Anda di halaman 1dari 8

4.

0 KEPENTINGAN BONEKA DARI PELBAGAI SUDUT


4.1 SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR
Boneka adalah satu bahan bantu mengajar yang sangat berguna untuk guru
menyampaikan pengajaran dan pembelajaran kepada kanak-kanak sekolah dan juga
prasekolah. Ia boleh digunakan sebagai alat bantu untuk menyampaikan cerita atau mesej
bagi menerapkan nilai-nilai murni dalam diri kanak-kanak.
Penggunaan boneka memberi impak yang sangat tinggi dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Boneka digunakan dalam teknik bercerita. Ini adalah kerana penceritaan
akan menjadi lebih berkesan, seronok, dan berupaya menarik perhatian kanak-kanak. Di
samping itu permainan boneka dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi ,
melahirkan idea kreatif dalam penciptaan cerita, meransang daya imaginasi dan
menggalakkan kerjasama dalam kumpulan. Jackman (1977) berpendapat boneka adalah
salah satu cara yang menghiburkan dan dapat menarik minat kanak-kanak ke arah
pemikiran kreatif dan imaginatif. Menurutnya lagi, penggunaan boneka dapat membantu
perkembangan kemahiran afektif, kognitif dan fizikal.
Nillie Mc Caslin (1984) pula menyatakan bahawa boneka dapat berfungsi sebagai
alat bantuan mengajar dan dapat menarik perhatian pelajar, menghidupkan suasana yang
lebih menyeronokkan, menarik minat, seterusnya dapat memotivasikan pelajar untuk
terus belajar. Boneka sesuai digunakan sebagai alat bantu dalam pengajaran dan
pembelajaran untuk menyampaikan cerita atau maklumat dengan lebih berkesan.
Pendengar iaitu kanak-kanak akan dapat menghayati dan memahami sesebuah
penyampaian dengan khusyuk di samping melibatkan diri secara tidak langsung melalui
penggunaan boneka.
Eve-Marie Arce dalam bukunya Curriculum for Young Chidren-An
Introduction menyatakan bahawa , boneka adalah sesuatu yang unik. Ia boleh digunakan
oleh guru untuk menyalurkan emosi kanak-kanak,kreativiti dan juga menyelesaikan
masalah atau kebimbangan mereka. Melalui permainan boneka juga kanak-kanak akan
merasa seronok kerana mereka dapat meluahkan apa yang terpendam dalam diri mereka
dan ini akan menggalakkan mereka melibatkan diri secara aktif. Mereka juga tidak akan
rasa segan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang disediakan oleh guru.
Penggunaan boneka memberikan kesan yang cukup baik ke arah pendedahan kanak-
kanak untuk berkomunikasi,melahirkan idea kreatif dalam penciptaan sebenar serta
merangsang daya imaginasi. Selain itu, boneka juga dapat memberi pengalaman kepada
kanak-kanak belajar secara berkumpulan, bekerjasama dan berkongsi pengalaman.
Menurut Piaget dan Vygotsky. Imaginasi terikat kepada cara bagaimana kanak-
kanak memahami dunia persekitarannya dan perkara-perkara yang berlaku disekeliling
mereka. Murid juga seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan yang
boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti bermain dan aktiviti seni. Apa yang penting,
kanak-kanak seronok dan menurut kajian daripada penggunaan boneka amat bermanfaat
bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian pengajaran dan pembelajaran ataupun
sebagai satu terapi untuk kanak-kanak yang terganggu emosi.
Implikasi boneka dalam pengajaran dan pembelajaran adalah murid dapat
meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid dimana mereka dapat mewujudkan
emosi marah, sedih, gembira, sunyi, malu dan cemburu. Selain itu, murid juga dapat
menggabungkan kemahiran berbahasa dan kemahiran bersosial. Dua kemahiran ini amat
penting diterapkan dalam diri murid kerana ianya sangat membantu murid mencapai
kemahiran sosial yang positif dan bahasa yang digunakan akan lebih tersusun kreatif dan
memperluaskan diksinya.
Dalam teori Kecerdasan Manusia Gardner (1983) mengesyorkan bahawa terdapat
tujuh jenis kecerdasan pelbagai, ia amat menggalakkan murid mencapai objektif kendiri
dalam melancarkan lagi proses pembelajaran. Boneka amat membantu guru mencapai
objektif pembelajaran dengan lebih sempurna kerana pendekatannya yang menarik dan
sememangnya mudah difahami oleh murid sekaligus akan menjadikan suasana
pembelajaran menyeronokkan dan bermakna.
Disamping itu, penggunaan boneka dalam pembelajaran juga dapat melahirkan
individu yang berdaya saing, inovatif dan unik dengan rekaan-rekaan boneka yang
pelbagai. Bukan sahaja guru yang boleh menghasilkan boneka, malah murid juga boleh
diminta menghasilkan boneka sendiri mengikut kreativiti masing-masing.
4.2 SEBAGAI ALAT PERMAINAN KANAK-KANAK
Bermain adalah sebahagian daripada komponen dalam perkembangan kognitif
kanak-kanak. Ia adalah penting kerana menunjukkan gambaran sebenar dan
mencerminkan kefahaman kanak-kanak secara menyeluruh (Piaget, 1966). Slade (1954)
telah membuat kajian dengan menjalankan pemerhatian terhadap bagaimana seseorang
kanak-kanak bermain. Menerusi kajiannya mendapati bahawa kanak-kanak berkeupayaan
meneroka, mencipta dan memperoleh ilmu daripada persekitaran melalui aktiviti
bermain. Bermain mempunyai peranan penting dalam perkembangan dan tingkah laku
seseorang individu kanak-kanak (Fauziah & Mariani, 2008; Salma, 2004; Jaffke,1996;
Paley, 1992). Kanak-kanak dapat memahami diri dan menyesuaikan tingkah laku mereka
melalui bermain (Masten & Coatsworth, 1998; Elias & Berk, 2002). Kajian-kajian yang
lepas telah menunjukkan bahawa bermain menyumbang kepada perkembangan kanak-
kanak secara menyeluruh (Kagan, 1990; Klugman & Smilansky, 1990; Hartup, 1992;
Babcock, Hartle & Lamme, 1995; Daniels, 1999). Oleh itu dapatlah dikatakan bahawa
boneka merupakan satu alat yang sangat penting untuk kanak-kanak bermain.
Menurut Woltmann (1940) dalam kajiannya mendapati bahawa boneka sangat
berguna dalam proses pedagogi kerana ia mudah dimanipulasikan dan boleh menjadi
simbolik untuk pelbagai objek. Oleh itu ia sesuai dengan kategori bermain untuk kanak-
kanak yang diterangkan oleh Piaget. Aktiviti boneka juga melibatkan konteks sosial
kerana semasa kanak-kanak bermain boneka dalam kumpulan, mereka berinteraksi
dengan rakan-rakan yang lain. Mereka belajar memahami diri sendiri dan juga orang lain.
boneka digemari oleh kanak-kanak kerana mereka dapat merasakan dan menghargai
sifat-sifat yang terdapat pada boneka itu (Bustam & Kamariah, 1992). Kanak-kanak
memperoleh ketenangan dan kegembiraan yang mendalam menerusi bermain (Hoing,
2006). Justeru itulah kanak-kanak gemar bermain menggunakan boneka atau patung
bersama rakan-rakannya.


