Anda di halaman 1dari 7

Kod Modul WTP 305 Page 1 of 7

KOLEJ VOKASIONAL KUDAT


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN

KURSUS TEKNOLOGI PEMBINAAN

TAHAP PRA-DIPLOMA

DUTI 14.00 – Erect Scaffolding

TUGASAN 14.03 – Prepare, erect and dismantle Suspended scaffolding

OBJEKTIF Sedia, pasang dan buka suspended scaffolding dengan merujuk


PENCAPAIAN kepada spesifikasi menggunakan bahan-bahan, peralatan dan
PIAWAI perkakas yang sesuai supaya keadaan kerja yang mudah dan
selamat dapat dicapai.

TAJUK PASANG DAN BUKA SUSPENDED SCAFFOLDING

TUJUAN KERTAS PENERANGAN INI AKAN MENERANGKAN

1. Ciri-ciri Suspended Scaffolding


2. Cara-cara memasang dan membuka Suspended
scaffolding

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 05 - Kertas Penerangan Unit Teknologi Pembinaan 2015
Kod Modul WTP 305 Page 2 of 7

PENERANGAN :

Perancah suspended adalah perancah yang dibina secara tergantung tanpa mengganggu
kerja-kerja atau aktiviti di bawah. Ada banyak jenis binaan yang boleh dianggap sebagai
suspended, dia antaranya ialah perancah cantilever.

Suspended scaffolding biasanya dipasang pada bangunan yang tinggi. Untuk


memasangnya, steel beam diletakkan pada bahagian atas bangunan, pada sebelah luar
hujung steel beam diikat kabel besi. Kabel besi ini dipanjangkan sehingga ke bawah
bangunan, pada hujung kabel akan dipasangkan frame besi bersama-sama dengan ‘drum
mechanisme’ dan ‘crank handle’ yang boleh diubahsuai naik dan turun.

Papan dipasang dibahagian bawah frame sebagai platform dan pada bahagian atas juga
diletakkan papan bagi melindungi benda yang jatuh dari atas. Lebar frame besi biasanya
1.5m dan tingginya lebih kurang 2.5m. Kebaikan scaffolding jenis ini adalah kerana platform
dapat diubah pada kedudukan yang paling sesuai untuk kesenangan bekerja.

Scaffolding jenis ini adalah yang paling ekonomi untuk bangunan yang tinggi dan bagi
menjaga keselamatan para pekerja. Scaffolding jenis ini haruslah dipasang oleh orang yang
mahir dalam bidang ini.

Cantilever scaffold

Perancah cantilever adalah perancah yang dibina tergantung samada pada bangunan atau
pada lain-lain perancah. Disebabkan sifatnya yang tergantung itulah ia juga dianggap
sebagai salah satu daripada jenis suspended.

Pembinaan ( Erection )

Struktur atau bangunan dimana perancah cantilever digunakan hendaklah disokong dan
diberi perlindungan.

Hanya penganding bearing bebas ( load bearing coupler ) digunakan dalam pembinaan
perancah.

Sauh hendaklah dipastikan tidak bergerak dengan mengira faktur keselamatan 3, dan boleh
ditambah hingga 8.

Standard

Standard hendaklah tidak melebihi 2.5 m diantaranya

Hangers ( Pergantungan )

Tidak melebihi 2.5 m diantaranya dan sekiranya pengantungan sebelah dalam melebihi 300
mm antara penyokong fulcrum (fulcrum support), tambahan raker perlu dipasang.

Bracing

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 05 - Kertas Penerangan Unit Teknologi Pembinaan 2015
Kod Modul WTP 305 Page 3 of 7

Plan bracing perlu dipasang pada penyokong tingkat atas dan bawah. Rembat melingang
(diagonal bracing) pada sudut 90 darjah dipasang pada setiap pergantungan.

Transom

Apabila papan 38 mm digunakan transom perlu diikat kepada hanger atau ledger
menggunakan right angle coupler. ( 1.25 m diantara bay atau ruang dan tidak melebihi 300
mm dari hanger ).

