Anda di halaman 1dari 16

PEMBELAJARAN

SECARA
KONSTRUKTIVISME

1
Konstruktivisme ialah :

Konstruktivisme adalah satu


fahaman bahawa murid membina
sendiri secara aktif pengetahuan
atau konsep berdasarkan kepada
pengetahuan atau pengalaman yang
sedia ada dan tidak menerima
pengetahuan secara pasif dari
environmen.

2
Pengetahuan
Idea
Konsep
Kemahiran
Maklumat

Pengetahuan yang
diterima
Pengetahuan sedia ada

Pengetahuan baru yang


telah dibina
3
Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan
oleh murid tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif

Guru akan mengenal


pasti pengetahuan sedia
IMPLIKASI ada murid dan merancang
Pengajaran dan
DARIPADA kaedah pengajarannya
pembelajaran akan
berpusatkan murid PENGERTIAN dengan sifat asas
KONSTRUKTIVISME pengetahuan tersebut

Guru berperanan sebagai Guru berperanan sebagai pereka


bentuk bahan pengajaran
fasilitator yang membantu
yang menyediakan peluang kepada
murid membina pengetahuan murid untuk membina
dan menyelesaikan masalah pengetahuan baru

4
CIRI-CIRI PEMBELAJARAN SECARA
KONSTRUKTIVISME
1. Pembelajaran berpusatkan murid.
2. Fokus kepada pembelajaran bukan
pengajaran.
3. Guru sebagai fasilitator.
4. Pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting
dengan hasil pembelajaran.
5. Menyokong pembelajaran secara koperatif.
6. Menggalakkan dan menerima daya usaha dan
autonomi murid.
5
7. Memberi peluang kepada murid untuk membina
pengetahuan baru dengan memahaminya melalui
penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar.

8. Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan


murid dan guru.
9. Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan
experimen
10. Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana
murid belajar sesuatu idea.
11. Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa
oleh murid.
12. Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid
dan menggunakannya sebagai panduan merancang
pengajaran. 6
Kelebihan Pembelajaran Secara Konstruktivisme

LEBIH
BERFIKIR
LEBIH LEBIH
SERONOK FAHAM

MURID
LEBIH
BERKEMAHIRAN SOSIAL
LEBIH
INGAT

LEBIH
YAKIN
7
• Murid akan berfikir untuk menyelesaikan masalah,
menjana idea, dan membuat keputusan yang bijak
dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan
cabaran
• Sebagai contoh, ini boleh dicapai melalui aktiviti
penyelidikan dan penyiasatan seperti mengenal pasti
masalah, mengumpul maklumat, memproses data,
membuat interpretasi dan membuat kesimpulan

8
• Kefahaman murid tentang sesuatu konsep dan
idea lebih jelas apabila mereka terlibat secara
langsung dalam pembinaan pengetahuan baru.

• Seorang murid yang memahami apa yang dipelajari


akan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang
baru dalam kehidupan dan situasi baru

9
• Setelah memahami sesuatu konsep, murid
akan dapat mengingati lebih lama konsep
tersebut kerana mereka terlibat secara
aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang
diterima dengan pengetahuan sedia ada
untuk membina pengetahuan baru

10
• Murid yang belajar secara konstruktivisme
diberi peluang untuk membina sendiri
kefahaman mereka tentang sesuatu.

• Ini menjadikan mereka lebih yakin kepada


diri sendiri dan berani menghadapi dan
menyelesaikan masalah dalam situasi baru

11
• Murid yang berkemahiran sosial boleh
bekerjasama dengan orang lain dalam
menghadapi sebarang cabaan dan
masalah.
• Kemahiran sosial ini diperoleh apabila
murid berinteraksi dengan rakan-rakan
dan guru dalam membina pengetahuan
mereka.

12
• Dalam pembelajaran secara konstruktivisme,
murid membina sendiri pengetahuan, konsep
dan idea secara aktif.

• Ini menjadikan mereka lebih faham, lebih yakin dan


lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat
walaupun menghadapi pelbagai kemungkinan dan
cabaran

13
PERANAN GURU
 Menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan mereka.
 Menstruktur pelajaran untuk mencabar persepsi murid.
 Membantu murid menyedari kerelevanan kurikulum kepada kehidupan mereka.
 Mentaksir pembelajaran melalui aktiviti harian di kelas bukan hanya dalam bentuk ujian
bertulis.
 Menggalakkan murid membuat tugasan yang berbentuk penyelesaian, menganalisis,
meramal, meneroka dan membuat hipotesis.
 Menggalakkan murid menerangkan lebih lanjut jawapan mereka.
 Menggalakkan penemuan oleh murid melalui pertanyaan soalan bercapah dan
menggalakkan murid menyoal murid yang lain.
 Memberi masa secukupnya kepada murid untuk menjawab soalan setelah soalan
dikemukakan.
 Memberi masa secukupnya kepada murid untuk membuat perkaitan antara idea-idea
yang telah dijanakan.
 Menggalakkan pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan tertentu.
14
PERANAN MURID

 Murid mengambil inisiatif mengemukakan soalan-soalan dan isu


kemudian dengan sendiri membuat analisis dan menjawab
soalan-soalan itu. Mereka bertanggungjawab terhadap
pembelajaran mereka sendiri dan boleh menyelesaikan masalah.
 Murid selalu berbincang dengan guru dan sesama mereka.
Perbincangan itu akan membantu murid mengubah atau
mengukuhkan idea-idea mereka. Jika murid itu berpeluang
mengemukakan pendapat mereka dan mendengar idea orang lain,
murid tersebut dapat membina asas pengetahuan yang mereka
faham.
 Murid mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan
berbincang untuk membuat ramalan. Murid diberi banyak ruang
dan peluang untuk menguji hipotesis mereka terutamanya melalui
perbincangan dalam kumpulan.
 Murid menggunakan data dan bahan-bahan fizikal, manipulatif
atau interaktif untuk menolong mereka menjana idea dan
pengetahuan.
15
16

Anda mungkin juga menyukai