Anda di halaman 1dari 18

1

1.0 Pengenalan

Penghayatan terhadap sejarah memungkinkan khalayak mengetahui peristiwa masa lalu
sebagai asas untuk memahami situasi masa kini. Jika sejarawan memahami masa lalu dengan
mengkaji fakta-fakta peristiwa, sejarawan seni visual pula berusaha untuk memahami masa lalu
menerusi karya-karya seni. Dalam konteks ini, karya seni visual menjadi dokumen-dokumen sejarah
yang merakamkan akan masa atau era yang menghasilkannya, sementara apresiasi atau
penghayatan seni yang menjadi dasar bidang Sejarah Seni Visual bertindak sebagai asas untuk
memahaminya. Selain daripada memperjelaskan akan bentuk, makna, dan fungsi sesuatu karya,
Sejarah Seni Visual juga melihat akan perubahan-perubahan persepsi, fungsi, mahupun makna
yang berlaku ke atas sesuatu karya itu, contohnya dengan mengkaji faktor-faktor yang mewujudkan
sesuatu perubahan (Pointon, 1994; Tansey dan Kleiner, 1996). Seni adalah suatu ciptaan ataupun
ekspresi akan sesuatu yang dianggap indah. Seni memenuhi keperluan-keperluan naluri estetik
dan fizikal manusia yang dipengaruhi oleh faktor-faktor keagamaan, kebudayaan, ruang, masa
dan keadaan yang tertentu. Hal ini telah melahirkan kepelbagaian pengertian seni seperti
tradisi, moden dan pascamoden, mengikut zaman dan masyarakat yang tertentu. Penghayatan
dan penghargaan terhadap seni lazimnya mengambil kira aspek-aspek formal, makna dan
konteks penghasilan sesuatu karya. Seni juga mempunyai pelbagai peranan yang bersifat
psikologi dan sosiologi.

Secara umum, seni berkaitan dengan hal-hal mengenai keindahan atau estetika yang
merangkumi aspek-aspek jasmani dan kerohanian individu mahupun masyarakat. Seni
ditakrifkan sebagai suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap indah,
terutamanya dalam bentuk visual (Hornby, 1974: 43). Seni juga disifatkan sebagai suatu
kegiatan atau proses penciptaan yang memerlukan kemahiran serta pengetahuan untuk
melahirkan idea dalam bentuk yang nyata (Martin, 1986: 12). Hauser berpendapat, seni adalah
komunikasi (1959). Herbert Read pula menjelaskan bahawa seni adalah penciptaan bentuk-
bentuk yang menyenangkan. Seni adalah penjelmaan rasa estetika (1959: 16). Menerusi
apresiasi karya pula bolehlah didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai
tukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara mereka
bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan subject matter serta gaya dan stail mereka
.Semua ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek-aspek kognitif. Ianya
juga sebagai satu penghargaan terhadap penilaian dan perasaan terhadap sesuatu hasil seni
itu. Ia boleh dikatakan sebagai pembentukan sikap, minat dan kebolehan membuat pilihan dan
ini berkait rapat dengan aspek-aspek afektif.


2

2.0 Apresiasi dan Proses Apresiasi dalam Pengahasilan Karya
Menerusi pembelajaran dalam Pendidikan Seni Visual, aspek yang paling penting
adalah pendekatan apresiasi dalam penghasilan setiap karya. Berdasarkan laman web yang
telah dirujuk, apresiasi boleh didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai
tukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara mereka
bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan subject matter serta gaya dan stail mereka .
Semua ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek-aspek kognitif. Ianya
juga sebagai satu penghargaan terhadap penilaian dan perasaan terhadap sesuatu hasil seni
itu. Ia boleh dikatakan sebagai pembentukan sikap, minat dan kebolehan membuat pilihan dan
ini berkait rapat dengan aspek-aspek afektif. Menurut Smith (1966), apresiasi seni ini
memerlukan logical operation such as defining, valuing and explaining.
Pendidikan seni harus dilihat dalam skop yang lebih luas. Umumya, para pendidik seni
beranggapan Pendidikan Seni di sekolah bukan sekadar meningkatkan kemahiran dan teknik
menghasilkan karya seni sahaja. Kebanyakan pendidik seni percaya bahawa melalui apresiasi
karya seni, pelajar- pelajar dapat memahami adat, tradisi dan nilai sesuatu masyarakat.
Macfee (1961) menegaskan bahawa every culture, differences in value and belief are
expressed through language an art forms such as dress, architecture an decoration
Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa dan sentuh dan deria pandang. Karya seni
seperti catan, lukisan, cetakan dipandang sementara acra dan binaan disentuh. Apresiasi seni
secara aktif melibatkan penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dengan orang lain apa yang
difikirkan dan dirasakan. Dalam konteks ini pengetahuan mengenai seni serta perbendaharaan
kata yang cukup mengenai seni yang diperlukan.
Apresiasi seni membolehkan pelajar memahami aspek-aspek nilai estetika, pengertian
unsur-unsur seni dan nilai-nilai sosio budaya yang terkandung dalam hasil seni dan kraf. Ianya
juga dapat menghubungkaitkan diri dan hasil sendiri dengan hasil-hasil lain berdasarkan
persepsi visual. Begitu juga dengan aktiviti apresiasi seni, kita dapat melihat perhubungan
antara kerja sendiri dengan kerja-kerja orang lain di mana kita dapat membentuk keyakinan dan
kefahaman penghargaan terhadap bidang seni. Antara objektif apresiasi ialah memahami dan
bertindak terhadap aspek seni, mengetahui pentingnya nilai seni dalam kehidupan,
menghasilkan karya, memahami seni dan hubungannya dan membuat serta menggunakan
pertimbangan estetik dan kualiti karya seni.


