Anda di halaman 1dari 21

A.

OBJEKTIVISME

1. Nyatakan definisi objektivisme


Objektivisme adalah pengajaran berpusat guru. Guru merancang dan
melaksana pengajaran dan pembelajaran. Guru menetapkan objektif apa
yang mahu dicapai oleh murid. Guru mahu memastikan murid mencapai
objektif ekplisit dan implisit. Guru perlu merancang pengajaran yang
berkesan dan bersesuaian dengan aras pengetahuan murid.

2. Nyatakan konsep objektivisme


 guru harus berperanan sebagai pengawal kelas.
 Murid tidak ada pilihan kecuali menurut peraturan dan undang-undang
yang ditetapkan oleh guru.
 Pelajar dianggap menerima pengetahuan secara pasif.
 Murid melakukan aktiviti yang dirancang oleh guru. Kebanyakan aktiviti
merupakan aktiviti individu.

3. Apakah tahap objektivisme yang difokuskan menurut Taxonomi


Bloom?
Kefahaman / memahami

4. Pembelajaran berlaku secara berapa hala?


Satu hala

5. Pembelajaran berpusatkan siapa?


Pembelajaran berpusatkan guru

6. Apakah peranan guru berdasarkan objektivisme?


 guru berperanan sebagai penyampai pengetahuan dan menguruskan
pelajar.
 guru berperanan sebagai pengawal disiplin kelas.
 Guru menetapkan objektif apa yang mahu dicapai oleh murid.
 Guru merancang pengajaran yang berkesan dan bersesuaian dengan aras
pengetahuan murid

7. Apakah peranan murid berdasarkan objektivism?


Objektivisme sealiran dengan fahaman x dan teori y.
Murid bertindak hanya sebagai penerima dan akur dengan apa yang
disampaikan oleh guru tanpa sebarang respon.
8. Apa itu fahaman x? Huraikan.
Melihat objek dan nilai (kualiti) wujud dengan tersendiri. Perkara ini terhasil
apabila guru melaksanakan pembelajaran berpusatkan guru, objektif dan
matlamat tersebut dapat tercapai dengan sendirinya kerana guru yang
tetapkan dan melaksanakan cara tersebut.

9. Apa itu teori y? Huraikan.


Y = teori objektivisme.
10. Apakah kelebihan objektivisme?
Guru dapat mengawal disiplin pelajar di dalam bilik darjah.

11. Nyatakan proses yang terlibat dalam objektivisme?


Proses pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru. Guru yang
menetapkan matlamat dan memberi segala ilmu tanpa murid menjelaskan
idea mereka.

12. Objektivisme dalam PdPC RBT. Kemukakan contoh.


Guru menunjukkan cara-cara menanam pokok cara hidroponik di dalam kelas.
Guru memberi bahan kepada pelajar dan menunjukkan demonstrasi kepada
murid dan murid mengikut langkah-langkah guru tersebut.
B. KONSTRUKTIVISM
1. Nyatakan definisi konstruktivism
Konstruktivism bermaksud pengetahuan dibina oleh murid secara aktif
berdasarkan pengetahuan sedia ada

2. Nyatakan konsep konstruktivism


 Pelajar aktif membina pengetahuan berasaskan pengalaman yang sudah
ada.
 Dalam konteks pembelajaran, pelajar seharusnya membina sendiri
pengetahuan mereka.
 Pentingnya membina pengetahuan secara aktif oleh pelajar sendiri
melalui proses saling mempengaruhi antara pembelajaran terdahulu
dengan pembelajaran terbaru.
 Seseorang membina pengetahuan dirinya secara aktif dengan cara
membandingkan informasi baru dengan pemahamannya yang sudah ada.
 Bahan pengajaran yang disediakan perlu mempunyai perkaitan dengan
pengalaman pelajar untuk menarik miknat pelajar

3. Pembelajaran berlaku secara berapa hala?


Pembelajaran berlaku secara pelbagai hala. Antara guru dengan murid dan
antara murid dengan murid.

4. Pembelajaran berpusatkan siapa?


Pembelajaran berpusatkan murid

5. Apakah peranan guru berdasarkan konstruktivism?


 Membimbing murid mendapatkan jawapan yang tepat.
 Menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai
pandangan mereka.
 Memberi masa yang secukupnya kepada murid untuk membuat perkaitan
antara idea-idea yang telah dijanakan.

