Anda di halaman 1dari 19

DERAF

GARIS PANDUAN
SISTEM PENGURUSAN SISA
PEPEJAL BAGI
PEMBANGUNAN BARU

PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN


PEMBERSIHAN AWAM (PPSPPA)

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

DRAF DISEMBER 2009


,,)
lSI dNDUNGAN

1.0
\;

!\\ (
\

2.0 SYARAT-SYARAT KELULUSAN PERINT~ F?EMBANGUNAN


(DEVELOPMENT ORDER) ·. \,

3.0 ARAHAN AM BAG I PERMOHONAN KELUUJ~ SISTE~ 5


PENGURUSAN SISA PEPEJAL 'R'~'v J
3.1 ARAHAN tlAGI PERMOHONAN KELULU'~Pl 4
GU PULAN 6
, DAN PEL~PUSAN SISA BINAAN \ "j
3.2 SYARAT-S¥ARAT REKABENTUK SISTEM ~ 1 M I LAN

:.:~ PE~~:~:::~~;~:NE~~:;~NJAN~~I5~Pi1P~lJAL 7
HARlAN MENGIKUT KATEGORI/'~MBA G i NAn
3.2.2 ARAHAN BAGI PERMOHONAN/fqFh/ULUSP\, 1 P~MBI~AAN 8
KEBUK SAMPAH (REFUSE CHI\MlER) I PpSAIT 1
RENGUMPULAN SAMPAH (RE.;FII.J~'E COL,I::.ECl.; tON FpiNT)
\ i v'-____/ ( ': i

PE~~NGUNAN KEDIAMAN! ·.
( . i/
/ 1.0 r.
EMBINAAN RUMAH :.K.:

rBANGLO), BERKEMBAR (SEMI DETAtHED), 1.


ED lAMAN J\N16 SES~1j3UA. H
,
I
/ \ ~DAN RUMAH !1BANDAR (TOWNHOUSE)1 \

\._\ : ·: ~YARAT-SYARAT UMUM 8


1.2 SY+T~YAR.f\T TEKNIKAL 9 '

PEMBINAAN KEJUK SAMPAH PUSAT 10


PENGUMPULAN SAMPAH KEDIAMAN JENIS -

PANGSA·P···.. U. Rl, RU~H PAN···..GSA DAN KOND~INIU~.·. -··-~


2.1 SISA DOMESTIK ' \ \
r···. \
2.1.1 ~K SAMPAH (RC)SETIAP TINGKAT
2.1.1.1 SYARAT-SYARAT UMUM 10
2.1.1.2 S~RAT-SYARAT ~IKAL 11

2.1.2 PUSAT PENGUMPULAN SAMPAH (RCP)

2.1.2.1 SYARAT-SYARAT UMUM 11

2.1.2.2 SYARAT-SYARAT TEKNIKAL 12

1
2.2 SISA PUKAL

2.2.1 PUSAT PENGUMPULAN SISA PUKAL


(BULKY WASTE COMPARTMENT)

2.2.1.1 SYARAT-SYARAT UMUM 13


2.2.1.2 SYARAT-SYARAT TEKNIKAL 14

2.3 PENEMPATAN TONG SAMPAH (LITTER BIN) 15


BAGI RUANG KEMUDAHAN AWAM PADA
PEMBANGUNAN KEDIAMAN.

B. PEMBANGUNAN BUKAN KEDIAMAN

1.0 SYARAT-SYARAT UMUM 16

2.0 SYARAT-SYARAT TEKNIKAL 17

C. PEMBANGUNANBERCAMPUR

1.0 SYARAT-SYARAT UMUM 18

4.0 ALTERNATIF TEKNOLOGI PENGURUSAN SISA PEPEJAL

4.1 VACUUM SYSTEM 20


4.2 DEEP COLLECTION SYSTEM 21
4.3 SISTEM PENGISAR MAKANAN Dl SINKI 22

2
1.0 PENDAHULUAN

Perbadananan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA)


bertanggungjawab dalam mewujudkan sistem pengurusan sisa pepejal yang
bersepadu, komprehensif dan berkesan bagi mencapai tahap perkhidmatan
pengurusan sisa pepejal yang bersepadu dan kos efektif bagi memelihara alam
sekitar dan menjamin kesihatan awam.

