Anda di halaman 1dari 20

HBEF3203

PENGENALAN Pendidikan di Malaysia adalah sentiasa mengalami transformasi ke arah penyediaan sistem pendidikan bertaraf dunia. Sejajar dengan itu, tugas dan etika keguruan juga turut mengalami perubahan. Bukan sahaja kurikulum berubah, malah sistem penilaian dan pengukuran bagi mengesan sejauh mana proses pembelajaran berlaku juga turut berubah, dengan berlakunya penambahbaikan. Penilaian dan pengukuran merupakan satu elemen yang penting dalam dunia pendidikan. Penilaian bermaksud proses membuat pertimbangan atau keputusan dalam

menentukan nilai, mutu, kualiti, atau harga bagi sesuatu benda atau perkara.( Buku Modul Penilaian dan Pengukuran Dalam Pendidikan, OUM). Menurut Gay (1985) pula, penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Pengukuran boleh didefinisikan sebagai satu proses untuk menentukan sejauh mana

seseorang individu memiliki ciri-ciri tertentu. Ia juga boleh ditafsirkan sebagai satu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik ( melalui angka) tentang sejauh mana individu / pelajar mempunyai sesuatu cirri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu. Manakala pengujian pula boleh dianggap proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar .( .BukuModul Penilaian dan Pengukuran Dalam Pendidikan, OUM). Dalam tugasan ini, satu pengukuran, penilaian dan pengujian telah dijalankan mengikut prosedur berperingkat seperti memilih item-item, membina Jadual Penentu Ujian (JPU), mentadbir ujian tersebut, memeriksa kertas jawapan murid, merekod keputusan serta membuat pengiraan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi. Setelah itu, satu laporan dibuat mengenai kesesuaian item tersebut. Sekiranya tidak sesuai, pengubahsuaian kepada item-item tersebut dilakukan. Ini adalah tindakan susulan yang dibuat bagi memastikan keberkesanan dan kesesuaian soalan ujian tersebut. Semoga melalui tugasan ini, saya dapat mempelajari teknik-teknik pentadbiran ujian dengan lebih baik dan berkesan demi kebaikan anak-anak didik. Di samping itu, saya juga dapat mempelajari setiap kesilapan dan kekurangan yang dilakukan.

HBEF3203

PENYEDIAAN ITEM UJIAN LANGKAH AM PENYEDIAAN ITEM UJIAN Menyediakan JPU Menulis Item Ujian Menyemak item ujian Menilai item ujian Membuat kajian rintis terhadap item

JADUAL PENENTU UJIAN Menurut Kubiszyn dan Borich (2003), JPU ( Test Specification Table) adalah carta dua hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran.Lajur carta ini menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur. Dengan demikian, JPU boleh dijadikan panduan kepada guru tentang sukatan pelajaran yang perlu diajar dan objektif pengajaran yang perlu dicapai pelajar. Dari segi pembinaan item pula, JPU akan menjadi panduan kepada guru supaya item-item yang dibina merangkumi semua kandungan pengajaran daripada awal hingga akhir. Dengan demikian, JPU seharusnya dibina seawal mungkin, misalnya sebelum kita memulakan pengajaran. Dalam pembinaan JPU, empat langkah penting diambil kira iaitu mengkaji sukatan pelajaran, menentukan jenis soalan, menentukan bilangan soalan dan menganalisis objektif pengajaran. JPU yang dibina dengan baik akan membantu penggubal kertas ujian dan pembina item. Antara kepentingan JPU adalah seperti berikut . Pertama, kertas ujian dapat digubal secara sistematik.Kedua, kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin. Ketiga, taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang. Keempat, ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran, dan aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari tahun ke tahun,

