Anda di halaman 1dari 25

PENDEKATAN TEMATIK

Disediakan oleh :
Nazirul Nizam bin Mohamad (M20141000068)
Rafifi Anuar bin Abdullah (M20141000075)
Nurul Izzah (M20132001556)

TEMATIK DALAM DSKP BAHASA MALAYSIA,


KSSR
Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa
Malaysia diajar berdasarkan tema. Melalui pengajaran
dan pembelajaran bertema kemahiran bahasa,
pembelajaran tatabahasa dan pengembangan kosa
kata dapat disepadukan dan dikukuhkan. Di samping
itu, ilmu daripada mata pelajaran dan disiplin lain lebih
mudah diserapkan. Bagi tujuan ini, perancangan dan
penentuan tema pengajaran meliputi pelbagai bidang
ilmu, hal persendirian dan isu kemasyarakatan,
menghargai warisan, mencungkil daya kreativiti dan
inovasi dalam diri murid serta isu-isu semasa.
Cakupan tema yang ditekankan adalah seperti yang
berikut:

1)

Kekeluargaan

2)

Kemasyarakatan

3)

Kesihatan dan Kebersihan

4)

Keselamatan

5)

Perpaduan

6)

Kebudayaan, Kesenian dan Estetika

7)

Jati diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan

8)

Sains, Teknologi dan Inovasi

9)

Alam Sekitar dan Teknologi Hijau

10)

Pertanian dan Penternakan

11)

Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan


Kewangan

Definisi

Pembelajaran tematik diambil daripada istilah integrated teaching and


learning atau integrated curriculum approach yang konsepnya telah
lama dikemukakan oleh John Dewey sebagai usaha mengintegrasikan
perkembangan
dan
pertumbuhan
murid
dan
kemampuan
perkembangannya ( Beans, 1993 ; udin saud dkk, 2006 ).

Jacob (1993) memandang pembelajaran tematik sebagai suatu


pendekatan kurikulum interdisipliner (integrated curriculum approach).

Wolfinger ( 1994:133 ) mengemukakan dua istilah yang secara teori


memiliki hubungan yang sangat erat, iaitu integrated curriculum
(kurikulum tematik) dan integrated learning (pembelajaran tematik).

Strategi berpusat kepada murid. Dalam aspek ini guru mesti mengambil
kira minta, tahap kebolehan dan pengalaman murid semasa merancang
aktiviti.

Berpandukan tema, guru dapat mencetus idea yang menarik untuk


aktiviti yang dirancang kerana tema dapat meinberi guru arah serta
tujuan semasa perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Penglibatan pelajar secara aktif dalam pengajaran secara bertema.

Kesinambungan terpelihara, di mana walaupun pelbagai aktiviti


dirancang, kesemua aktiviti itu dikaitkan dengan satu tema yang sama
agar pelajar dapat mengikuti aktiviti dengan mudah.

Pelbagai aktiviti kemahiran digabungjalinkan semasa pelajar bermain


dan melakukan aktiviti. Mereka akan mengalami pelbagai kemahiran
dan ini mengembangkan potensi pelajar.

Dalam proses pelaksanaan pembelajaran tematik perlu


diperhatikan prinsip-prinsip berikut :
a. Guru perlulah bersikap single actor yang
mendominasi aktiviti dalam proses pembelajaran.

b. Pemberian tanggungjawab individu dan kumpulan perlu


jelas dalam setiap tugasan supaya adanya kerjasama
kumpulan.
c. Guru perlu bersikap akomodatif terhadap idea-idea
yang disampaikan murid yang kadang-kadang sama sekali
tidak terlintas dalam perancangan pembelajaran.

Dalam proses penilaian pembelajaran tematik, perlu


diperhatikan prinsip-prinsip berikut:

a. Memberi kesempatan kepada murid untuk melakukan


penilaian kendiri (self evaluation) di samping bentuk
penilaian lain.
b. Guru perlu mengajak murid untuk menilai hasil yang
telah dicapai berdasarkan kriteria yang telah disepakati.

Strategi

Strategi lebih berpusatkan kepada murid. Dalam hal ini


guru perlu mengambil kira minat, tahap kebolehan dan
pengalaman murid semasa merancang aktiviti.

Berpandukan tema, guru dapat mencetuskan idea yang


menarik untuk aktiviti yang dirancang

Aktiviti yang dilaksanakan dapat melibatkan murid secara


aktif.

Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan


kemahiran murid-murid.

dapat

membina

Langkah-langkah pelaksanaan
pendekatan tematik

Pilih satu tema: Tema hendaklah cukup luas untuk memuatkan


maklumat daripada banyak bidang sesuatu mata pelajaran, tetapi ia
hendaklah tidak terlalu luas sehinggakan perkaitan yang bermakna
hilang. Guru perlu fikirkan tentang matlamat yang lebih besar dan
minat pelajar.

Membina jaringan perancangan: Membuat sumbang saran untuk


membina carta atau peta semantik yang meneroka pelbagai contoh
bagaimana timbulnya tema tersebut; Jaringan tidak menerangkan
bidang-bidang mata pelajaran tradisional seperti matematik atau
kajian sosial dan seharusnya tidak terkongkong dengan pemikiran
tradisional. Membuat jaringan bersama rakan akan menghasilkan
pemikiran yang divergen.

