Anda di halaman 1dari 26

BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

NOTA KURSUS 3
JABATAN JABATAN TEKNOLOGI AWAM

PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI PEMBINAAN

SEMESTER SEMESTER 2

SESI 2019/2021

KOD DAN NAMA PROGRAM


DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION 2
PROGRAM CODE AND NAME

TOPIK 3.0 TEMPORARY WORK

3.1 Scaffolding
3.2 Formwork and propping
SUB TOPIK

1. NOR FARALIA BINTI NGADIRIN


PENSYARAH
2. WAN AZIMAH BINTI WAN OMAR
PERANCA

Peranca merupakan reka bentuk struktur binaan sementara yang sangat diperlukan semasa
pembinaan sesebuah bangunan. Fungsi utamanya adalah untuk menyokong pekerja-pekerja dan
peralatan-peralatan apabila mereka melakukan kerja-kerja pembinaan atau baikpulih pada
tempat yang tinggi dengan selamat. Peranca diperbuat daripada logam dan kayu atau kedua-
duanya. Ia boleh dibina dengan pelbagai kaedah dan bentuk untuk menyesuaikan dengan
keadaan dan tempat yang berlainan.

Apabila memilih jenis peranca yang digunakan, perkara-perkara berikut perlu diambilkira

 Rekabentuk bangunan

 Bentuk bangunan

 Lokasi

 Kebolehan menyesuaikan dengan struktur contour

Pada masa kini terdapat banyak jenis peranca dan nama serta terminologinya berbeza dari satu
tempat ke satu tempat tetapi secara amnya, kategori utama adalah berdasarkan :

 Bagaimana struktur berinteraksi dengan bangunan tempat ianya didirikan

 Kaedah pembinaannya

 Jenis beban yang mampu disokongnya

Rajah 1 : Binaan Peranca Dalam Projek Pembinaa


2. KATEGORI PERANCA

2.1 PERANCA BEBAS (Independent Scaffolding)

Merupakan jenis yang paling mudah dan ianya terdiri daripada tidak melebihi dua barisan
tiang tegak (vertical poles) yang dinamakan standard yang disambungkan dengan
komponen mendatar iaitu lejar (ledger) dan transom. Ianya biasa digunakan untuk
kegunaan pembinaan satu aras sahaja seperti kerja pembinaan siling. Peranca bebas
mudah dipasang dan digerakkan atau dipindahkan. Ini membuatkan ianya pilihan yang
baik untuk projek berskala kecil.

2.2 PERANCA TETAP (Dependent Scaffolding)

Kebiasaannya hanya disokong oleh satu barisan tiang tegak/standard. Penggunaannya


amat popular untuk projek atau kerja-kerja kecil yang boleh disiapkan oleh seorang atau dua
orang pekerja. Struktur peranca bergantung sepenuhnya pada bangunan atau
tembok/dinding dimana ianya ditempatkan untuk sokongan. Lebih sesuai untuk kegunaan
luar bangunan jika dibandingkan dengan peranca bebas yang lebih popular untuk kegunaan
dalaman.

2.3 PERANCA GANTUNG ( Suspended Scaffolding)

Terdapat struktur yang boleh dinaikkan atau diturunkan mengikut keperluan dengan
menggunakan “lever dan crank” atau kaedah mekanikal yang lain. Ini biasanya dinamakan
sebagai gantung (suspend) merujuk kepada pergerakan pelantar (platform) tempat pekerja
berdiri. Juru Pembersih Tingkap untuk bangunan pencakar langit biasanya bergantung
kepada jenis struktur bergerak seperti ini. Ianya juga amat berguna apabila melibatkan kerja-
kerja mengerakkan peralatan-peralatan dan bekalan bahan-bahan pembinaan dari satu aras
ke aras yang lain.
PERANCA GANTUNG

Rajah 3 : Mekanisme Peranca Gantung


3. JENIS-JENIS PERANCA
Jenis-jenis peranca diklassifikasikan kepada pelbagai jenis mengikut kaedah binaannya.
Berikut merupakan keterangan bagi keadaan kerja dan jenis peranca yang digunakan.

