Anda di halaman 1dari 5

Definisi Menggambar

Menggambar adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas
permukaan rata.

Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata.
Sesuatu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang. Ilustrasi yang
digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek. Gambar sebagai satu artifak
yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek

Menggambar

Teknik Catan
Apabila seseorang mengecat, hasilnya ialah catan. Teknik catan ialah cara menghasilkan karya
dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air, cat poster, cat emulsi, cat gloss dan lain-lain
lagi. Berbagai jenis berus atau alat improvisasi lain boleh digunakan untuk menyapukan bahan cat di
atas sesuatu permukaan.

Teknik Kolaj
Teknik kolaj ialah cara menghasilkan karya dengan menggunakan tampalan dari gubahan bahan-
bahan seperti berbagai jenis kertas, bahan buatan manusia dan bahan alam semulajadi ke atas
sesuatu permukaan seperti kertas atau plastik atau papan secara bebas dan boleh bertindih.
Selalunya bahan yang berlainan sifat atau jalinan dapat memberi berbagai kesan kepada kandungan
dan penyampaian
gambar.

Teknik Cetakan
Teknik cetakan ialah cara menghasilkan karya dengan mencetak. Pada asasnya cetakan
menggunakan sifat timbul dan tenggelam pada sesuatu blok atau skrin. Terdapat berbagai-bagai jenis
cara cetakan. Pelbagai media dan bahan cetakan boleh digunakan. Untuk jenis cetakan blok, imej
pada blok cetakan disediakan dan warna atau dakwat cetakan dicetak ke atas permukaan kertas.
Contoh bahan
cetakan lain adalah seperti cetakan lino, strawboard dan polyfoam. Polyfoam adalah bahan yang
mudah diukir. Cara gambar diukir dan sifat bahan yang diukir itu akan memberi kesan yang berlainan.
Teknik Resis
Teknik resis menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain. Warna air tidak akan
bercampur dengan warna lilin ataupun cow gum. Dengan teknik ini, anda boleh menggunakan lilin
cair ataupun pepejal. Lilin boleh digunakan untuk melukis atau memandamkan sesuatu kawasan
permukaan melukis seperti kertas. Warna air boleh disapukan di atasnya. Krayon juga boleh
digunakan di peringkat sekolah rendah.. Proses membuat batik adalah satu contoh teknik resis.

Teknik Gosokan
Anda boleh menggunakan krayon dan gosokkannya di atas kertas yang diletak di atas sesuatu
permukaan yang kasar, misalnya atas objek dengan jalinan yang berlainan. Jalinan di atas objek akan
memberi kesan kepada hasil gosokan. Anda boleh memilih berbagai jalinan yang berlainan dan
susunkannya untuk mendapat gambar yang menarik. lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar
rupa bentuk yang dihasilkan.

Teknik Stensilan
Untuk teknik stensil, rupa bentuk gambar dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya
meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. Apabila bahan warna disapu atas stensil
yang diletakan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang yang kosong atau lubang di atas stensil
dan diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk
yang dihasilkan.

Teknik Percikan
Bahan warna boleh dipercik dari sesuatu alat. Misalnya warna air boleh dipercik dari berus. Hasilnya
ialah jalinan bertitik-titik. Sesuatu objek atau kertas yang berubah bentuk boleh digunakan untuk
menghalang percikan itu ke permukaan kertas. Objek atau kertas berubah bentuk itu boleh diubah
kedudukannya supaya kesan tindihan berlaku apabila warna kedua dipercikan.

Teknik Gurisan
Untuk menghasilkan karya dengan teknik gurisan, anda boleh menggunakan sesuatu alat yang tajam
untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan. Permukaan kertas
boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis- lapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di
atas kertas. Alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastic boleh digunakan untuk
menguris
pada krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar. Berbagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan
memberi berbagai kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan.

Teknik Mozek
Teknik mozek ialah cara menghasilkan karya dengan menyusun dan menambah bahan-bahan seperti
kertas warna, plastik, kepingan jubin dan lain-lain ke atas sesuatu permukaan seperti kertas, plastik
dan papan secara tersusun, bersebelahan dan tidak bertindih. Kepingan bahan yang diulang secara
tidak bertindih memberi kesan khas pada mozek yang dihasilkan. Sempadan kepingan bahan yang
ditampal itu memberi jalinan keseluruhan kepada gambar yang dihasilkan.