6. Apakah peranan murid berdasarkan konstruktivism?


 Murid mengambil inisiatif mengemukakan soalan-soalan dan isu,
kemudian secara individu mereka membuat analisis dan menjawab
soalan-soalan itu. Mereka bertanggungjawab terhadap pembelajaran
mereka sendiri dan boleh menyelesaikan masalah.
 Murid selalu berbincang dengan guru dan sesama mereka. Perbincangan
itu akan membantu murid mengubah atau mengukuhkan idea-idea
mereka. Jika murid itu berpeluang mengemukakan pendapat mereka dan
mendengar idea orang lain, murid tersebut dapat membina asas
pengetahuan yang mereka faham.
 Murid mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan berbincang
untuk membuat ramalan. Murid diberi banyak ruang dan peluang untuk
menguji hipotesis mereka terutamanya melalui perbincangan dalam
kumpulan.
 Murid menggunakan data dan bahan-bahan fizikal, manipulatif atau
interaktif untuk menolong mereka menjana idea dan pengetahuan.
7. Apakah kelebihan konstruktivism?
 Dalam proses membina pengetahuan baru, murid akan berfikir untuk
menyelesaikan masalah, menjana idea, dan membuat keputusan yang
bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran. Sebagai
contoh, ini boleh dicapai melalui aktiviti penyelidikan dan penyiasatan
seperti mengenal pasti masalah, mengumpul maklumat, memproses data,
membuat interpretasi dan membuat kesimpulan.
 Kefahaman murid tentang sesuatu konsep dan idea lebih jelas apabila
mereka terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru.
Seorang murid yang memahami apa yang dipelajari akan dapat
mengaplikasikan pengetahuan yang baru dalam kehidupan dan situasi
baru.
 Setelah memahami sesuatu konsep, murid akan dapat mengingati lebih
lama konsep tersebut kerana mereka terlibat secara aktif dalam
mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada
untuk membina pengetahuan baru.
 Murid yang belajar secara konstruktivisme diberi peluang untuk membina
sendiri kefahaman mereka tentang sesuatu. Ini menjadikan mereka lebih
yakin kepada diri sendiri dan berani menghadapi dan menyelesaikan
masalah dalam situasi baru.
 Murid yang berkemahiran sosial boleh bekerjasama dengan orang lain
dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah. Kemahiran sosial ini
diperoleh apabila murid berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru dalam
membina pengetahuan mereka.
 Dalam pembelajaran secara konstruktivisme, murid membina sendiri
pengetahuan, konsep dan idea secara aktif. Ini menjadikan mereka lebih
faham, lebih yakin dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat
walaupun menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran.

8. Bagaimaana kadar keaktifan pelajar


 Para pelajar boleh membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran dan pelajaran.
 Pelajar perlu menggunakan minda mereka secara aktif untuk
membandingkan maklumat-maklumat baharu dengan pengalaman sedia
ada untuk mencapai kefahaman terhadap maklumat baharu ini.
 Pelajar juga terlibat dalam proses metakognitif iaitu operasi yang
mengarah dan mengawal kemahiran secara kognitif dalam minda mereka.
 Pada akhir pengajaran, pelajar terlibat dalam proses-proses menilai dan
mentaksir pemikiran kendiri melalui refleksi dan renungan.

9. Nyatakan proses yang terlibat dalam konstruktivism


Proses asimilasi dan akomodasi dalam skema

10. Konstruktivism dalam pdpc RBT. Kemukakan contoh.


Memerlukan topik tanaman hidroponik dimana murid akan mengunakan
pengetahuan menanam pokok sedia ada di dalam diri murid. Contohnya
guru akan menayangkan video cara-cara penaman pokok kemudian murid
akan bertanya. Seterusnya murid akan bertanya dan akan dikaitkan dengan
pengetahuan sedia ada agar murid dapat gunakan di dalam situasi dunia
yang sebenar.
C. PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL
1. Nyatakan definisi kontekstual
Pembelajaran mengikut konteks atau dalam konteks.
Konteks= keadaan, situasi dan kejadian
Secara umum, kontekstual membawa pengertian:
1. Yang berkenaan, releven ada hubungan atau kaitan langsung, mengikut
konteks.
2. yang membawa maksud, bermakna (meaningful)

2. Nyatakan konsep kontekstual


Teori pembelajaran kontekstual merupakan pembelajaran yang hanya berlaku
apabila pelajar memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan
cara tertentu sehingga ia membawa maksud atau bermakna kepada mereka
dalam kerangka rujukan mereka sendiri. Ia mengandaikan minda akan
mencari maksud dalam konteks dengan cara semulajadi iaitu berkait dengan
persekitaran semasa seseorang itu. Dalam teori ini, murid membina
persekitaran pembelajaran melalui proses pengalaman, penemuan,
pengukuhan dan menghubungkait. Pembelajaran kontektual juga merupakan
Pembelajaran melibatkan pelajar berfikir dan hands on. Ahli pendidik lain
menggunakan istilah experiental learning, real-world education, active
learning dan learner-centred instruction

3. Pembelajaran berlaku secara berapa hala?


Pembelajaran dilakukan secara dua hala iaitu guru hanya bertindak sebagai
fasilitator. Murid diarahkan untuk berbincang secara berkumpulan untuk
mendapatkan maklumat.

