Anda di halaman 1dari 14

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN

VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA


IT-010-4:2013 SYSTEM MODULE DEVELOPMENT
PROGRAM
TAHAP DAN SEMESTER 4 (SEMESTER 1)

KOD DAN TAJUK


KPD 5043 PROGRAMMING I
KURSUS
K1 INTRODUCTION TO LATEST PROGRAMMING
LANGUAGE
NO.DAN TAJUK K2 DATA TYPES, VARIABLE AND OPERATORS,
KOMPETENSI CONTROL STATEMENTS AND METHOD
K3 BASIC OF ARRAY, STRING MANIPULATION AND
CLASSES
NO. KOD KSKV KPD5043 / KP(1/3) Muka Surat : 1 Drp : 5
NO. KOD NOSS IT-010-4:2013 C03 / P(1/3)

TAJUK/TITLE :
BASIC OF LATEST PROGRAMMING LANGUAGE

TUJUAN/PURPOSE :
Kertas penerangan ini adalah bertujuan menerangkan mengenai :
Sejarah Sistem Komputer
Perkakasan dan Perisian
Bahasa dan Pengaturcaraan
Asas Pengaturcaraan
Teknik penyelesaian masalah dalam pengaturcaraan
Prospek kerjaya dalam pengaturcaraan

PENERANGAN/INFORMATION :
Muka Surat / Page : 2
NO. KOD / CODE NO. IT-010-4:2013 C03/P(1/3)
Drpd / of : 15

1. Sejarah Sistem Komputer


Sejarah perkembangan teknologi komputer telah dikelaskan kepada lima generasi
yang utama :

1.1 Komputer Generasi Pertama (1951 -1958)

Komputer Generasi Pertama menggunakan teknologi komputer tiub


hampagas. Mauchly dan Eckert telah mencipta komputer elektronik pertama
iaitu ENIAC (Eletronic Numerical Integrator and Calculator) dan dikendalikan
oleh UNIVAC (Universal Automatic Computer) dan UNIVAC 1. Komputer
IBM pertama iaitu IBM650 telah diperkenalkan pada tahun 1954 oleh
Intergrated Business Computer. Menggunakan bahasa pengaturcaraan
peringkat rendah. Komputer generasi ini agak besar saiznya dan harganya
sangat mahal. Keupayaan memproses agak lambat. Keupayaan
menyimpan data agak kecil.

1.2 Komputer Generasi Kedua (1959 1963)

Komputer Generasi Kedua menggunakan teknologi komputer transistor.


Penggunaan transistor adalah lebih baik berbanding dengan tiub hampagas
kerana transistor adalah lebih kecil, boleh dipercayai, lebih berkemampuan,
lebih pantas dan kurang menghasilkan haba. Bahasa pengaturcaraan
Assembly language telah diperkenalkan. Komputer generasi ini agak kecil
saiznya dan lebih murah harganya jika dibandingkan dengan Komputer
Generasi Pertama. Keupayaan memproses juga lebih pantas. Keupayaan
menyimpan data lebih besar. Contoh komputer ialah IBM 7094 series, IBM
1400 series dan CDC 164.

1.3 Komputer Generasi Ketiga (1964 1970)

Komputer Generasi Ketiga menggunakan teknologi litar yang dikenali sebagai


Integrated circuit (semiconductor chip) atau litar bersepadu. Bahasa
pengaturcaraan ialah Basic, Fortran dan COBOL. Komputer generasi ini
Muka Surat / Page : 3
NO. KOD / CODE NO. IT-010-4:2013 C03/P(1/3)
Drpd / of : 15

menghasilkan komputer yang lebih kecil saiznya, lebih murah harganya dan
lebih pantas masa memproses berbanding dengan generasi sebelumnya.
Contoh komputer ialah IBM 370, IBM System/360,UNIVAC
1108 dan UNIVAC AC 9000.

