Anda di halaman 1dari 34

LAPORAN PROJEK 2 ( MEJA )

PENGHARGAAN
Bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat
kami menyiapkan laporan amali projek bagi subjek SPPE 2052 Amalan
Pembinaan Perabot. Pertama sekali, kami daripada kumpulan PalletWoods ingin
mengucapkan terima kasih kepada Dr.Nor Fadila Bt Amin @ Mohd.Amin dan En
Mohideen yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang
sempurna kepada saya dari awal lagi sejak projek ini dilakukan

sehinggalah

dalam proses menyiapkan laporan.


Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa kami yang banyak memberi
sokongan serta dorongan. Malah, jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan
seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus menghasilkan projek ini dan
juga bertukar-tukar idea dalam membantu kami menyiapkan laporan ini.
Akhir sekali, harapan kami agar segala tugasan yang kami hasilkan dalam
kumpulan dapat menambahkan ilmu pengetahuan kami disamping dapat
menjadi bakal guru yang bertanggungjawab bagi melahirkan modal insan yang
cemerlang. Selain itu juga, harapan kami agar dapat memberi manfaat kepada
diri kami sendiri terutamanya serta kepada pembaca agar kita sama-sama
menjadi pendidik yang berpengetahuan luas dalam menyampaikan maklumat
bukan sahaja dalam proses pembelajaran malah kepada masyarakat setempat
khususnya.

Page | 1

LAPORAN PROJEK 2 ( MEJA )

1.0

ORGANISASI BENGKEL & PENGURUSAN BENGKEL

1.1

ORGANISASI BENGKEL
Secara umumnya, organisasi adalah bermaksud, kesatuan atau gabungan

merangkumi manusia, alatan, kemudahan-kemudahan dan bahan-bahan yang


semuanya diselaraskan dan disusun secara sistematik untuk mencapai matlamta
tertentu.Organisasi bengkel dan keselamatan merupakan sistem pengurusan
yang memerlukan kerjasama diantara guru dan pelajar. Sistem ini dapat
menjamin keadaan bengkel yang teratur dan selamat semasa bekerja.Organisasi
makmal dan keselamatan adalah aspek yang penting dalam pengurusan
bengkel. Dengan adanya struktur organisasi yang lebih baik dan bersistematik,
pengurusan bengkel adalah menjadi lebih mudah dan berkesan. Aspek ini
penting diamalkan kerana:
a) Memastikan setiap tugasan yang di jalankan didalam bengkel berjalan
dengan lancar dan sempurna.
b) Memastikan tugasan bengkel sentiasa dalam keadaan kemas dan bersih.
c) Memastikan semuakan tugasan makmal dapat dijalankan dengan teratur
dan sistematik mengikut jadual yang telah di tetapkan.
d) Memastikan alat dan kelengkapan berada dalam keadaan teratur, baik
dan tidak rosak.
e) Mengelakkan daripada berlaku kemalangan semasa berada didalam
bengkel dan ketika menggunakan alatan yang terdapat dalam bengkel.

1.2

PENGURUSAN BENGKEL

Pengurusan pula adalah satu aktiviti perancangan dan pergerakan atau panduan
oleh sesebuah organisasi atau institusi berhubung dengan segala kaedah,
peraturan, tanggungjawab,dan tugas individu. Ia juga sebagai satu proses sosial
menetukan tanggumgjawab untuk kecekapan atau kekesanan perancangan dan
pengendalian sesuatu tugas yang dilaksanakan. Tujuan pengurusan bengkel
yang berkesan adalah:
a) Merancang meningkatkan pengurusan bengkel yang sistematik,
efisyen dan produktif berteraskan konsep tanpa cacat.
Page | 2

LAPORAN PROJEK 2 ( MEJA )


b) Mewujudkan keselamatan bengkel, alatan dan bahan.
c) Mengelakkan pembaziran bahan dan menjimatkan masa kerja.
d) Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
dan bengkel yang kondusif lagi selamat.
e) Menghasilkan produk yang lebih bermutu, menjimatkan bahan dan
masa yang diperlukan untuk melaksanakan kerja amali seperti yang
dirancang.
f) Menerapkan nilai-nilai murni di kalangan pelajar.
g) Mencegah daripada berlakunya kemalangan ketika melakukan kerja
amali.
1.3

PERATURAN KESELAMATAN BENGKEL

1.3.1 PENGENALAN
Sebelum kita memasuki bengkel atau makmal maka perlulah kita
mengetahui tentang keselamatan di dalam bengkel atau makmal tersebut. Pada
peringkat awal, pensyarah akan menerangkan peraturan keselamatan kepada
pelajar-pelajar.Peraturan keselamatan dalam bengkel haruslah dipelajari dari
semasa-kesemasa. Sewaktu kita bekerja maka perlukan kita berwaspada bagi
menggelakkan

satu

kejadian

yang

tidak

diingini

berlaku.

Punca-punca

keselamatan yang berkaitan dengan alat-alat perlulah dikenalpasti dan tabiat


kerja yang baik serta selamat perlulah diamalkan selalu. Demikian juga bagi
membolehkan semua kerja-kerja atau peralatan berkeadaan baik. Setiap kerja
yang

dilakukan

di

dalam

bengkel

mesti

dilaksanakan

dengan

mempertimbangkan keselamatan diri sendiri dan juga orang lain yang berada
dipersekitaran kita.
Terdapat tiga bahagian yang penting dalam aspek keselamatan di bengkel.
Antaranya ialah:
1. Peraturan Am Bengkel
a) Bengkel hendaklah sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan
teratur.
b) Tempat khas disediakan untuk menyimpan alatan.
c) Hendaklah memastikan semua alat kawalan dan perlindungan elektrik
bengkel berfungsi dengan baik.
Page | 3

