf tertentu, latihan menekap huruf mengikut acuan huruf yang diperbuat daripada kad yang berlubang, latihan menekap huruf atau perkataan yang ditulis dalam bentuk garis putus-putus., latihan menulis huruf dalam suku kata, latihan melengkapkan huruf pada perkataan bergambar, latihan menamakan gambar-gambar, latihan menyalin frasa atau ayat dan latihan menyalin ayat daripada buku. Peringkat terakhir pula ialah peringkat pelahiran. Pada peringkat ini murid-murid sudah menguasai pelbagai kemahiran seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan mengeja. Mereka sudah boleh menulis pelbagai jenis karangan. Pengajaran menulis pada peringkat ini boleh dimulakan dengan jenis-jenis penulisan terkawal, berpandu, separa terkawal, dan separa berpandu. Kemudian mereka boleh didedahkan dengan penulisan bebas dan kreatif. Pada peringkat ini juga murid-murid dapat melahirkan idea dan pendapat tentang pengetahuan serta pengalaman yang telah dilalui. Dalam masa yang sama mereka akan menggunakan kemahiran tatabahasa dan ejaan yang telah mereka kuasai. Mereka juga akan merancang penulisan mereka dengan menggunakan bentuk-bentuk grafik yang sudah dipelajari. Contoh aktiviti pada peringkat ini ialah; menulis jawapan pemahaman, menulis karangan, menulis ayat berdasarkan gambar, membina ayat, memanjangkan ayat, menulis rencana, mengisi silang kata dan melengkapkan ayat.

BMM 3104

15

2.4.2 Jenis-jenis kemahiran Kemahiran penulisan boleh dibahagi kepada beberapa kategori, iaitu; Pertama, terkawal seperti karangan yang disediakan oleh guru. Penggunaan bahasa dan isi yang terdapat dalam karangan terkawal ditentukan oleh guru, bertujuan untuk mengurangkan kesilapan dalam penulisan. Karangan ini dapat membantu murid mengeluarkan idea tanpa diganggu oleh kesilapan penggunaan bahasa. Sebagai contoh, mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai dalam karangan yang disediakan, menyusun ayat-ayat yang disediakan mengikut urutan supaya menjadi sebuah karangan lengkap. Kedua, separa terkawal. Karangan separa terkawal ialah karangan yang disediakan oleh guru, tetapi murid diberi peluang untuk menggunakan daya pemikiran mereka bagi membuat pemilihan perkataan sesuai dengan tajuk yang disediakan. Sebagai contoh, menggantikan beberapa perkataan yang telah dipadamkan dengan perkataan-perkataan lain yang telah disediakan. Ketiga, karangan berpandu iaitu satu penulisan karangan berdasarkan panduan guru. Sebagai contoh, menulis semula cerita atau petikan yang dibaca, menulis karangan berdasarkan soalan-soalan berurutan mengenai sesuatu tajuk. Menulis karangan dengan memindahkan bentuk daripada dialog kepada karangan penceritaan atau sebaliknya. Keempat, separa berpandu. Karangan bagi jenis ini merupakan satu penulisan karangan yang mendapat sedikit maklumat atau panduan guru. Sebagai contoh, menulis semula cerita yang diperdengarkan, menyudahkan cerita, menulis karangan berdasarkan gambar bersiri atau tunggal, menulis karangan daripada perenggan atau isi-isi yang disediakan dan menulis karangan berdasarkan ayat atau frasa yang diberikan. Kelima, bebas. Jenis karangan ini memberi kebebasan kepada murid untuk melahirkan idea tentang sesuatu tajuk yang disediakan dengan menggunakan

BMM 3104

16

perkataan sendiri. Bentuk karangan bebas adalah seperti; naratif cerita, berita, laporan, rencana, ulasan; argumentative bahas, perbincangan, kritikan; deskriptif gambaran, peristiwa, benda, perwatakan; kreatif: puisi, cerpen, drama dan Imaginatif pengalaman.

3. Faktor-faktor yang menyebabkan timbulnya masalah dalam merancang dan melaksanakan akiviti yang melibatkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam kalangan murid sekolah rendah.