Tujuan manual Garis Panduan Pengurusan Sisa Pepejal Bagi Pembangunan


Baru ini dikeluarkan adalah sebagai satu garis panduan kepada pihak-pihak
yang terlibat dalam pembangunan baru supaya pengurusan sisa pepejal dapat
dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan.

OBJEKTIF GARIS PANDUAN

• Menseragamkan sistem pengurusan sisa pepejal di Malaysia


• Memudahkan penyediaan dan pembangunan kemudahan sistem
pengurusan sisa pepejal oleh pemaju/pemilik.
• Dapat memenuhi segala keperluan dan kehendak sistem pengurusan
sisa pepejal yang komprehensif.

Dalam pengendalian proses pengumpulan, pemungutan, dan pelupusan sisa


pepejal, kerap kali timbul beberapa masalah kepada orang ramaL Oleh itu, satu
sistem pengurusan sisa pepejal yang cekap dan berkesan perlu diadakan dan
dilaksanakan. lni semua memerlukan kerjasama dari semua pihak terutamanya
orang ramai, pemaju, arkitek dan semua pihak yang terlibat dalam
pembangunan baru.

3
2.0 ARAHAN AM BAGI PERMOHONAN KELULUSAN SISTEM
PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Pihak pemilik/pemaju hendaklah berurusan dengan PPSPPA dari egi sistem


pengumpulan sisa pepejal yang akan di n-apakai berdasarkan aktor-faktor
berikut :-
1. Jenis pembangunan yang aka . dilaksanakan.
2. Lokasi pengumpulan sisa pepJjal yang dicadangkan.
3. Cadangan sistem pengumpul~~ si pejal dengan lukis n terperinci;
dan
4. Cadangan laluan Iori pungutan sisa pepeja ditunjukkan alam lor·san
susunatur.

pemiliklpemaju hendaklah menyediakan perkara b~rikut se asa


mengemukakan permohonan :-
~

BIL DOKUMEN YANG DIPERLUKAN


/ urat Perintah Pembangunan yang masih sah dan salina
1 pelan yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempata
(PBT) berkenaan ·~

·~ Pelan lokasi dan pelan \taRak y


2 ditandatangani oleh arkitek d~n ~ 1k.

Jadual pengiraan anggaran kuantiti si , epejal yang dijana


5 setia····p hari dengan menggunakan form.· ~se i di Lampi ran 2 set
1 + waste c ~
ories. /

Pel an ter~riodi KebuKSampah (RC) I Pu ·at Pengumpulan


6 Sampah (RCP) yang diwamakan dan dita~datangan oleh 2 set
arkitek qan pemilik.
Pelan tapak menunjukkan jalan dan arah aliran longkang
7 yang diwarnakan I kawasan lapangan I kawasan berumput I 2 set
parking.
Jadual anggaran panjang jalan dan longkang serta keluasan
8 kawasan lapang dengan menggunakan format seperti 2 set
Lampiran 2.
"Soft copy" mengandungi pelan yang telah diluluskan serta
9 maklumat-maklumat lain yang berkaitan mengikut arahan 1 set
PPSPPA.

