Anda di halaman 1dari 25

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL,

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA.

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
KOD DAN NAMA
PROGRAM / BC-030-3:2013 RESIDENTIAL BUILDING CONSTRUCTION
PROGRAM CODE & NAME
TAHAP DAN SEMESTER /
L3 (SEMESTER 4)
LEVEL AND SEMESTER
NO DAN TAJUK UNIT
BC-030-3:2013-C08
KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT NO. RESIDENTIAL BUILDING FINISHES WORK
AND TITLE

1. IDENTIFY RESIDENTIAL BUILDING FINISHES WORKS


REQUIREMENT
NO. DAN PENYATAAN 2. CARRY OUT TILING INSTALLATION
AKTIVITI KERJA /
WORK ACTIVITIES NO. 3. CARRY OUT PAINTING WORK
AND STATEMENT 4. CARRY OUT CEILING INSTALLATION
5. CARRY OUT ROOF COVERING INSTALLATION
6. COORDINATE BUILDING FINISHES INSPECTION
NO. KOD KSKV / KSKV
CODE NO.
Muka Surat / Page : 1 Drp / Of 24
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C08/P(4/6)

TAJUK / TITLE:
PEMASANGAN SILING

TUJUAN / PURPOSE:
Diakhir pembelajaran ini pelatih dapat:
i. Memilih jenis, saiz dan corak siling berdasarkan lukisan pembinaan serta
kehendak pelanggan.
ii. Memeriksa kepersegian, keseragaman dan membuat tanda aras yang
berkualiti mengikut lukisan pembinaan.
iii. Memeriksa, menyusun dan menyediakan bahan, alat dan kelengkapan.
iv. Menyedia dan memotong siling mengikut amalan pemasangan yang
berkualiti.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(4/6) Muka Surat / Page : 2 Drp / Of 25

1.0 PENERANGAN / INFORMATION :


Siling secara umumnya adalah permukaan mendatar merentangi keseluruhan
permukaan dalaman pada paras atas tembok atau dinding dan bahagian bawah
bumbung Siling merupakan salah satu dari komponen bangunan yang bertindak sebagai
kemasan dalaman yang boleh menampilkan gaya ruang yang menarik . Binaannya dari
pelbagai rekabentuk dan pelbagai bahan terkini mampu menambah pemandangan yang
elegan.

2.0 MEMILIH BAHAN UNTUK SILING


2.1 Fungsi
i. Menutupi keseluruhan bawah struktur bumbung atau bawah lantai tingkat atas
atau sebarang ruang yang diperlukan.
ii. Mengurangkan suhu ruang dalaman disebabkan pancaran matahari daripada
bumbung
iii. Menampilkan ruang dalaman yang lebih kemas.
iv. Menghiasi ruang atas dalaman bangunan terutama bagi jenis siling yang boleh
dibina dari pelbagai corak dan stail serta mampu menampil gaya yang lebih
elegan.
v. Menyembunyikan elemen seperti saluran elektrik, penghawa dingin, pembesar
suara, perenjis air ketika kebakaran dan sebagainya.
vi. siling boleh dijadikan permukaan penyerapan bunyi tetapi tidak mempunyai
penebat bunyi yang baik;
vii. menjadi penebat terhadap panas dari luar, seterusnya mengurangkan suhu
panas dalam bangunan.

2.2 Kegemaran Peribadi dan Estetika


i. Nilai kecantikan dari segi warna dan keadaan semula jadi dengan sesuatu
kawasan
ii. Tekstur sesuatu bahan
iii. Kesesuaian corak dan rekaan.
iv. Sesetengah individu menyukai gaya klasik atau gaya moden yang memerlukan
panel siling yang boleh merangsang penampilan sedemikian. Ada juga yang
menyukai siling yang boleh menampilkan kehangatan ruang dengan tektur
yang sepadan.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(4/6) Muka Surat / Page : 3 Drp / Of 25

2.3 Kos
i. Tentukan peruntukan yang ada. Sesetengah siling mahal
bahannya ,memerlukan peralatan khusus dan kepakaran pekerja yang sudah
pasti melibatkan kos yang tinggi.
ii. Kos awalan diperlukan serta pemasangan
iii. Kos sepanjang hayat yang mengutarakan ketahanan bahan selain belanja
membersih, menjaga, membaiki dan serta mengganti jika perlu.

