Anda di halaman 1dari 29

TOPIK 9 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI

PENGENALAN

Art appreciation is not always black and white. You get out of art what you're willing to put in. Art is a relationship
and requires that you work at it.
Richard Nilsen, The Arizona Republic, July 2, 2006

Sumber: http://www.azcentral.com/arizonarepublic/ae/articles/0702heard0702.html

Ianya juga sebagai satu penghargaaan terhadap penilaian dan perasaan terhadap sesuatu hasil seni itu. Ia boleh
juga dikatakan sebagai pembentukan sikap, minat dan kebolehan membuat pilihan dan ini berkait rapat dengan
aspek-aspek afektif.

Menurut Smith (1966), apresiasi seni ini memerlukan logical operation,such as defining, valuing, and
explaining. Pendidikan seni harus dilihat dalam skop yang lebih luas. Umumnya, para pendidik seni
beranggapan Pendidikan Seni di sekolah bukan sekadar meningkatkan kemahiran dan teknik menghasilkan
karya seni sahaja. Munurut Chapman(1978), If treat art as if it were only a matter of learning facts and
mastering technique, we deny its value and character.

Kebanyakan pendidik seni percaya bahawa melalui apresiasi karya seni, pelajar-pelajar dapat memahami adat,
tradisi dan nilai sesuatu masyarakat. Macfee (1961) menegaskan bahawa every culture, differences in value
and belief are expressed through language and art forms such as dress, architecture an decoration.

Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa atau sentuh dan deria pandang. Karya seni seperti catan,
lukisan, cetakan dipandang sementara arca dan binaan di sentuh. Apresiasi seni secara aktif melibatkan
penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dengan orang lain apa yang difikirkan dan dirasakan. Dalam konteks
ini pengetahuan mengenai seni serta perbendaharaan kata yang cukup mengenai seni yang di perlukan.

OBJEKTIF

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. menjelaskan maksud apresiasi dan kritikan seni dan objektifnya;

2. menjelaskan tujuan apresiasi dan kritikan seni;

3. menjelaskan dua pendekatan apresiasi dan kritikan seni;

4. menjelaskan lima kaedah melihat seni;


5. menjelaskan proses apresiasi seni;

6. menjelaskan aspek nilai melalui apresiasi seni; dan

7. memberi satu contoh kritikan seni

GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK

9.1 PENGENALAN KEPADA APRESIASI DAN KRITIKAN SENI

9.1.1 Definisi

Apresiasi bolehlah di definisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai tukang mengenai hasil-
hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema
dan hal benda serta gaya dan stail tertentu mereka.

Semuanya ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek-aspek kognitif.
Ianya juga sebagai satu penghargaaan terhadap penilaian dan perasaan terhadap sesuatu hasil seni itu. Ia boleh
juga dikatakan sebagai pembentukkan sikap, minat dan kebolehan membuat pilihan dan ini berkait rapat dengan
aspek-aspek afektif.

Menurut Smith (1966), apresiasi seni ini memerlukan

Logical operation such as defining, valuing, and explaining.

Pendidikan seni harus dilihat dalam skop yang lebih luas. Umumnya, para pendidik seni beranggapan
Pendidikan Seni di sekolah bukan sekadar meningkatkan kemahiran dan teknik menghasilkan karya seni
sahaja.

Menurut Chapman(1978),

If treat art as if it were only a matter of learning facts an mastering technique, we deny its value and character.

Kebanyakan pendidik seni percaya bahawa melalui apresiasi karya seni, pelajar-pelajar dapat memahami adat,
tradisi dan nilai sesuatu masyarakat.

Macfee(1961) menegaskan bahawa

every culture, differences in value and belief are expressed through language an art forms such as dress,
architecture an decoration

Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa/sentuh dan deria pandang. Karya seni seperti catan, lukisan,
cetakan dipandang; sementara arca dan binaan disentuh. Apresiasi seni secara aktif melibatkan penggunaan
bahasa untuk berkomunikasi dengan orang lain apa yang difikirkan dan dirasakan. Dalam konteks ini
pengetahuan mengenai seni serta perbendaharaan kata yang cukup mengenai seni yang di perlukan.