HBEF3203

PENTADBIRAN UJIAN Setelah selesai membina Jadual Penentu Ujian ( JPU) dengan mengambilkira beberapa

faktor seperti sukatan pelajaran, objektif pengajaran, kandungan pelajaran dan objektif ujian diadakan, maka pemilihan item telah dibuat. Item dipilih daripada buku- buku rujukan, buku ulangkaji, dan buku latihan seperti yang dinyatakan dalam lampiran. Pemilihan item dari pelbagai sumber ini diharapkan dapat menjadikan item yang dipilih lebih baik dan pelbagai. Ujian ini ditadbir oleh saya terhadap pelajar tahun 3 Gemilang, Sekolah Kebangsaan Guar Chempedak. Kelas ini merupakan kelas pertama daripada tiga kelas dalam aliran tahun tiga. Butiran ujian adalah seperti berikut : Tarikh : 14 Julai 2011 Hari : Khamis Masa : 9.10 10.10 pagi.( 1 jam) Tempat : Kelas 3 Gemilang Jumlah Murid Terlibat : 20 orang

HBEF3203

MENULIS LAPORAN ITEM INDEKS KESUKARAN ITEM Indeks Kesukaran Item adalah salah satu cara yang digunakan untuk menentukan kualiti sesuatu item ujian. Indeks ini dapat menunjukkan aras kesukaran sesuatu item itu, sama ada mudah dijawab atau susah dijawab. Tujuan Indeks Kesukaran digunakan adalah sebagai panduan semasa membina item supaya indeks diskriminasi menjadi maksimum. Selain itu, ia juga bertujuan mengenalpasti konsep yang perlu diajar semula, iaitu apabila guru mendapati soalan-soalan berkenaan tidak data dijawab oleh sebahagian besar pelajar ( soalan sukar). Ketiga, untuk mengenalpasti dan melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian-bahagian kurikulum, iaitu yang boleh dikuasai atau tidak boleh dikuasai pelajar. Tujuan keempat pula ialah member maklum balas kepada pelajar tentang kekuatan dan kelemahan mereka bagi setiap tajuk pengajaran yang diuji. Akhir sekali, untuk mengenalpasti soalan yang biasa kepada sesuatu kandungan (content bias), seperti kandungan yang ditekankan semasa pengajaran ( misalnya diberi latih tubi / ulangan). Bagi soalan berbentuk objektif, indeks ini dikira dengan menggunakan nisbah bilangan calon yang memberi jawapan betul bagi item tertentu kepada jumlah calon yang menjawab item tersebut. Persamaannya adalah seperti berikut : P= Bilangan calon yang menjawab betul Jumlah calon yang menjawab

Bagi soalan subjektif pula, Indeks Kesukaran (P) dikira sebagai nisbah markah purata ( markah min) kepada julat markah penuh seperti berikut :

P=

Markah Purata Julat markah penuh

Markah Purata = Jumlah markah Jumlah pelajar

Julat Markah Penuh =Markah maksimum Markah minimum

Berbeza dengan indeks kesukaran item objektif, indeks kesukaran item subjektif dapat menggambarkan markah purata bagi sesuatu item dalam peratus.

HBEF3203

Berikut adalah jadual Aras Kesukaran Item dan Pengkelasan Item Nilai ( p) 0.00 0.20 0.21 0.40 0.41 0.60 0.61 0.80 0.81 1.00 Pengkelasan Item Terlalu Sukar Sukar Sederhana Sukar Mudah Terlalu Mudah

INDEKS DISKRIMINASI ITEM

Indeks Diskriminasi Item adalah indeks yang digunakan untuk menentukan perbezaan keupayaan pelajar . Ini adalah kerana salah satu tujuan ujian ialah untuk mengenalpasti calon / pelajar yang berkeupayaan tinggi , untuk matlamat tertentu seperti untuk melanjutkan pengajian dalam bidang tertentu. Item / soalan yang baik akan dapat membezakan / mendiskriminasikan antara mereka yang berkeupayaan rendah dan berkeupayaan tinggi. Antara tujuan lain Indeks Diskriminasi ialah seperti berikut. Pertama, mengenalpasti konsep yang perlu diajar semula, iaitu apabila guru mendapati soalan-soalan berkenaan tidak dapat dijawab oleh sebahagian besar pelajar pandai. Kedua, mengenalpasti dan melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian-bahagian kurikulum , iaitu yang tidak boleh dikuasai pelajar pandai. Ketiga, member maklum balas kepada pelajar pandai tentang kelemahan mereka bagi setiap tajuk pengajaran yang diuji. Tujuan keempat ialah mengenalpasti soalan yang bias kepada sesuatu kandungan , seperti kandungan yang tidak ditekankan semasa pengajaran atau langsung tidak diajar. Akhir sekali, mengenalpasti pelajar pelajar yang berpencapaian tinggi untuk melanjutkan pengajian dalam bidang- bidang tertentu. Indeks diskriminasi dikira dengan menggunakan langkah-langkah pengiraan Mehrens & Lehmann ( 1991) seperti berikut : a) Membahagikan pelajar kepada tiga (3) kumpulan, iaitu pelajar berpencapaian rendah (27% pelajar berpencapaian terendah), pelajar berpencapaian sederhana (46% pelajar berpencapaian antara terendah dan tertinggi) dan pelajar berpencapaian tinggi (27% pelajar berpencapaian tertinggi).

