Anda di halaman 1dari 21

Topik

Kepentingan
Deria dalam
Seni

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.

Menyatakan perkembangan keperluan deria dalam diri pelajar;

2.

Menjelaskan kepentingan deria dalam persekitaran pelajar;

3.

Menerangkan kepentingan deria dalam proses pengajaran dan


pembelajaran;

4.

Mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang dialami oleh pelajar melalui


deria; dan

5.

Membincangkan tentang penggabungjalinan aktiviti berdasarkan


kepada penggunaan kemahiran deria.

X PENGENALAN
Topik ini adalah tentang kesedaran dan kepentingan deria yang dianugerahkan
Tuhan kepada setiap insan untuk mengetahui, memahami dan mengenal pasti
apa yang terdapat di sekelilingnya. Dengan menggunakan deria, pelajar akan
dapat kefahaman yang jelas tentang sesuatu perkara atau aktiviti yang
dilakukannya. Untuk itu, kefahaman tentang deria adalah penting. Deria terdiri
daripada pancaindera lihat, dengar, sentuh, rasa dan hidu. Kelima-lima deria ini
adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual.

TOPIK 3 KEPENTINGAN DERIA DALAM SENI W

3.1

39

PERKEMBANGAN KEPEKAAN DERIA

Perkembangan merupakan satu proses yang berterusan dari peringkat lahir


hingga peringkat kematangan. Faktor-faktor perkembangan manusia banyak
dipengaruhi oleh baka dan persekitaran yang berada di sekeliling mereka. Untuk
itu, perkembangan kematangan deria adalah penting dalam mempertingkatkan
lagi perkembangan diri setiap individu.
Pelajar mula matang dalam perkembangan kepekaan deria semasa dia masih
bayi lagi iaitu dari lahir sehingga dia berumur dua tahun. Sistem saraf kanakkanak yang sensitif kepada pelbagai rangsangan akan membentuk kepekaan
terhadap rangsangan deria mereka.
Ketika ini, kanak-kanak telah mula mempunyai kordinasi dan kawalan otot.
Mereka mula mengenal objek di dalam alam sekitar melalui organ deria dan
tangan. Penglihatan dan pendengaran mula berkembang secara perlahan-lahan
dan mula matang ketika berumur enam hingga 12 tahun. Ketika inilah pelajar
mula mendapat perkembangan kepekaan derianya.
Deria dan seni membolehkan individu meneroka alam sekelilingnya dan ini
merupakan satu proses yang berterusan. Aktiviti-aktiviti seni dapat memuaskan
naluri ingin tahu seseorang melalui explorasi dan ekperimentasi dengan
menggunakan deria.
Melalui aktiviti-aktiviti seni, pelajar boleh berinteraksi secara langsung dengan
persekitaran dan belajar mengembangkan kebolehan mereka untuk membuat
pertimbangan yang baik melalui pengalaman yang diperoleh. Setiap deria akan
bertindak berdasarkan kepada hemisfera otak  sama ada akan lebih kepada otak
kanan atau otak kiri. Rajah 3.1 menyatakan beberapa peranan otak kanan dan
otak kiri.

40

X TOPIK 3 KEPENTINGAN DERIA DALAM SENI

Rajah 3.1: Peranan otak kanan dan otak kiri

Setiap deria akan saling bertindak dan memberi input kepada proses berfikir dan
bertindak individu. Semua deria mempunyai peranan khusus terhadap aktiviti seni.

3.1.1

Sentuhan

Sentuhan biasanya dilakukan dengan menggunakan jari. Ini merupakan aspek


perkembangan psikomotor yang mula-mula diperoleh oleh kanak-kanak,
sebelum kanak-kanak itu mula untuk berbahasa. Melalui sentuhan, pelajar akan
dapat membuat pelbagai aktiviti. Misalnya dalam aktiviti seni visual, pelajar
akan menggunakan jarinya untuk melukis gambar di atas kertas atau kanvas.