1.4 Komputer Generasi Keempat (1971 1980)

Komputer Generasi Keempat menggunakan teknologi cip mikropemproses


(microprocessors) yang diperkenalkan oleh Intel Corporation. LSI (Large
Scale Integration) circuit dan VLSI (Very Large Scale Integration) circuit telah
direka. Saiz komputer adalah kecil, harga lebih murah, kelajuan memproses
lebih pantas dan komputer telah mula digunakan di sekolah dan pejabat.
Bahasa pengaturcaraan ialah C, C++, Java. Contoh computer ialah IBM 370,
Apple I dan Apple II, PDP-11.

1.5 Komputer Generasi Kelima (1990 kini)

Teknologi pemproses mikro baru mula diperkenalkan pada komputer


generasi ini. Cip-cip berkelajuan tinggi telah mula dicipta. Komputer dicipta
untuk memiliki kecerdikan buatan. Kelajuan memproses maklumat lebih
bertambah. Sistem komputer telah mula menjadi lebih ramah-pengguna.
Teknologi pengecam suara telah mula diperkenalkan. Saiz komputer
bertambah kecil dan bertambah murah. Cara hidup dan penggunaan
komputer juga telah bertukar. Kebanyakan urusan harian memerlukan
penggunaan komputer dan teknologi yang semakin canggih.
Muka Surat / Page : 4
NO. KOD / CODE NO. IT-010-4:2013 C03/P(1/3)
Drpd / of : 15

2. Perkakasan dan Perisian

Perkakasan komputer boleh dikelaskan kepada lima komponen yang utama iaitu :

2.1 Ingatan Utama (main memory)

Fungsi ingatan utama ialah untuk mengingati kembali tugas yang telah
dilaksanakan. CPU akan merujuk kepada ingatan utama kerana ianya
menyimpan arahan atau data yang diperlukan semasa pemprosesan
dilakukan.

Dua komponen ingatan utama :

2.1.1 Ingatan Capaian Rawak atau Random Access Memory (RAM)

RAM merupakan ingatan yang paling penting dalam ingatan utama.


RAM membenarkan operasi baca dan tulis dilakukan ke atasnya. RAM
berfungsi untuk menyimpan aturcara dan data yang boleh diubah pada
bila-bila masa. Data yang disimpan di dalam RAM akan hilang apabila
komputer dimatikan.

2.1.2 Ingatan Baca Sahaja atau Read Only Memory (ROM)

ROM merupakan ingatan baca sahaja dan data yang disimpan tidak
akan hilang apabila komputer dimatikan. ROM digunakan untuk
menyimpan aturcara-aturcara yang dibangunkan oleh pembekal
komputer. Aturcara tersebut telah tersedia ada apabila pengguna
membeli komputer dan ianya hanya boleh digunakan tetapi tidak boleh
diubah.

2.2 Unit Pemprosesan Pusat (Central Processing Unit) atau CPU

CPU juga dipanggil mikropemproses (processor). Unit ini merupakan


perkakasan yang utama di dalam sesebuah sistem komputer kerana semua
tugas utama yang meliputi pengawalan operasi komputer seperti pengiraan,
perbandingan logik, rujukan untuk mencapai maksud arahan dan lain-lain
Muka Surat / Page : 5
NO. KOD / CODE NO. IT-010-4:2013 C03/P(1/3)
Drpd / of : 15

dilakukan di sini. CPU bertanggungjawab untuk mentafsir maksud input dan


memberi arahan kepada bahagian lain untuk melaksanakan tugas yang
sepatutnya.

Dua komponen utama CPU ialah :

2.2.1 Unit kawalan

Unit ini bertindak sebagai otak sesebuah komputer. Berfungsi untuk


mengawal semua aktiviti komputer serta langkah-langkah memproses.

2.2.2 Unit Aritmetik/Logik (Arithmatic Logic Unit ALU)

ALU digunakan untuk melaksanakan operasi asas pengiraan dan


perbandingan.

