Anda di halaman 1dari 42

RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.

com ‘09

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t,

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat juga saya
menyiapkan kerja kursus GERKO ping pong ini. Sememangnya kerja kursus ini banyak
memberi manfaat kepada saya.

Oleh itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu En.
Amir Hamzah Bin Ya’akub yang telah banyak memberi garis panduan kepada saya berkenaan
proses untuk menyiapkan tugasan ini.

Ribuan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya yang telah banyak memberi
sokongan padu kepada saya. Tanpa sokongan dari mereka tidak mungkin saya dapat
menjejakkan kaki setinggi sekarang. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada rakan
seperjuangan lain kerana banyak berkongsi maklumat sepanjang proses untuk menyiapkan
tugasan ini.

Oleh itu, saya berharap pihak pensyarah dapat menilai kerja kursus saya ini dengan
baik dan memberi tunjuk ajar kepada saya.

Yang Benar :

MOHAMAD AIYAD BIN RAMLI

2
RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com ‘09

1.0 PENGENALAN KEPADA PING PONG

Permainan ping pong atau ‘table tennis’ adalah satu sukan yang dimainkan oleh
dua atau empat orang bermain, dan menggunakan raket (juga dikenali sebagai ‘bats’
atau ‘paddles’) untuk memukul bola (bola pingpong) ke kawasan lawan. Permainan ini
memerlukan meja khas untuk ping pong dan di tengah-tengah meja perlu diletakkan
jaring (net) setinggi lebih kurang 15 cm.

1.1 peralatan Pingpong

Semasa permainan berlangsung, pemain perlu membenarkan bola melantun


hanya sekali sahaja dalam kawasan sendiri sebelum dapat memukul bola tersebut ke
kawasan pihak lawan. Mata pula akan dikira bila pemain gagal mengembalikan bola
mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

1.2 Perlawanan Pingpong


Sedang Berlangsung

2
RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com ‘09

2.0 SEJARAH & PERKEMBANGAN PING PONG

2.1 Sejarah & Perkembangan Di Dunia

Pada mulanya permainan ping pong merupakan kegiatan masa lapang yang
digemari oleh penuntut-penuntut universiti di Britain. Corak dan bentuk permainan ini
telah didaftarkan pada tahun 1891 oleh Charles Barter dari Gloucestershire, dan lebih
kurang pada masa yang sama James Gibb, seorang pelopor Persatuan Olahraga
Amatur Britain telah membawa balik bola mainan seluloid dari Amerika yang
kemudiannya diperkenal sebagai alternatif kepada bola getah atau gabus yang
digunakan pada masa itu. Tindakan ini membawa kejayaan serta-merta dan beberapa
pengilang mula memasarkan satu rangkaian nama-nama seperti Gossima, Whiff Waff,
Flim Flam dan Table Tennis.

2.1 Bola Mainan Seluloid yang


Disalut Getah yang dibawa balik oleh James
Gibb

Apabila raket yang kosong disaluti velum diperkenalkan, istilah pingpong pun
dicipta. Ia diambil daripada bunyi ‘ping’ apabila bet bertembung dengan bola dan bunyi
‘pong’ terhasil akibat dari bunyi bola melantun di meja permainan. Dan sekali lagi
James Gibb telah mencadangkan kepada pengilang John Jaque Ltd. bahawa nama ini
sesuai untuk bet, bola dan jaring keluaran mereka.

Pada tahun 1902, seorang professor pelawat Jepun telah membawa balik
permainan ini ke Jepun dan memperkenalkannya kepada pelajar-pelajar universiti di
sana. Tidak lama kemudian seorang penjual berbangsa British, iaitu Edwards Shires

2
RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com ‘09

telah memperkenalkan permainan ini kepada orang-orang Vienna dan Budapest.


Dengan ini benih untuk perkembangan sukan ini telah tersemai dan ia kini telah
mendatangkan sambutan hampir di semua tempat di dunia. Persatuan Pingpong (The
Pingpong Association) telah dibuka.

2.2 Meja Pingpong Keluaran Gossima yang


mempunyai jaring penghadang setinggi 30cm
di tepi kiri dan kanan meja

Kejohanan Sedunia yang pertama telah diadakan di London pada tahun 1927.
Pemenangnya ialah seorang yang berbangsa Hungary, iaitu Dr. Jacobi. Selain daripada
Fred Perry dari England, yang memenangi pada tahun 1929, pemain-pemain Hungary
boleh dikatakan menguasai permainan ini sepanjang tempoh tahun 1930-an. Pasukan
mereka diketuai oleh pemain terkenal, Victor Barna, yang mana kemahiran dan
inspirasi beliau telah banyak membantu membawa sukan ini ke tahap semakin
mendapat perhatian serius masyarakat dunia. Pemain-pemain eropah boleh dikatakan
telah menguasai dunia pingpong sehingga akhir tahun 1940-an menggunakan cara
berjabat tangan untuk mementingkan corak pertahanan lebih dari corak menyerang.

Permainan ini telah mengalami corak perubahan yang besar pada tahun 1950-an
dengan kemunculan sandwich atau span terbalik (inverted sponge) iaitu satu bahan
baru untuk membuat muka pukulan bet. Sebelum ini muka pukulan yang diperbuat
daripada getah berbintik nipis (pimpled rubber) telah banyak digunakan. Sehingga
masa itu putaran (spin) hanya memainkan peranan kecil dalam permainan yang
dikuasai oleh corak pertahanan. Tetapi senjata-senjata baru ini yang diperkenalkan oleh
orang-orang Jepun amat menakjubkan. ITTF sebagai badan pengawal (the rulling body)

2
RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com ‘09

dengan cepat mengadakan peraturan untuk mengawal perkembangan baru ini kerana
pada pandangan sesetengah pihak ia membekalkan kelebihan yang tidak adil kepada
sesetengah pemain.

Ketebalan span dan getah sandwich adalah dalam kawalan dan ia kekal
sedemikian hingga kini. Tetapi sifat permainan ini telah pun berubah. Para juara kini
telah mengukuhkan gaya kepantasan dan putaran serangan laju (fast attacking speed
and spin).

Pada tahun 1950-an, pemain Jepun telah menguasai dunia pingpong dengan
corak permainan dan cara cekak pen (pen-holder) yang mementingkan corak
menyerang dan gerak kaki yang pantas. Pasukan lelaki Jepun telah menjadi johan
dunia pada tahun 1954 hingga 1959. Dalam tahun 1960-an negara China muncul
sebagai sebuah negara kuasa pingpong yang handal. Mereka menguasai dunia
pingpong melalui penggunaan corak laju dan dekat dengan meja. Dalam tahun 1970-
an, pemain-pemain Eropah menunjukkan kebolehan dan keyakinan mereka sekali lagi
dan bertanding hebat dengan pemain-pemain Asia dalam beberapa pertandingan
penting dunia.

Dalam tahun 1980-an, pemain-pemain Eropah dianggap lebih handal daripada


pemain-pemain Asia, terutamanya pemain-pemain Sweden yang telah menewaskan
pasukan China dalam perlawanan antara pasukan lelaki walaupun China masih
menguasai negara-negara lain dalam bahagian wanita. Pemain-pemain perseorangan
Eropah seperti Grubba, Waldner, Applegren, Persson, dan Lindh, manakala Guo
Yuehua, Jiang Jialiang, Chen Longcan, Chen Xinhua dan Yoo Nam Kyu dari asia
adalah pemain lelaki yang menguasai dunia pingpong. Dalam bahagian wanita pula,
pemain-pemain dari China, Korea Utara, Korea Selatan, Kepun, Hong Kong dan
sebagainya masih mendahului pemain-pemain dari Sweden, Hungary dan Rusia.

