Anda di halaman 1dari 10

PENGENALAN

Proses pembinaan meliputi segala aktiviti yang dilakukan di tapak binaan untuk memenuhi
segala kehendak lukisan dan penentuan yang terkandung dalam sesuatu dokumen kontrak
binaan. Kontrak binaan ialah perjanjian yang ditandatangani oleh klien (pemilik projek) dan
kontraktor (pihak yang membina). Kontrak binaan hanya menentukan hasil yang dikehendaki
dan tidak menentukan bagaimana cara untuk mendapatkan hasil tersebut. Lukisan dan
penentuan hanya memperincikan secara grafik dan bertulis tentang apa yang dikehendaki klien.
Klien tidak berhak untuk mempersoalkan hasil yang telah disiapkan dan klien tidak berhak
campur tangan dari segi kaedah atau cara pembinaan. Sebelum memulakan kerja pembinaan
persediaan tapak bina perlu dilakukan.

Penyediaan tapak adalah sangat penting bagi projek binaan yang besar atau tinggi berbanding
dengan binaan yang kecil. Aktiviti-aktiviti dalam penyediaan tapak ialah:

- Mengenal pasti garisan sempadan tapak bina


- Menjalankan kerja pembersihan tapak
- Mendirikan pagar adangan (Hoarding Board)
- Menempatkan jentera berat dan kelengkapan di tapak bina
- Menyediakan binaan sementara
- Merancang tanda tapak

Penyediaan tapak dapat disimpulkan sebagai semua aktiviti yang perlu dilakukan sebelum kerja
yang sebenar dapat dijalankan. Aktiviti ini adalah berbeza-beza mengikut keperluan projek dan
keadaan sesuatu tapak. Bagi bangunan yang mempunyai tingkat bawah tanah, penyediaan
tapak menjadi semakin penting. Ini disebabkan banyak keperluan binaan yang perlu dipenuhi.
Antaranya ialah kerja korekan, sokongan tebing korekan, penyahairan, pengangkutan turun
naik dan sebagainya.

1. MENGENAL PASTI GARIS SEMPADAN TAPAK BINA

Sebelum kerja pembinaan dimulakan, kedudukan sempadan tapak bina hendaklah


diketahui. Ianya penting bagi kerja-kerja pembiaan sesebuah bangunan dilakukan di dalam
tapak yang dicadangkan dan bukanya ke dalam lot tanah milik orang lain.

Kerja ini dimulakan dengan mencari batu-batu sempadan yang ditanam berpandukan
kepada pelan-pelan tanah atau tapak yang telah disahkan. Antara masalah yang mungkin
timbul semasa mencarai batu-batu sempadan ini ialah batu sempadan hilang. Hal ini
mungkin berlaku kerana batu sempadan tenggelam akibat pergerakan tanah atau ditutupi
oleh akar atau pokok-pokok yang besar dan juga kemungkinan dialih atau dibuang oleh
manusia. Oleh itu, tanah tersebut perlu diukur semula berpandukan pelan tanah dan
berpandukan batu sempadan yang telah dijumpai. Kerja mengukur tanah perlu dilakukan
ke atas batu sempadan untuk memastikan keluasan sebenar sesebuah lot tanah itu sama
seperti yang terdapat di dalam pelan.

2. MENJALANKAN KERJA PEMBERSIHAN TAPAK

Keseluruhan tapak bina hendaklah dibersihkan sehingga ke had sepertimana yang


ditunjukkan dalam pelan-pelan yang berkenaan. Kerja pembersihan ini termasuk kerja
menebas, menyungkal dan membuang tanah atas yang tidak sesuai di kawasan tapak,
membersih, meragut, meroboh, memecah dan membuang semua pokok-pokok, semak-
semak, tumbuhan-tumbuhan, tunggul-tunggul, segala struktur seperti tembok-tembok,
pagar-pagar dan lain-lain penghalang dalam lingkungan tapak bina yang telah ditentukan
untuk diroboh atau dibuang. Kerja ini dilakukan dengan menggunakan jentolak. Kesemua
tanah yang hendak dibuang dan sampah sarap hendaklah dialaih dan dibuang mengikut
sepertimana yang diluluskan. Manakala tanah atas dibuang atau disimpan di tempat tertentu
untuk kegunaan lain.

