Anda di halaman 1dari 24

Bab 10 : Cerucuk

UJIAN BEBAN
CERUCUK
(PILES LOAD TEST)
Bab 10 : Cerucuk

PENGENALAN

 Dalam kerja-kerja melantak cerucuk


terdapat satu ujian yang perlu dilakukan
bagi memenuhi spesifikasi kerja
tersebut.Ujian ini di namakan sebagai
‘Ujian Beban Cerucuk’ atau Load Test.
Ujian ini dijalankan selama 48 jam dan
perlu diawasi setiap masa sepanjang
ujian tersebut dijalankan.
Bab 10 : Cerucuk

TUJUAN

 Memeriksa keupayaan tanggung


muktamad cerucuk (ultimate bearing
capacity of pile).
 Memeriksa ciri-ciri lengkungan ‘load
settlement’ cerucuk pada beban kerja
(working load).
 Memeriksa keutuhan atau ketahanan
struktur asas, umpamanya dibahagian
sambungan cerucuk.
Bab 10 : Cerucuk

Pemilihan Cerucuk Untuk


Ujian Cerucuk
 Cerucuk yang mempunyai data
lantakan yang meragukan.
 Cerucuk yang ditanam terlalu panjang
atau pendek atau berlaku ‘twisted’.
 Cerucuk yang akan menerima bebanan
paling banyak.
Bab 10 : Cerucuk

Persediaan Untuk
Menjalankan Ujian Beban
Sebelum ujian baban dijalankan,faktor faktor berikut
hendaklah dipatuhi :-
 Jarak masa yang sesuai hendaklah diberi selepas
sesuatu cerucuk ditanam sebelum ujian dilakukan.Ini
ialah untuk membenarkan dissipation of pore pressure
yang terjadi selepas penanaman cerucuk. 75% beban
dari geseran badan di dalam tanah liat lembut (soft clay)
akan terjadi selepas 3-4 minggu selepas penanaman
cerucuk.Pada kebiasaannya ujian beban untuk cerucuk
ditanam di dalam soft clay dilakukan selepas 4 minggu
ditanam.Cerucuk yang ditanam dalam granular soil,jarak
masa 1 minggu sudah memadai.
Bab 10 : Cerucuk

Persediaan Untuk
Menjalankan Ujian Beban
 Semak pemberat samaada telah mencukupi untuk ujian
tersebut.Pemberat mestilah mampu menahan beban
sebanyak 1.2 kali ganda beban ujian maksima.
 Semak pusat graviti kentlege samaada terletak di atas
paksi cerucuk.
 Semak jarak antara penyakong kentlege(ketulan batu)
dengan permukaan cerucuk tidak kurang daripada 1.3
meter.Lebihkan jarak sekiranya ujian dijalankan di atas
tanah yang lembut.Penyokong kentlege diatas tanah yang
lembut mungkin akan menolak dan menyimpangkan
(deviate) cerucuk.Pengawasan perlu semasa
menyediakan kentlege (ketulan batu).
Bab 10 : Cerucuk

Persediaan Untuk
Menjalankan Ujian Beban
 Semak jarak antara tetupang reference beams dengan
penyokong kentlege supaya tidak kurang dari 2.0 meter
daripada permukaan cerucuk yang diuji.Tetupang tersebut
perlu ditanam sekurang-kurang 1.0 meter kedalam tanah
dan diperkukuhkan dengan konkrit.Tetupang perlu ditanam
lebih dalam lagi jika ujian dilakukan di atas tanah tambun
dan diperkukuhkan dengan konkrit.Ini adalah untuk
mengurangkan pergerakan reference beam tersebut
disebabkan oleh pergerakan yang berlaku kepada
penyokong kentlege.
Bab 10 : Cerucuk

Persediaan Untuk
Menjalankan Ujian Beban
 Semak kekukuhan reference beams daripada
pergerakan.
 Sediakan 4 dial gauges yang dalam keadaan
sempurna.Dial gauges hendaklah dipasang
dengan sempurna pada cerucuk atau pada
reference beams.Pastikan juga bahawa kaki dial
gauges betul-betul tegak di atas kaca yang
dipasang pada reference beams atau kepala
cerucuk.
Bab 10 : Cerucuk

Persediaan Untuk
Menjalankan Ujian Beban
 Semak bacaan gauge untuk jek hidraulik
samaada alat tersebut bersesuaian untuk ujian
beban yang akan dijalankan.Pastikan bacaan
yang tepat dibuat untuk setiap penambahan
beban.
 Pastikan jek hidraulik,pam,hos,paip,kuping dan
alat-alat lain dibawah tekanan bersama 1.2 kali
ganda lebih daripada beban ujian maksima dan
tanpa kebocoran.
Bab 10 : Cerucuk

Persediaan Untuk
Menjalankan Ujian Beban
 Pastikan peralatan ujian dilindungi dari
panas matahari dan hujan.
 Kepala cerucuk hendaklah dipotong
sama rata sebelum jek hidraulik
diletakkan diatasnya.
Bab 10 : Cerucuk