Jadual 3.1 : Dokumen Permohonan

Semua pelan sistem pengumpulan sisa pepejal tersebut hendaklah dicetak


dalam saiz A1

4
2.1 SEMAKAN KEPERLUAN PENGURUSAN SISA DIPERINGKAT
PEMBINAAN
Perintah Pembangunan yang dikeluarkan bagi syarat-syarat perkhidmatan I
keselesaan I keselamatan awam adalah :-

• Suatu s~m pengumpulan sisa pepejal hendaklah disediakan seper:ti di


bawa;y:-

.I Pemilik/pemaju dikehendaki mengemukakan cadangan


lokasi, pengumpulan, pel~pusan serta spesifikasi sistem
pengumpulan sisa binaan atau runtuhan kepada
Perbadanan Pengurusan \ Sisa Pepejal & Pembersihan
Awam (PPSPPA) untuk se~akan .

.I Pemilik/pemaju dikehendaki melantik panel kontraktor


pungutan sisa bahan binaanlruntuhan yang berdaftar
dengan Pihak Berkuasa Tempatan I syarikat konsesi

menguruskan pengumpula,n d1
Suruhanjaya Syarikat ~Malay~ia sekiranya ada, untuk
pelupusan sisa binaan.
~

Pemiliklpemaju dikehendaki melantik panel kontraktor yang


berdaftar dengan Pihak Berku).sa Tempatan I Syarikat
Konsesi untuk menguruskan sl$a pepejal domestik yang
dijana oleh pekerja tapak binaan~
0
I

2.2 ARAHAN BAGI PERMOHONAN KELULUSAN PENGUMPULAN ,DAN


PELUPUSAN SISA BINAAN
/
3.1.1 Pihak pemiliklpemaju hendaklah menyediak~~nt~jlil r' jenis
RoRo (Roll on & Roll off) yang diletakkan di luar t~pak 1p¢ binaan.
'Container' tersebut hendaklah bebas daripada se. b~1an · halangan
bagi memudahkan perkhidmatan kutipan ~n.

3.1.2 Pihak pemiliklpemaju hendaklah~ediakan \ontainer' yang


bersesuaian dengan anggaran k ntiti sisa binaan yang akan
dijana. Sekiranya penjanaan si. a semasa pembinaan adalah
melebihi anggaran pen!1:maan asal, pihak PPSPPA berhak
mengeluarkan arahan penambahan 'container' bagi mengatasi
masalah tersebut.

3.1.3 Perkhidm~elupllsan.sisa binaan hendaklah dilaksanakan oleh


kontraktor yang berdaftar dan Pihak Berkuasa Tempatan I
Suruhanjaya Syarikat Malaysia sekiranya ada,

3.1.4 Pihak pemilik/pemaju hendaklah mengemukakan salinan lesen .


dan surat pengesahan perlantikan kontraktor sisa binaan kepada
PPSPPA.

5
3.2 SYARAT-SYARAT REKABENTUK SISTEM PENGUMPULAN DAN
PELUPUSAN SISA PEPEJAL

3.2.1 ANGGARAN KUANTITI PENJANAAN SISA PEPEJAL HARlAN


MENGIKUT KATEGORI PEMBANGUNAN.

a) Bagi membuat kuantiti penjanaan sisa pepejal harian bagi


sesebuah pembangunan, pihak pemiliklpemaju hendaklah
menggunakan pengiraan anggaran kuantiti yang ditetapkan.
Contoh pengiraan adalah seperti di Jadual.

b) Bagi pembangunan jenis kediaman, anggaran kuantiti sisa pepejal


yang akan dijana adalah dengan mengambilkira satu kediaman
untuk 5 orang. Setiap orang akan menjanakan 1.25kg/hari
(Berdasarkan Malaysia Country Report 2001 ).

c) Bagi pembangunan bukan kediaman, penjanaan sisa adalah


dianggarkan berdasarkan luas lantai, bilangan pelajar, katil, bilik,
unit dan tempat duduk.
d) Dianggarkan satu unit kediaman mempunyai 5 orang penghuni
oleh itu, penjanaan sisa bagi satu unit rumah ialah 6.25kg ( 5
penghuni x 1.25kg).
e) Berdasarkan kajian di lapangan, sebanyak 200kg sisa pepejal
boleh dimuatkan dalam 1m3 'container'. Oleh itu, dianggarkan 1m3
= 200kg.