TOPIK 3 KEPENTINGAN DERIA DALAM SENI W

41

Manakala dalam mata pelajaran muzik, pelajar akan cuba untuk mencipta satu
corak irama yang berbeza, apabila mendengar sesebuah lagu. Ini adalah kerana
pelajar, terutamanya, kanak-kanak suka membuat improvisasi atau
mengubahsuaikan satu-satu perkara baru. Dalam pergerakan pula, mereka akan
dapat mengetahui aras, atau ruang sama ada tinggi, rendah, sederhana, dekat
atau jauh.
Perkembangan deria sentuh ini mula berkembang ketika masih bayi lagi. Melalui
sentuhan ibu, kanak-kanak itu akan berhenti menangis dan melalui sentuhan
juga kanak-kanak akan berasa selamat.

3.1.2

Dengar

Mendengar melibatkan deria telinga. Aktiviti yang dijalankan menggunakan


deria ini lebih menumpukan kepada persoalan apa yang mereka dengar?.
Contohnya, dalam aktiviti ekspresi melalui seni. Aktiviti seni visual yang
dilakukan adalah berdasarkan apa yang telah didengarnya ketika dia
melukiskannya. Begitu juga dalam aktiviti muzik, contohnya, mereka akan cuba
mencipta bunyi tentang apa yang didengarnya. Dalam bidang pergerakan,
pelajar akan tahu dan dapat membuat interpretasi dan bergerak sama ada cepat
atau lambat.

3.1.3

Lihat

Melihat menggunakan deria mata yang melibatkan pengamatan dan


pemerhatian. Pemerhatian yang dibuat dengan baik akan menghasilkan
kepekaan yang tinggi kepada individu dalam membuat apresiasi dan
penghargaan terhadap benda yang terdapat di sekelilingnya. Pemerhatian juga
akan menjadikan individu mempunyai sifat kritis dan kreatif terhadap
persekitaran.
Maklumat yang dikumpul dan dianalisis melalui deria mata ini akan
membolehkan seseorang menghargai, menilai pelbagai jenis warna, bentuk,
ruang dan jalinan. Orang buta pula hanya melihat dengan melatih otaknya
untuk membuat penafsiran berdasarkan kepada pengalaman seni tampak yang
telah dialaminya. Pemahaman tentang warna membolehkan pelajar mengetahui
ciri-cirinya dan seterusnya tahu untuk mengaplikasikan pengetahuan dalam
pendidikan seni visual. Dengan melihat juga, pelajar dapat meningkatkan lagi
kecerdasan ruang iaitu melihat dunia visual-spatial dengan lebih tepat.

42

X TOPIK 3 KEPENTINGAN DERIA DALAM SENI

3.1.4

Perasaan

Perasaan merupakan gerak hati atau kata hati pelajar. Dengan menggunakan
deria ini, pelajar akan dapat membuat sesuatu persepsi dengan tepat. Persepsi
bermaksud seseorang membuat interpretasi atau memberi makna kepada
rangsangan yang diterima oleh derianya. Seterusnya, apabila maklumat itu
dirasakan penting, individu akan membentuk konsep daripadanya.
Ahli psikologi Gestalt merumuskan bahawa dalam persepsi, manusia akan lebih
cenderung mempersepsi sesuatu secara keseluruhan daripada bahagianbahagian yang menjadi keseluruhan. Segala apa yang dilakukannya adalah
mengikut pengalaman ekspresinya. Dalam seni visual, pelajar akan dapat
meluahkan perasaan melalui pengalaman yang telah diperolehnya apabila
membuat sesuatu aktiviti seni.
Apabila mendengar muzik, secara tidak langsung kakinya akan bergoyang. Ini
adalah disebabkan oleh rangsangan daripada jenis mud muzik tersebut. Begitu
juga dalam aktiviti pergerakan, terdapat rangsangan apabila mendengar muzik
dan tanpa disedari kita juga akan melakukan pergerakan.
Terdapat dua prasyarat bagi pembelajaran jenis ini, iaitu:
(a)

Pelajar mesti mempunyai sikap dan tujuan yang positif terhadap aktiviti
pembelajaran; dan

(b)

Dalam proses pembelajaran, pengetahuan yang sedia ada dalam struktur


kognitif pelajar harus digunakan untuk mengaitkan dengan pelajaran baru.

