Anda di halaman 1dari 13

GARIS PANDUAN

PELAKSANAAN PROGRAM
I-031-3:VOCATIONAL TRAINING OFFICER (VTO)/
I-031-4:VOCATIONAL TRAINING EXECUTIVE (VTE)/
I-031-5: VOCATIONAL TRAINING MANAGER (VTM)
SECARA FAST TRACK DAN SINGLE-TIER
MELALUI KAEDAH
PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT)

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN


KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA, MALAYSIA.
http://www.dsd.gov.my

PPT/VTOEM FAST TRACK (P1)

ISI KANDUNGAN

M/S

1.

Pendahuluan

2.

Objektif Program

3.

Tarikh Kuatkuasa

4.

Tafsiran

5.

Kriteria Pemohonan

6.

7.

5.1

Program VTO

5.2

Program VTE

5.3

Program VTM

Mekanisma Pelaksanaan Program


6.1

Pra-Permohonan (Penilaian Kendiri)

6.2

Permohonan

10

6.3

Sesi Penilaian

11

Persijilan

13

PPT/VTOEM FAST TRACK (P1)

SENARAI KEPENDEKAN
DKM

Diploma Kemahiran Malaysia

DLKM

Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia

NOSS

National Occupational Skills Standard

PB

Pusat Bertauliah

PC

Penyata Pencapaian

PP

Pegawai Penilai

PPL-PPT

Pegawai Pengesah Luaran - Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu

PP-PLV

Pegawai Penilai-Pegawai Latihan Vokasional

PP-PPT

Pegawai Penilai - Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu

PPT

Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu

VTE

Program Eksekutif Latihan Vokasional (I-031-4);

VTM

Program Pengurus Latihan Vokasional (I-031-5);

VTO

Program Pegawai Latihan Vokasional (I-031-3);

MOSQ

Malaysian Occupational Skills Qualification


(Kelayakan Kemahiran Pekerjaan Malaysia)

SENARAI LAMPIRAN
1. Lampiran 1 : Carta Alir proses permohonan program VTO, VTE dan VTM secara
Fast Track
2. JPK/PPT/1001/VTOEM PK : Borang Penilaian Kendiri
3. JPK/PPT/1001(VTOEM Fast Track) P1 : Borang Permohonan PPT Bagi Program
VTO/VTE/VTM Secara Fast Track
4. JPK/PPT/1002A VTOEM : Senarai Bukti-bukti Keterampilan VTO, VTE dan VTM
5. JPK/PPT/1002B VTO : Jadual Perbandingan NOSS dengan Bukti Keterampilan VTO.
6. JPK/PPT/1002B VTE : Jadual Perbandingan NOSS dengan Bukti Keterampilan VTE.
7. JPK/PPT/1002B VTM : Jadual Perbandingan NOSS dengan Bukti Keterampilan VTM
8. JPK/PPT/1003(P1) : Borang Permohonan SKM/DKM/DLKM Melalui Kaedah
Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)

PPT/VTOEM FAST TRACK (P1)

1.0

PENDAHULUAN
Panduan ini bertujuan menetapkan keperluan syarat dan prosedur bagi
permohonan pelaksanaan Program Vocational Training Officer (VTO), Vocational
Training Executive (VTE), Vocational Training Manager (VTM) secara fast track
dan single-tier melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).
Panduan ini boleh digunapakai sehingga 30 September 2014.

2.0

OBJEKTIF PROGRAM
Mempersijilkan individu yang berkelayakan dalam metodologi latihan dengan
VTO/VTE/VTM secara fast track dan single-tier.

3.0

TARIKH KUATKUASA
Panduan ini berkuat kuasa pada 01 Oktober 2012.

4.0

TAFSIRAN
Analisa Jurang Kompetensi ertinya proses yang dilaksanakan bagi
mengenal pasti jurang kompetensi yang terdapat di antara bukti yang dimiliki
oleh calon dengan NOSS;
Calon ertinya mana-mana individu yang berdaftar dengan Ketua Pengarah
JPK untuk mendapatkan Sijil;
Diploma ertinya kelayakan peringkat diploma yang diiktiraf oleh kerajaan
meliputi diploma akademik dan kemahiran;

PPT/VTOEM FAST TRACK (P1)

Jabatan ertinya Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber


Manusia;
NOSS ertinya dokumen National Occupational Skills Standard atau Standard
Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan

(SKPK) yang menggariskan keterampilan

yang diperlukan oleh seseorang pekerja mahir yang bekerja di Malaysia bagi
sesuatu bidang dan tahap pekerjaan serta laluan untuk mencapai keterampilan
tersebut;
Pegawai Penilai-Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PP-PPT) ertinya
pakar atau personel yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan, ditauliah dan
dilantik

oleh

Ketua

Pengarah

Pembangunan

Kemahiran

untuk

menilai

pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki oleh calon;


Pegawai Pengesah Luaran-Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPLPPT) ertinya pakar atau personel yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan,
ditauliah dan dilantik oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran untuk
melaksanakan verifikasi terhadap penilaian yang dilakukan oleh PP-PPT;
Panel Penilai ertinya panel yang dianggotai oleh PP-PPT, PPL-PPT dan wakil
JPK yang dilantik oleh Jabatan bagi melaksanakan proses analisa jurang
kompetensi, temuduga dan kursus terhadap calon;
Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) ertinya satu kaedah untuk
memberi pengiktirafan kepada mana-mana individu yang boleh membuktikan
keterampilan

yang

digariskan

di

dalam

Standard

Kemahiran

Pekerjaan

Kebangsaan (SKPK) berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu


yang dimiliki;

PPT/VTOEM FAST TRACK (P1)

Portfolio ertinya adalah dokumen yang mengandungi segala jenis bukti


kompetensi secara tersusun dan sistematik, mengikut keperluan setiap profil
tugasan NOSS;
Program latihan kemahiran ertinya program latihan yang berasaskan kerja
dan berorientasikan industri yang bertujuan untuk mengadakan pengetahuan,
kemahiran dan sikap yang dikehendaki bagi pelaksanaan sesuatu tugas atau
kerja dengan berkesan dan cekap, dan termasuklah latihan ulang kaji, lanjutan,
pengemaskinian dan khusus yang berkaitan dengan kerja;
Program secara Fast Track ertinya program yang dilaksanakan secara pakej
dengan

mengambilkira

kelayakan

dan

pengalaman

sedia

ada

bagi

penganugerahan suatu Sijil;


Sijil ertinya Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia
(DKM), Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) dan Penyata Pencapaian
(PC) yang dianugerahkan kepada mereka yang layak di dalam Sistem Persijilan
Kemahiran Malaysia oleh Ketua Pengarah;
Single-Tier ertinya adalah kaedah persijilan yang melibatkan pendaftaran
kombinasi program VTO, VTE atau VTM secara serentak;
Temuduga ertinya aktiviti penilaian yang dibuat oleh panel penilai ke atas
calon secara bersemuka;

PPT/VTOEM FAST TRACK (P1)

5.0

KRITERIA PEMOHONAN
Pemohon hendaklah memenuhi kriteria mengikut program yang dipohon seperti
berikut:
5.1

Program VTO
5.1.1 Memiliki

kelayakan

sekurang-kurangnya

Diploma

dengan

pengalaman mengajar program latihan kemahiran sekurangkurangnya dua (2) tahun; atau
5.1.2 Memiliki kelayakan sekurang-kurangnya SKM Tahap 2 dengan
pengalaman mengajar program latihan kemahiran sekurangkurangnya tiga (3) tahun; atau
5.1.3 Terlibat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran program
latihan kemahiran dengan pengalaman sekurang-kurangnya tujuh
(7) tahun.
5.2

Program VTE
5.2.1 Memiliki kelayakan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda atau
Diploma Lanjutan dengan pengalaman mengajar dan menyelia
program latihan kemahiran sekurang-kurangnya tiga (3) tahun;
atau
5.2.2 Memiliki

kelayakan

sekurang-kurangnya

Diploma

dengan

pengalaman mengajar dan menyelia program latihan kemahiran


sekurang-kurangnya empat (4) tahun; atau

PPT/VTOEM FAST TRACK (P1)

5.2.3 Memiliki kelayakan sekurang-kurangnya SKM Tahap 3 atau VTO


dengan pengalaman mengajar dan menyelia program latihan
kemahiran sekurang-kurangnya empat (4) tahun; atau
5.2.4 Terlibat dalam aktiviti-aktiviti berikut:
i.
ii.

5.3

Pengajaran dan Pembelajaran Latihan Kemahiran dengan


pengalaman sekurang-kurangnya 10 tahun; dan
Memegang jawatan sekurang-kurangnya di peringkat
penyeliaan.

