Anda di halaman 1dari 12

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )

KOD DAN NAMA


IT-030-3:2013 COMPUTER NETWORK SERVICES
PROGRAM

TAHAP DAN SEMESTER 3 (SEMESTER 4)

KSK4024 : COMPUTER NETWORK MAINTENANCE


K1 ASSESS NETWORK MAINTENANCE JOB ORDER
KOD, TAJUK KURSUS K2 CARRY OUT PREVENTIVE MAINTENANCE
DAN KOMPETNESI (KV)
K3 PERFORM CORRECTIVE MAINTENANCE
K4 PRODUCE COMPUTER NETWORK MAINTENANCE REPORT

C05 : COMPUTER NETWORK MAINTENANCE


WA1: ASSESS NETWORK MAINTENANCE JOB ORDER
NO. DAN TAJUK WA2: CARRY OUT PREVENTIVE MAINTENANCE
KOMPETENSI (NOSS)
WA3: PERFORM CORRECTIVE MAINTENANCE
WA4: PRODUCE COMPUTER NETWORK MAINTENANCE REPORT

NO.KOD KSKV KSK4024/P (1/13)


Muka Surat: 1 Drp/of 12
NO.KOD NOSS IT-030-3:2013-C05/P (1/13)

TAJUK :

PENYELENGGARAAN RANGKAIAN KOMPUTER

TUJUAN :
Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk memberi kefahaman kepada pelajar
tentang penyelenggaraan rangkaian bagi memastikan rangkaian dalam keadaan yang
baik. Keadaan ini adalah berpandukan pada pencegahan dalam membetulkan
kesalahan pada perkakasan dan perisian rangkaian.

Copyright KVSB 2019


NO KOD / CODE NUM. KSK 4024/P (1/13) Muka / Page: 2 Drpd / of : 12

PENERANGAN/INFORMATION:

Penyelenggaraan rangkaian komputer adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk


memulihara, menjaga, mengendali, dan mengawal selia rangkaian seperti peralatan
rangkaian dan persekitarannya. Penyelenggaraan rangkaian bermaksud membuat
penyelenggaraan kepda peralatan rangkaian dan penyelenggaraan yang lain
termasuklah membuat setting kepada konfigurasi rangkaian, membuat troubleshooting
kepada masalah akses rangkaian dan membuat peningkatan kepada perisian
rangkaian apabila diperlukan.

Apabila melakukan penyelenggaraan, kita memerlukan dokumen untuk merekodkan


segala aktiviti yang dilakukan seperti merekodkan jenis kerosakan, jenis penambah
baikkan dan maklumat peralatan. Dokumen tersebut adalah bertujuan untuk menjadi
rujukan sekiranya berlaku sebarang kerosakan dan sebagainya. Penyelenggaraan
rangkaian pada asasnya bermaksud anda perlu melakukan apa yang diperlukan untuk
menjaga rangkaian komputer semasa beroperasi dan melaksakan tugasan.
Kelancaran peranti dan media rangkaian, seperti komponen komputer, mesti
dikekalkan. Adalah penting untuk membersihkan peralatan secara berkala dan
menggunakan pendekatan proaktif untuk mengelakkan masalah. Membaiki atau
mengganti peralatan yang rosak dapat mengelakkan daripada berlaku kerosakan.
Penyelenggaraan terdiri daripada dua iaitu penyelenggaraan pencegahan dan
penyelenggaraan pembetulan.

1.0 JENIS PENYELENGGARAAN RANGKAIAN

Penyelenggaraan Rangkaian bermaksud kerja-kerja yang perlu dibuat mengikut


tempoh atau jangka masa tertentu sama ada secara bulanan,suku tahun,setengah
tahun atau tahunan bagi memastikan sesuatu aset rangkaian itu berfungsi dengan baik
sepanjang tempoh penggunaannya.
Penyelenggaran aset rangkaian bertujuan :-

1. Memastikan aset rangkaian berfungsi dengan lancar secara berterusan dan


selamat digunakan.
2. Memelihara dan memanjangkan jangka hayat.
3. Meningkatkan keupayaan.

