Anda di halaman 1dari 14

ERTI KECURIAN

• Perbuatan curi biasanya membawa maksud mengambil sesuatu milik


orang lain tanpa izin dan selalunya dilakukan secara sembunyi-
sembunyi.

• Menurut Kanun Keseksaan, kesalahan curi diperuntukkan dalam


seksyen 378 yang mengatakan “Barangsiapa yang bermaksud hendak
mangambil dengan curangnya apa-apa harta yang boleh dialih
daripada milik mana-mana orang dengan tiada kerelaan orang itu,
menggerakkan harta itu dengan tujuan hendak mengambilnya, adalah
dikata melakukan kesalahan mencuri.”
AKTA KECURIAN DAN PANDANGAN AGAMA

• Akta 574 ialah pencuri itu mestilah berniat curang atau dishonest
intention untuk mengambil harta itu.

• Di dalam Kanun Keseksaan, niat curang adalah unsur yang perlu


dipenuhi dalam kesalahan mencuri, iaitu niat hendak mengambil
dengan curang.

• Semua agama di Malaysia melarang umatnya untuk mencuri.

• Seseorang yang mencuri dengan niat curang akan dikenakan


hukuman. Malah mengikut akta Islam perbuatan mengambil harta
orang lain tanpa kerelaan atau izin tuan punya harta adalah suatu
kesalahan mencuri namun jika perbuatan mengambil harta orang lain
dengan mendapat kerelaan atau izin tuan punya harta itu bukanlah
suatu perbuatan mencuri. Manakala mens rea bagi kesalahan mencuri
bawah Undang-Undang Islam ialah si pencuri tu melakukan
kesalahan mencuri dengan sengaja dan bukannya mencuri dalam
keadaan darurat, dipaksa untuk mencuri atau terpaksa mencuri kerana
terlalu lapar, terlalu miskin dan sebagainya.
CONTOH-CONTOH KECURIAN

• PECAH RUMAH

• ROMPAKAN BANK DAN KEDAI EMAS

• RAGUT

• KECURIAN MAKLUMAT/JENAYAH SIBER

• KECURIAN KENDERAAN

• KECURIAN KABEL

• Malaysia dalam kedudukan antara negara teratas di peringkat global


dalam kes curi kenderaan tertinggi; Proton Wira dan Toyota Hilux jadi
sasaran utama.

• Di Malaysia kes kecurian kabel juga berada di tahap tinggi di mana


penduduk tempatan mengalami kesulitan dalam penggunaan alat
telekomunikasi. Malah negeri Kedah mencatatkan peratusan yang
tertinggi.
DATA KECURIAN kenderaan
KEMELESATAN
EKONOMI
DESAKAN
HIDUP PENGANGGURAN

FAKTOR-FAKTOR
BERLAKUNYA
KECURIAN

PENGARUH
RAKAN
SEBAYA
MASALAH
KEWANGAN

KECUAIAN
KESAN KECURIAN

 KEAMANAN MASYARAKAT TERGANGGU.

 KEHILANGAN KEPERCAYANAN DI KALANGAN PELABUR

ASING AND PELANCONG.

 MENJEJASKAN IMEJ NEGARA.

 KEMELESATAN EKONOMI.

 PENINGKATAN PENGANGGURAN

 PENDUDUK SENTIASA BERADA DALAM KEADAAN

BIMBANG.
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KECURIAN

 PERANAN IBU BAPA -perlu memberi kasih saying yang


secukupnya.

 PERANAN SEKOLAH – perlu bertanggungjawab mendidik


pelajar supaya tidak melakukan perkara-perkara yang
melanggar undang-undang.

 MENGADAKAN CERAMAH/ KEMPEN – memberi kesedaran


agar bahaya dan risiko yang akan dihadapi.

 MENGUATKUASA UNDANG-UNDANG – memberi hukuman


rotan, hukuman penjara seumur hidup.

 MEMBERI SUBSIDI – pihak kerajaan perlu memberi subsidi


kepada penduduk sekiranya berlaku masalah kewangan.

 PERANAN PIHAK BERKUASA – pihak polis perlu


mengadakan rodaan.

 KERJASAMA RAKYAT – rakyat perlu mengembleng tenaga


dalam membanteras kecurian.
Beberapa tip yang boleh cuba dilakukan untuk
mengelak dari menjadi mangsa pencuri ketika sedang
bercuti.

