Anda di halaman 1dari 21

PENDAHULUAN

Pendidikan Seni Visual menggantikan nama Pendidikan Seni yang terdahulu.


Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana dalam hubungan seni di sekolah,
Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dan tidak
merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni
mempertahankan

diri. Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada

murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan


kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata
pelajaran lain. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif
dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat ini melalui
persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan
reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan
idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina
keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri. Pendidikan Seni
Visual sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu dalam
mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain. Pengajaran dan pembelajaran akan
lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif ( KBKK ).
Murid digalakkan menyimpan rekod pengalaman pembelajaran dan hasil kerja sendiri.
Amalan ini akan melatih murid membuat analisis, sintesis dan refleksi terhadap
pembelajarannya untuk faedah sendiri. Pendidikan Seni Visual sekolah rendah, setiap
murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik, interpersonal
dan intrapersonal. Sifat ini amat penting untuk membantu murid berkarya,
berkomunikasi dan mengukuh koordinasi pancaindera secara seimbang. Proses ini
menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna.

MATLAMAT
Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk
melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas
seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa

kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni


dan warisan bangsa serta dapat menyumbang kea rah pembangunan diri, keluarga,
masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

OBJEKTIF
Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah, murid boleh :
Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan.
Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif, dan
menyeronokkan.
Menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui panca indera.
Mengenali seni asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya.
Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual.
Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat.
Memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertangungjawab.
Mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air.
Menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual.
Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang
berfaedah.

ORGANISASI KURIKULUM
Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun bertujuan melibatkan
murid dalam pelbagai kegiatan seni. Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat
bidang utama. Bidang-bidang tersebut ialah bidang menggambar, membuat corak dan
rekaan, membentuk dan membuat binaan, dan mengenal kraf tradisional. Pengalaman
seni ini adalah untuk memperkembangkan dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi
visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Pengalaman
ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari
segi sosioemosi, psikomotor, dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi,
manipulasi dan persepsi visual. Dengan mempelajari Pendidikan Seni Visual di sekolah
rendah, murid akan dapat menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran. Antara
pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan, alat dan

teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Murid juga akan mendapat
pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni
dan prinsip rekaan dalam Pendidikan Seni Visual, proses pembuatan hasil seni,
menyimpan maklumat atau dokumentasi, mengintegrasikan maklumat dan aplikasi
computer dalam kerja seni visual. Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid
pula ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik secara berkesan, membuat
pilihan, membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan.
Organisasi kurikulum ini merangkumi empat aspek utama yang dipentingkan iaitu :
a.
b.
c.
d.
e.

Pemerhatian secara aktif.


Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan.
Apresiasi seni visual secara mudah.
Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan.
Pemerhatian secara aktif.

Pemerhatian Secara Aktif


Merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat
menajamkan persepsi murid. Selain memperkembangkan deria penglihatan ia juga
melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu
perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang asas seni visual juga turut
diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini. Murid akan dilatih membuat
pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini adalah untuk
membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatankegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya
ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak.

Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan


Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam
mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini
akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual
berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa

berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras
konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting
kerana ia memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Murid juga
dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni di
masa akan datang.

Apresiasi seni visual secara mudah


Apresiasi

seni

visual

memberi

pengalaman

kepada

murid

mengenali

aspek

pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari
segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan
apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula
boleh dibuat dalam pendidikan seni visual sekolah rendah.

Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan


Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga
dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam
persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam
sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat
membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan.

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH ( KSSR )


Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ) diperkenalkan pada 2011 dengan
subjek lebih sedikit tetapi menggunakan yang lebih interaktif KSSR menggabungkan

beberapa subjek menjadi satu selain turut memperkenalkan satu subjek baru yang
bertema semangat kenegaraan dan patriotik.
Melalui KSSR, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang
akan menggantikan buku teks. KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga
modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif. Tahap satu
sekolah rendah ( tahun 1 3 ) akan tertumpu kepada penguasaan 4M ( membaca,
menulis, mengira dan menaakul ) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan
maklumat ( ICT ), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan
nilai. Sementara tahap dua sekolah rendah ( tahun 4 6 ) akan tertumpu kepada
pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi,
kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.