3.1

Kemahiran mendengar Faktor utama dalam timbulnya masalah pelaksanaan aktiviti berkaitan kemahiran

mendengar biasanya merujuk kepada bahan dan alat bantu mengajar. Untuk menarik penumpuan dan minat murid-murid untuk mendengar, situasi pembelajaran itu mestilah menarik. Di samping pengajaran guru, bahan-bahan bantu mengajar juga memainkan peranan penting. Ini bermaksud, seseorang guru yang masuk ke bilik darjah dengan hanya menggunakan kata-kata, suara, isyarat (gestures), papan tulis dan papan kapur sahaja, tidak akan dapat mengembangkan keintelektualan murid dengan berkesan. Hal ini kerana murid hanya mendengar dan mempelajari sesuatu itu secara abstrak, jauh dan kabur. Ini tidak memungkinkan berlakunya perkongsian maklumat, idea, pandangan, sikap dan nilai antara murid dengan guru, murid dengan murid serta murid dengan bahan. Mana mungkin murid hanya mendengar sahaja sedangkan kemahiran bahasa perlu dikuasai dengan yakin melalui visual dan pengalaman. Dengan itu, sebaiknya, guru bahasa perlu menggunakan alat dan bahan yang sesuai, menarik dan mencabar dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu agar semua deria murid dilatih untuk menerima pembelajaran yang berkesan, khususnya dalam kemahiran mendengar ini. Untuk menyediakan bahan-bahan yang sesuai, guru hendaklah Beberapa langkah boleh

memproses bahan-bahan tersebut sebelum ia digunakan.

digunakan, umpamanya proses memilih, mengolah, membina, menggunakan dan menilai.

BMM 3104

17

Selain itu, masalah timbul apabila murid tidak menumpukan perhatian dan kerap berbual-bual sesama mereka semasa P&P dijalankan. Hal ini kemungkinan berlaku apabila P&P itu tidak menarik. Proses mendengar juga boleh terganggu sekiranya murid itu sedang berkhayal memikirkan perkara lain dan melihat tempat lain selain guru di hadapan, guru bercakap terlalu pantas, laras bahasa yang terlalu tinggi atau menggunakan istilah yang tidak difahami murid. Masalah juga boleh timbul sekiranya murid mengalami masalah dari segi kesihatan, misalnya murid yang mempunyai masalah pendengaran seperti pekak separa, tetapi dimasukkan ke dalam kelas normal. Dari aspek kecerdasan pula, murid yang mempunyai tahap kecerdasan yang rendah mengalami masalah untuk memproses apa yang didengarinya dan tidak mampu memberi respons yang cepat dan betul.

3.2

Kemahiran bertutur

Berikut merupakan faktor-faktor gangguan yang berlaku dalam kemahiran bertutur dalam kalangan murid sekolah rendah; Pertama, faktor kecerdasan. Hal ini merujuk kepada tahap kecerdasan otak yang menentukan keupayaan berfikir dalam proses memperoleh, menyampai dan

memproses maklumat - aspek penting dalam pertumbuhan dan perkembangan bahasa; Kedua, faktor kesihatan. Hal ini merujuk kepada tahap kesihatan yang cukup menentukan tahap dan keupayaan berbahasa dalam kalangan murid-murid. Murid yang tidak sihat atau sakit berpanjangan akan mengalami gangguan dalam proses pemerolehan bahasa, bahkan gagal berfikir dan berkomunikasi secara berkesan; Ketiga, faktor fizikal. Ia berkaitan dengan alat artikulasi: lidah, gigi, gusi dan seumpamanya akan menjejaskan proses penglahiran bunyi-bunyi bahasa, makna dan tahap pemahaman maklumat yang hendak disampaikan. Kanak-kanak yang pekak atau menghadapi masalah pendengaran, terencat anggota badan dan seumpamanya akan mengehadkan pergaulan, dan dengan demikian kerap kali menghadapi masalah kosa kata dalam proses pertuturan.

BMM 3104

18

Keempat, faktor persekitaran. Hal ini terutamanya yanag melibatkan dalam kalangan ahli keluarga keseluruhannya, jiran tetangga, tahap pendidikan, lokasi petempatan sama ada di bandar atau di luar bandar, tahap dan status sosioekonomi akan mempengaruhi tahap penguasaan bahasa kanak-kanak. Umumnya, fikiran kanakkanak yang hidup dalam kalangan masyarakat petani dan nelayan mempunyai kosa kata terhad berbanding dengan kanak-kanak yang hidup dan membesar dalam kalangan masyarakat yang berpendidikan tinggi. Kelima, faktor jantina. Faktor yang menentukan tahap pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang berbeza-beza. Kajian menunjukkan kadar