9.1.2 Objektif Apresiasi


Objektif apresiasi adalah untuk:

(a) memahami dan bertindak terhadap aspek seni;


(b) mengetahui pentingnya nilai seni dalam kehidupan;
(c) menghasilkan karya (produk seni);
(d) memahami seni dan hubungannya; dan
(e) membuat dan menggunakan pertimbangan estetik dan kualiti karya seni.

9.2 Tujuan Apresiasi dan Kritikan Seni

Apresiasi seni membolehkan pelajar memahami aspek-aspek nilai estetika, pengertian unsur-unsur seni dan
nilai-nilai sosio-budaya yang terkandung dalam hasil seni dan kraf. Ianya juga dapat menghubungkaitkan diri
dan hasil sendiri dengan hasil-hasil seni lain berdasarkan persepsi visual.

Begitu juga dengan aktiviti apresiasi seni, kita dapat melihat perhubungan antara kerja sendiri dengan kerja-kerja
orang lain di mana kita dapat membentuk keyakinan dan kefahaman penghargaan terhadap bidang seni.

9.3 Pendekatan Apresiasi dan Kritikan Seni

Mengikut John A. Michael dalam bukunya Art and Adolescense ada dua pendekatan dalam Apresiasi Seni
iaitu:
(a) Pendekatan secara logik
(b) Pendekatan secara psikologi

(a) Pendekatan Secara Logik


Pendekatan ini adalah yang berbentuk tradisional dan memerlukan pemahaman intelek semata-mata dan
banyak berfaktakan kepada aspek andaian dan munasabah pada yang melihat sesuatu karya seni tersebut.
Cadangan aktiviti pendekatan secara logik:

1. Secara Membaca, mengkaji, bila dihasilkan,


Penerangan tujuan/teknik pelukis, media, proses,
nilai-nilai astetika serta pengaruh.

2. Secara Balai seni, pameran, filem, slaid,


Pemerhatian mengumpul dan menyusun gambar-
gambar.

3. Secara Analisa, penilaian, perbandinan


Perbandingan antara satu dengan yang lain serta
menimbulkan kesedaran.

4.Secara Membuat mengikut gaya artis/stail,


Penghasilan menimbulkan kefahaman masalah
nilai-nilai khas, kepuasan,
menghubungkan diri dengan
pelukis/pandai tukang, gaya konsep
dan zaman.
ACTIVITI

Cuba anda jalankan satu aktiviti pendekatan secara logik dengan menggunakan satu contoh karya seni murid
anda. Catitkan pendekatan anda untuk semua empat cara yang diberi di atas.

(b) Pendekatan Secara Psikologi


Pendekatan ini merangkumi perkara-perkara yang lebih menjurus kepada perasaan peribadi, lebih bersifat emosi
dan perasaan dalaman kepada penghasilan dan penghayatan sesuatu karya seni.
Pendekatan ini akan dapat meninggalkan satu pengalaman yang amat berkesan dan mendalam. Secara ini akan
lebih realistic dan dapat menerima response dan pendapat orang lain. Kesan tindakbalas akan lebih terserlah
terhadap bahan serta alat yang digunakan.
Cadangan aktiviti pendekatan secara psikologi:

1. Secara perbincangan dan perbandingan.


2. Secara proses inkuiri penemuan (discovery).
3 Secara kritikan mengenai lukisan/hasil kerja seni. 4.
Secara menyediakan setting/set induksi.
5 Secara membesarkan gambar.
6 Secara mengolah bahan-bahan sebenar.

