Anda di halaman 1dari 2

TEMPLATE- Rancangan Pengajaran Mikro

Nama:

Opsyen:

Masa: 10-15 minit

Tingkatan: Dua Wawasan

Tajuk: Reka Bentuk Elektrik

Standard Pembelajaran:

2.3.1 Mengenal pasti dan menjelaskan elemen sistem elektrik iaitu sumber, medium, beban dan
kawalan.

Pengetahuan Sedia Ada:

Pelajar pernah menggunakan peralatan elektrik seperti kalkulator, lampu suluh, periuk nasi,
seterika, dll.

Hasil Pembelajaran:

(Apakah yang pelajar dapat lakukan selepas slot pengajaran?)

1. Melakukan bedah siasat pada peralatan elektrik yang dibekalkan oleh guru (kalkulator solar,
kalkulator bateri, lampu suluh, mesin pembancuh kopi atau seterika) secara berkumpulan
2. Membincang dan memadankan tag elemen sistem elektrik dengan komponen peralatan
elektrik yang dibedah siasat secara berkumpulan.
3. Membentang di dalam kelas tentang elemen sistem elektrik yang dikenal pasti.

Kemahiran yang difokuskan: (Pilih salah satu kemahiran di bawah)

(kemahiran penyampaian set induksi, kemahiran penggunaan penyalan, kemahiran pengelolaan variasi
rangsangan, kemahiran menerang, kemahiran teknik bercerita, kemahiran pengurusan aktiviti
pengukuhan atau kemahiran pelaksaan penutup)

Bahan/ Sumber Pembelajaran:

(Apakah bahan bantu yang dapat digunakan?)

Bahan maujud peralatan elektrik (kalkulator solar, kalkulator bateri, lampu suluh, mesin
pembancuh kopi atau seterika)
Peralatan untuk membedah siasat (contoh, pemandu skru, dll)
Tag Label (Sumber, Medium, Beban, dan Kawalan)

Set Induksi:

(Bagaimana anda mendapat perhatian pelajar dan mewujudkan motivasi belajar?)

Pelajar diminta untuk membuat pemerhatian ke atas kalkulator solar dan kalkulator bateri yang
disediakan oleh guru. Kemudian pelajar menyumbang saran tentang ciri-ciri persamaan dan
perbezaan antara dua alat tersebut. Pelajar dibimbing untuk membincangkan elemen sumber di
dalam peralatan elektrik.

Penyampaian dan Penglibatan Pelajar:

(Bagaimana anda menyampaikan kandungan pelajaran dan menggalakkan penglibatan pelajar?)

Terangkan aktiviti pembelajaran yang spesifik dan interaksi yang anda rancangkan.

Dalam kumpulan, pelajar diberi peralatan elektrik (kalkulator solar, kalkulator bateri, lampu
suluh, mesin pembancuh kopi atau seterika).
Pelajar diminta untuk membedah siasat peralatan elektrik yang dibekalkan untuk kumpulan
masing-masing dan membincangkan tentang elemen-elemen sistem elektrik dalam peralatan
tersebut.
Kemudian, pelajar diminta untuk melabelkan elemen tersebut dengan tag yang dibekalkan.

Pentaksiran Selepas Penyampaian:

(Sekiranya anda merancang untuk mengakses sama ada telah mencapai hasil pembelajaran, apakah
yang anda akan lakukan?)

Ketua kumpulan diminta untuk membentangkan dan memberi justifikasi tentang hasil
perbincangan
Perbincangan dimudahcara oleh guru.

Penutup:

(Bagaimana anda menamatkan pembelajaran?)

Pelajar menonton tayangan video yang berkaitan dengan elemen sistem elektrik sebagai aktiviti
pengukuhan.
Pelajar membuat rumusan tentang elemen sistem elektrik dan memberi contoh-contoh
peralatan elektrik lain.

Penerangan Rancangan Pengajaran Mikro:

Jangka masa: Kurang daripada 5 minit

Pengajaran Mikro

(Pilih salah satu slot dan laksanakan mengikut kemahiran yang difokuskan)

Jangka masa: Kurang daripada 5 minit

Laporan Refleksi

(Berdasarkan komen rakan dalam kumpulan dan refleksi kendiri, bentangkan laporan anda)

Jangka masa: Kurang daripada 5 minit

Anda mungkin juga menyukai