pertumbuhan kanak-kanak perempuan jauh lebih cepat berbanding dengan kadar pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak lelaki. Hal ini demikian kerana urat saraf pertuturan dalam kalangan kanak-kanak perempuan berkembang jauh lebih cepat berbanding kanak-kanak lelaki. Oleh itu, guru seharusnya merancang aktiviti yang bersesuaian dengan kedua-dua jantina ini agar tidak berlaku jurang gender semasa P&P dijalankan. Keenam, faktor dwibahasa. Kajian mendapati kanak-kanak ekabahasa (yang hanya bertutur dalam satu bahasa) biasanya boleh bertutur jauh lebih baik berbanding dangan kanak-kanak dwibahasa (bertutur dalam dua bahasa). Ini kerana, dalam proses pertuturan, kanak-kanak dwibahasa kerap kali mengalami gangguan daripada bahasa ibundanya. Hal ini dapat dilihat dengan jelas cara sebutan perkataan dalam Bahasa Melayu lazimnya sukar bagi murid yang menggunakan bahasa Cina atau Tamil sebagai bahasa pertuturan di rumah.

3.3

Kemahiran membaca Berikut adalah faktor-faktor timbulnya masalah dalam kemahiran membaca di

dalam bilik darjah; Pertama, murid belum menguasai huruf asas. Hal ini menyebabkan murid gagal membunyikan perkataan-perkataan yang dilihatnya, dan gagal menentukan cara

BMM 3104

19

sebutan huruf vokal dan konsonan, yang menyebabkan murid tidak tahu membaca suku kata. Maka, ia memungkinkan murid membaca dengan gagap ataupun tidak dapat membaca langsung. Kedua, murid mempunyai masalah penglihatan. Sekiranya murid rabun dan tidak memakai cermin mata, maka segala apa yang dilihatnya sama ada dekat mahupun jauh adalah kabur dan tidak jelas. Oleh itu, kebanyakan perkataan gagal dicam huruf apatah lagi sebutannya. Selain itu, saiz kelas yang terlalu besar juga mengakibatkan

gangguan penglihatan sekiranya apa yang dipaparkan atau dituliskan di hadapan itu kelihatan sangat jauh dahn kecil. Ketiga, masalah artikulator atau alat artikulasi. Keadaan sengau, gagap, pelat dan sebagainya mengakibatkan murid kurang berkeyakinan untuk membaca, lebih-lebih lagi bacaan kuat. Walaupun neuron otaknya berjaya menafsirkan apa yang dilihat pada visualnya dengan pantas, namun kerana murid gagal membaca seperti normal, ia menyebabkan murid enggan membaca kerana malu. Keempat, jarang membaca. Murid yang jarang membaca biasanya mengalami masalah kelancaran menyebut perkataan justeru apa yang dibacanya itu adalah tidak lancar dan gagap, terutama apabila menyebut perkataan yang panjang seperti mempunyai imbuhan ataupun perkataan yang menggunakan bahasa pinjaman.

3.4

Kemahiran menulis Terdapat banyak masalah yang berhubung kait dengan pengajaran menulis di

sekolah di negara ini. Antaranya pengaruh kesebatian penggunaan bahasa dialek daerah atau tempatan dan inilah faktor utama menyumbang kepada berlakunya

kesalahanpenggunaan tatabahasa Bahasa Melayu Standard (BMS) dengan betul.

Perkembangan fizikal amat ditekankan dalam aspek kemahiran menulis. Terutama sekali perkembangan motor halus. Perkembangan motor halus ini ialah pertumbuhan atau perkembangan otot-otot kecil pada bahagian jari seorang kanak-

BMM 3104

20

kanak yang membolehkan mereka memegang objekobjek kecil seperti pensil, guli dan sebagainya dengan cekap. Perkembangan motor halus yang sempurna membolehkan seseorang kanakkanak menulis dengan tulisan yang cantik dan cekap. Selain itu, koordinasi mata dan tangan juga dititik beratkan kerana dalam aspek perkembangan kemahiran menulis, koordinasi mata dan tangan akan menentukan sama ada seseorang kanak-kanak itu sudah bersedia unuk menulis atau tidak. Selain itu, murid juga tidak dapat memahami arahan yang diberikan maka mereka tidak mempunyai sebarang idea untuk menulis seperti penulisan karangan. Sebagai contoh, arahan meminta murid menyediakan surat rasmi tetapi kerana tidak faham, murid membuat penulisan karangan berformat yang salah. Kekurangan sumber rujukan turut menjadi faktor masalah penulisan. Sekrianya bahan rujukan seperti gambar atau rakaman visual tidak jelas motifnya, murid akan mengalami kegagalan untuk menafsir isi bahan tersebut justeru berkemungkianan akan membuat penulisan yang tidak berkaitan. Maka, guru pelulah menyediakan bahan sumber yang baik dan berkesan seperti keratan surat khabar, gambar atau ilustrasi yang jelas penyampaiannya. Faktor lain pula boleh dikaitkan dengan masalah pendengaran bagi aktiviti penulisan rencana yang dibaca oleh guru (dictation). Sekiranya murid mengalami masalah pendengaran atau tidak menumpukan perhatian sepenuhnya pada apa yang disampaikan oleh guru, maka murid tidak akan dapat menulis semula apa isi petikan yang telah guru bacakan.