Berdasarkan contoh Kajian Tindakan dari laman sesawang ;
http://researchipbmm2008.blogspot.com/2012/07/contoh-kajian-tindakan-normal-0-
false.html yang mengemukakan tajuk PENGGUNAAN BONEKA BAGI
MENINGKATKAN KOMUNIKASI KANAK-KANAK DI PRASEKOLAH ( Mohd
Fhayrus Bin Abdullah , IPG Kampus Bahasa Melayu Kemayan , Pahang Darul Makmur
). Kajian beliau mendapati penggunaan boneka merupakan salah satu cara kanak-kanak
bermain. Dengan cara bermain kanak-kanak dapat memperkembangkan bahasa mereka.
Kanak-kanak dapat meningkatkan keupayaan komunikasi dan bilangan perbendaharaan
kata dengan bermain boneka. Kaedah belajar melalui bermain telah diaplikasikan dengan
menggunakan boneka. Feldman (1991), menyatakan kanak-kanak belajar secara semula
jadi. Mereka ingin tahu, berminat, bersemangat dan memberi perhatian bagi mempelajari
perkara-perkara baharu. Cara yang terbaik mengajar kanak-kanak adalah melalui bermain
dan gaya pembelajaran mereka yang semula jadi. Friederich Wilhelm Frobel (1782-1852)
yakin permainan yang sesuai dapat membantu kanak-kanak berfikir berkenaan interaksi
antara kehidupan dan aktiviti sendiri, pemikiran dan tindakan, perwakilan dan kognisi
serta kebolehan dan pemahaman. (Brewer,1992)
Zurinah dan Mohamad Iman (2004), pelbagai bentuk boneka boleh dihasilkan
sama ada daripada kertas atau kain. Setiap kali bercerita, boneka dijadikan modul
penceritaan. Dengan ini segala bentuk penceritaan lebih mudah difahami. Kemudian
kanak-kanak menggunakan boneka tersebut untuk melahirkan watak-watak yang berbeza.
Cara ini juga lebih berkesan terutama untuk memastikan imaginasi kanak-kanak dapat
dilahirkan melalui penceritaan. Kesimpulannya, penggunaan boneka dalam kajian ini
ialah untuk meningkatkan keupayaan kanak-kanak berkomunikasi dengan lancar dan
jelas. Penggunaan boneka ini adalah merangkumi kanak-kanak dan guru bercerita dengan
menggunakan boneka. Kanak-kanak juga menggunakan boneka untuk menjawab soalan
yang di kemukakan kepadanya dan kanak-kanak berpeluang untuk bermain boneka
bersama rakan-rakan.