3.1.5

Hidu

Hidu lebih menekankan kepada aspek penanggapan atau persepsi. Penanggapan


tidak berlaku secara semula jadi; sebaliknya, guru harus merancang strategi
untuk menyerapkan unsur ini dalam pengajarannya. Ini boleh dilakukan dengan
cara-cara berikut:
(a)

(b)

Kebolehan Mental Pelajar


Faktor ini penting untuk mempastikan setiap pelajar
pembelajaran optima mengenai konsep yang diajar oleh guru.

mendapat

Pendekatan Pengajaran
Guru perlu merancang strategi pengajaran yang hendak digunakan
olehnya untuk membentuk penanggapan yang baik seperti yang
diterangkan di dalam Jadual 3.1.

TOPIK 3 KEPENTINGAN DERIA DALAM SENI W

43

Jadual 3.1: Strategi-strategi Pendekatan Pengajaran


Strategi Pendekatan

Penerangan

Pendekatan inkuiri
penemuan

Pelajar mencari maklumat sendiri mengenai konsep


melalui situasi penyelesaian masalah. Pelajar akan
berfikir dan menaakul secara mental dengan
menggunakan organ deria untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi. Guru hanya bertindak sebagai
fasilitator dan bukan sebagai pemberi jawapan yang
sebenar.

Pendekatan resepsi

Guru menyampaikan maklumat mengenai konsep


secara langsung dengan bergantung kepada pelajar.

Pendekatan deduktif

Guru menghuraikan prinsip dan ciri-ciri penting dalam


sesuatu konsep dengan diikuti dengan contoh-contoh
spesifik yang mengukuhkan konsep tersebut.

AKTIVITI 3.1
Jelaskan kepentingan deria terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran.

3.2

KEPENTINGAN KEPEKAAN DERIA

Hasil daripada kepentingan kepekaan deria akan dapat membentuk satu


persepsi dalam membentuk satu keseluruhan. Persepsi ini juga dinamakan
sebagai pengamatan. Untuk itu, pancaindera manusia yang terdiri daripada
mata, telinga, hidung, lidah dan kulit akan menerima maklumat daripada
rangsangan-rangsangan dari persekitarannya (sila rujuk Rajah 3.2).

44

X TOPIK 3 KEPENTINGAN DERIA DALAM SENI

Rajah 3.2: Proses ringkas pengamatan dan persekitaran

Implikasi pengamatan terhadap persekitaran dalam menjana proses kreativiti


Proses kreativiti dan imaginasi melibatkan:
(a)

Perasaan dalaman kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti;

(b)

Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil; dan

(c)

Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya secara lahiriah.

Menurut Russel (1968), matlamat guru-guru sekolah rendah dalam proses


pengajaran dan pembelajaran ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan
kemahiran memerhati, menyedari dan arif terhadap pergerakan, bunyi, bentuk,
tekstur dan irama.
Melalui aktiviti seni, daya estetik kanak-kanak dapat dipertingkatkan.
Contohnya, menggunakan lagu untuk memperkenalkan topik lebah. Semasa
kanak-kanak menyanyi lagu, mereka akan bergerak mengikut irama seperti
lebah sedang terbang. Seterusnya, kanak-kanak menghasilkan gambar lebah.

TOPIK 3 KEPENTINGAN DERIA DALAM SENI W

45

Ini membantu pembelajaran terhadap tajuk tersebut. Semasa belajar bersamasama, mereka membina konsep kendiri dalam kumpulan rakan sebaya dan
masyarakat umum.
Kebolehan kanak-kanak adalah selari dengan perkembangan diri mereka. Untuk
mencipta sesuatu yang baru, kanak-kanak akan bergantung pada pengalaman
dan kreativiti dalam memanipulasikan alatan dan bahan yang mereka gunakan.

