Anda di halaman 1dari 3

Kod Kertas B-010-2/02/04/06.

06(KP) Page 1 of 3

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA


KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN

KURSUS JURUBINA BANGUNAN

TAHAP DUA

DUTI 06.00 – Prepare foundation

TUGASAN 06.06 – Perform Pile Cap Works

Lakukan kerja-kerja pembinaan tetopi cerucuk dengan


OBJEKTIF
mengurusnya mengikut urutan kerja dan prosedur yang sesuai
PENCAPAIAN
supaya kerja pembinaan tetopi cerucuk dapat dijalankan dengan
PIAWAI
sempurna dan mengikut spesifikasi yang dikehendaki.

TAJUK TUANG DAN RATA LEAN KONKRIT KE DALAM PEPARIT

TUJUAN KERTAS PENERANGAN INI AKAN MENERANGKAN

1. Kegunaan pile cap


2. pemasangan pile cap

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 2 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)
Kod Kertas B-010-2/02/04/06.06(KP) Page 2 of 3

PENERANGAN :

Apabila tapak bangunan terdiri daripada tanah lembut dan keupayaan tanggungnya tidak
mencukupi, tindakan hendaklah diambil untuk menguatkan keadaan tanah. salah satu
daripada caranya ialah dengan menggunakan cerucuk. cerucuk digunakan bersama satu
jenis asas yang lain, biasanya alas tiang ataupun rakit. Ianya juga lebih dikenali sebagai ‘pile
cap’.

Kegagalan cerucuk rekabentuk pile cap alternatif.

Jika sesuatu cerucuk di dalam satu kumpulan telah gagal samada dari segi sendengan atau
perubahan kedudukan, maka ianya tidak perlu dicabut tetapi pile cap boleh direkabentuk
semula untuk menampung kedudukan cerucuk yang berlainan.

Jika ianya adalah cerucuk tunggal, cerucuk tambahan boleh ditanam berhampiran
dengannya dan beban akan dianggap sebagai dibahagi-bahagikan menurut kadar yang
tertentu.

kerja-kerja pemecahan cerucuk

Apabila cerucuk yang ditanam hingga set diterima oleh S.O, konkritnya hendaklah
dipecahkan sehingga paras ‘cut off’ dengan menggunakan alat pemecah konkrit seperti jack
hammer atau demolation hammer. Untuk memecahkan cerucuk pada paras cut off, kerja-
kerja penggalian perlu dilakukan sedalam yang dikehendaki. Segala link yang terdapat pada
besi tetulang utama cerucuk hendaklah dikeluarkan. Cerucuk akan dipotong mengikut saiz
yang dikehendaki sepanjang 2 kaki (rujuk cetak biru) kemudian akan dibiarkan tegak untuk
disatukan dengan tetulang utama pile cap.

Sekiranya terdapat cerucuk sambungan di atas paras cut off, cerucuk tersebut hendaklah
diselamatkan terlebih dahulu jika panjang besi tetulang yang dikehendaki (2 kaki) adalah
mencukupi.

setelah kerja-kerja pemecahan cerucuk selesai, kerja-kerja pembersihan di persekitaran


peparit hendaklah dilakukan sebelum menuangkan lean concrete.

terulang
utama
lean concrete
cerucuk

cerucuk

Kerja-kerja pembinaan pile cap

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 2 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)
Kod Kertas B-010-2/02/04/06.06(KP) Page 3 of 3

Sebelum menuangkan konkrit untuk pembinaan pile cap, dua perkara penting yang perlu
dilakukan terlebih dahulu, iaitu ;

1. Rekabentuk tetulang pile cap


2. Rekabentuk kotak acuan pile cap

Kekuatan pile cap yang dibina adalah bergantung kepada rekabentuk tetulang dan saiz
tetulang yang akan digunakan. Rekabentuk pile cap telah ditentukan di dalam perincian
cetak biru samada dari jenis asas pad atau rakit, begitu juga saiz tetulang yang akan
digunakan. Manakala rekabentuk kotak acuan pula dibuat mengikut bentuk dan saiz asas itu
tadi samada jenis asas pad atau rakit.

Setelah tetulang pile cap siap diikat, maka ia hendaklah dipasang di atas cerucuk mengikut
aras yang dikehendaki di dalam cetak biru. setelah itu baru dituangkan konkrit yang telah
diuji seterusnya dipadatkan dengan menggunakan alat penggetar seperti ‘vibrator’

4Y12 – 150 crs

700mm

5Y12 – 150 crs


50mm Thk lean 7Y12 – 150 crs
concrete

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 2 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)

Anda mungkin juga menyukai