3. MENDIRIKAN PAGAR ADANGAN (HOARDING BOARD)

Mengikut Aktar 1974 iaitu kesihatan dan keselamatan kerja menyatakan pagar adang perlu
dibuat pada perimiter kawasan tapak untuk melindingi kawasan projek daripada bahaya
dan kerja-kerja yang dijalankan didalam kawasan tapak untuk keselamatan orang awam.

GARIS PANDUAN PEMBINAAN PAGAR ADANGAN SEMENTARA (HOARDING


BOARD) DI TAPAK PEMBINAAN

Berikut adalah syarat-syarat untuk Pagar Adangan Sementara (Hoarding Board) Tapak
bina:

Pembinaan sesuatu bangunan tidak boleh dimulakan sehingga pagar adangan sementara
(Hoarding Board) didirikan untuk mengasingkan kawasan tapak bina. Pagar adangan
sementara (Hoarding Board) hendaklah dibina sepenuhnya disekeliling atau menutupi
kawasan tapak bina.

Bagi pagar adangan sementara (Hoarding Board) yang berhadapan dengan jalan utama,
pemaju diwajibkan untuk menghiasi pagar dan pintu masuk dengan illustrasi yang menarik.
Illustrasi ini terdiri daripada iklan pemaju, kontraktor atau pembangunan tersebut sahaja.
Iklan yang tidak berkenaan dengan pembangunan tersebut adalah tidak dibenarkan.
Warna pagar adangan sementara (Hoarding Board) yang dibenarkan adalah biru atau
kelabu. (bagi pagar yang tidak menghadap jalan utama) dan pagar adangan sementara
(Hoarding Board) hendaklah tidak menghalang pili bomba & alat perkhidmatan
kemudahan lain yang sedi ada.

Kain kanvas atau plastik hendaklah direntang sekiranya pagar adangan sementara
(Hoarding Board) dibuka sementara.

Kerja-kerja seperti membina ‘sheetpile’, longkang tepi dan sebagainya yang perlu
dijalankan tanpa pagar adangan sementara (Hoarding Board) hendaklah dililitkan dengan
pita amaran dengan jarak 1.0m dari kawasan kerja. Kawasan tapak pagar adangan
sementara (Hoarding Board) hendaklah sentiasa diawasi oleh seorang pengawal untuk
menghalang orang-orang awam daripada mencerobohi ke dalam tapak pembinaan. Pagar
adangan sementara (Hoarding Board) hendaklah dibuka semula sebaik sahaja kerja-kerja
pembinaan siap dijalankan.

4. MENEMPATKAN JENTERA BERAT DAN KELENGKAPAN DI TAPAK BINA

Dalam era yang serba maju dan canggih ini, kebanyakkan projek-projek yang berkaitan
dengan pembinaan menggunakan jentera yang bermotor dan canggih. Penggunaan jentera
dan peralatan adalah penting dalam menjamin penjimatan masa serta keselamatan pekerja.
Walaupun penggunaan jentera melibatkan kos yang tinggi, tetapi jika ia dirancang dan
digunakan dengan berkesan ia pastinya akan mempercepatkan proses pembinaan sesebuah
bangunan dan mengurangkan kos mengupah buruh. Kita perlu mengetahui perkembangan
jentera-jentera serta peralatan moden masa kini sejajar dengan zaman teknologi. Dengan
Penggunaan jentera dan mesin bermotor ini kita akan mendapat hasil yang lebih
menguntungkan terutama dari segi masa, kos serta mutu binaan tersebut.

