Anda di halaman 1dari 15

TOPIK 10

PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

TOPIK 10

PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAM


PENDIDIKAN SENI VISUAL

PENGENALAN
Setiap insan, menurut fitrah, adalah pengkritik. Setiap kali kita memandang sesuatu hasil
seni, secara sedar atau tidak kita akan menilai hasil seni tersebut. Penilaian kita mungkin
berdasarkan kecenderungan peribadi untuk menyukai atau membenci, atau secara
perbandingan kita membandingkan dengan hasil karya yang telah kita amati sebelum ini.
Pendek kata, kita tidak dapat menghalang diri kita daripada menghakimi sesuatu, begitu
juga kita harus menghakimi hasil karya seni pelajar sebagai satu proses yang sihat dalam
menggalakkan pelajar berkembang dalam dunia kreatif mereka.
Namun kadangkala guru mempunyai kecenderungan untuk mengelak daripada melakukan
pengujian ke atas kerja-kerja pelajar, dengan pandangan bahawa ianya hanya akan
menyekat kreativiti pelajar itu sendiri. Pandangan ini tidak meletakkan pengujian di tempat
yang sepatutnya malah mencerminkan ketidakfahaman guru terhadap fungsi dan peranan
yang dimainkan oleh pengujian.
Pengujian dan penilaian merupakan proses positif dan satu sumber makluman yang dapat
mempamerkan kebolehan dan kemampuan pelajar, bukan sebaliknya. Untuk pelajar,
fokus pengujian adalah dalam mempersembahkan pencapaian dan penguasaan pelajar
daripada perspektif kemampuan dan keupayaan pelajar. Untuk guru, fokus pengujian
seharusnya adalah kelemahan pelajar agar dapat guru menjana semula pengajaran di
dalam meningkat penguasaan pelajar dalam bidang-bidang seni tertentu. Di samping itu,
pengujian juga dapat membantu guru dalam merangka program seni yang efektif.
Pengujian merupakan salah satu aspek penting di dalam pengajaran. Sekiranya
dimanipulasikan dengan berkesan, ianya bukan sahaja berfungsi sebagai indikator
pencapaian atau penguasaan pelajar dalam sesuatu kemahiran, malah memberi maklum
balas tentang keupayaan pelajar dalam memahami sesuatu, dan dapat meningkatkan
kualiti pengajaran guru itu sendiri.
Perlu diingat bahawa setiap pengujian perlu dilakukan di atas tujuan yang khusus dengan
objektif yang jelas. Malangnya ramai guru pada hari ini mengadakan ujian atau
peperiksaan kerana kehendak kurikulum dan sukatan mata pelajaran semata-mata, tanpa
memahami kepentingan pengujian di dalam meningkatkan mutu pembelajaran pelajar
serta mampu untuk meningkatkan kualiti pengajaran guru.
Bab ini cuba mengupas definisi serta konsep pengujian, memberi maklumat tentang jenisjenis pengujian serta mencadangkan bentuk serta cara pengujian yang perlu ada di dalam
pendidikan seni visual agar dapat difahami oleh guru dengan jelas, seterusnya dapat
diaplikasikan dengan berkesan.

OUM

109

PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

TOPIK 10

OBJEKTIF
Di akhir topik ini anda seharusnya dapat:
1.

mengetahui prinsip-prinsip asas di dalam pengujian;

2.

memahami jenis-jenis pengujian di dalam pendidikan seni visual; dan

3.

mengenal pasti perbezaan dan konteks yang sesuai untuk mengaplikasikan


sesuatu pengujian.

10.1

DEFINISI PENGUJIAN DAN PENILAIAN

Apakah pengujian dan penilaian merupakan perkara yang sama? Di dalam


konteks apakah kita menguji dan di dalam situasi yang bagaimanakah pula
kita menilai?

Ramai yang terkeliru di antara konsep pengujian (assessment) dan penilaian (evaluation),
dan dua perkataan ini sering digunakan untuk merujuk kepada perkara yang sama. Di
dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di sekolah, guru-guru selalunya
mengaplikasikan pengujian dan jarang sekali melakukan penilaian.
Pengujian merujuk kepada keseluruhan proses yang terlibat di dalam mendapatkan bukti
(evidence) keupayaan pelajar; daripada menentukan objektif pengujian, merangka soalan
atau tugas, menjalankan ujian, memeriksa atau memberi markah termasuk melaporkan
keputusan ujian kepada pihak-pihak yang terbabit (pelajar, pihak sekolah, pihak
kementerian, ibu bapa dan lain-lain). Antara bentuk-bentuk pengujian termasuklah ujian
bulanan, peperiksaan, pemerhatian, temuduga, portfolio serta tugasan-tugasan kelas yang
diberi markah. Semua ini merupakan bukti kepada keupayaan dan pencapaian pelajar
kerana daripada sinilah guru dan pemeriksa dapat membuat kesimpulan akan apa yang
telah pelajar pelajari.
Penilaian pula merujuk kepada entiti yang berbeza. Penilaian diambil daripada kata dasar
nilai seperti mana evaluation diambil daripada kata dasar value. Daripada sudut definisi,
penilaian merujuk kepada proses menghakimi sesuatu dengan tujuan untuk memberi nilai.
Dengan maksud yang lebih mudah, seseorang akan menjalankan penilaian untuk melihat
salah satu atau semua daripada perkara berikut: keberkesanan, kelancaran, fungsi dan
operasi. Contohnya, kita melakukan penilaian untuk melihat keberkesanan sesuatu
program, untuk mengenal pasti nilai sesuatu sebelum pelaburan wang atau aset
dilakukan, menilai operasi sesebuah organisasi atau menilai pekerja untuk melihat adakah
pekerja menjalankan tugas harian mereka mengikut syarat dan cara yang ditetapkan oleh
sesebuah organisasi.
Sekiranya ditelusi, satu-satunya bentuk penilaian yang dilakukan di sekolah dalam konteks
pembelajaran ialah apabila pihak kementerian, pihak sekolah atau guru itu sendiri ingin
melihat keberkesanan pengajaran guru. Di dalam konteks pembelajaran, apabila guru

110

OUM

TOPIK 10

PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

ingin melihat keupayaan dan pencapaian pelajar di dalam kelas, guru akan
mengaplikasikan pengujian dan bukan penilaian.