BMM 3104

21

Bibliografi

Aziz Abd. Talib (2000), Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Juriah Long, Raminah Hj Sabran & Sofia Ahmad (1990) Perkaedahan Pengajaran Bahasa Melayu, Penerbit Fajar Bakti.Selangor. Kiely, Richard (2005) Program evaluation in language education. Basingstoke: Palgrave Macmillan. Akhiar Pardi, Shamsina Bt Shamsudin (2010) Rancangan Pengajaran Harian, Puchong, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Raminah Sabran & Rahim Syam (1985) Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia, Fajar Bakti, Petaling Jaya. Kemp, Jennold E (1987) Corak Rancangan Pengajaran - Suatu Rancangan Untuk menggubal Unit Dan Kursus.Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur. Lysons, L.H. dan Hesaley, B. (1980) Study Writting, Cambridge Universiti Press. Cambridge. Nik Safiah Karim (1988) Sosiolinguistik Bahasa Melayu dan Pengajarannya, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Kuala Lumpur. Rujukan Kamarudin Husin (1997). Pengajian Melayu 1 (Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kamus Dewan (2000). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Zulkifley Hamid (1996) Bahasa (Konsep, Fungsi, dan Penguasaannya oleh Penutur). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR Tahun 3

BMM 3104

22

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata Pelajaran Tahun Bilangan murid Tarikh Masa Tema Tajuk Objektif : Bahasa Melayu : 3 Merah : 25 orang : 2 May 2011 : 8.30 - 9.30 pagi : Kesihatan : Makanan Berkhasiat :

Pada akhir pembelajaran, murid dapat: i. ii. iii. iv. Menjelaskan dengan mengemukakan kata, istilah, frasa, ayat tentang kepentingan pengambilan makanan berkhasiat. Menulis dengan betul petikan yang dibacakan oleh guru dengan menggunakan ejaan dan tanda baca yang betul. Membaca dengan menggunakan intonasi dan jeda yang betul. Mengenalpasti dan mencatat perbezaan makan berkhasiat dan makanan remeh berdasarkan petikan yang diberikan.

Hasil Pembelajaran : Fokus utama: 9.1 Mengambil imlak teks yang diperdengarkan.

Aras 3 i.

Mengambil imlak berdasarkan teks yang diperdengarkan menggunakan ejaan dan tanda baca yang betul.

Fokus sampingan: 5.1 Membaca kuat petikan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.

Aras 3 i.

Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul.

BMM 3104

23

Kemahiran Bahasa : Mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.

Sistem Bahasa

Tatabahasa : Membina ayat menjadi ayat tunggal dan majmuk menggunakan perkataan yang diberikan. Sintaksis : Unsur utama ayat yang terdiri daripada kata, frasa, klausa dan pembinaannya, serta pembahagian subjek dan

predikat. Pengisian Kurikulum: a. Ilmu : Sains dan Pendidikan Jasmani b. Nilai Murni : Menjaga kesihatan, bersyukur, menghormati c. Kemahiran Bernilai Tambah : y Kemahiran Berfikir : Menyusun atur, mencirikan, mengelaskan dan mengumpul y Kecerdasan pelbagai : Verbal linguistik dan visual-spatial y Strategi : koperatif, direktif, kontekstual metakognitif, pengayaan Pengetahuan Sedia Ada Pernah dan tahu: Membina ayat mudah berdasarkan perkataan yang diberikan. Jenis-jenis makanan dalam kehidupan Pernah melihat situasi yang berlaku di persekitaran mereka berkaitan makanan. : Projektor, LCD, komputer riba, dan lembaran kerja. :

Bahan Bantu Mengajar

BMM 3104

24

LANGKAH

ISI PELAJARAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN y Murid dipaparkan dengan gambar-gambar makanan seperti buahbuahan, sayur-sayuran, keropok, gula-gula dan sebagainya. Murid bersoal jawab dengan guru berdasarkan soalan yang telah disediakan. Dua orang murid diminta berdiri untuk menceritakan tentang makanan kegemaran mereka secara ringkas Guru mengaitkan dengan isi pelajaran.

