Anda di halaman 1dari 24

Bab 10 : Cerucuk

UJIAN BEBAN CERUCUK (PILES LOAD TEST)

Bab 10 : Cerucuk

PENGENALAN
Dalam kerja-kerja melantak cerucuk terdapat satu ujian yang perlu dilakukan bagi memenuhi spesifikasi kerja tersebut.Ujian ini di namakan sebagai Ujian Beban Cerucuk atau Load Test. Ujian ini dijalankan selama 48 jam dan perlu diawasi setiap masa sepanjang ujian tersebut dijalankan.

Bab 10 : Cerucuk

TUJUAN
Memeriksa keupayaan tanggung muktamad cerucuk (ultimate bearing capacity of pile). Memeriksa ciri-ciri lengkungan load settlement cerucuk pada beban kerja (working load). Memeriksa keutuhan atau ketahanan struktur asas, umpamanya dibahagian sambungan cerucuk.

Bab 10 : Cerucuk

Pemilihan Cerucuk Untuk Ujian Cerucuk


Cerucuk yang mempunyai data lantakan yang meragukan. Cerucuk yang ditanam terlalu panjang atau pendek atau berlaku twisted. Cerucuk yang akan menerima bebanan paling banyak.

Bab 10 : Cerucuk

Persediaan Untuk Menjalankan Ujian Beban


Sebelum ujian baban dijalankan,faktor faktor berikut hendaklah dipatuhi :Jarak masa yang sesuai hendaklah diberi selepas sesuatu cerucuk ditanam sebelum ujian dilakukan.Ini ialah untuk membenarkan dissipation of pore pressure yang terjadi selepas penanaman cerucuk. 75% beban dari geseran badan di dalam tanah liat lembut (soft clay) akan terjadi selepas 3-4 minggu selepas penanaman cerucuk.Pada kebiasaannya ujian beban untuk cerucuk ditanam di dalam soft clay dilakukan selepas 4 minggu ditanam.Cerucuk yang ditanam dalam granular soil,jarak masa 1 minggu sudah memadai.

Bab 10 : Cerucuk

Persediaan Untuk Menjalankan Ujian Beban


Semak pemberat samaada telah mencukupi untuk ujian tersebut.Pemberat mestilah mampu menahan beban sebanyak 1.2 kali ganda beban ujian maksima. Semak pusat graviti kentlege samaada terletak di atas paksi cerucuk. Semak jarak antara penyakong kentlege(ketulan batu) dengan permukaan cerucuk tidak kurang daripada 1.3 meter.Lebihkan jarak sekiranya ujian dijalankan di atas tanah yang lembut.Penyokong kentlege diatas tanah yang lembut mungkin akan menolak dan menyimpangkan (deviate) cerucuk.Pengawasan perlu semasa menyediakan kentlege (ketulan batu).

Bab 10 : Cerucuk

Persediaan Untuk Menjalankan Ujian Beban


Semak jarak antara tetupang reference beams dengan penyokong kentlege supaya tidak kurang dari 2.0 meter daripada permukaan cerucuk yang diuji.Tetupang tersebut perlu ditanam sekurang-kurang 1.0 meter kedalam tanah dan diperkukuhkan dengan konkrit.Tetupang perlu ditanam lebih dalam lagi jika ujian dilakukan di atas tanah tambun dan diperkukuhkan dengan konkrit.Ini adalah untuk mengurangkan pergerakan reference beam tersebut disebabkan oleh pergerakan yang berlaku kepada penyokong kentlege.

Bab 10 : Cerucuk

Persediaan Untuk Menjalankan Ujian Beban


Semak kekukuhan reference beams daripada pergerakan. Sediakan 4 dial gauges yang dalam keadaan sempurna.Dial gauges hendaklah dipasang dengan sempurna pada cerucuk atau pada reference beams.Pastikan juga bahawa kaki dial gauges betul-betul tegak di atas kaca yang dipasang pada reference beams atau kepala cerucuk.

Bab 10 : Cerucuk

Persediaan Untuk Menjalankan Ujian Beban


Semak bacaan gauge untuk jek hidraulik samaada alat tersebut bersesuaian untuk ujian beban yang akan dijalankan.Pastikan bacaan yang tepat dibuat untuk setiap penambahan beban. Pastikan jek hidraulik,pam,hos,paip,kuping dan alat-alat lain dibawah tekanan bersama 1.2 kali ganda lebih daripada beban ujian maksima dan tanpa kebocoran.

Bab 10 : Cerucuk

Persediaan Untuk Menjalankan Ujian Beban


Pastikan peralatan ujian dilindungi dari panas matahari dan hujan. Kepala cerucuk hendaklah dipotong sama rata sebelum jek hidraulik diletakkan diatasnya.

