Anda di halaman 1dari 14

1.

0 PENGENALAN TENDER

1.1

Pengenalan

Di Malaysia, amalan yang biasa diamalkan ialah klien menawarkan sesuatu projek pada
kelompok kontraktor di mana kontraktor tersebut masing-masing akan bersaing menyerahkan
tender yang paling optimum dan keputusannya adalah terletak kepada klien untuk memilih
kontraktor yang layak. Apabila tender daripada sesebuah kontraktor itu diterima oleh klien,
maka wujudlah ikatan yang dinamakan kontrak antara kontraktor yang dipilih oleh klien.
Tender ialah suatu kenyataan yang dikeluarkan kepada seseorang untuk melakukan kerja di
samping mendapatkan persetujuan daripada pihak yang berkenaan (Saidin, 1998). Menurut
March (2003) pula, proses menender merupakan proses taktikal bagi pemilihan satu-satu
pihak bagi membekalkan suatu perkhidmatan, produk atau item kerja. Tanpa menghiraukan
mekanisme pemilihan, proses tawaran dan pemerimaan perlu ada di dalam tender. Ia
merupakan suatu proses bertaktik sebagai keputusan yang strategik terhadap suatu pihak serta
skop kerja yang telahpun dikenalpasti.
Tender merupakan proses utama yang dilakukan oleh klien untuk mendapatkan kontraktor
yang layak. Pemilihan kontraktor biasanya dibuat melalui pertandingan yang melibatkan
perbandingan antara perkara tertentu seperti harga dan masa pembinaan. Ini adalah antara
faktor utama pemilihan kontraktor selain reputasi serta pengalaman kontraktor tersebut.

2.0 JENIS-JENIS TENDER

2.1

Jenis Tawaran

Terdapat beberapa jenis tender yang dipraktiskan di Malaysia. Antara yang sering diamalkan
adalah tender terbuka, tender terpilih dan tender perundingan. Setiap jenis tender mempunyai
kelebihan dan kelemahan masing-masing dan perlaksanaannya adalah bergantung kepada
kesesuaian dalam proses menender. Pemilihan jenis tender dalam sesuatu projek pembinaan
banyak bergantung kepada beberapa faktor utama seperti saiz projek, lokasi pembinaan,
kesesuaian dengan masa serta kos yang diperuntukkan, pengalaman dan sebagainya.

2.2 Tender Terbuka


Tender jenis ini terbuka untuk ditandingi oleh semua kontraktor / pembekal yang berdaftar
dengan Kementerian Kewangan bagi bekalan dan perkhidmatan dan Lembaga Pembangunan
Industri pembinaan Malaysia (CIDB) dan Pusat Khidmat kontraktor (PKK) bagi kerja.
Tender terbuka sering diamalkan di dalam industri pembinaan di Malaysia untuk memilih
kontraktor yang berkelayakan dan untuk melaksanakan suatu pembinaan yang dirancang.
Persaingan secara tender terbuka adalah lebih adil dan dapat menjamin harga tender yang
ditawarkan mengikut pasaran semasa. Klien akan mengiklankan tawaran dalam akhbarakhbar tempatan untuk menjemput kontraktor yang berminat menawarkan harga yang
munasabah bagi projek tersebut.
Di dalam iklan tawaran, akan disebut tentang skop kerja yang ditawarkan dan isu-isu yang
penting berkenaan projek yang akan dijalankan yang perlu diberi perhatian oleh pihak
kontraktor. Iklan bagi tender terbuka juga mencakupi rangka yang terperinci tentang jenis,
ukuran, program dan sifat utama kerja atau projek (Turner, 1983). Pentender akan dikenakan
sejumlah wang tertentu untuk membeli dokumen tender terebut dan dokumen yang telah
lengkap diisi hendaklah dihantar pada tarikh dan tempat yang telah ditetapkan.
Penawaran harga oleh kontraktor biasanya berdasarkan jumlah anggaran kasar sesebuah
pembinaan berdasarkan pengalaman kontraktor itu sendiri. Harga ini termasuklah harga
bahan binaan, gaji pekerja, bayaran untuk sub-kontraktor, kerja sampingan dan juga