Latihan 10.1
1.

Sekiranya kita ingin melihat keberkesanan program pendidikan seni


yang dianjurkan oleh pihak sekolah, adakah kita menjalankan
pengujian atau penilaian?

2.

Di dalam proses apresiasi karya seni seseorang pelajar, adakah kita


menguji atau menilai karya tersebut?

10.2

KONSEP-KONSEP PENTING DALAM PENGUJIAN

Perlukah guru mempunyai pengetahuan asas di dalam pengujian untuk


menjalankan pengujian yang betul dan berkesan?

Adalah penting untuk guru memahami konsep dan jenis-jenis pengujian agar keputusan
yang tepat dapat diambil dalam menentukan matlamat dan objektif sesuatu ujian yang
dilakukan.

10.2.1 Pengujian Formal dan Tidak Formal


Mengajar merupakan satu tugas yang kompleks. Semasa mengajar itu sendiri, guru perlu
juga melakukan pelbagai bentuk pemerhatian yang lain untuk memastikan keberkesanan
pengajaran yang dilakukan. Salah satu bentuk pemerhatian yang perlu dilakukan oleh
guru ialah mengenal pasti sama ada pelajar memahami apa yang diajar. Proses
pemerhatian ini merupakan satu bentuk pengujian tidak formal. Pengujian tidak formal
penting untuk dilakukan oleh guru dari semasa ke semasa. Antara bentuk pengujian tidak
formal ialah bertanya sama ada pelajar faham apa yang diajar, membaca isyarat tidak
verbal pelajar untuk mengagak tahap pemahaman mereka, mengadakan sesi soal jawab
dalam melihat penguasaan pelajar ataupun memeriksa latihan dan kerja rumah pelajar.
Ianya adalah bentuk pengujian yang tidak formal kerana pelajar tidak diberi markah dan
dilakukan semasa guru menjalankan tugas mengajar. Signifikan pengujian jenis ini adalah
dalam memberi maklum balas kepada guru tentang pemahaman pelajar supaya dapat
guru gunakan maklumat tersebut untuk membuat modifikasi dalam pengajaran.
Pengujian formal pula melibatkan pengujian rasmi yang dijalankan oleh guru atau pihak
jawatankuasa pengujian di sekolah. Ianya formal kerana sejumlah masa khusus
diperuntukkan untuk menjalankan ujian berkenaan, semua pelajar akan diuji mengikut
prosedur yang telah ditetapkan, harus mempunyai matlamat dan objektif pengujian,
melibatkan pemberian markah dan keputusan sesuatu pengujian perlu dilaporkan kepada
pihak-pihak yang relevan. Contoh pengujian formal ialah ujian atau kuiz bulanan,

OUM

111

PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

TOPIK 10

peperiksaan, pembentangan pelajar, portfolio dan apa jua bentuk tugasan yang perlu
diberi markah.
Sekiranya diteliti bentuk dan sifat kedua-dua pengujian ini, pengujian formal lebih
memakan masa tetapi ianya menyediakan maklumat pencapaian pelajar di dalam topik
atau penguasaan yang telah ditetapkan. Maklumat daripada pengujian formal selalunya
digunakan oleh pihak sekolah, kementerian dan ibu bapa untuk melihat secara langsung
kebolehan pelajar di dalam pembelajaran mereka. Manakala pengujian tidak formal pula
menyediakan maklum balas kepada guru dalam memodifikasi cara pengajaran agar dapat
lebih difahami oleh pelajar.

Latihan 10.2
1.

Bagaimanakah pengujian tidak formal dapat


meningkatkan hubungan pelajar dengan guru?

membantu

guru

2.

Bagaimanakah pengujian formal dapat membantu meningkatkan


kualiti pengajaran guru?

10.2.2 Pengujian Formatif dan Pengujian Sumatif


Kedua-dua istilah formatif dan sumatif digunakan untuk merujuk kepada masa pengujian
tersebut dijalankan. Pengujian formatif merujuk kepada sebarang bentuk pengujian yang
dijalankan pada bila-bila masa semasa tahun pembelajaran. Contoh pengujian jenis ini
ialah ujian dan kuiz bulanan, pembentangan pelajar, pengujian tidak formal atau sebarang
bentuk pengujian yang dijalankan dalam tahun pembelajaran. Manakala pengujian sumatif
pula merujuk kepada sebarang bentuk pengujian yang dijalankan pada akhir tahun
pembelajaran. Contoh paling jelas ialah peperiksaan akhir. Konsep kedua-dua pengujian
ini amat mudah untuk difahami, namun untuk penentuan sama ada sesuatu pengujian
perlu dilakukan dalam bentuk formatif atau pun sumatif bergantung kepada banyak faktor
serta mempunyai implikasi tertentu. Antaranya objektif pengujian, sifat dan bentuk
pengujian serta kehendak kurikulum.
Maklumat yang diperolehi daripada kedua-duanya berbeza dan digunakan oleh pihakpihak yang berbeza. Pengujian formatif menyediakan maklumat yang menguntungkan
dua pihak: pelajar dan guru. Contohnya, apabila guru menjalankan ujian bulanan, markah
yang diperolehi daripada ujian bulanan tersebut merupakan indikator pada guru akan
tahap pemahaman setiap pelajar. Guru dapat menggunakan maklumat ini untuk melihat
sama ada pelajar telah faham akan sesuatu yang diajar atau masih kabur. Sekiranya
jawapan yang diberikan di dalam ujian menunjukkan bahawa rata-rata pelajar masih kabur
dengan sesuatu topik, maka guru perlu memperjelaskan semula topik berkenaan. Ini
seterusnya menguntungkan pelajar itu sendiri kerana apa yang tidak difahami kini dapat
diteliti dengan jelas. Guru juga boleh menyediakan maklumat yang diterima daripada
pengujian ini untuk melaporkan prestasi perkembangan pelajar kepada ibu bapa. Guru
dapat menyediakan informasi tentang topik yang mendapat penguasaan yang baik oleh
pelajar dan juga topik atau kemahiran yang perlu diperbaiki. Oleh itu dapatlah dirumuskan
bahawa pengujian formatif sebenarnya menyediakan maklumat diagnostik tentang
pemahaman setiap pelajar. Oleh kerana ianya dijalankan sepanjang tahun pembelajaran,

