Anda di halaman 1dari 12

TEKNOLOGI

PEMBINAAN
KOLEJ VOKASIONAL BETONG SARAWAK

DCA 1343 BULDING CONSTRUCTION 1


TUKUP CERUCUK DAN TIANG TUNGGUL
(PILE CAP AND STUMP)
EN. DARRELL DENNIS ANDREW
1
2. TUKUP CERUCUK (PILE CAP)
2.0 Pengenalan
Penentuan kepupayaan cerucuk menanggung dan menyebar bebanan dari superstruktur
banyak bergantung kepada panjang cerucuk yang digunakan, keluasan kerataan
permukaannya dan semestinya kekuatan yang terdapat pada tanah itu sendiri. Bagi menjamin
kestabilan yang sempurna, tukup cerucuk konkrit dibina di atas cerucuk yang ditanam secara
berkelompok. Cerucuk-cerucuk yang ditanam secara berkelompok dan digabungkan dengan
binaan tukup konkrit akan memberi kombinasi sokongan yang begitu padu supaya bebanan
dari tiang dapat dipindahkan ke kepala cerucuk dengan berkesan.

Cerucuk berkelompok ialah sekumpulan cerucuk-cerucuk yang telah ditanam bagi


menyediakan satu rangkaian asas yang stabil. Bilangan cerucuk dalam sesuatu kelompok
adalah berubah-ubah. Gandingan dua,tiga atau lebih cerucuk di bawah sesebuah tukup
cerucuk dikenali sebagai Sistem Tukup Cerucuk dan bilangan cerucuk yang terkandung di
dalam sesuatu sistem tukup bergantung kepada beban yang ditanggung oleh tukup cerucuk.
Beban yang diagih dari bangunan menyebabkan tukup cerucuk mengalami momen dan daya
ricih. Oleh itu tukup cerucuk perlu direkabentuk supaya ia mampu menanggung momen dan
daya ricih serta mengagihkan beban ke cerucuk tanpa mengalami kegagalan.

Rajah 1 : Cerucuk Konkrit

2.1 Definisi Tukup Cerucuk


Menurut British Standard Code of Practice BS 8004, tukup cerucuk (pile cap) didefinisikan
sebagai papak konkrit bertetulang yang dibina di atas cerucuk atau cerucuk-cerucuk untuk
memindahkan beban dari struktur ke cerucuk atau cerucuk-cerucuk dan seterusnya kepada
batuan yang berada di dasar bumi.

2
2.2 Fungsi-Fungsi Tukup Cerucuk Konkrit
 Mengagihkan beban tunggal (single load) sama rata kepada kumpulan-kumpulan cerucuk ke
kawasan yang mempunyai “bearing potential” lebih luas.
 Menstabilkan cerucuk (individual piles) dan dengan ini akan meningkatkan kestabilan
kumpulan cerucuk tersebut.
 Membekalkan kombinasi rintangan tegangan yang dikenakan oleh superstruktur dan/atau
pergerakan tanah.

2.3 Susunatur Tukup Cerucuk


i. Jarak di antara cerucuk-cerucuk dalam kumpulan/kelompok cerucuk.
Perkara-perkara berikut perlu diambilkira semasa menentukan jarak cerucuk-cerucuk:
 Kos keseluruhan asas
 Keadaan semulajadi tanah
 Sifat cerucuk dalam kumpulan tersebut
 Kos untuk tukup konkrit
 Saiz dan panjang rasuk bumi yang berkesan
 Jenis dan saiz cerucuk
ii. Cerucuk-cerucuk perlu ditempatkan dalam susunan yang sesuai supaya jarak di antara
cerucuk-cerucuk adalah dari 2-3 D (pile diameter) untuk keadaan tukup-tukup cerucuk
yang terpisah (isolated pile caps) dan 2-6 D bagi kes di mana rakit-rakit/papak-papak
disokong oleh cerucuk-cerucuk.
iii. Pusat gravity cerucuk-cerucuk perlu diletakkan sejauh yang boleh dari pusat gravity
beban yang dipindahkan dari struktur ke kumpulan cerucuk-cerucuk.
iv. Unjuran untuk tukup cerucuk hendaklah dalam 100mm - 150mm.