keuntungan. Harga tender yang diserahkan itu merupakan tawaran yang muktamad tanpa apaapa perundingan dan tawar-menawar dengan pihak klien (Clough dan Sears, 1994). Semua
kontraktor yang berkelayakan boleh mencuba nasib mereka untuk memenangi tender tersebut
kerana klien tidak terikat untuk memilih mana-mana pentender yang menawarkan harga yang
paling rendah.
Tujuan tender jenis ini adalah untuk membolehkan klien mendapatkan seorang kontraktor
yang dapat menawarkan harga yang paling minimum bagi sesuatu projek pembinaan tanpa
menjejaskan mutu kerja dan bahan binaan. Walaupun begitu, harga yang paling rendah tidak
semestinya harga yang paling baik pada pandangan klien (Clough dan Sears, 1994). Dalam
tender ini, klien yang diwakili oleh perunding arkitek, jurutera dan juru ukur bahan akan
membuat pelawaan kepada kontraktor untuk menender di akhbar-akhbar.
Tender terbuka mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan jenis-jenis tender yang
lain. Tender terbuka memberi peluang yang sama rata kepada semua kontraktor terutamanya
kontraktor yang baru mendaftar dan kurang pengalaman. Ini kerana pemilihan adalah
berdasarkan kos yang ditawarkan oleh setiap kontraktor. Di samping itu, ia juga tidak
memerlukan kemahiran dan kelayakan yang khusus. Tender jenis ini juga tidak
menggalakkan manipulasi dan pakatan harga di antara kontraktor yang memasuki tender
(Milne, 1980). Tender jenis ini bersifat kompetitif dan ini boleh mewujudkan persaingan yang
sihat antara kontraktor yang terlibat dan kebaikan kepada klien pula adalah dari aspek
pemilihan kontraktor yang dapat menawarkan harga yang paling munasabah.
Tender terbuka tidak sesuai untuk projek yang memerlukan penyiapan segera. Kos projek
mungkin akan meningkat disebabkan mutu kerja yang dihasilkan kurang berkualiti
disebabkan harga tawaran yang terlalu rendah. Ini adalah amat berisiko kerana kontraktor
mungkin akan membuat tuntutan yang tidak munasabah untuk mengelakkan kerugian
(Mohamed, 2002).
Tender jenis ini jarang dipraktiskan oleh pihak swasta. Ini adalah kerana proses yang panjang
diperlukan bermula daripada peringkat penyediaan dokumen, mengiklankan, penyediaan
lukisan spesifikasi sehinggalah kepada proses penilaian dan pemilihan kontraktor yang layak
yang mana berlaku pembaziran wang dan masa.
Selain itu, tender terbuka kurang menggalakkan penggunaan alatan-alatan moden kerana
projek yang biasanya terlibat dengan tender terbuka adalah berkos rendah atau sederhana.

Kesukaran untuk memilih kontraktor yang layak juga menjadi satu masalah bagi pihak klien
kerana ia melibatkan jumlah yang agak besar dan ini membazirkan masa dan wang bagi
kedua-dua pihak iaitu kontraktor dan klien.

2.3 Tawaran Terhad dan Tertutup


Tender terpilih adalah tender yang hanya dikemukakan kepada kontraktor-kontraktor yang
telah dipilih oleh klien. Ini bermakna jumlah kontraktor yang boleh memasuki tender untuk
tender jenis ini adalah kecil tetapi kontraktor ini dipilih berdasarkan kepada pengalaman dan
kemahiran yang luas dalam sesuatu bidang. Kontraktor yang berpengalaman luas dan
mempunyai kemahiran tertentu yang bersesuaian akan dikenalpasti terlebih dahulu dan hanya
mereka sahaja yang akan dipelawa untuk menyertai tender. Bilangan kontraktor terpilih
biasanya kecil iaitu antara 5 hingga 8 orang. Persaingan juga berlaku tetapi dalam jumlah
yang kecil.
Melalui sistem tender ini, pemilihan kontraktor adalah berdasarkan lukisan lakar, senarai
bahan dan juga penyediaan kontraktor binaan dan kelayakannya. Terdapat dua cara
menyenaraikan kontraktor yang biasa diamalkan iaitu:
Perunding bagi pihak klien akan menyenaraikan nama-nama kontraktor yang layak. Tender
hanya akan ditawarkan kepada mana kontraktor yang termasuk dalam senarai tersebut.
Kontraktor yang meletakkan harga yang munasabah dan rendah biasanya akan dipilih. Proses
yang telah diterangkan dalam Kod Peraturan Pemilihan.
Tender terpilih mengurangkan risiko kegagalan pembinaan dan mengurangkan kos
penyediaan dokumen tender. Ia amat sesuai bagi kerja-kerja khas yang memerlukan
kemahiran tertentu. Projek dapat disiapkan dengan baik kerana kontraktor yang berpotensi,
bereputasi tinggi serta yang benar-benar layak telah dipilih di peringkat awal lagi (Mohamed,
2002).
Sistem tender terpilih juga tidak dapat lari dari kekurangannya iaitu tidak semua kontraktor
mendapat peluang dalam tender jenis ini terutamanya kontraktor yang baru berdaftar dan
kurang pengalaman kerana ia terhad untuk kontraktor yang mahir serta berpengalaman. Salah
satu masalah yang sering timbul apabila mengamalkan tender jenis ini ialah terdapatnya