112

OUM

TOPIK 10

PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

ianya memberi ruang kepada guru untuk menghuraikan konsep yang tidak jelas atau
membuat modifikasi dalam cara pengajaran sebelum peperiksaan akhir.
Pengujian sumatif pula menyediakan maklumat kepada dua pihak utama, namun cara
setiap pihak mengguna dan menterjemah maklumat ini adalah berbeza. Dua pihak utama
ini merujuk kepada pihak sekolah dan kementerian; serta pihak pelajar dan ibu bapa.
Pada dasarnya, pengujian sumatif memberi maklumat tentang penguasaan atau
pencapaian pelajar secara menyeluruh di dalam sesuatu subjek, kemahiran atau bidang.
Kita hanya tahu sama ada seseorang pelajar itu telah menguasai sesuatu subjek,
kemahiran atau bidang dengan baik atau tidak; tetapi kita tidak tahu secara spesifik
bahagian manakah di dalam subjek, kemahiran atau bidang tersebut yang dapat dikuasai
dengan baik atau masih perlu diperbaiki. Pihak sekolah dan kementerian akan melihat
pencapaian seluruh pelajar secara holistik di peringkat sekolah, negeri ataupun nasional
agar laporan dan statistik dapat dibuat bagi tujuan analisa status pencapaian sesuatu
mata pelajaran, perbandingan pencapaian dengan tahun-tahun sebelumnya atau daerah
dan negeri yang lain, dan juga untuk melihat kepada perlunya modifikasi atau pembaikan
dilakukan pada sukatan mata pelajaran, kurikulum dan lain-lain. Pelajar dan ibu bapa pula
mempunyai fokus yang lebih peribadi di dalam menggunakan maklumat yang diperolehi
daripada pengujian sumatif. Ianya menyediakan maklumat tentang pencapaian seseorang
pelajar secara keseluruhan dan keupayaan pelajar dalam menguasai subjek, bidang atau
kemahiran tertentu sepanjang tahun.

Latihan 10.3
1.

Kenapa pengujian berbentuk sumatif tidak memberikan kesan


langsung terhadap proses pengajaran di dalam kelas?

2.

Kenapakah pihak sekolah dan kementerian lebih berminat terhadap


maklumat pencapaian keseluruhan pelajar dan bukannya maklumat
pencapaian seseorang pelajar?

10.2.3 Rujukan Norma (Norm-referenced) dan Rujukan Kriteria (Criterionreferenced)


Walaupun secara amnya kedua-dua istilah ini merujuk kepada cara keputusan sesuatu
pengujian dilaporkan, penentuan sama ada sesuatu pengujian perlu diadakan di dalam
bentuk rujukan kriteria atau rujukan norma bergantung kepada fokus pengujian itu sendiri.
Rujukan Norma ialah satu cara melapor keputusan pengujian dengan menyusun
pencapaian para pelajar di dalam sesuatu kelas mengikut norma. Dalam erti kata lain,
para pelajar disusun mengikut pencapaian markah mereka. Pelajar yang mendapat
markah tertinggi akan diberikan nombor satu, yang kedua tertinggi akan diberikan nombor
dua, begitulah seterusnya dan pelajar mendapat markah terendah akan mendapat nombor
paling akhir di dalam kelas. Kaedah ini digunakan secara meluas di peringkat pra-sekolah
dan sekolah rendah.
Rujukan Kriteria merujuk kepada pencapaian atau penguasaan seseorang pelajar
berdasarkan kriteria-kriteria pengujian yang telah ditetapkan. Bentuk rujukan seperti ini
diaplikasikan dengan meluas terutamanya untuk pengajian di peringkat menengah dan