7. Secara aktiviti permainan seni.


8. Secara lawatan/pameran.
9. Secara koleksi buku-buku skrap dan lakaran.

ACTIVITI

Cuba anda jalankan satu aktiviti pendekatan secara psikologi dengan menggunakan satu contoh karya seni
murid anda. Catitkan pendekatan anda untuk semua cara yang diberi di atas.

9.4 KAEDAH MELIHAT SENI


Kaedah-kaedah melihat seni terdiri daripada kaedah:
(a) Hedonistik
(b) Kontekstualistik
(c) Organistik
(d) Normistik
(e) Elektik

a. Kaedah Hedonistik

Kaedah ini hanya satu luahan perasaan secara spontan seperti kesukaan, pernyataan perasaan,
gemar, menarik dan benci.
Penilaian dibuat secara serta merta iaitu:

o suka / tidak.

o tertarik / tidak

o pernyataan spontan

Kaedah ini tidak sealiran dengan isme pengkritik dan ahli psikologi menyatakan kaedah ini tidak
diterjemahkan oleh otak (pemikiran) cuma berdasarkan maklumat kendiri. Ianya tidak dapat di ukur
bilangan sebenar dan terdapat pelbagai citarasa.

b. Kaedah Konstekstualistik

Kaedah ini lebih praktikal di mana pemerhatian dibuat secara lebih ilmiah, sistematik dan kefahaman
serta kejelasan. Ianya berkait dengan pengetahuan sejarah, falsafah dan prinsip rekaan.
Lebih merujuk kepada perincian/spesifikasi dari aspek persoalan fahaman, rentak pengkaryaan,
interaksi pemerhati, konsepsi, hujah dan penilai karya. Ianya akan menyediakan pengetahuan mantap
dalam pengamatan karya, kefahaman konsep, kepelbagaian bandingan dan seni akan menjadi suatu
pendekatan yang menarik oleh pemerhati.

c. Kaedah Organistik

Kaedah ini menjurus kepada aturan yang mempunyai satu system yang teratur dan terancang.
Penilaian di buat serata melihat konteks seni secara harmoni, menyentuh intuisi dan menyenangkan.
Penekanan kriteria kepada aspek tata letak, tata atur, ruang dan penataan cahaya.
Ini akan dapat membentuk kesatuan cara melihat sesuatu karya dari segi warna, jalinan, unsur-unsur
seni, imbangan, perulangan, kesinambungan serta kepelbagaian.

d. Kaedah Normistik

Kaedah ini merujuk kepada kriteria dan norma sesuatu karya dari aspek nilai masyarakat, agama dan
budaya. Ia seakan-akan ada kaitan dengan pendekatan diri kepada Allah, rasa takwa, tidak ada unsur
sensasi. Contohnya lukisan agama Kristian yang berkaitan unsur ikonografi, naratif dan nilai-nilai
akhlak.
Kaedah ini menolak peradaban moden dimana pelukis telah melampaui batas yang dibenar dalam
budaya dan agama.

e. Kaedah Elektik

Kaedah ini lebih berbentuk cara bersepadu dan holistik, ianya adalah gabungan persepsi penilai seni
tentang tanggapan positif dan negatif. Kriteria penilaian menekankan unsur asas prinsip, struktur
organisasi dan alat dan bahan.
Kaedah ini untuk pemerhatian secara rawak, tidak menjurus kepada aspek kronologinya. Wajaran
hanya secara baik, sederhana dan kurang baik.

9.5 PROSES APRESIASI SENI

Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar Pendidikan Seni mengenai proses apresiasi.