3

Mengikut John A. Michael dalam bukunya art and adolescence, ada dua pendekatan
dalam apresiasi seni iaitu, pendekatan secara logic dan pendekatan secara psikologi.
Pendekatan secara logik adalah berbentuk tradisional dan memerlukan pemahaman intelek
semata-mata dan banyak berfaktakan kepada aspek andaian dan munasabah pada yang
melihat sesuatu karya seni tersebut. Antara cadangan aktiviti pendekatan secara logik secara
penerangan iaitu seperti membaca, mengkaji, tempoh dihasilkan, tujuan atau teknik pelukis,
media proses, nilai-nilai estetika dan pengaruh. Selain itu, secara pemerhatian pula, menerusi
aktiviti membuat pemerhatian di balai seni, pameran, filem, slaid, mengumpul dan menyusun
gambar-gambar. Manakala secara perbandingan pula menerusi analisa, penilaian,
perbandingan antara satu dengan yang lain serta menimbulkan kesedaran. Akhir sekali secara
penghasilan pula, dari segi membuat gaya atau stail dalam menimbulkan kefahaman masalah
nilai-nilai khas, kepuasan, menghubungkan diri dengan pelukis atau pandai tukang gaya konsep
dan zaman.
Pendekatan secara psikologi pula merangkumi perkara-perkara yang lebih menjurus
kepada perasaan peribadi, lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman kepada penghasilan dan
penghayatan sesuati karya seni. Pendekatan ini akan dapat meninggalkan satu pengalaman
yang amat berkesan dan mendalam. Secara ini akan lebih realistik dan dapat menerima
response dan pendapat orang lain. Kesan tindakbalas akan lebih terserlah terhadap bahan
serta alat yang digunakan. Antara cadangan aktiviti pendekatan ini ialah secara perbincangan
dan perbandingan, secara proses inkuiri penemuan (discovery), secara kritikan mengenai
lukisan/hasil kerja seni, secara menyediakan setting/set induksi , secara membesarkan
gambar, secara mengolah bahan-bahan sebenar , secara aktiviti permainan seni , secara
lawatan/pameran, dan akhir sekali, secara koleksi buku-buku skrap dan lakaran.
Menerusi apresiasi seni, terdapat pelbagai kaedah melihat seni iaitu kaedah hedonistik,
kontekstualistik, organistik, normistik, dan elektik. Kaedah hedonistik, hanya satu luahan
perasaan secara spontan seperti kesukaan, pernyataan perasaan, gemar, menarik dan
benci. Kaedah ini tidak sealiran dengan isme pengkritik dan ahli psikologi menyatakan kaedah
ini tidak diterjemahkan oleh otak (pemikiran) cuma berdasarkan maklumat kendiri. Ianya tidak
dapat di ukur bilangan sebenar dan terdapat pelbagai citarasa. Kaedah konstekstualistik pula,
kaedah yang lebih praktikal di mana pemerhatian dibuat secara lebih ilmiah, sistematik dan
kefahaman serta kejelasan. Ianya berkait dengan pengetahuan sejarah, falsafah dan prinsip
rekaan. Kaedah ini lebih merujuk kepada perincian/spesifikasi dari aspek persoalan fahaman,
rentak pengkaryaan, interaksi pemerhati, konsepsi, hujah dan penilai karya. Selain itu,