HBEF3203

b) Mengira bilangan pelajar yang menjawap dengan betul dikalangan pelajar berpencapaian rendah (R Right Lower), bilangan pelajar yang menjawab dengan betul dikalangan pelajar berpencapaian tinggi (R Right Upper) dan jumlah pelajar berpencapaian rendah dan tinggi (T+-Total). c) Indeks Diskriminasi boleh dikira dengan membahagikan perbezaan (R-R) degan separuh T+ seperti berikut : Indek Diskriminasi ( d ) = (R - R) [1 T+] 2 Berikut adalah jadual Aras Diskriminasi dan Pengkelasan Item : Nilai ( p ) 0.00 - 0.10 0.11 0.20 0.21 0.30 0.31 0.40 0.41- 1.00 Pengkelasan Item Tidak baik Kurang baik Sederhana baik Baik Sangat baik

HBEF3203

LAPORAN BAGI SETIAP ITEM ITEM 1. Indeks Kesukaran yang diperoleh 0.8 ( Mudah) Indeks Kesukaran yang ditetapkan Mudah

Komen: IK = 0.8 menunjukkan bahawa item yang diuji mudah kerana hanya 4 orang calon sahaja yang tidak dapat menjawab dengan tepat iaitu 2 orang pelajar bagi dari kumpulan

berpengetahuan rendah (RL) . Manakala ID =0.4 menunjukkan bahawa item ini baik dan amat mendiskriminasikan pelajar. Semua pengganggu berfungsi sebagai mana sepatutnya. Keputusan : Item ini boleh diterima.

ITEM 2 Indeks Kesukaran yang diperoleh 0.8 ( mudah ) Indeks Kesukaran yang ditetapkan Mudah

Komen: IK = 0.8 menunjukkan bahawa item yang diuji mudah kerana hanya 4 orang calon sahaja yang tidak dapat menjawab dengan tepat iaitu 2 orang pelajar bagi dari kumpulan

berpengetahuan rendah (RL) . Manakala ID =0.4 menunjukkan bahawa item ini baik dan mendiskriminasikan pelajar. Semua pengganggu berfungsi sebagai mana sepatutnya. Keputusan : Item ini boleh diterima.

ITEM 3 Indeks Kesukaran yang diperoleh 0.85 ( Terlalu mudah) Indeks Kesukaran yang ditetapkan Mudah

HBEF3203

Komen: IK = 0.85 menunjukkan bahawa item yang diuji terlalu mudah kerana 18 orang calon telah memilih jawapan yang tepat iaitu A. Manakala ID = 0.2 pula menunjukkan bahawa item ini membezakan pelajar secara sederhana sahaja. Keputusan: Item no. 3 terlalu mudah. Item perlu diubahsuai kepada struktur untuk menguji pemahaman pelajar.

ITEM 4 Indeks Kesukaran yang diperoleh 0.85 ( Terlalu mudah) Indeks Kesukaran yang ditetapkan Mudah

Komen: IK = 0.85 menunjukkan bahawa item yang diuji terlalu mudah kerana 18 orang calon telah memilih jawapan yang tepat iaitu D. Manakala ID = 0.2 pula menunjukkan bahawa item ini membezakan pelajar secara sederhana sahaja. Item ini tidak sesuai kerana tahap kognitif pelajar kelas ini adalah tinggi. Keputusan: Item no. 3 perlu diubahsuai kepada soalan penolakan dengan mengumpul semula.