ORGANISASI KANDUNGAN KSSR DUNIA SENI VISUAL


Kurikulum Dunia Seni Visual sekolah rendah mengandungi empat bidang iaitu :
1.
2.
3.
4.

Menggambar
Membuat Corak dan Rekaan
Membentuk dan Membuat Binaan
Mengenai kraf Tradisional

Organisasi kandungan dalam empat bidang tersebut disusun berasaskan kepada


empat standard kandungan iaitu :
1.
2.
3.
4.

Persepsi Estetik
Aplikasi Seni
Ekspresi Kreatif
Apresiasi Seni

Standard pembelajaran digubal dan diperincikan bagi tujuan pengajaran berasaskan


standard kandungan :
STANDARD KANDUNGAN 1 : PERSEPSI ESTETIK
Standard kandungan ini membolehkan murid membuat persepsi dan memahami
bahasa seni visual ( unsur seni dan prinsip rekaan ) yang terdapat pada alam ciptaan
Tuhan, objek buatan manusia, dan karya seni.
STANDARD KANDUNGAN 2 : APLIKASI SENI
Standard kandungan ini membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan,
pemahaman, dan bahasa seni visual menerusi penentuan media atau teknik dalam
aktiviti seni.
STANDARD KANDUNGAN 3 : EKSPRESI KREATIF
Standard kandungan ini mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa
seni visual, menerusi penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi
dalam penghasilan karya seni.
STANDARD KANDUNGAN 4 : APRESIASI SENI VISUAL
Standard kandungan ini membolehkan murid membuat apresiasi terhadap karya
sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya. Murid juga
boleh membuat penghayatan dan penghargaan seni warisan serta hubung kait seni
visual dengan disiplin ilmu yang lain, kehidupan dan kerjaya.
PENGERTIAN PERSEPSI ESTETIK
Antara definisi persepsi yang dikemukakan oleh ahli-ahli falsafah yang terkenal
ialah :
1. Persepsi adalah tahap pertama proses berfikir. Tahap kedua adalah logik.
Persepsi mempengaruhi apa yang dilihat oleh logic. Ringkasnya persepsi
menentukan logic Edward 1969.

2. Persepsi adalah satu set proses di mana kita mengiktiraf, mengorganisasikan


dan memberi makna kepada rangsangan yang diterima daripada alam
persekitaran Sternberg 1996.
3. Persepsi ialah sebarang pengalaman yang diperolehi daripada pancaindera kita
setelah ia diorganisasikan Brenman 1991.
4. Persepsi adalah proses minda yang membantu kita memilih ransangan dan
isyarat untuk diberi perhatian Nahavandi dan Malekzadeh 1998.
Konsep persepsi secara ringkasnya dapat dibahagikan kepada dua aliran iaitu
empirical dan rasionalis. Definisi-definisi yang diberikan di atas adalah gabungan dua
aliran itu. Aliran empirical merujuk kepada cara memahami pembentukan persepsi
dengan cara pemerhatian, manakala aliran rasionalis merujuk kepada cara pemahaman
yang lebih berdasarkan olahan minda.
Prinsip

semula jadi memainkan peranan penting bagi menghuraikan konsep

persepsi. Ia menyarankan pancaindera yang terdapat pada setiap insan tidak kira
berapa umurnya akan dipengaruhi oleh persepsi visual. Prinsip ini tidak mengambil kira
pengalaman yang dilalui oleh insan itu ketika memproses gambaran kerana factor
pengalaman itu tidak berupaya mempengaruhi persepsi visual individu itu.
Estetik merupakan kajian deria atau nilai deria-emosi, ataupun timbangan
sentiment-sentimen dan cita rasa. Estetik merupakan subdisiplin aksiologi, sesuatu
cabang falsafah dan sering dikaitkan dengan falsafah seni.
Persepsi Estetik ialah gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran atau
tanggapan berkenaan keindahan atau penghargaan terhadap keindahan.