3. JENIS, SAIZ DAN CORAK SILING


3.1 JENIS SILING
3.1.1 Siling Tetap
i. Siling tetap ialah siling yang tidak boleh diubah dan kedudukannya tetap.
Ianya dibina secara mendatar atau mengikut curam bumbung. Gelegar dan
penjarak siling disokong oleh tembok atau tiang.
ii. Pembinaannya adalah kukuh dan papan siling dipaku pada gelegar siling
dan beloti penjarak daripada bawah.
iii. Sambungan antara panel siling ditutup dan dikemaskan dengan Jejalur -
diperbuat daripada logam (alumiinium) atau papan jalur.
iv. Siling Konkrit Asal boleh dikategori sebagai siling tetap.Ia adalah siling yang
terhasil daripada permukaan bawah lantai konkrit . Ia dikemas dengan
lapisan cat siling.

Siling dipasang rata pada gelegar siling Siling kayu dipasang mengikut curam
bumbung
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(4/6) Muka Surat / Page : 4 Drp / Of 25

3.1.2 Siling Gantung


i. Siling gantung adalah siling yang dibina dengan sistem penggantungan
menggunakan dawai besi galvani , suspension rod bracket. Atau kerangka
kayu bergantung jenis kemasan bagi permukaan siling itu.
ii. Siling ini tidak menerima sokongan daripada dinding
iii. Dibina dari bahan papan gipsum dan sambungannya dilepa dengan kapur
(gipsum) dan dicat.
iv. Ia adalah siling yang dibina dan digantung pada siling konkrit.
v. Rekabentuknya dapat menghasilkan ruang antara bawah bumbung dengan
siling lebih luas. Ruang-ruang ini membolehkan penempatan saluran paip
air,pendawaian elektrik dan hawa dingin diatur dengan lebih baik.

Bol
Penggantung
1. Siling siap dipasang
2. Kerangka T
3. Kerangka Utama

Penggantung Logam T

1 2

Rajah 1.1.2 (i): Siling Gantung


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(4/6) Muka Surat / Page : 5 Drp / Of 25

Rajah 1.1.2 (ii): Penggantung Logam - suspension rod bracket

Rajah 1.1.2 (iii): Siling Gantung Menggunakan Kerangka Kayu

3.2 SAIZ - KETINGGIAN SILING


i. Pemandangan pada sesebuah bilik boleh berubah secara dramatik berdasarkan
ketinggian siling . Ia boleh memberi kesan tentang bagaimana seseorang berfikir
apabila memasuki ruang berkenaan. Mereka boleh terdorong untuk berfikir lebih
abstrak apabila memasuki ruang bilik yang mempunyai ketinggian siling 10 kaki,
sementara itu mereka juga boleh berfikir secara sempit dalam bilik yang tinggi
silingnya 8 kaki.
ii. Ketinggian siling juga boleh berubah berdasarkan ruang bilik.Diantara Ruang
tamu,bilik tidur,bilik air dan bilik laundry tidak akan mempunyai ketinggian siling
yang sama .
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(4/6) Muka Surat / Page : 6 Drp / Of 25

iii. Terdapat beberapa faktor yang boleh dipertimbangkan apabila menentukan


ketinggian siling yang sesuai bagi sesuatu bilik, diantaranya saiz bilik, aktiviti
yang akan berlaku dalam bilik tersebut, lokasi bilik –bersebelahan dengan ruang
terbuka yang lain dan jarak penglihatan secara keseluruhannya.

3.2.1 Ketinggian Standard


i. Bagi pemasangan siling standard, jarak maksimum yang dibenarkan dari
aras lantai ke siling adalah 123.5” (3137mm).
ii. Jika menggunakan siling plaster, ketinggian yang ideal adalah melebihi 2.5m
(8.5′).. Ketinggian 3.0 m (10 kaki ) adalah terbaik selepas memasang plaster
siling. Ia akan menyebabkan ruang tampak luas.
iii. Disesetengah bilik pejabat dan ruang komersil ketinggian yang digunapakai
adalah 3.0m atau lebih. Malah ada yang sehingga 3.6m – 4.2m bagi
memenuhi kefungsiannya.