3.1 Kerja-Kerja Pembinaan Rendah Dan Ringan,


Peranca yang biasa diaplikasikan untuk kerja-kerja rendah dan ringan ialah peranca
kuda-kuda/kekuda, peranca tangga dan peranca pendakap.

3.2 Kerja-Kerja Pembinaan Yang Berat Dan Tinggi


Kategori peranca yang digunakan untuk keadaan ini adalah dari peranca jenis peranca
bebas (independent scaffolding), peranca tetap (dependent scaffolding) dan
peranca gantung (suspended scaffolding).

Bahan-bahan yang digunakan sebagai pembuatan kepada peranca adalah terdiri


daripada kayu, logam, buluh dan sebagainya. Bahan-bahan peranca hendaklah
ditentukan tidak memiliki sebarang kerosakan atau kecacatan. Ini adalah untuk
menjaminkan keselamatan pekerja-pekerja yang menggunakannya. Bagi peranca yang
komponennya terdiri dari bahan kayu, segala kayu yang digunakan tidak boleh dicat.
Ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang kecacatan yang berlaku pada kayu itu
ditutupi oleh lapisan cat.

3.1 Jenis-Jenis Peranca Untuk Kerja–Kerja Rendah Dan Ringan

Antara jenis peranca untuk melaksanakan kerja rendah dan ringan adalah:
3.1.1 Peranca Kuda-Kuda

Peranca ini digunakan untuk kerja-kerja yang tidak tinggi seperti tembok satu tingkat,
memasang siling dan sebagainya. Dengan kata lain, peranca ini digunakan terhadap
pembinaan yang tingginya tidak melebih 4 m. Papan setebal 30mm hendaklah digunakan
sebagai pelantar dan disokong oleh kuda-kuda. Jarak antara dua kuda-kuda biasanya
tidak melebihi 1.5 m. Apabila papan pelantar hendak disambung, jarak minimum lekapan
tersebut adalah 150 mm dan diikat dengan dawai.
Rajah 4 : Peranca Kuda-Kuda

3.1.2 Peranca Tangga

Satu kaedah membuat kerja pada tempat yang agak tinggi adalah dengan menggunakan
tangga yang sedia ada. Papan pelantar merentangi dua buah tangga dengan tingginya
tidak melebihi1.8m dan sudut bukaan kaki tangga pula hendaklah dalam lingkungan 35˚.
Papan pelantar jenis ini hendaklah terdiri daripada jenis kayu yang agak keras seperti
kapur, balau dan sebagainya.Tebal papan pelantar adalah tidak kurang daripada 30mm
dan bebas daripada sebarang kecacatan.

Pada masa kini, tangga-tangga aluminium dijual lengkap dengan set pelantar yang
diperbuat daripada aluminium. Pelantar tidak boleh diletakkan lebih tinggi daripada anak
tangga kedua dari atas.

Rajah 5 : Peranca Tangga


3.1.3 Peranca Pendakap

Digunakan untuk menyandar pada tembok yang sedia ada utuk membuat kerja yang
ringan seperti membuat kemas ikatan bata,mengecat atau sebagainya.

Rajah 6 : Peranca Pendakap

3.2 Jenis-Jenis Peranca Untuk Kerja-Kerja Pembinaan Yang Berat Dan Tinggi

3.2.1 Peranca Rangka Tiub Keluli


Semakin popular digunakan untuk projek-projek pembinaan kerana kelebihannya
seperti:
 mudah dipasang
 mudah alih
 kekuatan yang terjamin
 selamat digunakan
 meminimumkan kadar pembaziran bahan-bahan binaan jika dibandingkan
dengan peranca kayu
 boleh dipasang setinggi yang mungkin
 boleh direka bentuk pemasangannya dalam pelbagai bentuk dan cara mengikut
kehendak pemasangnya.
Komponen-Komponen Peranca Rangka Tiub Keluli

a. Rangka utama (main frame)

• Berbentuk U terbalik.