LAPORAN PROJEK 2 ( MEJA )


d) Laporkan kepada guru sekiranya terdapat satu keadaan bahaya.
e) Pastikan semua suis ditutup ketika meninggalkan bengkel.
f) Tidak bermain di bengkel.
g) Tidak menumpahkan minyak di atas lantai.
h) Memastikan bengkel dibekalkan dengan alat pemadam api
i) Memastikan bengkel sentiasa cerah dan mempunyai pengudaraaan
yang baik.
j) Memastikan bengkel dibekalkan dengan peti pertolongan cemas.
k) Sentiasa peka dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.
l) Sentiasa bersikap bertimbang rasa dan sentiasa membantu rakan
sekerja atau sekelas.
m) Menyediakan peralatan yang berkaitan sahaja dengan kerja amali yang
dilakukan.
n) Hendaklah melaporkan dengan segera kepada guru jika terdapat
alatan dan mesin yang digunanakan rosak dan merbahaya kepada
orang lain jika digunakan.
o) Kesemua jenis alat yang tajam hendaklah dibawa dengan matanya
sentiasa menghala kearah bawah.
p) Membawa barang yang merbahaya atau yang panjang melalui laluan
yang luar supaya tidak merbahaya kepada diri sendiri, orang lain dan
objek itu sendiri.
2. Peraturan Keselamatan Alatan
a) Pastikan alatan dalam keadaan selamat sewaktu digunakan.
b) Gunakan alatan yang sesuai dengan kerja yang dilakukan.
c) Bersihkan alatan yang telah digunakan.
d) Laporkan kepada guru sekiranya alatan yang digunakan itu rosak,
hilang dan merbahaya untuk digunakan.
e) Menyimpan semua kayu yang tidak digunakan untuk projek dalam
setor selepas habis kerja.
f) Menyimpan barang-barang yang mudah terbakar di tempat yang
selamat.
3. Peraturan Keselamatan Diri
a) Hendakalah sentiasa mematuhi peraturan bengkel.

Page | 4

LAPORAN PROJEK 2 ( MEJA )


b) Hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan rawatan asas
pertolongan cemas.
c) Laporkan kepada guru serta-merta sekiranya berlaku kemalangan.
d) Pemakaian seperti jaket, tali leher, barang-barang kemas perlu
dielakkan semasa melakukan kerja-kerja bengkel.
e) Seseorang yang berambut panjang perlu mengikat rambutnya.
f) Gunakan kasut yang sesuai.
g) Beri perhatian kepada kerja dan alatan yang digunakan.
h) Jangan melakukan kerja-kerja bengkel dalam keadaan yang penat,
mengantuk atau kurang sihat.
i) Gunakan cermin mata keselamatan dan alat pelindung muka untuk
melindungi mata.
j) Gunakan alat perlindungan telinga ketika menggukan mesin-mesin
elektrik.
k) Gunakan alat penapis habuk ketika berada dalam bengkel kayu.
l) Menutup suis setiap kali hendak melakukan penyesuaian.
m) Mendapatkan kebenaran daripada guru sebelum menggunakan mesin.
1.4

PERALATAN KESELAMATAN BENGKEL

1.4.1 PENGENALAN
Di dalam susunan keutamaan mengenai langkah-langkah kawalan yang
diambil untuk keselamatan dan kesihatan di bengkel, kegunaan peralatan
keselamatan untuk mencapai matlamat ini, berada di tahap yang paling rendah
berbanding dengan langkah-langkah kawalan yang lain seperti penghapusan
penggunaan bahan-bahan berbahaya melalui proses-proses baru; penggantian
bahan-bahan berbahaya dengan bahan-bahan yang kurang berbahaya melalui
pengubahsuaian proses; pengurangan kegunaan bahan-bahan berbahaya dan
akhir sekali kawalan kejuruteraan seperti peredaran udara,pengasingan proses
dan lain-lain bagi mengurangkan pendedahan.
Peralatan keselamatan diri:
i.

Cermin mata keselamatan (gogle)

ii.

Pelindung muka

iii.

Sarung tangan

iv.

Selimut kebakaran

v.

Kasut (safety boot)


Page | 5

LAPORAN PROJEK 2 ( MEJA )


vi.

Pelindung telinga

vii.

Peti pertolongan cemas (first aid)

viii.

Alat pemadam api

2.0

LAPORAN PROJEK PERABOT 2 ( COFFEE TABLE WITH BOX )

2.1

PENGENALAN
Projek perabot kedua yang telah kami hasilkan ialah meja kopi atau lebih

dikenali sebagai coffee table with box. Perabot ini dicipta dengan mempunyai
fungsi dan kegunaan yang tertentu. Fungsi meja ini perlu disesuaikan dengan
aktiviti yang akan dilakukan, jika tidak perabot ini tidak dapat digunakan dengan
baik. Setiap ruang memerlukan perabot kerana ia akan menjadikan satu-satu
ruang itu lebih berfungsi.
Meja kopi biasanya diletakkan di tengah-tengah set sofa pada ruang tamu
dan meja kopi segi empat mudah disesuaikan di tengah dan sudut ruang tamu.
Disebabkan fungsi dan kedudukan meja kopi tidak kekal, maka tidak semua
orang membeli set lengkap. Sebaliknya, mereka memilih sofa saja untuk
digandingkan dengan meja kopi daripada jenis lain dengan reka bentuk lebih
unik dan cantik.
Kami

daripada

kumpulan

PalletWoods

telah

menghasilkan

dan

menggunakan sepenuhnya kayu yang ada dibengkel untuk menghasilkan meja


kopi atau coffee table with box. Rekabentuk perabot ini memainkan peranan
Page | 6

LAPORAN PROJEK 2 ( MEJA )


penting menentukan sama ada meja kopi berfungsi dengan baik. Pertama, yang
perlu dipastikan adalah saiz meja berkenaan bagi menentukan kesesuaian untuk
digandingkan dengan set sofa dan keluasan ruang. Ukuran meja kopi yang besar
digunakan bukan untuk meletak hidangan saja tetapi juga ditempatkan
perhiasan dan buku kegemaran.
Dari segi bahan dan kemasan pula, ia juga penting bagi memastikan
sesuatu perabot itu menarik serta mempunyai nilai dari segi mutu. Apabila
menggunakan kayu yang telah sedia ada,maka kemasan yang digunakan untuk
mencantikkan

lagi

permukaan

coffee

table

with

box

ialah

dengan

menggunakan timberstain .
Di samping itu juga,

beberapa teknik-teknik telah kami pelajari.