OUM

113

PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

TOPIK 10

tertiari, pengujian berskala besar seperti Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) serta pengujian di peringkat organisasi dan syarikat. Semasa
diuji, kriteria-kriteria yang perlu diuji telah digariskan terlebih dahulu dan setiap satu kriteria
mewakili markah tertentu.
Rujukan norma digunakan secara meluas di peringkat pra-sekolah dan sekolah rendah
kerana konsepnya yang mudah difahami oleh para pelajar. Ianya memberi nilai saing
kepada para pelajar untuk berlumba mendapatkan tempat tertinggi di dalam kelas.
Secara tidak langsung, laporan cara ini mempunyai elemen motivasi. Namun ianya tidak
banyak memberi maklumat kepada guru. Dengan menggunakan kriteria norma, guru
hanya tahu kedudukan setiap pelajar jika dibandingkan dengan pelajar yang lain,
contohnya siapa yang mendapat tempat tertinggi di kelas dan siapa yang paling rendah.
Guru hanya tahu bahawa pelajar A mempunyai pencapaian yang lebih tinggi berbanding
pelajar B, tetapi guru tidak ada maklumat spesifik tentang kebolehan pelajar A.
Rujukan kriteria memberi maklumat tentang kemampuan individu pelajar berdasarkan
kriteria-kriteria yang diuji. Contohnya, dalam penghasilan kolaj, guru telah menyenaraikan
tiga kriteria utama yang akan diuji iaitu tema, penggunaan bahan dan gabungan warna.
Setiap satu kriteria diberi markah yang berasingan dan markah ketiga-tiga kriteria
kemudiannya akan digabungkan. Dengan ini guru dapat melihat kemampuan pelajar untuk
setiap kriteria. Sekiranya ada kriteria yang pelajar masih lemah, guru boleh memfokuskan
pengajaran untuk kriteria tersebut kemudiannya.
Untuk itu di dalam membuat keputusan sama ada sesuatu bentuk pengujian di dalam
kelas perlu mengikut rujukan norma atau rujukan kriteria bergantung kepada objektif serta
jenis maklumat yang ingin diperolehi oleh guru.

Di peringkat organisasi, rujukan norma amat jarang digunakan dan


selalunya hanya digunakan apabila ingin membuat pemilihan. Contohnya
di dalam proses pengambilan pekerja. Rujukan norma membolehkan
calon-calon disusun mengikut pengalaman dan kelayakan mereka dan
memudahkan syarikat memilih calon-calon yang disenaraikan paling atas.

Bagaimanakah rujukan norma dapat menambah nilai saing di kalangan


para pelajar?
Pada pendapat anda, kenapakah pengujian berskala besar seperti PMR
dan SPM menggunakan rujukan kriteria dan bukan rujukan norma?

10.2.4 Rubrik Analitikal dan Rubrik Holistik


Rubrik merupakan panduan pemberian markah yang perlu disediakan sebelum sesuatu
pengujian dijalankan. Skema jawapan mungkin istilah yang selalu digunapakai di
Malaysia, tetapi daripada aspek kandungan, rubrik lebih sistematik dan komprehensif dan
boleh digunakan untuk membantu guru di dalam pemberian markah untuk tugasan mudah
mahupun tugasan yang kompleks dan lebih rumit. Terdapat dua jenis rubrik iaitu rubrik
analitikal dan rubrik holistik.

114

OUM

TOPIK 10

PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

Rubrik analitikal merujuk kepada panduan pemarkahan yang selalunya digunakan untuk
pengujian formatif. Oleh kerana sifatnya yang analitikal, rubrik jenis ini mampu
menyediakan maklumat diagnostik tentang kemampuan pelajar. Setiap kriteria yang ingin
diuji disenaraikan satu persatu dan setiap satunya diberi markah tertentu. Dengan cara ini
guru dapat melihat bidang (kriteria) yang dapat dikuasai oleh pelajar dengan baik dan
bidang (kriteria) yang memerlukan pembaikan.
Walaupun rubrik jenis ini dapat memberikan maklumat diagnostik untuk setiap pelajar,
namun ianya mengambil masa yang lama untuk disediakan dan proses pemarkahan itu
sendiri menjadi lebih rumit kerana guru mempunyai banyak aspek dalam pengujian yang
perlu dilihat. Oleh itu kadangkala guru tetap menggunakan rubrik holistik untuk pengujian
formatif kerana ianya lebih menjimatkan masa untuk disediakan dan lebih mudah di dalam
proses pemberian markah.
Di bawah adalah contoh rubrik analitikal di dalam menjalankan pengujian kerja
berkumpulan pelajar. Perhatikan bahawa markah diberi secara berasingan dan kualiti
yang diuji sangat spesifik, dan markah yang perlu diberi telah pun ditetapkan.
Jadual 10.1: Contoh Rubrik Analitikal dalam Pengujian Kerja Berkumpulan
5

SUMBANGAN
IDEA

Kerap menyumbangkan idea bernas di dalam kumpulan dan


semasa berbincang. Menunjukkan ciri-ciri kepimpinan dalam
kumpulan.
3 Kadangkala memberi idea yang bernas di dalam kumpulan dan
semasa berbincang. Ahli kumpulan yang menjalankan tugas yang
diberikan.
1 Jarang menyumbangkan idea yang bernas dan lebih banyak
berdiam diri semasa perbincangan.

KUALITI
KERJA

5 Kualiti kerja adalah tinggi dan menunjukkan tahap pemikiran kritikal


yang tinggi.
3 Kualiti kerja perlu diperbaiki dan mempamerkan sedikit tahap
pemikiran kritikal.
1 Kualiti kerja adalah rendah dan tidak ada aplikasi kemahiran berfikir
secara kritikal.

KERJASAMA
BERKUMPULAN

5 Bijak mengendalikan perbincangan kumpulan dan mengaplikasikan


kemahiran mendengar, memberi maklum balas dan berkongsi
maklumat.
3 Ahli yang agak pasif dan lebih banyak mendengar daripada
memberi komen atau berkongsi maklumat.
1 Ahli pasif yang tidak bekerjasama dengan ahli kumpulan yang lain.

Rubrik holistik selalunya digunakan di dalam pengujian sumatif untuk melihat kepada
pencapaian pelajar secara menyeluruh. Ini kerana sebarang bentuk pengujian sumatif
diadakan pada hujung tahun pembelajaran dan guru tidak perlu lagi maklumat diagnostik
daripada keputusan ujian pelajar untuk membuat modifikasi dalam pengajaran. Oleh itu
rubrik holistik sering digunakan kerana ianya hanya memberi maklumat menyeluruh
tentang pencapaian pelajar.

