Anda di halaman 1dari 7

Kod Kertas B-010-2/02/02/06.

04(KP) Page 1 of 7

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA


KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN

KURSUS JURUBINA BANGUNAN

TAHAP DUA

DUTI 06.00 – Prepare foundation

TUGASAN 06.04 – CONSTRUCT TIMBERING AND SHORING

Bina kayu topangan dengan merujuk kepada spesifikasi


OBJEKTIF
menggunakan lukisan perincian dan bahan secukupnya supaya
PENCAPAIAN
pembinaan dapat dijalankan seperti yang dikehedaki mengikut
PIAWAI
spesifikasi

TAJUK PENAHAN TANAH

TUJUAN KERTAS PENERANGAN INI AKAN MENERANGKAN

1. Kegunaan penahan tanah dalam peparit


2. Jenis-jenis penahan tanah

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 2 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)
Kod Kertas B-010-2/02/02/06.04(KP) Page 2 of 7

PENERANGAN :

Peparit atau lubang yang telah digali untuk membina asas bangunan memerlukan sokongan
sementara untuk mencegah tanah di tepi peparit itu daripada runtuh, terutamanya bagi
tanah lembut dan berpasir. Ini adalah satu langkah untuk menjaga keselamtan pekerja-
pekerja yang sedang bekerja di dalam peparit ataupun lubang itu dan juga bagi menjamin
supaya kerja-kerja dapat dijalankan dengan lancar.

Cara penahan peparit yang diamalkan adalah bergantung kepada sifat tanah, dalamnya
peparit dan juga cuaca pada masa kerja itu dijalankan. Bagi tanah yang keras dan lubang
atau peparit yang dalamnya tidak melebihi 1 m, penahan tanah tidak diperlukan.

Tiga jenis atau cara binaan penahan yang biasa digunakan bagi peparit cetek, mengikut
keadaan tanah adalah seperti berikut ;

a. Bagi tanah yang mampat atau padat


Hanya papan tegak (poling board) perlu dipasang di kedua-dua permukaan tebing
peparit dengan kayu cabang sebagai penahannya. jarak di antara papan tegak ini
hendaklah tidak kurang daripada 1.8m supaya tidak mengganggu kerja-kerja yang
dijalankan dalam peparit itu.

1000 mm 2000 mm

Penyendal
75 x 75
1000 mm

Papan penahan

Baji

b. Bagi tanah yang sederhana mampat


Papan-pan tegak disokong dengan papan susur dinding (walling) dan ditumpang
dengan kayu tumpang. Jarak di antara papan tegak berbeza dari 300mm hingga
900mm mengikut sifat tanah dan dalamnya peparit itu.

1000 mm 2000 mm

papan penahan
38mm x 200mm
1000 mm

Susur penahan
Papan penahan
Penyendal
setiap 2.0m

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 2 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)
Kod Kertas B-010-2/02/02/06.04(KP) Page 3 of 7

c. Bagi tanah longgar atau pasir


Jika tanah yang digali itu ada tanda-tanda akan runtuh setelah digali sedalam
300mm, maka papan penahan (sheating) bersama dengan papan tegak dan
tumpang diperlukan untuk mengelakkan keruntuhan tanah bila peparit itu digali
melebihi 1m dalamnya. jarak minimum di antara tumpang ialah 1.8m supayua tidak
mengganggu kerja-kerja yang dijalankan dalam peparit itu.

papan penahan
38mm x 200mm

1000 mm
Susur penahan
Papan penahan
Penyendal
setiap 2.0m

Hujung sebelah bawah papan


dibenamkan kira-kira 300mm

Masalah-masalah ‘deep excavation’

Terdapat dua masalah besar di dalam kerja-kerja deep excavation iaitu :

1. Bagaimana untuk mengatasi/ mengelak keruntuhan tanah di sebelah dalam penahan


(peparit) ketika kerja-kerja pengorekan dilakukan.
2. Bagaimana untuk mengatasi kemasukan air dari luar penahan / dari dalam tanah.

Masalah yang pertama di atas boleh diatasi dengan teknik penahan yang canggih dan
masalah kedua pula boleh diatasi dengan cara menyedut air keluar dari tempat penahan. Di
sin akan diterangkan dengan lebih jelas lagi tentang apa yang dikatakan ‘timbering’.

