Anda di halaman 1dari 15

PA_BPTV_KPM M-TE K_PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM

TOPIK 4.0 : NOTA RINGKAS BAHAN BINAAN


4.1 PENGENALAN

Di antara bahan binaan yang digunakan dalam kejuruteraan awam ialah kayu, keluli,
konkrit, bata, bitumen dan lain-lain.

4.2 KAYU

PENGENALAN

Diguna secara meluas sebagai tiang, lantai, asas, rasuk, dinding, jambatan dan lain-lain
struktur

SIFAT UTAMA KAYU DAN FAKTOR YANG MEMPENGARUHINYA

i. Kekuatan
ii. Ketahanlasakan
iii. Kemasan Rupa
Kekuatan
Faktor yang mempengaruhi kekuatan kayu adalah:

Ketumpatan
Struktur Ira Kayu
Kecacatan
Modulus keanjalan

Ketumpatan

Jisim dibahagi isipadu


Ketumpatan tinggi bergantung pada ketebalan dinding sel kayu

Struktur Ira Kayu

Kekuatan lenturan bertambah jika kecerunan ira kayu berkurang.


Tegasan lentur dan ricih terizin kayu lebih tinggi sekiranya ira kayu
menghampiri
atau selari dengan tepi kayu.

Kecacatan

Kecacatan semulajadi tumbesaran tidak normal, tiupan angin yang


kuat, panahan petir
Kecacatan semasa proses memotong, mengergaji dan pengawetan /
pengeringan dan serangan serangga serta parasit.
Jenis kecacatan disebabkan oleh proses pengeringan
I. Rekah
II. Piuh
III. Melengkung
IV. Menggeleding

11
PA_BPTV_KPM M-TE K_PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM

Modulus Keanjalan (Young modulus)

Modulus keanjalan adalah tegasan/ terikan.

Tegasan ( = P/A)
Modulus keanjalan = -------------------------
Terikan ( =l/ l)

Pl
= --------
Al

Ketahanlasakan

Bergantung pada kandungan kelembapan

Berat air dalam kayu


- Kandungan Lembapan = ----------------------------------- x 100%
Berat kayu semasa kering

- Dari masa kayu yang ditebang / digergaji hingga dibuat binaan, kandungan
lembapan yang seimbang mengalami turun naik bergantung pada keadaan suhu
dan kandungan udara sekeliling.
- Kandungan lembapan yang tinggi mereputkan kayu.
- Kandungan lembapan pada kayu untuk kegunaan dalaman lebih kurang 8% dan
kegunaan luaran lebih kurang15%.

Kemasan rupa

Yang baru ditebang disebabkan :

a. Kecacatan semulajadi

b. Proses pengeringan

Kecacatan semujadi

Kekadang boleh mencantikkan rupa kayu bila disapu varnish. (menimbulkan rupa bentuk
ira)

Proses Pengeringan

Akibat pengeringan seperti rekah, pecah, terpiuh, menggeleding dan melengkung.

12
PA_BPTV_KPM M-TE K_PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM

PENGELASAN KAYU DAN KEGUNAANNYA DALAM PEMBINAAN

4 kelas:

a) kayu lembut
b) kayu keras ringan
c) kayu keras sederhana
d) kayu keras berat

Kayu lembut

Ketumpatan di bawah 400 kg/m3.


Diguna sebagai panel hiasan

Kayu keras ringan

Kayu ringan dan lembut


Ketumpatan antara 400-720 kg/m3 dengan kandungan lembapan 15%.
Selalu digunakan dalam kerja binaan sementara,kabinet, panel hiasan, dll.
Perlu diawet

Kayu Keras Sederhana

Ketumpatan antara 720 - 880 kg/m3.


Sekiranya diawet dengan baik akan mempunyai rintangan yang baik kepada kecacatan.

Kayu Keras Berat

Ketumpatan antara 800 -1200 kg/m3


Mempunyai rintangan semulajadi.
Rintangan tinggi terhadap serangan kulat, hentaman, hakisan ombak dan perubahan
suhu.