OUM

115

PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

TOPIK 10

Halaman seterusnya memaparkan contoh rubrik holistik dalam pengujian gerak kerja
berkumpulan. Perhatikan bahawa elemen untuk diuji dikumpulkan secara menyeluruh
(holistik) yang memudahkan proses pemarkahan oleh guru. Guru juga bebas menentukan
kadar markah yang sesuai diberikan kepada seseorang pelajar, mengikut kadar markah
yang telah ditetapkan.
Jadual 10.2: Contoh Rubrik Holistik dalam Pengujian Kerja Berkumpulan

CEMERLANG
21 30 markah

BAIK
11 20 markah

LEMAH
0 10 markah

Semasa perbincangan, idea-idea yang dilontarkan adalah bernas dan


pelajar menunjukkan ciri-ciri kepimpinan yang tinggi. Pelajar juga bijak
dalam mengendalikan perbincangan kumpulan dan mengaplikasikan
kemahiran mendengar, memberi maklum balas serta berkongsi
maklumat. Kualiti kerja berkumpulan juga adalah baik serta
mempamerkan kemahiran pemikiran kritikal yang tinggi.

Semasa perbincangan, pelajar tidak selalu menyumbangkan idea yang


bernas namun tetap berfungsi sebagai ahli kumpulan yang baik dalam
menjalankan tugas yang diberikan. Walaupun begitu, kualiti kerja perlu
diperbaiki dan mempamerkan sedikit kemahiran berfikir secara kritikal
di dalam hasil kerja.

Semasa perbincangan, pelajar jarang menyumbangkan idea bernas


dan lebih banyak mendiamkan diri serta kurang memberikan kerjasama
dengan ahli yang lain. Kualiti kerja juga adalah rendah tanpa sebarang
aplikasi kemahiran berfikir secara kritikal.

Keputusan untuk menggunakan sesuatu jenis rubrik bukan sahaja


ditentukan oleh bentuk sesuatu ujian, sama ada formatif atau sumatif.
Sebagai guru terdapat faktor-faktor lain yang perlu ditimbangkan, seperti
kekangan masa, jumlah kelas, jumlah pelajar, jenis maklumat yang ingin
diperolehi juga masa yang ada untuk menjalankan sesuatu pengujian.

Latihan 10.4
1. Zura merupakan seorang guru seni yang ingin menjalankan ujian
bulanan. Ujian bulanan ini melibatkan 5 kelas yang diajarnya dan setiap
kelas mempunyai lebih kurang 30 orang pelajar. Apakah jenis rubrik
yang wajar digunakan oleh Zura?

10.2.5 Pengujian Tradisional dan Pengujian Alternatif


Satu lagi konsep yang perlu difahami oleh guru adalah jenis-jenis pengujian tradisional
dan bezanya dengan pengujian alternatif.
Pengujian tradisional merujuk kepada sebarang bentuk pengujian bertulis yang melibatkan
penggunaan pen dan kertas. Ianya dinamakan pengujian tradisional kerana ianya
merupakan jenis pengujian tertua. Namun, fokus pengujian telah lama berubah dan
116

OUM

TOPIK 10

PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

pengujian tradisional selalunya digunakan apabila ianya melibatkan pengujian skala besar
seperti PMR dan SPM kerana ianya dapat dijalankan melibatkan calon yang ramai dan
menjimatkan kos.
Di dalam konteks pendidikan seni visual, kebanyakan pengujian yang dijalankan adalah
berbentuk alternatif. Contoh-contoh pengujian alternatif di dalam bidang seni visual ialah
portfolio, buku kerja kajian (research workbook) dan juga pengujian berasaskan prestasi
(performance-based assessment) seperti kerja kumpulan, demonstrasi dan
pembentangan pelajar.

Kenapakah pengujian alternatif lebih relevan dengan bidang pendidikan


seni visual?

10.3

KAEDAH-KAEDAH PENGUJIAN DI DALAM


PEMBELAJARAN SENI VISUAL

Walaupun kadangkala ujian atau kuiz yang diadakan lebih bersifat tradisional (pen dan
kertas), bentuk dan kandungan pendidikan seni visual itu sendiri memerlukan guru
memberi tumpuan yang lebih kepada pengujian berbentuk alternatif. Pengujian alternatif
memberikan ruang kepada guru untuk menguji kemahiran-kemahiran seni visual yang
kompleks dan komplikated.
Di dalam hal ini, Hurwitz dan Day (2001) menyenaraikan beberapa ciri-ciri pengujian
alternatif.
1.

Menilai pelajar berdasarkan tugasan yang berdasarkan keperluan disiplin bidang


seni visual.

2.

Mengambil kira pengetahuan dan kemahiran secara holistik dan tidak melihat
daripada fragmen-fragmen yang berbeza.

3.

Menghargai pencapaian pelajar di dalam sesuatu pengujian, kerana pencapaian


yang rendah sekalipun tetap menjadi indikator kepada sesuatu penguasaan.

4.

Melihat kepada proses dan hasil pembelajaran.

5.

Mendidik pelajar supaya menguji pencapaian sendiri.

6.

Mengajar pelajar untuk memperkenal, membentang dan mempertahankan hasil


karya mereka di hadapan umum.

Ciri-ciri pengujian alternatif ini amat bertepatan dengan pengujian di dalam pendidikan
seni visual. Tambahan pula, konsep penyediaan portfolio itu sendiri sekiranya diteliti
mempunyai sejarah yang amat sinonim dengan kerja-kerja seni, dan kini turut digunakan
di dalam disiplin-disiplin yang lain. Berikut adalah penerangan tentang beberapa jenis
pengujian alternatif yang boleh dijalankan oleh guru seni visual di sekolah.