0-0?>lC )t;,).
"l
Rumah teres, rumah berkembar, 5" IV\"
rumah banglo, pangsapuri, 0.03 m3lunit 6.25kg I unit
kondominium dan townhouse.
2 BUKAN KEDIAMAN m3 kg 5
a)Pejabat, Kedai, lnstitusi dan Pusat 0.15 m3 I 300m 2 30kg I 300m2 :::
l s 11. 5"
Servis.
:: l-'K1-S
b)Pasaraya, Gedung, Restoran 0.80 m3 I 300m 2 160kg I 300m2
;:.
c)Kilang 0.50 m3 I 300m 2 1OOkg I 300m2

d) Hospital 0.01 m3 I katil 2kg I katil

e)Gerai makan I pasar 0.15 m3 I unit gerai 30kg I unit

f) Hotel 0.01 m3 I bilik 2kg I bilik

g)Asrama 0.01 m3 I bilik 2kg I bilik

h)Sekolah 0.003 m3 I pelajar 0.6kg I pelajar

i)Stadium 0.0003 m31tempat 0.06g I tempat


duduk duduk
Jadual 3.2 : Jadual Pengiraan Anggaran Kuantiti Sisa Pepejal

6
4.0 ARAHAN BAGI PERMOHONAN KELULUSAN PEMBINAAN
KEBUK SAMPAH {REFUSE CHAMBER) I PUSAT
PENGUMPULAN SAMPAH (REFUSE COLLECTION POINT)

4.1 PEMBANGUNAN KEDIAMAN

4.1.1 Pembinaan Rumah Kediaman Jenis Sesebuah (banglo), Berkembar


(semi detached), Teres, dan Rumah Bandar (Townhouse).

Pembinaan kebuk sampah (Refuse Chamber) bagi pembangunan


kediaman (landed property) hendaklah mematuhi garis panduan
berdasarkan syarat-syarat berikut :-

4.1.2 Syarat-syarat Umum:-

1.1.1 Pemilik I pemaju hendaklah menyediakan tempat yang


bersesuaian untuk meletakkan tong mudah alih beroda berkapasiti
120L.

4.2 Pembinaan Kebuk Sampah dan Pusat Pengumpulan Sampah Rumah


Kediaman Jenis Pangsapuri, Rumah Pangsa, dan Kondominium.

Bagi pembinaan rumah jenis berbilang tingkat seperti pangsapuri, rumah


pangsa dan kondominium, pihak pemilik/pemaju hendaklah menyediakan
ruang pengumpulan sampah yang berasingan bagi sisa domestik dan sisa
pukal. Pembinaan ruang pengumpulan tersebut hendaklah mematuhi
garis panduan berdasarkan syarat-syarat berikut :

2.1 Sisa Domestik:-

2.1.1 Kebuk Sampah (RC) setiap tingkat.

2.1.1.1 Syarat-syarat Umum

(a) Kebuk sampah hendaklah dibina di lokasi yang sesuai iaitu


bebas daripada sebarang halangan untuk memudahkan

7
urusan kutipan. Selain itu, pemasangan paip/salur air,
elektrik, penyaman udara dan sebagainya adalah tidak
dibenarkan.

(b) Pemilik/pemaju hendaklah menyediakan saiz kebuk sampah


yang bersesuaian bagi memuatkan tong mudah alih beroda
(MGB) berkapasiti minima 240L. Walaubagaimanapun
bilangan tong adalah bergantung kepada anggaran
penjanaan sisa (Rujuk Jadual 3.2)

(c) Pembinaan pelongsor sampah (waste chute) adalah


tertakluk kepada syarat-syarat yang terkandung dalam
Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan
Awam 2009 (Kawasan Penstoran Sisa Bagi Pembangunan
Baru).

