Anda di halaman 1dari 6

SIMULASI DAN PERANAN

Main peranan membantu murid- murid memahami tingkah laku sosial, peranan mereka
dalam interaksi sosial dan cara- cara menyelesaikan masalah dengan berkesan. (Watak
lakonan) Simulasi menggabungkan maklumat mengenai satu- satu kemahiran melalui
demonstrasi, praktis dan latihan khusus.
Simulasi : Main Peranan dan Lakonan
Tujuan main peranan dalam pembelajaran ialah :
(a)

mengembang kepekaan kepada perasaan orang lain;

(b)

membantu murid-murid menjelaskan nilai-nilai yang membantu membuat

keputusan;
(c)

membantu murid-murid melepaskan tekanan dan perasaan;

(d)

mengajar murid-murid menyelesaikan masalah;

(e)

mengembangkan tabii menimbang ekoran-ekoran tingkah laku di kalangan

murid-murid;
(f)

membantu guru mengenalpasti keperluan murid-murid;

(g)

mengembangkan kejelikitan kumpulan;

(h)

mempelajari tingkah laku sosial; dan

(i)

mengajar murid-murid merasa-berfikir-melakon.

Model ini dijangka dapat membantu peljar yang pasif melibatkan diri dalam aktiviti
main peranan dan
seterusnya membina keyakinan diri mereka.
Pelajar juga dapat memupuk sifat-sifat sosial.
Mereka diberikan peluang melahirkan pelbagai perasaan
mengikut situasi watak yang dimainkan, berbincang serta
memikirkan masalah sendiri dan dengan ini dapat
memahami diri sendri secara lebih mendalam
Pelajar juga dapat mengawal perasaan dan emosi

dalam pelbagai situasi.


Satu pengajaran dalam mata pelajaran dapat
disampaikan dalam bentuk yang menarik dan
berkesan.

Main peranan menyediakan peluang penerokaan di mana individu dilatih


menjadi lebih peka terhadap perasaan orang lain melalui respons spontan bersama
perbincangan berpandu dan ianya wujud dalam situasi berkumpulan (Shaftel &
Shaftel, 1967:84, cited in Brady, 1985). Murid-murid main peranan dengan
mencurahkan perasaan sebenar tanpa risiko tentang seorang yang lain berfikir,
merasa dan bertindak balas seperti orang lain melalui dialog. Semasa main
peranan, murid-murid berperlakuan lain daripada peranan dan tingkah laku biasa.
Sebaliknya mereka mengintikan tingkah laku orang lain. Oleh demikian, mereka
adalah kurang egosentrik. Mereka dapat celik akal tentang diri sendiri dan orang
lain.

Kaedah ini juga boleh membantu dalam meningkatkan minat pelajar dan
meningkatkan penglibatan murid, bukan sahaja dalam pembelajaran tentang
sesuatu perkara, malah pembelajaran untuk mengintegrasikan pengetahuan ke
dalam tindakan dengan menyelesaikan masalah, mengeksplorasikan alternative,
dan melakukan penyelesaian yang kreatif ( Blatner, 2002). Menurut Brierly,
Devonshire dan Hillman (2002) dalam Pollock (2006), teknik Main Peranan juga akan
meningkatkan fungsi pengetahuan; kombinasi pengetahuan asas, pengetahuan
tentang prosedur ( mengetahui bagaimana memiliki kemahiran ) dan
pengetahuan kondisi ( mengetahui tentang persekitaran untuk menggunakan
kemahiran tersebut). Kaedah Main Peranan mencipta satu persekitaran yang
menggambarkan realiti sebenar dan ia memudahkan pelajar untuk menggunakan
pemahaman mereka tentang sesuatu situasi. Murid-murid mendapat gambaran
sebenar dalam isu-isu yang dibincangkan dalam kelas seterusnya
memperkembangkan kemahiran praktikal profesional.