Kini baik di Malaysia ataupun di peringkat dunia kedudukan sukan ini semakin
kukuh dan ia terus berkembang dari setahun ke setahun. Kemuncak daripada
perkembangan ini ialah pengiktirafan yang diberikan kepada permainan ini sebagai
salah satu acara olimpik dan ia mula diperkenalkan di Sukan Olimpik di Seoul pada

2
RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com ‘09

tahun 1988. Menurut laporan, liputan televisyen ke atas pertandingan akhir


perseorangan lelaki telah menarik seramai 2 bilion penonton di seluruh dunia.

Pada 1927, Persekutuan Ping Pong Antarabangsa (ITTF) yang ditubuhkan pada
tahun itu hanya mempunyai 9 ahli sahaja. Tetapi pada tahun 1990, ITTF mempunyai
145 persatuan di bawahnya. Di samping itu ada pula empat persekutuan peringkat
benua, iaitu Recognised Continental Federation di bawah naungan ITTF, Persekutuan
tersebut terdiri dari :

1. African Table Tennis Federation


2. Asian Table Tennis Union
3. Europian Table Tennis Union
4. South American Table Tennis Confederation

2.2 Perkembangan di Malaysia

Pada tahun 1952, sebuah persatuan pingpong ditubuhkan dan persatuan ini
dirasmikan pada tahun 1958 dan dikenali sebagai Persatuan Pingpong Malaya. Pada
tahun 1964, Persatuan Pingpong Malaysia (TTAM) pula ditubuhkan dan selepas itu
perkembangan pingpong di negara ini dipesatkan. Ini terbukti dengan aktiviti-aktiviti
persatuan tersebut. Persatuan ini telah melaksanakan banyak kegiatan dalam negeri
mahupun luar negara. Pada masa sekarang, semua kaum telah kenal dengan
permainan pingpong dan ramai penduduk di negara ini menjadikannya sebagai rekreasi
ringan.

Sehingga tahun 1974, boleh dikatakan semua yang terlibat dalam pertandingan
antara negeri-negeri Malaysia adalah daripada keturunan cina. Pada tahun 1974, dan
sehingga 1982, pertandingan untuk kaum lain (bukan cina) dimulakan. Ini adalah satu
langkah yang baik dan diharapkan kelama-lamaan, tidak akan wujud perasaan
perkauman dalam permainan ini. Pada tahun 1982, pertandingan bukan cina ditukar
menjadi pertandingan perpaduan di mana pemain-pemain cina yang belum pernah
mewakili dibenarkan bertanding. Diharap juga dengan lebih ramai pemain bukan cina
bermain pingpong, pemilihan pemain untuk pasukan negara kita akan diperluaskan dan
bakat-bakat baru dapat dicungkil.

2
RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com ‘09

Pada tahun 1972, satu pasukan yang terdiri daripada tiga orang pemain lelaki
telah pertama kali dapat menyertai Kejohanan Pingpong Dunia di Nagoya, Jepun dan
kita telah mencapai tempat ke-25 daripada 39 pasukan yang mengambil bahagian.
Dalam Kejohanan Pingpong Dunia ke-32 di Yugoslavia pada tahun 1973, Malaysia
telah mencapai tempat ke-18 daripada 52 buah negara dalam bahagian lelaki manakala
ke-19 daripada 40 buah negara bagi wanita. Di samping itu, Persatuan Pingpong
Malaysia juga menjadi pengasas Asian Table Tennis Union pada tahun 1972 dan sejak
itu Malaysia telah memainkan peranan penting dalam perkembangan pingpong di Asia.

Dalam kalangan negara-negara Asean pula, Malaysia pernah menjadi pengerusi


dan jawatankuasa teknik untuk mengelola Kejohanan Pingpong Belia Asean. Pada
tahun 1979, buat kali pertama seorang wakil dari Malaysia, Dato’ Michael Chen telah
dilantik menjadi ahli ITTF, sebuah badan sukan pingpong tertinggi dunia. Pada tahun
1983 pula, seorang lagi rakyat Malaysia iaitu Encik Yap Yong Yih telah dilantik menjadi
ahli ITTF.

Oleh demikian, Persatuan Pingpong Malaysia berjaya memainkan peranan aktif


dalam sukan pingpong dunia. Kepercayaan yang diberikan ITTF kepada Malaysia untuk
menjadi tuan rumah Piala Dunia ke-2 (1981), ke-5 (1984) dan ke-12 (1991) dengan
jelasnya membuktikan Malaysia mempunyai kebolehteknikal yang tinggi. Sejak tahun
1990, Malaysia telah menghantar beberapa pemain muda ke luar negeri seperti ke
Jepun dan Korea Selatan untuk mendapat latihan intensif yang lengkap. TTAM juga
berhasrat untuk mencari bakat baru yang terdiri dari pelbagai latarbelakang kaum untuk
menganggotai persatuan ini.

Kini TTAM mempunyai 15 ahli gabungan termasuklah 14 negeri dan Majlis


Sukan Angkatan Tentera. Keahliannya adalah seramai 20 000 orang. Selain itu, TTAM
telah menghasilkan 35 orang pengadil bertaraf antarabangsa dan 400 pengadil
kebangsaan yang menjalankan tugas mereka di persatuan masing-masing dan juga
pertandingan kebangsaan.

2
RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com ‘09

3.0 PERALATAN PERMAINAN

Sebelum memulakan permainan pingpong, setiap peralatan haruslah disediakan


dengan teliti dan teratur. Pingpong dapat dimainkan sama ada di dalam ataupun di luar
dewan kerana ia hanya memerlukan sedikti sahaja ruang dan tidak memerlukan
penyelenggaraan yang tinggi. Permainan pingpong memerlukan sebuah meja, sebiji
bola pingpong, dua buah bet (bagi permainan secara individu).

3.1 Meja Pingpong dan peralatannya


Yang lain

3.1 Meja

Meja pingpong mestilah berbentuk segiempat tepat, berukuran 2.74 m panjang


dan 1.56 m lebar dan tingginya dari lantai ialah 76 cm. Permukaan meja boleh
diperbuat dari pelbagai bahan tetapi mestilah memberi lantunan (bounce) bole lebih
kurang 23 cm tinggi apabila bola dijatuhkan dari ketinggian 30 cm. Permukaan meja
mestilah berwarna gelap dan pudar keseluruhannya dengan satu garisan putih yang
tebalnya 2 cm di setiap empat sisi meja itu.

Permukaan meja dibahagi kepada dua bahagian yang sama oleh satu jaring
yang selari dengan kedua-dua garisan permukaan meja. Untuk permainan beregu,
kedua-dua permukaan meja itu dibahagi kepada 2 bahagian yang sama oleh garisan
tengah yang tebalnya 3 mm dan selari dengan garisan tepi meja.

2
RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com ‘09

3.2 Bola

3.2 Bola Pingpong


Berbintang 2

Bola pingpong mestilah berdiameter 38 mm dan berat 2.5 gram. Bola pingpong
boleh diperbuat daripada seluloid atau bahan plastik yang sama dan berwarna putih
atau kuning yang pudar. Bola pingpong digred kepada satu bintang sehingga tiga
bintang, masing-masing untuk latihan dan pertandingan. Bola pingpong mudah
diperolehi dan harganya tidaklah mahal.