3.2.1

Persekitaran

Persekitaran memainkan peranan penting dalam meningkatkan lagi


perkembangan deria pelajar. Jika pelajar berada di persekitaran yang banyak
mendapat dorongan dan galakan, maka dia akan menjadi seorang pelajar yang
sentiasa bermotivasi. Jika tidak, perkara yang sebaliknya pula akan berlaku.
Untuk itu, tanggungjawab guru adalah untuk menyediakan sebuah bilik khusus
untuk pendidikan seni visual supaya dapat mewujudkan persekitaran yang
menarik ketika berada di dalam sekolah.
Pengurusan bilik seni merupakan satu aspek utama dalam konteks proses
pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual. Guru pendidikan seni visual
hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru pendidikan seni
hendaklah sentiasa berusaha bersama-sama guru-guru seni yang lain untuk
mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai di dalam bilik seni.
Suasana di dalam bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi
sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru, bahkan kepada seluruh
masyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja pelajar, guru seni hendaklah
cuba mendapatkan contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang
sesuai untuk dipamerkan di dalam bilik seni.
Mewujudkan iklim bilik pendidikan seni visual yang kondusif adalah
tanggungjawab guru demi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan tugas
harian. Aspek-aspek keselamatan dalam pengajaran dan pembelajaran juga perlu
dititikberatkan. Selain daripada itu, guru juga dikehendaki mengenal pasti
sumber pengajaran dan pembelajaran dengan memberi pertimbangan terhadap
pengutaraan tampak kanak-kanak.

46

X TOPIK 3 KEPENTINGAN DERIA DALAM SENI

Pengetahuan tentang pengurusan bilik pendidikan seni visual adalah penting


kerana ia dapat membantu meningkatkan tahap kecemerlangan kanak-kanak.
Antaranya adalah:
(a)

Aspek Fizikal
Jadual 3.2 menjelaskan aspek-aspek fizikal yang patut ada di dalam bilik
pendidikan seni visual.
Jadual 3.2: Aspek-aspek Fizikal

Aspek Fizikal

Penerangan

Cahaya

Bilik hendaklah mendapat cahaya yang sesuai, sama ada cahaya


semula jadi atau cahaya dari lampu. Cahaya juga seharusnya dapat
menerangi ruang bilik darjah.

Peredaran udara

Bilik darjah harus mempunyai pengedaran udara yang baik supaya


dapat menimbulkan suasana pembelajaran dan keselesaan pelajar.

Stor

Bilik darjah perlu ada tempat penyimpanan alat dan bahan serta hasil
kerja pelajar sama ada di dalam bilik stor atau almari.

Panel dan rak


pameran

Setiap bilik disediakan dengan kelengkapan dan ruang pameran


untuk tujuan mempamerkan hasil kerja pelajar.

Perabot

Kerusi dan meja yang dilengkapkan di dalam bilik darjah hendaklah


sesuai dengan semua aktiviti pendidikan seni yang dijalankan dari
segi saiz dan jumlah pelajar.

Kemudahan
asas

Sinki dan punca elektrik diubah suai agar dipasang di tempat yang
sesuai dengan kebanyakan aktiviti pendidikan seni visual.

(b)

Aspek Emosi
Jadual 3.3 menjelaskan aspek-aspek emosi berkaitan bilik pendidikan seni
visual.
Jadual 3.3: Aspek-aspek Emosi
Aspek Emosi

Penerangan

Hiasan dalaman

Susun atur perabot, peralatan dan hiasan yang sesuai di dalam


bilik darjah dapat membantu suasana pengajaran dan
pembelajaran serta menggalakkan lagi interaksi pelajar.

Ruang

Jumlah perabot dan peralatan yang bersesuaian dengan ruang


bilik darjah dapat menimbulkan suasana pengajaran
pembelajaran yang selesa dan kondusif supaya dapat
merangsangkan pembelajaran pelajar.

Peragaan hasil kerja

Menyediakan ruang dan kelengkapan yang sesuai untuk


memperagakan hasil kerja pelajar. Langkah ini dapat membina
keyakinan dan kepuasan pelajar dalam menghasilkan kerja seni.

TOPIK 3 KEPENTINGAN DERIA DALAM SENI W

(c)

47

Aspek Sosial
Jadual 3.4 menjelaskan aspek-aspek sosial berkaitan bilik pendidikan seni
visual.
Jadual 3.4: Aspek-aspek Sosial
Aspek Sosial

Penerangan

Interaksi pelajar

Pelajar dapat bergerak secara bebas di dalam bilik darjah.


Ruang yang disediakan di dalam bilik darjah dapat
menggalakkan interaksi pelajar dengan pelajar dan pelajar
dengan guru.