Feldman (1967) dan Smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti aprisiasi seni, berasaskan kepada proses
persepsi dan intelektual melalui empat tahap:

(a) Menggambarkan (description)


(b) Menganalisa (analysis)
(c) Tafsiran (interpretation)
(d) Penilaian (evaluation)

a. Menggambarkan

Mengamati hasil seni dan menggambarkan sifat-sifat tampak seperti warna, garisan, bentuk, rupa,
jalinan dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip dan struktur.

b. Menganalisa

(i) Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsur-unsur seni, prinsip dan struktur.
(ii) Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana.
(iii) Menghuraikan stail sesuatu karya.

c. Tafsiran

(i) Mencari makna-makna yang terdapat pada sifat-sifat tampak seperti subjek, simbol, unsur-unsur
seni, prinsip, struktur corak dan bahan.
(iI) Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) dan analogi-analogi (persamaan) untuk menjelaskan
makna tersebut.
d. Penilaian
(i) Membuat penilaian berdasarkan kepada kriteria yang bersesuaian seperti keaslian, gubahan,
teknik dan fungsi.
(ii) Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya (significance) dari segi individu, sosial,
keagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniannya.

Proses apresiasi seni akan lebih mudah dan bermakna sekiranya pelajar telah dilengkapi dengan pengetahuan
mengenai seni dan persepsi yang tajam. Apakah pengetahuan seni yang diperlukan?

(a) Pengetahuan asas senireka dan prinsip-prinsip seni.


(b) Pengetahuan mengenai jenis seni, teknik, proses, alat dan bahan.
(c) Sejarah seni.
(d) Stail sesuatu zaman, budaya, aliran, kumpulan atau individu.
(e) Maklumat mengenai pelukis dan pandai tukang.

9.6 ASPEK NILAI MELALUI APRESIASI SENI

Ianya akan dapat menanam dan memupuk nilai-nilai murni seperti saling faham memahami, ramah mesra,
menghargai hasilan seni, sayang kepada alam sekeliling, cinta kepada negara, kebersihan dan kesabaran,
tekun, kesungguhan, berterima kasih, boleh membuat pertimbangan, peka pada isu-isu sosial dalam
masyarakat, bersemangat patriotik, berusaha dan produktif serta berfikiran positif.

Butiran Bidang

Bidang Objektif

Seni dalam Kehidupan a. Memahami tentang kepelbagaiaan


kegunaan dan kesan seni dalam
kegiatan ekonomi, pendidikan dan
budaya;

b. membincangkan isu berhubung


dengan pengaruh teknologi dalam
penghasilan barangan seni;

c. memahami peranan seni dalam


mempertingkatkan aspek estetik
dalam persekitaran dan kehidupan
serta kerjaya; dan

d. mempertingkatkan pengetahuan
tetang aspek budaya dan nilai
dalam hasil seni.

Seni dalam
Komunikasi (Seni a. Mengenalpasti cara mesej
Halus) disampaikan melalui lukisan,
catan, arca, cetakan dan
sebagainya.
Reka Bentuk Rumah
Tradisional a. Memahami beberapa ciri yang
mencerminkan budaya tempatan
pada reka bentuk rumah di negara
ini.

Perkembangan Seni a. Menambah pengetahuan dan


dalam Budaya penghargaan tentang:
Kebangsaan
i. sejarah perkembangan
seni dalam negara;

ii. keistimewaan ciri-ciri


estetik dan fungsi;

iii. sumbangan dalam


konteks warisan budaya;
dan

iv. sumbangan institusi,


kumpulan dan tokoh
terhadap perkembangan
seni serta budaya.

b. Membolehkan pelajar mempunyai


daya kritikan yang lebih rasional
tentang seni budaya kebangsaan.

Hasil Seni Rakyat:


a. Mengetahui keistimewaan keris
dari sudut estetik dan fungsi;
Peralatan
b. mengetahui peranan keris dalam
konteks budaya Melayu;
Kraf tekat
c. memahami jenis seni tekat dari
aspek estetiknya dalam konteks
Tenunan budaya kebangsaan;

d. memahami jenis seni tenunan dari


Bangunan aspek estetiknya dalam konteks
budaya kebangsaan; dan

Alat e. memahami reka bentuk, fungsi


dan makna rumah tradisional dan
permainan alat permaian.