Istilah-istilah timbering (penahan)

1. Sheeting
- Papan yang dipasang menegak sebagai penahan tanah.

2. ranger atau wale


- Kayu bersilang yang dipasang melintang untuk menahan sheeting

3. Strut
- Kayu penahan di antara kedua-dua ranger untuk menguatkan sheeting

4. Bracing
- Dipasang menyilang untuk menguat dan memantapkan kedudukan penahan.

Jenis-jenis penahan

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 2 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)
Kod Kertas B-010-2/02/02/06.04(KP) Page 4 of 7

1. Stay bracing
2. Box sheeting
3. Vertical sheeting
4. Runners
5. Sheet piling

Stay bracing

Penyusunan begini untuk mengelakkan tanah daripada terjatuh ke dalam tapak asas
(foundation) ketika kerja pengorekan dilakukan. Ia dibuat sekiranya pengorekan tidak
melebihi 2m. Sheeting dipasang di kedua-dua belah peparit dan diikuti satu atau dua baris
untuk menguatkannya. Jarak di antara kedua-dua sheeting biasanya 3-4m. Lihat rajah di
bawah :

Strut
3–4m

1m
A

2m
Vertical sheet

SECTION A - A

Box Sheeting

Penahan jenis ini digunakan pada tanah yang sangat lembut dan penggalian tidak melebihi
4 m. Papan kayu (plank) disusun melintang dan disokong oleh penyilang untuk
menguatkannya. lihat rajah di bawah :

Wale
Tidak melebihi 4m

Plank

Strut

A A

SECTION A - A
Box sheeting : Plank disusun menegak

Wale
Tidak melebihi 4m

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 2 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)
Kod Kertas B-010-2/02/02/06.04(KP) Page 5 of 7

Plank

Strut

A A
Brace

SECTION A - A
Box sheeting : Plank disusun melintang

Vertical sheeting

Digunakan di tempat tanah lembut dan kedalamannya digali sehingga 10m. Cara
pemasangannya hampir sama dengan cara box sheeting tetapi penggaliannya dibuat
bertingkat-tingkat, biasanya di antara 3-4 m. Lihat gambarajah di bawah :

1.6 meter
3 – 4 meter

Strut

Brace

Vertical sheets

Offset

Wales

1 meter

Runners

Dibuat pada tanah yang agak sukar dikerjakan (bad soil). Ia dibina dengan menggunakan
papan tebal yang panjang. Hujung papan dipasang dengan besi. Hujung besi pada papan
mestilah terbenam 30cm ke dalam tanah dari paras yang dikehendaki. Lihat rajah di bawah

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 2 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)
Kod Kertas B-010-2/02/02/06.04(KP) Page 6 of 7

Runners

Wales

Strut
30cm

Iron shoe

Sheet piling

Dibina apabila penggalian yang dikehendaki melebihi 10 meter. Ia direka cipta untuk tujuan
menahan tekanan tanah. Sheet piles jenis kayu boleh juga digunakan untuk kedalaman
yang melebihi 10m bergantung kepada jenis sambungan yang akan dibuat. Sheet piles jenis
besi boleh digunakan sehingga 30cm dalam. Caranya ialah dengan mengepung kawasan
yang hendak digali. Penggalian akan dibuat segera apabila kedalaman sheet piling sudah
didapati.

Langkah-langkah keselamatan ketika membina penahan

Kegagalan mematuhi langkah-langkah berikut mungkin akan menyebabkan berlakunya


kemalangan.

1. Slip pf earth – pastikan tidak akan berlaku runtuhan tanah di sebelah trench

2. Testing of strut – Strut mestilah dipasang dengan kemas dan kuat serta pastikan
kekuatannya.

3. Sagging of wales – catitan hendaklah dibuat ketika kerja-kerja memasang bending


untuk wales.

4. Movement – sekiranya berlaku pergerakan pada kayu penahan semasa/ sebagainya,


maka ia hendaklah diganti atau dibaiki dengan segera.

5. Removal – penggantian kayu penahan hendaklah dibuat sedikit-sedikit (satu demi


satu) dan tanah hendaklah diisi sekurang-kurangnya 20 – 30cm dan betul-betul
dipadatkan.

6. Traffic – Pergerakan jentera berat sekitar peparit perlu diawasi

7. Tools – Peralatan yang perlu mesti disediakan kepada pekerja sekiranya berlaku
sesuatu kemalangan yang datangnya dari luar peparit.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 2 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)
Kod Kertas B-010-2/02/02/06.04(KP) Page 7 of 7

8. Supervision – Seorang penyelia/ pemerhati diperlukan ketika kerja-kerja memasang


kayu penahan dibuat.

9. Adjacent structures – sekiranya keadaan agak tidak selamat ketika kerja-kerja


memasang kayu penahan, penyokong dan topang sementara hendaklah dibina.

10. shelter – tempat berehat hendaklah disediakan kepada pekerja-pekerja tetapi tidak
digalakkan berehat di dalam peparit.

11. Fencing and light – pagar dan lampu hendaklah dipasang bagi tujuan mengelakkan
manusia/ haiwan terjatuh ke dalam peparit.

12. spacing and sizes of members – pastikan jumlah pekerja dan saiz bahan yang
digunakan bersesuaian/ berpatutan dengan keadaan tempat dan kedalaman peparit
yang digali.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 2 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)

Anda mungkin juga menyukai