Decking ( Pelantar )

Pertambahan board atau hanger boleh dipasang jika terdapat ruang.

Limitation ( Tahap Kegunaan )

Tahap penggunaan perancah cantilever hendaklah dipersetujui diantara pelanggan, pereka


dan pengguna.
Perancah cantilever ialah struktur yang direka bentuk.

Syarat-syarat penyangga bagi perancah jenis cantilever.

a. Penyangga hendaklah tidakkurang dari 12 kaki panjang dan setiap penyangga perlu
memanjang hingga kepenghujung penyokong ke daam bangunan atau struktur dengan
jarak tidak kurang ¾ panjang penyangga.
b. Penyangga hendaklah dari kayu atau besi lembut ( mild steel ) dengan kekuatan
sebagaimana kayu jenis orengan 6 inci X 6 inci.
c. Kelebaran minima penyangga atau penyokong ialah 6 inci.
d. Penyangga hendaklah dijarak pada sela 6 inci diantaranya dan perlu di ikat kemas serta
disauh kepada struktur bangunan.
e. Penyangga perlu dirembat menggunaan kayu 3 inci X 2 inci bagi mengelak berlaku
perubahan bahagian sisi ( lateral displacement).

2) Dua pelantar hendaklah disokong daripada penyangga seperti disebut dalam sub
klusa yang disediakan.

a) Bahagian teratas pelantar dan penyokong putlog, ledger dan standard diikat pada
bahagian teratas penyangga atau cantilever.
b) Bahagian teratas pelantar hendaklah tidak lebih satu tingkat daripada pelantar yang
diletakkan pada penyangga.
c) Hanya satu pelantar perlu diletak lantai dan kerja yang dilakukan hendaklah pada satu
keadaan atau situasi sahaja.

3) Pelantar kerja hendaklah diantara 3 kaki hingga 5 kaki.

4) Papan yang membentuk pelantar di bahagian bawah perlu dipaku, atau diikat dengan tali
( straped ), atau dililit menggunakan wire bagi mengelak seseorang merayap semasa
menggunakanya serta mengelak berlaku perubahan atau pusingan bahagian sisi.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 05 - Kertas Penerangan Unit Teknologi Pembinaan 2015
Kod Modul WTP 305 Page 4 of 7

5) Jika ‘toms’ digunakan mengikat hujung penyangga inboard, ia hendaklah tidak kurang
4” X 3” bahagiannya, dan hendaklah direbat secara melintang menggunakan papan
tidak kurang 3” X 2”.

6) Bagi perancah cantilever atau penyangga, beban disebabkan berat orang dan peralatan
hendaklah tidak melebihi 45 lb/ft2.

7) Beban tertumpu tidak boleh digunakan pada sela kurang dari 7 kaki sepanjang perancah
dan tidak melebihi 350 pound.

8) Beban teragih dan beban tumpu tidak boleh digunakan serentak pada waktu yang sama.

Perancah Cantilever

Perlu diikat dengan kemas.

6” X 6” Cantilever
Steel Yokes

Structure

Bolt Through Floor Or Yoked Around Beam

Cantilever Scaffolding – cantilever must be positively fixed.

Scaffold tube
Tabular prop or Tom

6” X 6” Cantilever

xxcc

Joint with reducation coupler

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 05 - Kertas Penerangan Unit Teknologi Pembinaan 2015
Kod Modul WTP 305 Page 5 of 7

Adjustable base plate

6” X 6” Cantilever

Tube and coupler scaffold

Base plate

Structure

Cantilever Scaffold ( Refer Scaffold Handbook – Australia skills training )

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 05 - Kertas Penerangan Unit Teknologi Pembinaan 2015
Kod Modul WTP 305 Page 6 of 7

CANTILEVER DROP SCAFFOLD DENGAN BEAM TANGGA


( REFER NOTES RIGGING MANUAL)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 05 - Kertas Penerangan Unit Teknologi Pembinaan 2015
Kod Modul WTP 305 Page 7 of 7

KNEE BRACING

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 05 - Kertas Penerangan Unit Teknologi Pembinaan 2015

Anda mungkin juga menyukai