3.3 CORAK DAN REKABENTUK SILING


Fesyen dan reka bentuk siling telah banyak berkembang sehingga fungsinya juga
menambah estetik rumah dengan motif dan juga warna. Siling terdiri dari beranika
gaya dan dibuat dari pelbagai bahan yang berbeza-beza

3.3.1 Plywood
Siling jenis ini memberi gaya yang sederhana memperuntukkan harga yang lebih
murah Kelebihan siling jenis ini adalah pemasangan tersebut tidak begitu sukar
dan tak perlu kemahiran khas. Namun bahan ini kurang tahan terutama jika
terdedah air atau dimakan anai-anai.
Saiz Plywood: Lazimnya plywood yang digunakan bersaiz 2.4m x 1.2m.
Ketebalan plywood yang digunakan berbeza-beza, biasanya kira-kira 3 hingga 6
mm
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(4/6) Muka Surat / Page : 7 Drp / Of 25

Rajah 1.3.1 Papan Lapis/Plywood

3.3.2 Papan Gypsum


Gypsum merupakan bahan siling yang umumnya sangat popular dalam
pembinaan bahagian dalaman bangunan. Siling gypsum banyak digunakan
kerana cara membinannya yang lebih mudah dan cepat. Di samping itu siling
jenis gypsum juga banyak menjadi pilihan kerana boleh menyembunyikan
sambungan antara lembaran siling. Siling gypsum biasanya banyak
menggantikan siling plywood dan kelihatan lebih bergaya dan dapat memberi
nilai tambah artistik. Namun ia tidak tahan air ,api dan boleh mengakibatkan
rapuh dan gugur.
Saiz: Lebar 1200mm & 1220mm, Panjang 1800mm – 3600, Tebal 7mm -
15mm

Rajah 1.3.2 Siling Gypsum


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(4/6) Muka Surat / Page : 8 Drp / Of 25

3.3.3 Kepingan Asbestos


Bahan lazim untuk binaan siling. Ia banyak digunakan kerana kosnya yang
murah dan mudah dipasang. Penggunaanya mampu memberi kesan penebatan
yang baik kepada haba. Namun asbestos sangat berbahaya terutama apabila
serpihan atau debu asbestos yang tidak boleh dilihat kemungkinan tersedut dan
boleh menjejaskan kesihatan. Di sesetengah negara penggunaannya dilarang
kerana kesan terhadapa kesihatan.
Saiz: Ia tersedia dalam bentuk kepingan bersaiz 600mmx1200 dan
1200mmx1200mm

Rajah 1.3.3 Siling Asbestos

3.3.4 PVC
Diperbuat daripada plastic. Sifatnya yang tahan terhadap air menjadikan
harganya jauh lebih mahal. Bahan PVC atau polivynil chloride merupakan
polimer yang bersifat lembut dan ringan. Aplikasinya lebih kreatif kerana mudah
dibentuk. Ia tidak memerlukan sebarang kemasan tambahan seperti cat.kerana
ia dibuat dalam pelbagai warna . Selain daripada itu siling PVC lebih tahan lama
dan mudah dibersihkan

Saiz :
4500mm x 250mm x 10mm
6000mm x 250mm x 10mm
5000mm x 250mm x 10mm
5000mm x 333mm x 10mm
4000mm x 200mm x 10mm
5400mm x 250mm x 9mm
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(4/6) Muka Surat / Page : 9 Drp / Of 25

Rajah 1.3.4 Siling PVC dan Saiz Siling di Pasaran

3.3.5 Campuran Gypsum dan Plywood


Tahan terhadap air, tetapi rapuh bila terhantuk . Ia agak susah dikerjakan kerana
memerlukan kemahiran khusus untuk memotong dan memasangnya.

Rajah 1.3.5 Siling Campuran Gypsum dan Plywood

3.3.6 Kayu
Siling kayu atau lambersering. Kayu yang digunakan dari kayu lambersering
atau kayu olahan. Kemasan terdiri daripada salutan melamine atau varnish agar
karakter kayunya semakin kuat. Selain lebih mahal siling lambersering lebih
sukar dalam pengerjaannya.

Saiz :
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(4/6) Muka Surat / Page : 10 Drp / Of 25

Rajah 1.3.6 Siling Kayu

3.3.7 Papan Simen Fiber/ ‘Fiber Cement Board’


Papan simen fiber dibuat daripada campuran pasir silica, gypsum, simen,
memakai serat selulosa sebagai tulangnya. Ianya lebih kuat dan tidak mudah
patah berbanding papan gypsum dan asbestos. Tahan lenturan sehingga 170
kg/cm . Lebih tahan air ,api dan gegaran. Permukaannya lebih datar dan halus
sehingga melakukan kemasan juga lebih mudah dan rapi.
Saiz : bersaiz 2.4m x 1.2m dengan ketebalan 3mm, 3.5mm, 4.5mm, 6mm,
8mm, 12mm dan 20mm untuk sistem lantai dak, Tetapi penggunaan untuk siling
sesuai pada ketebalan 3mm dan 4.5mm.