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN

Kebaikan Keburukan
Mudah untuk dikerjakan Mudah terbakar
Kemasan cantik Berlaku pengecutan dan
Penebat haba dan elektrik pengembangan
Ketahanlasakan tinggi dipengaruhi oleh cuaca
Mudah diperolehi Mudah diserang serangga
Sesuai digunakan semua dan kulat
struktur dan bahagian
pembinaan bangunan

4.3 KELULI

PENGENALAN

Mulur dan mudah ditempa


Mengandungi 0.12% - 1.8% Karbon
Meluas digunakan sebagai struktur, pengikat, pengancing dan pengalas.
Berbentuk padu, plat dan berongga

13
PA_BPTV_KPM M-TE K_PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM

JENIS KELULI

Keluli lembut
Keluli tegangan tinggi

Keluli lembut

Gred Kekuatan tegangan muktamad (N/m2)


43 430
50 500
55 550

Keluli Jejaring

Keluli Tegangan Tinggi

Mempunyai kekuatan alah yang tinggi


Tambah karbon 0.6% - 0.9 % dan mangan 0.5% hingga 0.9% untuk menambah
kekuatan dari 1450 1720 N/mm2 dan peningkatan tegasan kerja antara 1250 1460
N/mm2
.

Batang Tetulang Keluli Jenis H

SIFAT KELULI

I. Kekuatan
II. Keanjalan
III. Kemuluran
IV. Rintangan Kakisan
V. Rintangan kebakaran
VI. Pengembangan dan pengecutan

14
PA_BPTV_KPM M-TE K_PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM

Kekuatan

Mampu menahan tegangan dan mampatan.


Keluli yang panjang akan bengkok bila dimampat
Akan mengalami keterikan dan ketegasan

= P
A N/mm2

= Tegasan , P = Beban , A = Luas keratan keluli

= l

= Terikan , l = Pemanjang , L = Panjang asal

Graf Lengkung Tegasan Terikan bagi Keluli


Tegasan

Tegasan Alah

A B

O
Keterikan

Di mana

OA = bersifat elastik/anjal , AB = bersifat Plastik , B = titik gagal

Peringkat awal, OA keterikan berkadar terus dengan tegasan


Titik A (titik had Anjal) titik perubahan daripada sifat anjal ke sifat plastik.
Sepanjang sifat anjal keluli boleh kembali ke panjang asal bila beban dilepaskan.

15
PA_BPTV_KPM M-TE K_PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM

Sekira beban terus dibekalkan lebih titik A iaitu A ke B sifat keluli tidak berkadar terus dan
bersifat plastik.
Semasa bersifat plastik keluli tidak akan kembali ke panjang asal tetapi masih boleh dikira
dalam kerja merekabentuk
Sekiranya diteruskan keluli akan patah/putus seperti di titik B.
Tegasan
alah
Tegasan kerja/tegasan terizin =
------------------------------
Faktor keselamatan digunakan sekiranya lebihan yang tidak disangka.

Keanjalan

Dikira keanjalan apabila keluli mengalami tegasan / terikan. Ini dinamakan Modulus
keanjalan (E).
Mengalami perubahan bentuk yang kecil mempunyai Modulus keanjalan yang tinggi.
Kemuluran

Bahan yang mengalami terikan selepas had anjal.


Antara titik A ke B seperti dalam graf di atas
Kemuluran diukur sebagai peratus pemanjang sebelum putus.
Kemuluran bahan memberi tempoh amaran yang panjang sebelum struktur gagal.

Rintangan Kakisan

Kehadiran air dan oksigen menyebabkan karat (Ferus Oksida terhidrat).


Prose karat berterusan akan mengurangkan kekuatan keluli
Untuk mengatasi karat sapu cat, salut krom, minyakkan dll.

Rintangan Kebakaran

Keluli lemah terhadap haba yang tinggi.


Sekiranya keluli mengalami suhu yang tinggi melebihi 550C dan masa alami yang lama
akan mengubah ikatan keluli,
Ikatan keluli berubah maka kekuatan menurun
Keluli melebur pada suhu 8000C

Pengembangan dan Pengecutan

Keluli amat sentitif kepada suhu panas dan sejuk.


Tidak kepada bahan lain seperti konkrit, kayu dan bata.
Cara atasi masalah ini keluli dibengkokkan pada hujungnya, mempunyai bentuk bunga
pada batang keluli.

KEGUNAAN KELULI

Amat meluas sebagai tetulang, kekuda bumbung, rasuk, tiang, cerucuk, jambatan,
tangki air dan pelbagai binaan tambahan.