pakatan harga di antara kontraktor yang disenaraikan. Klien tidak mempunyai pilihan lain
jika semua kontraktor meletakkan harga yang tinggi dari kos yang ditaksir dari anggaran
kasar, maka pemilihan terpaksa dibuat ke atas kontraktor yang menawarkan harga yang
paling rendah antara kontraktor tetapi lebih tinggi dari kos asal. Biasanya kes ini berlaku jika
kontraktor itu mengenali antara satu sama lain (Saidin, 1998).
Tender terhad hanya boleh dilaksanakan setelah agensi mendapat kelulusan khas
Perbendaharaan Malaysia sebelum ianya dilaksanakan. Tawaran terhad biasanya terbuka
kepada semua kontraktor yang termasuk di dalam kategori yang telah dinyatakan dalam iklan
tawaran. Contohnya tawaran terhad kepada kontraktor bumiputera sahaja.

2.4 Tawaran Perundingan


Dalam tender perundingan, klien akan menghantar surat kepada kontraktor tertentu untuk
menjemput kontraktor tersebut menyediakan rangka perbelanjaan bagi projek yang
dirancangkan. Klien akan berunding dengan seorang kontraktor secara langsung mengenai
projek pembinaan yang akan dilaksanakan sebelum memilih kontraktor yang bersesuaian
melalui tender perundingan. Biasanya klien akan menjemput kontraktor yang mempunyai
reputasi dan rekod yang baik yang diketahui latarbelakang projek yang terlibat serta
semestinya berkemahiran.
Biasanya, kos yang ditawarkan oleh kontraktor adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan
jenis-jenis tender yang lain. Ini kerana kontraktor akan terlibat secara langsung dari peringkat
awal kitaran hidup projek pembinaan sehinggalah ke peringkat penyerahan projek kepada
klien. Klien akan diberi penerangan yang jelas dan terperinci mengenai kesesuaian
rekabentuk, penggunaan bahan binaan, teknologi yang digunakan serta cara binaan yang
boleh memaksimumkan keuntungan sesuatu projek pembinaan. Namun begitu, kos bagi
membiayai proses tender adalah murah memandangkan klien telahpun mempunyai kontaktor
pilihan yang dirasakan layak tanpa perlu melibatkan jemputan untuk menender yang
mengambil masa yang panjang dan tanpa melibatkan kontraktor yang ramai. Terdapat dua
jenis tender perundingan yang biasa dijalankan.

2.5 Tender Prakelayakan


Peraturan pra-kelayakan adalah bertujuan untuk menapis kontraktor-kontraktor supaya
mereka yang mempunyai pengalaman, kebolehan teknikal, kewangan secara pengurusan bagi
melaksanakan sesuatu projek sahaja dibenarkan mengambil bahagian di dalam sesuatu tender
yang diadakan setelah agensi mendapat kelulusan khas Perbendaharaan Malaysia.
Secara amnya, tender prakelayakan adalah agak sama dengan tender terbuka. Perbezaannya
cuma kontraktor yang akan dipilih adalah kontraktor yang mempunyai latarbelakang yang
kukuh dan rekod yang baik sahaja akan dipilih berbanding tender terbuka di mana semua
kontraktor mempunyai peluang sama rata. Bagi memastikan kontraktor yang dipilih
mempunyai kelayakan yang sepatutnya iaitu mempunyai kepakaran kerja, modal pusingan
yang cukup dan kemahiran dalam bidang tertentu, satu borang tawaran akan diberi kepada
kontraktor yang memohon. Dalam borang tawaran ini kontraktor dikehendaki memberi
maklumat tentang kenyataan kewangan dan pengurusan untuk memastikan latar belakang
diketahui dengan jelas oleh klien (Saidin, 1998).
Notis tawaran tender prakelayakan juga sama dengan tender terbuka iaitu dibuat dengan
menyatakan skop kerja dan tarikh tawaran dan butir-butir lain mengenai projek yang akan
dijalankan. Tambahannya adalah klien selalunya menetapkan jangka masa pembinaan bagi
projek tersebut. Selain itu, notis tawaran juga berkehendakkan kontraktor membuat
pembayaran tertentu bagi menjamin semua kontraktor yang memasuki tawaran adalah bona
fide (Saidin, 1998).

