Anda di halaman 1dari 20

BAB 2

TUANG BENTUK RASUK


(BEAM CASTING)

TUJUAN NOTA :

Pemadatan bermaksud
KOTAK BENTUK proses membuang udara-
udara yang terperangkap di
dalam konkrit basah, bagi
meningkatkan ketumpatan
Definisi : “satu struktur sementara yang dibina konkrit.

untuk menampung konkrit basah bagi Kerja pemadatan


dijalankan dengan
membentuknya kepada bentuk-bentuk dan saiz menggunakan mesin
vibrator (penggetar).
(dimensi) yang diperlukan dan menyokongnya
sehingga ia boleh berdiri dengan sendiri
(mengeras). Kotak bentuk terdiri daripada bahan
(papan) yang bersentuhan dengan konkrit dan
bahan penggalas yang menyokong atau
menupang bahan permukaan tersebut.

PEMBINAAN KOTAK BENTUK

1
BAB 2 : TUANG BENTUK RASUK (BEAM CASTING)
______________________________________________________________________________

Menampung konkrit basah yang baru dituang bagi


membentuknya ke bentuk dan saiz yang dikehendakki.
Menanggung konkrit semasa kerja-kerja pemadatan
(compaction)
Menahan konkrit sehingga konkrit tersebut memperolehi

kekuatan yang mencukupi untuk berdikari (self-supporting).

SYARAT-SYARAT KETEGUHAN KOTAK BENTUK

Cukup kuat untuk menampung konkrit basah


Cukup tegar NOTA :
Penyambungan yang kuat, kemas dan rapat pada -Tidak telap air bermaksud air
tidak dapat meresapi sesuatu
bahagian sambungan bahan/permukaan.
Tidak telap air
-Aras permukaan yang
Ukuran dan dimensi yang betul rata boleh diuji dengan
menggunakan alat aras
Aras permukaan yang rata spirit.

Boleh digunakan semula setelah kotak bentuk

ditanggalkan

CIRI-CIRI KOTAK BENTUK

Untuk memastikan mutu siap struktur konkrit, kotak bentuk


hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut :
1. Kotak bentuk hendaklah tegak untuk menahan deflection
semasa konkrit dituang
2. Kotak bentuk mestilah mempunyai kekuatan untuk menampung berat

atau tekanan serta getaran semasa proses compaction konkrit

2
BAB 2 : TUANG BENTUK RASUK (BEAM CASTING)
______________________________________________________________________________

3. Kotak bentuk hendaklah dipasang dengan tepat dan betul

mengikut ukuran dan searas sebagaimana yang telah ditentukan.

4. Sambungan kotak bentuk mestilah rapat dan kemas supaya tidak

bocor untuk mengelakkan kehilangan air konkrit.

NOTA :
-Sekiranya berlaku kehilangan air konkrit semasa proses penuangan konkrit
basah ianya boleh memberi kesan honey comb (sarang lebah) pada struktur
konkrit.

BAHAN UNTUK MEMBINA KOTAK BENTUK

Kayu NOTA :
Plastik -Bahan kayu sering digunakan dalam kebanyakkan kerja kerana bahan
Keluli ini mempunyai sifat yang semulajadi, senang untuk dikerjakan dan
Fyberglass mudah untuk didapati.

Rajah 2.1 :
Penyediaan kotak bentuk dari bahan kayu

PEMASANGAN KOTAK BENTUK

3
BAB 2 : TUANG BENTUK RASUK (BEAM CASTING)
______________________________________________________________________________

1. Kotak bentuk memerlukan tupang bagi menahan struktur kotak bentuk


yang dibina yang menampung konkrit basah.
2. Untuk satu projek pembinaan, kos bagi kotak bentuk boleh mencecah
sehingga 20% hingga 25% daripada kos pembinaan. Untuk mendapat
hasil kerja yang baik, kotak bentuk hendaklah digunakan sekali sahaja
(kayu). Kecacatan yang terdapat pada permukaan kayu akan
menyebabkan hasil kerja tidak memuaskan.

