Anda di halaman 1dari 9

KONSEP

Tema memberi makna dan tujuan untuk


pembelajaran. Menurut Kostelnik (1989),
theme teaching involves offering children an
array of activities built around a central idea.
Pendekatan bertema merangkumi koleksi
bahan, aktiviti dan teknik yang disusun sekitar
konsep atau tema. Pendekatan ini merupakan
alat pengelolaan yang memberi peluang
kepada guru untuk menghubungkan antara
mata pelajaran yang merangkumi koleksi
bahan aktiviti.
Unit pengajaran bertema juga membolehkan
pelajar menghubungkan antara pemahaman,
sikap dan kemahiran juga bidang-bidang
kurikulum.
Dalam mengorganisasikan sesuatu pelajaran
menggunakan pendekatan bertema, murid
berpeluang untuk meneroka, mengalami dan
mencari peluang mengekspresikan sesuatu
tema yang diterima pakai.
KONSEP
PLUS
Pelajar dapat membina kemahiran dan
mempelajari topik-topik tertentu dalam ruang
lingkup yang lebih luas.

Peluang lebih terbuka untuk kanak-kanak
menerokai pelbagai bidang pengalaman
melalui penglibatan yang aktif dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran
bertema dapat membawa faedah kepada
kedua-duanya; iaitu guru dan kanak-kanak.

Kanak-kanak dapat mendalami topik yang
disenaraikan. Di samping itu, kanak-kanak
dapat belajar melalui pengalaman yang dilalui
sendiri.
Pendekatan bertema membolehkan kanak-
kanak melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti
pengukuhan dan pengayaan, di samping
mendapat pengetahuan yang menyeluruh dan
mendalam berkenaan subjek ataupun idea
utama.
menggalakkan ciri kepimpinan , berkeyakinan
diri, sikap saling membantu, bertoleransi
dengan pendapat yang berbeza dan
bekerjasama antara kanak-kanak.
MINUS
Menguji tahap kecekapan guru di dalam
pelbagai bidang mata pelajaran.
Untuk membentuk jaringan ahli dalam
kumpulan.
Hasil pembelajaran berbagai dalam bidang
mata pelajaran yang berbeza-beza.
Sukar untuk menilai skop pemahaman yang
begitu luas.
Sukar untuk membuat penilaian kerana
kebolehan yang berbeza.


INTERESTING
Pelajar berpeluang untuk meluahkan perasaan
berdasarkan pengalaman verbal dan bukan
verbal sama ada berbentuk pergerakkan imej
visual, prop, bunyi dan muzik berasaskan tema
yang diberi.
Persembahan akan menjadi lebih menarik
melalui pelbagai aktiviti dan kreativiti yang
tinggi.


Pelajar lebih berkeyakinan dan pembelajaran
lebih menyeronokkan.
Berpeluang untuk menyemai dan mengaitkan
idea-idea dan imaginasi baru.
Dapat menilai kefahaman konsep melalui
aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Dapat menghubungkait pengetahuan dan
kemahiran.

Anda mungkin juga menyukai