Anda di halaman 1dari 15

A.

Tepung Penyumbat

Tepung penyumbat digunakan untuk menyumbat ira kayu dan liang kayu yang tidak
rata.

Ia boleh didapati dalam dua bentuk:

tepung serbuk putih yang perlu dibancuh terlebih dahuludengan air dan
pewarna sebelum digunakan

siap bancuh dengan pewarna

Pengikis dan kain digunakan untuk menyapu tepung penyumbat pada permukaan
projek.

Setelah tepung penyumbat kering, bersihkan dan licinkan permukaan projek dengan
kertas las.

B. Kertas Las

Kertas las juga dikenali sebagai kertas kaca atau kertas pasir.

Digunakan untuk:

merata dan melicinkan permukaan kayu sebelum disapu bahan kemasan

membersihkan calar, garisan dan tanda pada permukaan bahan

Ia dijual dalam bentuk kepingan yang berukuran 23 cm x 28 cm (9" x 11").

Kertas las digredkan daripada nombor 00 (paling halus) hingga nombor 3 (paling
kasar).

Untuk kerja am, mulakan dengan kertas las gred 1 dan untuk permukaan lebih licin,
gunakan kertas las gred 0 diikuti dengan yang paling halus iaitu gred 00.

Langkah menggunakan kertas las:

balutkan kertas las ke satu bongkah kayu lembut.

mula menggosok dengan kertas las gred kasar secra bersudut sedikit dengan
urat kayu.

kemudian, gosok selari dengan urat kayu dengan gosokan yang bertindihtindih dengan menggunakan kertas las gred sederhana dan gred halus.

C. Cat Licau

Digunakan sebagai lapisan penyudah projek supaya kelihatan cantik dan berkilat.

Ia juga memberikan perlindungan dan mencegah logam daripada berkarat.

Cat licau disapu menggunakan berus cat setelah benda kerja disapu dengan cat alas.

Turpentin digunakan untuk membersihkan berus cat, mencairkan cat dan bertindak
sebagai pelarut cat.

D. Cat Sembur

Cat sembur memberikan kemasan yang lebih cantik dan berkilat berbanding dengan
cat licau yang disapu dengan berus cat.

Cat sembur dicairkan dengan pelarut thinner supaya lebih cair dan cepat kering.

Cat sembur biasa digunakan pada kemasan badan motosikal, kereta dan lain-lain
kenderaan.

Cat sembur dalam tin boleh digunakan untuk kemasan projek kecil.

E. Syelek

Syelek digunakan sebagai kemasan pada permukaan kayu supaya kecantikan urat
kayu jelas kelihatan.

Syelek menjadikan permukaan kayu licin, senang dibersihkandan tahan lebih lama.

Spirit metil digunakan untuk:

membersihkan berus syelek

mencairkan syelek dan bertindak sebagai pelarut syelek

5. Bahan-bahan Lain Yang Boleh Digunakan Untuk


Mencantikkan Projek

A. Tona Kayu

Tona kayu ialah sejenis kemasan berkilat yang memaparkan warna kayu asal.

Ia digunakan untuk memberi warna seragam kepada cantuman projek yang terdiri dari
pelbagai jenis dan warna kayu.

B. Semburan Lekar Jernih

Lekar yang disembur pada permukaan bahan lebih cantik dan berkilat berbanding
dengan lekar yang disapu dengan berus.

Lekar untuk kerja menyembur dicairkan dengan pelarut thinner supaya menjadi lekar
jernih.

Lekar jernih lebih cair dan boleh disemburkan dengan mudah serta cepat kering.

Lekar jernih dalam tin boleh digunakan untuk kemasan projek kecil.

C. Pelekat

Terdapat 2 jenis pelekat, iaitu jenis keras seperti formika dan jenis lembut seperti
sticker.

Ia boleh didapati dalam pelbagai warna.

Kemasan ini dibuat secara menampal pada permukaan bahan.

6. Langkah Kemasan Cat

Bersihkan permukaan kayu dengan kertas las diikuti dengan berus.

Sapu satu lapisan cat alas selari dengan urat kayu dan biarkan kering.

Gunakan kertas las gred halus untuk meratakan dan melicinkan lapisan cat alas.
Bersihkan permukaan dengan kain.

Sapukan cat licau dan biarkan kering.

7. Langkah Kemasan Syelek dan Lekar

Licinkan permukaan benda kerja dengan kertas las yang dibalut pada bongkah kayu,
kemudian bersihkan dengan berus atau kain.

Sapukan pewarna kayu yang dipilih pada permukaan benda kerja dengan berus dan
biarkan kering.

Sapu syelek lapisan pertama pada benda kerja dengan berus syelek dan biarkan
kering. Setelah itu, gosok dengan kertas las gred 00 dan bersihkan permukaan kayu.

Sapu lapisan yang kedua dan biarkan kering. Pastikan setiap lapisan itu kering
sebelum memulakan lapisan lain.

Lekar disapu sebagai bahan kemasan terakhir. Lekar lebih keras daripada syelek dan
tidak mudah calar. Biarkan lekar kering sendiri.

BAHAN KEMASAN

PELARU

BAHAN PROJEK

PENERANGAN

AHAN KEMASAN
T

TEPUNG PENYUMBAT

Air,
pewarn
a kayu

Kayu

Menutup liang
kayu atau
kecacatan pada
kayu

CAT LICAU

Turpenti

Kayu, keluli

lembut,

Memberi
perlindungan

perspek,PVC,M

dan mencegah

DF,

logam daripada
berkarat

Papan lapis

Kalis air dan


haba

Disapu
menggunakan
berus atau
semburan

CAT SEMBUR

Thinner

Kayu, keluli

lembut,

Cat sembur
sesuai untuk

perspek,PVC,M

kemasan

DF,

permukaan yang
kecil.

Papan lapis

Boleh didapati
dalam pelbagai
warna, cepat
kering dan
mudah
digunakan.

SYELEK

Spirit

Kayu, MDF,

Methil

Digunakan pada
perabot kayu,

Papan lapis

tidak kalis air


dan haba

Disapu
menggunakan
berus syelek atau
semburan

Terdapat dalam
bentuk kepingan
atau dibancuh

TONA KAYU

Turpenti

Kayu, MDF

Memberikan
warna asli kayu
yang dipilih

Disapu dengan
berus dan
semburan

Bersifat kalis air


dan haba serta
berkilat

LEKAR JERNIH

Thinner

Kayu, keluli

Memberi

lembut,MDF

kemasan terakhir
pada kayu

Melindungi
permukaan
bahan daripada
lembapan

Disapu dengan
berus atau
semburan

Bersifat kalis
haba dan berkilat

Anda mungkin juga menyukai