Kemudahan
kumpulan

Menyediakan ruang di dalam bilik darjah supaya aktiviti


kumpulan dapat dijalankan dengan berkesan.

aktiviti

Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya


seperti:
(a)

Unsur Seni

(b)

Menggambar atau melukis

(c)

Warna

(d)

Lukisan alam semula jadi

(e)

Seni huruf dan sebagainya

Dalam pengurusan bilik seni, aspek-aspek berikut harus diberi perhatian


sewajarnya, iaitu:
(a)

Keselamatan

(b)

Kebersihan

(c)

Susunan perabot

(d)

Pameran hasil kerja

(e)

Kelengkapan bilik seni

(f)

Pengagihan tugas

(g)

Pengumpulan alat atau bahan

(h)

Jadual waktu penggunaan bilik seni

Pengurusan bilik seni haruslah melibatkan pelajar dengan tujuan untuk


memupuk sikap bertanggungjawab dan berdisiplin di kalangan mereka.

48

X TOPIK 3 KEPENTINGAN DERIA DALAM SENI

Pelan Bilik Pendidikan Seni Visual


Contoh pelan bilik khas seni (ilustrasi) yang disertakan merupakan cadangan
menunjukkan keadaan sebuah bilik seni yang sesuai (rujuk Rajah 3.3).

Rajah 3.3: Contoh pelan bilik seni visual

TOPIK 3 KEPENTINGAN DERIA DALAM SENI W

49

Antara faktor yang mempengaruhi kebolehan kepekaan deria dalam proses


pengajaran dan pembelajaran adalah:
(a)

Jangkaan;

(b)

Hubungan latar depan dan belakang;

(c)

Penumpuan;

(d)

Tempoh masa;

(e)

Tugasan jelas;

(f)

Pengalaman; dan

(g)

Susunan objek.

3.2.2

Perkembangan Nilai Estetika

Proses estetik dan daya kreativiti pelajar dapat dibahagikan kepada empat iaitu:
(a)

Intuisi
Merupakan proses individu melalui penajaman daya intuisi.

(b)

Persepsi
Persepsi merupakan satu proses kesedaran dan reaksi individu terhadap
rangsangan dalam alam persekitaran. Ia juga merupakan proses
menginterpretasi maklumat yang diterima oleh organ-organ deria manusia.
Contohnya, apabila anda terhidu minyak wangi, otak anda akan membuat
persepsi dan mengaitkannya dengan seorang wanita atau bunga.
Pada peringkat ini, pancaindera manusia (mata, telinga, hidung, lidah dan
kulit) akan menerima maklumat daripada rangsangan-rangsangan dalam
persekitaran. Kemudian, semua utusan dan rangsangan ini dihantar ke
otak melalui sistem saraf. Seperti contoh, apabila seorang individu
mendapat rangsangan dalam bentuk bunyi siren ambulan, bunyi ini
diamati melalui deria dengar dan dihantar ke otak untuk diproses.

(c)

Imaginasi
Merupakan daya khayalan atau kemampuan menggambarkan sesuatu
dalam angan-angan atau mencipta sesuatu secara khayalan atau bayangan.

(d)

Konsepsi pelajar
Proses konsepsi pelajar atau pembentukan konsep adalah untuk
menyesuaikan maklumat dalam rangsangan untuk membina perhubungan
yang mempunyai perkaitan dalam bentuk konsep. Konsep boleh

50

X TOPIK 3 KEPENTINGAN DERIA DALAM SENI

dihuraikan sebagai satu idea yang spesifik tentang peristiwa atau


fenomena, sama ada maujud atau abstrak yang mempunyai ciri-ciri yang
khusus. Contohnya, konsep reptilia merujuk kepada sekumpulan haiwan
yang mempunyai ciri-ciri berikut:
(i)

Berkulit keras;

(ii)

Hidup di air dan di darat; dan

(iii) Menetas telur.