Proses Menjalankan Ujian

 Apabila semua kelengkapan ujian sudah


disusunatur/dipasang mengikut ketentuan atau
spesifikasi,ujian boleh dijalankan.Bebanan
hendaklah ditambah secara berperingkat-
peringkat dengan kenaikan sebanyak 25%
daripada beban kerja sehingga mencapai beban
maksima sebanyak 2 kali ganda beban
kerja.Setiap penambahan beban hendaklah
dilakukan dengan cermat dan berhati-hati.
Bab 10 : Cerucuk

Proses Menjalankan Ujian

 Bacaan alat pengukur (dial gauge) di ambil setiapkali


sebelum dan selepas penambahan beban mengikut jarak
waktu yang di tetapkan.Proses ini berulang sehingga
mencapai had beban maksima.Rujuk bacaan ‘dial gauge’
yang disediakan di bawah bab ini.
 Apabila beban maksima telah dicapai,satu jarak masa
ditetapkan (maintaining load) sekurang-kurangnya 24
jam untuk membiarkan cerucuk menanggung beban dan
bacaan diambil setiap 1 jam sekali.Setiap bacaan yang
diambil hendaklah dicatatkan waktu/masa bacaan
tersebut diambil.
Bab 10 : Cerucuk

Proses Menjalankan Ujian


 Semak bacaan-bacaan semasa ‘maintaining load’ sekiranya
terdapat perbezaan kerana kemungkinan kerosakan ke atas
jek seperti kebocoran.
 Penurunan beban dilakukan bilamana masa ‘maintaining
load’ mencukupi.Kaedah penurunan beban dibuat sama
seperti kaedah penambahan beban pada peringkat
awal.Catatan juga diambil sebelum dan selepas beban
dikurangkan.Kaedah yang sama di ulang berperingkat-
peringkat sehingga beban mencapai 0 tan dan bacaan ‘dial
gauge’ menjadi sifar.Ujian akan dianggap lulus apabila
perbezaan bacaan semasa penambahan/maintaining load
dan pengurangan beban menunjukkan penurunan tidak
melebihi 6.5mm.
Bab 10 : Cerucuk

Proses Menjalankan Ujian

 Semasa ujian dijalankan adalah penting


pengawasan dari pihak Pegawai Penguasa dan
juga kontraktor sentiasa berada di tempat ujian
untuk memastikan ujian berjalan dengan
sempurna dan bacaan-bacaan yang dibuat
mengikut kaedah-kaedah yang telah ditetapkan.
Bab 10 : Cerucuk

Selepas Ujian Beban


Dijalankan
 Kos sesuatu ujian beban adalah mahal
dan keputusannya boleh digunakan
untuk rujukan pada masa akan
datang.Oleh yang demikian adalah
penting semua rekod diambil dengan
lengkap dan disimpan dengan
sempurna.Selepas ujian tamat, adalah
perlu perkara-perkara berikut
disertakan :
Bab 10 : Cerucuk

Selepas Ujian Beban


Dijalankan
 Lokasi tapak bina.
 Struktur yang dicadangkan.
 Jenis dan saiz cerucuk yang diuji.
 Tarikh cerucuk diadun.
 Panjang cerucuk tersebut ditanam dan
disertakan dengan rekod melantak dan
salinan ‘set’ yang diambil.
 Lokasi cerucuk dengan mencatat nombor
kekisi (nation gridline).
Bab 10 : Cerucuk

Selepas Ujian Beban


Dijalankan
 Selain data-data di atas,maklumat-maklumat lain
juga diperlukan.Ini bagi memastikan rujukan yang
dibuat pada masa yang akan datang mendapat hasil
yang memuaskan.Maklumat-maklumat tersebut
adalah seperti berikut :
- Penanaman Cerucuk
- Prosedur Ujian Cerucuk
- Keputusan Ujian
Bab 10 : Cerucuk

Penanaman Cerucuk

 Jenis,buatan dan model peralatan


untuk kerja melantak cerucuk.
 Berat tukul dan jarak jatuh tukul.
 Jenis dan ketebalan packing yang
digunakan.
 Tarikh cerucuk ditanam.
Bab 10 : Cerucuk

Prosedur Ujian Beban


 Tarikh dan masa ujian dijalankan.
 Berapa pemberat (kentlege).
 Lakaran susunan ujian yang menunjukkan
kedudukan dan jarak tetupang penyokong
kentlege dengan cerucuk ujian.
 Keupayaan jek dan jenis gauge untuk bacaan
beban dengan butiran tentuukuran.
 Cara pengukuran mendapan.
 Keadaan masa dan cuaca sepanjang masa
ujian dijalankan.
Bab 10 : Cerucuk

Keputusan Ujian

 Jadual kesemua bacaan beban,masa


dan ketelusan.
 Graf beban,masa dan beban ketelusan.
Bab 10 : Cerucuk

RAJAH 1 : Pemberat (kentlege)


yang telah siap di pasang.
Bab 10 : Cerucuk

RAJAH 2 : Kelengkapan ujian


yang telah siap dipasang.
Bab 10 : Cerucuk

RAJAH 3 : Penambahan beban


yang di lakukan berperingkat.
Bab 10 : Cerucuk

RAJAH 4 : Bacaan alat


pengukur (dial gauge) diambil.

Anda mungkin juga menyukai