4

kaedah ini akan menyediakan pengetahuan mantap dalam pengamatan karya, kefahaman
konsep, kepelbagaian bandingan dan seni akan menjadi suatu pendekatan yang menarik oleh
pemerhati. Manakala, kaedah organistik pula, menjurus kepada aturan yang mempunyai satu
system yang teratur dan terancang. Penilaian di buat serata melihat konteks seni secara
harmoni, menyentuh intuisi dan menyenangkan. Penekanan kriteria kepada aspek tata letak,
tata atur, ruang dan penataan cahaya. Ini akan dapat membentuk kesatuan cara melihat
sesuatu karya dari segi warna, jalinan, unsur-unsur seni, imbangan, perulangan,
kesinambungan serta kepelbagaian. Selain itu, melihat menerusi kaedah normistik yang
merujuk kepada kriteria dan norma sesuatu karya dari aspek nilai masyarakat, agama dan
budaya. Ia seakan-akan ada kaitan dengan pendekatan diri kepada Allah, rasa takwa, tidak ada
unsur sensasi. Contohnya lukisan agama Kristian yang berkaitan unsur ikonografi, naratif dan
nilai-nilai akhlak. Kaedah ini juga, menolak peradaban moden dimana pelukis telah melampaui
batas yang dibenar dalam budaya dan agama. Akhir sekali, kaedah elektik yang lebih berbentuk
berbentuk cara bersepadu dan holistik, ianya adalah gabungan persepsi penilai seni tentang
tanggapan positif dan negatif. Kriteria penilaian menekankan unsur asas prinsip, struktur
organisasi dan alat dan bahan. Kaedah ini untuk pemerhatian secara rawak, tidak menjurus
kepada aspek kronologinya. Wajaran hanya secara baik, sederhana dan kurang baik.
Berdasarkan pencarian maklumat dari sebahagian daripada petikan yang ditulis di
laman blog, menyatakan terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar Pendidikan Seni
mengenai proses apresiasi. Feldman (1967) dan Smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti
apresiasi seni, berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap iaitu
menggambarkan (description),menganalisa (analysis), tafsiran (interpretation) dan penilaian
(evaluation). Menerusi tahap menggambarkan, apresiasi dibuat dalam mengamati hasil seni
dan menggambarkan sifat-sifat tampak seperti warna, garisan, bentuk, rupa, jalinan dan
elemen-elemen gubahan iaitu prinsip dan struktur. Manakala, menganalisa pula, menganalisa
perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsur-unsur seni, prinsip dan struktur, menganalisa
kualiti ekspresif seperti mood dan suasana dan menghuraikan stail sesuatu karya. Menerusi
tahap tafsiran pula iaitu mencari makna-makna yang terdapat pada sifat-sifat tampak seperti
subjek, simbol, unsur-unsur seni, prinsip, struktur corak dan bahan, mencari metafora-metafora
(ibarat/kiasan) dan analogi-analogi ( persamaan) untuk menjelaskan makna tersebut. Akhir
sekali ialah menerusi penilaian iaitu dalam membuat penilaian berdasarkan kepada kriteria
yang bersesuaian seperti keaslian, gubahan, teknik dan fungsi dan menilai hasil seni
berdasarkan kepada pengertiannya (significance) dari segi individu, sosial, keagamaan dan
kepercayaan, sejarah serta keseniannya.


5

Proses apresiasi seni akan lebih mudah dan bermakna sekiranya pelajar telah
dilengkapi dengan pengetahuan mengenai seni dan persepsi yang tajam. Pengetahuan seni
yang diperlukan seperti pengetahuan asas senireka dan prinsip-prinsip seni, pengetahuan
mengenai jenis seni, teknik, proses, alat dan bahan, sejarah seni, stail sesuatu zaman, budaya,
aliran, kumpulan atau individu dan maklumat mengenai pelukis dan pandai tukang. Menerusi
aspek nilai melaIui apresiasi seni, ianya akan dapat menanam dan memupuk nilai-nilai murni
seperti saling faham memahami, ramah mesra, menghargai hasilan seni, sayang kepada alam
sekeliling, cinta kepada negara, kebersihan dan kesabaran, tekun, kesungguhan, berterima
kasih, boleh membuat pertimbangan, peka pada isu-isu sosial dalam masyarakat, bersemangat
patriotik, berusaha dan produktif serta berfikiran positif. Antara contoh kritikan seni dalam
beberapa aspek :
(a) Menggambar (Description)
Warna Penggunaan warna yang cerah dan menarik antara warna neutral
menambahkan nilai estetik karya ini. Semangat kaum nelayan
diperkuatkan dengan penggunaan warna jingga, kuning, oren, dan
merah nyala.
Garisan Berfokus kepada yang dilukis untuk mewujudkan outline.
Ruang Objek dilukis memenuhi ruang.
Rupa Menggunakan objek atau figura untuk mewujudkan pergerakan
(movement). Dilukis dengan aksi yang berbeza.
Prinsip
Rekaan
Penegasan dari aspek garisan, rupa, warna dan ruang yang
dapat difokuskan dan menjadi tumpuan oleh pemerhati.
Imbangan Memanfaatkan figura manusia sebagai imbangan.
Kesatuan Idea yang sama dan menyeluruh.


(b) Menganalisa (Analyse)

Subjek Manusia
Unsur-unsur seni 1. Warna
2. Rupa
3. Bentuk


6

Prinsip Rekaan 1. Penegasan
2. Keseimbangan
3. Bentuk
Kualiti Ekspresif 1. Mood tolong-menolong.
2. Suasana harmoni dan aman.
Bahan/Teknik/
Kaedah
Menggunakan pastel pada kanvas tanpa memberi fokus
pada ton.