Antaranya bagaimana untuk memilih dan memotong kayu dengan betul. Bukan
itu sahaja, kami juga dapat mempelajari beberapa jenis-jenis tanggam dan caracara untuk membuat tanggam. Malah, kami dapat juga dapat mempelajari
bagaimana menggunakan alatan tangan dan mesin dengan betul untuk
menghasilkan projek perabot yang berkualiti.
Di dalam bengkel kayu, kumpulan kami dapat berkerjasama dalam
menghasilkan kerja perabot yang baik. Langkah-langkah keselamatan harus
dititikberatkan

didalam

bengkel

kayu

juga,

bagi

mengelakkan

apa-apa

kemalangan yang teruk mahupun kecil. Oleh itu, sebelum memulakan kerja-kerja
pertukangan kayu, semua pelajar hendaklah memakai pakaian bengkel yang
telah dikhususkan dan memakai kasut yang sesuai. Antara pakaian dan
perhiasan yang dilarang semasa di dalam bengkel kayu adalah bagi pelajar
perempuan tidak digalakkan untuk memakai baju kurung dan bagi semua pelajar
dilarang sama sekali untuk memakai jam tangan. Ini adalah bertujuan untuk
menjaga keselamatan masing-masing. Di dalam bengkel kayu juga hendaklah
tersedianya kotak pertolongan cemas. Kotak pertolongan cemasadalah bertujuan
dapat merawat dan membantu sedikit sebanyak di dalam kes-kes kemalangan
yang kecil.
Kepada semua pelajar hendaklah mematuhi kesemua peraturan-praturan
yang telah disediakan semasa di dalam bengkel kayu. Antaranya adalah datang
tepat pada masanya dan tidak dibenarkan sama sekali untuk makan dan minum
di dalam bengkel kayu. Para pelajar juga tidak boleh bergurau senda dan
bermain-main semasa melakukan kerja-kerja pertukangan. Ini untuk memastikan

Page | 7

LAPORAN PROJEK 2 ( MEJA )


semua pelajar dapat menghasilkan projek kayu yang berkualiti dan siap pada
masanya.

2.2

OBJEKTIF PROJEK
Di akhir pengajaran ini, kami dapat :
a. Mengunakan peralatan dengan betul dan kesesuaian di samping
mengutamakan keselamatan pada diri sendiri.
b. Mempelajari beberapa jenis tanggam dan

bagaimana

membuat

tangam.
c. Memadankan tanggam yang dibuat mengikut pelan sebenar dan tepat.
d. Menguruskan bahan dengan bijak untuk mengelakkan pembaziran.
e. Melakukan kerja-kerja bersama rakan kumpulan dengan jayanya.
f. Menyiapkan projek dalam masa yang ditetapkan.

2.3

ALATAN TANGAN PROJEK YANG DIGUNAKAN

a)

Alat Mengukur dan Menanda


NAMA & GAMBAR ALATAN

Pita Pengukur

KEGUNAAN

Pita

pengukur

ini

diperbuat

daripada plastik atau keluli.

Unit

yang

digunakan

adalah

imperial (inci dan kaki) dan juga


metrik (sentimeter danmeter)
Page | 8

LAPORAN PROJEK 2 ( MEJA )

Pensel Penanda

i.
ii.

Ukurunnya tepat
Kegunaan pita

iii.

ialah:
mengukur jarak yang

iv.

pendek serta panjang.


memindahkan ukuran

pengukur

Mata dan badan pensil tukang ini


lebar dan besar. Permukaannya
berbentuk segi empat tepat dan
pensil ini direka khas untuk kerja

kasar sahaja.
Kegunaan:
i.
Untuk

membuat

semasa
ii.

kerja

garisan

merancang

tanda.
Untuk menanda bentuk atau
bahagian benda kerja dan
lain-lain

Tolok Penanda

Tolok penanda diperbuat daripada

kayu.
Kegunaannya:
i.
Digunakan untuk menandai
ukuran
ii.

tebal

atau

lebar

kayu.
Tebal atau lebar kayu itu
dapat

ditandai

dengan

garisan selari dengan iras


kayu yang dibuat pada sisi
iii.

atau permukaan kayu.


Garisan ini menunjukkan
tebal

atau

lebar

ukuran
Page | 9

LAPORAN PROJEK 2 ( MEJA )


kayu dalam ukuran yang
seragam.

Cara

menanda

tebal kayu, garisan selari


dibuat pada sisi kayu lebar
kayu, garisan selari dibuat
iv.

pada permukaan kayu.


Langkah
keselamatan:
berhati-hati

agar

tangan

tidak terkena mata taji yang


tajam.

Sesiku L

Keguaan sesiku L ialah :


i.
Menentukan
kedudukan
ii.
iii.

sudut tegak.
Menguji kepersegian.
Membuat garisan bersudut

iv.

tegak.
Menguji

kerataan

permukaan kayu.

B)

Alat Mengapit Dan Menyangga


Proses kerja-kerja pemasangan, samada kerja logam atau kerja kayu,

terdapat alat-alat khas hendaklah digunakan untuk mengapit dan menyangga


benda-benda kerja yang berasingan supaya aktiviti amali dapat dilakukan
dengan mudah dan selamat. Peralatan ini direkabentuk khas untuk jenis
pemasangan yang tertentu seperti mengapit dan menyangga ialah ragum meja,
apit G yang telah digunakan ketika projek kerusi pallet kayu ini dijalankan.
NAMA & GAMBAR ALATAN
Ragum Meja

KEGUNAAN

Ragum meja terdapat pada meja


Page | 10

LAPORAN PROJEK 2 ( MEJA )


kerja kayu dan logam.

