Anda di halaman 1dari 17

BAHAN BINAAN

KEJURUTERAAN 1

KERJA BATA

DEFINISI
Definisi bata ialah satu bongkah
yang dibuat daripada tanah liat dan
berukuran 215mm x 102.5mm x
65mm yang mana jika dicampurkan
dengan lapisan mortar ukurannya
bertambah 10mm.
Satu perkara yang menarik tentang
bata ialah ukuran dan saiznya tidak
berubah dari dulu.

DIMENSI

KEGUNAAN BATA DALAM


PEMBINAAN
Membina dinding-dinding bangunan sama
ada tanggung beban atau tidak
menanggung beban (tebal hanya 41/2).
Membuat kaki lima jalan (foothpath paving).
Untuk membuat tembok penahan (retaining
wall) dan pagar.
Batu bata yang pecah dibuat hardcore.
Membuat pagar dan tembok.
Membuat pelapik pada dinding luar.

BAHAGIAN DAN UKURAN


BATA

Kepala Bata =Permukaan hujung bata (65m x


102.5mm)
Sisi Bata
=Permukaan sisi bata (102.mm x 215mm)
Kekatak/Lubang =Kesan tekanan di permukaan muka
bata. Semasa
menerap bata, muka bata
menghadap ke atas dan
bawah untuk
memperolehi ikatan yang kuat.
Aris/Segi Bata
=Tepi pepenjuru bata.

PROSES PEMBUATAN BATA

KEBAIKAN BATU BATA


Tahan pada gerakan tanah kerana
sambungan-sambungannya dapat
menyerap gerakan tersebut.
Ikatan unit-unitnya boleh
membentuk dinding yang kuat, tidak
mudah rosak dan tidak terbakar.
Binaannya lebih cepat dari konkrit

JENIS-JENIS BATA & UKURAN


Bata tanah liat
-Bata tanah liat adalah paling meluas digunakan.
-Bata ini boleh didapati dalam dua kumpulan iaitu bata biasa dan
bata muka elok. Kebanyakkan kilang bata hanya
berdaya
menghasilkan
bata biasa.
-Bata muka elok cuma dihasilkan beberapa kilang bata yang besar
yang mempunyai kemudahan teknologi canggih. Bata muka elok
mempunyai ciri-ciri bata yang bermutu tinggi dan harganya pula
tiga kali ganda bata biasa.
-Bata biasa digunakan dalam pembinaan biasa yang hendak dilepa
manakala bata muka elok digunakan dalam pembinaan yang tidak
dilepa
-Bata tanah liat juga dihasilkan dalam berbagai-bagai bongkah dan jubin
(paver) untuk kegunaan yang tertentu.

BATA MUKA ELOK


BLOK KONKRIT DAN JUBIN

Batu Bata
Jenis corak bata
muka

12

Bata simen
Bata ini diperbuat daripada simen dan pasir.
Nisbah bancuhannya berubah mengikut
kekuatan yang dikehendaki. Nisbah 1:8
merupakan bancuhan yang lazim digunakan
untuk membuat bata simen tempatan. Bata
simen dihasilkan dengan menggunakan acuan.
Bata yang baru dicetak hendaklah dibiarkan
kering sendiri dan diawet selama dua minggu
sebelum ianya sesuai digunakan. Pengawetan
dilakukan dengan menyiram air sebaik sahaja
bata mengeras, terutama semasa cuaca panas.
Saiz bata simen adalah sama dengan saiz bata
tanah liat iaitu 216mm x 103mm x 65mm.

BATA SIMEN

Blok Simen
Kegunaan blok simen kian meningkat kerana ianya lebih
murah dari segi harganya dan boleh diikat dengan cepat
dalam pembinaannya menyebabkan produktiviti
bertambah. Contohnya mengikat sebuah blok 450mm x 225
mm x 1000mm adalah sama dengan mengikat 6 bata biasa.
Blok dapat dihasilkan daripada bancuhan konkrit yang
terdiri daripada konkrit ringan, konkrit padat dan konrit
berudara. Definisi blok atau bongkah telah ditetapkan
dalam BS2028 yang menyatakan blok itu adalah lebih besar
daripada bata dari segi panjang, tebal dan tingginya. Tinggi
blok mestilah tidak melebihi panjangnya atau enam kali
tebalnya. Dalam pembinaan tempatan terdapat tiga jenis
blok yang digunakan iaitu blok padu, blok bersel dan blok
berongga.

BLOK SIMEN

Batu Bata
Piawaian
Malaysia
untuk
kekuatan bata

17

Anda mungkin juga menyukai