3.0 SYARAT-SYARAT YANG PERLU ADA DALAM


DOKUMEN TENDER

4.0 PROSES MEMBINA DOKUMEN TENDER

4.1

Proses Tender

Perkara pertama yang dilakukan bagi melakukan proses tender ialah menyediakan Dokumen
Tender yang merujuk kepada keperluan-keperluan pelanggan dan projek secara
keseluruhan. Dokumen Tender ialah dokumen yang mengandungi kesemua keperluan projek
dan pelanggan. Beberapa bahagian akan ditambah ke dalam dokumen asal seperti Surat
Perlantikan atau Surat Niat dan lukisan kontrak. Berikut ialah proses tender :

Penyediaan dokumen tender


Penentuan jenis kontrak yang digunakan
Jenis-jenis tender
Perlawaan tender
Proses jual beli tender
Penyerahan tender kepada kontraktor pada tarikh tutup tender
Proses penilaian tender
Pemilihan kontraktor yang berjaya
Penyediaan tender kontrak

4.2

Penyediaan Dokumen Tender

Penyediaan Dokumen Tender adalah peringkat seterusnya selepas lukisan terperinci telah
disiapkan. Bagi kontrak yang berdasarkan bil kuantiti, kerja-kerja (taking off ) akan bermula
sebaik sahaja perunding Juruukur Bahan menerima lukisan - lukisan susun atur dan terperinci
daripada pihak arkitek dan jurutera.
Sementara bagi kontrak berdasarkan lukisan dan spesifikasi, mereka bentuk dan membina,
Ringkasan Tender akan disediakan. Proses tender dan penilaian tender juga bermula
diperingkat ini. Selepas pemilihan tender yang sesuai ke atas kontraktor yang paling
berwibawa, peringkat seterusnya akan bermula.
Setiap set dokumen tender hendaklah sempurna serta mengandungi perkara-perkara berikut :

i.

Syarat - syarat dan arahan kepada petender iaitu maklumat- maklumat penting

ii.

yang wajib dipatuhi oleh petender.


Spesifikasi - spesifikasi umum / khusus / teknikal bagibekalan / perkhidmatan /

iii.

kerja yang dikehendaki oleh agensi.


Borang tender di mana borang hendaklah diisi dan ditandatangani oleh petender

iv.

bagi menyertai tender.


Contoh surat Setuju Terima Tender - Contoh surat yang mengesahkan penerimaan
sesuatu tawaran berasaskan kepada syarat yang telah ditetapkan dalam Dokumen
Tender, syarat yang telah dipersetujui dalam surat niat atau apa - apa syarat lain

v.

yang telah dipersetujui melalui rundingan sebelumnya.


Syarat - syarat kontrak iaitu syarat - syarat kontrak yang akan diguna pakai bagi

vi.

petender yang berjaya.


Senarai Kuantiti atau Ringkasan Tender iaitu maklumat yang menjelaskan huraian

vii.

kerja / kuantiti yang diperlukan dan tempoh masa yang akan diikat.
Jadual kadar harga - Jadual kadar harga yang perlu diisi oleh petender

viii.

(jika berkenaan).
Lukisan teknikal / pelan - Sesuatu pelan, model atau lukisan yang diperlukan

ix.

(jika berkenaan).
Prestasi / rekod pengalaman - Maklumat tentang pengalaman petender dalam

x.
xi.
xii.

bidang berkaitan yang dibekalkan / dilaksanakan kepada agensi dan pihak swasta.
Profil dan kedudukan kewangan pretender.
Maklumat terperinci tentang latar belakang dan keupayaan kewangan petender.
Senarai semak - Senarai dokumen / perkara yang perlu dikemukakan oleh
petender.

4.3

Keperluan Penyediaan Dokumen Tender

Antara keperluan - keperluan penyediaan Dokumen Tender ialah seperti berikut :


i.

Peruntukan - peruntukan dalam Dokumen Tawaran mestilah menjadi asas bagi

ii.

satu kontrak yang boleh dilaksanakan oleh kontraktor.