• Boleh disambung kepada rangka utama lain menggunakan pin sambungan dan
kekunci

b. Rembat palang

• Untuk mengekalkan penyambungan segala rangka utama apabila rangka-


rangka didirikan

Rajah 7 : Rangka Utama Rembat Palang

c. Pengalas

• Terdapat dua jenis iaitu pengalas tetap dan pengalas bicu belaras. Pengalas
hendaklah

dipasang dengan kukuh kerana semua beban akan ditanggung oleh pengalas.
Rajah 8 : Jenis-Jenis Pengalas

d. Pin sambungan

• Dipasang pada tiap-tiap sendi iaitu antara rangka-rangka utama semasa rangka
akan ditinggikan.

Rajah 9 : Pin Sambungan (Joint Pin)

e. Kekunci
• Dipasang antara dua rangka utama bagi mengelakkan rangka tercabut daripada
pin sambungan

Rajah 10 : Kekunci
f. Aluminium Scaffold Cat-walk (Walking platform)
• Diperbuat daripada bahan logam aluminium. Dipasang melintang antara dua
rangka utama bertindak sebagi laluan dan tempat bekerja.

Rajah 11 : Scaffolding Cat-Walk

g. Tangga
• Diperbuat daripada aluminium untuk tujuan turun-naik. Tangga hendaklah
dipasang kukuh dengan memastikan kekuncinya betul-betul masuk ke anggota
rangka utama.

Rajah 12 : Tangga (scaffolding stair steps)


h. Pengikat Peranca

• Bertindak sebagai pengikat antara peranca dengan bangunan yang dibina. Ia


dipasangkan kepada rangka utama dan hujungnya diikat kepada bolt yang dibina
di dalam tembok.

Rajah 13 : Pengikat Peranca

Prosedur Mendirikan Peranca Rangka Tiub Keluli


i. Tempatkan pengalas boleh laras di atas papan alas tapak.
ii. Dirikan rangka utama pada penggalas boleh laras dan ditegakkan dengan rembat
palang. Pastikan pengalas dipakukan kepada papan alas.
iii. Uji kerataan rangka utama menggunakan alat aras spirit. Sekiranya perlu, laraskan
pada pengalas boleh laras sehingga ia sama rata.
iv. Letakkan aluminium scaffolding cat-walk atau walking platform di atas rangka
utama.
v. Dengan kaedah yang sama, dirikan barisan-barisan rangka di atas. Penyambungan
dilakukan menggunakan pin sambungan dan kekunci. Pengikat tembok perlu
dipasangkan pada bolt yang telah disediakan terlebih dahulu.
vi. Pasangkan rembat silang paip keluli untuk mengukuhkan lagi binaan peranca
tersebut.
vii. Tangga ditempatkan di antara setiap tingkat untuk tujuan turun-naik.
viii. Untuk tujuan keselamatan pekerja, bahagian paling atas binaan peranca hendaklah
dipasangkan dengan:
 susur pelindung (guard rail)
 papan pacak (toeboards)
 papan pelantar (platform)
Rajah 14 : Binaan Peranca Rangka Tiub Keluli
1 Rangka Lintang 8 Papan Alas Tapak

2 Rangka Utama 9 Tangga

3 Rembat Palang 10 Tiang Susur Pelindung

4 Kekunci 11 Susur Pelindung

5 Pin Sambungan 12 Putlog

6 Papan Pelantar 13 Penyokong Putlog

7 Pengalas Bicu

Rajah 15 : Komponen Binaan Peranca Rangka Tiub Keluli


Peraturan Am Keselamatan Peranca Rangka Tiub Keluli
 Had maksimum jarak antara rangka utama dan dinding ialah 300mm
 Papan alas hendaklah kuat dan mampu menampung beban yang dikenakan. Peranca
tidak boleh sama sekali didirikan di atas objek yang tidak stabil seperti bata.
 Peranca-peranca dan komponen-komponennya mesti boleh menanggung empat kali
ganda beban yang akan dikenakan.
 Susur pelindung dan papan pacak mesti diadakan untuk semua bahagian bukaan tepi
yang ketinggiannya 3 meter (10 Kaki) ke atas.