Copyright KVSB 2019


NO KOD / CODE NUM. KSK 4024/P (1/13) Muka / Page: 3 Drpd / of : 12

1.1 Penyelenggaraan Pencegahan (Preventive Maintenance)

Penyelenggaraan pencegahan (preventive maintenance) ialah tindakan


penyelenggaraan berjadual yang diambil untuk memeriksa, mencegah kerosakan
dan kegagalan komponen secara teratur supaya dapat berfungsi dengan lancar
secara berterusan. Matlamat utama - Memelihara dan meningkatkan
kebolehpercayaan peralatan.
Penyelenggaraan pencegahan adalah termasuk dalam proses memeriksa keadaan
kabel, peranti rangkaian, server dan komputer untuk memastikan sentiasa dalam
keadaan bersih dan dalam keadaan beroperasi dengan lancar.
Komputer perlu diselenggara kerana ianya merupakan alat yang sensitif terhadap
keadaan sekeliling yang boleh memungkinkan berlaku kerosakan kecil mahupun
besar.
Terdapat beberapa langkah yang harus dibuat dalam proses penyelenggaraan
pencegahan iaitu PC Scan Disk, Clean Disk, Disk, Defragmenter, Membuang
Temporary File dan Membuat Windows Update.

1.2 Penyelengaraan Pemulihan (Corrective Maintenance)

Penyelengaraan pemulihan (corrective maintenance) ialah tindakan membaiki atau


mengganti komponen supaya dapat berfungsi mengikut standard yang ditetapkan.
Penyelenggaraan Pemulihan juga adalah proses tindakan pembaikan, pembetulan
atau pemulihan untuk mengembalikan fungsi asal apabila berlaku kerosakan/
kegagalan.

2.0 JENIS-JENIS PENYAMBUNGAN RANGKAIAN KOMPUTER

2.1 Rangkaian kawasan setempat (Local Area Network-LAN)

Copyright KVSB 2019


NO KOD / CODE NUM. KSK 4024/P (1/13) Muka / Page: 4 Drpd / of : 12

Rajah 2.1 : local area network

Rangkaian kawasan setempat (Local Area Network-LAN) adalah rangkaian


komputer yang merangkumi kawasan fizikal yang kecil seperti rumah, pejabat atau
sekumpulan kecil bangunan seperti sekolah atau lapangan terbang.

2.2 Rangkaian kawasan luas (Wide Area Network-WAN)

Rajah 2.2 : wide area network

Rangkaian kawasan luas (Wide Area Network-WAN) merupakan rangkaian komputer


jarak jauh dan teknologi yang biasanya digunakan untuk menyambungkan komputer
yang berada pada lokasi yang berbeza seperti (negeri, negara & benua). WAN yang
paling besar dan terkenal ialah internet.
Copyright KVSB 2019
NO KOD / CODE NUM. KSK 4024/P (1/13) Muka / Page: 5 Drpd / of : 12

2.3 Rangkaian kawasan bandar (Metropolitan Area Network-MAN)

Rajah 2.3 : Metropolitan Area Network

Rangkaian kawasan bandar (Metropolitan Area Network-MAN) lazimnya meliputi


suatu kawasan geografi yang agak luas berbanding dengan rangkaian yang diliputi
oleh LAN. Ia beroperasi di bandar-bandar, gabungan beberapa buah sekolah
ataupun di sesebuah daerah. MAN menyediakan perkhidmatan yang lebih dari LAN
termasuk gabungan suara, data, imej dan video.