Bab 10 : Cerucuk

Proses Menjalankan Ujian


Apabila semua kelengkapan ujian sudah disusunatur/dipasang mengikut ketentuan atau spesifikasi,ujian boleh dijalankan.Bebanan hendaklah ditambah secara berperingkatperingkat dengan kenaikan sebanyak 25% daripada beban kerja sehingga mencapai beban maksima sebanyak 2 kali ganda beban kerja.Setiap penambahan beban hendaklah dilakukan dengan cermat dan berhati-hati.

Bab 10 : Cerucuk

Proses Menjalankan Ujian


Bacaan alat pengukur (dial gauge) di ambil setiapkali sebelum dan selepas penambahan beban mengikut jarak waktu yang di tetapkan.Proses ini berulang sehingga mencapai had beban maksima.Rujuk bacaan dial gauge yang disediakan di bawah bab ini. Apabila beban maksima telah dicapai,satu jarak masa ditetapkan (maintaining load) sekurang-kurangnya 24 jam untuk membiarkan cerucuk menanggung beban dan bacaan diambil setiap 1 jam sekali.Setiap bacaan yang diambil hendaklah dicatatkan waktu/masa bacaan tersebut diambil.

Bab 10 : Cerucuk

Proses Menjalankan Ujian


Semak bacaan-bacaan semasa maintaining load sekiranya terdapat perbezaan kerana kemungkinan kerosakan ke atas jek seperti kebocoran. Penurunan beban dilakukan bilamana masa maintaining load mencukupi.Kaedah penurunan beban dibuat sama seperti kaedah penambahan beban pada peringkat awal.Catatan juga diambil sebelum dan selepas beban dikurangkan.Kaedah yang sama di ulang berperingkatperingkat sehingga beban mencapai 0 tan dan bacaan dial gauge menjadi sifar.Ujian akan dianggap lulus apabila perbezaan bacaan semasa penambahan/maintaining load dan pengurangan beban menunjukkan penurunan tidak melebihi 6.5mm.

Bab 10 : Cerucuk

Proses Menjalankan Ujian


Semasa ujian dijalankan adalah penting pengawasan dari pihak Pegawai Penguasa dan juga kontraktor sentiasa berada di tempat ujian untuk memastikan ujian berjalan dengan sempurna dan bacaan-bacaan yang dibuat mengikut kaedah-kaedah yang telah ditetapkan.

Bab 10 : Cerucuk

Selepas Ujian Beban Dijalankan


Kos sesuatu ujian beban adalah mahal dan keputusannya boleh digunakan untuk rujukan pada masa akan datang.Oleh yang demikian adalah penting semua rekod diambil dengan lengkap dan disimpan dengan sempurna.Selepas ujian tamat, adalah perlu perkara-perkara berikut disertakan :

Bab 10 : Cerucuk

Selepas Ujian Beban Dijalankan


Lokasi tapak bina. Struktur yang dicadangkan. Jenis dan saiz cerucuk yang diuji. Tarikh cerucuk diadun. Panjang cerucuk tersebut ditanam dan disertakan dengan rekod melantak dan salinan set yang diambil. Lokasi cerucuk dengan mencatat nombor kekisi (nation gridline).

Bab 10 : Cerucuk

Selepas Ujian Beban Dijalankan


Selain data-data di atas,maklumat-maklumat lain juga diperlukan.Ini bagi memastikan rujukan yang dibuat pada masa yang akan datang mendapat hasil yang memuaskan.Maklumat-maklumat tersebut adalah seperti berikut : - Penanaman Cerucuk - Prosedur Ujian Cerucuk - Keputusan Ujian

Bab 10 : Cerucuk

Penanaman Cerucuk
Jenis,buatan dan model peralatan untuk kerja melantak cerucuk. Berat tukul dan jarak jatuh tukul. Jenis dan ketebalan packing yang digunakan. Tarikh cerucuk ditanam.

Bab 10 : Cerucuk

Prosedur Ujian Beban


Tarikh dan masa ujian dijalankan. Berapa pemberat (kentlege). Lakaran susunan ujian yang menunjukkan kedudukan dan jarak tetupang penyokong kentlege dengan cerucuk ujian. Keupayaan jek dan jenis gauge untuk bacaan beban dengan butiran tentuukuran. Cara pengukuran mendapan. Keadaan masa dan cuaca sepanjang masa ujian dijalankan.

Bab 10 : Cerucuk

Keputusan Ujian
Jadual kesemua bacaan beban,masa dan ketelusan. Graf beban,masa dan beban ketelusan.

Bab 10 : Cerucuk

RAJAH 1 : Pemberat (kentlege) yang telah siap di pasang.

Bab 10 : Cerucuk

RAJAH 2 : Kelengkapan ujian yang telah siap dipasang.

Bab 10 : Cerucuk

RAJAH 3 : Penambahan beban yang di lakukan berperingkat.

Bab 10 : Cerucuk

RAJAH 4 : Bacaan alat pengukur (dial gauge) diambil.

Anda mungkin juga menyukai