(d) Pemilik!pemaju hendaklah memaklumkan kepada PPSPPA


apabila pembinaan kebuk sampah telah siap dengan
sempurna supaya satu pemeriksaan dapat dilakukan
sebelum surat sokongan Sijil Penyiapan dan Pematuhan
(CCC) dikeluarkan.

2.1.1.2 Syarat-syarat teknikal

(a) Permukaan lantai kebuk sampah hendaklah dari kemasan


jubin glis (glazed tiles) dan mempunyai peragkap lantai (floor
trap) yang disambungkan kepada salur pembentungan
pusat. Minima saiz paip adalah bergaris pusat 1OOmm dari
jenis UPVC atau setaraf.

(b) Kebuk sampah hendaklah dilengkapi dengan lubang


pengudaraan berserta 'netting' untuk mengelakkan kebuk
sampah dimasuki serangga seperti lalat dan sebagainya.

(c) Contoh lukisan rekabentuk kebuk sampah bagi setiap


tingkat ini adalah seperti di LAMPIRAN 7.

8
2.1.2 Pusat Pengumpulan Sampah ( Refuse Chamber Point (RCP) )

2.1.2.1 Syarat-syarat Umum

(a) Pusat pengumpulan sampah hendaklah dibina di lokasi yang


sesuai iaitu bebas dari sebarang halangan untuk
memudahkan perkhidmatan kutipan sisa pepejal
dilaksanakan. Selain itu, lokasi (RCP) hendaklah jauh dari
Pencawang TNB, terminal/tong gas dan lain-lain halangan
yang membahayakan atau yang boleh mencetuskan
kebakaran. Pemasangan paip/salur air, elektrik, penyaman
udara dan sebagainya adalah tidak dibenarkan.

(b) Pemilik/pemaju hendaklah menyediakan saiz pusat


pengumpulan sampah yang bersesuaian bagi memuatkan
tong mudah alih beroda (MGB) berkapasiti minima 660L.
Walaubagaimanapun, bilangan tong adalah bergantung
kepada anggaran janaan sisa (Rujuk Jadual 3.1 ).

(c) Pemilik/pemaju, hendaklah memaklumkan kepada PPSPPA


apabila pembinaan pusat pengumpulan sampah telah siap
dengan sempurna, supaya satu pemeriksaan dapat
dilakukan sebelum Surat Sokongan Sijil Penyiapan dan
Pematuhan (CCC) dapat dikeluarkan.

2.1.2.2 Syarat-syarat Teknikal

(a) Pusat pengumpulan sampah pusat hendaklah dibina di


dalam bangunan tersebut di bahagian belakang serta pintu
kutipan (roller shutter) hendaklah menghadap jalan.
(b) Permukaan lantai hendaklah dari kemasan jubin glis (glazed
tiles) dan hendaklah mempunyai perangkap lantai (floor
trap) yang disambungkan kepada salur pembentung pusat.
Minima saiz paip adalah bergaris pusat 1OOmm dari jenis
UPVC atau setaraf dengannya.
(c) RCP hendaklah dilengkapi dengan lubang pengudaraan
(ventilation) yang mencukupi berserta 'netting' untuk
mengelakkan kebuk sampah dimasuki serangga seperti lalat
dan sebagainya.
(d) Pemilik/pemaju hendaklah menyediakan dua (2) jenis pintu
iaitu:
*Roller shutter

9
-bagi tujuan perkhidmatan kutipan sisa pepejal.

*Pintu rintangan api yang dilengkapi dengan door closer


(agar sentiasa tertutup)
-digunakan sebagai laluan untuk membuang sampah.

(e) Jalan menghubung Pusat Pengumpulan Sampah hendaklah


mempunyai kelebaran yang mencukupi bagi membolehkan
Iori pengangkutan sisa pepejal membuat pusingan tiga
penjuru (three point turn) untuk memudahkan perkhidmatan
kutipan dijalankan.

Kebuk sampah (RC) di setiap tingkat untuk pangsapuri, rumah pangsa


dan kondominium.