Ragum meja dilapik dengan kayu


pada kedua-dua rahangnya untuk
mengelakkan permukaan benda
kerja

daripada

diapik.

rosak

Rahang

semasa

ragum

meja

logam pula dilapik dengan logam


lembut

(biasanya

aluminium)

untuk menjaga permukaankerja.

Kegunaan

utama

ragum

meja

ialah untuk memegang benda


semasa kerja.

Apit G

Apit G digunakan untuk mengapit


kayu ketika proses mengglukan
dua

kepingan

kayu

dan

memegang kayu yang hendak


digerudikan,

dipahat,

atau

digergajikan.
Alat ini juga digunakan bersamasama kayu kecil atau reja kayu
untuk

melindungi

permukaan

benda kerja yang diapit.

c)

Alat Memotong
NAMA & GAMBAR ALATAN

Gergaji Putting

KEGUNAAN

Gergaji puting mempunyai mata


yang sangat nipis yang terpaksa
diperkuatkan
(patil

oleh

keluli)

di

jalur

logam

belakang

matanya.
Ia merupakan gergaji kecil yang
mempunyai gigi-gigi yang halus
Page | 11

LAPORAN PROJEK 2 ( MEJA )


sesuai untuk memotong kayukayu jenis kecil.

d)

Alat Memahat

Terdapat empat (4) jenis pahat dalam proses kerja kayu. Pahat-pahat ini
mempunyai fungsi pelbagai dalam membuat sesuatu kerja.pahat ini biasanya
diperbuat daripada jenis keluli. Manakala bahagian pemegang atau hulu pula
diperbuat daripada kayu atau plastik yang tahan diketuk dan tahan lama.
NAMA & GAMBAR ALATAN
Pahat Tepi Serong

KEGUNAAN

Mata

pahat ini adalah serong

pada

bahagian

serongan

itu

tepinya

serta

adalah

lebih

panjang dan nipis.Matanya tebal


dibahagian
pada

tengah

dan

bahagian

menyebabkan

ia

nipis
tepi.Ini

tidak

sekuat

pahat pelubang.
Lebar matanya antara 3 mm

hingga 50 mm
Sudut menajamkan mata pahat
ini ialah 25. Pahat peraut sesuai
untuk kerja-kerja meraut seperti
mengemaskan
danacuan

yang

tanggam
mempunyai

pelbagai bentuk kumai.


Ganding
diperlukan

semasa

mengetuk pahat ini.

e)

ALATAN MENUKUL DAN MEMUTAR


Proses kerja kayu di dalam bengkel kerja kayu melibatkan berbagai jenis

alatan menukul dan memutar. Alat Menukul :


a.
b.
c.

Tukul Kuku Kambing(Tukul Besi Berkuku)


Tukul Besi Warrington
Gandin
Page | 12

LAPORAN PROJEK 2 ( MEJA )


d.

Pembenam Paku

NAMA & GAMBAR ALATAN


Tukul

Kuku

Kambing(Tukul

KEGUNAAN
Besi

Berkuku)

Tukul

kuku

kambing

mempunyai pemegang yang


dibuat

daripada

kayu

atau

besi dan bahagian bongkolnya

bengkok dan terbelah


Saiznya ditentukan mengikut
berat kepala antara 260 g

hingga 1.2 kg.


Saiz lazimnya antara 0.5 kg

hingga 0.6 kg
Tukul ini digunakan
mengetuk

dan

untuk

mencabut

paku.

Tukul Besi Warrington

Tukul warrington mempunyai


bongkol berbentuk baji yang

melintang.
Bongkol berbentuk

baji

ini

dapat mengetuk paku halus

yang dipegang di celah jari.


Bongkol berfungsi menukul
paku yang kecil seperti paku
panel

serta

kayuhiasan

dan

menekan
venir

ke

temaptnya semasa diglu dan


bahagian

untuk

mengetuk

paku di bahagian tepi perabut


yang sempit..

Tukul Besi Kepala

Bongkol

kepala

tukul

berbentuk

separuh

Bahagian

permukaan

ini

bulat.
rata

Page | 13

LAPORAN PROJEK 2 ( MEJA )


digunakan untuk menatal dan
membuat

kerja-karja

am

seperti untuk menukul kepala

pahat dan alat-alat menanda.


Bonkol bulat digunakan untuk
meribet.

Gandin Kayu

Digunakan
dan

untuk

memahat

memasang

atau

menanggalkan tanggam.
Kepala gandin berbentuk kayu

silinder atau segi empat.


Gandin diperbuat daripada
kayu keras.

Pembenam Paku

Digunakan untuk mengetuk /


membenam

paku

permukaan.
Caranya
ialah

pada
dengan

meletakkan mata pembenam


paku pada kepala paku dan
benamlan

sehingga

tidak

meninggalkan kesan

f)

Alat Menajam
NAMA & GAMBAR ALATAN

KEGUNAAN

Kikir Jarum

Page | 14

LAPORAN PROJEK 2 ( MEJA )

Kikir ini terdapat dalam satu set.


Satu set biasanya mengandungi

antara 4hingga 12 jenis kikir.


Kikir jenis ini digunakan untuk
kerja-kerja penyudahan selepas
sesuatu

benda

kerja

siap

bahan

yang

dimesin.

g)

Bahan Penyantuman
NAMA & GAMBAR ALATAN

KEGUNAAN

Paku

Paku

ialah

digunakan

satu
untuk

mengikat

bersama kayu. Kebanyakan kayu


diperbuat daripada bahan keluli
lembut. Ia digunakan untuk kerja

biasa yang tidak bergalvani.