ITEM 5 Indeks Kesukaran yang diperoleh 0.8 ( Mudah ) Indeks Kesukaran yang ditetapkan Sederhana sukar

HBEF3203

Komen: IK = 0.8 menunjukkan bahawa item yang diuji mudah kerana hanya 4 orang calon sahaja yang tidak dapat menjawab dengan tepat iaitu 3 orang pelajar bagi dari kumpulan

berpengetahuan rendah (RL) . Manakala ID =0.6 menunjukkan bahawa item ini sangat baik dan mendiskriminasikan pelajar. Semua pengganggu berfungsi sebagai mana sepatutnya. Keputusan : Item ini boleh diterima.

ITEM 6 Indeks Kesukaran yang diperoleh 0.9 ( Terlalu Mudah ) Indeks Kesukaran yang ditetapkan Sederhana sukar

Komen: IK = 0.85 menunjukkan bahawa item yang diuji terlalu mudah kerana 18 orang calon telah memilih jawapan yang tepat . Manakala ID = 0.2 pula menunjukkan bahawa item ini membezakan pelajar secara sederhana sahaja. Pengganggu bagi pilihan yang diberi tidak berfungsi sebagai mana sepatutnya. Keputusan: Item ini perlu diubah supaya menjadi lebih baik dengan mengubah pengganggu yang mampu berfungsi dengan lebih baik.

ITEM 7 Indeks Kesukaran yang diperoleh 0.85 ( Terlalu Mudah) Indeks Kesukaran yang ditetapkan Mudah

Komen: IK = 0.85 menunjukkan bahawa item yang diuji mudah kerana hanya 3 orang calon sahaja yang tidak dapat menjawab dengan tepat iaitu 3 orang pelajar bagi dari kumpulan

berpengetahuan rendah (RL) . Manakala ID =0.6 menunjukkan bahawa item ini sangat baik dan mendiskriminasikan pelajar. Semua pengganggu berfungsi sebagai mana sepatutnya.

HBEF3203

Keputusan : Item ini boleh diterima

ITEM 8 Indeks Kesukaran yang diperoleh 0.85 ( Terlalu Mudah) Indeks Kesukaran yang ditetapkan Sederhana sukar

Komen: IK = 0.85 menunjukkan bahawa item yang diuji terlalu mudah kerana hanya 3 orang calon sahaja yang tidak dapat menjawab dengan tepat bagi dari kumpulan berpengetahuan rendah (RL) . Manakala ID =0.2 menunjukkan bahawa item ini kurang baik dan tidak

mendiskriminasikan pelajar. Keputusan : Item ini tidak boleh diterima dan perlu diubahsuai dengan cara mengubah struktur soalan atau pengganggu yang mampu berfungsi lebih baik.

ITEM 9 Indeks Kesukaran yang diperoleh 0.5 ( Sederhana sukar) Komen: IK = 0.5 menunjukkan bahawa item yang diuji sederhana sukar kerana hanya 10 orang calon sahaja yang dapat menjawab dengan tepat. Manakala ID =0.6 menunjukkan bahawa item ini sangat baik dan mendiskriminasikan pelajar. Semua pengganggu berfungsi sebagai mana sepatutnya. Keputusan : Item ini boleh diterima. Indeks Kesukaran yang ditetapkan Sukar

HBEF3203

ITEM 10 Indeks Kesukaran yang diperoleh 0.8 (Mudah ) Indeks Kesukaran yang ditetapkan Sederhana sukar

Komen: IK = 0.8 menunjukkan bahawa item yang diuji adalah mudah kerana 4 calon sahaja yang tidak dapat menjawab dengan tepat . Manakala ID =0.4 menunjukkan bahawa item ini baik dan boleh mendiskriminasikan pelajar. Keputusan : Item ini boleh diterima.