LUKISAN TERPERINCI 01 LAMPIRAN 7-


KEBUK SAMPAH (RC) SETIAP TINGKAT UNTUK PANGSAPURI, RUMAH
PANGSA, DAN KONDOMINIUM.

Spiral waste bin Tong leach

LUKISAN TERPERINCI 01 LAMPIRAN 8 -


PUSAT PENGUMPULAN SAMPAH (RCP)
i.TONG LEACH
ii.SPIRAL WASTE BIN

10
(e) Pemiliklpemaju perlu menyediakan dua (2) jenis pintu iaitu:-

*Rollershutter - Untuk perkhidmatan kutipan sisa pepejal


oleh Syarikat Konsesi.

*Pintu rintangan api (fire door) yang dilengkapi dengan door


closer (sentiasa tertutup) - digunakan sebagai laluan untuk
membuang sampah.

Tong Roll On & Roll Off

LUKISAN TERPERINCI Dl LAMPIRAN 9 - RUMAH SAMPAH PUKAL


(BULKYWASTE COMPARTMENT)
i.Tong RoRo (Roll on & Roll off)

2.3 Penempatan Tong Sampah (litter bin) Bagi Ruang Kemudahan Awam
Pada Pembangunan Kediaman

2.3.1 Pembangunan kediaman yang menyediakan kemudahan seperti


kolam renang, kafeteria, surau, tandas, kedai, pejabat pengurusan,
gymnasium dan lain-lain kemudahan perlu menempatkan tong
sampah yang sesuai sebagai tempat pengumpulan sampah.

2.3.2 Cadangan penempatan tong sampah ini hendaklah ditandakan di


dalam pelan pembangunan.

12
B. PEMBANGUNAN BUKAN KEDIAMAN

1.0 Syarat-syarat Umum

1.1 Pusat Pengumpulan Sampah (RCP) hendaklah dibina di lokasi


yang sesuai iaitu bebas dari sebarang halangan dan jalan keluar
masuk ke Pusat Pengumpulan Sampah (RCP) hendaklah sentiasa
bebas dari sebarang halangan bagi memudahkan perkhidmatan
kutipan sisa pepejal dilaksanakan.

1.2 Kebuk Sampah (RC) I Pusat Pengumpulan Sampah (RCP)


hendaklah sentiasa dapat diselenggara, bersih, terhindar dari
kacau ganggu, bau busuk kepada premis yang berdekatan, serta
bebas dari sebarang pemasangan paip/salur air, elektrik,
penyaman udara dan lain-lain halangan. Kebuk sampah tidak
boleh dijadikan tempat stor penyimpanan barang-barang selain
daripada sisa pepejal.

1.3 Pihak pemiliklpemaju perlu menyediakan tong sampah (litter bin) di


kawasan yang dirasakan bersesuaian untuk kegunaan orang
ramai. Cadangan penempatan tong sampah ini hendaklah
ditandakan di dalam pelan pembangunan.

1.4 Pemilik/pemaju hendaklah memaklumkan kepada Perbadanan


Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA)
apabila pembinaan Kebuk Sampah (RC) telah siap dengan
sempurna supaya satu pemeriksaan dapat diadakan sebelum
kelulusan diberi bagi pengeluaran surat sokongan Sijil Penyiapan
dan Pematuhan (CCC).

13
2.0 Syarat-syarat Teknikal

2.1 Pemiliklpemaju hendaklah membina kebuk sampah setiap tingkat


dengan saiz yang bersesuaian dengan anggaran janaan sisa bagi
memuatkan jumlah bilangan tong mudah alih beroda (MGB)
berkapasiti minima 240L.

2.2 Sebuah kebuk sampah (refuse chamber) atau Pusat Pengumpulan


Sampah (RCP) hendaklah dibina di dalam bangunan tersebut di
bahagian belakang dan pintu utama (roller shutter) untuk kutipan
hendaklah menghadap jalan untuk tujuan kutipan.

