Anda di halaman 1dari 2

TAJUK:

1. Memilih bahan untuk kerja pemasangan kerangka pintu dan tingkap.


2. Menyediakan mortar kapur mengikut nisbah bancuhan.
3. Membina bukaan pintu dan tingkap pada tembok bata.
4. Pemasangan kerangka pintu dan tingkap pada tembok.
5. Memasang kotak bentuk untuk ambang (lintel).
6. Menempatkan ambang di atas kerangka.
TUJUAN:
Pelajar pelajar mesti boleh:
1. Memakai pakaian keselamatan mengikut peraturan keselamatan dengan betul.
2. Memilih lokasi untuk kerja pemasangan kerangka pintu dan tingkap dengan betul.
3. Memilih bahan yang sesuai untuk kerja pemasangan kerangka pintu dan tingkap
dengan betul.
4. Memilih bahan yang berkualiti untuk penyediaan mortar kapur mengikut nisbah
bancuhan dengan betul.
5. Menanda kedudukan pintu dan tingkap dengan kaedah yang betul mengikut pelan
lukisan.
6. Membancuh mortar kapur menggunakan bahan, peralatan dan kelengkapan mengikut
spesifikasi kerja dengan betul.
7. Mendirikan tembok dengan bukaan hingga ke aras bawah ambang mengikut prosedur
yang betul.
8. Memasang dan menetapkan kerangka pada tembok dengan tambatan keluli mengikut
prosedur dengan betul.
9. Menyediakan ambang konkrit pra tuang mengikut spesifikasi kerja dengan betul.
10. Mendirikan peranca untuk menempatkan ambang di atas kerangka mengikut
keperluan kerja dengan betul.
11. Menempatkan ambang di atas kerangka mengikut spesifikasi kerja dengan betul.
12. Menyimpan dan menyelenggara peralatan tangan di tempat yang sesuai berdasarkan
spesifikasi kerja dengan betul.
ARAHAN:
1. Tugasan amali ini hendaklah dilakukan oleh pelajar secara berkumpulan.
2. Setiap kumpulan hendaklah mengandungi dua orang pelajar.
3. Anda dinasihati membaca dan mengkaji tugasan ini dengan teliti sebelum memulakan
tugasan amali.
4. Anda akan diberi bahan dan peralatan. Pastikan anda mendapat bahan dan peralatan
yang mencukupi seperti dalam senarai.
5. Anda diberi masa 5 jam untuk menjalankan tugasan amali ini.

SENARAI BAHAN/PERALATAN YANG DISEDIAKAN:

Bil.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.

Bahan/Peralatan
Kerangka pintu
Kerangka tingkap 600mm X 1200mm
Kayu 25mm X 50mm X 2400mm
Paku biasa 38mm dan 50mm
Papan lapis 12mm X 200mm X 290mm
Tambatan keluli
Alat aras spirit
Pita ukur
Tukul kuku kambing
Gergaji kerat
Pensel tukang
Bata penuh
Bata kerat
Mortar kapur
Kereta sorong
Penyodok/skop
Sudip bata
Tolok bata
Sesiku pemidang
Tukul bata

Kuantiti
1 unit
1 unit
7 batang
Secukupnya
7 keping
8 unit
1 unit
1 unit
1 unit
1 unit
1 batang
150 biji
15 biji
Secukupnya
1 unit
1 unit
1 unit
2 unit
1 unit
1 unit

TUGASAN
Anda dikehendaki melakukan kerja menerap bata seperti Lampiran 1 dan 2. Kemudian, anda
dikehendaki memasang kerangka tingkap dan pintu seperti Lampiran 3 dan 4.
KRITERIA PENILAIAN
Anda akan dinilai berasaskan criteria berikut:
Perancangan kerja
Proses kerja
Hasil kerja
Sikap dan keselamatan sebelum, semasa dan selepas melakukan kerja

Anda mungkin juga menyukai