Dengan ini, pelajar diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual,
meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu
mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan.
Kurikulum pendidikan seni visual sekolah rendah merangkumi empat bidang
iaitu menggambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat
binaan dan kraf tradisional. Pelajar dilatih untuk melihat sesuatu dengan
perspektif yang lebih luas  sama ada dari aspek estetik mahupun aspek gunaan.
Ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut di dalam Topik 4.
Melalui kefahaman aspek di atas, pelajar dapat diterapkan dengan penghayatan
warisan seni visual dan mengamalkannya dalam kehidupan, terutamanya,
dalam meningkatkan nilai hidup. Pelajar akan didedahkan dengan ilmu seni
visual yang berkaitan dengan bidang tertentu dan diterapkan budaya
menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperoleh bersama.

3.3

AKTIVITI-AKTIVITI DALAM SENI DALAM


PENDIDIKAN

Untuk memastikan bahawa deria dapat berfungsi dengan baik dalam seni dalam
pendidikan, aktiviti-aktiviti hendaklah selalu diadakan untuk memastikan
kefahaman tentang seni itu semakin meningkat.
Jadual 3.5 menunjukkan beberapa aktiviti berdasarkan kepekaan deria. Untuk
itu, anda dikehendaki menyatakan aktiviti yang difikirkan sesuai melalui
ekspresi seni pada deria yang ditetapkan.

TOPIK 3 KEPENTINGAN DERIA DALAM SENI W

51

Jadual 3.5: Contoh Aktiviti Kepekaan Deria Sentuh

Deria

Masa

Ekspresi
Melalui Seni

Subuh

Tengah Hari

Malam

Gambar macam
biasa, terdapat
banyak idea

Gambar macam
biasa,
idea
kurang

Gambar macam
biasa,
idea
banyak

Corak
irama
yang
menyegarkan

Corak
irama
yang segar

Corak
irama
yang lembut

Pergerakan aras
sederhana dan
ruang
yang
dekat

Pergerakan aras
tinggi
dan
ruang
yang
jauh atau luas

Pergerakan
yang
rendah
dan ruang yang
dekat.

Sentuh
(Apa yang
anda sentuh)
Seni Visual
(Lukis gambar)
Muzik
(Cipta
irama
yang berbeza)
Pergerakan
(Aras: Tinggi,
sederhana dan
rendah)

Huraian Aktiviti di dalam Jadual 3.5


Pada ekspresi melalui seni visual, gambar yang dilukis tetap sama tidak mengira
waktu. Cuma perbezaan yang ada adalah dari segi kreativiti atau luahan
perasaan ketika melukis. Didapati melukis pada waktu subuh dan malam di
mana keadaannya sunyi memungkinkan penimbulan idea yang banyak
berbanding dengan waktu tengah hari kerana keadaan adalah bising dan
terdapat pelbagai aktiviti yang menyebabkan seorang itu kurang memberi
tumpuan.
Dalam muzik pula, corak irama yang dilakukan pada waktu subuh sebolehbolehnya biarlah satu corak irama yang menyegarkan atau aktif, kerana pada
waktu ini, iaitu awal pagi, pelajar akan dirangsang dengan muzik yang aktif
supaya mindanya menjadi aktif. Untuk itu, corak irama yang sesuai adalah
seperti rentak march. Berbanding dengan waktu malam, kebanyakan pelajar
mengantuk; maka corak irama yang sesuai adalah seperti asli, masri, slow rock
dan sebagainya dan lagu yang sesuai pula adalah lagu yang mendayu-dayu atau
lagu yang mempunyai mud yang lembut.
Manakala dalam pergerakan pula, pada masa subuh, pergerakan yang dilakukan
adalah bercorak sederhana kerana pelajar itu baru bangun dari tidur. Berbanding
dengan masa tengah hari, pergerakan yang dilakukan adalah aras tinggi iaitu
masa yang aktif.

52

X TOPIK 3 KEPENTINGAN DERIA DALAM SENI

AKTIVITI 3.2
Berdasarkan Jadual 3.5, cuba buatkan penerokaan berdasarkan deria
yang telah ditetapkan.
Jadual 3.5: Penerokaan Deria

Deria

Ekspresi
Melalui Seni

Masa
Subuh

Tengah Hari

Malam

Mendengar
(Apa yang
anda dengar)
Seni Visual
(Lukis
gambar)
Muzik
(Cipta bunyi)
Pergerakan
(Bergerak
cepat dan
lambat)

3.3.1

Mengalami Melalui Deria

Semua aktiviti yang dilaksanakan perlulah diolah untuk menajamkan lagi


pengalaman deria pelajar. Untuk itu, aktiviti-aktiviti hendaklah dilakukan
seberapa kerap yang boleh bagi memastikan deria menjadi bertambah matang.