Paku ada pelbagai jenis dan
setiap jenis mempunyai sifat dan
kegunaannya. Jenis paku yang
lazim

digunakan

ialah

seperti

paku biasa, paku kotak, paku


kemasan, paku panel, paku venir,
paku

payung,

dua,

paku

paku

konkrit,

berkepala
dan

paku

bergelugur.

h)

Mesin Mudah ALih Digunakan


NAMA & GAMBAR ALATAN

Sander

KEGUNAAN

Sander adalah bertujuan untuk


Page | 15

LAPORAN PROJEK 2 ( MEJA )


meratakan

dan

permukaan

kayu.

sahaja,

sander

membuang

melicinkan
Bukan
juga

karat

itu

untuk

pada

kayu.

Digunakan dalam kerja kemasan


didalam

projek

kayu

keluli

lembut. Kertas las (kertas pasir)


dipasang pada penyepit sander
sebelum

proses

merata

dilakukan.

Alat Pemutar/Drill Automatik

Alat Pemutar atau lebih dikenali


sebagai cordless drill digunakan
untuk melakukan penggerudian
dan pemasangan skru pada kayu
tau besi / baja dan alumunium

i)

Mesin Pemotong Kayu

NAMA & GAMBAR ALATAN


Radial Arm Saw

KEGUNAAN

Page | 16

LAPORAN PROJEK 2 ( MEJA )

Kegunaan Radial Arm Saw ialah


untuk memotong kayu dengan
lebih cepat dan mudah.

Selain itu juga digunakan untuk


membuat tanggam.

Bench Drill

Bench

drill

digunakan

melubangi

untuk

lubang

untuk

menembus dari material dalam


scope kayu, plastic dan logam

Miter Saw

Memotong

kayubersaiz

kecil

dengan pelbagai sudut iaitu 45


dan 90

K)

Kemasan
Kemasan merupakan projek terakhir dalam penghasilan sesuatu produk

sebelum dipasarkan. Kaedah kemasan yang betul menentukan kesenian tukang


dan kecantikan benda kerja. Untuk menghasilkan kemasan yang menarik dan
bermutu tinggi, benda kerja atau projek perlu dirawat supaya apabila disiapkan
dengan kemasan tertentu tidak akan menunjukkan kelemahan dan kecacatan
kayu

tersebut.

Antara

langkah-langkah

dalam

kerja

kemasan

adalah

menggunakan timberstain dan spray clear leacker atau kemasan yang


Page | 17

LAPORAN PROJEK 2 ( MEJA )


sesuai, merawat kecacatan kayu dengan menggosok dan melelas permukaan
kayu dengan kertas las (sand paper).
Tujuan kemasan dilakukan adalah :
a) Memberikan pandangan kayu yang lebih kemas dan cantik.
b) Menghilangkan kesan calar atau cacat.
c) Menyediakan lapisan pelindung daripada air atau serangga.
d) Membuat projek kerja kayu yang lebih tahan lama.
NAMA & GAMBAR ALATAN

KEGUNAAN

Timber Stain

Satu

cara

permukaan

kayu

mendapatkan
dikehendaki

mewarnakan
untuk

warna
sebelum

dibuat.
Digunakan
menyesuaikan

yang
kemasan

hendaklah
dengan

jenis

kemasan mengikut pelarutnya

Berus

Digunakan untuk meyapu syelek.


Berus
syelelk
juga
mesti
dibersihkan dengan cara yang
betul selepas digunakan supaya
tidak rosak atau kera

Page | 18

LAPORAN PROJEK 2 ( MEJA )


2.4

TANGGAM
Tanggam adalah salah satu kaedah untuk membuat penyambungan dan

pemasangan bahagian-bahagian yang diperbuat daripada kayu sebelum sesuatu


produk ataupun projek siap dibina. Tanggam yang telah kami pilih dalam proses
membuat projek kerusi pallet kayu kami ialah tanggam lekap T dan tanggam
parit.
a)

Tanggam Lekap T
Tanggam ini dibuat dengan menorah kedua-dua hujung bahagian keping

kayu yang akan dilekapkan. Tarahan ini hendaklah setengah tebal papan supaya
apabila dilekapkan permukaannya berkeadaan rata. Tanggam lekap ini dibuat
dalam 5 kaedah iaitu :
i.

Tanggam lekap siku atau penpenjuru >> diguna pada sudut pemidang

ii.

yang kecil
Tanggam lekap penjuru rencong >> membuat kumai seperti rangka

iii.

gambar
Tanggam lekap T >> diguna dalam pembinaan dimana pemidang

iv.

lintang bertemu dengan pemidang tegak secara melintang hujungnya


Tanggam lekap bajang T >> serupa dengan tanggam lekap T tetapi

v.

lebih kuat menahan tarikan dari sebelah luar


Tanggam lekap palang
>> digunakan pada dua keping kayu yang
bersilang

b)

Tanggam Rencong
Tanggam ini dikenali sebagai tanggam siku. Tanggam siku dibuat pada dua

permukaan kayu yang bertemu secara bersudut tepat sama ada pada penjuru
ataupun pada pertengahannya. Tanggam rencong ini biasanya digunakan untuk
membuat perabot seperti pembuatan laci,kotak dan bingkai gambar.
2.5

LANGKAH-LANGKAH KERJA PROJEK

GAMBAR LANGKAH KERJA

PENERANGAN LANGKAH KERJA

Page | 19

LAPORAN PROJEK 2 ( MEJA )

RANGKA COFFEE TABLE WITH BOX


1. Bahan-bahan
yang

pembinaan

akan

perabot

digunakan

terlebih dahulu.

diperiksa

Antara tujuannya

ialah :
i.
Memastikan kayu berada dalam
keadaan yang baik iaitu tanpa
sebarang

keretakan,

lubang,

bengkok dan sebagainya.


2. Proses

mengukur

dilakukan

dan

untuk

pemotongan

rangka

menanda
kerja-kerja

meja.