Di tapak bina jentera mestilah ditempatkan dengan cara yang betul supaya tidak
menghalang laluan keluar dan masuk ke tapak bina. Jentera perlu diletakkan di kawasan
yang sesuai jika tidak digunakan. Contoh jentera yang digunakan di tapak bina ialah
jentolak, jenkaut, kren dan sebagainya. Bagi kelengkapan pembinaan seperti mesen-mesen
perlu disimpan ditempat yang tertentu seperti di dalam stor. Ianya bertujuan mengelakkan
berlaku kehilangan.

5. MENYEDIAKAN BINAAN SEMENTARA

Kerja permulaan ialah kerja-kerja awalan yang dilakukan untuk menyediakan segala
bentuk kemudah dan keselamatan di tapak bina sebelum kerja-kerja pembinaan sebenar
dilakukan termasuklah menyediakan:
1. Pejabat dan tempat tinggal pekerja sementara

2. Bekalan air untuk kerja

3. Bekalan kuasa elektrik untuk kerja

4. Jalan-jalan sementara (access road)

5. Kemudahan telefon

6. Papan-papan tanda dan pagar adangan sementara (Hoarding Board)

7. Stor peralatan dan bahan

Pejabat dan tempat tinggal pekerja sementara

Bagi projek yang besar memerlukan pejabat tapak bagi tujuan pengurusan pembinaan.
Pejabat tapak di gunakan oleh kakitangan pengurusan konktraktor untuk perundingan.
Dibina berdekatan dengan laluan masuk tapak pembinaan. Bagi projek yang besar yang
memakan masa yang lama untuk menyiapkannya tempat tinggal pekerja sementara, kantin,
stor untuk menyimpan bahan-bahan binaan serta peralatan dan tempat bertedur diperlukan.
Kantin dibina berhampiran dengan tempat kerja supaya menjimatkan masa perjalanan
untuk mencari tempat makan dan minum.

Bekalan air untuk kerja

Kemudahan Asas Bekalan air Bagi mendapat paip sementara, kontraktor perlu kelulusan
daripada jabatan bekalan air dengan menjelaskan bayaran pendahuluan pada kadar yang
ditetapkan sebelum bekalan air disediakan.

Bekalan kuasa elektrik untuk kerja

Lampu dan kuasa untuk kerja. Bekalan kuasa atau elektrik merupakan suatu perkara yang
perlu di adakan di tapak bina. Kegunaan kuasa ini adalah untuk mengendalikan peralatan-
peralatan mesin dan juga memasang lampu pada waktu malam bagi tujuan keselamatan.
Tanpa bekalan elektrik peralatan-peralatan kuasa dan mesin tidak dapat digunakan yang
mana akan menjejaskan perjalanan kerja.

Jalan-jalan sementara (access road)

Jalan-jalan sementara hendaklah dibina. Laluan ini dibina di atas tapak yang telah
dikenalpasti sebagai jalan utama menuju ke bangunan tersebut. Jalan sementara Diperlukan
untuk membawa masuk atau keluar bahan-bahan. Saling menghubungkan antara laluan
masuk, kawasan simpadan dan tempat aktiviti pembinan. Keperluanya sama seperti laluan
masuk. Mempunyai keupayaan menggalas beban kenderaan yang berat

Kemudahan telefon

Kemudahan telefon penting untuk melancarkan kerja-kerja permbinaan. segala urusan


termasuklah membeli bahan-bahan,peralatan dan sebagainya dapat di uruskan dengan lebih
cepat. Urusan untuk mendapatan Bekalan telefon sementara boleh dibuat dengan cara
berhubugan dengan pihak telekom. Bayaran pendahuluan dan bayaran pemasangan
dikenakan pada kadar yang tertentu.