OUM

117

PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

TOPIK 10

10.3.1 Pemerhatian
Pemerhatian boleh dilakukan oleh guru untuk pengujian formal (bermarkah) ataupun
pengujian tidak formal (untuk meningkatkan proses pembelajaran). Untuk pengujian
formal, guru haruslah memberi tugasan tertentu kepada pelajar berserta tempoh masa
yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan tersebut; dan pemerhatian hendaklah
dilakukan berserta rubrik yang disediakan. Antara aktiviti yang sesuai dengan bentuk
pengujian seperti ini termasuklah aktiviti melibatkan tanah liat, pembuatan kolaj, dan
tugasan-tugasan lain yang melibatkan proses.

10.3.2 Temuramah
Seperti juga pemerhatian, temuramah boleh diadakan oleh guru di dalam persekitaran
formal mahupun tidak formal. Temuramah dapat membantu guru dalam memahami
masalah yang mungkin dialami oleh pelajar di dalam kelas, melihat tahap pemahaman
pelajar terhadap sesuatu dan boleh digunakan sebagai satu cara untuk mendekati diri
pelajar. Di dalam konteks ini, temuramah diaplikasikan sebagai medium pengujian tidak
formal. Dalam bentuk yang lebih formal, temuramah boleh digunakan sebagai medium
untuk mendapat penjelasan atau huraian yang lebih komprehensif daripada pelajar. Ujian
bertulis mungkin membataskan jawapan pelajar dan sekiranya bersesuaian, ujian bertulis
ini boleh digantikan dengan sesi temuramah. Namun, sesi temuramah memakan masa
jika dibandingkan dengan ujian bertulis.

10.3.3 Perbincangan
Boleh digunakan untuk mendapatkan pandangan dan pendapat pelajar mengenai sesuatu
perkara. Kadangkala, perbincangan memberikan suasana yang lebih menarik daripada
temuramah kerana gayanya yang lebih santai. Perbincangan boleh melibatkan
sekumpulan pelajar dan ini mengelakkan pelajar daripada merasa gemuruh ketika diuji.
Antara aktiviti yang sesuai untuk perbincangan diadakan adalah apabila guru berminat
untuk mengetahui maklum balas serta interpretasi pelajar terhadap seni dan sesuatu
karya seni.

10.3.4 Pengujian Berasaskan Persembahan (Performance-based


Assessment)
Terdapat pelbagai bentuk pengujian yang dapat diklasifikasikan sebagai pengujian
berasaskan persembahan. Secara amnya, ia merujuk kepada pengujian yang memerlukan
pelajar melakukan sesuatu sama ada demonstrasi, pembentangan dan lain-lain.

10.3.5 Maklum Balas


Borang maklum balas atau questionnaire boleh diaplikasikan untuk menggantikan ujian
bertulis, dan bentuk soalan yang ditanya adalah soalan tertutup (close-ended) yang
memudahkan proses pelajar dalam memberi maklum balas. Antara contoh penggunaan
maklum balas termasuklah melihat pemahaman pelajar terhadap ciri-ciri seni bina
mengikut budaya dan faktor-faktor yang mempengaruhi perbezaan mengikut budaya ini.

118

OUM

TOPIK 10

PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

10.3.6 Portfolio
Kesemua hasil kerja pelajar karya seni, latihan, tugasan bertulis, nota, dan sebagainya
dikumpul dan disusun dengan sistematik di dalam folder yang berupa fail. Penyediaan
portfolio memerlukan komitmen yang tinggi daripada guru daripada segi masa, konsistensi
dan juga perancangan yang teliti, kerana portfolio kesemua pelajar perlu diperiksa dari
semasa ke semasa, disusuli dengan maklum balas untuk penambahbaikan. Pelajar juga
perlu jelas dengan objektif penyediaan portfolio dan dimaklumkan terlebih dahulu akan
bahan yang perlu dimasukkan di dalam portfolio dan bagaimana cara himpunan kerja
mereka akan dinilai.

10.4

PENGUJIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK DALAM


PENDIDIKAN SENI

Pembelajaran merupakan satu proses yang kompleks. Seperti juga mata pelajaran yang
lain, banyak faktor yang boleh mempengaruhi pelajar di dalam menguasai pengetahuan
dan sesuatu kemahiran di dalam bidang seni. Pengujian yang berkesan bukan sahaja
menjadi indikator kepada pencapaian dan penguasaan pelajar, malah boleh merungkai
dan menjawab banyak persoalan yang seterusnya dapat membantu guru meningkatkan
kualiti pengajaran mereka. Berikut adalah beberapa persoalan yang boleh dijawab
sekiranya guru berjaya menjalankan pengujian secara berkesan.
1.

Adakah kanak-kanak gembira dengan pengalaman pembelajaran positif di dalam


kelas? Adakah suasana pembelajaran selari dengan matlamat belajar kanak-kanak?

2.

Perlukah sebarang perubahan dibuat di dalam proses pembelajaran kanak-kanak?


Adakah strategi pengajaran juga perlu diubah? Adakah meletakkan kanak-kanak di
dalam gerak kerja kumpulan memberi lebih manfaat daripada bekerja secara
individu?

3.

Bagaimanakah kanak-kanak belajar? Bagaimanakah cara kanak-kanak belajar dapat


dikaitkan dengan harapan guru untuk pelajar? Bagaimanakah ini dapat dikaitkan
dengan harapan pelajar? Dan apakah pula harapan kanak-kanak terhadap diri
mereka sendiri?

4.

Bagaimanakah guru boleh menjadi lebih berkesan? Bagaimanakah keputusan yang


tepat dapat dilakukan untuk memperbaiki kemajuan kanak-kanak?

5.