4. Pembelajaran berpusatkan siapa?


berpusatkan murid

5. Apakah peranan guru berdasarkan konstekstual?


 Mengkaitkan prinsip-prinsip subjek dengan dunia pekerjaan
 Penghubung antara pihak akademik dengan vokasional atau industri
 Memahami latar belakang dan pengalaman hidup murid melalui proses
pengkajian secara menyeluruh.
 Merancang pengajaran dengan mengaitkan konsep atau teori yang
dipelajari dengan mempertimbangkan pengalaman yang dimiliki murid
dan lingkungan kehidupan mereka.
 Melaksanakan pengajaran dengan selalu mendorong murid untuk
mengaitkan apa yang sedang dipelajari dengan
pengetahuan/pengalaman yang telah dimiliki sebelumnya dan
mengaitkan apa yang dipelajarinya dengan fenomena kehidupan sehari-
hari.
 Melakukan penilaian terhadap pemahaman murid.

6. Apakah peranan murid berdasarkan kontekstual?


 Murid berperanan sebagai pemproses maklumat atau pengetahuan baru
dengan cara yang bermakna kepada mereka.
 Murid juga perlu melibatkan diri secara aktif semasa aktiviti
pembelajaran dijalankan. Ini kerana dengan melakukan aktiviti yang
disediakan akan memberikan murid-murid pengalaman yang baru.
 Dalam masa yang sama, murid perlu mengaplikasikan hasil pengalaman
yang mereka peroleh dalam kehidupan mereka. Ini membolehkan
pembelajaran itu penting dan bermakna.
 Selain itu, murid-murid perlu bekerjasama dalam melakukan aktiviti
pembelajaran. Ini dapat meningkatkan perkongsian ilmu serta kemahiran
komunikasi dalam diri murid-murid.
 Aktif mencari dan membina maklumat melalui aktiviti sebenar dalam
kehidupan harian.

7. Apakah kelebihan kontekstual?


Murid Guru Industri
 Dapat  Dapat  Menerima tenaga kerja
mengaitkan menjadikan yang berpotensi untuk
mata pelajaran pengajaran dilatih semula secara
dengan sebagai satu berkesan mengikut
pekerjaan atau pengalaman keperluan
kehidupan yang berjaya  Menggerakkan industri ke
 Dapat  Dapat dalam pendidikan sebagai
mengaitkan mengaitkan rakan kongsi.
kandungan prinsip-prinsip
mata pelajaran mata pelajaran
dengan denagn dunia
pengalaman pekerjaan
harian  Dapat menjadi
 Boleh penghubung
memindahkan antara pihak
kemahiran akademik dan
 Boleh meneroka vokasional atau
dan industri
mendapatkan
bukti
 Boleh
menguasai
perkara abstrak
melalui
pengalaman
konkrit
 Dapat belajar
secara
kerjasama

8. Bagaimana kadar keaktifan pelajar


Dengan menggunakan pembelajaran berasaskan kontekstual, kadar keaktifan
pelajar sebanyak 80%. Ini kerana pelajar dapat mengalami sendiri isi
pembelajaran yang diajar guru. Dalam masa yang sama, semasa aktiviti
pembelajaran sedang berlaku secara tidak langsung murid akan mengajar
rakan-rakan yang lain. Ini dapat mengukuhkan lagi ilmu yang diperolehnya.

9. Nyatakan proses yang terlibat dalam kontekstual


Terdapat 4 langkah:
 Motivasi
Segmen ini bertujuan untuk menarik minat dan mencetuskan idea asas
terhadap sesuatu tajuk yang akan dibincangkan. Penggunaan alat bantu
mengajar amat digalakkan.
 Pemahaman
Segmen ini merangkumi kemahiran murid yang berkaitan dengan tajuk
yang dipelajari. Kaedah penyampaian maklumat harus dipelbagaikan agar
dapat menarik minat murid terhadap sesuatu konsep itu. Murid diberikan
kebebasan mengutarakan perkara-perkara yang berkaitan.
 Kemahiran
Pengetahuan yang diperoleh murid dapat diaplikasi dengan cara
melakukan hands-on dan seterusnya dapat mencetuskan pemikiran murid
(minds-on). Dengan ini murid dapat mengaitkan pengetahuan bilik
darjahnya untuk menyelesaikan masalah harian.
 Penilaian
Menggulung fakta utama sesuatu tajuk dan menilai penguasaan tentang
tajuk tersebut adalah dua aspek segmen ini. Apabila guru merumus tajuk,
murid diingatkan semula mengenal fakta penting. Di sini perbincangan
dapat diarahkan untuk memperkaya pengetahuan murid. Selepas ini,
guru perlu mengadakan penilaian kemajuan murid. Penilaian boleh
dilakukan dengan pelbagai kaedah untuk menguji kefahaman murid.
10. Kontekstual dalam pdpc RBT. Kemukakan contoh.
Dalam pembelajaran RBT, pembelajaran berasaskan kontekstual boleh
digunakan untuk memberikan pengalaman sebenar kepada murid.
Sebagai contoh, dalam mengenal pasti Peraturan dan Keselamatan Bengkel
guru boleh memotivasikan murid dengan menayangkan satu video
mengenai keadaan bengkel yang kotor kepada murid-murid.
Setelah menayangkan video tersebut, guru boleh membahagikan murid
kepada beberapa kumpulan untuk mereka bincangkan kesalahan yang
terdapat di dalam video tersebut. Setelah itu, mereka diminta untuk
menerangkan dapatan perbincangan mereka kepada rakan-rakan yang lain.
Ini untuk menguji tahap pemahaman mereka terhadap isi pembelajaran
yang ingin disampaikan.
Untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam menguasai peraturan dan
keselamatan bengkel, aktiviti lakonan boleh digunakan. Guru boleh
memberikan situasi tertentu untuk murid-murid lakonkan dihadapan kelas
sambal diperhatikan rakan yang lain.
Sebagai penilaian, guru boleh membuat aktiviti sumbang saran mengenai
peraturan dan keselamatan bengkel untuk memastikan murid memahami isi
pembelajaran pada hari tersebut. Dalam masa yang sama, guru boleh
membetulkan isi yang disampaikan murid agar mereka mengetahui jawapan
yang tepat.
D. PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBL)

