Anda di halaman 1dari 7

TUGASAN 3 : Perisian Sumber Terbuka(OSS) dan Perisian Sumber Berlesen

Pengenalan
Perisian komputer terdiri daripada program-program, dokumentasi pengguna (manual
penggunaan perisian), dokumentasi sistem (maklumat mengenai keperluan sistem) dan data
konfigurasi (data-data yang diperlukan atau parameter "setting" yang membolehkan perisian
tersebut beroperasi supaya komputer dapat melakukan sesuatu tugas yang diarahkan pengguna
atau ditentukan oleh pembangun perisian tersebut.
Jenis-jenis Perisian
Perisian Asal dan Berlesen
Perisian Sumber Terbuka

Pengertian Sumber Terbuka


Perisian sumber terbuka atau Open Source. Perisian yang kod-kod sumbernya boleh
dikongsikan bersama tanpa ikatan hakcipta yang ketat. Perisian sumber terbuka( Open-source
software - OSS) adalah perisian komputer dengan yang kod sumber yang disediakan dan
dilesenkan dengan lesen di mana pemegang hak cipta memberikan hak untuk mengkaji,
mengubah dan mengedarkan perisian bagi semua orang dan untuk semua tujuan. Perisian sumber
terbuka seringkali dibangunkan secara awam, melalui cara kerjasama. Perisian sumber terbuka
adalah contoh yang paling menonjol bagi pembangunan sumber terbuka dan sering dibandingkan
dengan (takrifan secara teknikal) kandungan yang dijana pengguna atau (takrifkan secara
perundangan) pergerakan kandungan terbuka.
Pengertian Perisian Berlesen
Perisian Berlesen ialah perisian yang mempunyai satu persetujuan syarat-syarat hak
penggunaan perisian tersebut antara pemilik dan pengguna.
Pengertian Perisian Asal
Perisian percuma yang digunakan tanpa salinan dan menulis semula perisian yang ada
dengan menggunakan format yang sama

Ciri-ciri Perisian Sumber Terbuka


1.

Kos sumber mesti diedarkan bersama perisian atau jika tidak ia mesti disediakan tidak lebih dari
kos pengedarannya.

2.

Sesiapa sahaja boleh mengedar semula perisian tersebut secara percuma, tanpa membuat bayaran
lesen atau royalti kepada penulisnya.

3.

Sesiapa sahaja boleh mengubahsuai perisian tersebut atau menghasilkan perisian lain daripadanya
dan mengedar semula perisian yang telah diubahsuai dibawah syarat yang sama.

Ciri -ciri Perisian Berlesen


1.

Pengguna perlu membeli atau melanggannya.

2.

Kod aturcara atau kod sumber program tidak didedahkan kepada umum.

3.

Tidak boleh disalin atau dicetak rompak.

4.

Mempunyai produk key atau serial number.

5.

Perisian yang mudah di pasang dan senang diupdate.

Keperluan Penggunaan Perisian Sumber Terbuka


Perisian Sumber Terbuka atau OSS dijalankan bertujuan untuk mewujudkan industri
perisian tempatan yang mampu berdaya saing,mempunyai kemampuan dalam bidang
penyelidikan dan pembangunan serta mampu menyumbangkan pendapatan kepada negara.Selain
itu,OSS juga dijalankan bertujuan untuk memastikan keselamatan dan kedaulatan negara.Hal ini
demikian kerana,perisian yang dibeli tidak diketahui apa pekara yang tertulis di dalam kod
sumber asasnya.Oleh itu,negara yang berkuasa besar dunia dapat menggunakan syarikat perisian
secara rahsia untuk mengintip dan mencuri data penting sesebuah negara tanpa disedari. Selain
itu,melalui penggunaan `open source software` dapat menjimatkan kos penyelenggaraan laman
web @ aplikasi web untuk organisasi.Contohnya laman web yang terbuka yang sering digunakan
oleh pengguna adalah Drupal,wordpress dan Joomla.Sumber terbuka adalah perisian bebas untuk
digunakan tetapi tertakluk kepada syarat penggunaan perisian tersebut.