2.3 Peranti Input

Fungsi peranti input ialah untuk memasukkan data dan arahan ke dalam
komputer untuk membolehkan komputer melaksanakan tugasnya. Peranti
input akan menerima maklumat dan menukar maklumat tersebut ke bentuk
digital supaya mudah difahami oleh komputer. Terdapat pelbagai jenis peranti
input; antaranya ialah papan kekunci (keyboard), tetikus (mouse), kayu bedik
(joystick), pen cahaya (light pen), pengimbas (scanner), sentuhan diskrin
(touch screen) dan lain-lain.

2.4 Peranti Output

Peranti output digunakan untuk memaparkan maklumat yang telah diproses


kepada pengguna. Terdapat pelbagai jenis peranti output, antaranya ialah
monitor dan pencetak.

2.5 Peranti Storan Sekunder (secondary storage)

Fungsi Storan sekunder ialah untuk menyimpan data secara kekal walaupun
komputer telah dimatikan. Data yang disimpan boleh dicapai semula apabila
dikehendaki. Terdapat pelbagai jenis peranti storan sekunder, antaranya ialah
cakera liut, cakera liat, cakera keras, cakera padat (compact disc) dan lain-
lain.
Muka Surat / Page : 6
NO. KOD / CODE NO. IT-010-4:2013 C03/P(1/3)
Drpd / of : 15

Rajah 1 : Contoh Perkakasan Komputer

Perisian ialah
istilah umum
yang
Muka Surat / Page : 7
NO. KOD / CODE NO. IT-010-4:2013 C03/P(1/3)
Drpd / of : 15

digunakan untuk menggambarkan koleksi program, prosedur dan dokumentasi


komputer yang melakukan beberapa tugas pada sebuah sistem komputer.

Perisian boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:


Program komputer
Perisian Sistem
Perisian Aplikasi
Sistem Pengoperasian
Platform Sistem Komputer

Rajah 2 : Contoh
Perisian

3. Bahasa dan
Pengaturcaraan

Secara umumnya bahasa pengaturcaraan dibahagikan kepada empat generasi


atau jenis :

3.1 Bahasa mesin (machine language)

Bahasa yang boleh terus difahami oleh komputer tanpa perlu diterjemah.
Aturcara ditulis dalam bentuk susunan digit 0 dan 1. Aturcara yang ditulis
hanya boleh dilaksanakan pada komputer yang dibina sahaja. Pembangunan
aturcara amat sukar dan mengambil masa yang lama.

3.2 Bahasa Penghimpun (Assembly language)

Aturcara ditulis menggunakan simbol dan kod yang dipanggil kod mnemonic.
Aturcara perlu diterjemah ke bahasa mesin menggunakan penghimpun
(assembler).

3.3 Bahasa Peringkat Tinggi


Muka Surat / Page : 8
NO. KOD / CODE NO. IT-010-4:2013 C03/P(1/3)
Drpd / of : 15

Aturcara yang ditulis lebih mudah difahami oleh manusia kerana


penggunaannya lebih mirip kepada bahasa Inggeris. Aturcara perlu
diterjemah ke bahasa mesin supaya dapat difahami oleh komputer. Contoh
bahasa pengaturcaraan ialah C, Pascal, Cobol, Fortran.

3.4 Bahasa Berorientasikan Objek (OOP)

Dalam menyelesaikan masalah tertentu, Bahasa Peringkat Tinggi lebih


bersifat prosedur atau langkah demi langkah. Manakala pembangunan
aturcara menggunakan Bahasa Berorientasikan Objek lebih kepada
memikirkan apakah objek yang terlibat dalam menyelesaikan masalah serta
hubungan antara objek. Contoh bahasa pengaturcaraan ialah C++ dan Java.

Bahasa pengaturcaraan Java

Java adalah bahasa pengaturcaraan yang ringkas, mudah difahami, lebih


selamat, boleh dipercayai, mudahalih (boleh digunakan pada semua jenis
sistem pengoperasian) dan bahasa berorientasikan objek. Aturcara yang
ditulis dalam bahasa ini boleh digunakan pada semua jenis komputer. Ianya
dibangunkan oleh Sun Microsystems oleh James Gosling dan rakan-rakannya
pada tahun 1991. Java merupakan bahasa pengaturcaraan yang sangat
sesuai untuk membangunkan aplikasi berasaskan internet.