1. Nyatakan definisi PBL.


Pembelajaran berasaskan projek boleh didefinisikan sebagai proses
pembelajaran yang berfokuskan kepada tugasan amali secara sistematik atau
terancang dalam jangka masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan analisis
data dan penyediaan satu laporan yang betul.
2. Nyatakan konsep PBL.
Tugas pembinaan / siasatan yang teratur yang akan menjurus kepada
matlamat yang spesifik.
Dilaksanakan untuk menggalakan murid menggunakan kemahiran proses
sains.
3. Pembelajaran berlaku secara berapa hala?
Pembelajaran berlaku secara pelbagai hala iaitu interaksi antara murid dan
guru serta interaksi yang berlaku antara murid dan murid.
4. Pembelajaran berpusatkan siapa?
Pembelajaran berpusatkan murid.
5. Apakah peranan guru berdasarkan PBL?
Guru sebagai fasilitator dan pembimbing dalam melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran di mana guru bertindak dalam mereka bentuk
pengajaran yang berperanan dalam menentukan hala tuju pembelajaran
sama ada tercapai atau tidak.
6. Apakah peranan murid berdasarkan PBL?
 Mencari sendiri maklumat yang diperlukan.
 Mempelajari cara menyelesaikan masalah melalui proses inkuiri.
 Berkomunikasi dan berkolaboratif.
 Mengakses maklumat melalui internet.
 Menghasilkan sesuatu projek.
7. Apakah kelebihan PBL?
 Hubungan guru dan murid lebih mesra.
 Wujud komunikasi positif dan perhubungan kolaboratif dalam kalangan
murid yang pelbagai.
 Minat pembelajaran dan daya kreatif murid dapat dipupuk.
 Memberi peluang kepada murid untuk menjana idea.
 Mengajar murid untuk sedia menanggung risiko.
 Murid dapat menerima dan menghormati perbezaan individu.
 Murid dapat berkongsi idea dan pandangan masing-masing.
8. Bagaimana kadar keaktifan pelajar?
 Murid terlibat secara aktif kerana murid perlu menyelesaikan sesuatu
masalah dengan sendiri.
9. Nyatakan proses yang terlibat dalam PBL.
 Memberikan tugasan mengikut kurikulum.
 Tugasan perlu mengambil kira keupayaan dan kemampuan pelajar yang
terlibat.
 Menentukan jadual kerja.
 Memastikan bilangan ahli kumpulan kecil.
 Penilaian projek baru mencerminkan daya usaha setiap pelajar dalam
kumpulan.
 Guru memberikan bimbingan dan pemantauan.
 Penilaian dilaksanakan sepanjang tempoh projek.
 Pelaksanaan dan perancangan secara berperingkat.
 Penyediaan jadual penentu tugas dan panduan memberi markah.
 Pembentangan penilaian dan pemurnian tugas.
 Penyerahan projek.

10. PBL dalam pdpc RBT. Kemukakan contoh.


 Kaedah ini sangat sesuai digunakan dalam pdpc RBT kerana mampu
menjana idea murid untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan
sendiri.
 Sebagai contohnya, melakukan projek rak kunci bagi menyelesaikan
masalah menyimpan kunci.
E. KAJIAN MASA DEPAN (FR)
1. Nyatakan definisi FR.
 Satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin
terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau,
masa kini dan masa depan.
 Suatu strategi pengajaran secara saintifik yang dibina untuk melatih
murid memikirkan tentang masa depan secara berkaedah, bermakna dan
bertanggungjawab.
 Strategi secara saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan
murid dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat
keputusan.