CATATAN

Set Induksi (5 minit)

Soalan: 1. Apakah makanan kegemaran anda? 2. Mengapa anda suka akan makanan tersebut? 3. Adakah makanan kegemaran tersebut berkhasiat?

KP : - Visual-ruang - Verbal-linguistik BBB: - Koleksi gambar makanan - LCD dan projektor - komputer riba. Nilai: - Bersyukur

Langkah 1 (10 minit)

Tajuk: Pilih Saya (Rujuk Lampiran 1) Soalan: 1. Manakah antara dua gambar berikut merupakan makanan berkhasiat? 2. Makananan mana satukah yang kamu lebih suka?

Murid ditayangkan dengan gambar makanan pada setiap slaid. (Contoh: gambar epal dan kerepek kentang berperasa barbeku.) Murid diminta menjawab yang manakah makanan berkhasiat dan remeh. Guru menyoal dengan teknik permainan, iaitu siapa yang cepat mengangkat tangan boleh menjawab soalan.

BBB: - Gambar makanan KP: - Verbal linguistik - visual-ruang KB: - Membuat perbandingan Kemahiran: Berututur

Strategi: - Direktif - Kontekstual

BMM 3104

25

Langkah 2 (25 minit)

Tajuk aktiviti: 1. Mengambil teks imlak yang dibacakan oleh guru. 2. Tajuk petikan: Pasar Malam (Rujuk Lampiran 2)

Murid diperdengarkan dengan teks imlak yang dibacakan oleh guru. y Murid diminta menulis apa yang dibacakan oleh guru ke dalam buku tulis. y Murid diminta menulis dengan menggunakan tanda baca yang betul. y Murid perlu memahami apa isi kandung teks yang disalin. y Murid diminta untuk membacakan semula petikan yang telah ditulis dengan menggunakan jeda dan intonasi yang betul dengan kuat secara beramai-ramai.

KB: - Menyelesaikan masalah - membuat keputusan. KP: - Verbal linguistik - intrapersonal Strategi: - Metakognitif Nilai Murni: - Kesabaran - Kepekaan Kemahiran: - mendengar - menulis - membaca

Langkah 3 (15 minit)

Aktiviti: 1. Menyenaraikan makanan remeh dan makanan berkhasiat. 2. Membina ayat. (Rujuk Lampiran 3)

Murid diminta untuk menyenaraikan contohcontoh makanan berkhasiat dan makanan remeh mengikut kategori berdasarkan petikan yang diberikan. Jenis-jenis makanan tersebut diisi ke dalam jadual yang guru berikan. Murid diminta membina lima ayat majmuk berdasarkan mana-mana perkataan yang diisi ke dalam jadual.

KP: -kinestetik KB: - mengumpulkan - mengkategorikan BBB: - Lembaran kerja Strategi: - Pengayaan Nilai murni: - ketekunan

BMM 3104

26

Penutup (5 minit)

Penutup kognitif: 1. Apakah yang telah kamu pelajari sebentar tadi? 2. Apakah pengajaran yang boleh diambil daripada pelajaran hari ini.

Murid diminta Kemahiran: menyatakan jenis-jenis - Menulis ayat yang telah dipelajari dan menyertakan contoh. Nilai Murni: Guru meminta murid - Kasih sayang menyatakan nilai-nilai - Bersyukur murni yang dipelajari pada hari ini.