4.3 SEBAGAI ALAT PERHIASAN

Di Malaysia khususnya sekarang ramai yang meminati dekorasi bercirikan konsep
english atau english style decoration. Salah satu unsur dalam hiasan english ini ialah
patung-patung hiasan yang lengkap seperti patung seekor itik,ayam,beruang dan lain-
lain lagi. Manakala patung yang tidak lengkap seperti patung ayam atau itik sedang
mengerang telur. Patung-patung ini diletakkan di dalam rumah sebagai perhiasan.
Berbagai jenis bentuk boneka lain juga boleh dijadikan sebagai perhiasan dalam rumah.
Bagi anak-anak lelaki ataupun perempuan, kebanyakan mereka akan menyusun pelbagai
jenis bentuk boneka sebagai perhiasan di bilik tidur. Contohnya patung barbie, bear,
upin ipin dan lain-lain lagi. Namun begitu, bagi Malaysia yang mempunyai pelbagai
kaum dan agama, terdapat pendapat dari ilmuan agama tentang penggunaan patung
sebagai alat perhiasan. Bagi masyarakat bukan Islam seperti Hindu, Buddha dan Kristian,
perhiasan ini tidak menjadi salah dalam pegangan agama mereka. Tetapi bagi masyarakat
Islam , boneka atau patung tidak boleh dijadikan sebagai perhiasan dan dilarang
diletakkan dalam rumah. Ia menjadi satu kesalahan dalam ajaran agama Islam.

4.4 SEBAGAI ALAT PEMUJAAN DAN KEAGAMAAN

Boneka juga digunakan untuk fungsi ritual yang berhubungan dengan alam atau
hal-hal yang bersifat ghaib ataupun mistik seperti upacara ritual keagamaan. Boneka atau
patung digunakan dalam permainan jelangkung, sihir, pemanggilan roh dan sebagainya.
Kebenaran boneka digunakan untuk upacara keagamaan pada masa dulu telah dibuktikan
dengan seringkali menjumpai boneka di makam-makam kuna atau situs-situs sejarah
mahupun pra sejarah.