ITEM 11 Indeks Kesukaran yang diperoleh 0.45 ( Sederhana sukar ) Komen: IK = 0.45 menunjukkan bahawa item yang diuji sederhana sukar kerana hanya 9 orang calon sahaja yang dapat menjawab dengan tepat. Manakala ID =0.4 menunjukkan bahawa item ini baik dan boleh sepatutnya. Keputusan : Item ini boleh diterima. mendiskriminasikan pelajar. Semua pengganggu berfungsi sebagai mana Indeks Kesukaran yang ditetapkan Sukar

ITEM 12 Indeks Kesukaran yang diperoleh 0.75 ( Mudah ) Indeks Kesukaran yang ditetapkan Sederhana sukar

HBEF3203

Komen: IK = 0.75 menunjukkan bahawa item yang diuji adalah mudah kerana 3 calon sahaja daripada kumpulan lemah yang tidak dapat menjawab dengan tepat . Manakala ID =0.4 menunjukkan bahawa item ini baik dan boleh mendiskriminasikan pelajar. Semua

pengganggu berfungsi sebagaimana sepatutnya. Keputusan : Item ini boleh diterima.

ITEM 13 Indeks Kesukaran yang diperoleh 0.8 ( Mudah ) Indeks Kesukaran yang ditetapkan Mudah

Komen: IK = 0.8 menunjukkan bahawa item yang diuji adalah mudah kerana 3 calon sahaja daripada kumpulan lemah yang tidak dapat menjawab dengan tepat . Manakala ID =0.4 menunjukkan bahawa item ini baik dan boleh mendiskriminasikan pelajar. Semua pengganggu berfungsi sebagaimana sepatutnya. Keputusan : Item ini boleh diterima. ITEM 14 Indeks Kesukaran yang diperoleh 0.5 ( Sederhana sukar ) Indeks Kesukaran yang ditetapkan Sukar

Komen: IK = 0.5 menunjukkan bahawa item yang diuji sederhana sukar kerana hanya 10 orang calon sahaja yang dapat menjawab dengan tepat. Manakala ID =0.8 menunjukkan bahawa item ini sangat baik dan mendiskriminasikan pelajar. Semua pengganggu berfungsi sebagai mana sepatutnya.

HBEF3203

Keputusan : Item ini boleh diterima.

ITEM 15 Indeks Kesukaran yang diperoleh 0.35 (Sukar ) Indeks Kesukaran yang ditetapkan Sukar

Komen: IK = 0.35 menunjukkan bahawa item yang diuji adalah sukar kerana hanya 7 orang calon sahaja yang dapat menjawab dengan tepat. Manakala ID =0.6 menunjukkan bahawa item ini sangat baik dan mendiskriminasikan pelajar. Semua pengganggu berfungsi sebagai mana sepatutnya. Keputusan : Item ini boleh diterima.

ITEM 16 Indeks Kesukaran yang diperoleh 0.6 ( Sederhana sukar ) Indeks Kesukaran yang ditetapkan Sukar

Komen: IK = 0.6 menunjukkan bahawa item yang diuji sederhana sukar kerana hanya 12 orang calon sahaja yang dapat menjawab dengan tepat. Manakala ID =0.6 menunjukkan bahawa item ini sangat baik dan mendiskriminasikan pelajar. Semua pengganggu berfungsi sebagai mana sepatutnya. Keputusan : Item ini boleh diterima.

HBEF3203

ITEM 17 Indeks Kesukaran yang diperoleh 0.9 (Terlalu Mudah ) Indeks Kesukaran yang ditetapkan Mudah

Komen: IK = 0.9 menunjukkan bahawa item yang diuji mudah kerana 18 calon menjawab dengan tepat. Manakala ID =0.4 menunjukkan bahawa item ini baik dan mendiskriminasikan pelajar. Semua pengganggu berfungsi sebagai mana sepatutnya. Keputusan : Item ini boleh diterima

ITEM 18 Indeks Kesukaran yang diperoleh 0.6 ( Sederhana sukar) Indeks Kesukaran yang ditetapkan Sukar

Komen: IK = 0.6 menunjukkan bahawa item yang diuji sederhana sukar kerana hanya 12 orang calon sahaja yang dapat menjawab dengan tepat. Manakala ID =0.4 menunjukkan bahawa item ini baik dan mendiskriminasikan pelajar. Semua pengganggu berfungsi sebagai mana sepatutnya. Keputusan : Item ini boleh diterima.