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN KELULI

Kebaikan

16
PA_BPTV_KPM M-TE K_PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM

Mudah didapati di dalam pelbagai bentuk


Mempunyai kekuatan tegangan yang tinggi / mengalami sifat plastik yang panjang.
Kekuatan ditingkat dengan menambah karbon dan mangan
Bersifat seragam.
Keburukan

Mudah karat
Menambah beban diri dalam bahan binaan seperti konkrit bertetulang
Lemah pada suhu 55oC

4.4 KONKRIT

PENGENALAN

Konkrit mengandungi simen, batu baur halus dan kasar serta air.
Contoh 1 : 2 : 4 bermaksud 1 untuk simen, 2 untuk batu baur halus and 4 untuk batu
baur kasar.

BAHAN KONKRIT

Bahan utama simen, batu baur halus, batu baur kasar, air dan tetulang sebagai
tambahan dalam struktur konkrit bertetulang.

Simen

kehalusan
kerencaman kimia yang tinggi

Batu Baur Halus

Tekstur permukaan yang kasar


Saiz digredkan
Bentuk yang tidak seragam
Mesti dibersihkan

Batu Baur Kasar

Tekstur permukaan yang kasar


Saiz digredkan
Bentuk yang tidak seragam
Mesti dibersihkan

Air

Tidak mempunyai bendasing


Tidak tercemar

Tetulang

Tidak berkarat / berkualiti tinggi


Mengikut saiz yang direkabentuk
Jenis keluli yang sesuai

17
PA_BPTV_KPM M-TE K_PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM

Bahan Tambah

Diguna untuk mengubah ciri-ciri konkrit dan memudahkan kerja konkrit seperti
Pencepat (mempercepat kadar konkrit)
Pelambat (melambatkan kadar pemejalan konkrit)
Perangkap Udara (memerangkap udara tanpa penggunaan air yang banyak)
Pemudah Adun (membantu simen tersebar dengan lebih berkesan dalam air
supaya dapat mempercepatkan sifat kejelekitan)

SIFAT UTAMA KONKRIT

Sifat utama konkrit baru ialah kebolehkerjaan


Sifat utama konkrit terkeras ialah kekuatan, ketahanlasakan, pengembangan dan
pengecutan

Kebolehkerjaan

Kebolehkerjaan konkrit baru bermaksud senang atau susah dikendalikan daripada


peringkat pembancuhan hingga ke peringkat pemadatan.

Kekuatan

Penambahan simen akan meningkatkan kekuatan tetapi mengakibatkan


pengecutan yang tinggi.
Konkrit terkeras mempunyai kekuatan mampatan yang tinggi bertambah mengikut
umurnya dan berterusan..
Kekuatan mampatan pada umur 28 hari dijadikan ukuran.
Kekuatan konkrit juga boleh ditingkatkan
- mengguna bahan-bahan yang bermutu,
- nisbah bancuhan yang betul,
- keadah penyediaan yang betul serta
- proses kuring yang sempurna.
Konkrit mempunyai kekuatan tegangan yang rendah.
Tetulang dipasang dalam konkrit untuk merintangi daya tegangan
Selain daripada itu kekuatan mampatan dan tegangan boleh ditambah dengan
memasukkan gentian ke dalam bancuhan. Contoh :
- gentian kaca dalam konkrit pratuang
- gentian keluli dalam konkrit bertetulang gentian

Pengembangan dan Pengecutan

Dipengaruhi oleh
- Kelembapan konkrit
- Suhu udara sekeliling
- Kadar pengudaraan ke atas permukaan konkrit
- Luas permukaan konkrit berbanding isipadu konkrit.
- Nisbah air simen
- Pengecutan batu baur

Ketahanlasakan

Ketahanlasakan didefinisikan sebagai rintangan terhadap kemerosotan konkrit


akibat faktor luaran dan dalaman.
Faktor luaran Tindakan fizikal dan tindakbalas kimia

18
PA_BPTV_KPM M-TE K_PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM

Faktor dalaman Tindakbalas silika dalam konkrit.


Air terserap dalam konkrit akan mengurangkan ketahanlasakan.
Suhu yang tinggi (melebihi 5000C) konkrit tidak boleh diguna
Nisbah betul menghasilkan konkrit yang homogen dan padat

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBOLEHKERJAAN KONKRIT

Ketekalan

Boleh diukur kebasahan dan ketekalan konkrit.

Kemudahgerakan

Kebolehan bancuhan konkrit mengalir dengan mudah dan memenuhi acuan.