Papan-papan tanda dan pagar adangan sementara (Hoarding Board)

Papan tanda yang perlu diletakan di tapak pembinaan ialah papan tanda keselamatan dan
papan tanda projek. Papan tanda perlu dipasangkan di tempat yang mudah dilihat. Bagi
pagar adangan sementara (Hoarding Board) pula perlu dipasangkan di sekeliling tapak
bina.

Stor peralatan dan bahan

Stor simpanan dibina untuk menyimpan bahan dan peralatan yang perlu diberi
perlindungan Cuaca. Contohnya seperti simen, cat, kerja besi untuk tingkap dan pintu ,
papan lembut dan lain-lain. kedudukan stor ini perlu lebih hampir dengan tempat kerja.

Susun Atur Tapak Bina

 Susun atur tapak harus dibuat untuk menempatkan kedudukan pejabat, tempat tinggal
sementara pekerja, tempat letak jentera dan lain-lain lagi.

 Kedudukan pejabat dan tempat tinggal sementara pekerja

 Kedudukan pejabat harus diatur agar senang dimasuki oleh mereka yang terlibat.
Sebaik-baiknya berdekatan dengan jalan masuk

 Saiz reka bentuk pejabat tapak bergantung kepada saiz projek.

 Tempat tinggal sementara pekerja bergantung kepada jumlah pekerja.

 Tempat letak kereta


 Tempat letak kereta diperlukan oleh kakitangan tapak. Biasanya, ia ditempatkan
berdekatan dengan pejabat tapak.

 Tempat letak kereta juga perlu untuk pihak-pihak lain yang berurusan dengan projek
tersebut seperti pembekal bahan, pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi lain

Stor Tapak Dan Kantin

 Stor harus terkawal dan terletak berdekatan dengan tempat kerja

 Lazimnya stor dibina daripada bangsal kayu berkunci

 Kantin dan kemudahan kebajikan juga perlu dibina

 Lokasi sesalur bekalan perkhidmatan tapak bina

 Sambungan saluran paip air untuk kegunaan pejabat tapak, tempat tinggal sementara
pekerja dan “stand pipes” untuk membancuh konkrit dan mortar

 Perkhidmatan telefon sementara untuk kegunaan pejabat dan pekerja

 Bekalan elektrik sementara untuk kegunaan pejabat tapak, tempat tinggal sementara
pekerja, stor dan sebagainya

Jalan Masuk

 Jalan masuk dan jalan keluar sebaiknya satu laluan sahaja


 Papan tanda petunjuk bagi memudahkan pergerakkan kenderaan dan logi perlu
dipasang
 Pastikan kedudukan kemudahan seperti paip air, peparit dan jarak dengan binaan tidak
menghalang pergerakan keluar dan masuk.

Pagar “hoarding”

 Untuk melindungi kawasan projek dan keselamatan orang awam

Papan Tanda Pembinaan

 Kontraktor hendaklah mengadakan, mendirikan, mengecat dan menyenggara satu


papan tanda di dalam Bahasa Melayu seperti yang ditunjukkan dalam pelan-pelan yang
berkenaan atau seperti yang diarahkan oleh Pegawai Pengurusan
 Papan tanda hendaklah didirikan di tempat yang nyata di tapak bina seperti yang
diluluskan oleh Pegawai Pengurusan.

6. MERANCANG TANDA TAPAK

Sebelum kerja-kerja pembinaan sesebuah pembinaan dapat dijalankan, tapaknya mestilah


dikenalpasti, sempadannya ditentukan dan kawasannya dibersihkan. Kerja menanda
kedudukan bangunan dikenali sebagai merancang tanda tapak. Istilah-istilah yang berikut
sering digunakan dalam kerja merancang tanda tapak:

1. Garisan bangunan
Garisan luar yang meliputi sesuatu bangunan.

2. Aras datum
Satu aras yang diambil sebagai panduan untuk menandakan aras yang lain bagi bangunan
yang akan didirikan. Di tapak bina, datum ini boleh dibuat dengan membina satu tiang bata
yang sementara ataupun menandakan pada binaan berdekatan yang sedia ada.