ITEM 19 Indeks Kesukaran yang diperoleh 0.75 ( Mudah ) Indeks Kesukaran yang ditetapkan Sederhana sukar

HBEF3203

Komen: IK = 0.75 menunjukkan bahawa item yang diuji mudah kerana hanya 5 orang calon sahaja yang tidak dapat menjawab dengan tepat. Manakala ID =0.4 menunjukkan bahawa item ini baik dan mendiskriminasikan pelajar. Semua pengganggu berfungsi sebagai mana sepatutnya. Keputusan : Item ini boleh diterima

ITEM 20 Indeks Kesukaran yang diperoleh 0.8 ( Mudah ) Indeks Kesukaran yang ditetapkan Sederhana sukar

Komen: IK = 0.8 menunjukkan bahawa item yang diuji adalah mudah kerana 3 calon sahaja daripada kumpulan lemah yang tidak dapat menjawab dengan tepat . Manakala ID =0.4 menunjukkan bahawa item ini baik dan boleh mendiskriminasikan pelajar. Semua pengganggu berfungsi sebagaimana sepatutnya. Keputusan : Item ini boleh diterima.

HBEF3203

PENUTUP Setelah menjalankan tugasan ini, ternyata bukan mudah untuk membuat penilaian dan pengukuran terhadap seseorang individu / pelajar. Pelbagai proses harus dilalui dengan teliti bagi memastikan keberkesanan penilaian yang dilakukan. Dengan itu, ia dapat memberikan pemerihalan yang lebih tepat tentang sesuatu keadaan, dapat meningkatkan keobjektifan langkah pengukuran dan membolehkan komuniksai lebih lancar dan jelas dibuat. Melalui laporan yang dibuat juga, saya akan dapat mengenalpasti kelemahan sesuatu item yang dipilih, adakah bertepatan dengan tahap kognitif pelajar atau tidak sesuai. Dengan itu, pengubahsuaian dapat dilakukan bagi membaiki kelemahan tadi. Setelah mengikuti tugasan ini, saya berharap semoga dapat mengaplikasikan sepenuhnya ilmu dan kemahiran ini untuk masa depan terutamanya dalam dunia pendidikan. Ini penting dalam menghadapi cabaran dunia pendidikan kini yang lebih mencabar, termasuklah sistem penilaian, pentaksiran, pengukuran dan pengujian yang sentiasa berubah selaras dengan transformasi pendidikan Negara.

HBEF3203

RUJUKAN

Azizi Ahmad. (2006). Pengukuran dan Penilaian Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Open University Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2002). Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, Huraian Sukatan Matematik, Sekolah Redah, Tahun 3. Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK).

Mohamad Sahari Nordin. (2002). Pengujian Dan Penaksiran Di Bilk Darjah. Kuala Lumpur: Universiti Islam Antara Bangsa Malaysia.

Forina Sim Perera.(2007)Resos Pembelajaran Masteri Mathematics .Kuala Lumpur :Pearson Longman

pengujiandanpenilaian.blogspot.com

kertaskerja.wordpress.com

HBEF3203

LAMPIRAN
1) BAHAGIAN SUKATAN PELAJARAN YANG DIPILIH 2) JPU 3) SKEMA PEMARKAHAN 4) TIGA SAMPEL JAWAPAN PELAJAR 5) ITEM ITEM YANG DIUBAHSUAI

HBEF3203

ITEM-ITEM YANG DIUBAHSUAI


Terdapat empat item yang perlu diubahsuai kerana mempunyai Indeks Diskriminasi kurang daripada 0.3. Berikut adalah pengubahsuaian yang dilakukan.

ITEM 3 132 + A. 5156 B. 6444 = 6476 C.6344 D. 6608

ITEM 4 7315 5286 A. 2029 C. 2121 D. 2171

B . 2139

ITEM 8 32 A.3 B .4 = 8 C.5 D.6

ITEM 6 341 X 2 = A. B. 342 343 C. 649 D. 682

HBEF3203

ISI KANDUNGAN

BIL 1 2 3 4 PENGENALAN

PERKARA

MUKA SURAT 1 1a-1c 2 3

JADUAL KEPUTUSAN PENYEDIAAN ITEM UJIAN

PENTADBIRAN UJIAN 5 MENULIS LAPORAN ITEM 6 LAPORAN ITEM 7 PENUTUP / KESIMPULAN 8 9 RUJUKAN LAMPIRAN 17 18 16 7-15 4-6

Anda mungkin juga menyukai