Anda di halaman 1dari 2

PENCEGAHAN KEBAKARAN UNTUK ARKITEK

7.0 TANGGA KECEMASAN

PENCEGAHAN KEBAKARAN UNTUK ARKITEK


7.0 TANGGA KECEMASAN (BAHAGIAN 1)

1. Kita semua tahu apa itu tangga dan tidak perlu memberikan definasi mengenainya tetapi
kebanyakan kita kurang memahami keperluan tangga dari aspek pencegahan kebakaran.
2. Dalam aspek pencegahan kebakaran ini perbincangan mengenai tangga mesti dikaitkan dengan
soal keselamatan, keselesaan dan undang-undang.
3. Dalam soal keselamatan, tangga menjadi laluan tunggal yang akan membawa penghuni untuk
keluar daripada bangunan yang terbakar dengan selamat. Dalam kebakaran, semua lif dibawa
turun ke tingkat bawah dan lif yang dikawal oleh bomba digunakan untuk maksud menyelamat
sahaja. Tangga mesti dilindungi daripada api dan asap. Tangga juga akan digunakan oleh
anggota bomba untuk masuk memadam kebakaran dan perlu disesuaikan dengan keperluan
mereka termasuk mengadakan peralatan-peralatan kebombaan serta akses melawan
kebakaran.
4. Keselesaan tangga berkait dengan keselamatan. Dalam soal keselesaan, semua rekabentuk
tangga mesti mematuhi piawaian dan syor-syor keselamatan. Ini termasuk aspek-aspek
rekabentuk anak tangga, tinggi 'riser' dan lebar 'tread' anak tangga, lebar tangga, 'riser' maksima
yang dibenarkan serta saiz pelantar (landing).
5. Aktiviti turun naik tangga merupakan aktiviti aerobik yang menggunakan oksigen yang banyak.
Kerana itu menaiki dan menuruni tangga cepat meletihkan terutamanya bila bekalan oksigen
dalam ruang tangga terhad. Sebab itulah tangga mesti diudarakan dengan baik samada
menggunakan pengudaraan semula jadi atau pengudaraan mekanikal. Tangga terbuka mungkin
baik dari segi pengudaraan tetapi dalam cuaca tropikal seperti Malaysia, ia boleh menjadi
merbahaya kerana terdedah kepada hujan dan tempias yang menyebabkan tangga menjadi licin.
Tangga tertutup pula mungkin terlalu bergantung dengan pengudaraan mekanikal dan
menghadapi masalah kelembapan dan oksigen yang terhad. Dalam keadaan kos tenaga eletrik
yang mahal, banyak pengurus bangunan berjimat dengan tidak menggerakkan pam udara dalam
keadaan biasa. Tanpa pengudaraan, ruang menjadi lembab, kurang oksigen dan mungkin
mengandungi organisma yang merbahaya dan udara yang toksik. Bacaan mengenai sindrom
bangunan sakit (sick building syndrome) adalah rujukan yang baik dalam hal ini.
6. Tangga mesti dipertahankan daripada dimasuki asap. UBBL mensyaratkan tangga pada
ketinggian tertentu, atau yang tidak mempunyai bukaan pengudaraan semulajadi yang cukup
untuk dilengkapi dengan pengudaraan isitekan (pressurized ventillation) supaya tidak dimasuki
asap.
7. Keselesaan dan keselamatan juga berkait dengan pencahayaan yang baik dan mencukupi.
8. Jika berlaku kecemasan atau kebakaran, semua penghuni akan bertumpu kepada tangga sebagai
laluan untuk lari. Jika tangga tidak disaiz dengan betul, maka tangga akan menjadi 'over-
crowded' dan dengan sendirinya menjadi merbahaya. Banyak kajian yang telah dibuat mengenai
aspek ini dan rumusan mengenai saiz yang sesuai telah dirumuskan dalam UBBL. Dalam
bangunan tinggi, di mana penghuni yang memasuki suatu tangga akan bertembung dengan
penghuni yang turun daripada tingkat yang lebih atas, perlu ada ruang yang selesa agar

Ar. NASHARUDDIN HAJI ABDUL MAJID


ARKITEK PUNCA CIPTA
PENCEGAHAN KEBAKARAN UNTUK ARKITEK
7.0 TANGGA KECEMASAN

pertembungan ini tidak membahayakan pengguna. Begitu juga bukaan pintu pada mana-mana
lantai mestilah tidak menyekat laluan larian daripada tingkat-tingkat atas.
9. Undang-undang mengenai tangga yang digariskan dalam UBBL, bukan sahaja merupakan suatu
usaha untuk menyeragamkan keperluan keselamatan tetapi untuk memaksa pemilik bangunan
menyediakan perkara-perkara yang paling asas. Semua elemen keselamatan yang diadakan
dalam bangunan adalah kos. Pemaju yang mahukan keuntungan paling maksima dan pemilik
yang mahukan kos paling minima akan memilih untuk tidak mengadakan elemen pencegahan
dan peralatan kebombaan. Tanpa undang-undang, semua bangunan akan berpotensi sebagai
perangkap maut dalam kebakaran atau kecemasan. UBBL hanya digubal untuk mewajibkan
keperluan pencegahan dan kebombaan minima disediakan oleh pemilik bangunan. Akta Bomba
1988 memberi kuasa tambahan kepada Bomba untuk mempastikan keperluan keselamatan
kebakaran di periksa setiap tahun dan kesalahan-kesalahan didakwa.
10. Arkitek akan sentiasa berhadapan dengan masalah penyediaan peralatan pencegahan ini. Akan
sentiasa ada klien yang mahukan pengecualian diberikan dan arkiteklah yang akan terpaksa
membuat rayuan demi rayuan.
11. Arkitek perlu meyakinkan klien bahawa kos untuk mematuhi keperluan pencegahan adalah kos
yang perlu dan ekonomikal dalam jangkapanjang serta merupakan pelaburan terbaik untuk
keselamatan bangunan dan penghuni.
12. Jika perlu, rayuan hanya boleh dibuat berdasarkan kepada tafsiran undang-undang yang
berbeza, pengecualian sistem berdasarkan alasan yang munasabah atau keperluan yang unik
dan tidak dirangkumi dalam UBBL.

Ar. NASHARUDDIN HAJI ABDUL MAJID


ARKITEK PUNCA CIPTA

Anda mungkin juga menyukai