2. Nyatakan konsep FR.

Gambaran masa depan yang mungkin berlaku jika ada pemuliharaan dan
mengkaji tanggungjawab generasi sekarang serta penjelasan nilai
masyarakat tentang hak generasi masa depan.

3. Pembelajaran berlaku secara berapa hala?

Pelbagai hala

4. Pembelajaran berpusatkan siapa?

Berpusatkan murid

5. Apakah peranan guru berdasarkan FR?

 Merancang aktiviti pengajaran berorientasikan masa depan.


 Pemilihan isu dan tema bersesuaian dengan tajuk mata pelajaran dan
tahap murid.
 Guru memainkan peranan sebagai fasilitator dengan membimbing murid
untuk mencapai matlamat dan objektif pembelajaran.
 Menggunakan pelbagai gaya pembelajaran seperti lisan, visual, audio,
kinestatik dan komunikasi.
 Mewujudkan iklim dalam bilik darjah yang seronok, menarik dengan
suasana kreatif serta persekitaran yang boleh merangsang murid untuk
belajar.
 Melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan
murid.

6. Apakah peranan murid berdasarkan FR?

 Murid memainkan peranan sebagai peneroka yang aktif.


 Mengeluarkan idea atau sesuatu tema tentang kajian masa depan.
 Belajar kemahiran perancangan strategi, cara menangani masalah serta
cara penyelesaian masalah kendiri.

7. Apakah kelebihan FR?


 Merangsang murid berfikir
 Menggalakkan murid memahami kesepaduan antara pelbagai bidang
ilmu melatih murid menyelesaikan masalah dan membuat keputusan
 Murid berminat dan seronok kerana mereka boleh mengeluarkan idea
dan pandangan tentang sesuatu tema.
 Menyemai keyakinan dalam diri murid untuk menghadapi cabaran masa
depan.

8. Bagaimana kadar keaktifan murid?

Pelajar di dalam kelas berada dalam keadaan yang aktif dimana mereka perlu
untuk sentiasa berfikir dan mengenal pasti punca-punca atau idea yang
baharu untuk mengkaji dan memikirkan trend masa hadapan. Justeru kaedah
KMD iaitu menggunakan Matriks KMD adalah bertetapan dengan konsep
pengajaran ini. Guru meminta murid untuk memikirkan satu idea yang
baharu untuk memandang kehadapan. Jadi, keaktifan pelajar disini adalah
tinggi kerana setiap daripada mereka bukan hanya tahu ilmu semasa dan
praktikal tetapi untuk menyediaan diri mereka pada masa hadapan
9. Nyatakan proses yang terlibat dalam FR?

Ada 3 proses yang terlibat dalam KMD yang pertama iaitu menggunakan
matriks sepenuhnya. Matriks ini ialah dimana daripada topik dan subtopik
yang diajarkan, guru menyuruh murid untuk mengaplikasikan daripada topik
itu berkenaan perkara-perkara yang menjurus kearah masa hadapan. Melalui
ini, murid akan berfikir lebih kreatif dan kritis.
Yang kedua, guru memberikan input secara terus mengenai masa hadapan,
dalam proses pengajaran, guru memberikan contoh-contoh yang bersesuaian
dengan masa hadapan supaya dapat membuka minda murid untuk
mempelbagaikan lagi idea-idea supaya ianya memberi manfaat untuk masa
hadapan.
Yang ketiga, menggunakan unsur-unsur KMD dalam set induksi. Ini untuk
memberikan pendedahan awal dan pemahaman yang lebih mendalam dalam
KMD supaya murid lebih teruja untuk menjalani proses pdp pada hari
tersebut.

10. FR dalam pdp RBT. Kemukakan contoh.

RBT ialah lebih menjurus kepada kemahiran-kemahiran hidup yang dikaitkan


dengan teknologi. Justeru, penggunaan konsep KMD ini ialah amat berguna
kerana ianya akan membuatkan proses-proses dalam kerja RBT ini menjadi
lebih mudah. Sebagai contoh guru meminta murid untuk memikirkan inovasi-
inovasi yang baharu supaya dapat memudahkan kerja dan memberi nilai
komersial kepada sesuatu barang. Jadi perlu untuk guru sentiasa memberikan
peluang untuk murid memikirkan inovasi yang baharu dari semasa ke
semasa untuk melatih minda mereka kearah abad-21.
F. PEMBELAJARAN BERASASKAN KETERAMPILAN

1. Nyatakan definisi CBL.


 Pembelajaran & pentaksiran yang membolehkan murid melaksanakan
tugas secara spesifik.
 Kurikulum ini direka & memenuhi standard kecekapan industri atau badan
profesional yang berkaitan.

1. Nyatakan konsep CBL.


Pembelajaran secara ketrampilan adalah kaedah pembelajaran dimana murid
perlu menekankan konsep “MELAKSANAKAN”, dan bukan sahaja
“MENGETAHUI” serta memberi tumpuan kepada hasil pembelajaran.