3.3 Jaring

3.3 Jaring bagi Permainan Pingpong

Jaring untuk permainan pingpong terdiri dari jaring dan peralatan untuk
memasangnya ke meja pingpong, dan sering disebut gabungan jaring (net assembly).
Panjang jaring ialah 1.83 m dengan 1.525 di atas meja dan 15.25 panjang di luar setiap
garisan tepi. Tinggi jaring adalah 15.25 cm di atas permukaan.

3.4 Bet

3.4 Bet atau raket


Permainan Pingpong

2
RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com ‘09

Oleh kerana terdapat berbagai-bagai jenis bet di pasaran pada masa kini,
sehingga untuk memilih bet boleh menjadi satu masalah. Bagi mereka yang baru
belajar bermain terutamanya terdapat beberapa panduan mudah yang boleh diikuti.

Bet berbeza mengikut bentuk dan corak tetapi keselesaan patut diutamakan.
Jika ia kelihatan cantik sahaja tetapi tidak selesa dipegang, kita tidak harus memilihnya.
Bet sepatutnya sepatutnya natural apabila digunakan tanpa menghalang atau
menggangu teknik permainan kita dan membenarkan kita mengekalkan kawalan
maksimum ke atas pukulan kita.

3.5 Jenis Getah pada Bet Pingpong

Berat bet dan jenis bet yang digunakan juga harus membenarkan keselesaan
dan bersesuaian dengan corak permainan kita. Sesuatu bet serba boleh adalah
diperbuat daripada kayu lembut yang tidak melebihi lima lapisan getah. Getah yang
digunakan boleh dibahagikan kepada dua jenis. Jenis pertama ialah getah terbalik
‘reverse’ yang licin dan rata dengan lapisan berbintik-bintik terbalik (inverted pimples) di
bawah dan diikuti oleh satu lapisan span. Jenis kedua ialah getah berbintik keluar
(pimples out) dengan atau tanpa satu lapisan span. Untuk pertandingan, semua getah
yang digunakan mestilah mempunyai logo ITTF.

2
RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com ‘09

Getah yang digemari ramai ialah getah yang terbalik (reverse) yang boleh
mengubah sifat-sifat kelajuan dan putaran bola secara meluas. Secara am, semakin
tebal dan keras lapisan span, semakin cepat bola memantul (rebound) daripada bet. Di
bawah undang-undang pingpong, tebal keseluruhan getah dan span tidak boleh
melebihi 4 mm.

Jika getah digunakan pada kedua-dua permukaan bet, maka warnanya mestilah
sebelah berwarna hitam dan sebelah lagi berwarna merah. Jika kayu digunakan pada
salah satu permukaan, warnanya mesti warna hitam atau merah yang dicelup tetapi
bukan dicat. Getah berbintik keluar dari span, boleh dibahagi lagi kepada bintik-bintik
pendek dan bintik-bintik panjang. Getah berbintik pendek digunakan oleh pemain corak
penyerang untuk memukul balik putaran lawannya kerana getah jenis ini mempunyai
darjah kawalan yang tinggi. Kelemahannya ialah putaran yang dijanakan adalah tidak
sekuat putaran getah terbalik. Seorang pemain pakar menggunakan jenis ini ialah Jiang
Jiliang dari China, johan perseorangan dunia pada tahun 1985 dan 1987.

Getah berbintik panjang digunakan oleh pemain yang menggunakan corak


permainan bertahan. Kelebihannya ialah ia boleh membalikkan putaran atas dan
memulangkan putaran bola belakang. Kelemahannya ialah ia amat susah dikawal
dengan baik. Seorang pemain pakar dalam bidang ini ialah Li Gun Sang dari Korea
Utara dan beliau sekarang mewakili Great Britain.

3.5 Pemain & Pakaian

Seperti yang dimaklumkan, pingpong boleh dimainkan secara perseorangan


lelaki dan wanita dan beregu lelaki dan wanita dan beregu campuran. Pakaian untuk
seorang pemain lelaki dan wanita termasuk baju lengan pendek, seluar pendek, stoking
dan kasut. Warna baju dan seluar bergantung pada kehendak pemain atau pasukan
yang diwakilinya. Pakaian yang sesuai dan selesa dapat membantu sewaktu
permainan.

2
RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com ‘09

3.6 Kawasan (Arena) Permainan

Permainan pingpong boleh dijalankan di mana-mana tempat yang berdaftar,


seperti di kaki lima, tepi jalan, di dalam bilik, di dewan dan sebagainya. Arena
permainan pingpong berubah-ubah bergantung kepada keadaan pertandingan atau
perlawanan dan pihak penganjur. Tetapi dalam pertandingan antarabangsa, arena ini
tidak boleh kurang dari 14 meter panjang, 7 meter lebar, dan 4 meter tinggi untuk satu-
satu gelanggang.

Arena ini mestilah dikelilingi oleh pelindung (surrounds) yang tingginya 75 cm.
lantai arena mestilah berwarna gelap. Lampu mesti dipasang dengan jarak tidak kurang
dari 4 meter dari lantai. Di negara kita terdapat banyak dewan dan stadium tertutup
yang sering digunakan juga untuk perlawanan dan pertandingan pingpong sama ada di
peringkat negeri, kebangsaan ataupun antarabangsa. Umpamanya Stadium Negara
dan Stadium Badminton Kuala Lumpur pernah dijadikan arena pertandingan bertaraf
dunia.

2
RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com ‘09

4.0 CARA BERMAIN

4.1 Pengenalan

Permainan pingpong boleh dimainkan secara perseorangan atau berpasangan


atau beregu dan sama ada dalam kalangan lelaki sahaja, wanita sahaja atau campuran
(lelaki dan wanita)

Untuk memulakan servis, bola mesti dipukul oleh bet permainan yang membuat
servis supaya bola melantun pada kawasan sebelah jaring pembuat servis dan
kemudian pada kawasan sebelah penerima sebelum penerima dibenarkan
memukulnya. Kebanyakan permainan mempunyai 3 permainan (game) walaupun
dalam pertandingan antarabangsa biasanya dipanjangkan sehingga 5 permainan
terutamanya dalam pertandingan perseorangan. Sesuatu permainan dimenangi oleh
pemain pertama atau beregu pertama yang berjaya memungut 21 mata, atau sekiranya
pungutan mata terikat 20 sama, pemain pertama yang berjaya mengutip dua mata
berturut-turut dikira sebagai pemenang.

4.2 Memulakan Permainan

Undian secara lambungan duit syiling akan memberi hak kepada pemain untuk
membuat beberapa pillihan. Pilihan-pilihan ini termasuklah hak memilih salah satu
daripada berikut :

1. Membuat servis terlebih dahulu


2. Menerima servis terlebih dahulu
3. Memilih sebelah mana meja untuk bermain (gelanggang permainan)
4. Memilih pemain lawan membuat pemilihan terlebih dahulu

Sekiranya anda telah memilih salah satu cara di atas, misalnya pilihan hendak
menerima servis permulaan terlebih dahulu, pemain lawan berhak memilih sebelah
mana meja untuk bermain dan juga membuat servis (kerana anda memilih menerima).

Jika anda menang dalam undian dengan cara melambung duit syiling dan
memilih untuk memulakan servis dalam permainan pertama, anda akan menjadi

2
RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com ‘09

penerima pada permulaan permainan kedua dan dalam permainan ketiga pula anda
sekali lagi berpeluang untuk memulakan servis.