Rajah 1.3.7 Siling Papan Simen Fiber

3.3.8 Papan Serau


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(4/6) Muka Surat / Page : 11 Drp / Of 25

Merupakan bahan lembut kerana berketumpatan rendah antara 300-500kg/m3.


Sebelah daripada permukaannya dilaminat dengan kertas warna berbeza.
Apabila mengendali bahan ini ia perlu berhati-hati kerana ia boleh patah atau
serpih. Oleh kerana ketumpatannya rendah ia boleh bertindak sebagai bahan
penebat haba . Ia juga mempunyai sifat akustik yang boleh mengurangkan
bunyi.
Saiz : bersaiz 2.4m x 1.2m. dengan ketebalan 10mm-12mm

Rajah 1.3.8 Siling Papan Serau

4. BAHAN SILING, ALAT DAN KELENGKAPAN


4.1 Komponen Siling Tetap
i. Kerangka

Kerangka dari besi hollow 4 x 4 cm / 2 x 4 cm, ketebalan plat besi hollow


minimun 0.3 mm dan juga pengunaaan kayu bersaiz 50 mm x 50mm atau 50mm
x 100mm.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(4/6) Muka Surat / Page : 12 Drp / Of 25

Rajah 2.1(i): Bahan Kerangka

ii. Panel Siling


Panel siling ialah bahan yang dilekatkan secara mendatar di bawah kerangka
siling. Terdiri dari bebas asbestos, papa lapis, papan serpihan, papan gipsum,
papan jalur dan lain-lain lagi.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(4/6) Muka Surat / Page : 13 Drp / Of 25

Rajah 2.1 (ii): Bahan-Bahan Siling

iii. Compound
Jika menggunakan papan gypsum, compound atau bahan plester ex UB400 atau
lain yang setara digunakan untuk menutup ruang antara celah-celah gypsum

Rajah 2.1 (iii): Compound

iv. Paku dan Skru


Paku digunakan untuk mencantumkan bebrapa kepingan kayu. Terdapat dua
jenis paku iaitu paku kepala rata danpaku kepala panel.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(4/6) Muka Surat / Page : 14 Drp / Of 25

Skru pula lebih kurang sama dengan paku kerana ia digunakan untuk
mencantumkan bahan-bahan projek yang diperbuat daripada plastik,logam dan
kayu. Penggunaan skru akan mencantumkan dua jenis bahan dengan lebih kuat
dan kukuhberbanding dengan penggunaan paku. Terdapat beberapa jenis skru
diantaranya ialah:
a. Skru berkepala bulatdigunakan untuk mencantumkan beberapa jenis kayu
yang nipis
b. Skru berkepala benamdigunakan untuk mengikat kayu yang tebal
c. Skru berkepala timbuldigunakan untuk mengikat logam dengan kayu

Rajah 2.1 (iv) : Skru

4.2 Komponen Siling Gantung


Kerja memasang tidak boleh dijalankan sehingga kerja basah seperti menuang
konkrit, memasang kemasan lantai, melepa atau mengecat telah siap atau kering
sepenuhnya. Komponen dalam sistem siling ini secara lazimnya terdiri daripada
komponen bar T utama, T lintang, bar H, sesiku dinsing/ lapik tembok dan dawai
penyangkut lengkap dengan klip penyangkut, direkabentuk untuk menyokong
siling, lekapan lampu atau pembaur udara tergantung dengan pesongan
maksimum 1/360 rentang

i. Bar T utama dan Bar T lintang


Lebar semua bar T utama dan T lintang dengan rekabentuk 2 web hendaklah
24mm
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(4/6) Muka Surat / Page : 15 Drp / Of 25

Rajah 2.2 (i) A: Bar T Utama


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(4/6) Muka Surat / Page : 16 Drp / Of 25

Rajah 2.2 (i) B: Siling Gantung menggunakan Bar T Utama

Rajah 2.2 (i) C: Keratan Melintang T Bar

ii. Sesiku dinding / Lapik Tembok


Hendaklah sama lebarnya dengan lebar T yang terdedah. Secara lazimnya
digunakan antara siling dan dinding untuk menutup ruang serta tujuan sokongan
dan kemasan
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(4/6) Muka Surat / Page : 17 Drp / Of 25