Perkembangan Seni a) Meningkatkan pengetahuan daya kritikan


Lukis Moden Malaysia dan penghargaan tentang:

i. sejarah perkembangan seni lukis


dan perkembangan seni dalam
negara;

ii. keistimewaan ciri estetik dan


fungsi;

iii. sumbangan dalam konteks


warisan budaya; dan

iv. sumbangan institusi, kumpulan


dan tokoh terhadap perkembangan
seni dan budaya.

Seni Dalam Budaya a. Menyedari beberapa aspek


Lain: Kraf Dan Seni persamaan dan kelainan kraf
Halus tanah air dengan kraf luar negara.

b. Memperkembangkan pengetahuan
dan penghargaan tentang:

i. hasil karya seni halus


dalam budaya lain dari
segi persamaan dan
kelainannya; dan

ii. gerakan seni halus dalam


budaya lain dari segi
persamaan dan
kelainannya dengan seni
halus tempatan.

9.7 CONTOH KRITIKAN SENI

Rajah 9.1
: Pantai Timur 1
Tajuk : 1978
Tahun : Warna Fabrik
Media : 123 cm x 80 cm
Saiz : Balai Seni Lukis Negara
Lokasi

(a) Menggambar (Description)

Penggunaan warna yang cerah dan


Warna menarik antara warna neutral
menambahkan nilai estetik karya ini.
Semangat kaum nelayan diperkuatkan
dengan penggunaan warna jingga,
kuning, oren, dan merah nyala..

Garisan Berfokus kepada yang dilukis untuk


mewujudkan outline.

Ruang Objek dilukis memenuhi ruang.

Menggunakan objek atau figura untuk


Rupa mewujudkan pergerakan (movement).
Dilukis dengan aksi yang berbeza.

Prinsip Penegasan dari aspek garisan, rupa,


Rekaan warna dan ruang yang dapat difokuskan
dan menjadi tumpuan oleh pemerhati.

Imbanga Memanfaatkan figura manusia sebagai


n imbangan.

Idea yang sama dan menyeluruh.


Kesatuan

(b) Menganalisa (Analyse)

Manusia
Subjek

Unsur-
unsur 1. Warna
seni 2. Rupa
3. Bentuk

Prinsip 1. Penegasan
Rekaan 2. Keseimbangan
3. Bentuk

Kualiti 1. Mood tolong-menolong.


Ekspresif
2. Suasana harmoni dan aman.

Bahan / Menggunakan pastel pada kanvas tanpa


Teknik / memberi fokus pada ton.
Kaedah

(c) Tafsiran (Interpretation)

Masyarakat kampung
Makna / Mesej

Subjek
Manusia

Simbol Perpaduan

Unsur-unsur Warna, rupa dan bentuk.


Seni

Prinsip Rekaan Penegasan, keseimbangan dan


kesatuan.

Metafora/Analog Lebih menggambarkan kepada


i bagi kehidupan rakyat Malaysia yang
menjelaskan harmoni dan mempunyai
makna semangat kerjasama dalam
kehidupan harian.

(d) Penilaian (Evaluation)

Kriteria

Keaslian
Berdasarkan kepada pengalaman.

Gubaha Berdasarkan alam serta budaya


n masyarakat setempat di dalam kehidupan
seharian mereka.

Teknik Hasil daripada persepsi beliau, beliau telah


mengadaptasikan pengalaman beliau
untuk mengolah dalam bentuk fabrik.

Fungsi Menyedarkan masyarakat dengan budaya


hidup yang harus ada untuk mewujudkan
suasana harmoni.
RUMUSAN

Apresiasi Seni dalam Pendidikan Seni harus dilihat sebagai satu bidang ilmu yang dapat memperkayakan
pengalaman kesenian pelajar. Perancangan yang teratur dan perlaksanaanya yang berkesan di bilik darjah,
dapat membantu meningkatkan kesedaran pelajar terhadap alat dan bahan, teknik, dan proses, rekabentuk serta
fungsi hasil seni dalam kehidupan. Kajian karya seni dalam dan luar negeri dapat meningkatkan lagi
penghargaan terhadap karya seni tempatan dan pandai tukang.