(c) Tafsiran (Interpretation)

Makna/Mesej Unsur-unsur seni
Subjek Manusia
Simbol Gotong-royong/kerjasama
Unsur-unsur Seni Warna, rupa dan bentuk.
Prinsip Rekaan Penegasan, keseimbangan dan kesatuan.
Metafora/Analogi
bagi menjelaskan
makna
Lebih menggambarkan kepada kehidupan rakyat
Malaysia yang harmoni dan mempunyai semangat
kerjasama dalam kehidupan harian.

(d) Penilaian (Evaluation)

Kriteria
Keaslian Berdasarkan kepada pengalaman.
Gubahan Berdasarkan alam serta budaya masyarakat setempat di dalam
kehidupan seharian mereka.
Teknik Hasil daripada persepsi beliau, beliau telah mengadaptasikan
pengalaman beliau untuk mengolah dalam bentuk fabrik.
Fungsi Menyedarkan masyarakat dengan budaya hidup yang harus ada
untuk mewujudkan suasana harmoni.





7

3.0. Teori Apresiasi Edmund Burke Feldman Karya Seni Catan
Feldman (1967) dan Smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti apresiasi seni, berasaskan
kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap iaitu
menggambarkan (description),menganalisa (analysis), tafsiran (interpretation) dan penilaian
(evaluation).
3.1 Seni Catan Barat
Apresiasi Karya Claude Monet Impression Sunrise (1840-1926)

Lukisan Impressions Monet dikenali pada gerakan Impressionis. Judul lukisan ini telah
melambangkan semangat impressionisme yang tinggi dan merupakan suatu persepsi yang
mahu dikongsi bersama dengan orang lain. Suatu persepsi yang menggambarkan lanskap laut
yang telah dilukis pada 1872 di Le Havre. Menerusi proses apresiasi diskripsi, karya catan ini
melambangkan semangat impresionis. Pemandangan yang digambarkan dalam karya ini
terdapat wap, kabus dan asap dari cerobong sebagai kesan latar belakang yang diletakkan
menjadi aliran jalan antara satu sama lain. Cahaya itu dipantulkan sinarnya di atas permukaan
laut dan menggambarkan pandangan yang agak-agak samar dari dermaga yang agak romantis.
menerusi warna yang digunakan. Menerusi gambar ini juga diterapkan pantulan cahaya dan
bayang yang tebal dan kukuh.

Tajuk : Impression Sunrise
Artis : Claude Monet
Tahun : 1872
Media : Cat Minyak
Medium : Kain kanvas
Saiz : 49.5 sm x 65 sm


8

Berdasarkan analisis karya ini, gambaran pemandangan dalam karya Impression
Sunrise menggambarkan mood yang separuh isterehat dalam kelapangan dan diseimbangkan
bersama dengan kekuatan cahaya matahari. Seglanya menjadi suatu kesan tampak sebagai
sekilas pandang dalam cuaca pagi. Segalanya nampak tenang tetapi masih ada gangguan
pada cahaya matahari yang terasa apabila menghembuskan nafas panasnya. Ketenangan itu
digambarkan melalui pelaut yang sedang mendayung dan divisualisasikan secara tenang
bersama bayangan yang jatuh ke air. Kemampuan pemerhati berimaginasi dapat membezakan
antara kargo dan dermaga yang berada di belakang pelaut. Manakala menerusi proses
apresiasi dalam aspek interpretasi pula menerangkan kepekaan pelukis pada kesan cahaya
yang membawa perubahan atmosphere di langit dan terjatuh pada permukaan air yang
merupakan realiti dan keajaiban yang mahu dijelmakan. Permukaan air yang bergerak dan
bersinar dengan warna merah dan jingga telah digunakan oleh Monet kerana pengkarya ingin
menyatakan aspirasi semangat impresionisme sebagai pergerakan dan juga perjuangan
mengangkat gaya dalam seni lukis.

Menerusi semangat gerakan imprsionisme ini, suatu penemuan berasaskan saintifik
telah mewujudkan teori persepsi dan teori warna yang membuktikan tiada warna hitam dalam
alam semula jadi. Oleh itu, pelukis boleh mengetepikan warna hitam dalam penghasilan karya.
Visi sebenar pegerakan Impresionisme ini mementingkan hasil cahaya dan warna memainkan
peranan pada setiap permukaan dengan berasaskan kefahaman dan hubungkait mekanisme
kamera dengan mata, suatu yang dicipta dari sumber pencahayaan yan merentas kanta dan
mencetuskan imej impresif. Akhir sekali, menerusi proses penilaian, karya ini menarik perhatian
dari segi pencahayaan yang terang untuk menggambarkan keindahan lautan ketika sang suria
terbit. Namun, yang lebih penting, pelukis bukannya bertujuan bagi melahirkan lukisan yang
indah dan cantik tetapi matlamatnya ialah mencipta suatu rakaman reality yang dilihatnya
sendiri. Menerusi sudut pandangan pelukis sebagai suatu semangat Impressionisme yang
mahu menangkap kesan visual dari realiti. Kesimpulannya, ada pergerakan, cahaya dan
sesuatu yang amat dekat dengan mata kita yang boleh digambarkan secara realiti.





