Anda di halaman 1dari 8

KRONOLOGI PEMBINAAN KOTAK BENTUK MINITUR.

Kotak bentuk adalah satu struktur sementara yang dibina untuk menampung konkrit
basah bagi membentuknya kepada bentuk-bentuk dan saiz (dimensi) yang diperlukan dan
menyokongnya sehingga ia boleh berdiri dengan sendiri (mengeras). Kotak bentuk terdiri
daripada bahan (papan) yang bersentuhan dengan konkrit dan berfungsi menahan konkrit
sehingga konkrit tersebut memperolehi kekuatan yang mencukupi untuk berdikari (self-
supporting).
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran PdP, bahan bantu mengajar atau
model sebenar memainkan peranan penting keaarah pencapaian objektif PdP. Untuk itu,
idea membina model sebenar dicetuskan untuk tujuan tersebut. Untuk menghasilkan model
tersebut, beberapa langkah telah dirangka seperti yang ditunjukkan dalam carta alir di
bawah ;
MULA

PROSES
MEREKA BENTUK
DAN LUKISAN KERJA

BINCANG
Tidak setuju

Setuju

PENENTUAN BAHAN

PROSES
PENGHASILAN

PROSES KEMASAN

TAMAT

Rajah 1 : Carta Alir Penghasilan Model Acuan Konkrit Minitur


Rajah 2 : Gambaran model acuan konkrit

Seperti yang dinyatakan, dalam penghasilan model ini perlu melalui beberapa proses
seperti mereka bentuk ( seperti rajah di atas ), menghasilakan lukisan kerja, penentuan
bahan, proses membina dan proses kemasan akhir.

1. Proses Mereka Bentuk


Proses mereka bentuk model dilakukan dengan menghasilkan lukisan kerja yang
meliputi setiap komponen atau struktur binaan acuan konkrit sebenar. Ini penting
kerana semasa proses PdP berlangsung, guru dapat menunjukkan kepada pelajar
serta memberi penerangan berkaitan untuk memudahkan lagi kefahaman pelajar.
Dalam penghasilan lukisan kerja juga, ukuran perlu diberi perhatian kerana ukuran
tersebut akan digunakan semasa pembinaannya nanti.

2. Proses Penentuan Bahan


Proses mengenalpasti bahan untuk pembinaan model acuan konkrit dilakukan
dengan menyenaraikan bahan-bahan seperti berikut :
BIL BAHAN SAIZ KUANTITI

1 Kayu Kambi 5mm x 5mm x 600mm 20 batang

2 Papan Lapis 2mm x 300mm x 35mm 10 Keping

3 Gam kayu - 1 botol

4 Paku inch 20 tg

3. Proses Penghasilan / Pemasangan


Setelah proses mengenalpasti bahan ditentukan, kerja-kerja menghasilkan model
acuan dilakukan. Langkah membina model kotak bentuk dilakukan sama seperti
membina kotak bentuk yang betul cuma saiz, bahan dan alatan bersesuaian dengan
skala yang lebih kecil. Langkah membina kotak bentuk adalah :

1. Berbentuk sama seperti ground beam, tetapi ianya perlu disokong oleh tupang
bagi memelihara kedudukan dan sisiannya. Sokongan kotak bentuk dikenali
sebagai T-post.
2. Perlu dibina dari tiang ke tiang.
3. Kerja-kerja pembinaan kotak bentuk rasuk bumbung / tingkat atas memerlukan
papan jalan @ prop terlebih dahulu.
4. Kerja-kerja memasang prop akan disertakan dengan kerja-kerja menupang
menggunakan T-post ataupun peranca.
5. Saiz kayu T-post hendaklah mempunyai jarak lebih kurang 30mm ( 2 kaki )
antara satu sama lain di bawah kotak bentuk.
6. Kayu yang digunakan untuk T-Post adalah dari kayu yang terpilih untuk
dijadikan sebagai penyokong kepada kotak bentuk rasuk bumbung / tingkat
atas supaya dapat menanggung beban apabila pekerja berdiri di atasnya
untuk kerja-kerja menuang konkrit.
7. Prop akan dipasang di atas penutup tiang, yang dipasang terlebih dahulu
pada setiap tiang.
8. Tujuannya untuk memastikan ketinggian tiang adalah sama antara satu sama
lain, dan juga melindungi tiang daripada pecah atau retak.
9. Kerja-kerja memasang prop perlu dilakukan dengan berhati-hati, begitu juga
dengan kerja-kerja meletak tupang di bawahnya.
10. Untuk memastikan keselarian, kerja-kerja setting-out akan dijalankan di mana
benang akan direntang pada papan jalan untuk dijadikan panduan
memasang kotak bentuk roof beam.
11. Bagi memastikan kedudukan roof beam adalah selari dengan ground beam,
pelambab akan digunakan. Caranya batu pelambab akan digantung dan
dijatuhkan bebas. Perlu dipastikan ianya jatuh betul-betul pada setiap penjuru
ground beam.
12. Kerja pengarasan dijalankan bagi memastikan paras permukaan kotak bentuk
adalah rata dan searas.

3.1. Bahagian Kotak Bentuk

Kotak bentuk terdiri daripada elemen-elemen yang membolehkan kotak bentuk dibina
mengikut saiz , cukup kuat, dan mampu menanggung beban yang dikenakan ke atasnya.

Kotak bentuk bagi rasuk biasanya terdiri daripada bahagian-bahagian yang berikut:

Pampan tepi acuan rasuk


(Beam / girder side)
Pampan bawah acuan rasuk
(Beam/girder bottom)
Tiang T-Post (T-Head Shore)
Belebas (Joist Ledger)
Beroti (Stiffener)
Tupang (Brace)
Pengikat (ties)
Susur Dinding (Waler)
3.2. Pengikat Kotak Bentuk ( Formwork Tie )

Fungsi pengikat kotak bentuk :

1. Menguatkan dan mengukuhkan pembinaan kotak bentuk


2. Menetapkan saiz dan dimensi kotak bentuk
3. Menghalang kotak bentuk daripada melengkung
4. Mengikat kotak bentuk pada dinding dan lantai bangunan
5. Menjadikan binaan kotak bentuk yang kemas

Dua kategori pengikat kotak bentuk :

1. Recoverable boleh digunakan semula


2. Non recoverable tidak boleh digunakan semula
APLIKASI PENGIKAT KOTAK BENTUK

5
5

1 4

3
1 Tie two sides of formwork

2 Act as a spacer

3 Anchor one side only

4 Provide anchorage for succeeding lifts

5 5 May have to resist shear stress (not for snap ties)

4
Jenis-jenis pengikat kotak bentuk

1- Snap tie
2- Loop End Tie
3- Flat Strap Tie
4. Hasil Akhir

Anda mungkin juga menyukai