3. Penggunaan kayu untuk kotak bentuk adalah lebih ekonomi jika


digunakan berulang-ulang kali, tetapi tidak boleh melebihi empat kali.
Sekiranya sesuatu projek pembinaan itu memerlukan penggunaan kotak
bentuk yang berulang kali, ianya adalah lebih ekonomi jika digunakan
kotak bentuk sistem (keluli).
4. Kayu yang digunakan untuk kotak bentuk adalah bertujuan
menampung konkrit basah sehingga ia menegras dan kering
secukupnya. Dengan itu, kayu yang hendak digunakan sebagai kotak
bentuk hendaklah tidak terlalu kering dan tidak mengandungi lembapan
yang berlebihan. Sebaiknya kayu tersebut perlu mengandungi kadar
lembapan sebanyak 20%.

NOTA :
-Jika kayu yang hendak digunakan terlalu kering, ia akan menyerap air daripada konkrit dan
menyebabkan kehilangan air daripada konkrit dan boleh menyebabkan kesan honey comb pada
struktur konkrit. Di samping itu, kayu akan mengembang dan membengkok. -Jika kayu yang
digunakan terlalu basah, kotak bentuk boleh mengecut dan renggang akan terbentuk pada
sambungan kotak bentuk. Ini akan menyebabkan kebocoran dan air akan mengalir keluar dari
regangan ini seterusnya menyebabkan aras konkrit yang terhasil tidak rata.

PENANGGALAN KOTAK BENTUK

4
BAB 2 : TUANG BENTUK RASUK (BEAM CASTING)
______________________________________________________________________________

Kerja-kerja penanggalan kotak bentuk biasanya dilakukan secara


berperingkat-peringkat terutama sekali jika kotak bentuk yang sama akan
digunakan semula. Sementara menunggu konkrit yang baru dituang mengeras
ke tahap yang maksimum, sesetengah bahagian sudah boleh dibuka terlebih
dahulu untuk membina kotak bentuk yang seterusnya.

Kerja penanggalan kotak bentuk perlu dilakukan dengan berhati-hati


supaya kerosakan tidak berlaku pada kotak bentuk tersebut. Ia juga perlu
dengan cara yang betul supaya tidak merosakkan dan mencacatkan konkrit.

Tempoh Penanggalan Kotak Bentuk


Jadual 2.1 : Tempoh Untuk Membuka Kotak Bentuk

Simen Portland Simen Portland


Bahagian / struktur Biasa Cepat Mengeras
Hari Hari
Sisi rasuk, tembok dan
3 2
tiang (tanpa beban)
Papan (penyangga pada
4 3
papak)
Penanggalan penyangga
10 5
pada papak
Bahagian bawah rasuk
(penyangga tidak 6 5
ditanggalkan)
Penanggalan penyangga
21 8
pada rasuk
Ditanggalkan bila konkrit mengeras
Rasuk bumi
sepenuhnya
KOTAK BENTUK RASUK

DEFINISI RASUK
“Rasuk merupakan struktur bangunan yang
dibina mendatar. Rasuk menerima beban
daripada lantai, dinding , bumbung dan beban
binaan lain. Beban ini dirintangi oleh momen
lentur dan daya ricih pada rasuk.” 5
BAB 2 : TUANG BENTUK RASUK (BEAM CASTING)
______________________________________________________________________________

Jenis-jenis rasuk :
Rasuk tupang mudah
Rasuk selanjar
Rasuk julur

Kedudukan rasuk :
Rasuk bumi (ground beam)
Rasuk tingkat atas
Rasuk bumbung (roof beam)
Rasuk Bumbung

Rasuk Tingkat
Atas

Rasuk Bumi

Rajah 2.2 : Kedudukan struktur rasuk pada sebuah bangunan Rasuk


Konkrit Bertetulang
Rasuk konkrit bertetulang terdiri daripada tetulang utama dan tetulang
pencekak. Tetulang utama berfungsi bagi menanggung beban, manakala
tetulang pencekak berfungsi untuk menetapkan kedudukan dan saiz dimensi
tetulang utama. Biasanya rasuk terdiri

6
BAB 2 : TUANG BENTUK RASUK (BEAM CASTING)
______________________________________________________________________________

daripada empat batang tetulang utama. Untuk rasuk yang


menanggung beban yang tinggi, penambahan tetulang akan
dinyatakan di dalam plan struktur.