9

3.2 Seni Catan Malaysia
Apresiasi Karya Syed Ahmad Jamal Langit dan Bumi

Menerusi proses diskripsi, karya seni Langit dan Bumi Iyang dihasilkan oleh Syed
Ahmad Jamal dikira sarat dengan subjek rujukan, bentuk dan isinya. Karya ini dihasilkan pada
tahun 1998 di atas kanvas yang berukuran 203sm x 274.5sm. Syed Ahmad Jamal
menggunakan subjek alam tabii atau alam semulajadi sebagai teras pengkaryaannya. Hasil
karya Syed Ahmad Jamal ini jika dilihat pada format kanvas dari bawah ke atas
bolehdibahagikan kepada empat bahagian. Bahagian pertama terdiri daripada lapisan
bumi.Bahagian kedua terdiri daripada tumbuh-tumbuhan dan bukit-bukau.

Seterusnya pada bahagian ketiga terdiri daripada awam, jalur cahaya dan hujan,
Manakala pada bahagian keempat terdiri daripada langit dan bintang-bintang. Syed Ahmad
Jamal mengukuhkan struktur karya Langit dan Bumi I dengan kombinasi unsur-unsur seni
seperti garisan, rupa, jalinan dan bentuk. Sementara komposisi karyanya diseimbangkan,
dikontrakan, diulang-ulangkan, ditegangkan dan diharmonikan. Sapuan garisan yang pantas
amat ketara sekali pada bahagian kedua karya iaitu penghasilan imej tumbuh-tumbuhan.

Tajuk : Langit dan Bumi
Artis : Syed Ahmad JamalTahun : 1998
Media : Akrilik
Medium : Kain kanvas
Saiz : 203 sm x 274.5 sm


10

Jika diamati,tumbuhan seperti lalang ataupun di kawasan padang dihasilkan secara
sapuan pantas dengan dominasi garisan condong. Garisan condong yang diulang secara
ketara dapat dilihat pada sebelah kiri karya. Walau bagaimanapun, garisan cembung curveline
dikontraskan terutamanya di bahagian antara langit dan bumi iaitu pada bahagianberwarna
ungu gelap. Dalam pada itu, garisan cembung juga amat ketara digunakan pada bahagian
awam. Garisan melintang Horizontal line pula dibentuk melalui tanah yang berlapis-lapis di
bahagian pertama ataupun bahagian bawah karya. Garisan melintang juga agak jelaspada
bahagian kiri permukaan langit dan bumi dalam karya tersebut. Menerusi proses analisis pula,
karya ini memperlihatkan pelbagai unsur-unsur seni seperti garisan, rupa, ruangdan warna.
Pada karya tersebut terdapat pelbagai jenis karekter garisan, ada garisan perlahan,sederhana,
pantas dan tegas. Gabungan daripada pelbagai jenis garisan tersebut telah membentuk
beberapa jenis jalinan texture yang sekaligus memperkayakan lagi karya beliau.

Secara keseluruhannya, Syed Ahmad Jamal menggunakan jalinan abstrak abstract
texture. Penggunaan rupa agak ketara dapat dilihat pada bahagian pertama atau bawah karya
iaitu merah pada tanah berlapis-lapis. Dari aspek elemen ruang pula, Syed Ahmad Jamal
menggunakan mendominasikan ruang cetek. Dalam pada itu, ruang mendatar pula dapat dilihat
sedikit sahaja terutamanya pada bahagian bawah karya iaitu lapisan tanah yang berwarna
merah. Syed Ahmad Jamal dilihat menggunakan warna panas ke warna sejuk dalam
pengolahan karyanya ini. Warna panas seperti merah kuning memenuhi sebahagian kawasan
bumi. Manakala warna sejuk seperti biru muda diadaptasi pada bahagian ketiga iaitu kawasan
awam dan biru tua digunakan pada langit dan bintang-bintang. Dalam usaha membentuk
keharmonian dari segi warna, Syed Ahmad Jamal mengulang-ulangkan warna panas pada
bahagian warna sejuk. Ini boleh dilihat terutamanya pada bentuk awam dan juga bintang-
bintang. Format kanvas empat segi tepat digunakan dengan memberi penekanan kepada
kesinambungan tidak sama ukur. Namun begitu, Syed Ahmad Jamal menggabungkan
keseimbangan grafik ataupun pandangan saujana dalam istilah kesenian Islam di
dalamkaryanya. Keseimbangan tidak sama ukur dapat dilihat dengan perletakan imej yang tidak
sekata. Malah warna merah yang sedikit dikontraskan dengan warna biru yang dominan
jugamenimbulkan implikasi keseimbangan tidak sama ukur. Sebaliknya imej dan bentuk
seakan-akan lalang, tanah, gunung, hujan, awam dan bintang-bintang pula membentuk struktur
karyaini kepada titik fokus mencapah (keseimbangan Kristal grafik) ataupun tidak memusat.
Titik fokus mencapah tersebut selari dengan pandangan saujana dalam kesenian Islam.


