Anda di halaman 1dari 5

Pemerhatian, penerokaan, pengalaman langsung dan apresiasi setiap bidang kegiatan.

Chapman (1986) telah menggunakan empat aspek utama yang seumpama ini dalam pelajaran seni
iaitu:
(i) pemerhatian
(ii) penerokaan
(iii) penghasilan (pembuatan)
(iv) apresiasi dan perlanjutan

Pemerhatian yang aktif


Aspek ini melibatkan sensitiviti deria. Semasa menyediakan aktiviti, perhatian perlu diberi kepada
perkara berikut:
pengetahuan sedia ada murid;
benda yang konkrit;
minat, kecenderongan dan latar belakang murid;
bahan, bunyi, pergerakan, dan aksi; dan
mencetus idea dan imaginasi.

Interaksi yang kritis dan kreatif dengan bahan


Aspek ini melibatkan penerokaan dan penghasilan atau pembuatan. Aktiviti penerokaan dijalankan
sebelum aktiviti penghasilan. Semasa menyediakan aktiviti,anda perlu beri perhatian kepada perkara
berikut:

Penerokaan
aktiviti kecil mudah ringkas;
cuba mencuba, suaikenal dengan bahan;
penemuan oleh murid sendiri, uji menguji;
mencari altenatif, variasi dan kemungkinan lain; bebas daripada jawapan tetap, murid senang dan
ingin mencuba
aktif melibatkan pelbagai kecerdasan; dan
menggunakan kemahiran berfikir dan pengurusan grafik.

penghasilan / membuat / pengalaman


penggunaan alat bahan dan teknik;
tatacara, langkah dan proses membuat;
amalan tertib kerja
keselamatan semasa bekerja; dan
penyampaian kandungan subjek, idea, halbenda dengan bentuk hasil

Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang
harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum
berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan
alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah
pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Daripada kenyataan di atas, apakah yang anda harapkan boleh berlaku dan menampakkan
perubahan dari segi sikap dan sahsiah murid di sekolah anda?

Pengalaman Langsung

Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama. Bidang-bidang tersebut ialah bidang
menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, dan mengenal kraf
tradisional. Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan
konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Pengalaman ini
juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi,
psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual.
Dengan mempelajari Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah, murid akan dapat menguasai
beberapa pengetahuan dan kemahiran.

Pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik yang
digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Murid juga akan mendapat pengetahuan mengenai sumber
motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual,
proses pembuatan hasil seni, menyimpan maklumat atau dokumentasi, mengintegrasikan
maklumat dan aplikasi komputer dalam kerja seni visual. Sementara kemahiran yang akan diperolehi
murid pula ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual,
berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat
interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan.
Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan
terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Secara tidak langsung memberikan pengalaman
langsung kepada murid. Selain memperkembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan
pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan
imaginasi. Pemahaman tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan
pemerhatian ini.

Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga dipupuk nilai
menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini
termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan
kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan
dengan semua keadaan.
Semasa menggambar umpamanya, kanak-kanak dapat mengalami pengalaman langsung dengan
derianya mengenai subjek atau hal benda yang digambarkan. Ini membantunya dalam memahami
sesuatu idea dan menghubungkaitkan antara satu idea dengan idea yang lain atau dengan
pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran. Kanak-kanak dapat membina idea baru dari benda
konkrit.

Apresiasi
Apresiasi didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai tukang mengenai hasil-
hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka
memilih tema dan "subject matter" serta gaya dan stail tertentu mereka. Semuanya ini berkait rapat
dengan aspek pemahaman mereka dari aspek-aspek kognitif.

Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa atau sentuh dan deria pandang. Karya seni seperti
catan, lukisan, cetakan dipandang sementara arca dan binaan di sentuh. Apresiasi seni secara aktif
melibatkan penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dengan orang lain apa yang difikirkan dan
dirasakan. Dalam konteks ini pengetahuan mengenai seni serta perbendaharaan kata yang cukup
mengenai seni yang di perlukan. Aspek ini melibatkan penyataan dan unsur afektif, terdapat dua jenis
utama aktiviti Apresiasi. Aktiviti yang dirancang khas untuk projek apresiasi dan aktiviti mudah yang
dirancang di akhir setiap pelajaran. Semasa menyediakan aktiviti mudah, perhatian perlu diberi
kepada perkara berikut:
aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah seni seperti sifat garisan, jalinan, warna, ton,
rupabentuk dan bentuk;
aspek bahasa yang berkaitan dengan kandungan dan hal benda;
aspek bahasa yang berkaitan dengan manipulasi, alat bahan dan teknik;
penghargaan hasil kerja dan menghormati pembuat karya;
perasaan, penghargaan dan refleksi diri; dan
penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai yang berkaitan dengan kandungan.

Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual
dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat
dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja.
Mengikut John A. Michael dalam bukunya 'Art and Adolescense' ada dua pendekatan dalam Apresiasi
Seni iaitu:
(a) Pendekatan secara logik
(b) Pendekatan secara psikologi

Pendekatan Secara Logik


Pendekatan ini adalah yang berbentuk tradisional dan memerlukan pemahaman intelek semata-mata
dan banyak berfaktakan kepada aspek andaian dan munasabah pada yang melihat sesuatu karya
seni tersebut.

