Anda di halaman 1dari 4

UNIT JABATAN

KOLEJ VOKASIONAL LIKAS


PETI SURAT 10821
88809 KOTA KINABALU
SABAH

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
KOD DAN NAMA PROGRAM
/ PROGRAM CODE AND WTP TEKNOLOGI PEMBINAAN
NAME

TAHAP / LEVEL TAHAP 2 (SEMESTER 3)

NO. DAN TAJUK MODUL /


WTP 4013 - KERJA MELEPA II
MODULE NO. AND TITLE

NO DAN PERNYATAAN M1K3 MELAKUKAN KERJA KEMASAN SHANGHAI DI


TUGASAN / TASK(S) NO.
AND STATEMENT ATAS PERMUKAAN LEPA.

PELAJAR DAPAT MELAKSANAKAN KEMASAN SHANGHAI


OBJEKTIF PENCAPAIAN PADA KERJA LEPA DENGAN KAEDAH DAN TEKNIK YANG
AKHIRAN / TERMINAL BETUL ,MENGGUNAKAN ALAT, PERALATAN DAN BAHAN
PERFORMANCE OBJECTIVE YANG SESUAI SUPAYA KEMASAN KERJA MELEPA YANG
BERKUALITI DAPAT DICAPAI.

NO. KOD / CODE NO. WTP 4013/M01/P(2/2) Muka : 01 Drp : 04

TAJUK : KEMASAN SHANGHAI

TUJUAN :

Kertas Penerangan ini bertujuan memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pelatih
supaya boleh melakukan kerja-kerja kemasan Shanghai, penggunaan peralatan kerja
melepa serta bahan, kelengkapan dalam kerja melepa Shanghai dan boleh membuat
kemasan pada bahagian lepaan. Selain itu, para pelajar dapat mengetahui nisbah bancuhan
batu Shanghai dan bagaimana menyediakan permukaan untuk kerja melepa.
NO. KOD / CODE NO. WTP 4013 (1/2) Muka: 2 Drp: 04

Penerangan

Lepaan kemasan Shanghai merupakan kemasan yang dihasilkan dengan campuran


batu shanghai dengan simen Portland. Terdapat pelbagai saiz dan warna dan boleh
juga dikombinasikan dengan tile. Biasanya kemasan shanghai terdapat di tembok
pagar, tiang dan parking kereta. Oleh kerana lepaan kemasan shanghai merupakan
lapisan penamat yang beraneka corak lakaran kasar biasanya dibuat dahulu. Ketebalan
plaster shanghai bergantung kepada saiz batu shanghai. Biasanya terdapat berbagai
saiz seperti 2mm, 3mm, 5mm, 6mm dan 8mm.

KELEBIHAN 'PEBBLE WASH'

Bahan semulajadi dan lebih selesa di pandang.

Tidak akan pudar.

Tidak perlu dicat sampai bila bila.

Cantik.

Berguna untuk tepian dan corak didalam didalam rekabentuk lantai.

PERALATAN

Pita ukur

Alat aras spirit

Sudip

Baldi jurubina

Penyodok (skop)

Pemaras kayu panjang

Pemaras kayu

Pemaras keluli

Pemegang mortar (hawk)

Span

Berus
NO. KOD / CODE NO. WTP 4013 (1/2) Muka: 3 Drp: 04

BAHAN

Batu shanghai / pebbles stone


Simen portland
Pasir
Tile adhesive
Styrene-Acrylic Polymer Latex
Slate Seal (Clear protecting acrylic coating) atau pengilat batu

NISBAH BANCUHAN

Bahan yang digunakan untuk melepa kemasan shanghai biasanya simen portland dicampur
dengan batu shanghai dengan nisbah 1:1. Nisbah ini bergantung kepada kehendak
spesifikasi

PERSEDIAAN PERMUKAAN

1. Sebelum melepa lantai, persediaan permukaan perlu dilakukan supaya kerja-kerja yang
dilakukan dengan baik dan hasil kerja yang bermutu

2. Buang sebarang objek di permukaan lantai yang boleh menyebabkan shanghai mortar
menjadi lemah dari segi kekuatan kekerasan

3. Basahkan permukaan lantai untuk mengenal pasti peresapan air

4. Jika permukaan lantai licin hendaklah dikasarkan supaya mortar simen boleh melekat
dengan sempurna

5. Jika permukaan lantai tidak rata, lepa permukaan asas perlu dilakukan supaya lepaan
seterusnya ketebalan mortar dalam keadaan seragam dan tidak terlalu tebal

6. Shanghai perlu dilepa di atas lapisan asas supaya ia lebih rata dan ikatan yang baik
NO. KOD / CODE NO. WTP 4013 (1/2) Muka: 4 Drp: 04

KAEDAH MELEPA KEMASAN SHANGHAI

1. Kemasan shanghai dibuat dengan menggunakan campuran batu kelikir (shanghai pebbles
stone) dengan simen portland biasa atau simen warna.

2. Nisbah bancuhan adalah 1:1 (1 bahagian simen,1 bahagian batu shanghai).

3. Campuran bahan dilepa pada permukaan dinding/tembok bermula dari bahagian bawah
ke atas.

4. Permukaan tersebut diratakan dengan menggunakan pemaras kayu panjang dan kayu
perata untuk mendapatkan permukaan yang sama rata. Biarkan ia beberapa jam supaya
mortar shanghai mengering.

5. Permukaan yang rata dan hampir kering disembur dengan air menggunakan penyembur
air (iron spray) untuk menampakkan permukaan batu shanghai / pebbles.

6. Berus permukaan dengan menggunakan berus kecil (cthnya. berus kasut @berus cat)
untuk menyerlahkan lagi permukaan batu tersebut.

7. Permukaan tersebut dilap menggunakan span yang bersih,sehingga bersih.

8. Permukaan yang bersih dan kering tersebut disapu dengan bahan pengilat batu supaya
berkilat dan tahan daripada ejen cuaca.

Anda mungkin juga menyukai