Rajah 2 : Jenis-Jenis Susun Atur Cerucuk-Cerucuk


3
Rajah 3 : Binaan Tukup Cerucuk Secara Berkelompok

2.4 Kerja Merancang Tanda Dan Mengaras.


Kerja merancang tanda dilakukan untuk menentukan kedudukan bahagian-bahagian struktur
seperti yang terkandung dalam lukisan perincian. Ketepatan dalam kerja merancang tanda
untuk menentukan kedudukan cerucuk dan asas amat penting kerana ketepatan keseluruhan
struktur bangunan bergantung kepadanya. Hasil kerja merancang tanda hendaklah
menunjukkan interpretasi sebenar maklumat-maklumat yang terkandung dalam lukisan-
lukisan.

Bagi kerja mengaras, penanda sementara hendaklah diadakan di tapak bina sebagai rujukan
datum untuk semua kerja mengaras bagi kerja pembinaan bangunan. Kerja-kerja merancang
tanda dan mengaras hendaklah dilakukan oleh Juru Ukur yang bertauliah.

2.5 Menggali Tanah Untuk Kerja Tukup Cerucuk.


Pengorekan di sekeliling cerucuk dilakukan bagi memudahkan pemotongan lebihan cerucuk
seterusnya menempatkan tukup cerucuk yang diperlukan. Kedalaman korekan dan aras
pemotongan cerucuk (cut of pile) tersebut adalah berbeza-beza mengikut saiz dan jenis tukup
cerucuk. Contohnya jika aras pemotongan cerucuk yang dikehendaki adalah 2.90 meter,
maka pengorekan yang perlu dilakukan adalah lebih kurang 3 meter kerana mengambil kira
kemungkinan berlaku penimbusan semula lubang korekan oleh tanah di sekelilingnya.
Justeru, kerja ukur adalah perlu bagi memastikan pengorekan yang dibuat telah cukup
sebelum aras pemotongan ditandakan pada cerucuk tersebut. Pada aras ini pemecah batu

4
(breaker) akan memotong dan membuang keluar lebihan konkrit cerucuk yang tidak
diperlukan manakala tetulang cerucuk pula akan dipotong dan ditinggalkan lebih kurang
1.00meter di atas tanda tersebut.

Bagi projek yang berskala besar, kerja-kerja pengorekan lubang sehingga ke aras dasar tukup
cerucuk konkrit (pile cap base) hendaklah dilakukan menggunakan jentera berat seperti
Jengkaut (excavator).

Rajah 4 : Kerja Pengorekan Lubang

2.6 Kerja Memotong Lebihan Cerucuk.


Setelah kerja-kerja pengorekan ke paras yang dikehendaki selesai dilakukan, cerucuk-cerucuk
akan dipecahkan dan dipotong, “Starter bar” akan didedahkan untuk kerja-kerja sambungan
kepada tukup cerucuk (pile cap) yang akan dibina.

Rajah 5 : Kerja Memecah dan Memotong Lebihan Konkrit

5
Rajah 6 : Starter Bar

Faktor-faktor yang perlu diambilkira dalam kerja memecah dan memotong lebihan cerucuk
adalah :
i. Tetulang (starter bar) yang didedah pada cerucuk adalah 40 x diameter tetulang. Untuk
cerucuk jenis Spun, tambatan tetulang telah disediakan oleh pembekal mengikut
spesifikasi yang ditetapkan pembekal/pengilang.
ii. Lebihan 75mm cerucuk untuk dikonkrit di dalam tukup cerucuk.
iii. Lebihan 50mm cerucuk untuk kerja-kerja lean-concrete

2.7 Menempatkan Konkrit Alas @ Konkrit Pemarasan (Lean Concrete)


Sebelum kerja memasang kotak bentuk atau acuan konkrit dilakukan, lapisan konkrit alas
setebal 50 mm perlu diadakan bagi menyediakan kawasan kerja untuk kotak bentuk.