Refleksi / Ulasan : (Diisi oleh guru selepas selesai P&P)

BMM 3104

27

Refleksi Semasa soalan ini diberikan oleh pensyarah, saya dapati tugasan ini agak sukar apabila soalan meminta untuk menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Penyediaan RPH merupakan perkara yang rumit bagi saya kerana terlalu banyak elemen yang belum saya kuasai. Bermula dengan soalan (a) hingga (c), saya mencari bahan-bahan rujukan dari internet dan buku-buku rujukan di perpustakaan institut. Selain itu, saya turut bertukartukar nota dengan rakan-rakan serta merujuk nota guru pelatih Unit Bahasa Melayu Semester 3 untuk mendapatkan bahan rujukan tambahan. Nota-nota yang dikumpul sememangnya cukup membantu dalam melaksanakan tugasan ini walaupun tidak semua bahan ada dalam nota-nota tersebut, maka ada yang dijawab menggunakan rasional dan logik akal. Hal ini dapat memupuk sifat berdikari dalam diri saya kerana tidak bergantung sepenuhnya pada nota sedia ada. Jawapan yang diberikan adalah dalam bentuk aplikasi berdasarkan fakta-fakta yang dirujuk Berkenaan dengan penyediaan RPH, saya meminta rakan dari Unit Bahasa melayu untuk memeriksa RPH yang saya sediakan. Ternyata RPH tersebut terlalu rumit dan saya seperti tidak mempunyai objektif yang kukuh dalam pelaksnaan P&P beliau mencadangkan saya untuk menjadikannya lebih mudah difahami, selaras dengan tahap kodgnitif murid Tahun 3. Kemudian, saya telah ke Jabatan Pengajian Melayu untuk berjumpa dengan mana-mana pensyarah yang mampu membantu saya untuk menulis RPH dengan baik. Di situ saya dapat lihat dengan jelas bahawa pelaksanaan aktiviti yang saya rancang berbentuk seperti banyak pengulangan serta sususnannya tidak sistematik. Saya mungkin masih tidak mampu menyediakan sebuah RPH yang mantap, namun apabila membuat rujukan serta membuat pensyarah, sekurang-kurangnya saya mendapat pengetahuan yang lebih mengenai aspek yang ditekankan dalam penulisan RPH agar P&P yang dirancang dapat dijalankan dengan lancar.

BMM 3104

28

LAMPIRAN 1

1.

3.

4.

BMM 3104

29

5.

6.

BMM 3104

30

LAMPIRAN 2

Baca petikan di bawah dan salin semula.

Pasar malam Pada minggu lepas, saya menemani ibu ke pasar malam. Ibu berhasrat untuk mencari ikan bilis, ubi, serbuk kari, limau dan tauhu. Setibanya di pasar, saya terlihat seorang lelaki muda sedang menggoreng di sebuah gerai. Saya mendekati gerai itu dan terlihat kentang goreng yang masih panas. Saya meminta ibu membelikan sedikit kentang goreng agar saya dapat mengunyahnya sepanjang berjalan di pasar, namun ibu enggan membelikannya kerana ia tidak bagus untuk kesihatan. Sepanjang perjalanan di pasar malam, saya terlihat banyak gerai buah-buahan lalu ibu membeli buah-buahan kegemaran saya, iaitu mangga dan anggur. Di gerai itu terdapat juga jeruk mangga. Saya meminta ibu jeruk mangga kerana saya tahu buah-buahan baik untuk kesihatan dan warna jeruk itu menarik. Namun, ibu mengatakan bahawa makanan yang diawet dengan proses penjerukan dan pengasinan tidak baik untuk kesihatan kerana adakalanya ditambah perwarna supaya nampak lebih menarik. Semasa ibu memilih ikan bilis, saya terlihat sebuah gerai yang menjual daging segar. Seorang perempuan sedang memotong dan mengasingkan bahagian-bahagian daging lembu dengan tulangnya. Ada seorang kanak-kanak perempuan duduk berdekatan gerai itu, dia sedang memakan biskut yang berwarna-warni. Kanak-kanak itu kemudiannya meminta perempuan di gerai itu membelikannya aiskrim dan gula-gula kapas. Ibu pernah memberitahu saya makanan yang terlalu manis seperti aiskrim, gulagula kapas gula-gula dan coklat boleh mengakibatkan kerosakan gigi. Setelah ibu selesai membeli barang-barang yang diperlukan, saya berasa lapar. Ibu segera mendekati sebuah gerai dan membeli donat dan kuih bakar. Saya makan kuih-muih tersebut di dalam kereta. Rasanya enak dan mengenyangkan.

BMM 3104

31

LAMPIRAN 3 Lengkapkan jadual berikut dengan meletakkan jenis makanan pada ruangan yang betul. Makanan berkhasiat Makanan remeh

Berdasarkan jawapan di atas, bina lima ayat dari mana-mana jenis makanan. 1. ________________________________________________________________ 2. ________________________________________________________________ 3. ________________________________________________________________ 4. ________________________________________________________________ 5. ________________________________________________________________