Selepas setiap lima set, servis akan berpindah tangan ke pihak lawan sehingga
lima servis dan proses ini berterusan sehingga permainan tamat. Walaubagaimanapun,
sekiranya pungutan mata terikat pada 20 sama, servis akan bertukar tangan secara
bergilir-gilir sehinggalah berjaya memungut dua mata berturut-turut. Dalam permainan
pingpong, mata boleh dipungut oleh mana-mana pemain pada sesuatu servis, tidak kira
siapa yang membuat servis.

Beberapa peraturan yang ditetapkan khusus untuk melakukan servis, jika tidak
dikaji dengan berhati-hati boleh menyebabkan anda didenda dengan pemberian mata
percuma kepada pihak lawan. Berikut adalah peraturan-peraturan tersebut :

1. Servis bermula dengan bola diletakkan dalam tapak tangan bebas yang pegun,
terbuka dengan jari tertutup dan ibu jari bebas
2. Tangan bekas yang membawa bola mesti sentiasa berada di atas permukaan meja
dan di belakang garisan belakang meja
3. Semasa membuat servis, bet mestilah berada di atas permukaan meja dan
memukul bola di belakang garisan belakang meja
4. Bola mestilah dilempar tegak sekurang-kurangnya 16 cm ke atas oleh tapak
tangan tanpa menjanakan sebarang putaran
5. Bola mestilah dipukul semasa ia menurun kecuali :
 Dalam permainan perseorangan, ia melantun di kawasan penerima servis
(pemukul) dan kemudian di kawasan penerima
 Dalam beregu ia melantun di kawasan kanan pembuat servis (pemukul) dan
kemudian di kawasan kanan penerima
6. Pemain yang membuat servis perlu memastikan bahawa tindakannya dapat dilihat
sepenuhnya ooleh pengadil
7. Servis tidak boleh terlalu jauh dari bahagian badan kecuali lengan, kepala atau
kaki apabila diukur dari jaring
8. Jika bola menyentuh ‘net’ maka servis terpaksa dilakukan semula.

2
RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com ‘09

4.1 Gerakan membuat dan menerima


Servis dalam perseorangan

4.3 Pertukaran Tempat

Selepas tamat setiap permainan, sama ada perseorangan atau beregu, pemain-
pemain akan membuat pertukaran tempat bermain. Jika perlawanan itu berlarutan
hingga ke permainan penentu, pertukaran tempat permainan akan dilakukan apabila
salah seorang pemain atau salah satu pasangan memungut mata ke-10.

4.4 Rali (Rally)

Rali boleh berterusan sehingga salah seorang pemain membuat kesilapan.


Terdapat beberapa cara bagaimana pemain boleh melakukan kesilapan ini dan cara
yang paling lazim ialah seperti berikut :

1. Terlepas bola sama sekali


2. Kegagalan memukulnya mencecah jaring
3. Bola tidak mencecah kawasan meja sebelah penerima akibat pukulan terlalu kuat

4.5 Kiraan dan Pungutan Mata

Dalam permainan pingpong, pemain boleh mendapatkan mata sama ada atas
usahanya ataupun disebabkan kesilapan lawan. Walaupun mata penamatnya
ditentukan, setiap pemain berpeluang membuat servis, iaitu lima kali berturut-turut
dengan diselang-seli antara pasangan tersebut. Mata yang dipungut oleh pemain yang
memulakan servis, disebut dahulu. Selepas servis berpindah tangan setiap lima servis,
sebutan mata bertukar daripada pemain pertama kepada pemain kedua. Mata tamat

2
RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com ‘09

ialah 21. Jika kedudukan terikat 20-20, permainan diteruskan dan pemenang
ditentukan oleh mana-mana pemain yang berjaya mendahului dua mata dari lawannya.

4.6 Beregu

4.2 Gerakan Pemain dalam Beregu

Beregu bermaksud berpasangan sama ada lelaki dengan lelaki, perempuan


dengan perempuan ataupun lelaki dengan perempuan. Terdapat beberapa peraturan
yang dikhaskan kepada pemain-pemain beregu seperti berikut :

1. Anda mesti memulakan servis dari sebelah kanan permukaan meja (kawasan
permainan anda) dan servis anda mestilah melantun di sebelah kanan permukaan
meja lawan
2. Anda dan pasangan anda mesti memukul bola secara bergilir-gilir mengikut urutan
(sequence) yakni berselang-seli antara satu sama lain sehingga tamat rali. Jika
anda gagal memukul dengan giliran yang betul, pasukan anda akan kehilangan
mata secara automatik
3. Selepas anda membuat lima servis, anda dikehendaki bertukar tempat dengan
pasangan anda supaya dia menjadi penerima kepada lima servis lawan sebelum
dia sendiri memulakan lima servis
4. Pada permulan permainan kedua, anda mestilah memastikan bahawa anda tidak
menghantar servis atau menerima servis daripada pemain yang sama dalam
permainan pertama. Jika perlawanan ini berlarutan hingga permainan penentu dan
anda bertukar tempat pada mata ke-10, penerima mesti menukar tempat dengan
pasangannya.

2
RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com ‘09

5.0 KEMAHIRAN ASAS

5.1 Pengenalan Kemahiran Asas

2
RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com ‘09

Dalam permainan pingpong, masa yang dihabiskan untuk mempelajari


kemahiran-kemahiran asas merupakan masa yang paling berfaedah untuk kita
gunakan. Jika kita berjaya menguasai asas-asasnya dengan cepat, kemungkinan besar
kita dapat menghasilkan satu permainan yang baik.

Pingpong adalah sejenis permainan yang mempunyai pukulan yang beraneka


jenis. Oleh kerana pukulan yang berlainan, maka kemahiran asas pun berubah dengan
pukulan tertentu. Kemahiran asas boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu :

 Kemahiran asas tertentu sahaja, misalnya kemahiran untuk membuat servis.


Kemahiran-kemahiran seperti ini mesti dimahirkan oleh pemain-pemain yang baru
belajar atau pemula
 Kemahiran-kemahiran gabungan, misalnya daripada kemahiran membuat servis
dan menyerang. Kemahiran-kemahiran gabungan ini adalah asas untuk
mempergunakan dan mempraktikkan taktik-taktik selanjutnya.

Umumnya, kemahiran asas boleh dibahagikan kepada lima jenis atau peringkat,
iaitu cara memegang bet, kesediaan untuk bermain, servis dan menerima servis, jenis-
jenis pukulan dan pergerakan kaki.

5.2 Cara Memegang Bet

Cara memegang bet akan menentukan cara pukulan bola dan cara pukulan bola
pula akan menentukan cara kita memegang bet. Dengan itu adalah sangat penting
untuk memegang bet mengikut cara pukulan yang diiingini. Cara memegang bet boleh
dibahagikan kepada 2 iaitu cara cekak pen dan cara cekak sudu.

5.2.1 Cekak Pen

2
RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com ‘09

5.1 Cara Cekak Pen (cara Jepun)

5.2 Cara Cekak Pen (cara China)

Cara ini digemari oleh pemain-pemain Asia, dan tidak hairanlah ia dikenali juga
sebagai cekak Asia. Ia dikenali sebagai ‘cekak pen’ kerana bet dipegang oleh ibu jari
dan jari telunjuk sebagaimana sebatang pen dipegang. Tiga batang jari lain sama ada
direhatkan ataupun dibentangkan (Spread Across) menyeberangi sebelah belakang bet,
yang mana tidak seperti cara cekak sudu (Shakehand Grip), cara ini tidak atau jarang
digunakan untuk memukul bola. Bagaimanapun cara pegangan ini telah digunakan
secara berkesan oleh juara dunia.