Rajah 7 : Binaan Konkrit Alas (Lean Concrete)

Selain itu, konkrit alas penting untuk :


 Ia digunakan dalam ruang di mana sokongan dan kekuatan tidak kritikal. Kontraktor
mungkin menggunakan konkrit alas bagi memenuhi ruang atau sambungan dan bukan

6
untuk tugasan struktur. Ini boleh membantu mengurangkan kos bagi keseluruhan projek
pembinaan.Bancuhan ini juga lebih cair berbanding konkrit biasa
 Menyediakan permukaan yang rata bagi menerima besi tetulang dan struktur asas utama
seperti asas rakit,pad ,lantai bawah padu dan sebagainya ditempatkan.
 Sebagai penutup (cover) di bahagian dasar tukup cerucuk.
 Untuk mengelakkan penurunan tanah semasa kerja-kerja konkrit.
 Memberikan kestabilan kepada tetulang tukup cerucuk dan ‘stump’.
 Mengelakkan dari bercampur dengan tanah yang melemahkan strukturnya

Gred bancuhan konkrit yang digunakan untuk konkrit alas ialah bergred 15 Normal (G15N).
Setelah konkrit alas mengeras, bahagian lebihan cerucuk konkrit perlu dipotong.

2.8 Pemasangan Kotak Bentuk.


Setelah kerja-kerja pemotongan cerucuk selesai, barulah kotak bentuk (formwork) tukup
cerucuk dipasang mengikut bentuk, dimensi dan kedudukan di atas garisan grid seperti yang
dinyatakan dalam pelan. Pemeriksaan terhadap kedudukan sebenar kotak bentuk yang
dipasang adalah penting supaya ia sentiasa berada pada ‘alignment’ yang telah ditetapkan.
Jika sebaliknya berlaku, keadaan ini turut menjejaskan kedudukan ‘stump’ dan ‘column’
yang dibina di atasnya. Dalam pada itu, kotak yang dipasang juga hendaklah cukup kukuh dan
kemas terutamanya bahagian sambungan sisi supaya dapat menyokong tanah di sekeliling
lubang korekan daripada runtuh selain menampung berat konkrit yang dituang.

Ukur aras sekali lagi akan dilakukan pada bahagian atas permukaan kotak bentuk tukup
cerucuk ( top of pile cap) yang didirikan bagi menyemak ketinggian acuan dari dasar korekan.
Nilai aras permukaan atas tukup cerucuk yang sepatutnya diperoleh adalah 4.10 meter atau
kurang, jika nilai aras yang dicerap ini melebihi 4.10 meter, maka pengubahsuaian
terhadap ketinggian ‘stump’ terpaksa dibuat. Justeru, kerja-kerja pengorekan perlu dilakukan
dengan sempurna dan mengikut ukur dalam yang sepatutnya supaya acuan tukup cerucuk
sentiasa berada pada aras yang dihadkan

Rajah 8 : Binaan Kotak Bentuk Dari Papan Lapis

7
Rajah 9 : Binaan Kotak Bentuk Dari Bahan Polimer

Saiz kotak bentuk hendaklah dibina mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Sebelum kotak
bentuk ditempatkan, bahagian dalamnya perlu diminyakkan supaya konkrit yang mengeras
tidak melekat pada kotak bentuk. Penempatan kedudukan kotak bentuk hendaklah
berpandukan kedudukannya seperti mana dalam kerja merancang tanda.

Kotak bentuk adalah binaan sementara dan mesti ditanggalkan selepas konkrit yang dibentuk
itu cukup kuat. Ianya dibuat supaya dapat membentuk dan menyangga bancuhan konkrit
sehingga konkrit itu menjadi keras dan berupaya menyokong sendiri.