2.4 WIFI

Rajah 2.4 Wifi

WI-FI merupakan piawai untuk rangkaian kawasan setempat tanpa wayar menerusi
WLAN iaitu Wireless Local Area Network. WIFI membenarkan alat elektronik untuk
bertukar data atau bersambung ke internet dengan menggunakan gelombang radio
2.4 ghz uhf (ultra high frequency) dan 5 ghz shf (super high frequency). nama WI-

Copyright KVSB 2019


NO KOD / CODE NUM. KSK 4024/P (1/13) Muka / Page: 6 Drpd / of : 12

FI sering dianggap sebagai singkatan Wireless Fidelity, tetapi sebenarnya


merupakan tanda dagangan dan digunakan dengan terma audiophile HI-FI. WI-FI
Alliance mentakrifkan Wi-Fi sebagai mana-mana produk WLAN yang berdasarkan
piawaian 802.11 institut kejuruteraan elektrik dan elektronik. Dalam topologi bas,
semua komputer disambung kepada bas sebagai cabang daripada talian umum
dan talian umum ini dipanggil 'trunk' (juga dikenali sebagai backbone atau segmen).
Setiap nod dalam topologi bas mempunyai alamat yang unik.

3.0 ANALISA REKOD PENYELENGGARAAN LEPAS

3.1 Teknik analisis organisasi perlu:

a) Menentukan data yang diperlukan

b) Laksanakan pengumpulan data

c) Analisa data tersebut

Tujuan pengumpulan data

a) Mengetahui /memahami keadaan sebenar sesuatu perkara


contoh : memeriksa % barang yang rosak di dalam suatu lot.

c) Tujuan analisa/penyelidikan
contoh : mencari hubungkait antara akibat dan sebab-sebabnya.

d) Mengawal proses
contoh : carta kawalan

e) Membuat standard (regulating data)


contoh : data digunakan sebagai asas untuk menaikkan /menurunkan suhu
dengan ini suhu standard /stabil boleh dicapai.

f) Untuk penerimaan/penolakan
contoh : data yang digunakan untuk penerimaan atau penolakan sesuatu
produk selepas pemeriksaan.

Copyright KVSB 2019


NO KOD / CODE NUM. KSK 4024/P (1/13) Muka / Page: 7 Drpd / of : 12

Analisis data penyelenggaraan

a) bilangan “breakdown‟ - kerosakan

b) bilangan kebocoran

c) jangkamasa diantara permohonan perkhidmatan dengan pelaksanaan kerja

d) keberkesanan penyelenggaran

e) masalah yang berulang-ulang

Langkah –langkah pengumpulan data

a) pastikan sasaran kerja yang ditetapkan

b) tentukan faktor yang perlu bagi pengukuran data pencapaian

c) pastikan sumber maklumat direkodkan

d) tentukan kekerapan pengumpulan data dalam proses kerja

e) kumpulkan semua sumber data untuk analisis

f) sediakan ringkasan laporan pencapaian dari sumber data asas.

g) tentukan jenis data yang ada dan teknik statistik yang bersesuaian dengan
data

h) sediakan analisis pencapaian proses.

i) bandingkan dengan sasaran yang diberikan.

j) laksanakan tindakan pembetulan jika gagal menepati sasaran kerja.

3.2 Jenis-jenis laporan

Activity Log

Activity Log adalah satu kaedah atau cara merekod tugas – tugas / data – data
yang telah dilaksanakan dalam bentuk jadual atau laporan. Ini dapat membantu
dalam menguruskan masa dengan bijak. Selain itu, ia dapat mengekalkan
Copyright KVSB 2019
NO KOD / CODE NUM. KSK 4024/P (1/13) Muka / Page: 8 Drpd / of : 12

perancangan suatu proses kerja / aktiviti bergantung kepada kemahiran individu


tersebut. Kaedah ini dapat di laksanakan dengan dua kaedah iaitu
menggunakan secara manual ataupun penggunaan perisian.

Senarai semak
Senarai semak ataupun ckecklist adalah satu dokumen yang digunakan untuk
membantu individu dalam memastikan kesempurnaan menyelesaikan tugas
yang dilaksanakan. Senarai semak amat penting digunakan semasa
melaksanakan prosedur operasi penyelenggaraan dan pencegahan. Contohnya,
apabila seorang juruteknik membuat preventive maintenance di dalam makmal
komputer, senarai berkenaan tugas – tugas yang berkaitan perlu di tulis supaya
tiada maklumat atauperkara yang tercicir.