11

Keseluruhan format karya ini menggunakan rentak tidak senada kecuali pada bahagian
tepi sebelah kiri antara langit dan bumi. Di bahagian tepi kiri ini digunakan rentak tersusun.
Gabungan elemen dan prinsip rekaan seni lukis di dalam karya ini membentuk satu kesatuan
yang cukup dan mantap. Penyatuan elemen-elemen dengan komposisi serta pandangan
saujana antaranya menimbulkan keanekaan di dalam kepelbagaian. Kesatuan dan
keanekaandi dalam kepelbagaian itu telah membentuk karya Syed Ahmad Jamal dengan karya
yang kaya, sarat bahkan berisi nilai-nilai falsafah dan budaya. Falsafah dan budaya yang
mencerminkan pemikirannya, masyarakatnya dan budayanya akan menjadi satu khazanah
peradaban yang tidak bernilai harganya. Dalam pengolahan karya ini, Syed Ahmad Jamal
menghimpunkan pelbagai situasi. Terdapat situasi malam, dingin, sejuk, panas, siang, petang
dan senja. Situasi yang berlainan ini disatukan lalu membentuk satu luahan idea, minda dan
cetusan hati tentang segala bentuk peristiwa dan kejadian di antara kedua-dua ruang Langit
dan Bumi

Seterusnya, menerusi proses interpretasi, karya Langit dan Bumi dilihat dari aspek
formal bawah ke atas, didapati penggunaan tanah dengan cadangan berlapisan dapat
menegaskan sifat geografik bumi yang berlapis-lapis. Tumbuh-tumbuhan, padang dan bukit
diambil secara saripati, dipersembahkan secara abstrak mengingatkan kita tentang tanda-tanda
kebesaran Allah melalui penciptaan alam tabii. Bentuk seakan-akan awan yang dihasilkan
dengan penuh tenaga bagaikan jantung alam semesta ataupun seperti guruh berdentum
dengan memancarkan seperti jaluran kilat lalu membentuk kesan hujan yang berlapis-lapis,
menandakan rakaman alam dalaman yang menyanjungi ciptaan Tuhan. Melihat dari sudut
warna pula, penggunaan warna panas ke sejuk dapat mengajak pemerhati memikirkan sejenak
tentang kehebatan alam tabii ciptaan Tuhan. Warna merah seperti fenomena senja, kuning
seperti petang, hijau seperti siang, biru seperti fajar dan biru tua kegelapan seperti malam
mencerminkan ketelitian dan kehalusan Syed Ahmad Jamal membentuk format Langit dan
Bumi I. Menghubungkan elemen warna melalui komposisi catandari atas ke bawah pula
didapati warna gelap (malam) mewakili warna sejuk waktu isyak, warna biru muda (fajar)
mewakili subuh, seterusnya warna hijau (siang) mewakili waktu zohor dan kuning (petang)
mewakili waktu asar. Akhir sekali, warna merah (senja) mewakili maghrib. Kelima-lima masa
dan waktu yang berperingkat-peringkat ini selain menjadi nadi penting kehidupan orang Islam,
juga mencerminkan pergerakan masa mengikut kosmologi atau pun sunatullah.


12

Akhir sekali, menerusi proses penilaian, Karya Bumi dan Langit dilihat amat berjaya
sama ada dari segi bentuk, komposisi dan isinya. Penggabungan pelbagai budaya keilmuan
berstrukturkan format kesenian Melayu-Islam, meletakkan karya beliau ke hadapan, malah
merentasi masa. Beliau bukan seorang pengkarya yang menghasilkan karya secara membuta
tuli seperti sesetengah pelukis muda. Sebelum menghasilkan sesuatu karya, beliau mengkaji
dan membuat penyelidikan budaya terlebih dahulu. Oleh yang demikian, karya-karya yang
digarapkan adalah segar dan tulen. Kekuatan ilmu dan saripati budaya Melayu-Islam yang
menjadi teras cara hidupnya amat terserlah sehingga berjaya memantulkan keindahan dalaman
melalui tanda visual pada karyanya. Syed Ahmad Jamal bukan sahaja menggunakan tunjang
budaya Melayu-Islam sebagai struktur karyanya, bahkan mana-mana ilmu yang baik dan
bersesuaian daripada tamadun Barat mahupun Timur digarapkan menjadi wadah pemikirannya.
Syed Ahmad Jamal melalui karyanya itu, telah melompat unsur-unsur konversi kesenian Islam
yang lampau. Beliau berjaya membina fragmen masa baru yang menunjukkan penggabungan
format kesenian Islam. Format kesenian Islam termasuklah pengulangan, pandangan
saujana, kerumitan, dinamik, gabungan berurutan dan meditative dan seumpamanya.
Kecekapan beliau mencernakan tunjang kesenian Islam dengan gabungan prinsip Barat seperti
ulangan, harmoni, keseimbangan dan kontras umpamanya membentuk struktur baru dan teguh.