Bagaimanakah guru dapat berkomunikasi dengan berkesan tentang kekuatan dan


kelemahan pelajar dalam seni? Bagaimanakah guru dapat menghebahkan dengan
relevan pencapaian pelajar kepada guru lain, pentadbiran sekolah dan juga ibu
bapa?

10.5

PENGUJIAN HASIL KREATIVITI KANAK-KANAK

Sebarang bentuk pengujian di dalam bidang pendidikan seni visual perlu dirancang dan
diteliti dengan rapi sebelum ianya dijalankan. Kreativiti itu sendiri mempunyai takrifan yang
sangat subjektif dan guru perlu jelas akan elemen atau kriteria yang ingin dilihat semasa
pengujian. Hurwitz dan Day (2001) telah menggariskan beberapa prinsip yang boleh

OUM

119

PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

TOPIK 10

menjadi panduan kepada guru seni visual di dalam penyediaan untuk sebarang bentuk
pengujian di dalam kelas.
1.

Pengujian perlu melengkapkan pengajaran, seperti juga di dalam subjek yang lain.
Soalan atau tugasan yang disediakan dalam pengujian mestilah telah diterangkan
terlebih dahulu oleh guru di dalam pengajaran hari ke hari. Ini menepati konsep
validiti (validity) yang ada di dalam pengujian. Oleh itu, pengujian lebih merupakan
pengukur kepada kemampuan guru menfasilitasi pembelajaran, lebih daripada
ukuran kemajuan dan pencapaian pelajar.

2.

Kreativiti pelajar jarang diukur dalam pengujian. Pengujian sering memfokus kepada
apa yang telah pelajar pelajari. Walaupun melihat kemajuan pelajar adalah penting,
luahan kreativiti juga sama penting untuk dinilai di dalam pendidikan seni visual.
Lantaran itu, luahan kreatif pelajar mestilah sentiasa digalakkan walaupun ianya
mungkin agak sukar untuk dinilai.

3.

Walaupun seseorang pelajar itu mungkin tidak menunjukkan kemampuan semula


jadi yang boleh dikagumi di dalam bidang seni, pengujian seharusnya memberi
ruang kepada pelajar sebegini untuk berkarya dengan kemampuan yang mereka
ada. Dalam erti kata lain, walaupun pengujian di dalam bidang seni haruslah
mengambil kira aspek kreativiti, namun tahap kreativiti yang ditetapkan oleh guru
bukanlah di standard yang sangat tinggi, dan biarlah bersesuaian dengan pelajarpelajar di dalam kelas. Pelajar yang menunjukkan kemampuan kreativiti yang
mengagumkan pula seharusnya diberi ganjaran di atas usaha mereka tetapi mereka
juga perlu memperlihatkan kemajuan di dalam bidang pembelajaran seni yang lain.

4.

Sebahagian daripada pengajaran di dalam penghasilan karya melibatkan kemahiran


khusus seperti pengetahuan di dalam teori warna yang mempengaruhi kemampuan
pelajar di dalam mencampur warna, menghasilkan warna berlainan daripada warnawarna lain, intensiti warna dan lain-lain lagi. Kemahiran sebegini juga sepatutnya
diuji, dan pelajar juga seharusnya ditunjukkan cara mengaplikasikan kemahiran
teknikal dan prinsip-prinsip seni pada sebarang medium seni.

10.6

PENGUJIAN DI DALAM KRITIKAN SENI

Pelajar di dalam program seni yang komprehensif dan seimbang bukan sahaja
mempelajari seni dengan mendalam, malah akan berinteraksi dengan pelbagai hasil seni
dan seterusnya bereaksi melalui perbincangan ataupun penulisan berkenaan hasil seni
tersebut. Pelajar juga akan mempelajari berbagai-bagai pendekatan kepada kritikan seni
termasuk empat fasa utama di dalam kritikan seni iaitu fasa deskripsi, analisa, interpretasi
dan kecenderungan.
Pelbagai aspek boleh diuji di dalam melihat kemahiran pemikiran kritikal pelajar di dalam
kritikan seni. Contohnya, melihat kritikan pelajar tentang bagaimana artis mengawal dan
memanipulasi media untuk mencapai hasil dan makna yang diingini, melihat bagaimana
pelajar mengaplikasikan konsep keseimbangan visual dan penegasan di dalam deskripsi
dan analisa hasil karya. Pelbagai kaedah boleh digunakan oleh guru untuk menguji aktivitiaktiviti pengajaran dengan mengintegrasikan kandungan dan disiplin seni.

120

OUM

TOPIK 10

10.7

PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

PENGUJIAN DI DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH SENI

Kebanyakan teknik pengajaran sejarah seni boleh dilakukan dengan berkesan melalui
mode visual daripada verbal, dengan memaparkan imej kerja seni dan bentuk-bentuk seni
dalam pelbagai era dan budaya. Topik-topik di dalam sejarah seni boleh dikaitkan secara
langsung dengan minat kanak-kanak, kerana kebanyakan tema pengalaman manusia
boleh didapati dalam bentuk visual. Gambar, slaid, video, majalah dan buku banyak
menyediakan bahan dan visual tentang seni.
Oleh itu sebarang bentuk pengujian perlu menepati aspirasi guru di dalam pengajaran.
Sekiranya pengajaran bertujuan untuk membantu pelajar mengenali ciri-ciri seni Cina,
pengujian pelajar juga perlulah menjurus ke arah itu. Sebagai contoh, pelajar boleh
didedahkan kepada satu siri slaid yang berkaitan dengan hasil karya daripada pelbagai
budaya dan mereka dikehendaki meneka secara spesifik hasil karya dari China.
Sekiranya pelajar gagal meneka dengan tepat, guru perlu mengkaji semula
pengajarannya. Sekiranya pengajaran seseorang guru itu jelas tentang maklumat spesifik
yang ingin ditonjolkan, oleh itu pengujian boleh dilakukan dengan hanya ujian objektif.
Namun, sekiranya sejarah seni diajar untuk membantu kanak-kanak memahami dan
menghargai sumbangan budaya lain dan seni mengikut peredaran masa, pengujian yang
dijalankan perlulah memenuhi objektif tadi.

