Anda di halaman 1dari 11

Kurukulum Pendidikan Seni

SSP2093
Minggu ke 7
Struktur Kurikulum Pendidikan Seni Oleh Knneth M.
Lansing.

Kenneth M. Lansing merupakan penulis yang banyak


menghuraikan pandangan yang berhubung dengan pembinaan
kurikulum Pendidikan Seni. Pandangannya ini ditulis dalam buku
yang bertajuk ‘Art, Artist and Art Education (1971).
Menerusi buku Art, Artist and Art Education oleh Knneth M.
Lansing, ia menghuraikan tentang pembinaan kurikulum
Pendidikan Seni yang meliputi matlamat am, matlamat khusus,
objektif serta pendekatan yang sepatutnya digunakan oleh pembuat
dan perancang kurikulum.

Matlamat Umum Knneth M. Lansing.

Matlamat utama Pendidikan Seni oleh Knneth M. Lansing


boleh dibahagikan kepada dua iaitu untuk menghasilkan penggiat
seni (artis) dan penghayat seni (connoiseurs) yang berpengetahuan
serta mempunyai kemahiran untuk menginteprestasi dan menilai

1
serta berkemampuan untuk mentafsir dan berkomunikasi tentang
pengertian pengalaman menerusi hasilan tampak dalam kehidupan.
Kandungan seni amat luas. Bagi yang berbakat dan
berkeupayaan menguasai bidang-bidang tertentu akan menjadi
seorang penggiat seni sementara yang lainnya masih boleh
melibatkan diri iaitu sebagai penghayat seni.

Matlamat Khusus Knneth M. Lansing.

Matlamat khususnya pula menjelaskan bahawa ia dapat


mempertingkatkan pengetahuan seni seseorang itu,
mempertingkatkan kesedaran dan sikap terhadap seni serta
memperkembangkan potensi dalam berkarya. Knneth M. Lansing
juga menjelaskan perkaitan matlamatnya dengan aspek
perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor. Ketiga-tiga
matlamat ini dinyatakan sebagai struktur pengetahuan seni.

Struktur Pembentukan Kurikulum Pendidikan Seni


Oleh Knneth M. Lansing.

Dalam aspek pembentukan kurikulum, Knneth M. Lansing


memberikan tumpuan terhadap tiga struktur:

2
 struktur pengetahuan (kognitif),
 struktur sikap (afektif) dan
 struktur kemahiran (psikomotor).

Ketiga-tiga struktur ini merupakan domain yang penting dalam


pembentukan kurikulum.

A. Kognitif

Domain kognitif ini adalah berkaitan dengan ilmu


pengetahuan. Ia mempunyai keupayaan mental untuk mentafsir,
mengaplikasi ilmu pengetahuan. Terdapat lima jenis keupayaan
pengetahuan yang harus dikuasai iaitu:
a. Sejarah Seni – merangkumi penghayatan seni, menikmati
seni dan ada ilmu mengenai sejarah seni.
b. Ilmu tentang kehidupan – melihat kepada latarbelakang dan
kehidupannya, pengalamannya menjana dan menggarap ilmu.
c. Gubahan – menyusun unsur seni, prinsip, disiplin
Pendidikan Seni, bahasa tampak, pengalaman dan
pengetahuan sedia ada.
d. Prosedur – proses berfikir, mengolah, mengaplikasi teknik
dan menghasilkan dengan menggunakan ilmu yang diberi
secara tersusun.

3
e. Estetika - pengolahan estetika dan pengalaman estetika itu.

B. Afektif

Domain afektif ini adalah berkaitan dengan struktur sikap. Ia


merupakan luahan emosi, perasaan, etika dan nilai dalam diri
individu yang disokong oleh diri, keluarga, masyarakat dan
persekitarannya. Dan empat sikap yang seharusnya ada adalah
seperti di bawah:
a. Sedia – sedia bekerja keras, meningkatkan keupayaan
kreativiti, sedia berubah dan mengubah.
b. Yakin – yakin kepada potensi individu, kebolehan
menghasil, menilai, pernyataan yang menunjukkan
penguasaan ilmu tampak.
c. Minat – berminat menimba ilmu, menitikberatkan nilai dan
motivasi.
d. Berfikiran terbuka – terhadap perbezaan gaya, bentuk, idea
dan tema yang membawa kepada perluasan ilmu.

4
C. Psikomotor.

Domain psikomotor ini merupakan struktur pergerakan dan


kemahiran yang perlu dikuasai. Ia merupakan keupayaan
perlakuan:
 gerak kinestetik,
 koordinasi
 (ilmu dan pengalaman yang diluahkan) melalui kerja tangan.
Struktur pergerakan ini adalah bertujuan bagi :
a. Mempertingkatkan kemahiran koordinasi mata dan tangan.
b. Mempertingkatkan kemahiran manipulasi media.

Kesimpulan

Melalui kesemua domain di atas, pelajar bukan sahaja


mempunyai tahap intelektual yang tinggi malah mempunyai
ketinggian nilai, minat, sikap, penghargaan nilai, mempunyai tahap
emosi yang diingini dan pelajar juga mampu membuat pernyataan,
etika dan estetika yang diharapkan terhadap penghasilan seni
melalui sesuatu aktiviti. Ia juga dapat menunjukkan kemahiran
memanipulasi bahan dan peralatan seni secara lebih efisyen.