PENGERTIAN APLIKASI SENI


Pengaplikasian seni dalam pengajaran dapat mengelakkan pelajar daripada lesu
dan bosan terhadap pelajaran dalam kelas. Seni sangat penting diaplikasikan dalam

pengajaran kerana berupaya melahirkan pelajar yang kreatif, inovatif, berpengetahuan,


dan memberi pengalaman yang bererti kepada pelajar.
Dalam

proses

mengaplikasikan

seni

dalam

pengajaran

kebiasaannya

menggunakan pendekatan pengajaran berpusatkan guru dan pelajar. Pelbagai teknik


yang digunakan oleh seorang guru dalam memberi kefahaman kepada pelajarnya.
Proses pengajaran dan pembelajaran perlu menggunakan media pengajaran yang
bersesuaian dengan isi pembelajaran dan teknik mengajar yang diguna pakai. Media
pengajaran boleh dibahagikan kepada dua iaitu media bukan cetak dan media cetak.
Antara media pengajaran yang digunakan dalam mengaplikasikan seni ialah filem,
video, cakera video interaktif, lukisan, carta, kartun, poster, graf, model, boneka, alat
paparan, pita audio dan lain-lain. Media pengajaran amat membantu guru. Aplikasi seni
dalam pengajaran penting kerana dapat memupuk penghayatan estetika. Dengan
mengaplikasikan seni dalam pengajaran seperti penggunaan visual ruang, pelajar akan
berkebolehan untuk berfikir dalam tiga dimensi iaitu mengubahsuai imej serta melayari
ruang dan menghasilkan maklumat grafik. Pelajar akan melihat dan memerhatikan
melalui objek, bentuk warna atau pemandangan yang dipamerkan seperti peta minda,
carta, lukisan, warna atau ukiran. Ini akan membantu pelajar untuk lebih mudah
mengingat.

PENGERTIAN EKSPRESI KREATIF


Ekspresi

bermaksud

melahirkan

perasaan,

menyatakan

perasaan,

atau

meluahkan perasaan dan fikiran dengan kata-kata atau gerak-geri. Kreatif pula
bermaksud kebolehan mencipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea
baru dan asli. Jadi, ekspresi kreatif ialah kebolehan murid menghasilkan hasil seni
berdasarkan perasaan atau fikiran mereka secara kreatif.

Kreativiti merupakan potensi yang ada dalam diri individu dan ia tidak terhad
kepada keupayaan atau kebolehan seni. Semasa mempelajari seni, kanak-kanak
secara langsung dan terancang didedahkan kepada proses kreatif yang menuju kepada
pemikiran kreatif dan seterusnya membentuk ciri-ciri kreativiti yang tinggi dalam hasil
karya mereka. Aktiviti serta projek seni memberi latihan terarah kepada kanak-kanak
untuk melalui proses kreatif secara berperingkat menerusi budaya berfikir. Proses
kreatif merangsang budaya pemikiran kreatif dan kritis dalam menyelesaikan tugasan
sama ada dalam bentuk permasalahan atau membuat keputusan. Aktiviti seni turut
menggalakkan proses eksperimentasi dan penerokaan di kalangan kanak-kanak.

PENGERTIAN APRESIASI SENI VISUAL


Jika berhadapan dengan sebuah karya seni rupa tentu akan muncul tanggapan
secara visual saat mata mengamati bahagian-bahagiannya. Seterusnya, muncul
tanggapan dari dalam diri untuk menilai karya tersebut apakah menarik, mengagumkan,
indah, menggetarkan, atau mengharukan. Tanggapan tersebut disebut apresiasi.
Apresiasi adalah sikap kepekaan dalam menghargai, mengagumi, dan menilai sebuah
karya seni. Apresiasi pasif tumbuh seiring dengan pembiasaan yang sifatnya pasif
sampai pada tahap menilai. Adapun apresiasi aktif, iaitu apresiasi pasif yang disertai
pembuatan karya.
Apresiasi pasif dapat dilakukan dengan pelbagai cara, mulai dari megamati
gambar atau reproduksi karya seni rupa di buku hingga menghadiri pameran karya seni
rupa. Adapun apresiasi aktif terjadi jika ada dorongan untuk berkarya setelah
melakukan kegiatan apresiasi pasif.
Untuk melakukan apresiasi pasif, seseorang tidak harus menjadi seorang perupa
kerana setiap orang dapat berkreasi sesuai dengan kemampuannya. Para ahli
menyatakan bahawa kegiatan kreatif beroleh seni rupa dapat menjadi pelepas jiwa

yang tegang. Dengan demikian, berapresiasi aktif dapat menyegarkan kembali suasana
batin seseorang.