2. Pembelajaran berlaku secara berapa hala?


2 hala.

3. Pembelajaran berpusatkan siapa?


Murid

4. Apakah peranan guru berdasarkan CBL?


 Guru sebagai fasilitator. Murid akan diberikan bimbingan daripada guru
supaya tugasan yang dilaksanakan dapat dilakukan dengan sempurna
serta tidak lari daripada landasan yang telah ditetapkan.
 Pemudah cara & pencetus inovasi
 Menggunakan pelbagai teori pengajaran

5. Apakah peranan murid berdasarkan CBL?


 Murid berperanan sebagai penanda aras keberkesanan kaedah ini.
 Kemajuan murid dengan menunjukkan kecekapan mereka, yang
bermaksud mereka membuktikan bahawa mereka telah menguasai
pengetahuan dan kemahiran (dipanggil kecekapan) yang diperlukan bagi
kursus tertentu, tanpa mengira berapa lama ia mengambil.
 Pembelajaran berasaskan ketrampilan ini membolehkan murid untuk
mengikuti pembelajaran berterusan hingga trampil tanpa masa sebagai
sempadan.
6. Apakah kelebihan CBL?
 Meningkatkan penglibatan murid dengan memberikan kebebasan untuk
mengawal, bila dan bagaimana mereka belajar
 Proses & tujuan penilaian tidak hanya berteraskan gred.
 Berpusatkan dunia sebenar dan membangunkan kecekapan
 Berfokuskan kepada hasil akhir kerja oleh itu murid boleh mengikut kadar
pembelajaran mereka sendiri sama ada lambat mahupun cepat.

7. Bagaimana kadar keaktifan murid?


 Kadar keaktifan murid adalah sangat aktif dalam pembelajaran ini kerana
kaedah ini berpusatkan murid.
 Murid memainkan peranan penting kerana murid jugalah yang menguji
keberkesanan kaedah pembelajaran ini.

8. Nyatakan proses yang terlibat dalam CBL?


 Kompetensi dikenal pasti dan dipilih dengan teliti mengikut keperluan
industri
 Teori diintegrasikan dengan kemahiran. Pembelajaran pengetahuan
disampaikan untuk menyokong pelaksanaan dan pencapaian kemahiran
 Bahan pembelajaran disediakan dengan teliti untuk mencapai kompetensi
yang ditetapkan dan direka bentuk untuk memperoleh pengetahuan yang
menyokong kepada penghasilan kemahiran
 Kaedah pembelajaran (instructional methodology) melibatkan
pembelajaran masteri (pengetahuan) dan kontekstual (kemahiran) dan
dijalankan sehingga seseorang individu/pelajar berkenaan menguasai
pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi dan sewajarnya
 Penilaian terhadap pencapaian pengetahuan dan kemahiran individu
dijalankan pada awal pembelajaran dan penguasaan pembelajaran dan
kemahiran terdahulu diambil kira bagi menyokong pembelajaran yang
sedang berjalan
 Pembelajaran mengikut kadar kebolehan individu/pelajar
 Pembelajaran dan latihan dijalankan dengan fleksibel melalui aktiviti
pembelajaran dalam kumpulan yang besar, kecil atau secara individu
 Bahan dan sumber pembelajaran sokongan mencukupi dan disediakan
untuk mencapai kompetensi
 Prestasi individu/pelajar ditentukan melalui pencapaian kompetensi yang
diperoleh dibandingkan dengan penyataan criteria yang ditetapkan
 Pencapaian kompetensi dilaporkan berdasarkan kepada standad
kompetensi yang ditetapkan sama ada 'telah kompeten' atau 'belum
kompeten'
 Penamatan pembelajaran dan latihan yang memuaskan adalah
berdasarkan pencapaian semua kompetensi yang ditentukan melalui
eviden pentaksiran kompetensi yang di kumpul sepanjang proses
pendidikan dan latihan dijalankan

9. CBL dalam PDPC RBT. Kemukakan contoh.


 Pembelajaran berdasarkan ketrampilan amat sinonim dengan pdpc RBT.
Dalam subjek RBT, murid dikehendaki untuk melaksanakn sesuatu
kemahiran, bukan mengetahuinya sahaja.
 Sebagai contoh, murid akan diberikan tugasan menghasilkan kerja kayu,
Oleh hal yang demikian, banyak kemahiran akan diuji seperti menanda,
memotong, mencantum dan mengemas.
 Tambahan, di sini guru akan bertindak sebagai fasilitator.
 Pencapaian murid akan diuji melalui hasil kerja kayu yang dihasilkan.
G. PEMBELAJARAN BERASASKAN AMALI/ PRAKTIKAL
(LEARNING BY DOING- LBD)
1. Nyatakan definisi LBD

 Menurut Zol Azlan (2000), pendekatan amali boleh didefinisikan sebagai


seorang, sepasang ataupun sekumpulan kecil murid dibekalkan dengan
bahan dan sumber untuk menjalankan pembelajaran.
 Kaedah yang paling praktikal dan berkesan untuk digunakan dan dapat
membantu murid secara langsung dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
 Guru akan membuat penerangan tentang sesuatu pengajaran
menggunakan bahan dan sumber manakala murid akan membuat amali
merujuk kepada bahan dan sumber.

