Anda di halaman 1dari 5

Apresiasi Seni

DEFINISI

Apresiasi bolehlah didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau


pandai tukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi
mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan ‘subject
matter’ serta gaya dan stail mereka .Semua ini berkait rapat dengan aspek
pemahaman mereka dari aspek-aspek kognitif. Ianya juga sebagai satu
penghargaan terhadap penilaian dan perasaan terhadap sesuatu hasil seni
itu. Ia boleh dikatakan sebagai pembentukan sikap, minat dan kebolehan
membuat pilihan dan ini berkait rapat dengan aspek-aspek afektif.

Menurut Smith (1966), apresiasi seni ini memerlukan


“logical operation such as defining, valuing and explaining”
 
Pendidikan seni harus dilihat dalam skop yang lebih luas. Umumya, para
pendidik seni beranggapan Pendidikan Seni di sekolah bukan sekadar
meningkatkan kemahiran dan teknik menghasilkan karya seni sahaja.

Menurut Chapman (1978)


“if treatart ifit were only a matter of learning acts an mastering technique, we
deny its value and character”

Kebanyakan pendidik seni percaya bahawa melalui apresiasi karya seni,


pelajar- pelajar dapat memahami adat, tradisi dan nilai sesuatu masyarakat.

Macfee (1961) menegaskan bahawa


“…every culture, differences in value and belief are expressed through
language an art forms such as dress, architecture an decoration…”

Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa/sentuh dan deria pandang.


Karya seni seperti catan, lukisan, cetakan dipandang sementara acra dan
binaan disentuh. Apresiasi seni secara aktif melibatkan penggunaan bahasa
untuk berkomunikasi dengan orang lain apa yang difikirkan dan dirasakan.
Dalam konteks ini pengetahuan mengenai seni serta perbendaharaan kata
yang cukup mengenai seni yang diperlukan.

OBJEKTIF APRESIASI SENI

a) Memahami dan bertindak terhadap aspek seni


b) Mengetahui pentingnya nilai seni dalam kehidupan
c) Menghasilkan karya (produk seni)
d) Memahami seni dan hubungannya
e) Membuat dan menggunakan pertimbangan estetik dan kualiti karya seni

TUJUAN APRESIASI DAN KRITIKAN SENI


Apresiasi seni membolehkan pelajar memahami aspek-aspek nilai estetika,
pengertian unsur-unsur seni dan nilai-nilai sosio budaya yang terkandung
dalam hasil seni dan kraf. Ianya juga dapat menghubungkaitkan diri dan hasil
sendiri dengan hasil-hasil lain berdasarkan persepsi visual.Begitu juga
dengan aktiviti apresiasi seni, kita dapat melihat perhubungan antara kerja
sendiri dengan kerja-kerja orang lain di mana kita dapat membentuk
keyakinan dan kefahaman penghargaan terhadap bidang seni.

Pendekatan apresiasi dan kritikan seni:

Mengikut John A. Michael dalam bukunya “art and adolescence” ada dua
pendekatan dalam apresiasi seni iaitu:

a) Pendekatan secara logik


b) Pendekatan secara psiklogi

PENDEKATAN SECARA LOGIK

Pendekatan ini adalah berbentuk tradisional dan memerlukan pemahaman


intelek semata-mata dan banyak berfaktakan kepada aspek andaian dan
munasabah pada yang melihat sesuatu karya seni tersebut:
 
Cadangan aktiviti pendekatan secara logik:

Secara penerangan - Membaca, mengkaji, bila dihasilkan, tujuan/teknik


pelukis, media, proses, nilai-nilai estetika dan pengaruh. 

Secara pemerhatian - Balai seni, pameran, filem, slaid,


mengumpul dan menyusun gambar-
gambar

Secara perbandingan - Analisa, penilaian, perbandingan antara satu dengan


yang lain serta menimbulkan kesedaran

Secara penghasilan - Membuat mengikut gaya artis/stail,menimbulkan


kefahaman masalah nilai- nilai khas, kepuasan, menghubungkan diri dengan
pelukis/pandai tukang gaya konsep dan zaman.

PENDEKATAN SECARA PSIKOLOGI

Pendekatan ini merangkumi perkara-perkara yang lebih menjurus kepada


perasaan peribadi, lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman kepada
penghasilan dan penghayatan sesuati karya seni. Pendekatan ini akan dapat
meninggalkan satu pengalaman yang amat berkesan dan mendalam. Secara
ini akan lebih realistik dan dapat menerima ‘response’ dan pendapat orang
lain. Kesan tindakbalas akan lebih terserlah terhadap bahan serta alat yang
digunakan.

