Anda di halaman 1dari 26

SITI LIYANA BINTI OMAR

1.0 LATAR BELAKANG PROJEK

Reka bentuk merupakan proses penyelesaian masalah mereka bentuk juga dapat
memperbaiki kefungsian serta rupa bentuk sesuatu produk. Definisi reka bentuk adalah
susunan barang yang dirancang untuk menghasilkan sesuatu produk atau impak. Manakala
teknologi pula merupakan pengajian dan pengetahuan dalam usaha manusia mencipta dan
menggunakan pelbagai alat, sumber, teknik dan sistem untuk menguruskan kehidupan.

Kami telah ditugaskan untuk mereka bentuk produk yang mempunyai daya kreativiti dan
nilai komersial. Kami perlu menghasilkan sebuah projek kayu yang bertemakan
penyimpanan. Justeru, kami perlu mereka dan menghasilkan sebuah kerja kayu yang dapat
menyimpan sesuatu barang dengan berkesan supaya pengguna dapat menggunakan atau
mendapatakan sesuatu barang dengan lebih efisyen. Bagi tugasan ini, saya telah memilih
untuk mereka serta menghasilkan projek kayu yang dapat menyimpan produk-produk
penjagaan kulit dan alatan solek.
SITI LIYANA BINTI OMAR

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Tema : Penyimpanan
Tajuk : Kotak Serbaguna

Rak almari saya sentiasa berselerak dengan pelbagai jenis alatan solek serta produk
penjagaa kulit yang tidak teratur dan tersusun. Walaupun saya rajin mengemas kini rak
almari tersebut, namun ia amat mudah untuk barang-barang tersebut berselerak semula.
Hal ini amat menyusahkan saya untuk menggunakan barang-barang tersebut, terutama
sekali ketika saya ingin cepat dan tergesa-gesa. Selain itu, perkara ini juga menyebabkan
saya sering mempunyai kesukaran dalam mencari barang yang saya perlukan kerana
susunannya yang tidak teratur.

Sebelum ini, saya ada juga mencari sebarang tempat penyimpanan alatan solek dan
produk jagaan muka yang terdapat di pasaran. Namun, tidak banyak tempat penyimpanan
barang tersebut yang boleh didapati. Kebanyakan tempat penyimpanan yang ada di
pasaran adalah terlalu besar dan memakan ruang yang banyak jika diletakkan di dalam
almari saya. Jika ada saiz yang sesuai pula, harganya terlalu mahal dan tidak berbaloi untuk
saya beli. Oleh itu, cadangan bagi untuk menyelesaikan masalah saya adalah dengan
menghasilkan sebuah kotak yang sederhana yang mampu menyimpan alatan solet serta
produk penjagaan kulit yang sedia ada supaya menjadi kemas dan teratur.
SITI LIYANA BINTI OMAR

Rajah 1 : Barang yang bersepah

3.0 CADANGAN PROJEK, OBJEKTIF DAN FUGSI PRODUK

Bagi menyelesaikan masalah yang timbul, saya akan mereka dan membina sebuah
kotak yang dapat memuatkan pelbagai alatan solek serta produk-produk penjagaan kulit. Di
samping itu, saya juga akan mereka sebuah tempat untuk meletakkan alatan solek atau
produk penjagaan kulit semasa saya menggunakannya. Saya merancang untuk mebina
projek ini dalam saiz yang sederhana bagi muat untuk disimpan di dalam almari atau
diletakkan di atas meja dan tidak memakan ruangan yang banyak.

Objektif bagi penghasilan projek ini adalah untuk memudahkan penggunanya dalam
menyusun atur alatan solek atau produk penjagaan kulit yang mereka ada supaya sentiasa
dalam keadaan teratur dan tersusun. Selain itu, ia juga adalah untuk memudahkan
pengguna untuk mencari barang-barang kecil yang biasa tercicir. Malahan ia juga dapat
bertujuan untuk memudahkan pengguna dalam proses penyimpanan barang-barang
tersebut dan memudahkan juga pengguna untuk mengalihkan alatan-alatan serta produk
tersebut ke tempat yang lain.
SITI LIYANA BINTI OMAR

Projek yang akan dihasilkan berfungsi untuk menjadi tempat penyimpanan barang-
barang kecil seperti alatan solek dan produk muka yang mudah untuk berselerak dan hilang.
Selain itu, rekaannya juga membolehkan pengguna untuk meletakkan barangan mereka di
atas sebuah rak yang juga berfungsi sebagai pintu kotak tersebut semasa menggunakan
barangan tersebut. Contohnya, pengguna ingin menggunakan krim malam dan dia akan
meletakkan krim tersebut di atas rak itu sementara meratakan krim tersebut dan terus
menyimpannya semula ke dalam kotak setelah selesai menggunakan krim tersebut. Rak
yang digunakan tadi pula akan digerakkan supaya boleh menjadi penutup kotak tersebut.