1. Nyatakan konsep LBD

 Mempraktikkan teori dalam kehidupan sebenar. Pengetahuan dan


kemahiran diperoleh bukan hanya berdasarkan apa yang terkandung di
dalam buku.
 Menggalakkan pembelajaran aktif kerana murid akan melakukan interaksi
secara meluas bersama guru dan rakan-rakan.
 Mampu menarik dan mengekalkan minat murid sepanjang sesi
pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
 Membantu murid memperkukuhkan ingatan kerana mereka sendiri
melihat dan mengikuti segala proses.
 Mengoptimumkan penggunaan multisensori ketika belajar iaitu murid
akan menggunakan sistem deria yang pelbagai dalam melakukan aktiviti
amali seperti mendengar, merasa dan mencipta sesuatu.

2. Pembelajaran berlaku secara berapa hala?

 Pembelajaran berlaku secara dua hala iaitu guru dan murid.

3. Pembelajaran berpusatkan siapa?

 Pembelajaran berpusatkan murid.

4. Apakah peranan guru berdasarkan LBD?

 Guru sebagai fasilitator iaitu berperanan sebagai pemantau dan


pemerhati.
 Guru meransang daya pemikiran kreatif murid dengan menyumbangkan
idea kepada murid.
 Sebagai pengelola bahan dan sumber pembelajaran yang diperlukan iaitu
guru menyediakan pelbagai bahan dan sumber kepada murid supaya
pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.
 Guru sebagai pembimbing dan pelatih murid cara meneroka, mencari,
menyelesaikan masalah, menyelidik soalan dan menyempaikan hasil
pembelajaran dengan berkesan.
5. Apakah peranan murid berdasarkan LBD?

 Murid menggunakan bahan dan sumber dengan betul dan selamat.


 Murid memberikan tumpuan ketika melaksanakan amali.
 Murid mengikut dan mematuhi segala arahan yang diberikan oleh guru
ketika menjalankan amali.
 Murid menjalankan tugasan amali dengan betul dan tepat.

6. Apakah kelebihan LBD?

 Murid akan lebih faham dan berkemahiran akan sesuatu yang dipelajari.
 Murid akan lebih teransang untuk berfikir secara kreatif dan kritis.
 Murid akan lebih aktif dalam proses PDP yang dihadapi.
 Hubungan social murid dan guru akan lebih berkesan.
 Kompetensi murid dalam pembelajaran dapat ditingkatkan secara
berterusan untuk mengembangkan kemahiran mereka.

7. Bagaimanakah kadar keaktifan pelajar?

 Kadar keaktifan murid ketika proses pdp dijalankan adalah tinggi kerana
ia melibatkan pembelajaran 2 hala antara guru dan murid.
 Murid dapat menjalani proses pdp secara kreatif dan kritis di dalam kelas.
 Murid lebih kerap bertanyakan guru akan perkara yang dipelajari.

8. Nyatakan proses yang terlibat dalam LBD?

 Ianya bertujuan untuk memberikan motivasi untuk belajar dalam diri


murid murid
 Murid melibatkan diri secara aktif dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran
 Guru mengajar di dalam kelas sambil memerhatikan setiap perbezaan
individu dalam diri murid-murid yang ada di dalam kelas
 Guru mengadakan sesi pengajaran dengan kadar pengalihan yang sesuai
dengan pembelajaran murid

9. LBD dalam pdp RBT, kemukakan contoh.

 Sebagai contoh, untuk mengajarkan topik penghasilan projek kepada


murid-murid, guru perlu mengendalikan aktiviti dan penilaian secara
berperingkat.
 Pertama, guru perlu merancang aktiviti dan topik untuk topic tersebut
seperti merancang alatan dan bahan yang boleh digunakan untuk topic
tersebut.
 Kedua, guru perlu memikirkan cara penyampaian maklumat kepada
murid dalam melaksanakan aktiviti. Guru juga perlu memberikan arahan
kepada murid sebelum, semasa dan selepas aktiviti.
 Ketiga, guru perlu melakukan penilaian untuk pdp yang dijalankan. Guru
boleh menilai pengetahuan, kemahiran dan nilai projek yang dihasilkan
murid. Seterusnya, guru juga boleh menilai aktiviti yang dilakukan murid
sama ada mencapai objektif pembelajaran yang dilakukan murid.
H. PEMBELAJARAN AKTIF

DEFINISI PEMBELAJARAN AKTIF


Pembelajaran aktif adalah proses bagaimana individu mendapatkan
maklumat atau pengetahuan dengan menggabungkan kemahiran
mendengar, melihat dan melakukan untuk mengekalkan ingatan dan
memahami sesuatu konsep atau fakta.