Rajah 16 : Binaan Susur Pelindung, Papan Pelantar dan Papan Pacak

 Peranca hendaklah diperiksa pada tiap-tiap tujuh hari atau selepas cuaca buruk.
 Peranca yang dipasang pada kawasan yang sibuk hendaklah mempunyai grid canopy
untuk melindungi bahan-bahan yang terjatuh dari atas.
Rajah 17 : Binaan Kanopi Pada Struktur Peranca

 Peranca-peranca yang hendak dibuka semula atau dialihkan ke tempat lain hendaklah
dilakukan oleh pekerja bertauliah.
 Sebarang kerosakan pada mana-mana komponen hendaklah dibaiki atau diganti
dengan kadar yang segera.
 Ikat peranca ke dinding atau struktur bangunan menggunakan pengikat peranca pada
setiap dua rangka secara mendatar dan setiap tiga rangka secara menegak.
 Semasa menggunakan peranca, pastikan pekerja-pekerja menggunakan topi
keselamatan dan tali pinggang keledar.
Rajah 18 : Peraturan Am Penggunaan Tali Pinggang Keledar dan Topi Keselamatan.

3.2.2 Peranca Bergerak

Ianya merupakan sejenis peranca bebas yang boleh dipindahkan ke kawasan kerja
dengan mudah. Peranca ini berbentuk menara bersegi yang diperbuat daripada paip bulat
keluli atau rangka paip keluli. Pada kakinya dipasangkan roda kaster( Caster wheel)
supaya peranca ini boleh digerakkan kemana-mana tempat yang dikehendaki. Mengikut
peraturan keselamatan,pelantar kerja hendaklah berukuran tidak kurang daripada 1.2m x
1.2m. Mana kala untuk menjamin kestabilan peranca, ketinggiannya dihadkan kepada
10m sahaja. Peranca ini amat sesuai untuk melaksanakan kerja-kerja seperti membaiki,
mengecat,membaiki siling dan sebagainya.
Rajah 19 : Peranca Bergerak

Peraturan Am Keselamatan Peranca Bergerak


 Papan-papan pelantar (platform) hendaklah dipasang dengan sempurna.
 Pelantar kerja wajib mempunyai susur pelindung dan papan pacak.
 Kemudahan untuk turun naik dengan selesa dan selamat perlu disediakan.
 Pemeriksaan peranca perlu diadakan dari masa ke semasa iaitu setiap 7 hari atu
selepas cuaca buruk.
 Rembat dipasangkan pada paip tegak dengan pengapit putar (swivel clamps)
bertujuan untuk mengukuhkan peranca.
 Peranca yang ketinggian melebihi satu rangka tidak boleh digerakkan dengan
pekerja berada di atasnya.
 Peranca bergerak wajib mempunyai brek pada setiap roda. Semua brek mesti
dikunci apabila peranca tersebut telah ditempatkan pada kedudukan yang
dikehendaki.
Rajah 20 : Jenis-Jenis “Steel Couplers”

Rajah 20 : Menetapkan Roda Dengan Mengunci Brek


3.2.3 Peranca Putlog Tunggal

Sebahagian peranca akan disokong oleh tembok kerana hujung putlog dimasukkan ke
dalam tembok. Peranca putlog tunggal mempunyai satu barisan tiang tegak dengan jarak
1.8m - 2.4 m dan dibina selari dengan permukaan dinding luar bangunan.
Kedudukan peranca ini adalah 1.2 m - 1.3 m dari permukaan dinding. Tiang tegak
dipaku ke atas tapak kayu dan didirikan tegak dengan diikat pada lejar. Lejer dipasang
selari dengan dinding sepanjang peranca dan jarak antaranya adalah 1.4 m. Anggota
putlog diikat pada lejer dengan jarak di antara 1.2 m - 1.4 m dan hujung sebelahnya
dimasukkan ke dalam dinding bata sedalam 80mm. Semua lubang bekas putlog
hendaklah disumbat padat selepas kerja-kerja perlaksanaan dilakukan.