GLOSARI
Stail Gaya

Kognitif Daya pemikiran

Persepsi Pengamatan

Pemikiran intelek Pemikiran tinggi

Holistik Menyeluruh

Kronologi Urutan

Ekspresif Luahan perasaan

Metafora Ibarat/kiasan

Analogi Persamaan Significance Keertiaannya

UJIAN 1

Apakah yang dimaksudkan dengan Apriasiasi Seni dalam Pendidikan Seni dan mengapa ianya penting dalam
pengajaran Pendidikan Seni?
UJIAN 2

Berdasarkan salah satu contoh hasil karya di bawah, buatkan satu analisa bagi membuat perbandingan antara
salah satu hasil seni tempatan. Penekanan harus diberikan kepada kriteria, persamaan dan kelainannya
berdasarkan empat-empat proses aprisiasi seni.

Rajah 9.2: Istana Kenangan, Kuala Kangsar, Perak. Ketika istana ini
mula-mula dibina ia tidak menggunakan sebarang paku.
Kini menjadi muzium Diraja Perak
Rajah 9.3: Sebuah wakaf di Kg. Berangan Tumpat, Kelantan

Rajah 9.4: Ukiran kayu, Kelantan kurun ke-19


Rajah 9.5: Ukiran kayu, Kelantan kurun ke-19
Rajah 9.6: Ukiran kayu, Kelantan kurun ke-19

Rajah 9.7: Pinggan dengan hiasan berupa ayat-ayat suci al-Quran, Dinasti Ming kurun ke-
16.
Rajah 9.8

TOPIK 10 PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

PENGENALAN

Pengurusan bilik seni merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Seni. Guru Pendidikan Seni hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru
Pendidikan Seni hendaklah sentiasa berusaha bersama-sama guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan
keadaan dan suasana yang sesuai dlam Bilik Seni.

OBJEKTIF

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. menjelaskan bagaimana menguruskan bilik pendidikan seni visual;

2. menggambarkan keadaan bilik seni yang sesuai dengan menggunakan pelan bilik;

3. menjelaskan bagaimana mengendalikan buku stok dan senarai inventori bilik pendidikan seni visual;
4. menjelaskan bagaimana menjana iklim bilik pendidikan seni visual yang kondusif dari aspek fizikal,
emosi dan sosial;

5. menyenaraikan prosedur pengurusan alat dan bahan pendidikan seni; dan

6. menghasilkan contoh borang penyimpanan stok.

GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK

10.1 PENGURUSAN BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL


Rajah 10.1: Kelas Pendidikan Seni
Sumber: http://bi-lingual.com/School/virtualtourgyoshu.htm

Suasana dalam bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada
pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja pelajar, anda
hendaklah cuba mendapatkan contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai untuk dipamerkan
dalam bilik seni. Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya seperti:

unsur seni;

menggambar / melukis;

warna;

lukisan alam semulajadi;

seni huruf dan sebagainya.

Di dalam pengurusan bilik seni, anda harus beri aspek-aspek berikut perhatian yang sewajarnya:

keselamatan;

kebersihan;

susunan perabot;

pameran hasil kerja;


kelengkapan bilik seni;

pengagihan tugas;

pengumpulan alat / bahan; dan

jadual waktu penggunaan bilik seni.

Pengurusan bilik seni haruslah melibatkan pelajar dengan tujuan untuk memupuk sikap bertanggungjawab dan
berdisiplin.