Rasuk konkrit

Tetulang utama

Rajah 2.3 : Komponen bagi rasuk konkrit bertetulang

PEMBINAAN KOTAK BENTUK RASUK BUMI


1. Dibina menggunakan kayu bersaiz 1” x 2” dan papan lapis 12 mm.

2. Kotak bentuk perlu dibina mengikut saiz dan ketinggian yang telah
ditetapkan di dalam pelan.
3. Pembinaannya mestilah kuat dan kukuh untuk menahan getaran semasa
kerja-kerja pemadatan konkrit dijalankan.
4. Perlu dipastikan tiada kebocoran pada bahagian-bahagian serta
sambungan-sambungan kotak bentuk bagi mengelakkan kehilangan air
konkrit yang boleh menyebabkan honey combing.
5. Setelah pemasangan kotak bentuk siap, kerja pengarasan
dijalankan bagi memastikan paras permukaan kotak bentuk adalah
rata dan searas.
6. Permukaan papan lapis perlu disapu dengan minyak hitam terlebih
dahulu supaya konkrit yang dimasukkan tidak melekat pada kotak
bentuk tersebut.

7
BAB 2 : TUANG BENTUK RASUK (BEAM CASTING)
______________________________________________________________________________

Rajah 2.4 :
Permukaan kotak bentuk disapu dengan

minyak hitam

(a)

(b)
Rajah 2.5 (a)(b) : Pemasangan kotak bentuk bagi pembinaan rasuk bumi

PEMBINAAN KOTAK BENTUK RASUK BUMBUNG / TINGKAT ATAS


1. Berbentuk sama seperti ground beam, tetapi ianya perlu disokong
oleh tupang bagi memelihara kedudukan dan sisiannya.
Sokongan kotak bentuk dikenali sebagai T-post.
2. Perlu dibina dari tiang ke tiang.

8
BAB 2 : TUANG BENTUK RASUK (BEAM CASTING)
______________________________________________________________________________

3. Kerja-kerja pembinaan kotak bentuk rasuk bumbung / tingkat atas


memerlukan papan jalan @ prop terlebih dahulu.
4. Kerja-kerja memasang prop akan disertakan dengan kerja-kerja
menupang menggunakan T-post ataupun peranca.
5. Saiz kayu T-post ialah 2” x 3” dan hendaklah mempunyai jarak lebih
kurang 2 kaki antara satu sama lain di bawah kotak bentuk.
6. Kayu yang digunakan untuk T-Post adalah dari kayu yang terpilih untuk
dijadikan sebagai penyokong kepada kotak bentuk rasuk bumbung /
tingkat atas supaya dapat menanggung beban apabila pekerja berdiri di
atasnya untuk kerja-kerja menuang konkrit.

7. Prop akan dipasang di atas penutup tiang, yang dipasang


terlebih dahulu pada setiap tiang.
8. Tujuannya untuk memastikan ketinggian tiang adalah sama antara satu

sama lain, dan juga melindungi tiang daripada pecah atau retak.

9. Kerja-kerja memasang prop perlu dilakukan dengan berhati-hati, begitu


juga dengan kerja-kerja meletak tupang di bawahnya.
10. Untuk memastikan keselarian, kerja-kerja setting-out akan dijalankan di
mana benang akan direntang pada papan jalan untuk dijadikan panduan
memasang kotak bentuk roof beam.
11. Bagi memastikan kedudukan roof beam adalah selari dengan ground
beam, pelambab akan digunakan. Caranya batu pelambab akan
digantung dan dijatuhkan bebas. Perlu dipastikan ianya jatuh betul-betul
pada setiap penjuru ground beam.

9
BAB 2 : TUANG BENTUK RASUK (BEAM CASTING)
______________________________________________________________________________

12. Kerja pengarasan dijalankan bagi memastikan paras permukaan


kotak bentuk adalah rata dan searas.
Rajah 2.6 : Pemasangan kotak bentuk bagi pembinaan rasuk

bumbung / tingkat atas

PEMASANGAN TETULANG
1. Sebelum pemasangan tetulang, kotak bentuk perlu dipseriksa dari

segi saiz, verticality, alignment, rigidity, cleanliness, prop dan aras.

2. Tetulang yang telah siap dibentuk dan diikat akan dimasukkan ke


dalam kotak bentuk.
3. Ianya boleh berlaku samada sebelum, semasa atau selepas kotak
bentuk dibina.
4. Block spacer akan dipasang sekali semasa pemasangan tetulang ke
dalam kotak bentuk.
5. Tebal block spacer adalah bersamaan dengan tebal penutup konkrit
sebagaimana yang dikehendakki dalam plan struktur.
6. Saiz tetulang yang digunakan untuk roof beam biasanya berbeza dengan

saiz tetulang ground beam.