Antara

alatan tangan yang digunakan dalam


proses ini ialah :
i.
Pensel Penanda
ii.
Pita Pengukur
iii.
Sesiku L
3. Proses

memotong

dilakukan
mesin

dengan

memotong

kayu

telah

menggunakan
kayu

atau

lebih

dikenali sebagai Radial Arm Saw


dengan ukuran rangka kayu panjang
(120cm),

lebar

(40cm)

dan

tinggi

(60cm)

Page | 20

LAPORAN PROJEK 2 ( MEJA )

4. Selepas

kerja

pemotongan

rangka

meja dibuat, proses mengukur dan


menanda semula dilakukan bertujuan
untuk

persediaan

kepada

proses

membuat tanggam.
5. Tanggam
pembinaan

yang

digunakan

rangka

meja

untuk

ini

ialah

tanggam lekap T.
6. Antara alatan yang digunakan ialah :
i.
Pensel penanda
ii.
Pita pengukur
iii.
Tolok penanda
iv.
Sesiku-L
v.
Radial Arm Saw
7. Proses mengukur dan menanda bagi
tanggam lekap T :
i.
Lebar tanggam

diukur

ditanda menyamai tebal

dan
kayu

yang digunakan.
ii.

Kedalaman tanggam pula ialah


separuh

daripada

ketebalan

pallet kayu yang akan dibina


tanggam.
digunakan

Tolok
untuk

penanda
proses

penandaan kedalaman tanggam


ini.

Page | 21

LAPORAN PROJEK 2 ( MEJA )

iii.

Selepas

itu,

tanggam

dilakukan

menggunakan

pemotongan
dengan

mesin

potong

kayu radial arm saw.


iv.

Dengan penggunaan mesin ini,


permukaan tanggam lekap T
menjadi rata dan cantik.

8. Tanggam lekap T ini dibuat untuk


mencantum

dua

bahagian

utama

kayu iaitu setiap bahagian rangka


meja.
9. Selepas itu, kerja-kerja pemasangan
rangka meja dilakukan.
10.Proses

pemasangan

dilakukan

menggunakan alatan tangan seperti :


i.
Paku
ii.
Tukul Warrington

11.Selepas rangka meja siap dipasang,


proses penandaan kali kedua telah
Page | 22

LAPORAN PROJEK 2 ( MEJA )


dilakukan untuk kayu yang bersaiz
40cm

iaitu

dilekapkan

bahagian
pada

yang

setiap

perlu

bahagian

rangka meja.
12.Kayu bersaiz 40cm diperlukan dalam
kuantiti yang banyak untuk digunakan
pada setiap bahagian tepi rangka
meja.
13.Selepas ditanda, proses memotong
telah dilakukan dan proses menanda
untuk membuat tanggam lekap T juga
telah dilakukan.
14.Tanggam yang telah siap dipotong tadi
diratakan permukaannya agar nampak
licin. Dilakukan berulang kali dengan
menggunakan sander dan kertas las.

15.Selepas

proses

pemotongan

dan

proses membuat tanggam lekap T


Page | 23

LAPORAN PROJEK 2 ( MEJA )


dilakukan,

pemasangan

kayu-kayu

bersaiz 40cm ini dilakukan dengan


teliti.
16.Bahagian
tempat

pertama
untuk

dipasang

ialah,

meletakkan

buku

kegemaran ataupun suratkhabar.


17.Proses

pemasangan

dilakukan

menggunakan alatan tangan seperti :


i.
Paku
ii.
Tukul Warrington
18.Setiap

pemasangan

kayu

tanggam

lekap T, jarak yang lebih kurang sama


akan

dilakukan

bagi

ia

nampak

tersusun dan teratur.

19.

Selepas

pemasangan

kayu

di

bahagian pertama, bahagian kedua


pula diteruskan. Diikuti sisi, atas dan
bawah.
20.Ketika

pemasangan

kayu

tanggam

Page | 24

LAPORAN PROJEK 2 ( MEJA )


lekap

dilakukan,

kayu

tidak

mencari

alternatif

mencukupi.
21.Jadi,

kami

lain

dengan menggunakan kayu yang lebih


besar dan dipotong tetapi daripada
segi lebar yang sama.
22.Proses

menanda,

memotong

dan

membuat tanggam lekap T dilakukan


lagi untuk menyambung pemasangan
bahagian bawah meja.

23.Pemasangan kayu tanggam lekap T


diteruskan sehingga siap.
24.Setelah

meja

rekabentuknya,
ialah

membuat

diletakkan

ini

telah

langkah
kotak
diantara

nampak

seterusnya
kayu

untuk
tempat

penyimpanan.
25.Proses

menanda,

memotong
Page | 25

dan

LAPORAN PROJEK 2 ( MEJA )


membuat tanggam kali ketiga telah
dilakukan.
26.Tanggam

yang

digunakan

untuk

membuat kotak seperti laci ini ialah


tanggam rencong biasa yang bersudut
90

dengan

menggunakan

mesin

miter saw.
27.Penyantuman kayu tanggam rencong
biasa

ini

dilakukan

dengan

menggunakan skru dan alat pemutar


elektrik atau lebih dikenali sebagai
cordless drill

28.Selepas siap kotak kayu, tiba masanya


untuk

membuat

pemegang

untuk

mengangkat dan meletakkan kembali

Page | 26

LAPORAN PROJEK 2 ( MEJA )


kotak

kayu

di

tempat

dengan

menggunakan bench drill


29.Disebabkan ruang yang kecil, kami
tidak dapat menggunakan sander
untuk meratakan permukaan. Tetapi
kami menggunakan kikir halus dan
kertas las.

