Anda di halaman 1dari 21

KSK 4014 1.

1 NETWORK
CONFIGURATION AND
PENYAMBUNGAN RANGKAIAN KOMPUTER INTERCONNECTIVITY TEST
STRESS TEST
Ujian ini dilakukan bagi menentukan keupayaan komputer,
rangkaian, program atau peranti untuk mengekalkan tahap
kecekapan semasa beban puncak.
Proses ini boleh melibatkan ujian kuantitatif dilakukan di
makmal, seperti mengukur kekerapan ralat (error) atau system
crashes.
Ujian ini memberi penekanan kepada prestasi, ketersediaan
dan kawalan ralat ( Contoh ketahanan terhadap serangan
ancaman denial-of-service (DoS))
STABILITY TEST
Ujian untuk menentukan kestabilan perkakasan atau perisian dalam sesebuah
komputer. Ujian kestabilan membolehkan anda untuk:
•Menguji kestabilan komponen utama komputer iaitu CPU, cache, memori
sistem dan peranti storan.
•Tujuan ujian adalah untuk mengesan keupayaan komponen tersebut
berfungsi semasa mengalami tekanan.
•Memantau keberkesanan sistem penyejukan komputer. Kegagalan sistem ini
akan mengakibatkan kerosakan pada CPU dan komponen yang lain.
•Memastikan kestabilan komputer untuk mengendalikan
program atau perisian yang kompleks.
•Memberi keyakinan kepada pengguna tentang kestabilan
sistem komputer kebolehannya untuk berfungsi dengan baik.

2. Melalui ujian ini kita dapat memastikan tahap kesihatan


sistem komputer sama ada dalam keadaan yang baik ataupun
sebaliknya.
REMOTE TEST
PING TEST
NETWORK SPEED TEST
Mengukur kelajuan maksimum sesebuah sistem rangkaian
berfungsi. Antara parameter yang diuji adalah network
latency, kelajuan muat naik dan muat turun sumber dari
internet.
Maklumat yang diperolehi boleh digunakan untuk membuat
penambahbaikan ke atas kualiti dan ketersediaan sesebuah
rangkaian.
Penyedia perkhidmatan rangkaian internet menggunakan
ujian ini untuk mendapatkan maklumat bagi meningkatkan
mutu perkhidmatan yang disediakan kepada para pelanggan.
Contoh : Ookla Speedtest.
SERVICES TEST
Ujian yang dilakukan untuk mengenalpasti kefungsian dan
kualiti sesebuah aplikasi atau perkhidmatan dalam sistem
komputer dan rangkaian.
Teknik ujian dilakukan ke atas proses pelaksanaan program
atau aplikasi bertujuan mengenalpasti jika terdapat sebarang
kelemahan di dalam sesuatu aplikasi atau perkhidmatan.
Contoh : Web Service Testing,
WIRELESS AUTHENTICATION TEST
Ujian yang dilakukan untuk mengesahkan operasi yang
berlaku antara peranti Windows Embedded Compact dengan
access point (AP) adalah mengikut protokol pengesahan dan
penyulitan (authentication and encryption protocols) yang betul.
Ujian ini juga membantu memastikan perkakasan tersebut
tidak akan bersambung dengan AP jika berlaku kesilapan
konfigurasi.
Untuk mengenal pasti dan mengesahkan bahawa stesen Wi-Fi
boleh bersambung ke AP yang sesuai menggunakan kombinasi
protokol pengesahan dan penyulitan yang betul, semua
sambungan ini perlulah diuji. Ujian juga perlu dilakukan untuk
memastikan peranti tidak bersambung dengan AP yang tidak
dikonfigurasikan.
Untuk melaksanakan ujian ini, 3 buah server diperlukan iaitu
AP Control server, Remote Authentication Dial-in User Service
(RADIUS) server (biasa dikenali sebagai Authentication
Authorization Accounting (AAA) server) dan Dynamic Host
Control Protocol (DHCP) server
INTERNET BROWSING TEST
TRACERT TEST
PRINT OUT TEST
Tujuan halaman ujian pencetak (Printer Test Page) adalah untuk menyemak dan
memastikan fungsi sesebuah pencetak untuk membuat cetakan teks dan grafik
dengan betul.
Melalui halaman ujian anda dapat melihat maklumat tambahan berkaitan dengan
pencetak seperti versi perisian driver, ianya sangat berguna untuk tujuan
troubleshooting pada masa akan datang.
Terdapat tiga kaedah utama untuk membuat cetakan halaman ujian iaitu:
1. Mencetak halaman ujian anda sendiri