1. Buat carian akan tempat yang ingin dituju

a. Cuba ketahui akan kes jenayah di tempat tersebut

Jika pergi ke mana-mana destinasi, ada baiknya cuba buat carian


akan kadar jenayah yang berlaku, dan apakah jenis-jenis jenayah
yang ada, supaya boleh membuat persediaan, dan langkah
pencegahan yang dikongsikan oleh pihak berkuasa tempatan.

Boleh membuat carian melalui agensi pelancongan, laman web


atau blog, juga bertanya akan pengalaman saudara-mara dan
rakan-rakan.

b. Amaran mengenai masalah berkaitan ‘travel’

Buka laman web pihak berkuasa atau kerajaan akan destinasi


yang ingin dituju, lihat sama ada dikeluarkan amaran akan altiviti
jenayah yang ada di tempat tersebut. Amaran sebegini secara
tidak langsung memberitahu kita peningkatan kadar jenayah,
keganasan, kecurian atau masalah awam yang lain.
c. Insuran kecurian

Sebolehnya ambil insuran kecurian sekiranya anda pergi ke


kawasan yang berisiko. Membawa brang berharga bersama,
seperti kamera, computer riba, atau tablet membuatkan kita
menjadi sasaran, dan dengan adanya insuran kecurian ini, ia boleh
digantikan sekiranya dicuri.

Kos ‘travel insurance’ adalah bergantung pada berapa lama


percutian, destinasi, dan juga umur.

2. Bagasi dan beg

a. Kunci

Bila membawa bagasi atau beg, pastikan anda mengunci ruangan


yang ada, sama ada gunakan mangga biasa, atau pun yang
mempunyai kombinasi kod, ia sedikit sebanyak boleh melindungi
barang berharga di dalamnya.

b. Beg ‘anti-theft’

Boleh cuba cari di pasaran. Walaupun ia sedikit mahal, tetapi agak


berbaloi kerana boleh memastikan barang berharga sukar untuk
dicuri, dan anda boleh bercuti dalam keadaan lebih selamat.
c. Sentiasa berwaspada di tempat ramai orang

Sudah semetinya tempat yang dituju akan mempunyai ramai


orang, jadi bila berada di tempat sebegini, pastikan sentiasa
berjaga-jaga. Sentiasa perhatikan beg, dan barang di dalam
seluar, takut diseluk oleh mereka yang lalu-lalang.

3. Barang berharga

a. Simpan dalam peti besi

Sekiranya bermalam di hotel, pastikan letak barang berharga


dalam peti besi yang disediakan di dalam bilik hotel.

b. Salinan dokumen

Sentiasa membuat sebanyak mungkin akan dokumen penting,


seperti kad pengenalan juga passport. Simpan di dalam beg, atau
di dalam fail serta di tempat yang sukar hilang.
c. Simpan duit di beberapa tempat

Sebaiknya anda menyorokkan atau menyimpan duit di beberapa


tempat yang berasingan. Sama ada di dalam kocek seluar, di
dalam stoking, atau mungkin di celah-celah tali pinggang.Boleh
juga gunakan dompet palsu, yang mana tidak mempunyai banyak
wang atau dokumen penting untuk mengelirukan pencuri.

d. Kamera
Pastikan kamera yang ada dipasang tali khas (strap) supaya tidak
mudah diragut oleh pencuri, dan memastikan ianya sentiasa ada
pada badan, tidak tertinggal di mana-mana sewaktu berehat.

Walau apa pun, utamakan keselamatan ketika berada di tempat


orang. Buat carian sebaik mungkin akan kawasan yang dituju, dan
cuba elakkan berada di kawasan yang tinggi kadar jenayah.
KESIMPULAN

Kesimpulannya,”yang bulat tidak datang menggolek,yang pipih tidak

datang melayang”maksudnya ialah, jika anda ingin mendapatkan sesuatu,

perlulah anda memberi usaha anda, tiadalah ada seorang pun yang akan

mendapatkan sesuatu tanpa usaha. Jadi, janganlah sekali-kali membuat

perkara yang melanggar undang-undang. Selain itu, untuk mengurangkan

masalah kecurian ini berlaku bukan sahaja perkara satu pihak tetapi

kerjasama semua pihak adalah amat di perlukan. Mempertahan dan

memajukan negara adalah tanggungjawab bagi semua pihak,marilah kita

sama-sama memperjuangkan negara kita.


Kecurian meragut

Kecurian siber

Kecurian kenderaan
Kecurian di kedai emas

Kecurian kabel

Kecurian getah skrap

Anda mungkin juga menyukai