Dalam masyarakat Melayu, salah satu jenis perubatan tradisional untuk
mengubati penyakit adalah dikaitkan dengan ilmu sihir. Ilmu sihir ini sering dirujuk
dalam masyarakat Melayu sebagai perbuatan orang atau kemasukan syaitan.
Kebiasaannya Bomoh atau Dukun adalah orang yang sering mengubati pesakit melalui
amalan ilmu sihir ini. Mereka akan menggunakan pelbagai bahan tertentu dalam
amalan perubatan mereka. Antaranya adalah boneka penuh yang dikenali sebagai patung
yang berbentuk figura manusia. Kebiasaannya patung ini diperbuat daripada kain .
Patung ini dijadikan sebagai perlambangan manusia yang akan disihirkannya.
Bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku
dan sebagainya akan diikat pada patung tadi. Seterusnya patung itu akan dicucuk dengan
jarum. Pada masa yang sama jampi mantera akan dibaca oleh bomoh atau dukun
tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut. Tujuan
perubatan seperti ini adalah lebih ke arah menyakiti orang lain dengan cara halus atau
unsur dalaman. Penggunaan patung atau boneka dalam perubatan tradisional ini adalah
haram dalam perspektif agama Islam. Agama Islam melarang penganutnya menyembah
berhala atau segala figura perwujudan Tuhan. Namun sehingga hari ini amalan ini masih
diteruskan terutamanya bagi masyarakat yang kurang kefahaman tentang agama Islam
itu sendiri.
Dalam agama Hindu pula, patung yang dibuat bagi tujuan utama sebagai media
keagamaan, iaitu memuja tuhan atau dewa-dewanya. Dalam agama Hindu, patung
adalah sama dengan Murti (Dewanagari), atau murthi, yang merujuk kepada citra yang
menggambarkan Roh atau Jiwa Ketuhanan (murta). Bererti "penubuhan", murti adalah
perwujudan aspek ketuhanan (dewa-dewi), biasanya dibuat daripada batu, kayu atau
logam yang berfungsi sebagai sarana dan sasaran konsentrasi kepada Tuhan dalam
pemujaan. Menurut kepercayaan agama Hindu, murti harus dipuja sebagai fokus
pemujaan kepada Tuhan setelah roh suci dipanggil dan bersemayam didalamnya dengan
tujuan memberikan persembahan atau sesaji.

Perwujudan dewa atau dewi, baik sikap
tubuh, atribut, atau proporsinya harus mengacu kepada tradisi keagamaan yang
bersangkutan. Terdapat pelbagai jenis patung seperti Istadewata, iaitu patung yang
dimiliki oleh perseorangan, sehingga dapat dibawa kemana-mana. Seterusnya
Kuladewata, iaitu patung yang dimiliki oleh sebuah keluarga, biasanya terdapat di
rumah-rumah. Dan Garbadewata, iaitu patung yang dipuja oleh kebanyakan orang.
Bagi penganut agama Kristian, Ibadat dan liturgi dalam Gereja Katolik biasa
menggunakan lambang dan simbol dalam upacaranya. Salah satu bentuk lambang dan
simbol tersebut adalah patung-patung, yang menggambarkan Yesus, Bunda Maria,
ataupun para santo-santa. Bagi kebanyakan orang Katolik, lambang-Iambang dan patung-
patung itu tidak menimbulkan masalah apa-apa. Mereka menggunakan patung itu ketika
mereka mendapatkan pertanyaan mengenai hal tertentu, terutama dari mereka yang
mempunyai keyakinan diri. Namun ada setengahnya dalam kalangan mereka sendiri
mengatakan bahwa pemakaian patung khususnya, bertentangan dengan Kitab Suci. Kitab
Suci mereka juga sendiri melarang pemakaian patung-patung dalam kehidupan orang
beriman dalam agama mereka. Dalam konteks inilah banyak orang Kristian kemudian
membuang segala macam bentuk patung dalam ibadat mereka dan memberikan kritikan
keras kepada mereka yang masih memakai patung dalam ibadat.
( sumber : JUBILEUM Edisi 55, Tahun V, Oktober 2004)












Berdasarkan kajian, mendapati boneka amat penting penggunaanya kerana;

1. Boneka dapat menghubungkan antara pengajar dan pelajar iaitu dapat menghubungkan
kandungan yang ingin di sampaikan oleh pengajar (guru) kepada kumpulan sasarannya iaitu
pelajar. Penggunaan boneka yang menyatukan antara muzik dan jenaka adalah satu usaha
merentas sempadan budaya, bahasa dan kepercayaan orang.

2. Boneka ialah metafora visual, yang mengambarkan kehidupan sebenar. Dalam masa yang
sama ia menghindarkan dari kehidupan sebenar. Boneka boleh menjadi seperti hidup dan
berinteraksi dan bila di satukan antara jenaka dan muzik akan menggabungkan hiburan dan
pendidikan

3. Boneka adalah cerminan manusia yang sebenar. Dengan itu mereka boleh melihat diri
mereka secara objektif dan membolehkan mereka mentertawakan diri mereka dengan cara yang
tidak menyentuh perasaan sesiapa.

Anda mungkin juga menyukai