5.2.2 Cekak Sudu

5.3 Cara Cekak Sudu

Cara memegang bet yang digemari oleh pemain-pemain eropah ataupun barat.ia
kelihatan seolah-oleh berjabat tangan dengan pemegang bet dan dicirikan oleh jejari
telunjuk yang memanjang sepanjang belakang (base) mata bet (blade) dan ibu jari
diletakkan di sebelah yang bertentangan. Tiga batang jari lain mengelilingi bahagian
pemegang dan bahu bet seharusnya berada dalam lingkungan kulit yang terletak di
antara ibu jari dan jari telunjuk.

2
RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com ‘09

Salah satu kelebihan cekak sudu ini ialah ia membenarkan penyesuaian serta-
merta ke atas sudut bet semasa bermain. Darjah kawalan yang baik ini berupaya
dilakukan kerana kedudukan ibu jari dan jari telunjuk.

5.3 Kesediaan Untuk Bermain

Dalam permainan ini, seorang pemain itu haruslah mempunyai penumpuan yang
tinggi terhadap permainan untuk memastikan kedudukan pukulan, putaran dan
kepantasan bola pihak lawan. Kemudian barulah ia boleh menggunakan cara pukulan
yang bersesuaian dan pergerakan kaki yang kuat untuk memulangkan pukulan dengan
tepat dan betul.

5.3.1 Berdiri Tindak (Stance)

Satu kedudukan yang betul akan memberi kita satu dasar (base) yang baik untuk
beroperasi. Ia dapat membantu untuk mengekalkan keseimbangan, mengalih berat
badan, memelihara penglihatan yang elok dan membolehkan pemain melompat dengan
cepat untuk membalas pukulan.

Tapak haruslah mempunyai kangkangan seluas bahu dan membiarkan lutut


belok sedikit. Halakan badan ke hadapan dengan membongkokkan tulang belakang
dan membiarkan dagu berada dalam garisan tegak dengan lutut. Tangan yang
memegang bet hendaklah berada di hadapan dalam kedudukan hampir 90 darjah.
Tangan yang memegang bet haruslah bebas untuk mengekalkan keseimbangan
keseluruhan dan mestilah berada sejajar dengan tangan yang bermain. Juga harus
dipastikan berat berada di tengah kaki dan bukanlah di tengah kaki.

5.3.2 Kedudukan Badan

Cara meletakkan posisi badan sewaktu perlawanan juga penting kerana dapat
menjadi faktor utama untuk membolehkan pemain bergerak untuk membalas pukulan.
Secara idealnya, pemain haruslah memukul dan menghadapkan bahu dan dada
kepada haluan bola pingpong. Selain itu untuk mencapai kedudukan ini, kaki juga
haruslah dihadapkan ke arah yang sama dengan bahu dan dada.

2
RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com ‘09

5.4 Kedudukan Badan Pemain

Perlu diingatkan, dalam pertandingan terdapat pelbagai pembolehubah yang


saling bertindak. Selain lawan, kedudukannya, kepantasan bola, putarannya, arahnya
dan tahap kesediaan turut mempengaruhi peserta pertandingan.

5.3.3 Perhitungan (Timing)

Perkembangan dalam sukan mengatakan bahawa kebanyakan pukulan


dilakukan ketika lantunan bola pada titik yang tertinggi. Ia biasanya berlaku pada tahap
yang lebih tinggi dari ketinggian jaring. Jika kita memulakan permainan dengan
penggunaan titik lantunan bola pada titik yang tinggi pada permulaan kalinya, besar
kemungkinan kita akan menggunakannya buat selamanya.

Namun bukan semua pemain berjaya dalam memupuk tabiat ini. Kebanyakan
pemain memerlukan masa yang panjang untuk berlatih menggunakan teknik ini, jesteru
mereka tidak mempraktikkannya dan hanya membalas pukulan lawan dengan bola
pingpong yang berkelajuan rendah.salah seorang pemain terhandal di dunia berkenaan
kaedah ini ialah Li Gun Sang yang telah berjaya menempatkan diri di peringkat
antarabangsa kerana kaedah ini.

5.3.4 Antisipasi

2
RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com ‘09

Beza diantara pemain handal dan pemain biasa adalah dengan adanya
antisipasi. Pemain seperti ini dapat menjangka ke arah mana bola akan pergi sebelum
ia membuat pukulan. Jon Ove Waldner dari Sweden dan Jiang Jiliang dari China
merupakan contoh yang terbaik tentang perlaksanaan antisipasi

Dalam permainan jika anda hanya dapat memerhati bola sahaja bermakna anda
bertindak selalu lambat. Seandainya teknik ini dapat dikuasai maka akan memberi
kelebihan masa untuk bertindak awal.

5.4 Servis dan Menerima Servis

Dalam pertandingan pingpong, servis memainkan peranan yang sangat penting.


Tujuan servis ialah seperti berikut :

1. Mendapatkan masa secara langsung apabila pemain lawan membuat kesalahan


semasa menerima servis atau gagal menerima servis
2. Merampas inisiatif dan merebut kedudukan aktif serta menguasai pemain lawan
setelah ia memulangkan servis dengna lemah

Oleh kerana itu, kecekapan servis merupakan satu kemahiran yang penting dan
harus dikuasai oleh setiap pemain pingpong.

5.4.1 Cara Membuat Servis Yang Betul

Cara membuat servis yang betul, berubah-ubah dan mempunyai variasi supaya
tidak disedari atau sukar difahami oleh lawan kita. Secara am, semasa membuat servis,
jarak antara kedudukan pemain dengan meja adalah lebih kurang 50 cm dan jarak
antara tangan yang memegang bola dengan meja adalah lebih kurang 15 cm. Kedua-
dua tangan yang memegang bola dan tangan yang memegang bet mestilah di atas
permukaan meja dan di belakang garisan hujung. Bola mesti dilempar sekurang-
kurangnya 16 cm ke atas tanpa menjanakan sebarang putaran di belakang garisan
hujung meja. Semasa bola menurun dari puncak, pukulan dibuat.

Apabila kita membuat servis dengan pukulan kilas (backhand) kita hendaklah
berdiri di sebelah kiri hujung meja. Kedua-dua belah kaki berdiri berdamping tetapi
bercerai, dan kaki kanan hendaklah bengkok sikit ke hadapan. Untuk membuat servis

2
RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com ‘09

dengan pukulan ke hadapan, anda hendaklah meletakkan kaki kiri di hadapan. Tempat
berdiri ialah di tengah kiri hujung meja sedikit. Jika seorang pemain lemah dalam
pukulan kilas, adalah lebih baik menggunakan servis pukulan hadapan (forehand)
dengan berdiri sedikit ke sebelah kiri.

5.4.2 Jenis-jenis Servis

Secara am, servis boleh dibahagikan kepada dua iaitu, servis berputar dan
servis tidak berputar. Servis berputar pula boleh dibahagikan kepada 4 jenis seperti
berikut :

1. Servis putaran atas (topspin service)


2. Servis putaran belakang (backspin service)
3. Servis putaran ke kiri (forehand sidespin service)
4. Servis putaran ke kanan (backhand sidespin service)

5.5 Jenis-jenis Servis

Pergerakan untuk membuat servis putaran atas ialah dengan menggunakan bet
menggeserkan bahagian separuh atas bola, sambil memukul mengatas ke hadapan.
Pergerakan untuk membuat servis putaran ke belakang ialah dengan menggunakan bet
menggeserkan bahagian separuh bawah bola sambil mencantas (slice) bola itu dengan
kuat dari atas.