Rajah 2.2 (ii): Sesiku dinding / Lapik Dinding

iii. Dawai penyangkut


Hendaklah daripada keluli karbon tergalvani, keluli lembut, praregang dengan
beban tegasan alah sekurang-kurangnya tiga (3) kali beban reka bentuk, tetapi
dalam apa jua keadaan hendalah berdiameter tidak kurang daripada 12 tolok
(12.6mm). Dawai tolok yang lebih tebal hendaklah digunakan bagi pemasangan
yang menanggung beban lebih berat atau dalam keadaan apabila jarak dawai
penyangkut melebihi 1200mm pusat ke pusat. Sistem hendaklah direkabentuk
dengan sistem mengunci berkembar untuk memastikan keselamatan dan juga
untuk membolehkan pemasangan dibuat dengan mudah dan pantas. Dawai
keluli tahan karat atau dawai aloi nikel-kuprum hendaklah digunakan dalam
persekitaran yang memudahkan kakisan

Rajah 2.2 (iii): Dawai penyangkut dan kedudukan pemasangan


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(4/6) Muka Surat / Page : 18 Drp / Of 25

iv. Aksesori
Pendakap tambahan atau bolt pengantung, seperti daripada logam, rod atay
sesiku struktur yang secukupnya hendaklah dipasang bagi pemasangan yang
boleh terangkat disebabkan kesan angin

Rajah 2.2 (iv): Aksesori Tambahan

5. KAEDAH DAN TEKNIK TANDA ARAS


Sebelum kerja-kerja pembinaan siling dapat dijalankan, kawasan dan bahagiannya
mestilah dikenalpasti. Terdapat beberapa kaedah dan teknik kerja menanda
kedudukan siling. Antaranya
Hos air, penimbang air dan juga laser.
3.1. Hos air
Kegunaan hos air sebagai alat aras adalah berdasarkan kepada prinsip bahawa air
mencapai aras yang sama di mana-mana dalam sesuatu kandungan yang sama.
Hos air yang lutsinar berisi air merupakan alat yang senang digunakan untuk
memindahkan aras dari satu tempat ke satu tempat yang lain di tapak bina.

Saiz hos yang sesuai digunakan berubah dari 5mm diameter hingga 20mm
diameter diperbuat daripada getah atau plastik yang lutsinar.

Hos itu hendaklah diisi dengan air terlebih dahulu dan hendaklah dipastikan tiada
buih atau ruang-ruang udara yang terdapat di dalamnya. Satu hujungnya diletak
dengan tanda A (lihat rajah) yang merupakan aras asal sebagai aras rujukan.
Hujung yang satu lagi ditempatkan pada tempat yang hendak disearaskan,
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(4/6) Muka Surat / Page : 19 Drp / Of 25

misalnya pada titik B. Apabila aliran air di dalam hos berhenti, didapati aras B
adalah sama tingginya dengan aras A. Tempat-tempat yang lain boleh juga
ditandakan dengan cara yang sama untuk mendapatkan aras yang sama.

Perhatian hendaklah diambil untuk memastikan bahawa ruang udara tidak berlaku
dalam hos selepas air diisikan. Kehadiran ruang udara dalam hos mungkin akan
mengakibatkan aras yang ditanda itu tidak tepat.

Kaedah Menyamakan Aras dengan Hos Air


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(4/6) Muka Surat / Page : 20 Drp / Of 25

3.2 Laser
Kecanggihan teknologi binaan dengan adanya sebuah alat pengukur paras
ketinggian menggunakan pancaran laser. Caranya ialah dengan meletakkan alat
laser di kedudukan ketinggian yang dikehendaki dan ON kan alat tersebut. Ia akan
memancarkan cahaya laser di sekeliling bilik. Selepas itu buat garisan mengikut
cahaya laser yang terpancar di dinding. Kemudian lakukan ukuran untuk
menambah ketinggian atau mengurangkan ketinggian dari garisan yang telah
dibuat

Penggunaan hos air atau alat timbang laser adalah kerana permukaan lantai yang
mungkin tidak rata. Sekiranya kita menggunakan pita pengukur dan mula mengukur 7 kaki
dari lantai, jika paras lantai tidak rata, maka siling akan senget.

3.3 Timbang air


Timbang air digunakan untuk menyamakan aras kedudukan siling semasa
membuat penanda aras kedudukan siling dari hujung ke hujung.