Pramela Krish (2001) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi telah
melakukan kajian yang bertajuk Role Play Activity With Distance Learners In An
English Language Classroom. Beliau menyatakan bahawa kaedah Main Peranan
dapat membantu meningkatkan tahap kelancaran komunikasi dengan cara
meningkatkan interaksi dalam kelas dan memotivasikan mereka untuk belajar.
Tambahan pula, Kaedah Main Peranan akan memberi pelajar peluang untuk
bercakap dalam pelbagai konteks sosial. Dalam hal lain, Kaedah Main Peranan juga

dapat membantu pelajar yang malu untuk bercakap dengan lancar dalam sesuatu
situasi. Hal ini kerana mereka perlu mengenepikan rasa malu mereka yang hanya
menyebabkan kesukaran untuk berkomunikasi. Mereka akan turut serta secara aktif
dalam proses pembelajaran dan menjadikan mata pelajaran mereka menjadi lebih
bermakna dimana pelajar mungkin terdedah kepada pelbagai kaedah pembelajaran
seperti mendengar, mengingat skrip, berbincang, menulis skrip dialog dan Cue Card
kemudian mempersembahkan peranan-peranan mereka berdasarkan permainan
dan penulisan.

Mark Sutcliffe (2002) dalam kajiannya mendapati bahawa kaedah Main Peranan
akan memberi pemahaman kepada pelajar dan juga sebagai penghargaan kepada
alternatif -alternatif lain yang digunakan pelajar. Ia akan menggalakkan pelajarpelajar untuk mempamerkan idea mereka sendiri dan seterusnya lebih faham akan
posisi atau kedudukan orang lain. Menurut Wahibee (2004), kaedah Main Peranan
adalah satu kaedah yang efektif yang mana pelajar akan dapat merasai situasi
sebenar yang lebih realistik. Dalam kajian yang dibuat oleh Maciej Karwowski dan
Marcin Soszynski (2008), mereka mendapati bahawa penggunaan kaedah Main
Peranan dalam pengajaran dan pembelajaran akan meningkatkan kreativiti pelajar,
merangsang imaginasi pelajar dan meningkatkan motivasi belajar.
http://sribuansalokbatik.blogspot.com/2012/09/keberkesanan-penggunaan-kaedahmain.html

EORI PEMBELAJARAN SOSIAL

1. Memberi peluang kepada murid untuk memerhati dan mencontohi pelbagai


tingkah laku yang diingini. Oleh itu,guru hendaklah menunjukkan tingkah laku yang
positif.

2. Guru menyediakan persekitaran sosial yang kondusif agar modeling boleh


berlaku. Intensif, pengukuhan dan sokongan moral seharusnya diberi bagi
menggalakkan berlakunya tingkah laku yang baik dalam kalangan murid-murid kita.

3. Perkembangan manusia
.
4. Penyesuaian seimbang.

Kelebihan dan kelemahan Teknik Simulasi adalah seperti berikut:


Kelebihan Teknik Simulasi
1. Memberi peluang kepada murid untuk memikirkan cara penyelesaian secara
spontan dalam situasi bermasalah yang diwujudkan.
2.

Dapat mempertingkatkan kemahiran pertuturan murid.

3.

Dapat melatih murid-murid berlakon dengan gaya yang betul.

4.

Membawa kepada suasana pembelajaran yang berkesan, seronok dan menarik.

5. Memberi kesempatan kepada murid-murid untuk menghayati nilai-nilai moral


yang positif.
Kelemahan Teknik Simulasi
1.

Timbul perasaan gelisah bagi murid yang tiada pengalaman berlakon.

2.

Prestasi pelakon yang kurang baik akan membosankan penonton.

3. Kejayaan menggunakan Teknik Simulasi adalah bergantung kepada persiapan


yang rapi.
4. Murid-murid yang berlakon lebih banyak mendapat manfaat dan pengalaman
berbanding dengan penonton.
5. Penilaian prestasi pelakon dan membuat rumusan bukanlah perkara yang
mudah.