2
RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com ‘09

5.6 Gerakan Bola dari Servis Berlainan

Untuk menghasilkan servis putaran ke kiri, kita hendaklah menggunakan bet


untuk menggeserkan bahagian tengah sebelah kanan bola sambil dengan kuat ke
sebelah kiri. Menggunakan bet untuk menggeserkan bahagian tengah sebelah kiri bola
sambil memukul dengan kuat ke sebelah kanan akan menghasilkan servis yang
berputar ke kanan. Servis (bola) yang tidak berputar juga selalu digunakan dalam
sesuatu pertandingan supaya tidak dapat dijangka oleh lawan.

5.4.3 Servis Yang Popular Masa Kini

Mengikut peredaran zaman, jenis-jenis servis juga turut berubah. Kini terdapat
tiga jenis servis berikut yang sering digunakan :

1. Servis dua lantunan


2. Servis lontaran jauh
3. Servis jarak jauh

5.4.3.1 Servis Dua Lantunan

Jenis servis yang digemari oleh pemain pingpong ialah servis dua lantunan (two
bounce service). Ia merupakan servis yang pendek dan mengambil namanya daripada
hakikat bahawa jika bola dibenarkan meneruskan perjalanan, ia akan melantun dua kali
pada permukaan meja sebelah lawan. Terdapat beberapa sebab mengapa servis ini
telah menjadi begitu berfaedah secara teknikal :

2
RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com ‘09

 Adalah sukar bagi lawan untuk menolaknya secara pendek


 Jika pihak lawan berjaya juga menolaknya kembali secara panjang atau menguis
(flick) bola tersebut, sudut sasaran yang tersedia antara bandingan adalah kecil.
Ini memungkinkan kita sebagai pemukul mempunyai sedikit masa tambahan untuk
menjangka arah bola yang ingin dikembalikan.
 Pihak lawan selalunya berada dalam keadaan yang serba salah untuk
menentukan adakah jarak bola cukup panjang untuk cuba melakukan pukulan
putaran atas atau adakah ia terlalu pendek dan harus ditolak.

Jika kita mengambil keputusan untuk menolaknya, kita seharusnya berupaya


untuk mengenakan putaran ke atas bola terlebih dahulu untuk menjadikannya sukar
dikawal. Tanpa mengambil kira sama ada kita melakukan servis dengan pukulan
hadapan atau kilas, servis cara ini dicapai dengan mengikut beberapa peraturan yang
terus terang tetapi asa secara relatif.

5.7 Servis Dua Lantunan

Mula-mula pastikan lantunan bola kita berlaku di tengah-tengah antara garisan


belakang dengan jaring. Ini bermakna bahawa lantunan pada sebelah pihak lawan juga
akan berlaku pada titik yang sama. Ini merupakan titik kritikal yang memastikan
lantunan hypothetical kedua akan berlaku di sekitar garisan belakang lawan.

Kedua, untuk mengawal ketinggian lantunan bola, kita seharusnya memukul


pada satu titik sewaktu bola turun, pada ketinggian yang sama dengan jaring, iaitu pada
paras 15 cm. memukul bola pada satu titik yang lebih tinggi akan mengakibatkan
lebihan lantunan (bouncy) pada servis dan memberi peluang kepada lawan membuat
pukulan smash.

5.4.3.2 Servis Lontaran Tinggi

2
RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com ‘09

Bagi pemain terkemuka asia, servis yang tingginya 6 meter bukanlah sesuatu
yang luar biasa. Bagi pihak lawan, servis ini mengganggu penumpuan dan secara
psikologinya ia memberi ancaman. Ia kelihatan menakutkan dan dengan kemahiran
bermain ia mungkin meletupkan titik sentuhan bet ke atas bola dengan tangan yang
bebas melindungi putaran yang dihasilkan.

Untuk mahirkan diri dalam bentuk sukar ini, seorang pemain hendaklah
memperbaiki sentuhannya terhadap bola dengan servis yang sederhana dengan satu
lontaran yang konsisten tidak lebih dari 1 atau 2 meter maksimum. Kita juga
seharusnya membentuk tabiat membiarkan membiarkan pergelangan tangan dan sendi
siku bebas.

Bagi pukulan kilas, kepala kita ditunduk lebih tinggi daripada titik sentuhan untuk
membantu kita mencapai kawalan yang diperlukan. Bagi pukulan hadapan, pastikan
lontaran kita tidak menyebabkan bola jatuh terlalu jauh dari badan sehingga kita
terpaksa menjangkau.

5.4.3.3 Servis Jarak Jauh

Perbezaan-perbezaan taktikal yang utama di antara servis panjang dan pendek


adalah seperti berikut :

1. Bola mesti dipukul pada lebih kurang 10 cm lebih tinggi dari ketinggian meja
2. Lantunan pada sebelah meja kita perlu berada agak hampir dengan garisan
belakang
3. Bet perlu bergerak pantas seperti semasa dalam servis dua lantunan, kecuali
tenaga dan lantunan yang kita arahkan adalah hala terus melalui bola dan bukan
menyeberanginya.

Masa terbaik untuk menyelit satu servis jauh ialah apabila kita mendapati pada
penjuru mata kita dan lawan kita agak terkeluar dari kedudukannya. Satu perubahan
mendadak pada kecepatan dan arah mungkin berjaya menghasilkan satu pulangan
yang lemah yang mana boleh memanfaatkan kita.

2
RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com ‘09

5.8 Melakukan Servis Kilas Jarak Jauh

5.4.4 Jenis-jenis Pukulan

Permainan pingpong mempunyai beberapa jenis pukulan dan dapat dibahagikan


kepada 2 jenis iaitu pukulan menyerang (effensive) dan pukulan bertahan (defensive).

Pukulan-pukulan menyerang asas adalah seperti berikut :

1. Pukulan deras hadapan (forehand drive)


2. Pukulan deras kilas (backhand drive)
3. Pukulan putaran atas (topspin)

Manakala pukulan-pukulan bertahan yang asas adalah seperti berikut :

1. Pukulan tolakan ke hadapan (forehand push)


2. Pukulan tolakan kilas (backhand push)
3. Pukulan putaran belakang (chop), pukulan apung (float), pukulan adang (block)
dan pukulan lob

5.4.4.1 Pukulan Deras Hadapan

Pada masa tertentu dalam permainan, apabila kita berhadapan dengan bola
mendatang, kita terpaksa membuat keputusan serta-merta sama ada hendak menolak
atau melakukan pukulan deras. Membuat tolakan adalah cara lebih selamat walaupun
ia adalah pukulan bercorak negatif yang berkemungkinan tidak akan menghasilkan
terus mata kepada kita. Pukulan deras sebaliknya, mewakili satu cara permainan lebih

2
RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com ‘09

positif. Ia mengandungi lebih risiko, tetapi ia memberi kita peluang untuk memenangi
rali. Hanya melalui latihan, kita boleh menyedari apa yang sesuai untuk kita.