3. Batu sempadan
Tiang kecil yang diperbuat daripada konkrit yang ditanam oleh Jabatan Ukur untuk
menentukan sempadan sesuatu lot tanah.

4. Nombor lot
Tiap-tiap satu lot yang telah diukur oleh Jabatan Ukur diberikan satu nombor untuk rujukan

5. Garisan asas
Garisan yang mana menunjukkan di mana asas bangunan yang dikehendaki. Garisan ini
membolehkan lubang asas dikorek.

Mentafsir pelan tapak

Pelan tapak bangunan hendaklah diteliti untuk mengetahui kehendak-kehendak arkitek


sebelum kerja merancang tanda dimulakan. Pengetahuan ini memberi bantuan dalam
perancangan yang lebih berkesan dan menguntungkan. Pentafsiran hendaklah mengambil
kira perkara-perkara yang berikut :

1. Skala, anak panah utara (north arrow), aras datum, tarikh ukur tanah.
2. Garisan sempadan
3. Kedudukan bangunan dan struktur lain seperti asas, tembok, pagar, tangga dan
sebagainya.
4. Keadaan jiran – bangunan, jalan, saliran air dan sebagainya.
5. Kemudahan-kemudahan – paip air, bekalan elektrik, telefon, paip gas, pembetungan
awam dan lain-lain.
6. Kedudukan sungai, paya, lombong dan lain-lain lagi yang berdekatan.
7. Kontur dan kecerunan tanah tapak.

Mengaras

Tapak bangunan perlu diaraskan terlebih dahulu untuk mengetahui berapa banyak tanah
yang hendak dipotong atau ditambah dan juga menentukan pemandangan daratan.
Pengarasan ini biasanya dilakukan oleh juru ukur menggunakan alat aras dan stafnya.

Kaedah merancang tanda tapak bangunan

Setelah pelan kedudukan bangunan ditafsirkan, kedudukan ini hendaklah ditandakan pada
tapak bina dengan pancang mengikut langkah-langkah seperti berikut :

1.Menentukan kedudukan batu sempadan dan memastikan arah bangunan. Menetapkan


kedudukan garisan bangunan pertama dengan mengukur dari batu sempadan. Garisan ini
mestilah sekurang-kurangnya 6 meter dari sempadan yang menghadapi jalan (mengikut
syarat bagi kawasan perumahan). Kemudian kedudukan kedua-dua sudut bangi bangunan
tersebut, iaitu titik A & B, ditandakan pada garisan pertama ini dengan menggunakan
pancang kayu berukuran 50mm x 50mm x 300mm.

2.Kedudukan yang tepat bagi sudut-sudut bangunan ini dipakukan pada pancang-pancang
tersebut di titik A dan B.

3.Di atas garisan AB tanamkan pancang pada F dengan jarak 3m dari A, dan pakukan pada
pancang ini kedudukan tepat 3 m dari A.

4.Dapatkan kedudukan E dengan menarik pita pengukur dari A dan F supaya jaraknya tepat
4m dari A dan 5m dari F. Sudut EAF adalah sudut tepat 90º (berdasarkan 3,4,5 bagi segitiga
bersudut tegak).

5.Kedudukan titik D didapati dengan menyusul AE dan diukur dengan pita pengukur.

6.Kedudukan titik C boleh didapati dengan menarik pita pengukur dari D dan B mengikut
ukuran DC dan CB. Pancang ditanamkan dan kedudukan C yang tepat dipakukan.