Bahan-bahan yang digunakan untuk kotak bentuk ialah :


 Papan dan papan lapis
 Logam - keluli, besi bergalvani, aluminium dan sebagainya
 Kaca gentian dan plastik gentian

Kotak bentuk yang baik hendaklah mempunyai ciri-ciri yang berikut :


 Kualiti
Dari segi kekukuhan, kekuatan, kedudukan dan dimensi menentukan kualiti kotak
bentuk. Ianya mestilah dibuat kukuh dan kuat supaya berupaya menahan beban yang
akan ditanggung seperti beban bancuhan konkrit, tetulang, pekerja, alatan yang
digunakan dan juga getaran yang dilakukan untuk memadatkan konkrit.
Kedudukannya mestilah tepat dan stabil. Dimensinya hendaklah mengikut rekabentuk
yang ditetapkan. Selain daripada itu, rekabentuk kotak bentuk hendaklah mengandungi
kemudahan untuk menanggalkannya supaya tidak mengganggu kedudukan konkrit
apabila membuka kotak bentuk.

 Keselamatan
Aspek keselamatan mestilah dititikberatkan kepada pekerja, struktur dan alatan yang
digunakan. Ia hendaklah dimulakan dari peringkat perancangan dan pengurusan.
Rekaannya mestilah mematuhi pada undang-undang, pembinaannya dikawal dengan
rapi dan penyeliaan dijalankan dari masa ke semasa.
 Ekonomi
Kos mestilah rendah tetapi mematuhi kualiti dan keselamatan pembinaan kotak bentuk
(cost effective). Bahan-bahan yang digunakan hendaklah mudah didapati dan seboleh-
8
bolehnya dapat digunakan berulangkali. Begitu juga pertimbangan harus diberi kepada
kaedah pembinaan, jenis kotak bentuk dan kemahiran pekerja sedia ada.

2.9 Memasang Dan Menempatkan Tetulang Tukup Cerucuk.

Rajah 10 : Kerja Menempatkan Tetulang

Tetulang yang digunakan untuk tukup cerucuk, tiang asas (stump) dan pengikat tetulang
adalah seperti yang terdapat dalam spesifikasi. Di awal proses penyediaan, tetulang tersebut
akan diukur, dipotong dan dibengkokkan mengikut dimensi yang diperlukan dengan
mengambil kira tebal bagi setiap penutup (cover) tukup cerucuk dan tiang asas. Seterusnya
tetulang-tetulang ini akan dicantumkan dan dibuat mengikut panjang, lebar dan ketinggian
bongkah tukup cerucuk dan tiang asas sepertimana yang ditetapkan. Tetulang untuk tukup
cerucuk dan tiang asas yang telah siap hendaklah diperiksa terlebih dahulu sebelum
diturunkan ke dalam kotak bentuk (formwork). Tujuan pemeriksaan yang dijalankan adalah

9
untuk memastikan saiz (diameter) dan bilangan tetulang untuk bar atas (top bar), bar bawah
(bottom bar) dan pengikat tukup cerucuk tersebut mengikut spesifikasi dalam pelan. Kadang
kala terdapat kes di mana saiz tetulang yang digunakan untuk tukup cerucuk berbeza dengan
perincian asal yang diberikan. Perkara ini biasanya berlaku pada mana-mana bahagian yang
tertentu akibat kekurangan tetulang sepertimana saiz yang dikehendaki. Jika berlaku keadaan
demikian, maka pengubahsuaian tetulang akan dilakukan terhadap tukup cerucuk yang
terlibat.