KANDUNGAN
Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat bidang
kegiatan iaitu :
1.
2.
3.
4.

Menggambar
Membuat Corak dan Rekaan
Membentuk dan Membuat Binaan
Mengenal Kraf Tradisional

Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif,
interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta
menghargai nilai baik. Pengajaran akan berlaku secara bersepadu.
1. MENGGAMBAR
Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta
kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan
pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan
komposisi. Antara kegiatan dalam bidang ini ialah :
1.1 lukisan
1.2 Catan
1.3 Kolaj
1.4 Montaj
1.5 Cetakan
1.6 Resis
1.7 Gosokan
1.8 Stensilan
1.9 Percikan
1.10 Gurisan
1.11 Capan
1.12 Mozek
1.13 Poster

Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan
menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan
dan kegunaannya. Kegiatan menggambar akan memperkenalkan pelbagai kemahiran
asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran melalui pemerhatian alam
persekitaran

menjadi

focus

kegiatan

menggambar.

Kegiatan

ini

dapat

memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka
seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. Ini akan membolehkan murid
menyelaras apa yang dilihat dan dialami dengan apa yang dilakukan melalui gubahan.
Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini
boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan
cerita.

2. MEMBUAT CORAK DAN REKAAN


Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk
menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan
rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada bidang
kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai
teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti :
2.1 Corak tidak terancang secara :
2.1.1 Pualaman
2.1.2 Tiupan
2.1.3 Titisan
2.1.4 Ikatan dan celupan
2.1.5 Renjisan dan percikan
2.2 Corak terancang secara :
2.2.1 Lukisan
2.2.2 Tiupan
2.2.3 Cetakan
2.2.4 Capan
2.2.5 Lipatan dan guntingan

2.2.6 Resis
2.2.7 Kolaj
2.2.8 Kaligrafi
Bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam
dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan motif dan olahannya untuk
menghasilkan rekaan corak tertentu. Kegiatan ini memberi peluang kepada murid
membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak tradisional
dengan teknik tetentu. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses
pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan,
peragaan dan lakonan.

3. MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN


Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni
dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek
tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan
membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga
mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan.
Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan,
semasa menjalankan proses penghasilan seni. Bidang kegiatan membentuk dan
membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti :
3.1
3.2
3.3
3.4
3.5
3.6
3.7
3.8
3.9

Arca timbul
Asemblaj
Mobail
Stabail
Model
Diorama
Boneka
Topeng
Origami

Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid membuat
rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea
dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan
sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara
seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

4. MENGENAL KRAF TRADISIONAL


Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan ( kerja seni ) yang melibatkan
kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi
turun-temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti :
4.1 Alat domestic
4.2 Alat permainan
4.3 Alat pertahanan diri
4.4 Perhiasan diri ( ornament )
4.5 Batik
4.6 Tekat
4.7 Ukiran
4.8 Tenunan
4.9 Anyaman
4.10 Tembikar
Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam
budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik
membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan
sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan
serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini

boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan
cerita.

Kolaborasi
BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS

Nama Pelajar

1. NOREZAYATI BT. MOHD LAZIM


2. ROHAIDAH BT SUBOH
3. RIEZMAN BIN DAIN
4. FARIZAL BIN AHMAD

Kumpulan

SAINS 1 ( SEMESTER 6 )

Mata Pelajaran

PENDIDIKAN SENI VISUAL

Pensyarah

PN. SAEDAH BT MOHD SHAH

BIL

TARIKH

PERKARA YANG
DIBINCANGKAN

KOMEN

1.

08 Feb. 2014

Menerima soalan tugasan


dan taklimat daripada
pensyarah pembimbing,
Pn. Saedah Mohd Shah.
Tajuk
tugasan
dibahagikan
kepada
setiap kumpulan.