10.1.1 Pelan Bilik Pendidikan Seni Visual


Contoh pelan bilik khas seni (illustrasi) berikut merupakan cadangan menunjukkan keadaan sebuah bilik seni
yang sesuai.
Rajah 10.2: Contoh pelan Bilik Seni
Rajah 10.3: Bilik Seni saiz bilik darjah

10.1.2 Buku Stok dan Senarai Inventori


Pengendalian buku stok merupakan aspek penting dalam pengurusan mata pelajaran Pendidikan Seni dan
menjadi tanggungjawab guru kanan mata pelajaran Pendidikan Seni untuk menguruskannya dengan sempurna
dan kemaskini. Perkara-perkara yang anda perlu beri perhatian adalah seperti berikut:
a. Semua alat/bahan yang dibeli hendaklah dicatatkan di dalam Buku Stok rasmi sepertimana yang
dikehendaki oleh pihak Audit. Butir-butir yang terdapat dalam ruang-ruang buku stok hendaklah diisi
dengan lengkap dan kemaskini.

b. Dua buah buku stok boleh digunakan. Sebuah buku untuk mencatatkan butir-butir alat/bahan kekal
manakala sebuah buku lagi digunakan untuk alat/bahan habis guna. Setiap jenis alat/bahan yang
diperolehi patut dicatatkan dalam halaman secara berasingan. Dengan berbuat demikian, maka ianya
memudahkan semakan stok pada akhir tahun yang berkenaan.

c. Semakan stok perlu dijalankan pada akhir setiap tahun. Sebarang kerosakan, kehilangan atau
kecurian alat/bahan yang bernilai hendaklah dilaporkan kepada pihak sekolah.

10.1.3 Iklim Bilik Pendidikan Seni Visual dari Aspek Fizikal, Emosi dan
Sosial

Iklim bilik darjah dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual sama ada di bilik seni
ataupun di sebuah bilik darjah biasa, merangkumi keadaan fizikal dan suasana pembelajaran yang sesuai dan
kondusif untuk sesuatu pelajaran.

a. Aspek Fizikal

Sumber: http://www.brookfieldschool.co.uk/images/Art/art_room.jpg

Dari aspek fizikal, guru seni hendaklah berusaha menentukan bahawa bilik darjah atau bilik seni
adalah bersih, susunan perabot adalah teratur dan sesuai untuk aktiviti yang akan dijalankan. Sudut
seni untuk pameran contoh-contoh hasil kerja pelajar perlu ada dan diuruskan dengan menarik dan
kemaskini. Ianya dapat dilakukan dengan cara-cara berikut:

i. Penyusunan meja kerusi murid mengikut kumpulan.


ii. Suasana di studio Pendidikan Seni yang dihiasi dan diatur kemas dengan carta, gambar, rak
pameran dan alat bantu mengajar yang mengalakkan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.<

iii. Saiz studio yang mempunyai ruang yang cukup untuk bergerak dapat memberi keselesaan
kepada murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan dan permainan.

iv. Tingkap-tingkap dan pintu yang mencukupi akan membolehkan cahaya masuk dan udara
beredar bebas dalam studio. Keadaaan cahaya dan udara studio yang cukup dapat
membangkitkan suasana yang segar dan membawa keselesaan kepada murid.

v. Keadaan kebersihan dan keindahan bilik darjah pula dapat meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran.

b. Aspek Sosial

Rajah 10.5: Murid berinteraksi


Sumber: http://www.blackrockps.vic.edu.au/about_brps/Tour_art.html

Suasana sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara murid dengan murid,
khasnya dalam bilik darjah. Murid yang dapat berinteraksi dalam pembelajarannya akan mudah
menguasai ilmu yang dipelajari. Mereka akan melalui sosiometri dalam penguasaan berinteraksi
dalam sesuatu kumpulan dan disinilah proses pengajaran dan pembelajaran akan berlaku. Aspek
emosi ini akan dapat:

(i) menarik minat murid, masyarakat dan guru-guru;


(ii) berfungsi sebagai pemangkin untuk mengembangkan minat, bakat, kreativiti dan inovatif;
(iii) mewujudkan suasana interaksi sesama murid;
(iv) memudahkan komunikasi antara guru dan murid; dan
(v) menggalakkan pendedahan kepada kepelbagaian budaya.