10
BAB 2 : TUANG BENTUK RASUK (BEAM CASTING)
______________________________________________________________________________

(a) (b)
Rajah 2.7 : (a) Pemasangan tetulang bagi rasuk bumi
(b) Pemasangan tetulang bagi rasuk bumbung/tingkat atas

PENUANGAN KONKRIT
1. Konkrit yang telah siap dibancuh akan dimasukkan ke dalam kotak
bentuk yang telah pun dipasang tetulang.
2. Perlu dipastikan sebelum penuangan konkrit dilakukan, pemasangan
tetulang perlu diperiksa dengan teliti seperti saiz, jenama, grade,
lapping, concrete cover, link spacing dan bilangan.

3. Setelah konkrit dituang, kerja pemadatan/penggetaran konkrit perlu


dilakukan dengan menggunakan mesin vibrator bagi memastikan tiada
ruang-ruang udara yang tertinggal di dalam bancuhan konkrit. Kaedah
manual juga boleh digunakan iaitu dengan mencocok-cocok rod besi
dalam bancuhan konkrit.
4. Ini akan menghasilkan konkrit yang lebih padat.
5. Jika tidak, akan terdapat ruang-ruang udara yang terperangkap yang
menyebabkan lompang. Ini boleh menghasilkan struktur konkrit yang
mudah pecah dan tidak kuat.

11
BAB 2 : TUANG BENTUK RASUK (BEAM CASTING)
______________________________________________________________________________

6. Permukaan konkrit hendaklah diratakan semasa penuangan dan mesti

diratakan permukaannya bagi mengelakkan pengasingan bahan-bahan.

) (b)
Rajah 2.8 : Kerja penuangan konkrit ke dalam kotak bentuk rasuk

PENGAWETAN KONKRIT
Semasa air dibancuh dengan simen, tindakbalas akan berlaku yang
menyebabkan simen akan membeku dan mengeras. Air hanya cukup untuk
tindakbalas kimia pada peringkat permulaan sahaja, jika air kurang semasa
simen mengeras konkrit tidak dapat mencapai kekuatan maksimum.

Apabila konkrit ditempatkan, kandungan airnya akan hilang dengan cepat


melalui proses penyejatan, jikalau tindakan segera tidak diambil. Tindakan
mencegah kehilangan air dari konkrit dinamakan pengawetan konkrit.

Pengawetan ialah satu tindakan menjaga konkrit setelah dituang dan


dipadatkan sehingga ianya mencapai kekuatan konkrit yang dikehendakki
dengan menggunakan air.

12
BAB 2 : TUANG BENTUK RASUK (BEAM CASTING)
______________________________________________________________________________

Amalan pengawetan yang dilakukan adalah seperti berikut :-

· Permukaan konkrit boleh ditutup dengan bahan-bahan yang


dibasahkan seperti beg guni, jerami, habuk kayu, pasir dan
sebagainnya.
· Merendamkan permukaan konkrit dengan air. Kaedah ini sesuai
digunakan untuk mengawet lantai konkrit.
· Membasahkan konkrit dengan air. Amalan ini dilakukan pada-tempat-
tempat seperti tembok, tiang, rasuk dan sebagainya yang sukar
diawet dengan cara lain.
· Menyapu bahan-bahan kimia pada permukaan konkrit untuk
mengelakkan kehilangan air melalui proses sejatan.
· Menggunakan wap air (stim). Biasa digunakan dikilang terutama sekali

konkrit prategasan.

Rajah 2.9 : Proses pengawetan konkrit melalui kaedah semburan air


TUJUAN PENGAWETAN

- Memastikan pembentukan kekuatan mampatan yang


dikehendaki
- Mengelakkan terjadinya kehilangan lembapan yang mengejut ke atas
konkrit

13
BAB 2 : TUANG BENTUK RASUK (BEAM CASTING)
______________________________________________________________________________

- Mengelakkan berlakunya keretakan pada permukaan konkrit

- Untuk membiarkan konkrit berada di dalam keadaan lembap


seberapa lama yg boleh supaya proses pengerasan berjalan secara
sederhana sehingga mencapai kekuatan yg maksima
- Mengelakkan konkrit dirosakkan oleh keadaan/cuaca sejuk

BAHAGIAN-BAHAGIAN KOTAK BENTUK


Kotak bentuk terdiri daripada elemen-elemen yang membolehkan kotak
bentuk dibina mengikut saiz , cukup kuat, dan mampu
menanggung beban yang dikenakan ke atasnya.