4.0 LAKARAN IDEA AWAL/ LAKARAN REKA BENTUK AWAL


SITI LIYANA BINTI OMAR

5.0 LAKARAN PROJEK CADANGAN


SITI LIYANA BINTI OMAR

6.0 CARTA ALIR KERJA DAN CARTA GANTT

Rajah 2 : Carta Alir Kerja

Berdasarkan carta alir kerja di atas, langkah pertama dalam menghasilkan projek ini
adalah mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pengguna. Contohnya, saya
mengalamin kesukaran dalam menyusun alatan solek serta produk penjagaan kulit dengan
tersusun dan teratur kerana saiznya yang kecik dan ringan. Seterusnya adalah mengumpul
maklumat dan masalah. Pada langkah ini saya mengumpul maklumat dan masalah dengan
melayari internet untuk mencari rekaan perabot atau kerja kayu yang sesuai untuk atasi
masalah yang dihadapi. Selain itu saya juga menanyakan pendapat rakan-rakan saya juga
jika mempunyai masalah yang sama dan cara terbaik untuk atasinya.

Kemudian, dalam perancangan pembinaan projek ini, saya juga mempertimbangkan


bahan-bahan yang akan saya gunakan dalam penghasilan kerja kayu ini, saiz projek kayu
SITI LIYANA BINTI OMAR

yang saya akan hasilkan serta rekaan yang paling sesuai untuk digunakan. Pada langkah
seterusnya pula adalah pembinaan projek, di mana saya telah melakukan penghasilan
projek tersebut di bengkel kayu IPG Tun Hussein Onn serta menggunakan peralatan yang
telah disediakan di sana. Selain itu, bahan-bahan yang tidak terdapat di bengkel saya akan
membelinya sendiri di kedai-kedai yang terdapat di Batu Pahat.

Seterusnya adalah pengujian dan pengubahsuaian projek. Pada langkah ini saya
menguji sama ada projek saya sesuai digunakan atau tidak dengan meletakkan barang-
barang yang ingin saya simpan dalam kotak tersebut. Di samping itu, saya akan menambaik
rekaan tersebut dengan melakukan pengubahsuaian pada projek tersebut. Kemudian, pada
langkah pendokumentasian projek, saya membuat folio bagi mendokumentasikan
penghasilan projek yang telah saya lakukan. Terakhir sekali adalah persembahan, di mana
saya akan menghantar projek ini kepada pensyarah untuk dinilai.
SITI LIYANA BINTI OMAR

No. Aktiviti Minggu 1 Minggu 2 Minggu 3 Minggu 4 Minggu 5 Minggu 6 Minggu 7 Minggu 8 Minggu 9

Pengenalpastian
1.
masalah
Mengumpul
2. maklumat dan
masalah
Perancangan
3.
pembinaan projek
4. Pembinaan projek

Pengujian dan
5.
pengubahsuaian
6. Pendokumentasian

7. Persembahan

Rajah 3 : Carta Gantt Perancangan dan Pelaksanaan Projek


SITI LIYANA BINTI OMAR

7.0 SENARAI BAHAN DAN KOMPONEN YANG DIGUNAKAN


(JENIS/KUANTITI/SENARAI PERALATAN/MESIN)