Membuat Corak dan Rekaan

Salah satu sebab M.C. Escher, artis grafik Belanda menjadi terkenal adalah kerana kebolehannya
menghasilkan corak yang menarik sekali. Cuba anda perhati dengan teliti kain baju anda. Adakah
anda boleh mengecam struktur susunan ulangan pada cetakan ataupun pada jalinan kain itu? Itulah
yang dimaksudkan corak. Anda boleh menghasilkan corak melalui pelbagai teknik dan cara seperti
yang anda akan perhatikan nanti. Biasanya corak terdiri daripada motif tertentu yang disusun
berulangan. Motif-motif pelbagai bentuk dan rupa ini boleh diperhatikan di alam sekeliling kita seperti:
alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan;
bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah, paku dan gunting
geometri seperti bulat, segitiga dan segiempat;
abjad rumi, tulisan jawi, tulisan cina dan tamil serta angka; dan
rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris.

Terdapat pelbagai jenis susunan corak, antaranya adalah:

Membentuk Dan Membuat Binaan


Pada zaman kanak-kanak anda dahulu, anda pasti pernah melihat atau bermain dengan kapal
ataupun kapal terbang yang dihasilkan dengan lipatan kertas. Ini merupakan satu jenis kegiatan
membentuk yang anda mungkin pelajari sebelum masuk ke alam persekolahan.

Dalam bidang ini, anda akan mengetahui tentang bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan
yang murid anda akan pelajari. Topik ini akan menjelaskan tentang aktiviti-aktiviti membentuk yang
ditujukan kepada pelajar sekolah rendah seperti menghasilkan arca timbul, asemblaj, mobail, stabail,
model, diorama, boneka, topeng dan origami. Disini anda akan lihat bagaimana teknik, alat dan
bahan, tema ditentukan dan juga tentang persembahan hasil kerja.
Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi pelajar terhadap aspek seni dari segi
bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut pelajar dapat
memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan
membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan pelajar dengan penggunaan pelbagai bahan,
alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat
dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni.
Bidang kegiatan dan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi 9 aktiviti seperti
berikut:
(a) Arca timbul (f) Model
(b) Arca asemblaj (g) Diorama
(c) Arca mobail (h) Boneka
(d) Arca stabail (i) Topeng
(e) Origami

Mengenal Kraf Tradisional


Kraf Tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja berunsurkan seni yang
melibatkan kemahiran kerja-kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang
diwarisi turun temurun mengikut kaum masing-masing.

Kraf tradisional terdiri daripada 8 jenis, iaitu:


(a) Alat Domestik (e) Seni Tekat (b) Alat Permainan (f) Tembikar (c) Alat Pertahanan Diri (g)
Seni Anyaman (d) Batik (h) Seni Ukiran Kayu

Alat domestik merupakan peralatan yang dicipta dan digunakan untuk memberi kemudahan dan
digunakan sebagai peralatan harian kepada masyarakat tradisional pada ketika itu.
Alat Permainan seperti Wau adalah salah satu permainan tradisi yang dimainkan untuk mengisi
lapang. Kebiasaannya wau dimainkan selepas menuai padi. Sehingga kini wau masih di mainkan di
negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Pahang, Selangor dan Johor. Terdapat pelbagai nama
wau di negara kita termasuklah Wau Barat dan Wau Bayan

Keris
Perubahan masa menyebabkan bentuk senjata berubah mengikut keperluan. Masyarakat melayu
tradisional terutama di zaman kerajaan Melayu Melaka hingga kini masih menggunakan senjata
seperti Keris, Pedang, Tombak, Tumbuk Lada, Lawi Ayam, Rencong Aceh, Sewar, Badik, Beladau,
Jembiah Lading, Lembing dan Sumpit. Keris adalah senjata penting dalam masyarakat dan budaya
melayu. Jenis-jenis keris yang boleh didapati adalah seperti Keris Jawa, Keris Semenanjung, Keris
Sumatra, Keris Petani atau Pekaka, Keris Bali, Keris Sundang, Keris Majapahit, Keris Bugis dan Keris
Picit. Keris pada masa kini masih digunakan untuk upacara-upacara tertentu seperti majlis
persandingan, perubatan dan keris menjadi lambang kebesaran institusi diraja.