30.Setelah kesemua pemasangan telah


siap

dilakukan,

maka

terbentuklah

satu perabot iaitu coffee table with


box.
31.Selepas

itu,

terakhir,kemasan

buat
dilakukan.

kali
Mesin

sander digunakan untuk meratakan


dan

melicinkan

keseluruhan

permukaan kayu. Bukan itu sahaja,

Page | 27

LAPORAN PROJEK 2 ( MEJA )


sander juga untuk membuang karat
pada kayu. Digunakan dalam kerja
kemasan didalam projek kayu.
32.Kemasan kedua terakhir ialah dengan
menggunakan

timber

stain

bagi

meningkatkan nilai estetika dan kualiti


kayu.
33.Kerja

menyapu

dilakukan

pada

timber
waktu

hari

stain
cuaca

panas bagi mengelakkan bahagian


yang disapu timber stain menjadi
tidak cantik.
34.Guna berus yang lebar dan lembut
dengan tiga lapisan timber stain
agar permukaan coffee table with
box ini kelihatan cantik.

Page | 28

LAPORAN PROJEK 2 ( MEJA )

3.0

PERBINCANGAN
Pada awal projek ini kami daripada kumpulan PalletWoods telah melakar

dan membentuk satu model meja kopi yang biasa tetapi diakhir projek kami
dapati model meja kopi yang kami buat tidak cukup menarik . Oleh itu, kami
telah menukar rupa bentuk projek kerusi pallet kayu kami kepada yang lebih
berkualiti

dan

mempunyai

nilai

estetika.

Walaupun

berlaku

pertukaran

rekabentuk ini ia tidak menjejaskan kami untuk menyelesaikan projek ini.

4.0

KESIMPULAN
Kesimpulannya, projek perabot coffee table with box ini adalah untuk

meningkatkan kreativiti dikalangan kami pelajar lebih-lebih lagi kami adalah


bakal seorang guru . Sebagai seorang bakal guru, kami perlulah sentiasa
mempunyai cara yang kreatif dan menarik untuk merekabentuk sesuatu projek.
Kami dapat belajar pelbagai teknik serta cara-cara baru untuk melakukan kerja
pertukangan kayu ini. Hal ini kerana kerja ketukangan kayu ini merupakan kerja
yang memerlukan ketelitian dari segi aspek pemilihan bahan, pengukuran serta
kaedah kaedah lain dan teknik yang digunakan untuk menyelesaikan tugasan
ini. Selain itu, kerja ketukangan kayu ini juga memerlukan penelitian yang tinggi
bagi menghasilkan kerja yang sempurna dan berkualiti.

Page | 29

LAPORAN PROJEK 2 ( MEJA )


Antara perkara yang baru kami pelajari ialah cara menggunakan mesin
pemotong kayu yang tidak pernah kami guna seperti Radial Arm Saw, Band
Saw ,Bench Drill, Miter Sawdan Sander.
Disamping itu, dalam melaksanakan tugasan ini, kami banyak didedahkan
mengenai fungsi dan cara cara menggunakan alatan tangan dan alatan mesin.
Hal ini kerana bagi pendedahan asas kepada kami agar mahir dalam kerja-kerja
ketukangan menggunakan alatan tangan dan mesin. Selama 4 minggu kami
melaksanakan tugasan ini ia memerlukan kekuatan fizikal dan mental kerana
semua proses kerja ketukangan ini adalah menggunakan tenaga sepenuhnya.
Secara keseluruhannya, tugasan ini adalah merupakan kerja yang mudah
jika dilakukan dengan mengikut segala panduan yang telah diberikan oleh
pensyarah dan instuktor.

5.0

REFLEKSI

Ansari Nasution Bin Andul


A14PP3005
Alhamdulillah, memanjat kesyukuran ke hadrat ilahi dengan limpah dan
kurniaNya,projek kedua kami selepas kerusi iaitu pembuatan meja telah berjaya
dengan jayanya.Kami telah memilih untuk menggunakan konsep coffee table
dalam pembuatan meja kami kerana konsepnya yang ringkas dan menarik.Pada
projek ini saya juga dapat melihat kekuatan dan kelemahan kumpulan kami
walaupun setelah berkerja bersama sama dalam projek kerusi.
Apa yang saya dapati kekuatan dan kelemahan kumpulan kami dalam
menyiapkan projek ini ialah kekuatan kumpulan kami ialah kami lebih cekap dan
mahir menggunakan peralatan mesin di dalam bengkel kerana kami

telah

mendapat banyak pembelajaran menggunakan mesin pada projek kerusi yang


lepas.Pembuatan tanggam juga lebih kemas dan tepat setelah kami memahami
konsep pengukuran kayu yang betul dan cara memotong kayu yang sesuai jika
ingin membuat tanggam.Kami juga banyak belajar mengenai kemasan pada
projek kerusi lepas,kami dapat menentukan kemasan yang paling sesuai untuk
Page | 30

LAPORAN PROJEK 2 ( MEJA )


digunakan dan cara menyapu kemasan pada projek meja kami lebih teratur dan
sistematik.Kelemahan yang saya dapat rasakan pada projek kali ini ialah kami
keliru dan susah untuk membuat keputusan pada peringkat awal tentang konsep
yang kami ingin gunakan dalam pembuatan meja kami.Setelah beberapa design
meja ditolak,kami mendapat rekabentuk yang sesuai iaitu coffee table yang
telah kami siapkan ini sangat ringkas dan menarik.
Pembuatan

meja

bukanlah

sesuatu

yang

senang

bagi

saya.Cara

pembuatannya sangat berlainan dengan kerusi kerana permukaannya lebih luas


dan memerlukan pengukuran yang tepat supaya tiada bahagian meja yang tidak
sempurna ukurannya.Meja juga lebih menggunakan banyak kayu dan ini
memerlukan

lebih

banyak

pengukuran

dan

pemotongan

dalam

pembuatan.Walaupun terdapat banyak kesukaran dalam pembuatan meja ini


seperti projek kerusi yang lepas,dengan kekuatan kumpulan kami yang kuat iaitu
saling berkerjasama dan tolong menolong dalam memberi idea,akhirnya projek
meja ini dapat disiapkan dengan jayanya.
Disini saya dan ahli kumpulan saya sekali lagi ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada Dr Nor Fadila iaitu pensyarah subjek ini yang banyak
memberi tunjuk ajar sepanjang satu sem kami dalam kelas ini dan memberi
banyak sumbangan idea idea yang bernas dalam proses menyiapkan projek
meja ini dan kerusi sebelum nin.Tidak juga dilupakan ribuan terima kasih kami
ucapkan pada Encik Mohyidin dan Encik Malik yang banyak membantu kami
dalam teknik teknik dan langkah yang betul dalam pembuatan meja ini.