10.8

PENGUJIAN ESTETIKA DALAM SENI

Seni mempunyai kaitan yang amat rapat dengan aspek kreativiti dan nilai-nilai estetika.
Seperti seni, aspek estetika juga bersifat subjektif dan sukar untuk ditafsirkan secara
khusus. Namun ahli-ahli estetika mengkaji konsep-konsep asas di dalam pembentukan
seni, kecantikan, kualiti seni serta takrifan seni yang dapat diklasifikasikan sebagai aspekaspek estetika.
Pertanyaan estetika selalunya diintegrasikan di dalam aktiviti pembelajaran dan
melibatkan disiplin seni yang lain. Pengujian pencapaian pelajar di dalam aspek estetika
selalunya bergantung kepada objektif dan strategi pengajaran. Sesetengah strategi
pengujian mungkin memberi fokus kepada bahasa yang digunakan oleh kanak-kanak
semasa mereka membaca, berbincang, dan menulis tentang soalan asas yang
mempunyai hubung kait dengan nilai estetika.

RUMUSAN
Topik ini mengupas aspek-aspek penting yang perlu diketahui oleh seseorang guru seni
visual. Adalah penting kepada guru untuk dapat membezakan pengertian pengujian dan
penilaian untuk mengelakkan salah faham. Guru juga didedahkan dengan konsep-konsep
asas pengujian di sekolah yang perlu ada di dalam apa jua pengujian yang dijalankan.
Pengetahuan tentang konsep-konsep ini membantu guru dalam menimbangkan ciri-ciri
pengujian yang bersesuaian yang bakal dijalankan di sekolah kelak. Selain daripada itu,
pemahaman tentang pengujian diperluaskan melalui jenis-jenis pengujian alternatif yang
ada yang begitu sinonim dengan bidang pendidikan seni visual. Guru juga diberikan
gambaran ringkas tentang pengujian kanak-kanak dalam aspek kemajuan, kreativiti,
kritikan seni, sejarah seni serta aspek estetika dalam seni.

OUM

121

JAWAPAN LATIHAN

TOPIK 3:

HBAE1203

BAHASA TAMPAK (ASAS-ASAS SENI REKA)

Latihan 3.1
1.
x
x
x
x
2.

Garisan
Rupa
Bentuk
Jalinan

Warna yang menimbulkan kesan kontra, percanggahan dan pergerakan dikenali


sebagai warna penggenap di mana ianya bertentangan dengan pasangan warna
dalam roda warna.

Latihan 3.2
1.

Fungsi Fizikal Tumbuhan Lanskap


x
mengawal hakisan tanah
x
memberi perlindungan dan teduhan
x
meredakan iklim
x
mengawal pencemaran alam
x
menjadi tirai dan dinding
x
mengarah pergerakan atau petunjuk arah
x
Imbangan ekologi dan kehidupan fauna
Fungsi Estetik Tumbuhan Lanskap
x
membentuk ruang
x
merangka pemandangan
x
melembutkan
x
mengikat bangunan dan struktur dengan permukaan bumi
x
menjadi penyatu pelbagai elemen
Fungsi Ekonomi Tumbuhan Lanskap
x
Selain daripada yang dinyatakan di atas, tumbuhan lanskap mampu
menyediakan pemandangan yang baik dan indah serta memberikan faedah
kepada masyarakat dan negara dari segi rekreasi, kesihatan, pendidikan dan
pelancongan.

2.

122

Tumbuhan lanskap mampu menyediakan pemandangan yang baik dan indah serta
memberikan faedah kepada masyarakat dan negara dari segi rekreasi, kesihatan,
pendidikan dan pelancongan.

OUM

HBAE1203

TOPIK 4:

JAWAPAN LATIHAN

MENINGKATKAN DAYA IMAGINATIF KANAK-KANAK

Latihan 4.1
1.

Bagaimanakah teknik imitasi gambar foto berkemampuan untuk menajamkan daya


ingatan para pelajar terhadap imej di dalam foto?
x

Teknik imitasi merupakan antara teknik terbaik yang wajar diperkenalkan kepada
kanak-kanak di peringkat awal, di atas kelebihan-kelebihan tertentu. Walaupun
kanak-kanak berinteraksi dengan objek alam, namun pengamatan mereka
terhadap persekitaran adalah terbatas. Teknik imitasi gambar ini dapat
menajamkan pengamatan para pelajar di dalam proses penghasilan imej yang
serupa, seterusnya melahirkan pelajar yang lebih peka dan lebih menitikberatkan
ketelitian. Teknik ini juga menajamkan daya ingatan para pelajar terhadap objek
alam kerana mereka perlu tahu ciri yang perlu ada pada imej yang ingin ditiru.

Latihan 4.2
1.

Kenapakah guru digalakkan memberi penerangan semasa tayangan video


ditayangkan kepada para pelajar?
x

OUM

Sekiranya fokus guru adalah untuk mengajar proses pembuatan sesuatu bahan
atau benda, jadi rakaman video tentang proses pembuatan bahan tersebut
bolehlah ditayangkan. Contohnya, proses pembuatan batik, pasu tanah liat, wau,
dan sebagainya. Setiap satu proses yang ditayangkan perlu mendapat
penerangan sampingan daripada guru dan harus disusuli dengan sesi soal-jawab
untuk menjawab keraguan atau soalan yang bermain di fikiran para pelajar.

123

Anda mungkin juga menyukai