Kebolehpadatan

Boleh dipadat sepenuhnya dan faktor yang mempengaruhi :


- Kandungan air
- Saiz, bentuk, tekstur permukaan, kadar serapan dan gred batu baur
- Agen kemasukan udara
- Suhu

UJIAN MENGUKUR KEBOLEHKERJAAN

Untuk mengukur kebolehkerjaan di makmal dan di tapak bina :

- Ujian Penurunan
- Ujian Faktor Pemadatan
- Ujian Meter Konsisten Vebe

Ujian Penurunan

Bahan dan prosedur


Keputusan 3 jenis penurunan Penurunan sebenar, ricih dan
runtuh.
- Pengukuran penurunan

Up to 125
Up to 150
mm 150-250
mm
mm

Penurunan Penurunan Penurunan


sebenar ricih runtuh

sebenar
Nota :

19
PA_BPTV_KPM M-TE K_PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM

Penurunan sebenar = Konkrit yang berkualiti, berjelekit dan campuran kaya.


Penurunan ricih = Campuran kurang simen dan kurang kejelekitan.
Penurunan runtuh = Bancuhan terlalu basah dan menghasilkan konkrit berkualiti
rendah.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEKUATAN KONKRIT

Dipengaruhi oleh :

- Bahan yang digunakan

- Kaedah penyediaan

- Kuring

Bahan Yang Digunakan

Bahan utama simen, batu baur halus, batu baur kasar, air dan tetulang sebagai
tambahan dalam struktur konkrit bertetulang.

Kaedah Penyediaan

Pengelompokan
- Simen, batu baur halus dan batu baur kasar perlulah digaul dengan sempurna.
Nisbah air simen
- Nisbah air simen yang sesuai perlulah ditentukan agar memudahkan proses
menggaul dan memadat bagi menghasilkan konkit yang berkualiti.
Campuran
- Campuran konkrit 1:3:6 mengandungi lebih banyak batu baur berbanding 1:2:4.
Peletakan
- Peletakan atau penuangan konkrit ke dalam acuan hendaklah tidak melebihi
ketinggian 1.5m untuk mengelakkan penjujuhan dan pengasingan.
Pemadatan
- Pemadatan perlu dilakukan secara menyeluruh pada semua ruang dalam
acuan supaya tiada liang antara konkrit.

Pengaruh Kuring

Menghalang penyejatan air daripada konkrit yang baru dituang untuk jangka masa
yang tertentu.
Mengurangkan keretakan pada konkrit

UJIAN MENENTUKAN KEKUATAN KONKRIT

Ujian mampatan dilakukan untuk menguji kekuatan konkrit. Ujian yang dijalankan ialah
ujian kiub.

JENIS KONKRIT DAN KEGUNAANNYA

I. Konkrit Jisim

20
PA_BPTV_KPM M-TE K_PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM

II. Konkrit Bertetulang

III. Konkrit Prategasan

a. Konkrit Prategangan

b. Konkrit Pascategangan

Konkrit Jisim

Konkrit yang tidak mempunyai tetulang dan bergantung pada beratnya sendiri
untuk menganggung beban.
Konkrit jisim digunakan bagi pembinaan tembok penahan, empangan, benteng
pemecah ombak dan lain-lain.

Konkrit Bertetulang

Kekuatan mampatan yang tinggi


Kekuatan tegangan yang rendah
Tetulang diperlukan untuk merintangi tegasan tegangan.

Kegagalan rasuk konkrit disebabkan oleh :

Mampatan
Tegasan tegangan
Lenturan akibat beban yang dikenakan pada rasuk.
Bahagian bawah rasuk akan retak akibat beban yang dikenakan secara
berterusan dan akhirnya rasuk tersebut patah/gagal.

Konkrit Prategasan

Retakan masih berlaku di bahagian bawah rasuk konkrit akibat lenturan yang
berlaku walaupun tegasan tegangan dirintangi oleh tetulang.
Bagi mengatasi masalah ini, konkrit prategasan boleh digunakan.
Konkrit prategasan mempunyai kekuatan tegangan yang tinggi.
Tegasan tegangan yang dikenakan tidak melebihi tegasan pramampatan,
keretakan tidak akan berlaku.
Terdapat dua kaedah penegasan untuk konkrit prategasan:
a. Konkrit prategangan

b. Konkrit pascategangan

Konkrit Prategangan

Dibuat dengan cara menuang konkrit ke dalam acuan selepas tendon


ditegangkan antara dua dinding landas.

21
PA_BPTV_KPM M-TE K_PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM

Langkah pembinaan konkrit prategangan

Apabila konkrit sudah cukup kuat, tendon ditanggalkan daripada tembok landas
dan dipotong mengikut panjang konkrit.
Daya mampatan dipindahkan pada konkrit melalui ikatan yang wujud antara
tendon dengan konkrit.