Laporan servis/perkhidmatan penyelenggaraan


Laporan servis adalah satu dokumen yang digunakan apabila telah
melaksanakan satu kerja atau penyelenggaraan. ia bertujuan memastikan
perkhidmatan servis direkod dan dijadikan sebagai bukti kerja – kerja servis
telah dilaksanakan. Lporan servis boleh digunakan untuk kegunaan dalaman
dan luaran. kriteria yang perlu ada di dalam borang servis adalah:

a) logo dan maklumat organisasi

b) nombor rujukan dan tarikh servis

c) maklumat tentang servis yang dijalankan

d) maklumat tentang peralatan yang diservis

e) laporan servis

f) tandatangan pengesahan bagi juruteknik dan pelanggan

3.3 Faulty Parts

Mengenalpasti sesuatu yang perlu dibaiki bermakna bermulalah proses mengesan


kerosakan. Mengesan kerosakan adalah satu proses mengenal atau menganalisa
masalah dan mencari jalan penyelesaian. Sebelum itu anda perlu:

Copyright KVSB 2019


NO KOD / CODE NUM. KSK 4024/P (1/13) Muka / Page: 9 Drpd / of : 12

a) memahami tugas yang hendak dilakukan

b) mengetahui kehendak tugas

c) mengenalpasti masalah

i. adakah sistem memenuhi kehendak anda?

ii. bila kali terakhir sistem memenuhi kehendak anda?

iii. bagaimana ia berbeza dengan yang asal?

d) menerima kehadiran masalah

e) mengenalpasti masalah

f) mengenalpasti punca masalah

g) mengenalpasti bukan punca masalah

h) membaiki masalah

i) membaiki penyebab masalah

3.4 Cable

Di dalam beberapa kajian, banyak kes menunjukkan rangkaian yang mengalami


masalah disebabkan oleh pengkabelan. Dengan melakukan perancangan yang rapi
dan mengkaji dengan teliti beberapa faktor yang berkaitan dapat mengelakkan
daripada masalah setelah sistem beroperasi sepenuhnya. Pada masa kini,
penggunaan kabel adalah satu-satunya cara dalam penggunaan telefon dan
penghantaran data. Antara kelebihan yang diperolehi daripada penstrukturan ini
ialah:

a) Sekata (consistency). Ianya tidak akan berubah cara penggunaannya iaitu


untuk penghantaran data, suara (voice) dan video.

b) Menyokong kepada pelbagai perkakasan yang ada dalam pasaran samada


daripada jenama atau syarikat yang berlainan.

Copyright KVSB 2019


NO KOD / CODE NUM. KSK 4024/P (1/13) Muka / Page: 10 Drpd / of : 12

c) Mudah diubah, ditambah dan ditukar sekiranya terdapat perubahan


pada sistem.

d) Mudah untuk melakukan kerja-kerja troubleshooting dan penyelenggaraan


menyokong kepada aplikasi yang bakal muncul pada masa akan datang.

3.5 Patches Version

Patch boleh diistilahkan sebagai peningkatan (upgrade) iaitu


penambahbaikan yang dilakukan untuk meningkatkan ciri-ciri sesuatu
sistem,memperbaiki kerosakan (bug), penambahbahan pemacu perkakasan
(hardware driver) atau kemas kini sesuatu ciri baru seperti security atau masalah
ketidakstabilan (staility problems).

Kebanyakan patches disediakan secara percuma untuk dimuat turun (download)


dan biasanya pembangun perisian akan memberitahu versi perisian yang akan
dikemas kini. Dalam kes-kes yang tertentu hanya pengguna yang berdaftar
(registered) sahaja yang dibenarkan untuk menggunakan software 'patches'
ini.Pada situasi yang lain, pengguna perlu membeli versi yang terbaru dengan
diberikan potongan harga.Biasanya Patch boleh diinstall di atas software yang asal
yang telah di download.