13

3.0 Banding Beza Apresiasi Catan Pelukis Malaysia dengan Pelukis Barat

ASPEK BARAT MALAYSIA
NAMA PENGKARYA
Ismail Mustam



Cloude Monet








14

TAJUK KARYA
Hang Tuah dan Hang Jebat (1969)


Sunrise (1872)

ALIRAN Impresionisme Impresionisme
TEMA Figura (Patriotik Pahlawan Melayu) Landskap ( Semangat Impressionisme )
ALAT DAN BAHAN Cat Minyak , kanvas Cat minyak, kanvas
UNSUR SENI Warna menggunakan campuran warna yang
garang dan panas bagi menegaskan semangat
pertarungan antara Hang Tuah dan Hang Jebat.
Menggunakan ton warna yang sesuai bagi
mewujudkan figura dalam karya. Warna-warna panas
digunakan untuk menonjolkan ketegangan dalam
lukisan, setiap sudut menampakkan ruang cetek
antara figura.
Warna - Penggunaan warna yang gelap dan samar
antara warna tertier untuk menunjukkan wap, asap
dan kabus dari cerobong sebagai kesan latar
belakang yang diletakkan menjadi aliran jalan antara
satu sama lain. Penggunaan warna yang terang dan
panas seperti merah dan jingga pada matahari untuk
menunjukkan kekuatan cahaya matahari. Warna
yang samar-samar menjadi pantulan cahaya


15

Garisan Menggunakan pelbagai garisan halus,
kasar, tebal bagi mewujudkan jalinan pada karya.
Ruang Objek yang dekat menampakkan ruang
gelanggang pertaruangan Hang Tuah dan Hang
Jebat. Reka letak latar belakang dan objek
menimbulkan ruang .
Bentuk menimbulkan bentuk 2 dimensi yang hanya
boleh dilihat secara tampak. Menggabungkan
beberapa bentuk geometri dalam penghasilan karya.
Jalinan terdapat jalinan halus yang mewujudkan
ruang dan objek seperti rumput dan kawasan
pertaruangan Hang Tuah dan Hang Jebat .
matahari di atas permukaan laut bagi menyatakan
aspirasi semangat impressionisme.
Garisan - Dari segi garisan, pengkarya tidak
mewujudkan outline pada karyanya bagi
menampakkan suatu kesan tampak sebagai sekilas
pandang dalam cuaca pagi. Menggunakan garisan
beritma untuk menunjukkan pergerakan air laut.
Ruang - Pemandangan yang dilukis menunjukkan
perspektif ruang bagi menunjukkan keluasan
pemandangan laut.
Bentuk Hasil karya berbentuk 2 dimensi.
Jalinan menggunakan jalinan tampak yang hanya
boleh disentuh di atas permukaan sahaja.
PRINSIP SENI Harmoni keselarasan warna telah digunakan.
Imbangan menggunakan imbangan simetri dimana
terdapat objek berada di tengah- tengah.
Kesatuan mewujudkan kesatuan dari segi
pemandangan yang menyeluruh . Kesatuan dari segi
prinsip dan unsur seni seperti jalinan, garisan, warna,
ruang, dan sebagainya.
Kepelbagaian mengaplikasikan
Ritma dan pergerakan - menerusi sapuan warna dan
calitan warna di dalam karya.

Keseimbangan Penggunaan imbangan tidak simetri
di mana lebih luas kawasan belah kiri gambar dari
titik perspektif.
Kesatuan menggabungkan semua prinsip seni dan
unsur seni dalam karya.Terutamanya dari segi warna,
rupa, perspektif ruang dan garisan di permukaan laut,
langit, matahari, baying-bayang dan titik lenyap air
laut.
Kepelbagaian mengaplikasikan ritma dan
pergerakan serta suasana yang dapat mencipta
suatu rakaman yang realiti.