Kategori Bahan Kuantiti


Kotak serbaguna Kayu:
MDF

2 keping

Pengikat Skru kepala rata 24

Engsel 4

Paku 18
SITI LIYANA BINTI OMAR

Kemasan Spray paint 2 botol

Sticker 1
SITI LIYANA BINTI OMAR
SITI LIYANA BINTI OMAR

Tepung penyumbat 1
SITI LIYANA BINTI OMAR

Peralatan yang digunakan

No. Nama alatan


1. Gergaji puting

2. Gergaji jig

3. Pembaris keluli

4. Sesiku L
SITI LIYANA BINTI OMAR

5. Apit G

6. Nail gun

7. Sander

8. Pemutar skru

9. Cordless screw driver


SITI LIYANA BINTI OMAR
SITI LIYANA BINTI OMAR
SITI LIYANA BINTI OMAR

8.0 PROSES PEMBINAAN

8.1 Proses mengukur kayu dan menanda kayu


SITI LIYANA BINTI OMAR

8.2 Proses memotong kayu


SITI LIYANA BINTI OMAR

8.3 Proses membentuk dan mencantum


SITI LIYANA BINTI OMAR
SITI LIYANA BINTI OMAR

8.4 Proses kemasan


SITI LIYANA BINTI OMAR
SITI LIYANA BINTI OMAR

9.0 PENGUJIAN DAN REFLEKSI

9.1 Pengujian

Bagi menguji projek yang telah say hasilkan, saya telah mengisikan beberapa alatan
solek serta produk-produk penjagaan kulit yang saya ada ke dalam kotak tersebut. Saya
mendapati bahawa kotak yang telah dihasilkan dapat menyimpan barang-barang saya
dengan kemas dan teratur. Kotak ini telah memenuhi objektif yanng telah saya tetapkan bagi
menyelesaikan masalah yang pengguna selalu hadapi.
SITI LIYANA BINTI OMAR

9.2 Refleksi

Sepanjang
saya
menyiapkan
tugasan ini, saya
telah mendapati
beberapa
kekuatan serta
kelemahan
dalam
menghasilkan
projek ini. Antara
kekuatan yang
saya dapat
kenal pasti
adalah, tugasan
ini dapat
mengasah daya
SITI LIYANA BINTI OMAR

kreativiti dan daya penyelesaian masalah saya. Dengan menyiapkan tigasan ini saya perlu
berfikiran di luar kotak dalam menghasilkan sebuah kerja kayu yang mampu menyelesaikan
atau mengurangkan permasalahan yang biasa dihadapi oleh pengguna. Selain itu,
sepanjang menyiapkan tugasan ini juga, saya telah memperoleh pelbagai ilmu mengenai
reka bentuk dan teknologi ini. Terutamanya dalam mengendali murid-murid di sekolah nanti.
Contohnya, ketika di bengkel, saya perlu memastikan murid-murid memakai pakaian yang
sesuai untuk melakukan aktiviti di bengkel selain daripada penggunaan peralatan di bengkel
dengan betul.

Di samping itu, saya juga mendapati beberapa kelemahan juga dalam menghasilkan
projek ini. Antaranya adalah kelemahan saya dalam menentukan rekaan serta kegunaan
bahan yang sesuai bagi projek kerja kayu ini. Saya mempunyai terlalu banyak rekaan kerja
kayu yang menyebabkan saya berbelah bagi untuk memililh satu untuk dijadikan pilihan.
Selain itu, saya juga mempunyai kelemahan dalam menentukan bahan yang sesuai seperti
kayu apa yang sesuai untuk digunakan untuk kerja kayu tersebut. Malahan, saya juga
mempunyai kelemahan dari segi kemahiran membina projek tersebut. Contohnya,
kemahiran memotong kayu. Kayu yang saya potong kebanyakannya senget kerana saya
tidak dapat mengawal arah mata gergaji jig yang digunakan ke arah yang betul.

Justeru, sepanjang menyiapkan tugasan ini juga, saya telah menemui beberapa cara
untuk mengatasi masalah yang saya hadapi. Antaranya adalah membanding bezakan
kelemahan serta kekuatan rekaan yang telah dibuat. Bagi mengatasi masalah dalam
pemilihan rekaan yang sesuai, saya telah membanding bezakan kelemahan serta kekuatan
projek tersebut bagi memudahkan saya memilih. Contohnya, rekaan mana yang lebih
praktikal untuk saya lakukan. Tambahan lagi, saya juga mengatasi masalah kekurangan
kemahiran saya dengan banyak berlatih potongan dan menanda ukuran lebih daripada
ukuran asal. Hal ini membolehkan saya menyelamatkan kayu saya daripada terlebih potong.
Dan jika potongan itu tidak menepati pada ukuran yang saya tetapkan, saya boleh mengikir
atau memasirkan bahagian tersebut ke ukuran yang sepatutnya.
SITI LIYANA BINTI OMAR

RUJUKAN

Abd Aziz B Samat, Subari B Abu Kasim, Mohd Syukri B Yasin,(2005). Teknologi
binaan, tingkatan 4 dan 5 (Modul pembelajaran aliran vokasional).DBP

Asnul Dahan,(2005). Teknologi kayu, Jabatan Pendidikan Teknikal dan


Kejuruteraan, Fakulti UTM, Kuala Lumpur.

Ibrahim Che Muda, (2000). Teknologi bengkel mesin, DBP KL

Nigel Lofthouse, (2003). Pocket guide to wood finishes, North Light Book, London

Tan Boon Tong, (1993). Teknologi binaan bangunan, Kem. Pend. Malaysia, DBP KL

Anda mungkin juga menyukai