Perisian dan aplikasi Patch adalah cepat dan senang digunakan untuk tujuan
kemas kini dan penambahbaikan kepada keluaran versi yang terbaru. Perisian
patches biasanya digunakan untuk kemas kini perisian diantara perisian yang sedia
ada dengan perisian yang baru dikeluarkan .Patch adalah dalam bentuk fail EXE
yang digunakan untuk menukarkan keseluruhan fail.

Kepentingan Software Patches

 Menyelesaikan masalah perisian yang gagal melaksanakan tugas tertentu.

 Mengeluarkan virus Code Red daripada terus menyerang perisian


berkenaan.

Copyright KVSB 2019


NO KOD / CODE NUM. KSK 4024/P (1/13) Muka / Page: 11 Drpd / of : 12

 Untuk membolehkan pengguna terus menggunakan perisian shareware dan


membolehkan ciri-ciri tambahan yang tidak dapat digunakan dalam tempoh
percubaan digunakan.

 Membolehkan perisian yang gagal beroperasi dengan perkakasan(perisian


dengan fungsi yang sama tidak sesuai dengan perkakasan) beroperasi di
dalam persekitaran sistem komputer yang digunakan oleh pengguna.

3.6 Backup Record

Definisi bagi backup adalah proses mencipta satu set salinan program atau data fail
untuk disimpan sebagai set simpanan keselamatan dalam satu medium yang kekal.
Back-up utiliti adalah program yang memudahkan pengguna menyalin data-data
penting dalam kumpulan fail yang besar dari ‘hard disk’ kepada satu medium yang
lain untuk kegunaan kecemasan apabila data sebenar (original data) rosak atau
hilang.

Kepentingan back-up dalam sistem rangkaian:

a) Kebanyakan pengguna hanya menyimpan data dan program mereka dalam


hard disk komputer mereka tetapi jika hard disk tersebut rosak, mereka dapat
menghadapi masalah yang kritikal jika data-data tersebut amat mustahak.
b) Oleh itu untuk mengatasi masalah ini dari berlaku, langkah terbaik adalah
dengan menyimpan data penting tersebut ke dalam disket, tape atau medium
simpanan yang boleh ubah.

c) Oleh kerana disket bukanlah alternatif yang sesuai jika data yang hendak
disimpan terlalu besar, maka anda dinasihatkan untuk menggunakan medium
yang berkuasa tinggi tape dan removal high-capacity magnetic disk atau jaz
disk-tape drives. Setiap jenis data yang kritikal hendaklah di’backup’ sebelum
memulakan proses instalasi.

Copyright KVSB 2019


NO KOD / CODE NUM. KSK 4024/P (1/13) Muka / Page: 12 Drpd / of : 12

LATIHAN:

1. Berikan definisi penyelenggaraan pencegahan.

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

2. Terangkan empat kepentingan software patches?

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

3. Senaraikan jenis-jenis penyambungan rangkaian komputer.

a. _________________________________________

b. _________________________________________

c. _________________________________________

d. _________________________________________

e. _________________________________________

f. _________________________________________

g. _________________________________________

Rujukan /References:

1. Books, Hephaestus (2011) . Computer Peripherals, Including: Computer Monitor, Fax,


Hard Disk Drive, Stored Energy Printer, Peripheral, Plug and Play, Auto-Configuration,
Game Port, Hot Swapping, Autodetection, Surge Protector, Remote Terminal Unit,.
Western Digital Media Centre. Hephaestus Books, Lightning Source Uk Ltd. ISBN-
13: 978-1-242-97956-9

2. Jyoti Snehi. (2006). Computer Peripherals and Interfacing. Firewall Media. ISBN-
13: 978-81-7008-929-2

3. R.A. Penfold. (2005). How to Set Up Your New Computer. Bernard Babani Publishing
ISBN-13: 978-0-85934-559-0

4. Robert B J Warnar (2012). Computer Peripheral Memory System Forecast (Volume


500-545). General Books. ISBN-13: 978-1-235-71266-1

Copyright KVSB 2019

Anda mungkin juga menyukai