Tugasan
ini
dilaksanakan secara
berkumpulan berdua
dan individu.

T. TANGAN

2.

10 Feb. 2014

Mencari
maklumat Membaca maklumat
daripada pusat sumber yang berkenaan dan
dan
melayari
internet membuat nota.
untuk memahami tajuk
tugasan.
High light maklumat
yang penting dan
maklumat mencatat maklumat
tersebut.

3.

15 Feb. 2014

Menganalisa
yang dicari.

4.

20 Feb. 2014

Membuat
slaid
untuk Membuat
slaid
maklumat
yang berdasarkan
dikumpulkan
tentang maklumat penting.
KBSR dan KSSR PSV.
Memurnikan
persembahan slaid.

5.

25 Feb. 2014

Mencari
idea
dan Tugasan individu.
membuat lukisan catan .
Melakar tugasan lukisan.
Mewarna lukisan dengan
menggunakan warna air.
dalam
Merakam
langkah Rakaman
foto
dan
penghasilan kerja lukisan. bentuk
keterangan
setiap
langkah.

6.

27 Feb. 2014

Memurnikan
tugasan Menyiapkan langkahlukisan
supaya
lebih langkah penghasilan
kemas dan menarik.
kerja lukisan.

7.

02 Mac 2014

Menulis refleksi kendiri


tentang
kekuatan,
kelemahan dan langkah
mengatasi semasa kami
membuat
tugasan
sepanjang masa ini.

Imbas kembali apa


yang telah di lakukan
dan
dihadapi
sepanjang
kami
membuat
tugasan
subjek ini. Imbas
kembali apa yang
telah di lakukan dan
dihadapi sepanjang
kami
membuat
tugasan subjek ini.

8.

10 Mac 2014

Penyemakan terakhir.

Bahagian salah telah


diubahsuaikan.

9.

15 Mac 2014

Menghantar
tugasan Tugasan diterima dan
direkodkan.
kepada pensyarah

BIBLIOGRAFI
Dunia Seni Visual. Diakseskan pada 10 Februari 2014.
http://www.kedah.edu.my/akademik/index.php?
option=com_phocadownload&view=category&id

Dunia Seni Visual. Diakseskan pada 10 Februari 2014.


web.moe.gov.my/.../dunia_seni_visual/dokumen_stan...

Dunia Seni Visual Kurikulum Standard Sekolah. Diakseskan pada 10 Februari 2014.
http://eduskkbsr.blogspot.com/2012/04/dunia-seni-visual-kurikulum-standard.html

Matlamat dan Objektif Pendidikan Seni Visual dalam KBSR dan KSSR. Diakseskan
pada 11 Februari 2014.
http://www.scribd.com/doc/50249106/Matlamat-Objektif-Pendidikan-Seni-Visual-dalam

Pendidikan Seni Visual KSSR. Diakseskan pada 11 Februari 2014.


http://www.slideshare.net/shafizasabudin/pendidikan-seni-visual-kssr

Sukatan Pendidikan Seni Visual KBSR dan KSSR. Diakseskan pada 11 Februari 2014.
http://b.zeroredirect1.com/zcvisitor/025bdc30-92b4-11e3-80d9-22000ab699b8

REFLEKSI KENDIRI

Bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat juga saya
selesaikan tugasan yang telah diberikan. Sekalung ucapan terima kasih yang tidak
terhingga kepada pensyarah pembimbing saya iaitu Pn. Saedah bt Mohd Shah kerana
telah banyak memberi dorongan dan sokongan kepada saya dalam usaha
menyelesaikan tugasan ini.
Saya juga begitu bertuah dan berbesar hati kerana mendapat rakan tugasan
yang menunjukkan komitmen yang baik sepanjang menjalankan tugasan yang
diberikan. Kerjasama, tunjuk ajar, mesra dan bimbingan yang diberikan memudahkan
lagi usaha saya menyiapkan tugasan ini.
Tugasan yang telah diberikan ini perlu dilakukan secara kumpulan dan individu.
Saya memulakan tugasan sebaik sahaja taklimat diberikan. Saya bertanggungjawab
untuk mencari maklumat tentang pembentukan kurikulum PSV dalam KSSR