C. Aspek Emosi

Rajah 10.6: Guru mengajar kelas seni


Sumber: http://dragons1.k12.ar.us/dragons/WCOBBWEB/art%20class.jpg

Suasana emosi merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap guru mereka. Suasana emosi ini
akan menimbulkan jenis-jenis tingkah laku murid yang ditentukan oleh sifat guru dan gaya
mengajarnya. Mengikut kajian, suasana emosi bilik darjah yang kondusif biasanya ditimbulkan oleh
guru yang mempunyai sifat penyayang, bertimbang rasa, peramah dan lucu serta menjalankan
tugas dengan adil, bertanggungjawab, mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih kasih.
Anda boleh mewujudkan suasana rapport dan disenangi oleh murid dengan:

(i) memenuhi kehendak fisiologi iaitu memuaskan deria;


(ii) memenuhi kehendak mental, untuk keperluan berfikir;
(iii) membentuk suasana yang meransang kreativiti; dan
(iv) menghasilkan suasana persekitaran yang memberi keyakinan untuk berkarya.

10.2 PENGURUSAN ALAT DAN BAHAN SERTA BAHAN


RUJUKAN

10.2.1 Prosedur Pengurusan Alat dan Bahan


Anda boleh menggunakan prosedur berikut untuk pengurusan alat dan bahan dalam bilik pendidikan
seni:
1. Menyediakan senarai alat dan bahan yang diperlukan.
2. Membuat perolehan alat dan bahan daripada pembekal / sekolah.
3. Membuat penerimaan alat dan bahan, menyemak dan mengesahkannya.
4. Membuat inventori dalam buku stor.
10.2.2 Contoh Borang Penyimpanan Stok
(a) Borang Storu Peralatan Kekal

Bil. Item ( Peralatan Bil. Tarikh Tarikh


Kekal ) Uni Masuk Lupus
t

1 Meja guru 2 12/5/03 2/12/0


3

2 Kerusi guru 2 12/5/03

3 Almari kayu 4 12/5/03 8/10/0


3

Jumlah Catatan:
Item:_
_

Rajah 10.7: Contoh borang stor untuk


peralatan kekal

(b) Borang Stok untuk Peralatan Tidak Kekal

Bil. Item Bil. Tarikh Tarikh


( Peralatan Unit Masuk Lupus
Kekal )

1 2/12/0
Berus lukisan 32 10/3/01 3
(keras- saiz 4) doze
n

2 Kertas lukisan 8/10/0


( imperior) 20 12/3/01 3
doze
n

Jumlah Catatan:
Item:_
_

Rajah 10.8: Contoh borang stor untuk


peralatan tidak kekal
RUMUSAN

Studio atau bilik seni amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran seni. Ia
seberapa boleh diasingkan atau dijarakkan daripada kebisingan kantin, padang dan pejabat.
Situasi teraputik ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa ketenangan dan kejauhan dari
kebisingan tadi dapat mewujudkan mood atau suasana pembelajaran yang memberangsangkan
dan menarik minat. Sebagai guru Pendidikan Seni, anda boleh berusaha untuk mewujudkan
iklim studio Pendidikan Seni yang dapat meningkatkan lagi kreativiti pembelajaran dan
pengajaran.

GLOSARI
Inventori Stok kawalan alatan

Rapor Mesra dan peramah

Spesifikasi Mengikut ciri atau pengkhususan

Futuristik Masa hadapan

Fisiologi Keperluan diri

UJIAN 1

Anda dikehendaki mencadangkan satu pelan bilik Pendidikan Seni Visual yang kondusif.

UJIAN 2

Sila hasilkan sebuah buku stok yang sesuai bagi mengawal peralatan dan perabot bilik
Pendidikan Seni Visual.

Anda mungkin juga menyukai