Keperluan Penggunaan Perisian Berlesen


1.

Perisian yang sah.

2.

Menerima upgrade secara percuma.

3.

Memperolehi perisian yang lengkap.

4.

Tidak mudah hilang.

5.

Mempunyai jaminan bantuan teknikal dan


servis jika berlaku sebarang gangguan.

Dimana Perisian Sumber Terbuka boleh didapati


Perisian Sumber Terbuka(OSS) mudah diperolehi menerusi internet di mana pengguna
boleh memuat turun,memasang,mengguna dan memanipulasikan secara bebas mengikut
keperluan masing-masing.Pihak Microsoft juga menyediakan platform perisian sumber terbuka
ini di alamat URL,http://www.microsoft.com/opensource.Perisian sumber tarbuka merupakan
salah satu daripada perisian yang terdapat dalam komputer apabila kita melayari internet.Berikut
adalah diantara aplikasi yang berasaskan perisian sumber terbuka:

Google

Gmail

Facebook

YouTube

Yahoo

Flickr

Amazon.com

Dimana Perisian Belesen boleh didapati


1.
2.
3.
4.
5.

Sekolah
Pepustakaan
Pejabat
Universiti
Siber Cafe
Siapa yang menggunakan Perisian Sumber Terbuka dan Perisian Berlesen
Perisian Sumber Terbuka(OSS) dan Perisian Belesen digunakan oleh pelajar di sekolah
rendah,sekolah menengah,pelajar di institusi pengajian tinggi,mereka yang berjawatan tinggi dan
sebagainya.Selain itu,penggunaan perisian terbuka di sekitar perpustakaan bagi memudahkan
pencarian maklumat kepada pelajar.Selain di gunakan dalam kalangan pelajar sama ada pelajar
sekolah ataupun pelajar IPT,perisian sumber terbuka juga digunakan oleh penjawat awan dan
sektor swasta untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan harian mereka.Pihak Kerajaan
juga menggunakan perisian sumber terbuka seperti kementerian Pelajaran(MOE),Kementerian
Kewangan,Jabatan Perkhidmatan Awan,dan Kementerian Wanita,Keluarga & Pembangunan
Masyarakat.

Kelebihan Pengunaan Perisian Sumber Terbuka

Perisian berkualiti
Kos yang efektif
Penggunaan OSS yang lebih selamat
OSS dapat membantu menjimatkan perbelanjaan syarikat
OSS mempunyai sumber rujukan yang banyak
Mempunyai ramai tenaga pakar

Antara kelebihan Perisian Sumber Terbuka(OSS) adalah..

Khidmat sokongan yang mudah diperolehi.

Perisian berkualiti.OSS telah diperakui menepati kebanyakan standart utama,telah melalui


proses peer-review,mudah memperolehi kod sumbernya (source code),dan mudah diubahsuai
mengikut keperluan.

Kos yang efektif.OSS selalunya menawarkan kos yang percuma.Hal ini dapat membantu
starikat dan seterusnya negara untuk menggunakannya.

Pengunaan OSS adalah lebih selamat.Hal ini demikian kerana, kod sumbernya adalah
terbuka.Contohnya,apabila semakin ramai yang memeriksa kod sumber,semakin banyak
kesilapan yang berlaku.Oleh hal sedemikian,hasilnya lebih selamat jika dibandingkan dengan
kod sumber tertutup.

Linux.OSS mempunyai Linux yang telah disertakan dengan pelbagai perisian lain dengan
Sistem Pengoperasian.Linux tidak bergantung kepada vendor(vendor-independent),kos pekakas
yang rendah,lebih pantas berbanding versi UNIX propritary,serta faktor keselamatan dan
kestabilannya berbanding dengan Microsoft Windows.Oleh yang demikian,ciri-ciri Linux
tersebut menjadi bukti kepada kerbekesanan OSS.

OSS yang diadakan di perpustakaan membolehkan sesebuah perpustakaan melakukukan


pemilihan dalam menentukan sistem perpustakaan yang berkualiti dan sesuai untuk
diaplikasi.