Peruntukan dalam Dokumen Tawaran mestilah menggambarkan perolehan
mengikut tatacara yang diluluskan oleh kerajaan dan juga merangkumi dasar-dasar

iii.

kerajaan yang baru.


Kerja yang dilaksanakan mesti didefinisikan dan ditentukan dengan jelas dan tepat

iv.

serta Dokumen Tawaran bebas dari sebarang kesamaran dan percanggahan.


Kerja yang ditentukan mestilah mengikut kehendak-kehendak yang nyata
( Jabatan / Kementerian Pelanggan ).

v.

Kerja yang ditentukan mestilah mengikut kehendak JKR dari segi reka bentuk dan
pembinaan

4.4

Isi Kandungan Dokumen Tender

Dokumen Tender ialah dokumen yang disediakan untuk kegunaan petender bagi meletakkan
harga tawaran mereka. Antara kandungan yang patut ada dalam sesuatu Dokumen Tender
ialah :
i)
ii)
iii)
iv)
v)
vi)
vii)
viii)

Arahan kepada Pentender.


Borang Tender.
Surat Setujuterima Tender.
Borang Kontrak / Syarat - Syarat Kontrak.
Spesifikasi.
Senarai Kuantiti / Ringkasan Tender.
Jadual Kadar Harga.
Lampiran-lampiran.

Bagaimanapun, isi kandungan ini biasanya bergantung kepada pihak pelanggan untuk
menentukan bahagian yang perlu dimasukkan dan bahagian mana yang tidak perlu
dimasukkan. Antaraisi kandungannya ialah :

4.5

Penyediaan Borang Piawai.

Borang piawai yang biasanya digunakan ialah borang kontrak, Borang Tender dan Surat
Setuju Terima Tender. Bagiprojek yang menggunakan kontrak berdasarkan Senarai
Kuantiti,borang kontrak yang digunakan ialah JKR 203A Semakan 10/83 bagi projek
kerajaan atau pun PAM (Dengan Kuantiti) Edisi 2000 bagi sektor swasta. Borang JKR
203 Semakan 10/83 dan PAM (Tanpa Kuantiti) Edisi 2000 pula digunakan bagi projek yang
menggunakan kontrak berdasarkan lukisan dan spesifikasi.
Bagaimanapun ada sesetengah pelanggan di sektor swasta yang menggunakan borang
kontrak kerajaan bagi projek mereka. Ini kerana borang itu lebih mudah difahami oleh
kebanyakan kontraktor.Kerajaan juga ada menyediakan borang piawai bagi Borang Tender

dan Surat Setuju Terima Tender. Borang yang digunakan ialah borang JKR 203B-Pin.2/2002
bagi projek yang menjadikan kuantiti sebahagian daripada kontrak dan borang JKR 203CPin.2/2002 bagi projek yang berdasarkan lukisan dan spesifikasi.
Sementara bagi projek di sektor swasta atau pun perbadanan, biasanya mereka akan
membuat sendiri borang tender menggunakan borang tender kerajaan sebagai
panduan. Begitu juga dengan Surat Setuju Terima Tender, JKR 203D-Pin 4/2002 akan
digunakan bagi projek kerajaan dan pelanggan swasta atau pun perbadanan akan
menjadikannya sebagai panduan untuk projek mereka.

4.6

Penyediaan Spesifikasi.

Spesifikasi ialah perincian kerja yang akan dilaksanakan,kualiti bahan, keupayaan


kerja, nisbah kandungan, ujian yang diperlukan, butir-butir lain yang berkaitan hendaklah
dinyatakan dengan jelas supaya tidak menimbulkan keraguan kepada kontraktor. Ianya
membentangkan tentang peraturan dan kaedah kerja yang perlu dilaksanakan termasuk mutu
minimum bahan binaan yang diperlukan dan kerja-kerja pembinaan.Spesifikasi juga
menetapkan mutu minimum penghasilan kerja yang akan dilaksanakan oleh pihak
kontraktor. Kebiasaanya, spesifikasi piawai akan digunakan bagi kebanyakan projek biasa
yang mana projek itu tidak melibatkan kerja-kerja kepakaran.
4.7

Senarai Kuantiti / Ringkasan Tender.