yang

mana boleh digunakan oleh guru dalam proses pengajaran terhadap pelajar mereka.
Setelah mengumpul maklumat secukupnya dari buku dan internet, saya memulakan
tugasan saya dengan menyediakan nota ringkas daripada maklumat yang telah saya
perolehi. Sementara rakan saya yang lain pula mengumpul maklumat tentang PSV
dalam KBSR. Hasil daripada maklumat tersebut, kami rangkumkan dan menghasilkan
perbezaan antara PSV dalam KBSR dan KSSR. Setelah dikaji dan diteliti, maklumatmaklumat tersebut kami persembahkan dalam bentuk persembahan slaid sebagaimana
yang dikehendaki oleh arahan tugasan.

Pelbagai pengalaman dan ilmu pengetahuan yang saya dapat melalui tugasan
yang telah diberikan. Antaranya, saya dapat menambahkan pengetahuan tentang
sukatan Kurikulum PSV dalam KBSR dan KSSR dengan memberi penekanan kepada
matlamat, organisasi, kandungan, reka bentuk kurikulum, pendekatan pengajaran PSV
dan kaedah yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran PSV.
Pendidikan Seni Visual bertujuan untuk memberi peluang kepada murid
memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan
terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran
lain. Pada pandangan saya, pengalaman pembelajaran yang efektif ini penting kerana
ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita
rasanya sendiri.
Tugasan kedua adalah berbentuk individu di mana saya perlu menghasilkan satu
hasil kerja catan yang menggunakan warna air. Saya telah memilih gambar
pemandangan di kawasan perkampungan nelayan untuk diadaptasikan di atas kertas
lukisan saya. Saya memilih suasana tersebut kerana saya tertarik dengan keindahan
alam

yang

semula

jadi

dan

berwarna-warni.

Walaupun

saya

tahu

untuk

menghasilkannya amat sukar memandangkan saya tidak berapa pakar dalam bidang
seni lukis, namun saya cuba sedaya yang termampu untuk menghasilkan lukisan yang
terbaik.
Untuk menghasilkan lukisan ini, pelbagai masalah terpaksa saya harungi.
Antaranya ialah, masalah menghasilkan lakaran gambar pemandangan tersebut. Ia
amat sukar dan saya memerlukan masa yang agak lama untuk menghasilkannya.
Namun begitu, dengan usaha dan tekun saya berjaya menghasilkannya walaupun tidak
berapa menarik seperti gambar yang asal. Masalah kedua pula ialah penggunaan
warna yang sesuai untuk lukisan tersebut. Walaupun sudah terdapat panduan pada
gambar yang asal, namun ia menjadi lebih sukar kerana saya tidak mahir dalam proses
pencampuran warna. Warna-warna yang digunakan kadang kala kelihatan tidak sesuai

dengan gambaran asal. Saya terpaksa mencuba campuran warna-warna berkenaan


berkali-kali. Masalah yang ketiga ialah pengurusan masa. Memandangkan kami pelajar
yang sudah berkeluarga, kekangan masa menjadi satu masalah yang besar bagi kami.
Penghasilan lukisan ini memerlukan masa yang panjang dan tanpa gangguan. Saya
berasa amat tertekan kerana terpaksa menyiapkan lukisan ini di samping komitmen
terhadap keluarga dan kerjaya. Namun, Alhamdulillahdengan berkat doa dan usaha
yang tidak pernah putus akhirnya saya berjaya melaksanakan tugasan PSV untuk
semester ini dengan jayanya.
Setelah mempelajari dan mendalami subjek ini, saya dapat simpulkan bahawa
tugasan ini memberikan saya seribu satu pengetahuan tentang Pendidikan Seni Visual.
Dengan ini, saya amat berterima kasih kepada ahli kumpulan yang banyak membantu
dalam usaha mencari maklumat tentang tugasan ini dan juga tidak dilupakan kepada
pensyarah pembimbing kami, Pn. Saedah Mohd Shah yang telah banyak memberi
tunjuk ajar dan garis panduan tentang tugasan ini.

Sekian, terima kasih.

NOREZAYATI BT. MOHD LAZIM


( 771121-03-5898 )

Anda mungkin juga menyukai