7.Menguji kejituan kerja merancang tanda dengan mengukur jarak pepenjuru AC dan BD.
AC = BD menunjukkan sudut-sudut dalam segiempat ABCD adalah sudut tepat. Cara ini
adalah lazim diamalkan. Kaedah lain ialah dengan menggunakan alat aras dan sesiku
binaan. Sesiku binaan adalah sesiku yang besar (1.8m x 2.4m, saiznya tidak tetap dan dibuat
mengikut keadaan yang memerlukannya). Diperbuat daripada kayu dengan sudut tepat.
Alat ini khas dibuat untuk mendapatkan sudut tepat dalam merancang tanda tapak.
Pancang ukur tapak

Selepas kedudukan tembok bangunan ditandakan, tindakan hendaklah diambil untuk


mengekalkan tanda-tanda ini. Kaedah yang diamalkan ialah menggunakan pancang ukur
tapak seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah. Kaedah ini membolehkan tanda-
tanda kedudukan bangunan dipindahkan kepada pancang ukur tapak semasa kerja-kerja
menggali peparit untuk asas dilakukan. Pancang ini didirikan di sekeliling garisan
bangunan dengan jarak sekurang-kurangnya 1.2 m dari garisan tersebut. Jarak ini
diperlukan supaya pancang yang didirikan itu tidak mengganggu kerja-kerja pembinaaan
yang akan dijalankan.

Tanda-tanda kedudukan bangunan dipindahkan ke pancang ukur tapak ini dan juga
ditambahkan tanda-tanda kedudukan asas, tembok-tembok sekatan dan sebagainya yang
tidak ditanda di atas tapak tadi. Tanda-tanda ini hendaklah dibuat secara kekal dengan
memaku ataupun digergaji supaya tidak mudah hilang. Tanda-tanda kedudukan tembok
boleh dibuat mengikut cara garisan tengah ataupun garisan tepi bergantung kepada
kehendak spesifikasi. Pancang ukur tapak boleh dibuat di sekeliling bangunan ataupun pada
penjuru-penjuru bangunan sahaja. Bahan yang digunakan tidak semestinya kayu tetapi
tembok bata sementara juga boleh digunakan. Pancang ukur tapak ini hendaklah rata untuk
memastikan ukuran yang tepat.

Apabila peparit siap digali, kedudukan yang telah ditandakan itu boleh dipindahkan ke
tapak dengan menggunakan benang yang diikat pada pancang ukur tapak mengikut tanda-
tandanya supaya bersilang. Kedudukannya ditandakan dengan bantuan batu ladung. Aras
yang diperlukan adalah berpandu pada aras datum yang telah ditetapkan. Pemindahan aras
dari datum ke bangunan boleh dibuat dengan menggunakan alat aras atau menggunakan
hos air dan tandakan kepada pancang yang ditanam ke dalam tanah.

Kaedah memindah aras dengan hos air

Kegunaan hos air sebagai alat aras adalah berdasarkan kepada prinsip bahawa air mencapai
aras yang sama di mana-mana dalam sesuatu kandungan yang sama. Hos air yang lutsinar
berisi air merupakan alat yang senang digunakan untuk memindahkan aras dari satu tempat
ke satu tempat yang lain di tapak bina.

Saiz hos yang sesuai digunakan berubah dari 5mm diameter hingga 20mm diameter
diperbuat daripada getah atau plastik yang lutsinar.

Hos itu hendaklah diisi dengan air terlebih dahulu dan hendaklah dipastikan tiada buih atau
ruang-ruang udara yang terdapat di dalamnya. Satu hujungnya diletak dengan tanda A (lihat
rajah) yang merupakan aras asal sebagai aras rujukan. Hujung yang satu lagi ditempatkan
pada tempat yang hendak disearaskan, misalnya pada titik B. Apabila aliran air di dalam
hos berhenti, didapati aras B adalah sama tingginya dengan aras A. Tempat-tempat yang
lain boleh juga ditandakan dengan cara yang sama untuk mendapatkan aras yang sama.

Perhatian hendaklah diambil untuk memastikan bahawa ruang udara tidak berlaku dalam
hos selepas air diisikan. Kehadiran ruang udara dalam hos mungkin akan mengakibatkan
aras yang ditanda itu tidak tepat.

Anda mungkin juga menyukai