Konkrit Pascategangan

Kaedah pembinaan konkrit pascategangan dimulakan dengan memasukkan


tendon ke dalam sesalur pada kedudukan mengikut profil yang ditentukan.
Konkrit dituang ke dalam acuan seperti rajah di bawah.

Langkah pembinaan konkrit pascategangan

Apabila konkrit mencapai kekuatan yang diperlukan, tendon ditegangkan dan


ditambat pada kedua-dua hujung konkrit.
Lengkung profil tendon sengaja diadakan dalam konkrit pascategangan untuk
mengagihkan tegasan dalam keratan dengan berkesan.

Kelebihan Konkrit Prategasan Berbanding Konkrit Bertetulang

Kuantiti konkrit dan tetulang yang diperlukan berkurangan dan pada masa yang
sama dapat mengurangkan beban diri.
Sebarang kecacatan pada bahan atau nisbah campuran akan dapat dikesan melalui
ujian konkrit prategasan semasa proses pembuatan.
Konkrit prategasan dapat mengurangkan tempoh pembinaan.

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN KONKRIT

22
PA_BPTV_KPM M-TE K_PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM

Kelebihan Konkrit

Bahan untuk membina konkrit senang diperolehi.


Mudah dibentuk mengikut acuan.
Mempunyai kekuatan mampatan yang tinggi.
Tidak berkarat dan sesuai digunakan sebagai struktur dalam Kejuruteraan Marin.
Bahan kedap air dan penebat haba yang baik.
Tahan lama.
Kurang penyenggaraan dan tahan api.

Kekurangan Konkrit
Mempunyai kekuatan tegangan yang rendah.
Sukar diubahsuai apabila keras.
Mempunyai ketumpatan yang tinggi, iaitu satu anggota yang berat berbanding
isipadunya.

4.5 BATA

PENGENALAN

Bata banyak digunakan dalam pembinaan bangunan (dinding, asas, tiang, tembok
penahan)
Bata diperbuat daripada bahan mentah bukan organik.
Bahan utama - tanah liat, pasir, kapur dan simen.
Saiz piawai 215mm (panjang) x 102.5mm (lebar) x 65mm (tebal).
Bata yang matang adalah keras dan lasak.

Jenis Bata

Tiga (3) jenis bata:


- Bata tanah liat (Bata biasa, Bata muka, Bata kejuruteraan and Bata api).
Bata Silika/Bata Pasir kapur (Kalsium Silikat).
Bata Simen.

Jenis Bata Kegunaan Bata


1. Bata tanah liat -Untuk kegunaan dalaman dan dinding
sekat dan ia perlu dilepa.
a) Bata biasa
-Mempunyai permukaan yang kasar
dan warna yang kurang menarik.
b) Bata muka -Sesuai digunakan untuk pembinaan
yang tidak memerlukan lepaan kerana
-Tekstur yang menarik kemasan muka yang menarik.
-Tahan lasak pada cuaca
c) Bata kejuruteraan -Digunakan untuk pembinaan dinding
yang menanggung beban.
-Sangat keras, padat dan tidak mudah
menyerap air Contoh : tembok penahan, asas
d) Bata api - Digunakan untuk pembinaan bagi
merintangi suhu yang tinggi.
-Mampu menahan haba yang tinggi
Contoh: Dandang dan tanur
2. Bata pasir-kapur/ bata silica (Kalsium - Sebagai alternatif kepada Bata Tanah

23
PA_BPTV_KPM M-TE K_PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM

Silika) Liat Biasa

-Bahan: - Untuk kegunaan dalaman dan dinding


sekat.
Kapur Terhidrat
Pasir
Nisbah 1:8
3. Bata simen - Sebagai alternatif kepada Bata Tanah
Liat Biasa
-Bahan:
- Untuk kegunaan dalaman dan dinding
Simen sekat.
Pasir
Nisbah 1:8

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN BATA

Kelebihan Kekurangan

1. Mudah digunakan untuk kerja 1. Kerja menurap bata


pembinaan tembok atau memerlukan pekerja yang
dinding. mahir.
2. Mudah diangkat dan 2. Kekuatan tegangan yang
dikendalikan rendah.
3. Bata muka boleh dijadikan
hiasan tanpa perlu dilepa.
4. Sesuai digunakan untuk
membina tiang jinjang.
5. Tahan serangan asid atau
alkali.

24
PA_BPTV_KPM M-TE K_PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM

25

Anda mungkin juga menyukai