Nur Adlin Binti Mohd Ezani


A14PP3074

Alhamdulillah, syukur kami ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan


limpah kurnia-Nya kami dapat menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa
yang terhad lantaran kesibukan tugas seharian. Tugasan untuk kali ini, kelas
kami diminta untuk membuat coffee table. Seterusnya, untuk menghasilkan
tema meja tersebut, kami telah mendapat idea untuk membina coffee table with
box menerusi perbincangan yang telah dibuat.

Page | 31

LAPORAN PROJEK 2 ( MEJA )


Pada mulanya lakaran meja coffee table kumpulan kami tidak diterima
oleh pensyarah tetapi alhamdulillah ia telah diterima setelah menerangkan
kegunaannya dengan cara yang betul. Kami berasa begitu bimbang dan
tercabar untuk menyiapkan meja ini kerana meja tersebut adalah hasil idea
daripada kumpulan kami sendiri walaupun pengetahuan sedia ada kami tentang
cara untuk membina meja jenis ini amatlah sedikit. Namun demikian, cabaran
dan halangan ini tidak mematahkan semangat kami untuk cuba menghasilkan
tugasan yang terbaik.
Dalam menghasilkan tugasan ini, banyak ilmu pengetahuan kami dapat
pelajari. Antaranya ialah cara menggunakan mesin, cat yang mana sesuai
digunakan untuk membuat kemasan dan lain-lain lagi. Setelah semua tugasan
dipecahkan kepada bahagian-bahagian tertentu, kami membuat kerja begitu
tekun dan sabar. Kami saling bekerjasama untuk menghasilkan meja yang
terbaik untuk tugasan ini.
Dengan kerjasama pelbagai pihak, akhirnya kerja ini siap dengan jayanya.
Saya begitu berpuas hati dengan hasil ini kerana berjaya menyiapkannya dengan
lengkap dan tepat pada masanya. Di kesempatan ini juga saya ingin
merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr.Nor
Fadila Bt Amin yang telah membantu kumpulan kami dalam memberi tunjuk ajar
dalam menyiapkan tugasan ini. Begitu juga dengan rakan seperjuangan yang
tidak lokek berkongsi ilmu sehinggalah tugasan ini dapat disiapkan

Sekian, terima kasih.

Nor Esyara Erma Binti Ahmad


A14PP3127

Alhamdulillah syukur, projek perabot kedua kami iaitu meja yang telah
berjaya dengan jayanya dapat disiapkan. Kami telah memilih konsep coffee
table dalam pembuatan meja kami kerana konsep yang ini menarik dan ringkas
dari segi rekabentuknya.
Dalam menghasilkan projek ini, saya mendapati bahawa setiap usaha
perlulah dilakukan secara berterusan dan sistematik. Dalam menyiapkan sesuatu
Page | 32

LAPORAN PROJEK 2 ( MEJA )


projek,

perancangan

adalah

sangat

penting.

Jika

kita

tidak

mengikut

perancangan, kemungkinan kita tidak akan dapat menyiapkan projek dalam


masa yang ditetapkan . Apabila projek kedua dilaksanakan dengan jayanya,
terdapat kelebihan dan kelemahan yang dapat dilihat.

Apa yang saya dapati

kelebihan kami pada kali ini ialah kami lebih cekap menggunakan peralatan
tangan dan mesin di dalam bengkel. Selain itu juga, pembuatan tanggam yang
lebih kemas dan tepat daripada segi ukurannya dan pemotongannya. Bagi saya,
kelemahan yang ada pada kami ialah kami tidak yakin berapa batang kayu akan
digunakan untuk membuat projek meja ini. Dengan menggunakan sepenuhnya
kayu yang ada dibengkel dan juga serba sedikit kami menghadapi masalah
terhadap kayu yang sedia ada kami gunakan kerana kehabisan stok. Tetapi
masalah-masalah seperti ini timbul tidak mematahkan semangat kami untuk
menyiapkan projek kedua kami ini. Oleh itu kami menggunakan alternatif lain
dengan menggunakan kayu yang berlainan tetapi ketebalannya yang hampir
sama.
Tetapi Alhamdulillah, dengan kerjasama dan dorongan daripada ahli
kumpulan juga pensyarah, Dr.Nor Fadila Mohd Amin, Encik Mohyidin dan Encik
Malik maka saya dan ahli kumpulan berjaya menyiapkan projek kedua subjek
SPPE 2052 Amalan Pembinaan Perabot iaitu coffee table. Saya juga memohon
maaf atas apa jua kekurangan dan kelemahan hasil dari projek ini.
Projek ini amat banyak membantu saya dalam usaha saya untuk bergelar
seorang guru pada masa hadapan. Ini kerana seorang guru memerlukan skill
dalam mengajar dan ilmu yang mencukupi, dan saya rasakan projek ini adalah
tangga pertama yang perlu saya daki sebelum mendaki ilmu yang lebih tinggi.

6.0
I.
II.

RUJUKAN
Folio Ketukangan Kayu Semester 1
Internet
a. http://www.scribd.com/doc/83021234/Folio-Projek-Kayu
b. http://www.slideshare.net/anaqi89/kerja-kemasan

Page | 33

LAPORAN PROJEK 2 ( MEJA )


c. http://alatanbengkel.blogspot.com/2011/03/kemahiran-hidupsekolah-rendah.html
d. http://skillperabut.blogspot.my/2012/02/peralatan-kerka-kayu.html
e. http://khbf2.blogspot.com/2009/02/13-proses-rekabentuk.html

Page | 34

Anda mungkin juga menyukai