TOPIK 3 KEPENTINGAN DERIA DALAM SENI W

3.3.2

53

Penggabungjalinan

Penggabungjalinan bermaksud proses mengintegrasikan berbagai-bagai


kemahiran untuk menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh.
Melalui penggabungjalinan ini, pelbagai kemahiran dalam sesuatu pelajaran
dapat
disampaikan
secara
harmoni
dan
bersepadu.
Penggunaan
penggabungjalinan ini dapat mengelakkan kebosanan terhadap sesuatu
pelajaran jika hanya satu kemahiran sahaja yang diajarkan.
Di samping itu, pelajar akan dapat menguasai kemahiran secara bersepadu
seperti yang dialami dalam kehidupan mereka. Misalnya, dalam aktiviti
mewarna, mereka perlu menggunakan kemahiran mendengar, melihat,
menyentuh dan sebagainya. Melalui strategi penggabungjalinan ini, pelbagai
kemahiran dapat diperkukuhkan antara satu sama lain.

Rajah 3.4: Penggabungajalinan kemahiran-kemahiran

54

X TOPIK 3 KEPENTINGAN DERIA DALAM SENI

(a)

Ciri-ciri Penggabungjalinan
Berdasarkan Rajah 3.4, beberapa ciri penggabungjalinan dapat dikenal pasti
dan dinyatakan seperti berikut:
(i)

Ia merupakan integrasi beberapa kemahiran yang terdapat dalam


satu-satu kemahiran.
Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu kemahiran
melibatkan kemahiran lisan atau pertuturan, membaca, menulis,
mengira, melukis, mewarna dan lain-lain kemahiran asas. Dengan ini,
proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih bermakna,
menyeronokkan, akan meningkatkan motivasi pelajar serta akan lebih
berkesan.
Di samping itu pelbagai kemahiran itu boleh dikategorikan kepada
dua kategori iaitu:


Kemahiran Fokus
Iaitu sesuatu kemahiran utama yang hendak disampaikan sebagai
yang terdapat dalam objektif pengajaran dan pembelajaran.

Kemahiran Sampingan
Kemahiran yang digabungjalinkan dipilih berdasarkan kaitannya
dengan kemahiran fokus. Kemahiran ini dapat membantu
meningkatkan lagi penguasaan kemahiran fokus di samping
menjadikan pengajaran guru lebih bererti dan menarik. Rajah 3.5
menunjukkan penggabungjalinan kemahiran dalam pendidikan
muzik.

Rajah 3.5: Penggabungjalinan kemahiran dalam pendidikan muzik

TOPIK 3 KEPENTINGAN DERIA DALAM SENI W

(ii)

55

Proses penggabungjalinan berlaku antara kemahiran yang berkaitan


secara bersepadu serta menyeluruh.
Penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum melibatkan
kemahiran-kemahiran seperti yang dinyatakan di dalam Jadual 3.6.
Jadual 3.6: Kemahiran Merentas Kurikulum

Kemahirankemahiran

Penerangan

Kemahiran belajar

Kemahiran membaca pantas, mencari dan memilih


maklumat, merujuk, membuat nota, menulis ringkasan,
berkomunikasi di khalayak ramai dan sebagainya diberi
penekanan dan disepadukan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

Kemahiran
berfikir
secara
kreatif dan kritis

Pelajar akan berupaya untuk mengenal pasti fakta, andaian,


idea yang kemungkinan akhirnya membawa kepada
perubahan ke arah yang lebih positif. Pemikiran kritis juga
membolehkan pelajar membuat analisis ke atas sesuatu
persoalan dan seterusnya dapat mencari jalan untuk
membuat penyelesaian yang tepat. Pelajar juga akan
berfikiran kreatif dan mampu untuk menjana idea atau
pemikiran baru, mengeluarkan cadangan, membina jalan
penyelesaian kepada sesuatu masalah dan membolehkan
seseorang untuk menghasilkan satu produk atau inovasi
baru.