Program VTM
5.3.1 Memiliki kelayakan sekurang-kurangnya di peringkat Ijazah Sarjana
Muda atau Diploma Lanjutan dengan pengalaman mengurus aktiviti
pengajaran

dan

pembelajaran

program

latihan

kemahiran

sekurang-kurangnya empat (4) tahun; atau


5.3.2 Memiliki kelayakan sekurang-kurangnya di peringkat Diploma
dengan

pengalaman

mengurus

aktiviti

pengajaran

dan

pembelajaran program latihan kemahiran sekurang-kurangnya


lima (5) tahun; atau
5.3.3 Memiliki VTE dengan pengalaman mengurus aktiviti pengajaran dan
pembelajaran program latihan kemahiran sekurang-kurangnya dua
(2) tahun; atau
5.3.4 Memiliki kelayakan sekurang-kurangnya SKM Tahap 3 dengan
pengalaman mengurus aktiviti pengajaran dan pembelajaran
program latihan kemahiran sekurang-kurangnya lima (5) tahun;
atau

PPT/VTOEM FAST TRACK (P1)

5.3.5 Terlibat dalam aktiviti-aktiviti berikut:


i.

Pengurusan aktiviti pengajaran dan pembelajaran


program

latihan

kemahiran

dengan

pengalaman

sekurang-kurangnya 12 tahun; dan


ii.

Memegang jawatan sekurang-kurangnya di peringkat


pengurusan.

6.0

MEKANISME PELAKSANAAN PROGRAM


Mekanisme pelaksanaan program ini adalah seperti berikut:
6.1

PRA-PERMOHONAN (PENILAIAN KENDIRI)


Individu hendaklah membuat penilaian kendiri menggunakan Borang
Penilaian

Kendiri

JPK/PPT/1001/VTOEM

PK

sebelum

membuat

permohonan kepada JPK bagi menilai kompetensi yang dimiliki dan


mengetahui status kelayakan untuk memohon berdasarkan syarat-syarat
berikut;
a)

Memenuhi semua (100%) keperluan Duty/CU dalam NOSS tersebut


(tiada jurang kompetensi) - Layak mengemukakan permohonan;

b)

Memenuhi 70% - 99% keperluan Duty/CU dalam NOSS tersebut


(jurang kompetensi kurang dari 30%) - Individu perlu memastikan
jurang kompetensi dipenuhi dengan mengikuti kursus atau
mendapatkan pengalaman kerja dalam kompetensi berkenaan;

c)

Tidak memenuhi sekurang-kurangnya 70% keperluan Duty/CU


dalam NOSS tersebut (jurang kompetensi lebih daripada 30%)
Tidak layak mengemukakan permohonan.

Individu perlu memastikan bukti keterampilan dapat disedia


mengikut keperluan NOSS.
9

PPT/VTOEM FAST TRACK (P1)

6.2

PERMOHONAN
Individu yang berminat dan memenuhi kriteria seperti yang ditetapkan
bolehlah memohon dengan merujuk Carta Alir Pelaksanaan Program
VTO, VTE Dan VTM Secara Fast Track & Single Tier Melalui
Kaedah PPT seperti di Lampiran 1.
Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan PPT Bagi
Program VTO/VTE/VTM Secara Fast Track

: JPK/PPT/1001

(VTOEMFast Track) P1 yang boleh dimuat turun dari laman sesawang


www.dsd.gov.my atau www.ciast.gov.my dan dikemukakan kepada Unit
PPT, Bahagian MOSQ beserta dokumen berikut:
6.2.1 Melengkapkan

Senarai

Semak

Borang

Penilaian

Kendiri

(JPK/PPT/1001/VTOEM PK);
6.2.2 Bayaran permohonan sebanyak RM300.00 dalam bentuk Kiriman
Wang, Deraf Bank atau Pesanan Kerajaan (L.O.) atas nama
`KETUA PENGARAH PEMBANGUNAN KEMAHIRAN yang
memiliki tempoh sahlaku sekurang-kurangnya tiga (3) bulan dari
tarikh permohonan diterima;
6.2.3 Satu (1) salinan Kad Pengenalan pemohon;
6.2.4 Surat pengesahan majikan yang menyatakan tempoh pengalaman
bekerja bagi program yang dipohon; dan
6.2.5 Satu (1) salinan kelulusan akademik/kemahiran dalam bidang
berkaitan.
Pemohon yang memenuhi kriteria yang ditetapkan akan ditawarkan untuk
menghadiri Penilaian Analisis Jurang Kompetensi yang dilaksanakan
bagi mengenal pasti jurang kompetensi di antara bukti yang dimiliki oleh
calon dengan keperluan NOSS. Pemohon hendaklah membawa bersama
bukti-bukti yang berkaitan dalam bentuk portfolio semasa bengkel
dilaksanakan.
10