5.9 Gerakan dalam Pukulan Deras Hadapan

Secara umumnya, pukulan deras terbahagi kepada tiga kategori yang berlainan iaitu :

1. Pukulan deras hadapan yang pantas


2. Pukulan maut hadapan
3. Pukulan deras hadapan yang khusus

5.4.4.2 Pukulan Deras Kilas

2
RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com ‘09

5.10 Gerakan sewaktu melakukan Pukulan Deras


Kilas

Pukulan deras kilas sewaktu dahulu hanya dianggap sebagai pukulan


pertahanan sahaja. Pada tahun 1970-an, muncul pemain baru seperti Jonyer Istvan,
Tibor Klampar dan Gabor Barbely dari Hungary yang mengaplikasikan pukulan deras
kilas ini untuk menyerang lawan mereka. Pemain-pemain handal yang lain seperti Jon
Ove Waldner dan Grubba Audrezej mempunyai kepakaran dalam pukulan deras kilas
ini di kedua-dua sudut.

Jika didapati bahawa pukulan yang dilakukan terlalu kuat, kita boleh memeriksa
sudut bet. Ia mungkin perlu ditutup sedikit. Jika kita terlalu kerap memukul ke jaring,
buka set hingga kita menemui satu kedudukan yang betul. Jika demikian, kita perlu
membuat penyesuaian ke atas sudut bet, iaitu bergantung kepada kelajuan bola.

5.4.4.3 Pukulan Putaran Atas

Putaran adalah sejenis kemahiran yang memutarkan bola melalui sentuhan


getah bet. Kesan-kesan putaran dan cara mengendalikan adalah perlu untuk semua
pemain pingpong. Keupayaan membuat putaran yang baik pada bola memang amat
berguna semasa pertandingan. Kegagalan untuk membentuk kemahiran-kemahiran
yang bertindak balas atas putaran merupakan kelemahan kebanyakan pemain. Mereka
yang berupaya membuat pukulan putaran dengan baik adalah lebih banyak dari mereka
yang gagal menerimanya atau membalasnya dengan baik.

2
RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com ‘09

5.11 Pukulan Putaran Atas Hadapan

Untuk menjana putaran pada bola, ia mesti digeserkan pada permukaan beg
yang bergetah. Geseran antara getah dengan bahagian berlainan bola akan
menghasilkan putaran yang berlainan seperti putaran atas dan belakang.

Sesuatu bola boleh diputar pada mana-mana arah dan ini akan ditentukan
keseluruhannya oleh arah bet bergerak. Dua jenis putaran cenderung menguasai
permainan hari ini ialah putaran atas, digemari oleh pemain-pemain yang menggunakan
cara serangan, dan putaran belakang digemari oleh pemain-pemain bertahan. Putaran
sebelah (sidespin) biasanya merupakan gabungan antara kedua-dua jenis putaran ini.

Putaran atas mempunyai kesan yang membolehkan bola condong ke bawah


dalam penerbangannya dan kemudian melantun secara tiba-tiba ke hadapan apabila ia
menyentuh permukaan meja. Tujuan pukulan putaran atas ini ialah untuk memaksa
satu pulangan, yang sama ada terlepas secara keseluruhannya atau satu hantaran bola
yang lemah, tinggi dan boleh dibunuh dengan senang. Terdapat tiga jenis pukulan
putaran atas iaitu :

1. Pukulan putaran atas hadapan


2. Pukulan putaran atas pantas dan perlahan
3. Pukulan putaran atas kilas

2
RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com ‘09

5.12 Pukulan Putaran Atas Kilas

5.4.4.4 Pukulan Tolakan Hadapan

Kebanyakan pemain pingpong yang mula belajar bermain pingpong mula belajar
dengan menggunakan kaedah ini iaitu dengan pukulan tolakan (forehand push)
sebelum belajar kemahiran-kemahiran lain. Pukulan tolakan dianggap pukulan negatif
tetapi selamat. Walau bagaimanapun, jika terdapat hantaran-hantaran tertentu yang
tidak memberi kita sebarang pilihan kecuali menolak, maka pukulan itu dianggap
penting.

Dalam kebanyakan keadaan, pukulan tolakan hadapan berkemungkinan


merupakan pukulan asas yang paling janggal untuk dikuasai, tetapi bagi sebab-sebab
yang telah dinyatakan, kita dinasihatkan supaya mempelajarinya dengan baik dan
seterusnya menguasainya.

5.13 Pukulan Tolakan Hadapan

Dengan mengambil kedudukan sebagaimana melakukan pukulan deras hadapan


iaitu condong sedikit ke sebelah dengan kaki kiri di hadapan (dengan andaian kita

2
RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com ‘09

pemain kanan). Dalam pukulan tolakan, kita perlukan satu bet yang terbuka tetapi
jangan terlalu terbuka, hanya condong sedikit daripada garisan menegak. Pastikan
terdapat ruang yang cukup di antara sendi siku kita. Ia sepatutnya berada lebih kurang
pada 100o dari bahagian atas badan anda.

Satu kesilapan umum yang selalu dilakukan oleh kebanyakan pemain ialah
mereka cenderung menyempitkan pukulan mereka (cramp the spot) kerana
menghalang pergerakan siku mereka. Kini dengan kepala kita menghampiri lantunan
bola, gerakkan bet kita ke hadapan daripada siku dan pada masa yang sama ke bawah
sedikit. Kita seharusnya membuat sentuhan pada titik kemuncak lantunan bola. Untuk
membantu kita menyelaraskan sesuatu pukulan kita boleh menggunakan tangan kita
yang bebas untuk menunjuk ke arah bola. Ikut lajak kita seharusnya pendek dan
pukulan tersebut seharusnya selesai pada masa kita memukul bola.

Elakkan daripada menyauk (scoop) bola. Kita boleh mengelak keadaan ini
dengan membiarkan bahagian tepi bet menggeser permukaan meja. Jika bola
mendatang adalah pendek, letakkan kaki kanan kita ke bawah meja supaya bahagian
atas badan kita dan tangan memegang bet lebih hampir kepada lantunan. Dengan cara
ini, kita dapat mengawal keseluruhannya proses ini secara maksimum.

5.4.4.5 Pukulan Tolakan Kilas

Untuk memahirkan pukulan tolakan kilas (backhand push), pukulan-pukulan


mestilah halus, betul dan cepat. Kita hendaklah bermula dengan menghadap ke arah
memukul bola, iaitu berdiri tegak selari dengan garisan bermain dan kaki anda berada
sejajar dengan bahu. Tidak ada sebelah kaki pun yang harus diletak di hadapan
daripada kaki yang lain. Kita harus berada berhampiran dengan meja tetapi jangan
menyandar. Bola dimainkan betul-betul di hadapan atau ke kiri sedikit daripada perut,
dan di bawah dagu kita. Jika bola bergerak agak luas, alih ke kedudukan ini terlebih
dahulu sebelum memulakan pukulan.

2
RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com ‘09

5.14 Pukulan Tolakan Kilas

Kesemua sendi lengan dikehendaki memainkan peranan dalam menghasilkan


pukulan. Dalam pukulan tolakan, siku mengambil peranan utama. Satu siri latihan meja
yang melibatkan penggunaan pukulan tolakan kilas sahaja boleh dibentuk. Apabila kita
telah menguasai prinsip-prinsio asas teknik tersebut, tumpukan perhatian untuk
mencapai konsistensi dalam jarak, ketinggian dan arah pukulan kita.

Pukulan tolakan kilas boleh dibahagikan kepada tolakan cepat dan tolakan
perlahan. Bezanya ialah, tolakan cepat memukul bahagian belakang bola semasa
berada pada titik lantunan tertinggi, manakala tolakan perlahan pada bola berlaku
sebaik sahaja bola itu turun.