Usage: Click on the link which will launch a new window. Right click and select "Print Picture..." to print the
test page on your printer. Don't forget to connect and switch on your printer!
1. Print test page (color) - A test page to check the ability to print many colors correct.
2. Print test page (CMYK) - A test page for testing the CMYK colors in your printer.
3. Print test page (full test) - Use this test page for doing a full test (Grayscale, RGB, CMYK and dashed border
lines).
4. Print test page (black) - Full size black test page
5. Print test page (yellow) - Full size yellow test page
6. Print test page (cyan) - Full size cyan test page
7. Print test page (magenta) - Full size magenta test page
2. Mencetak halaman ujian yang di sediakan oleh perisian
pencetak
Hampir semua pencetak moden terkini telah dibina pada
keupayaan untuk mencetak halaman ujian pencetak. Prosedur
melaksanakannya adalah berbeza-beza , bergantung pada
manual pencetak anda. Sila ambil perhatian bahawa anda
perlu memasang CD driver yang disertakan bersama dengan
pencetak anda untuk mencetak halaman ujian pencetak
secara default. Jika anda tidak mempunyai manual pencetak,
sila pergi ke halaman printer manual search yang boleh
diperolehi dari laman web pengeluar pencetak tersebut.
3. Mencetak halaman ujian yang disediakan oleh sistem pengoperasian
Mencetak halaman ujian adalah fungsi yang terdapat dalam mana-mana
sistem pengoperasian untuk tujuan menguji peranti pencetak yang
disambungkan kepada sistem tersebut. Kaedah ini merupakan pengesahan
visual untuk memastikan pencetak dapat berfungsi dengan baik dan
sempurna. Melalui halaman ujian juga maklumat mengenai pencetak dan
data penyelesaian masalah (troubleshooting) dapat diperolehi. Contoh:
Untuk sistem pengoperasian Ubuntu.
Klik System > Administration and Printing > Klik kanan pada pencetak dan
pilih Properties > Klik butang "Print a Test Page". Anda akan dapat
mencetak halaman ujian yang memaparkan logo Ubuntu dan 8 bar
pelbagai warna.
Untuk sistem pengoperasian Windows 7
SCANNING TEST
Ujian yang dijalankan melibatkan perisian pemacu bagi pengimbas,
kerana melalui perisian inilah sesebuah pengimbas akan berfungsi.
Terdapat 2 jenis perisian pemacu untuk pengimbas iaitu:
Pengimbas foto (Photo scanner) - contoh ciri-ciri pemacu akan mengandungi
digital scratch removal, pewarnaan semula gambar pudar, ataupun
mempunyai ciri foto editor atau foto album
Pengimbas Dokumen (Document scanner) - contoh ciri-ciri pemacu adalah
skip halaman kosong secara automatik, memudarkan latarbelakang untuk
memudahkan teks dibaca, pengecaman aksara optik, pengurusan dan
pengindeksan dokumen.
Jika pengimbas memiliki kesemua ciri tersebut maka ia boleh digunakan
untuk mengimbas kedua-dua dokumen dan gambar. Kecekapan dan
kefungsian sesebuah pengimbas bergantung kepada kedua-dua
perkakasan dan perisian.
Beberapa teknik ujian yang dilakukan ke atas pengimbas adalah:
i. Ujian keupayaan OCR (Optical Character Recognition)- untuk menguji
proses penterjemahan data contohnya daripada kod ascii kepada
dokumen biasa, fail imej atau PDF.
ii. Ujian imbasan dokumen – untuk menguji kadar kelajuan imbasan
dilakukan, kaedah simpanan halaman imbasan (contoh format pdf).
iii. Ujian imbasan foto dan filem – untuk menguji kualiti imbasan.
Contoh : memulihkan warna imbasan gambar-gambar lama yang telah
pudar.
Frequency scanning test
Power load test
Internet browser application test

Anda mungkin juga menyukai