Bagi projek yang menggunakan kontrak berdasarkan Senarai Kuantiti ( Bills of


Quantities), (taking off) akan dilakukan bagi penyediaan Senarai Kuantiti tersebut.
Sementara bagi projek yang menggunakan kontrak berdasarkan lukisan dan spesifikasi,
Ringkasan Tender (Summary of Tender ) akan disediakan. Bagaimanapun, untuk
melaksanakan kerja-kerja tersebut, lukisan susun atur dan terperinci daripada arkitek dan
jurutera hendaklah lengkap dan mencukupi.Kedua-dua bahagian ini disediakan bagi
memudahkan kontraktor membuat anggaran.
4.8

Lampiran-Lampiran.

Lampiran-lampiran ( Appendices) disediakan dibahagian terakhir dalam dokumen


Tender. Selain daripada senarai lukisan tender, boring-borang yang perlu diisi oleh kontraktor
untuk mendapatkan maklumat-maklumat mereka juga diletakkan dibahagian ini. Bahagian ini
penting dalam proses penilaian tender kerana maklumat pentender akan diperolehi daripada
borang-borang yang perlu dipenuhkan. Bagaimanapun, kebiasaannya petender akan
melampirkan profail syarikat mereka yang mengandungi semua maklumat yang diperlukan
berserta dengan dokumen tender yang diserahkan ketika memasuki tender.

4.9

Pencetakan dan Penjilidan.

Selepas semua isi kandungan Dokumen Tender lengkap, dokumen ituakan disemak
supaya tidak terdapat bahagian yang tertinggalsebelum dicetak dan dijilid. Penyemakan perlu
dilakukan denganteliti kerana sekiranya ada bahagian ataupun mukasurat yangtertinggal,
ianya akan memberi impak yang besar kepada petender.
Bagi tender terbuka, percetakan Dokumen Tender mungkinmemerlukan sehingga 70
salinan, di mana sekiranya ada mukasuratyang tertinggal, mukasurat itu terpaksa dicetak dan
diagihkankepada 70 orang petender. Pencetakan dan penjilidan adalahbahagian yang penting
dalam menentukan tarikh tutup tender.Sekiranya terdapat kerumitan seperti pelanggan
menukar beberapaitem pembinaan, mungkin tarikh tutup tender terpaksa ditunda kepada satu
tarikh yang sesuai.
Tidak dilupa, satu salinan Dokumen Tender akan dicetak dan dijilid lengkap dengan
lukisan tender untuk dijadikan Dokumen Meja Tender(Tender Table Document) yang akan
diletakkan di tempat menjual tender bagi tujuan penyemakan dan rujukan oleh petender
sebelum mereka membeli tender berkenaan.

5.0 PIHAK-PIHAK YANG TERLIBAT DALAM


DOKUMEN TENDER
4.1 Pihak yang terlibat serta tugasnya :
4.1.1

Kontraktor

Kontraktor merupakan pihak yang akan merealisasikan lukisan yang disediakan oleh pihak
perunding samada pihak arkitek mahupun jurutera kepada bentuk dan saiz sebenar yang telah
ditetapkan mengikut spesifikasi lukisan dan kontrak.
Kontraktor akan melaksanakan proses pembinaan dari awal hinggalah projek tersebut siap
mengikut segala syarat kontrak yang telah ditetapkan.
4.1.2

Penyelia kerja

Menyelia kerja kontraktor ditapak bina bagi memastikan mutu kerja mencapai piawaian
sejajar dengan spesifikasi yang telah ditetapkan di dalam kontrak. Memberikan khidmat

nasihat kepada pihak kontraktor mengenai kaedah kerja dan penafsiran lukisan.
4.1.3

Subkontraktor

Subkontraktor akan menjalankan kerja-kerja pembinaan mengikut kepakaran masing-masing


berpandukan spesifikasi yang ditetapkan di dalam kontrak. Pihak Subkontraktor juga
bertanggungjawab dalam membuat sebarang pesanan bahan dan menjalankan kerja
pembinaan dengan penuh komitmen. Mutu kerja yang baik dan pemilihan bahan yang
berkualiti perlu diberi perhatian oleh pihak Subkontraktor untuk menjamin kekukuhan
sesebuah bangunan. Subkontrator ini adalah terbahagi kepada dua salah satunya adalah sub
labour yang hanya membekalkan pekerja atau tenaga kerja bagi sesuatu kerja dan
menggunakan bahan yang disediakan oleh pihak Kontraktor utama. Total sub pula adalah
subkontaktor yang menjalankan kerja dengan membekalkan tenaga kerja dan menggunakan
bahan yang diperolehi sendiri daripada pembekal dengan cara atau inisiatif sendiri.

Anda mungkin juga menyukai