PPT/VTOEM FAST TRACK (P1)

6.3

SESI PENILAIAN
6.3.1 Penilaian Analisa Jurang Kompetensi
a) Sebelum menghadiri Sesi Penilaian Analisa Jurang Kompetensi,
calon dikehendaki menyediakan bukti-bukti keterampilan yang
disahkan dan memenuhi NOSS serta melengkapkan Borang
JPK/PPT/1002A VTOEM, Borang JPK/PPT/1002B VTO, Borang
JPK/PPT/1002B VTE dan Borang JPK/PPT/1002B VTM mengikut
setiap program yang dipohon.
b) Semasa Sesi Penilaian Analisa Jurang Kompetensi dijalankan,
Panel Penilai akan melaksanakan proses kaunseling dan
penilaian

bagi

Program

Fast

Track

yang

merangkumi

keseluruhan NOSS. Kaedah penilaian adalah merujuk kepada


keputusan Penilaian Analisa Jurang Kompetensi seperti berikut:
i. Tiada jurang kompetensi calon akan melalui proses
menentusahkan
Penilaian

Analisa

penilaian
Jurang

yang

dilaksanakan

Kompetensi

semasa

dengan

kaedah

Penilaian Secara Temuduga.


ii. Jurang

kompetensi

kurang

daripada

30%

calon

dikehendaki melengkapkan Duty/CU dan akan melalui proses


menentusahkan
Penilaian

Analisa

penilaian
Jurang

Penilaian Secara Temuduga.

11

yang

dilaksanakan

Kompetensi

dengan

semasa
kaedah

PPT/VTOEM FAST TRACK (P1)

iii. Jurang kompetensi lebih daripada 30% - bagi program VTO


calon akan dianugerahkan PC mengikut Duty/CU yang layak
tanpa perlu menghadiri Sesi Penilaian Secara Temuduga.
c) Selepas pelaksanaan Sesi Penilaian Analisa Jurang Kompetensi,
Panel Penilai akan mengesahkan keputusan penilaian.
Calon yang tidak hadir Penilaian Analisa Jurang Kompetensi
sebanyak dua(2) kali tanpa alasan yang munasabah akan dianggap
GAGAL.
6.3.2 Penilaian Secara Temuduga
a) Bagi

Penilaian

Secara

Temuduga,

calon

dikehendaki

melengkapkan dan menambahbaik bukti-bukti keterampilan


seperti yang disyorkan oleh Panel Penilai semasa Sesi Penilaian
Analisa Jurang Kompetensi.
b) Sesi Penilaian Secara Temuduga akan merangkumi keseluruhan
NOSS.
c) Sesi

Penilaian

Secara

Temuduga

bertujuan

untuk

menentusahkan penilaian yang dilaksanakan semasa Sesi


Penilaian Analisa Jurang Kompetensi.
6.3.3 Proses penilaian program ini akan dilaksanakan secara single tier,
walaubagaimanapun penilaian akan dilaksanakan mengikut setiap
program. Penilaian tidak akan dilaksanakan kepada program yang
lebih tinggi sekiranya bukti-bukti keterampilan yang dikemukakan
tidak memenuhi dan menepati keperluan standard bagi program
yang lebih rendah dalam bidang kursus yang sama.
12

PPT/VTOEM FAST TRACK (P1)

6.3.4 Bagi mana-mana permohonan yang tidak lengkap atau tidak


memenuhi syarat yang ditetapkan, permohonan dianggap gagal
dan bayaran tidak akan dikembalikan.
6.3.5 Bagi calon yang gagal, calon boleh memohon semula dengan
mengemukakan

permohonan

beserta

dengan

bayaran

yang

baharu.

7.0

PERSIJILAN
7.1

Sijil hanya akan dianugerahkan kepada calon pada tahap tertinggi yang
layak sahaja.

7.2

Penyata Pencapaian (PC) akan dianugerahkan kepada calon yang terampil


sebahagian kompetensi yang digariskan di dalam NOSS hanya bagi
Program VTO sahaja.

13

Anda mungkin juga menyukai