2.3 Permukaan dinding dalaman kebuk/pusat pengumpulan sampah


hendaklah dari kemasan jubin glis (glazed tiles) dan permukaan
lantai hendaklah dari kemasan jenis tahan lasak. Pintu utama RCP
hendaklah daripada bahan rintangan api minima satu (1) jam.

2.4 Sahagian dalam ruangan Pusat Pengumpulan Sampah (RCP)


hendaklah disediakan kelengkapan paip air, lampu, perangkap
lantai (floor trap) yang disambungkan kepada paip pembentungan
pusat dan pengedaran udara (ventilation) yang mencukupi.

2.5 Pemiliklpemaju perlu menyediakan dua (2) jenis pintu iaitu:-

*Rollershutter - Untuk perkhidmatan kutipan sisa pepejal oleh


Syarikat Konsesi.

*Pintu rintangan api (fire door) yang dilengkapi dengan door closer
(sentiasa tertutup) - digunakan sebagai laluan untuk membuang
sampah

2.6 Sistem "portable compactor" hendaklah diberi keutamaan


sekiranya anggaran penjanaan sisa pepejal melebihi 4m 3/hari.

Contoh Sistem Portable Compactor yang boleh digunakan pada


pembangunan bukan kediaman.

14
C PEMBANGUNAN BERCAMPUR (MIX DEVELOPMENT)

1.0 Syarat-syarat Umum

1.1 Bagi pembangunan bercampur, iaitu bangunan yang mempunyai


kediaman dan permis komersil, pihak pemiliklpemaju hendaklah
memastikan bahawa terdapat dua Pusat Pengumpulan Sampah
(RCP) di bangunan tersebut. lni adalah bertujuan untuk
mengasingkan sisa pepejal domestik dan komersil yang dijanakan.

1.2 Saiz dan lokasi Pusat Pengumpulan Sampah (RCP) hendaklah


yang dipersetujui serta mengikut reka bentuk yang diluluskan oleh
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam
(PPSPPA).

1.3 Sistem pengumpulan sisa pepejal domestik jenis Spiral Waste Bin
(SWB) hendaklah diberi keutamaan penggunaannya sekiranya
anggaran penjanaan sisa pepejal melebihi 4m 3/hari.

15
-----·-c..~--
Rumah
kediaman

Pusat komersil

Contoh pembangunan bercampur

JALAN BESAR

pintu ___.-~
utamo

PORTABLE
COMPACTOR
(untuk sisa
komersil)

\_ )

Gambarajah menunjukkan dua RCP yang dibina bagi pembangunan bercampur.

16
4.0 ALTERNATIF TEKNOLOGI PENGURUSAN SISA PEPEJAL

4.1 VACUM SYSTEM

Gambarajah menunjukkan sistem vacum yang digunakan serta bagaimana


pengutipan sisa pepejal dilakukan menggunakan sistem vacum.

'· 0 ....

~ . . ·. .·:
Gambarajah menunjukkan aliran penstoran sisa menggunakan sistem ini.

Gambarajah menunjukkan trak yang digunakan untuk sistem ini.

17
4.2 DEEP COLLECTION SYSTEM

• Dengan menggunakan sistem pengumpulan dalaman ini, tong


sampah ditanam di dalam tanah dan terdapat beg yang diperbuat
dari HOPE yang boleh diangkat menggunakan kren.

Tong untuk sistem ini.

COOL

COOL

Kedalaman tong dari aras lantai.

18
4.3 SISTEM PENGISAR MAKANAN Dl SINKI

COLD \.lATER FAUCET


OVER SINK FOR NDNAUTD~IA TIC
TYPE

/__.-FOOD \ifASTE GRINDER


~

Gambarajah menunjukkan pemasangan pengisar makanana di sinki

Gambar menunjukkan pengisar makanan di sinki

19

Anda mungkin juga menyukai