Batik
Batik terkenal di seluruh gugusan kepulauan Melayu dan dianggap bidang kraf tangan tradisional
yang unggul. Batik tradisi dan moden mempunyai corak yang sesuai dengan cita rasa dan
perkembangan kesenian Malaysia. Batik tulis, batik lukis dan batik canting merupakan kaedah
membuat batik yang kini diminati ramai. Pada peringkat awal kaedah ini hanya digunakan untuk
menghasilkan batik untuk hiasan dinding. Pada tahun 1970-an teknik ini telah diterapkan dalam
kaedah membuat skaf, kain selendang dan baju kurung. Kini penggunaannya telah diperluaskan
dalam bentuk dimensi baru. Batik semakin digemari oleh peminat fesyen kerana corak batik dapat
dipadankan mengikut peredaran zaman.

Seni Tekat
Ia juga dikenali dengan nama suji timbul iaitu sulaman timbul atau tekat bersuji, tetapi suji sering
dikaitkan dengan sulaman benang sutera. Sama ada ditekat, disulam atau disuji, ragam hiasnya
semua dibentuk dalam keadaan timbul dari permukaan dasar kain kerana bahagian dalamnya diisi
dengan mempulur. Asal-usul dan perkembangan seni tekat secara langsung dikaitkan kegunaan
pakaian dan kelengkapan keluarga raja-raja atau istana. Seni tekat diperkenalkan pada kurun ke-15,
iaitu di zaman kesultanan Melayu Melaka. Pada masa tersebut seni tekat dipakai oleh keturunan Baba
Melaka. Mereka banyak menggunakan seni tekat ini pada pakaian. Negeri seperti Perak, Johor,
Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan merupakan negeri yang banyak mengusahakan kraf seni
tekat timbul benang emas.

Tembikar
Seni tembikar telah wujud di Malaysia sejak beribu tahun dahulu berdasarkan penemuan barang
tembikar lama seperti di Gua Cha, Kelantan dan di Sungai Perak. Terdapat pelbagai bentuk dan jenis
tembikar yang dihasilkan di Malaysia. Hampir semua tembikar yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri
kegunaan harian. Beberapa buah negeri di Malaysia menghasilkan tembikar. Barangan tembikar
yang dihasilkan adalah berbeza dari segi bentuk, corak, dan teknik pembuatan kerana dipengaruhi
oleh budaya dan latar belakang si pembuat. Bentuk tembikar tersebut hanya mempunyai persamaan
dari segi susunan motif, ketebalan dan teknik pembakaran bersuhu rendah, dengan permukaan
berwarna coklat, hitam dan kelabu gelap. Tembikar tradisi Melayu menjadi lambang kesenian negara
dan kini menjadi koleksi yang membanggakan.

Anyaman
Anyaman merupakan satu proses menjalin helaian daun pandan, mengkuang, bilah buluh, rotan, lidi,
bertam, paku-pakis ribu-ribu atau bahan-bahan lain dengan menggunakan cara dan peraturan tertentu
melalui teknik selang-seli helaian antara satu sama lain.
Kelarai ialah corak atau motif berbentuk dam pada anyaman yang melalui proses tranformasi idea
daripada alam semulajadi. Anyaman yang tidak berkelarai disebut anyaman biasa atau ghadas.
Anyaman yang lengkap harus dihiasi dengan kelarai. Dua jenis warna yang kontra digunakan bagi
menunjukkan kesan. Pembikinan kelarai adalah dirancang dengan menggunakan mata atau langkah
yang betul dan tepat.

Kelarai ini diantaranya ialah:


(a) Kelarai berakar (f) Kelarai anak ikan
(b) Kelarai beras patah (g) Kelarai kepala lalat
(c) Kelarai bunga cengkeh (h) Kelarai mata punai
(d) Kelarai tampuk manggis (i) Kelarai sisik kelah
(e) Kelarai bunga mempelas (j) Kelarai tapak harimau
Ukiran Kayu
Seni ukiran kayu merupakan sejenis kraf tangan Melayu tradisional yang digunakan untuk menghiasi
rumah kediaman yang menjadi kebanggaan masyarakat pada zaman dahulu. Ukiran kayu tradisional
dianggap sebagai hasil kreativiti orang Melayu dalam bentuk tampak dan mendapat tempat yang
istimewa di kalangan masyarakat di negara ini. Seni ukiran Melayu yang unik ini diperlihatkan melalui
ukiran pada istana, masjid, rumah, makam, kepala sampan, perabot, senjata dan peralatan untuk
kegunaan harian. Bangunan-bangunan lama yang masih mengekalkan seni ukiran sehingga hari
ini telah menjadi bahan rujukan generasi masa kini.

Anda mungkin juga menyukai