Salah satu langkah yang perlu diambil untuk mengukuhkan peranca ialah dengan cara
memasang rembat silang kepada tiang tegak yang bertemu dengan lejer dan putlog.
Pelantar peranca dibuat daripada papan-papan setebal 30 mm - 38 mm dan unjuran
daripada putlog tidak melebihi empat kali tebalnya. Sebagai langkah keselamatan, tepi
pelantar yang jauh dari tembok dipasangkan papan pacak dan susur pelindung sebagai
langkah keselamatan. Papan-papan pelantar disokong oleh putlog. Semua sambungan
untuk peranca hendaklah dipaku atau diskrukan.

Rajah 21 : Peranca Putlog Tunggal


Rajah 22 : Pandangan Keratan Binaan Peranca Putlog Tunggal

Rajah 23 : Perincian Binaan Peranca Putlog Tunggal


3.2.4 Peranca Bebas Berganda

Direkabentuk untuk menanggung beban (bahan dan manusia). Keistimewaan peranca


jenis ini ialah ia tidak bergantung kepada bangunan untuk menyokong bebannya dan ini
menyebabkan ia amat sesuai dipraktikkan dalam pembinaan struktur kerangka bertingkat-tingkat.

Peranca bebas ganda mempunyai dua baris tiang tegak yang berdiri tegak dengan jarak di
antara tiang ialah 2 – 2.4 m. Tiang tegak barisan dalam diletakkan sejauh 300 mm dari permukaan
dinding untuk memberikan keselesaan kepada para pekerja melaksanakan tugas-tugas mereka.
Plat atas pada tiang tegak dipaku kepada alas tapak kayu. Lejer berjarak 2 m dipasangkan selari
dengan tembok sepanjang peranca untuk menegakkan tiang.

Transom dipasang ke atas dua lejer dengan jarak 1.2 – 2.4 m untuk mengikat kedua-
dua barisan tegak serta menyokong papan pelantar. Tinggi maksimum yang selamat untuk
peranca ini adalah dalam lingkungan 61 m.

Rajah 24 : Binaan Peranca Bebas Ganda


Rajah 25 : Perincian Pemasangan Tambatan Pada Bukaan Tembok

Rajah 26 : Penggunaan Peranca Bebas Ganda Dalam Pembinaan


3.2.5 Peranca Julur

Sejenis peranca bebas yang bergantung kepada bangunan untuk menanggung


bebannya. Peranca ini dipilih jika terdapat tempat menjalanka kerja-kerja pembinaan
terlalu sempit. Ia juga dipraktikkan apabila kerja-kerja pembinaan atau pembaikan hanya
dilakukan pada tingkat atas sahaja tanpa melibatkan tingkat bawah.

Kaedah pemasangannya adalah sama dengan pemasangan peranca jenis bebas


berganda kecuali ia mempunyai tambatan yang dibina melalui bukaan tembok. Tambatan
ini terdiri daripada dua baris punceon yang dibaji di antara lantai dengan siling di dalam
bangunan. Pada kedua-dua barisan puncheon dipasang transom melintang yang
menjujur ke peranca luar dengan terikat pada tiang tegak. Kekuda tupang sendeng
dipasang bersudut untuk menyokong bahagian bawah peranca. Jaring dawai dipasang di
bahagian bawah peranca untuk memastikan keselamatan pekerja yang lalu atau bekerja
di bawah bangunan tersebut. Had maksimum ketinggian peranca ini yang selamat
digunakan ialah 12 m.