Cadangan aktiviti pendekatan secara psikologi:

1. Secara perbincangan dan perbandingan


2. Secara proses inkuiri penemuan (discovery)
3. Secara kritikan mengenai lukisan/hasil kerja seni
4. Secara menyediakansetting/set induksi
5. Secara membesarkan gambar
6. Secara mengolah bahan-bahan sebenar
7. Secara aktiviti permainan seni
8. Secara lawatan/pameran
9. Secara koleksi buku-buku skrap dan lakaran

 
KAEDAH MELIHAT SENI

Kaedah-kaedah melihat seni terdiri daripada kaedah:


a) Hedonistic
b) Kontekstualistik
c) Organistik
d) Normistik
e) Elektik

  
a. KAEDAH HEDONISTIC

Kaedah ini hanya satu luahann perasaan secara spontan seperti kesukaan,
pernyataan perasaan, gemar, menarik dan benci.
 
Penilaian dibuat secara serta merta iaitu:

• Suka/tidak
• Tertarik/tidak
• Pernyataan spontan

Kaedah ini tidak sealiran dengan isme pengkritik dan ahli psikologi
menyatakan kaedah ini tidak diterjemahkan oleh otak (pemikiran) Cuma
berdasarkan maklumat kendiri. Ianya tidak dapat di ukur bilangan sebenar
dan terdapat pelgabai citarasa.

b. KAEDAH KONTEKSTUALISTIK
Kaedah ini lebih praktikat di mana pemerhatian dibuat secara lebih ilmiah,
sistematik dan kefahaman serta kejelasan. Ianya berkait dengan
pengetahuan sejarah, falsafah dan prinsip rekaan.Lebih rujuk kepada
perincian/spesifikasi dari aspek persoalan fahaman, rentak pengkaryaan,
interaksi pemerhati, konsepsi, hujah dan penilai karya. Ianya akan
menyediakan pengetahuan mantap dalam pengamata karya, kefahaman
konsep, kepelbagaian bandingan dan seni akan menjadi suatu pendekatan
yang menarik oleh pemerhati.

c. KAEDAH ORGANISTIK
Kaedah ini menjurus kepada aturan yang mempunyai satu sistem yang
teratur dan terancang. Penilaian dibuat serata melihat konteks seni secara
harmoni, menentuh intuisi dan menyenangkan. Penekanan kriteria kapada
aspek tata letak, tata atur, ruang dan penataan cahaya. Ini akan dapat
membentuk kesatuan cara melihat sesuatu karya dari segi warna, jalinan,
unsur-unsur seni , imbangan, perulangan, kesinambungan serta
kepelbagaian.

d. KAEDAH NORMISTIK

Kaedah ini merujuk kepada kriteria dan norma sesuatu karya dari aspek nilai
masyarakat, agama dan budaya. Ia seakan-akan ada kaitan dengan
pendekatan diri kepada Allah, rasa takwa, tidak ada unsure sensasi.
Cntohnya lukisan agama Kristian yang berkaitan unsur ikonografi, naratif dan
nilai-nilai akhlak. Kaedah ini menolak peradaban moden di mana pelukis telah
melampaui batas yang dibenar dalam budaya dan agama.

e. KAEDAH ELEKTIK

Kaedah ini lebih berbentuk cara bersepadu dan holistic, ianya aalah
gabungan persepsi penilai seni tentang tanggapan positif dan negatif. kriteria
penilai menekankan unsur asas prinsip, struktur organisasi dan alat dan
bahan. Kaedah ini untuk pemerhatian secara rawak, tidak menjurus kepada
aspek kronologinya. Wajaran hanya secara baik, sederhana dan kurang baik.

 
PROSES APRESIASI SENI 
Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar pendidikan seni mengenai
proses apresiasi. Feldman (1967) dan smith (1967) mencadangkan aktiviti-
aktiviti apresiasi seni berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual
melalui empat tahap:

a) Menggambarkan
b) Menganalisa
c) Tafsiran
d) Penilaian

a. MENGGAMBARKAN

Mengamati hasil seni dan menggambarkab sifat-sifat tampak seperti warna,


garisan, bentuk, rupa, jalinan dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip dan
struktur

b. MENGANALISA

i. Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsure-unsur seni,


prinsip dan stuktur
ii. Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana
iii. Menghauraikan stail sesuatu karya
c. TAFSIRAN

i. Mencari makna-makna yang tedapat pada sifat-sifat tampak seperti subjek,


simbol, unsur-unsur seni, prinsip, strktur, corak dan bahan
ii. Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) an analogi-analogi (persamaan)
untuk  menjelaskan makna tersebut.

d. PENILAIAN

i. Membuat penilaian berdasarkan kepada criteria yang bersesuaian seperti


keaslian, gubahan, teknik dan fungsi
ii. Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya dari segi individu,
social, keaagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniaannya.

Anda mungkin juga menyukai