Pendekatan Secara Psikologi


Pendekatan ini merangkumi perkara-perkara yang lebih menjurus kepada perasaan peribadi, lebih
bersifat emosi dan perasaan dalaman kepada penghasilan dan penghayatan sesuatu karya seni.
Pendekatan ini akan dapat meninggalkan satu pengalaman yang amat berkesan dan mendalam.
Secara
ini akan lebih realistik dan dapat menerima 'response' dan pendapat orang lain. Kesan tindakbalas
akan lebih terserlah terhadap bahan serta alat yang digunakan.
Kaedah Apresiasi Seni
Kaedah-kaedah apresiasi seni terdiri daripada kaedah:
(a) Hedonistik (c) Organistik (e) Elektik (b) Kontekstualistik (d) Normistik

Kaedah Hedonistik
Kaedah ini hanya satu luahan perasaan secara spontan seperti kesukaan, pernyataan perasaan,
gemar, menarik dan benci. Penilaian dibuat secara serta merta iaitu: suka,tidak suka, cantik,tidak
cantik dll secara spontan. Kaedah ini tidak sealiran dengan isme pengkritik dan ahli psikologi
menyatakan kaedah ini tidak diterjemahkan oleh otak (pemikiran) cuma berdasarkan maklumat
kendiri. Ianya tidak dapat di ukur bilangan sebenar dan terdapat pelbagai citarasa.

Kaedah Konstekstualistik
Kaedah ini lebih praktikal di mana pemerhatian dibuat secara lebih ilmiah, sistematik dan kefahaman
serta kejelasan. Ianya berkait dengan pengetahuan sejarah, falsafah dan prinsip rekaan. Lebih
merujuk kepada perincian/spesifikasi dari aspek persoalan fahaman, rentak pengkaryaan, interaksi
pemerhati, konsepsi, hujah dan penilai karya. Ianya akan menyediakan pengetahuan mantap dalam
pengamatan karya, kefahaman konsep, kepelbagaian bandingan dan seni akan menjadi suatu
pendekatan yang menarik oleh pemerhati.

Kaedah Organistik
Kaedah ini menjurus kepada aturan yang mempunyai satu system yang teratur dan terancang.
Penilaian di buat serata melihat konteks seni secara harmoni, menyentuh intuisi dan menyenangkan.
Penekanan kriteria kepada aspek tata letak, tata atur, ruang dan penataan cahaya. Ini akan dapat
membentuk kesatuan cara melihat sesuatu karya dari segi warna, jalinan, unsur-unsur seni,
imbangan, perulangan, kesinambungan serta kepelbagaian.

Kaedah Normistik
Kaedah ini merujuk kepada kriteria dan norma sesuatu karya dari aspek nilai masyarakat, agama dan
budaya. Ia seakan-akan ada kaitan dengan pendekatan diri kepada Allah, rasa takwa, tidak ada unsur
sensasi. Contohnya lukisan agama Kristian yang berkaitan unsur ikonografi, naratif dan nilai-nilai
akhlak. Kaedah ini menolak peradaban moden dimana pelukis telah melampaui batas yang dibenar
dalam budaya dan agama.

Kaedah Elektik
Kaedah ini lebih berbentuk cara bersepadu dan holistik, ianya adalah gabungan persepsi penilai seni
tentang tanggapan positif dan negatif. Kriteria penilaian menekankan unsur asas prinsip, struktur
organisasi dan alat dan bahan. Kaedah ini untuk pemerhatian secara rawak, tidak menjurus kepada
aspek kronologinya. Wajaran hanya secara baik, sederhana dan kurang baik.

Proses Apresiasi Seni


Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar Pendidikan Seni mengenai proses apresiasi.
Feldman (1967) dan Smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti aprisiasi seni, berasaskan kepada
proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap:
(a) Menggambarkan ( Description )
(b) Menganalisa ( Analysis )
(c) Tafsiran ( Intrepetation )
(d) Penilaian ( evaluation )

Menggambarkan
Mengamati hasil seni dengan cara menggambarkan hal benda dan sifat-sifat tampak/objek pada
karya.Sebagai contoh :

Karya Latiff Maulan


Karya di atas menggambar sebuah seterika lama atau antic yang terletak di atas papan penggosok
dan dilapik dengan kain batik berwarna merah. Disebelah seterika itu terdapat juga pelita minyak
tanah.Terdapat kesan cahaya yang terpancar dari atas.

Menganalisa
(i) Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak dengan unsur-unsur seni, prinsip rekaan dan struktur.
(ii) Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana.
(iii) Menghuraikan stail, aliran dan gaya sesuatu karya.
(iv) Melihat teknik, alat dan bahan yang digunakan.

Tafsiran
(i) Mencari makna-makna yangtersurat dan tersirat pada karya tersebut. Begitu juga makna-makna
yang terdapat pada sifat-sifat tampak seperti hal benda, simbol, unsur-unsur seni, prinsip, struktur
corak dan bahan.
(ii) Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) dan analogi-analogi (persamaan) untuk menjelaskan
makna tersebut.
(iii) Mencari kaitan falsafah kehidupan manusia atau kaitan dengan cara hidup dan budaya
masyarakat setempat.

Penilaian
Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya ('significance') dari segi individu, sosial,
keagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniannya. Dengan itu proses apresiasi seni akan lebih
mudah dan bermakna sekiranya pelajar telah dilengkapi dengan pengetahuan mengenai seni dan
persepsi yang tajam.
Apakah pengetahuan seni yang diperlukan?
(a) Pengetahuan asas senireka dan prinsip-prinsip seni.
(b) Pengetahuan mengenai jenis seni, teknik, proses, alat dan bahan.
(c) Sejarah seni.
(d) Stail sesuatu zaman, budaya, aliran, kumpulan atau individu.
(e) Maklumat mengenai pelukis dan pandai tukang.

Anda mungkin juga menyukai