Rajah 27 : Binaan Peranca Julur


4. PERANCA GANTUNG (Suspended Scaffolding)
Penggunaan peranca gantung banyak digunakan dalam pembinaan dan kerja
penyelenggaraan bangunan tinggi. Pada asasnya semua komponen sistem peranca
gantung kecuali kabel penahannya mempunyai faktor keselamatan 4 kali beban. Kabel
penggantungnya mempunyai 6 kali beban. Setiap peranca dipasang atau ditempatkan di
bawah pengawasan sekurang-kurang seorang pakar yang mahir dalam bidang tersebut.

Peranca gantung digantung dari bahagian bumbung atau parapet pada blok penggantung
yang cukup kuat untuk faktor keselamatan minimum 4 kali beban. Blok penggantung ini
terikat kuat atau ditambat (anchored) pada rangka atau struktur lantai. Peranca harus
diberi tali atau batang penahan untuk mengelak peranca terhayun-hayun. Setiap peranca
perlu diuji dengan beban 2 kali beban maksimumnya sebelum digunakan. Periksa semua
ikatan blok penggantung atau tambatan (anchor) pada setiap kali ianya digunakan.
Pemeriksaan hendaklah dilakukan dari masa ke semasa terhadap seluruh komponen
peranca apabila ianya sedang digunakan. Setiap pekerja yang berada di atas peranca
harus mengamalkan aspek keselamatan sepanjang masa. Mereka wajib menggunakan
peralatan pelindung diri (PPE) seperti tali pinggang keselamatan yang harus diikat pada
bahagian struktur bangunan (bukannya pada peranca) secara kuat untuk menahan
pekerja dari jatuh.

Rajah 28 : Komponen-Komponen Utama Peranca Gantung


Pada masa kini dengan perkembangan teknologi yang canggih maka terdapat banyak
jenis sistem peranca gantung digunakan berada di pasaran. Ianya lebih mudah
dikendalikan, lebih selamat digunakan dan lebih mudah diselenggarakan.

Rajah 28 : Mekanisme Peranca Gantung Yang Lebih Canggih

KOTAK BENTUK DAN TUPANG (FORMWORK AND PROPPING)

Bagi memberi bentuk kepada struktur sudah tentunya dengan menggunakan kotak
bentuk. Selain untuk memberikan rupa bentuk kepada struktur, kotak bentuk juga perlu
disokong untuk mengukuhkan binaan struktur.
Kotak Bentuk (Formwork)
Kotak bentuk merupakan sejenis acuan konkrit yang dibina daripada kayu, konkrit
atau plastik. Struktur konkrit mengkehendaki tupang dan kotak bentuk sementara
untuk konkrit dituang dan ditupang sehingga ianya dapat mengeras dengan
secukupnya. Kotak bentuk hendaklah digunakan sekali sahaja bagi mendapatkan
hasil yang baik. Kecacatan permukaan konkrit berlaku disebabkan oleh kecacatan
kotak bentuk. Kotak bentuk yang diperbuat daripada kayu sesuai digunakan.

Rajah 3 : Rajah ini menunjukkan contoh kotak bentuk.

Tupang (Propping)

Tupang merupakan binaan sementara serta digunakan ketika menyokong struktur


yang kurang selamat sehingga ianya diteguhkan atau selamat untuk digunakan.
Tupang bertujuan untuk mencegah keretakan atau tanda-tanda keruntuhan pada
dinding bangunan. Apabila berlaku kegagalan pada dinding atau tembok, jelaslah
bahawa struktur telah menerima beban atau tujahan yang berlebihan sehingga ia
tidak dapat menahannya lagi. Tupang yang sesuai digunakan ialah ‘Adjustable Steel
Prop’.

Rajah 4 : Rajah ini menunjukkan contoh tupang.

Anda mungkin juga menyukai