Seterusnya tetulang tukup tersebut akan diturunkan perlahan-lahan ke dalam kotak bentuk.
Pada masa yang sama kedudukan tetulang akan disesuaikan mengikut ‘alignment’ kotak
bentuk yang telah dipasang serta tidak melebihi aras permukaan kotak bentuk tukup cerucuk
yang telah dicerap. Untuk menyediakan lebar penutup konkrit tukup cerucuk, blok penjarak
akan diletakkan di antara tetulang dan permukaan tepi kotak bentuk. Tetulang tiang asas
(column stump) kemudiannya akan dimasukkan ke dalam kotak bentuk berpandukan kepada
garisan grid yang dinyatakan dalam pelan. Ini kerana tidak semua kedudukan tiang asas
berada di tengah-tengah garisan grid dan perkara ini perlu diberi perhatian supaya tidak
berlaku kesilapan yang boleh mempengaruhi rekabentuk dan kestabilan tiang di sebelah
atasnya.

2.10 Penuangan Konkrit


Kerja-kerja konkrit hanya akan dilakukan apabila tetulang tukup cerucuk dan tiang asas atau
tunggul tiang siap dipasang termasuklah bar pengikat di bahagian sisi tukup cerucuk tersebut.
Konkrit yang digunakan untuk tukup cerucuk terdiri daripada gred 30 Normal (G30N) dan gred
(G25N). Ujian penurunan dan ujian kekuatan akan dijalankan terhadap konkrit yang di hantar
ke tapak bina. Seperti biasa, air akan dipam keluar (jika ada) sebelum kerja-kerja penuangan
konkrit dilakukan. Kemudian, dengan bantuan kren, konkrit tersebut akan dituangkan
perlahan-lahan mengikut isipadu tertentu bagi tukup cerucuk.

Semasa proses penuangan ini, kedudukan ‘bucket’ perlu dikawal oleh operator kren supaya
konkrit tidak tercurah pada aras yang terlalu tinggi bagi mengelakkan pengasingan.
Pemadatan konkrit akan dilakukan dengan menggunakan mesin penggetar (vibrator poker).
Proses ini adalah bertujuan untuk meratakan konkrit ke seluruh kotak bentuk terutamanya di
bahagian permukaan atas dan tepi tukup cerucuk tersebut. Ini bagi mengelakkan
kemungkinan berlakunya keretakan, ‘honey comb’ dan sebagainya yang boleh menjejaskan
struktur yang dibina. Tukup cerucuk (pile cap) yang telah siap dikonkrit akan dibiarkan dalam
beberapa hari sebelum kotak bentuk dibuka.

10
1 2

3 4

Rajah 11 : Kerja-Kerja Mengkonkrit Tukup Cerucuk

2.11 Kerja Membina Tiang Asas atau Tunggul Tiang (Column Stump)
Tunggul tiang merupakan komponen sub struktur yang pugak dimana ia ialah komponen tiang
yang berada di bawah tanah juga dikenali sebagai Column Stump. Tunggul tiang dibina di atas
tukup cerucuk dan terus bersambung dengan tiang bangunan.

Selepas konkrit untuk tukup cerucuk mengeras, kerja-kerja membina kotak bentuk untuk tiang
asas akan dilaksanakan. Konkrit yang akan ditempatkan perlu diambil sampel untuk tujuan
ujian konkrit. Konkrit akan dituang ke dalam kotak bentuk mengikut tatacara yang betul.

Rajah 12 : Kerja-kerja Konkrit Untuk Tiang Asas @ Tiang Tunggul

11
Rujukan :

1. Faculty Of Engineering and Technical Studies (2005), “EBVC3103 Construction Technology

and Building Services”, Meteor Doc. Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan. ISBN 983-3491-42-1

2. Jahiman Badron (2007), “Teknologi Binaan Bangunan”, IBS Buku Sdn Bhd, Selangor Darul
Ehsan, No. ISBN 967-950-241-4. Muka Surat 21 – 25

3. Tang Boon Tong (1994), “Teknologi Binaan Bangunan”. Dewan Bahasa Dan Pustaka,
Kuala Lumpur, No. ISBN 983-62-1142-X., Muka Surat : 193 - 196

DDA/DCA1343/KVBETONG/2018

12

Anda mungkin juga menyukai