Kemahiran
pelbagai
kecerdasan

Bagi kemahiran pelbagai kecerdasan, Howard Gardner


telah menyenaraikan lapan kecerdasan yang pelbagai iaitu:
x

Kecerdasan bahasa;

Kecerdasan logik matematik;

Kecerdasan muzik;

Kecerdasan ruang;

Kecerdasan kinestetik;

Kecerdasan interpersonal;

Kecerdasan intrapersonal; dan

Kecerdasan naturalistik.

Usaha memperkembangkan pelbagai kecerdasan yang ada


pada pelajar jika berjaya dilaksanakan akan dapat
melahirkan individu yang holistik, seimbang dan harmonis.

56

X TOPIK 3 KEPENTINGAN DERIA DALAM SENI

Kemahiran
generik

Ini termasuklah kemahiran berkomunikasi


dengan
berkesan, mahir dalam penggunaan teknologi, kebolehan
membuat perancangan dan mengelolakan aktiviti, mampu
melakukan kerja dalam kumpulan, berupaya untuk
menyelesaikan masalah, berkebolehan mengurus, memilih
dan menganalisis maklumat, menggunakan idea dan teknik
matematik, memahami budaya dan mempunyai literasi
maklumat.
Ini mampu untuk menyediakan satu generasi yang akan
menjadi pekerja cekap, mahir dan berketrampilan di tempat
kerja dan alam pekerjaan di samping mengekalkan budaya
dan etika yang baik.

(b)

Kebaikan Penggabungjalinan dalam Pengajaran


Terdapat beberapa kelebihan dengan terlaksananya penggabungjalinan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Antara kebaikan tersebut ialah:
(i)

Sebagai pengukuhan kepada kemahiran yang telah diperoleh


daripada mata pelajaran lain.

(ii)

Kemahiran sampingan yang terdapat dalam penggabungjalinan dapat


membantu penguasaan kemahiran fokus sebagai yang dikehendaki
dalam objektif pengajaran dan pembelajaran.

(iii) Pelajar berpeluang untuk menyepadukan kemahiran-kemahiran yang


perlu dalam kehidupan.
(iv) Penggabungjalinan
berkeupayaan
menimbulkan
pembelajaran yang menarik dan mengelakkan kebosanan.
(v)

suasana

Menggalakkan proses pertumbuhan dan perkembangan pelajar


secara seimbang, harmonis dan bersepadu.

SEMAK KENDIRI 3.1


1.

Apakah itu penggabungjalinan?

2.

Apakah kelebihan-kelebihan penggabungjalinan sesuatu mata


pelajaran yang diajar?

TOPIK 3 KEPENTINGAN DERIA DALAM SENI W

57

Deria dan seni lebih menumpukan kepada kepekaan deria terhadap


perkembangannya.

Di samping itu, pengaruh persekitaran dan pengalaman juga dapat


mempertingkatkan lagi ketajaman sesuatu deria dan perkembangannya
terhadap nilai-nilai estetika.

Berdasarkan aktiviti-aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan, ia secara


tidak
langsung
melatih
deria
mengalami
pelbagai
peristiwa.
Penggabungjalinan aktiviti ini dapat meningkatkan lagi kefahaman terhadap
bidang Seni Dalam Pendidikan.

1.

Nyatakan deria-deria manusia.

2.

Jelaskan kepentingan deria terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan deria mata, bagaimanakah pengajaran dapat dijalankan terutama


dalam mata pelajaran pendidikan seni visual.

58

X TOPIK 3 KEPENTINGAN DERIA DALAM SENI

Lowenfeld, V. & Brittain W. L. (1970). Creative and mental growth. New York:
Macmillan.
Penny, S., Ford, R., Price, L. & Young, S. (2002). Teaching arts in the primary
schools. United Kingdom: Learning Matters Ltd.
Reiner, B. & Smith, R. A. (1992). The arts, education, and aesthetic knowing.
Chicago: The University of Chicago Press.
Schmeer, G. (1994). Movement improvisation  in the word of a teacher and her
student. Illinois: Human Kinetics.
Shanahan, T., Robinson, B. & Schneider, M. (1995). Integrating curriculum. The
Reading Teacher, 48 (8), 718-719.

Anda mungkin juga menyukai