OSS dapat membantu menjimatkan perbelanjaan syarikat atau kerajaan.Disamping


itu,OSS juga dapat menambahkan pendapatan negara,mencipta peluang pekerjaan serta pada
masa yang sama dapat memberikan kemahiran khususnya dalam OSS yang diperlukan oleh
rakyat tempatan

OSS mempunyai sumber rujukan yang banyak.Banyak sumber rujukan dan tutorial yang
boleh didapati di internet untuk membantu anda pada bila-bila masa

OSS mempunyai Ramai Tenaga Pakar.Terdapat ramai developer dan designer yang ada di
internet dapat membantu anda sekiranya menghadapi masalah @ memerlukan fungsi yang
spesifik untuk laman web.Harga yang dikenakan adalah berpatutan.

Kelebihan Perisian Berlesen


Bantuan penuh dari pengedar jika terdapat masalah
Terjamin dari ancaman pepijat dan virus

Mudah diinstlasi dan diguna dan kajian berterusan dijalankan bagi memudahkan pengguna
Perkembangan terbaru dan terkini
Akses terhadap bahagian sokongan
C0ntoh Perisian Sumber Terbuka

Linux(Sebuah system pengoperasian percuma yang diperolehi melalui jaringan internet).

OpenOffice.org(Perisian secara terbuka dan percuma untuk pemprosesan teks,membuat

persembahan,dan pelbagai lagi fungsi yang terdapat di dalam Microsoft Office).


Mozilla Firefox(Projek pembangunan pelayar internet secara perisian sumber terbuka).
GIMP(Sebuah perisian percuma yang digunakan untuk memanipulasikan imej)
Scribus(Perisian percuma yang digunakan untuk membuat penerbitan atas meja seprti brosur dan

lain-lain).
OpenProj(Perisian sumber terbuka yang digunakan untuk membantu pengurus-pengurus projek

dalam merencana jadual kerja projek untuk menghasilkan Guntt Chart).


Apache(Merupakan pelayan Web yang paling popular pada masa kini.Ianya boleh di larikan di
kebanyakan sistem pengoperasian).

Contoh Perisian Berlesen


1)
2)
3)
4)
5)
6)

Windows 7 Enterprise
Windows 7 Professional
Windows XP Professional
Windows Vista Professional
Windows Vista Ultimate
SSPS

Kesimpulan
Perisian sistem merupakan komponen asas dalam menghidupkan sesuatu komputer.
Perisian sistem terdiri daripada perisian komputer dan mungkin juga kelengkapan yang
mengendalikannya. Sistem perisian adalah sebuah bidang penyelidikan yang aktif untuk
kumpulan-kumpulan yang minat akan kejuruteraan perisian khususnya dan kejuruteraan sistem
umumnya. Perisian ini juga banyak membantu menjalankan sesuatu program komputer dengan
lebih mudah dan cepat.

Sumber Rujukan
http://ms.wikipedia.org/wiki/Perisian_bebas#Perisian_Sumber_Terbuka_.28Open_Source_Softw
are.2
http://mutiarapustaka.dbp.my/wordpress/?p=70
http://www.sksene.edu.my/index.php?option=com_content&view=articel&id=21&Itemid=54
http://assistantlibrarymalaysia.blogspot.com/2011/04/sekitar-perpustakaan-penggunaanperisian.html#axzz1Zst7myMq
http://sumberterbuka.com/portal/index.php?name=News&file=articl&sid=33&theme=Printer

http://www.ittutor.net/tutor/forums/index.php?showtopic=1892
http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php?t244470.htmhttp://www.mkm.edu.my/c/document_library/get_file?uuid=a8cdf431-4352-44828e9a-94cb59969a03&groupId=10131
http://sumberterbuka.com/j15/component/content/artile/3-berita/39-sumber-terbuka-semakindiiktiraf.htm
http://en.wikipedia.org/wiki/Digital_citizen
www.codethepixels.com/tutorial/item/837-kenapa-anda-perlu-bertukar-kepada-perisian-sumberterbuka?tmpl=component&print=1

Anda mungkin juga menyukai