6. KAEDAH DAN TEKNIK PEMOTONGAN SILING


Kaedah memotong siling bergantung pada jenis dan kesesuaian bahan siling yang
digunakan. Mesin gergaji bulat boleh memotong silingkayu. Bagi siling kapur,
asbestos, gypsum boleh menggunakan pisau atau gergaji tangan.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(4/6) Muka Surat / Page : 21 Drp / Of 25

6.1 Pisau

Kerja memotong siling kapur

6.2 Gergaji Tanda

Kerja memotong conice menggunakan gergaji.

7. TEKNIK PEMASANGAN SILING


Terbahagi kepada dua peringkat
i. Membina Kerangka Siling
ii. Memasang Siling

7.1 Membina Kerangka Siling


i. Kerangka siling dibina dibawah kerangka bumbung. Bagi rumah atau bangunan
bertingkat kerangka siling dibina dibawah gelegar lantai.
ii. Dalam pembinaan kerangka konvensional , siling dibina menggunakan
susunan gelegar kayu yang dibina merentangi panjang dan lebar siling. Bahan
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(4/6) Muka Surat / Page : 22 Drp / Of 25

–bahan lain seperti keluli dan konkrit juga terlibat bagi meyokong kerangka.
Gelegar siling membantu memegang tembok bagi memastikan kestabilan
tembok secara keseluruhan.
iii. Komponen –komponen terlibat dalam pembinaan kerangka siling kayu adalah
gelegar siling jeriau dan penjarak.
iv. Terdapat dua cara membina kerangka siling- Siling Tetap
a) Memasang penjarak dan jeriau diantara gelegar siling
Gelegar siling adalah sebahagian daripada kerangka siling dimana
panel siling dipaku terus padanya
b) Memasang jeriau dan penjarak di bawah pengikat bumbung
Pengikat bumbung tidak dijadikan sebahagian daripada kerangka siling
tetapi sebagai struktur untuk menggantung kerangka siling

v. Bagi pembinaan kerangka siling yang menggunakan gelegar siling sebagai


kerangka utama siling , Jarak antaranya dan kayu penjarak ditentukan pada
kadar 600mm tengah ke tengah . Ukuran ini adalah berdasarkan saiz panel
siling asbestos 600mm x 1200mm

600mm

Gelegar siling

GELEGAR
SILING Alang
SEBAGAI
KERANGKA
UTAMA SILING

Penggantung
Keluli
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(4/6) Muka Surat / Page : 23 Drp / Of 25

Rajah 5.1: Kerangka Siling Tetep Dibawah Pengikat Bumbung


7.2 Memasang Siling
i. Buat pemilihan dan tentukan bahan yang heendak digunakan
ii. Rentang tali sepanjang kerangka siling, periksa kearasan dan kelurusan
jeriau dan penjarak
iii. Laras dan buat penyesuaian dimana yang perlu
iv. Tandakan posisi panel siling
v. Angkat Panel siling kepada kerangka dan posisi
vi. Pakukan disepanjang panel
vii. Gunakan kayu panjang untuk menolak dan merapatkan panel siling pada
kerangka
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(4/6) Muka Surat / Page : 24 Drp / Of 25

Rajah 5.2: Pemasangan Siling


SOALAN / QUESTIONS:

1. Nyatakan dua (2) kategori siling


a. __________________________________________________________________
b. __________________________________________________________________

2. Berikan empat (4) jenis siling yang biasa digunakan


a. __________________________________________________________________
b. __________________________________________________________________

3. Terangkan cara memasang siling?


_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

4. Apakah alat yang digunakan untuk berkerja ditempat tinggi.


_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(4/6) Muka Surat / Page : 25 Drp / Of 25

RUJUKAN / REFERENCES:

1. Wood - Types of wooden & plywood ceiling - Sarovai


sarovai.hubpages.com › Arts and Design

2. Ceiling Building Materials | Home Guides | SF Gate


homeguides.sfgate.com

3. Project Buchanan Liberia: 2012 Photo Report #2: Ceilings


projectbuchananliberia.blogspot.com

4. How Do I Choose the Best Ceiling Materials?


www.wisegeek.com/how-do-i-choose-the-best-ceiling-materials.htm

5. Common Ceiling Heights | eHow


www.ehow.com › Home & Garden

6. Ceiling Heights and "Scoreboard" | Life of an Architect


www.lifeofanarchitect.com/ceiling-heights-and-scoreboard/

7. Fitting a false ceiling | Step by Step instructions | DIY 4 beginners


www.diy4beginners.co.uk

Anda mungkin juga menyukai