4. Asas Pengaturcaraan

Aturcara ialah satu jujukan arahan yang diberi kepada komputer untuk
melaksanakan sesuatu tugas. Aturcara hendaklah ditulis dalam bahasa yang boleh
difahami oleh komputer. Bahasa yang digunakan untuk menulis aturcara dipanggil
Bahasa Pengaturcaraan. Proses menulis satu jujukan arahan ini dipanggil
pengaturcaraan dan orang yang menulis arahan ini dipanggil pengaturcara.

Antara elemen penting yang patut diketahui dalam pengaturcaraan ialah :


Sintaks asas
Jenis data
Pembolehubah
Operator asas
Kata kunci
Muka Surat / Page : 9
NO. KOD / CODE NO. IT-010-4:2013 C03/P(1/3)
Drpd / of : 15

Penyelesaian masalah
Ulangan
Nombor
Karakter
***semua elemen ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam Bab 2.

5. Teknik Penyelesaian Masalah dalam Pengaturcaraan

Terdapat beberapa langkah penyelesaian masalah. Kaedah penyelesaian masalah


yang akan diterangkan dikenali sebagai Kitar Hayat Pembangunan Aturcara
(KHPA).

Memahami masalah

Menganalisa masalah
Penyelenggaraan

Merekabentuk penyelesaian
Pengujian

Implementasi

Rajah 1 : Kitar Hayat Pembangunan Aturcara

5.1 Memahami masalah

Antara soalan yang boleh dikemukakan ialah :


i. Apakah yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah?
ii. Apakah hasil akhir?
iii. Bagaimana bentuk hasil akhir?
iv. Apakah kekangan yang wujud?
Muka Surat / Page : 10
NO. KOD / CODE NO. IT-010-4:2013 C03/P(1/3)
Drpd / of : 15

Sebagai contoh :

Anda dikehendaki menulis aturcara untuk mengira luas sebuah segitiga.

Antara soalan yang mesti ditanya :


Berapa panjang tapak dan tinggi?
Apakah formula untuk mengira luas segitiga?
Bagaimana bentuk output yang hendak dipaparkan?

5.2 Menganalisa masalah


Tiga fasa utama yang perlu dikenalpasti iaitu :

Input : tapak, tinggi


Formula : luas = 0.5 x tapak x tinggi
Output : papar tapak, tinggi dan luas.

5.3 Merekabentuk penyelesaian


Fasa merangka struktur untuk menyelesaikan masalah.

Fasa ini melibatkan algoritma iaitu langkah-langkah arahan yang perlu


dilaksanakan mengikut susunan keutamaan arahan.

Contoh algoritma untuk mengira luas segitiga ialah :


i. Mula
ii. Baca nilai tapak dan tinggi
iii. Kira luas segitiga
iv. Cetak luas segitiga
v. Tamat

Dua cara yang digunakan untuk mempersembahkan algoritma iaitu :

i. Kod pseudo (pseudocode)


Kod pseudo bermaksud penerangan algoritma dalam bentuk perkataan
menggunakan sebarang bahasa yang difahami oleh pengaturcara.
Biasanya dimulai dengan perkataan mula (begin) dan diakhiri dengan
perkataan tamat (end)

Contoh :

Mula
Input tapak, tinggi
luas = 0.5 x tapak x tinggi
Cetak luas
Tamat

ii. Carta alir


Logik aturcara secara grafik yang disambung menggunakan anak panah
Muka Surat / Page : 11
NO. KOD / CODE NO. IT-010-4:2013 C03/P(1/3)
Drpd / of : 15

Simbol asas carta alir :