16

Kontra Menggunakan warna yang kontra pada
objek supaya dapat memberi penegasan pada objek .
Penegasan Menggunakan warna yang kontra untuk
mewujudkan penegasan pada objek. Objek yang
lebih dekat dapat menegaskan mesej yang ingin
disampaikan.
Ritma dan pergerakan ada pergerakan cahaya dan
sesuatu yang amat dekat dengan mata kita yang
boleh digambarkan secara realiti.
Kontra menggunakan warna yang kontra pada
matahari serta kesan cahaya yang membawa
perubahan atmosphere di langit dan terjatuh pada
permukaan air bagi menyatakan aspirasi semangat
impressionism sebagai perjuangan mengangkat gaya
seni.
Penegasan menegaskan warna merah dan jingga
pada matahari dan juga sebagai pantulan cahaya
pada permukaan laut bagi menunjukkan semangat
impressionisme.
KESESUAIAN
PERSEMBAHAN
Pengkarya dapat menyampaikan semangat patriotik
pahlawan melayu di samping mengingati tentang
kisah Pertarungan Hang Tuah dan Hang Jebat.
Hampir sama dengan kepercayaan orang tempatan
di mana rezeki selalunya akan datang pada awal hari
sebagai pembukaan hidup yang seterusnya.
KEPERCAYAAN Kepekaan pelukis menimbulkan penegasan figura
dalam karyanya supaya dapat menerapkan semangat
patriotik dalam jiwa manusia menerusi pengamatan
karyanya. Pelukis percaya bahawa karya ini akan
menjadi teladan kepada manusia mengenai
pertarungan antara Hang Tuah dan Hang Jebat.
Kepekaan pelukis pada kesan cahaya yang berjaya
menunjukkan realti dan keajaiban tentang perubahan
atmosfera di langit dan kesan yang terjatuh pada
permukaan air. Terdapat semangat yang diterapkan
untuk meneruskan hidup berdasarkan cara hidup
mereka. Pendayung di dalam karya tersebut percaya
sesungguhnya pada awal pagi terdapat pelbagai
rezeki yang menunggu.


17

BUDAYA Menggambarkan budaya masyarakat melayu dengan
seni pertahanan diri dalam pertarungan orang zaman
dahulu.
Menggambarkan mengenai kedamaian suasana
lautan di waktu pagi di mana masyarakat mula
mendayung sampan untuk melakukan aktiviti harian.
STAIL Karya ini ialah berbentuk figura yang disusun
mengikut sudut pandangan yang menimbulkan
suasana pertempuran hebat dan sengit, suram dan
garang. Calitan warna putih di sekeliling figura
menimbulkan kesan pergerakan. Mengubah bentuk
asal kepada unsur yang sukar difahami tetapi masih
boleh dikenali unsur-unsur asal.
Jamie Yurasits (2011) , Monet followed a precise
process in order to make his paintings. The beginning step
was called the croquis which defined the first outline of the
artists first idea actually drawn out on paper or canvas. He
referred to the second step as the esquisse which was a
quick, small trial work focused on the paintings
composition. The esquisse was characterized by a free
and bold handling of the pen or brush and expressed the
heat of improvisation. [9] The next stage of a painting was
named bauche, used to describe the first real painting
done on the canvas that evolves into the completed work in
the end of the process. Pochades, the fourth step, were
viewed as draft works that were abrupt but performed with
more care and attention than an esquisse. Monet
explained his fifth stage of a painting as an etude, a work
painted entirely outside but not deemed a finished painting.
Closely related to etudes were impressions, the step that
Impression, Sunrise refers to. Impressions were stages of
a painting used to capture natural effects and the emotions
radiated by an outdoor scene. The tableau was the last
stage of the painting process and considered the final
product which needed no other preparations.


18

4.0 Rumusan
Menerusi penghasilan karya, pendekatan apresiasi dan proses apresiasi amat penting.
Pendidikan seni harus dilihat dalam skop yang lebih luas. Umumya, para pendidik seni
beranggapan Pendidikan Seni di sekolah bukan sekadar meningkatkan kemahiran dan teknik
menghasilkan karya seni sahaja. Kebanyakan pendidik seni percaya bahawa melalui apresiasi
karya seni, pelajar- pelajar dapat memahami adat, tradisi dan nilai sesuatu masyarakat.
Macfee (1961) menegaskan bahawa every culture, differences in value and belief are
expressed through language an art forms such as dress, architecture an decoration
Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa dan sentuh dan deria pandang. Karya seni
seperti catan, lukisan, cetakan dipandang sementara acra dan binaan disentuh. Apresiasi seni
secara aktif melibatkan penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dengan orang lain apa yang
difikirkan dan dirasakan. Dalam konteks ini pengetahuan mengenai seni serta perbendaharaan
kata yang cukup mengenai seni yang diperlukan.
Apresiasi seni membolehkan pelajar memahami aspek-aspek nilai estetika, pengertian
unsur-unsur seni dan nilai-nilai sosio budaya yang terkandung dalam hasil seni dan kraf. Ianya
juga dapat menghubungkaitkan diri dan hasil sendiri dengan hasil-hasil lain berdasarkan
persepsi visual. Begitu juga dengan aktiviti apresiasi seni, kita dapat melihat perhubungan
antara kerja sendiri dengan kerja-kerja orang lain di mana kita dapat membentuk keyakinan dan
kefahaman penghargaan terhadap bidang seni. Antara objektif apresiasi ialah memahami dan
bertindak terhadap aspek seni, mengetahui pentingnya nilai seni dalam kehidupan,
menghasilkan karya, memahami seni dan hubungannya dan membuat serta menggunakan
pertimbangan estetik dan kualiti karya seni.

Anda mungkin juga menyukai