Kotak bentuk bagi rasuk biasanya terdiri daripada bahagian-bahagian yang


berikut:
Pampan tepi acuan rasuk (Beam / girder side)
Pampan bawah acuan rasuk (Beam/girder bottom)
Tiang T-Post (T-Head
Shore)
Belebas (Joist Ledger)
Beroti (Stiffener)
Tupang (Brace)
Pengikat (ties)
Susur Dinding (Waler)

14
BAB 2 : TUANG BENTUK RASUK (BEAM CASTING)
______________________________________________________________________________

PENGIKAT KOTAK BENTUK (FORMWORK TIES)


Fungsi pengikat kotak bentuk :
1. Menguatkan dan mengukuhkan pembinaan kotak bentuk
2. Menetapkan saiz dan dimensi kotak bentuk
3. Menghalang kotak bentuk daripada melengkung
4. Mengikat kotak bentuk pada dinding dan lantai bangunan
5. Menjadikan binaan kotak bentuk yang kemas

Dua kategori pengikat kotak bentuk :


1. Recoverable – boleh digunakan semula
2. Non recoverable – tidak boleh digunakan semula

5
5

1 4
4

APLIKASI PENGIKAT KOTAK BENTUK

15 3
BAB 2 : TUANG BENTUK RASUK (BEAM CASTING)
______________________________________________________________________________

1 – Tie two sides of formwork


2 – Act as a spacer
3 – Anchor one side only
4 – Provide anchorage for succeeding lifts
5 – May have to resist shear stress (not for snap ties)
5

Jenis-jenis pengikat kotak bentuk

1- Snap tie
2- Loop End Tie
3- Flat Strap Tie

16
BAB 2 : TUANG BENTUK RASUK (BEAM CASTING)
______________________________________________________________________________

Sistem Pemasangan Pengikat Kotak Bentuk


1- Waler Rod Tie Syatem
2- Coil Tie Sistem

KOTAK BENTUK SISTEM

Kotak bentuk sistem merupakan kotak bentuk yang komponennya dibina


dikilang dengan mengikut saiz dan spesifikasi mengikut standard yang telah
ditetapkan. Setiap komponen ini akan dibawa ke tapak untuk dipasang dan
dibina.

17
BAB 2 : TUANG BENTUK RASUK (BEAM CASTING)
______________________________________________________________________________

Bahan untuk kotak bentuk sistem terdiri daripada logam, fiberglass, plastic,

kayu dan aluminium.

Kebaikan
1. Komponen kotak bentuk yang standard
2. Kerja merekabentuk dikurangkan
3. Setiap komponen atau bahagian telah direkabentuk supaya dapat
menanggung beban tertentu
4. Tiada risiko kelemahan komponen atau terlebih beban
5. Boleh didirikan (dipasang) dengan lebih cepat, lebih mudah dan lebih
jitu (accurate)
6. Tidak memerlukan kemahiran dan peralatan yang banyak
7. Kebanyakkan kotak bentuk sistem tahan lama, boleh diguna
berulang kali tanpa had sekiranya dijaga dengan baik
8. Komponen bersaiz tertentu, mudah disusun dan diangkut
9. Bahan binaan sama ada logam atau kayu yang telah
diperkuatkan dan tidak mudah rosak
10. Terdapat rekabentuk yang pelbagai.

Kelemahan
1. Walaupun mudah dikendali tetapi ianya agak berat
2. Komponen yang standard; tidak sesuai digunakan untuk
mengkonkrit bentuk-bentuk yang unik /canggih
3. Berat; satu panel yang besar memerlukan kren untuk
mengangkut seperti kren
4. Kos perolehan yang tinggi;
tidak ekonomi bagi projek-
projek yang kecil.

18
BAB 2 : TUANG BENTUK RASUK (BEAM CASTING)
______________________________________________________________________________

(a)
(a)
(a)
(a)
(a)
(a)
(a)
(a)
(a)
(a)
(a)
(a)
(b)
Rajah 2.10 : Komponen kotak bentuk sistem (logam) bagi rasuk

(a) (b) (c) (d)

Aplikasi penggunaan kotak bentuk sistem :

(a) (b) – Pemasangan kotak bentuk sistem di tapak bina (c ) –


Penanggalan kotak bentuk sistem
(d) – Struktur konkrit yang telah siap dibina
19

Anda mungkin juga menyukai