Simbol Maksud
Mula/tamat bermula dan berakhirnya algoritma
Proses menunjukkan perlaksanaan arahan atau
proses
Input/output kemasukan data atau paparan
hasil
Syarat perbandingan atau pengujian syarat
Penghubung/penyambung menyambung carta
alir ke muka surat lain
Anak panah aliran aktiviti/penyambung turutan
arahan

Contoh carta alir untuk mengira luas segitiga :

Mula

Baca tapak, tinggi

Luas = 0.5 x tapak x tinggi

Cetak luas

Tamat

5.4 Implementasi

Fasa yang melibatkan pengekodan (coding). Proses ini melibatkan dua


langkah :

i. Menukarkan algoritma ke aturcara dengan menggunakan bahasa


pengaturcaraan yang sesuai
ii. Mengkompil dan melaksanakan aturcara yang telah dimasukkan ke
dalam komputer.

5.5 Pengujian
Muka Surat / Page : 12
NO. KOD / CODE NO. IT-010-4:2013 C03/P(1/3)
Drpd / of : 15

Fasa ini bertujuan untuk menguji samada aturcara yang dilaksanakan


memenuhi kehendak pengguna tanpa sebarang ralat (ralat sintaksis dan
ralat logik). Proses ini memerlukan pengaturcara menggunakan data
pengujian sahih dan data pengujian palsu.

5.6 Penyelenggaraan

Melibatkan tiga aktiviti :

i. Mendokumentasi

a. Mengumpulkan semua maklumat dari proses memahami masalah


sehingga proses pengujian
b. Tujuan mendokumentasi ialah :
Memudahkan pengaturcara untuk mengubahsuai aturcara jika
diperlukan
Memudahkan pengaturcara lain menyelenggara aturcara
Menggunakan sebahagian aturcara untuk membangunkan
aturcara yang hampir sama

ii. Memperbaiki ralat

Memperbaiki ralat logik yang berlaku semasa memasukkan data


sebenar atau data yang tidak diuji atau tidak dapat dikesan semasa
pengujian dibuat.

iii. Melakukan penambahan

a. Perubahan aturcara berlaku atas permintaan pengguna mengikut


keperluan semasa
b. Kitar hayat pembangunan aturcara akan diulangi dengan fasa
memahami masalah

6. Setting up programming compiler, compile and run the hello world program.

6.1 Taip aturcara menggunakan aplikasi Notepad dan simpan fail tersebut dalam
folder anda dengan nama Greeting.java.
Muka Surat / Page : 13
NO. KOD / CODE NO. IT-010-4:2013 C03/P(1/3)
Drpd / of : 15

class Greeting
{
public static void main (String args[])
{
System.out.println("Hello World");
}
}

6.2 Arahan kompil aturcara tersebut taip :


javac Greeting.java

6.3 Arahan untuk melaksanakan aturcara tersebut, taip :


java Greeting

7. Prospek Kerjaya dalam Pengaturcaraan

Manusia menggunakan komputer untuk melaksanakan tugas dan fungsi tertentu.


Namun begitu keperluan manusia berbeza antara satu sama lain. Pelbagai jenis
sistem/perisian perlu dibangunkan untuk memenuhi kehendak manusia.
Pengaturcaraan menjadi satu bidang tugas yang amat penting di syarikat atau
pertubuhan pada hari ini kerana penggunaan komputer yang semakin meluas.

Setiap organisasi mempunyai masalah dan keperluan sistem yang berbeza.


Organisasi perlukan pengaturcara yang pakar atau mahir untuk membangunkan
sistem atau membuat aturcara yang memenuhi keperluan mereka.

Contoh kerjaya dalam bidang pengaturcaraan :


Pengaturcara
Juruanalisa Sistem
Jurutera Perisian
Pembangun Laman Web
Muka Surat / Page : 14
NO. KOD / CODE NO. IT-010-4:2013 C03/P(1/3)
Drpd / of : 15

Juruanalisa Sistem Rangkaian/Jurutera Rangkaian


Pembangun Mudah Alih
Pengurus Teknologi Maklumat

Anda mungkin juga menyukai