5
Untuk itu potensi semulajadi pelajar dapat dikembangkan
dengan menekankan struktur ilmu yang dilihat melalui tiga domain
utama iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Kemahiran ini perlu
dilaksanakan secara berterusan berpandukan garis panduan yang
ditetapkan. Dan huraian kesemua domain tersebut akan
dijustifikasikan untuk memperlihatkan kesesuaiannya dengan
Kurikulum Pendidikan Seni di negara kita.

6
Pendidikan Seni Berasaskan Disiplin ( DBAE )

DBAE adalah ringkasan kepada “ Dicipline Based Art


Education “. DBAE ini diasaskan melalui empat disiplin seni iaitu
Disiplin Sejarah Seni, Disiplin Kritikan Seni, Disiplin Estetik Seni
dan Penghasilan Karya atau Produk.

A. Disiplin Sejarah Seni

Disiplin ini memusatkan pembelajaran mengenai artis dan


sumbangan aktiviti seni terhadap perkembangan peradaban seni
serta pengaruhnya terhadap tamadun dan budaya bangsa. Terdapat
beberapa aspek dan peringkat pembelajaran sejarah seni iaitu:

1. Belajar tentang sejarah perkembangan penghasilan seni dan


peningkatan pencapaian nilai artistik melalui sejarah
pergerakan aliran gaya seni.
2. Menganalisa karya-karya seni masa lampau yang mendapat
pengiktirafan masyarakat serta dapat dijadikan sebagai bahan
rujukan atau sumber pengetahuan dan pengalaman bagi
generasi masa kini dan akan datang.

7
3. Menyelidik dan mengkaji karya untuk mengesan asal-usul,
kesan terhadap aliran seni dan artis serta mencari makna serta
pengertian.
4. Mengukur dan menilai serta memahami karya seni dalam
konteks yang luas.

B. Disiplin Kritikan Seni

Seni terbentuk dari unsur-unsur yang saling melengkapi dan


digubah berlandaskan prinsip sehingga dapat diiktiraf sebagai
suatu hasil seni. Disiplin kritikan seni menumpukan perhatian
kepada penekanan kandungan mengenai persepsi,diskripsi, analisa,
interprestasi dan penilaian terhadap sesebuah karya atau produk
seni.
Pengalaman mengenai disiplin ini akan dapat dicapai melalui
aktiviti pemerhatian, penganalisaan dan penilaian karya seni serta
faktor-faktor yang berkaitan dengannya.
Pengetahuan mengenai disiplin ini juga boleh dihasilkan
melalui peningkatan kefahaman melalui pembacaan, penulisan,
komentar yang sering diperbincangkan atau diulas oleh pengkritik
seni, artis, pemerhati seni, budayawan dan sejarawan.

8
Terdapat 3 komponen asas dalam membuat kritikan iaitu apa
(memerlukan persepsi dan diskripsi), makna (analisis atau
interprestasi) dan penilaian (pertimbangan dan penilaian).
Kritikan seni juga melibatkan aktiviti pengamatan dan
pemerhatian yang teliti tentang sesuatu karya seni. Ia merupakan
keupayaan pemerhati untuk menilai, membanding dan membeza
antara karya dengan mengambil kira pertimbangan terhadap semua
aspek.
Selain daripada itu ia membicarakan tentang tindakbalas dan
persepsi orang lain atau audien juga masyarakat terhadap seni.

C. Disiplin Estetik

Perbincangan mengenai estetik memerlukan kefahaman dan


penguasaan laras bahasa tampak. Perbincangan boleh melibatkan
pelbagai faktor dalam aspek antropologi, falsafah, sosiologi,
psikologi dan sifat semulajadi seni.
Pelajar diminta membicarakan definisi dan ciri-ciri signifikan
mengenai seni melalui disiplin ini.
Disiplin ini membantu pelajar membuat asas-asas penilaian
sehingga mampu membuat pertimbangan mengenai seni.

9
Pengetahuan estetik membantu pelajar membuat apresiasi
tentang keindahan, keunikan atau kesalahan yang wujud pada hasil
seni melalui pelbagai pengalaman estetik.

D. Disiplin Penghasilan Produk

Dalam disiplin penghasilan produk seni ianya lebih


menegaskan kepada tatacara, kaedah dan proses menghasilkan
karya atau produk seni.
Disiplin ini memerlukan pendidik menegaskan tentang
penggunaan langkah-langkah artistik dan proses kreativiti sebagai
langkah penghasilan karya.
Seni untuk pernyataan diri (ekspresif) memerlukan pelajar
melalui beberapa peringkat pembelajaran kajian dan penerokaan
untuk mewujudkan pengalaman iaitu:
 pengalaman dan penyesuaian dengan menggunakan pelbagai
alatan, bahan, proses dan teknik.
 Mempelajari dari pengalaman sejarah dan warisan iaitu cara
artis atau pandai tukang menggunakan alatan, bahan dan
teknik pembuatan serta sikap dan nilai budaya kerja mereka.
 Membina dan memperkembangkan kualiti sahsiah yang
diperlukan untuk mencapai kejayaan seperti tekun, sabar,

10
dedikasi, cermat, teratur serta berkeupayaan menilai diri dari
segi artis atau budaya.
 Belajar melahirkan pernyataan diri akibat dorongan emosi,
perasaan dan pemikiran melalui bentuk-bentuk tampak.
 Memahami faktor-faktor motivasi melalui peranan artis atau
pandai tukang mengenai kehidupan serta sumbangannya
kepada masyarakat dan budaya.
Menghargai sumbangan artis dalam proses mempelajari dan
mendapatkan pengalaman artistik iaitu kaedah yang dapat
mengaplikasikan asas seni reka dan organisasi rekaan bagi
menjana idea.

11

Anda mungkin juga menyukai