KONSEP PEMBELAJARAN AKTIF


konsep pemprosesan maklumat dalam kemahiran metakognitif, konsep gaya
belajar dan konsep belajar daripada sudut kolaboratif sosial adalah asas
utama yang membentuk konsep pembelajaran aktif (Mohd Azman, 2005).
a) Pemprosesan Maklumat Menggunakan Kemahiran Metakognitif
 menyampaikan maklumat dengan menggunakan perkataan mereka
sendiri,
 memberi contoh tentang maklumat yang diperolehi,
 mengenali bentuk samaran dan keadaan maklumat yang berbeza-
beza tentang maklumat yang diperolehi,
 mengaitkan antara maklumat yang diperolehi dengan fakta ataupun
idea lain,
 menggunakan maklumat itu dalam cara yang berbeza,
 maramalkan beberapa akibat dari maklumat berbeza yang
diperolehi,
 membanding beza maklumat tesebut.

b) Gaya Belajar
c) Kolaboratif Sosial dan Kemasyarakatan

 Mempunyai keperluan berhubung dengan orang lain dan berasa


kehadirannya diterima dalam sesebuah kumpulan.
 Meletakkan seseorang murid ke dalam sekumpulan murid dan
memberikan tugas kepada mereka, memerlukan kerjasama antara
satu sama lain di kalangan murid yang menganggotai kumpulan
tersebut untuk menyelesaikan tugasan yang diberi.
 Dibincangkan oleh murid dengan rakan lain dan apa yang diajarkan
oleh murid kepada murid lain membolehkan meraka memahami
dan menguasai pembelajaran.

PEMBELAJARAN BERLAKU BERAPA HALA


Interaksi dua hala

PEMBELAJARAN BERPUSATKAN SIAPA


Berpusatkan kepada murid dan guru hanya membimbing sahaja

PERANAN GURU DALAM PEMBELAJARAN AKTIF


 Guru bertindak sebagai fasilitator.
 Guru dapat membuat reka bentuk pengajaran yang sesuai dan menarik
dengan keperluan murid.
 Guru meningkatkan motivasi murid kerana dalam konteks pembelajaran,
pencapaian murid kebiasaannya lebih rendah tanpa bimbingan guru.
 Guru bertindak sebagai pemudah cara kepada proses pengajaran dan
pembelajaran.

PERANAN MURID DALAM PEMBELAJARAN AKTIF


 Murid bertanggungjawab sepenuhnya dalam pembelajaran mereka sendiri
 Murid mengeluarkan idea dan kerja sendiri, kemahiran proses idea
dihargai, disiplin diri, murid sebagai sumber pengetahuan dan idea,
 Murid terlibat dalam perancangan kurikulum,
 Murid melibatkan diri dalam pembelajaran dan terdapat berbagai kaedah
pengajaran digunakan

KELEBIHAN PEMBELAJARAN AKTIF


 Mengetahui motivasi, keperluan dan minat belajar,
 Memahami tujuan belajar,
 Mengetahui tahap kematangan pelajar,
 Memahami perbezaan-perbezaan individu di antara murid,
 Menyediakan peluang pengalaman praktik
 Memperhatikan kefahaman dan mengetahui hubungan-hubungan,
integrasi pengalaman dan kelanjutannya, keaslian, pembaharuan dan
kebebasan berfikir,
 Menjadikan proses pendidikan itu sebagai pengalaman yang
menggembirakan bagi murid

KADAR KEAKTIFAN MURID


PENDIDIKAN KAEDAH AKTIVITI PERATUSAN
PENGUASAA
N
PASIF BACA 10%
MENDENGAR 20%
MELIHAT 30%
MENDENGAR DAN 50%
MELIHAT
AKTIF BERCAKAP, BERBINCANG 70%
BUAT, PRAKTIK 90%

PROSES YANG TERLIBAT DALAM PEMBELAJARAN AKTIF


Pembelajaran aktif memerlukan persedian awal daripada guru seperti:
1. Perancangan aktiviti yang tersusun.
2. Persediaan alat bantu mengajar dengan menggunakan teknologi komunikasi
terkini.
3. Persediaan pelajar dan makmal atau kedudukan pelajar di dalam kelas
PEMBELAJARAN AKTIF DALAM RBT. KEMUKAKAN CONTOH
Antara strategi yang sangat popular diaplikasikan dalam bilik darjah ialah:
1) Gallery Walk
1) 3 stray
2) 1 stay
3) Jigsaw
4) Think Pair Share
5) Round Table
6) Hot Seats
7) Role Play
8) Pembentangan
9) Simulasi
10) Sajak
11) Syarahan
12) Problem Based Learning
13) Project Based Learning.

Anda mungkin juga menyukai