TUESDAY, OCTOBER 16, 2012


KEPENTINGAN MAIN DALAM PROSES PEMBELAJARAN KANAK- KANAK

Mengapa Bermain?

Mengikut Piaget (1962), kanak-kanak memerlukan aktiviti bermain kerana:


Main memberikan peluang kepada kanak-kanak meluahkan idea, perasaan dan
emosi

Main dapat mewujudkan perasaan tenang dan menghiburkan hati


Main menyediakan saluran untuk kanak-kanak menggunakan tenaga yang
berlebihan
Main membolehkan kanak-kanak menyediakan diri ke arah kedewasaan atau
kematangan
Main memberikan peluang kepada kanak-kanak belajar menyelesaikan pelbagai
bentuk masalah (kognitif, motor, sosial) yang menyumbang kepada perkembangan
intelek
Main membudayakan proses pembelajaran termasuk mengulang, latihan, latih tubi,
peniruan, penerokaan, penemuan, perkaitan, membuat huraian, rumusan,
mensintesis dan menguji
Main membantu dalam pembentukan jati diri, ketrampilan diri, pemupukan nilai
murni seperti motivasi intrinsik, penglibatan, ketahanan, kemahiran interpersonal,
keyakinan diri dan berani bertindak.

Kepentingan dan Faedah Bermain

Secara umum, bermain boleh membantu kanak-kanak dalam perkembangan fizikal,


perkembangan sosioemosi, perkembangan kognitif dan perkembangan bahasa.

1. Perkembangan Fizikal
Kanak-kanak menguasai kawalan motor halus dan motor kasar melalui bermain.
Kemahiran motor kasar yang dapat dikembangkan melalui aktiviti seperti berlari
bebas, melompat, memanjat, menendang, mengangkat, membaling dan
menyambut (bola). Ini memberi kesedaran kepada kanak-kanak tentang fungsi
badan sendiri, kegunaan ruang dan arah tujuan.

Aktiviti membutang, mewarna, melukis, menampal dan mencantum dapat


mengembangkan kemahiran motor halus dan koordinasi mata-tangan. Kemahiran
manipulatif dapat dibina melalui aktiviti seperti mencucuk benang ke dalam manik,
jigsaw puzzles, mengikat reben, kraft tangan dan membentuk menggunakan doh.

2. Perkembangan Sosioemosi
Semasa bermain, kanak-kanak berpeluang belajar berinteraksi dengan orang lain
secara positif, mengajak kanak-kanak keluar daripada pola egosentrik, mengambil
kira pandangan rakan, menghormati hak orang lain, bersabar dan bertolak ansur.
Mereka dapat belajar untuk menangguh kehendak semerta diri (delayed

gratification) untuk mencapai matlamat jangka panjang. Dengan itu main memberi
peluang kepada kanak-kanak membina konsep kendiri yang positif, keyakinan diri
serta melahirkan sentimen dan menstabilkan emosi.
Aktiviti main peranan seperti berpura-pura menjadi doktor dan pesakit atau menaiki
bas olok-olok memberi latihan kepada kanak-kanak untuk menguasai pengetahuan
dari persekitaran serta membantu perkembangan kemahiran bersosialisasi.
Permainan imaginatif seperti ini memberi latihan kepada kanak-kanak mengenali
alam dewasa. Mereka belajar bekerjasama untuk mencapai matlamat kumpulan.

3. Perkembangan Kognitif dan Bahasa


Bermain juga dapat membantu memperkembangkan kebolehan kognitif seperti
mengenal pasti, mengkategori, membuat urutan, memerhati, membezakan,
meramal, membuat rumusan, dan membuat perbandingan.
Akiviti seperti membina blok, permainan bahasa, permainan dam, puzzle, teka-teki,
nyanyian dan congkak membantu mengembangkan kemahiran bahasa, matematik
dan sains serta berfikir secara logik dan kreatif. Kanak-kanak juga dapat
meningkatkan kemahiran penggunaan bahasa dalam persekitaran yang relaks,
semulajadi dan seronok.

Anda mungkin juga menyukai