5.4.4.6 Pukulan Putaran Belakang

5.15 Pukulan Putaran Belakang

2
RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com ‘09

Atau dikenali juga sebagai pukulan Chopping . putaran belakang telah lama
dicipta dan popular terutama sekali antara tahun-tahun 1930-an hingga 1950-an. Selain
itu terdapat juga pukulan putaran belakang kilas.

5.16 Pukulan Putaran Belakang Kilas

5.4.4.7 Pukulan Apung

Atau dikenali juga sebagai pukulan floating. Pukulan apung ini variasi daripada
pukulan putaran belakang, dan pada hakikatnya merupakan suatu bola yang kelihatan
seperti telah dikenakan putaran belakang, tetapi sebenarnya ia tidak mempunyai
sebarang putaran.

5.4.4.8 Pukulan Adang

2
RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com ‘09

5.17 Pukulan Adang

Atau dikenali juga sebagai pukulan blocking. Pukulan adang ialah satu teknik
bagi menghadapi serangan pantas dan pukulan putaran atas, denga menerima bola
secara separuh voli, terus daripada lantunan.

5.4.4.9 Pukulan ‘lob’

Atau dikenali juga sebagai pukulan lob. Pukulan ‘lob’ merupakan bentuk tahanan
dilakukan jauh daripada meja yang melibatkan pukulan bola yang tinggi ke udara, jauh
ke dalam kawasan meja sebelah lawan dengan putaran atas yang kuat.

2
RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com ‘09

6.0 SENAMAN SEBELUM MEMULAKAN PERMAINAN

Perkembangan dan prestasi seseorang pemain bergantung kepada jenis dan


tingkat latihan yang dijalankan. Latihan berbeza dari satu tahap ke satu tahap yang lain,
tetapi semuanya berdasarkan kepada empat bidang yang sama, iaitu fizikal, kemahiran
atau teknik, taktik, atau strategi dan mental. Latihan-latihan selalunya dijalankan dalam
bentuk permainan kecil yang bervariasi supaya pemain-pemain tidak merasa bosan
semasa menjalankan latihan.

6.1 Senaman Secara Perseorangan

Senaman-senaman yang dapat dilakukan secara berseorangan sebelum


memulakan latihan permainan pingpong untuk merengangkan otot-otot badan.

1. Dengan perlahan-lahan, tangkaskan pergelangan tangan dan tumit dalam


pergerakan bulatan (circular Motion)
2. Pusingkan bahu dalam pergerakan bulatan ke hadapan dan ke belakang
3. Pusingkan lutut dalam bulatan supaya menangkaskan tumit, lutut dan pinggang

2
RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com ‘09

4. Lenturkan dan hulurkan lutut


5. Pegang tangan kiri dan kanan dan hulurkan ke atas kepala supaya menghulurkan
otot-otot di tepi badan
6. Pegang kedua-dua tangan dan ukirkan nombor 8 diudara untuk membina
keseimbangan dan ketangkasan. Lengan dan lutut mesti dihulurkan.
7. Pergerakan untuk ketangkasan tekak, iaitu dengan menggerakkan kepala dalam
bulatan supaya dagu menyentuh dada, telinga menyentuh bahu dan kepala
menyentuh belakang bahu.
8. Ayunkan tangan ke hadapan dan belakang, kaki setempat dan lenturkan lutut.
9. Ayunkan tangan ke tepi dan mengufuk. Ayunkan tangan dalam bulatan ke
hadapan dan belakang.
10. Lenturkan badan ke tepi
11. Lenturkan badan ke hadapan dan cecahkan kaki kanan dengan tangan kiri dan
sebaliknya
12. Pulas badan dan lengan kiri dan ke kanan
13. Gerakkan seluruh badan dalam bulatan
14. Cecahkan lantai dengan tapak tangan dan kaki bertegak
15. Lentur ke belakang, dengan kaki terkangkang, sehingga kepala mencecah lantai
16. Untuk mencapai keselesaan (relaxation), berdiri tegak dengan tangan menghulur
ke atas. Perlahan-lahan lingkarkan badan sehingga anda betul-betul bergulung.
Tarik nafas.

[1] [2] [3] [4]

2
RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com ‘09

[6] [7] [8a]


[5]

[8b] [8c] [8d] [9a]

[9b] [9c] [10] [11]

[12] [13] [14] [15]

2
RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com ‘09

[16a] [16b]

6.2 Senaman Secara Berpasangan

Senaman-senaman juga dapat dilakukan secara berpasangan sebelum


memulakan latihan permainan pingpong untuk merengangkan otot-otot badan.

1. Dukungkan pasangan anda pada bahagian belakang sambil melenturkan dan


menghulurkan lutut
2. Duduk membelakang dan berbaring atab bahu kawan
3. Duduk dengan kaki terkangkang dan kawan menolak dari belakang supaya anda
mencecah kaki bergilir-gilir
4. Duduk dengan kaki terkangkang berhadapan kawan. Memegang tangan kawan
dan melentur ke belakang. Buat bergilir-gilir.
5. Pegang tangan dengan satu kaki menentang satu kaki kawan, iaitu dengan
menarik secara kuat-kuat
6. Baring dengan muka ke bawah, kawan anda duduk di belakang anda dan
membantu melenturkan ke belakang
7. Senaman untuk memperkukuhkan otot-otot perut dengan cara menolak kaki
kanan, dan biarkan kaki hulur semula
8. Memegang pemberat dan lentur
9. Menghayunkan pemberat

2
RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com ‘09

[1] [2] [3]

[4] [5]

[6] [7a]

2
RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com ‘09

[7b] [7c]

BIBLIOGRAFI

Gordon Steggall, 1988, Table Tennis : The Skill of The Game, Marlborough, The
Crowood Press

Lee Chin Choy, 1994, Pingpong, Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Sidang Pengarang Penerbitan Fargoes, 1984, Siri Sukan : Ping Pong, Kuala Lumpur,
Penerbitan Fargoes Sdb. Bhd

Tiada Nama Pengarang, Sejarah Ping Pong, Dilayari pada 9 Oktober 2009 di URL
http://ms.wikipedia.org/wiki/Ping_pong

Tiada Nama Pengarang, Sejarah dan Perkembangan Pingpong, Dilayari pada 9


Oktober 2009 di URL http%3A%2F%2Finsani.tripod.com%2Ftabtennis.html&ei=
TlvHStbWDI-BkQW7 yok5&rct=j&q=sejarah+ping+pong&usg=AFQjCNFG6KjUhElxEM1
t5ul-LET4oCf5gg

Tiada Nama Pengarang, Sejarah Ping Pong, Dilayari pada 9 Oktober 2009 di URL
http://suterawave.com/sports/?p=27

2
RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com ‘09

Tiada Nama Pengarang, Peraturan-peraturan Permainan Pingpong, Dilayari pada 9


Oktober 2009 di URL http%3A%2F%2Fsrisbn.edu.my%2FYTP%2Fteknik%2Fping
%2520pong.doc&ei=xnfHSv3BEdWTkAWTrO3bBQ&rct=j&q=teknik+permainan+ping+p
ong&usg=AFQjCNFLln3tuvWKlp8kncS4og3qxmqP7A

Tiada Nama Pengarang, Table Tennis, Dilayari pada 9 Oktober 2009 di URL
http://en.wikipedia.org/wiki/Table_tennis

Anda mungkin juga menyukai