Pilih bahan: Perancangan bertujuan untuk menyediakan


bahan yang banyak. Hal ini termasuklah bahan-bahan
untuk seni, sastera, teknologi dan bahan-bahan untuk
masyarakat.

Rancang aktiviti: Pilih dan reka bentuk aktiviti yang


sesuai dengan tema, gunakan bahan-bahan yang banyak
dan galakkan peningkatan prestasi pelajar ke arah
pencapaian matlamat pembelajaran. Jangan lupa memberikan peluang kepada pelajar untuk memilih
pembelajaran mereka.

Kelebihan pembelajaran tematik


Menurut Kusnandar (2007) pembelajaran tematik mempunyai
beberapa kelebihan iaitu:

Memudahkan murid kerana mengambil kira minat, tahap


kebolehan dan minat murid.

Memberikan murid pengalaman dalam situasi yang berlainan.

Hasil pembelajaran bertahan lama kerana lebih berkesan dan


bermakna.

Memperkembangkan kemahiran berfikir murid.

Menggalakkan kemahiran sosial kumpulan melalui sikap


kerjasama

Melatih murid bersikap toleransi dan boleh menerima idea atau


pendapat orang lain

Kekuatan

Pengalaman dan kegiatan belajar yang relevan dengan tingkat


perkembangan dan keperluan murid

Menyenangkan kerana bergantung kepada minat dan keperluan murid

Hasil pembelajaran akan bertahan lebih lama kerana lebih terkesan


dan bermakna.

Memberikan pengalaman dan kegiatan belajar yang relevan dengan


tingkat perkembangan dan keperluan murid.

Mengembangkan keterampilan berfikir murid sesuai dengan persoalan


yang dihadapi.

Mewujudkan keterampilan sosial melalui kerjasama dalam kumpulan

Kelemahan

Aspek Guru
Guru

tunggal.

Tidak

biasa dengan pendekatan tematik.

Sangat

bergantung kepada kreativiti guru untuk


memilih dan mengembangkan tema pembelajaran.

Contoh

: Guru tidak dapat mengaitkan tema dengan


persoalan yang lain.

Kelemahan

Aspek Murid
Perlukan

kemampuan belajar yang baik dalam IQ atau


kreativiti.
Tematik

menekankan pengembangan beberapa


kemampuan
Analitik

(menjiwai)

Asosiatif

(menghubung-hubungkan)

Eksploratif

menggali)

dan elaboratif (menemukan dan

Kelemahan

Aspek Sarana dan Sumber Pembelajaran


Memerlukan

bahan bacaan dan sumber informasi yang


cukup banyak

Contoh

: Perpustakaan

Manfaat

Dengan menggabungkan pelbagai mata pelajaran akan


menjimatkan bahan.

Murid dapat melihat hubungan-hubungan yang bermakna


kerana bahan pembelajaran lebih berperanan sebagai sarana
atau alat daripada tujuan akhir itu sendiri

Pembelajaran tematik dapat meningkatkan taraf kecekapan


berfikir murid

Kemungkinan pembelajaran yang berasingan kurang berlaku


kerana murid dilengkapi dengan pengalaman belajar yang
lebih tematik

Pembelajaran tematik memberikan penerapan-penerapan


dunia nyata sehingga dapat meningkatkan pemindahan
pembelajaran.

Pengalaman belajar antara mata pelajaran sangat positif


untuk membentuk pendekatan menyeluruh pembelajaran
terhadap ilmu pengetahuan

Motivasi belajar dapat ditingkatkan dan diperbaiki

Pembelajaran tematik membantu menciptakan struktur


kognitif melalui pembelajaran tematik melalui kerjasama
yang erat antara guru dan murid yang lain.

Belajar menjadi lebih menyenangkan, belajar dalam situasi


lebih nyata dan dalam konteks yang bermakna.

Rancangan Pengajaran Harian

Bibliografi
Abd. Aziz Abd. Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, kaedah dan teknik. KualaLumpur:
Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt & Ab. Rahim Selamat. (1997). Pengajian Melayu I. Petaling
Jaya: Longman.
Anita Lie (2005). Mempraktikan Cooperative Learning di Ruang-ruang Kelas,
Jakarta: PT Gramedia.
Dahar, Ratna Wilis. 2011. Teori-Teori Belajar & Pembelajaran. Jakarta: Erlangga
Monks, F.J, dkk, Psikologi Perkembangan, terjemahan, penyesuaian, dan penulisan naskah
kembali buku berjudul Ontwikkeling Psychologie, Yogyakarta: Gadjah Mada University Press,
2006.
Potoh, Ireine. V. 2009. Pendidikan Dasar Berbasis Pengalaman. 2009.

Saud, Udin Syaefudin (2006), Perencanaan Pendidikan Suatu Pendekatan


Komperhensif, Penerbit PT. Remaja Rosdakarya. Jakarta.

Wolfinger, D. M., & Stockard, J. W., Jr. (1997)Elementary methods: An


integrated curriculum. New York: Longman.

Anda mungkin juga menyukai